FORUMTAJUK:
Faktor-faktor yang menyebabkan ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantinapada peringkat institusi pengajian tinggi dan implikasinya terhadap individu, keluarga,masyarakat dan negara.
Pengerusi Forum:
Ainul Syariha Bt Azhar
Panel 1:
Syazreen Akhqma Bt Othman (Kaunselor Universiti Sains Malaysia)
Panel 2:
Nur Farehah Bt Johar ( Guru Super SMK Aminuddin Baki)
Panel 3:
Najihah Bt Md. Muhtar (Penolong Pengarah Pentadbiran KementerianPembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
Panel 4:
Mohd Saiful B. Shafie (Pengarah Institut Pendidikan Guru MalaysiaKampus Pulau Pinang).........................................................................................................................................................Assalamualaikum, salam sejahtera, salam muhibbah dan salam penuh perpaduandiucapkan kepada seluruh penonton-penonton rancangan ‘Ruangan Kampus’ baik yang beradadi studio satu mahupun yang menyaksikan dari kaca tv pada malam ini.Baiklah, seperti biasa ‘Ruangan Kampus’ pada malam ini akan membawakan satu topikyang cukup hangat dan cukup menarik untuk sama-sama kita kupas pada malam ini. Topikyang akan kita bincangkan pada malam ini, tidak lain dan tidak bukan semestinya berkaitandengan isu gender yang menjadi tajuk perbualan hangat di dada-dada akhbar mahupun dimedia massa baru-baru ini.Para penonton sekalian,Saya sebenarnya tertarik dengan satu artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian pada minggulalu mengenai ‘Mengapa pelajar perempuan lebih ramai di IPT berbanding pelajar lelaki’.Menurut artikel yang dikeluarkan oleh pihak Bernama memetik, hampir 60% pelajar wanitamenguasai dan menduduki tempat di IPT. Menurut Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO,Ahmad Ikmal Ismail menyatakan bahawa ketidakseimbangan ini sebenarnya boleh menjejaskansosioekonomi negara.