You are on page 1of 33

ADAT DAN PANTANG

LARANG MASYARAKAT
KADAZAN
Disediakan oleh:-
Ainul Syariha bt Azhar
Najihah bt Md Muhtar
Nur Farehah bt Johar
Syazreen Akhqma bt Othman
PISMP-IPGM E3
PENGENALAN

• Kumpulan etnik terbesar iaitu 80%


merupakan penduduk Negeri Sabah.
• Berketurunan dari pendatang
Indonesia
MASYARAKAT KADAZAN
• Masyarakat Kadazan merupakan penduduk
majoriti negeri Sabah yang juga dikenali
sebagai 'negeri di bawah bayu'.
• Masyarakat Kadazan dahulunya dikenali
sebagai Orang Dusun dan mereka begitu
berpegang teguh terhadap adat resam
warisan nenek moyang mereka.
• Keunikan masyarakat ini terserlah
melalui kebudayaan dan adat resam yang
diamalkan
• Kebanyakan daripada amalan tersebut
mengandungi unsur-unsur ritual dan
animisme
• Ini jelas terlihat melalui adat resam dan
kepercayaan yang diamalkan dalam
aspek kelahiran, perkahwinan dan
kematian.
SISTEM POLITIK
• Semua ketua kampung melantik
seorang ketua
• Institusi tertinggi adalah gabungan
daripada pembesar semua puak
• Majlis ini bertindak sebagai Majlis
Perang.
SISTEM EKONOMI
• Bertani dan menoreh getah.
• Menjalankan perdagangan secara
sistem barter sebelum kedatangan
Eropah.
• Menggunakan wang semasa urus niaga
dengan Cina

MENU UTAMA
KELAHIRAN

ADAT &
PANTANG
LARANG

KEMATIAN PERKAHWINAN

MENU UTAMA
KELAHIRAN
Pantang larang ibu mengandung:
 Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu
 Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu
 Suami tidak boleh memotong rambut- nanti rambut
anak panjang
 Tidak boleh makan buah mengandungi air
 Tidak boleh mencucuk hidung kerbau/lembu-bibir anak
sumbing
 Tidak boleh siat telinga binatang- telinga anak tidak
sempurna
ADAT & PANTANG LARANG
SEWAKTU BERSALIN
 Suami tidak boleh berada jauh dari rumah –
ditakuti gangguan jin/ syaitan
 Tidak boleh makan ikan bertulang keras,ikan
berduri, nasi sejuk, dan nasi bercampur air
 Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang
terdedah seperti halaman rumah- ditakuti
diganggu oleh roh jahat seperti Rogon Gaiyah
 Sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi
sebelum upacara memberi nama.
UPACARA MEMBERI NAMA
 Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu
berumur lapan hari.
 Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama
sementara dan nama sebenar.
 Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau
terlalai memberi nama sementara seberapa segera,
roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan
mendahului memberi nama dan berhak menuntut bayi
tersebut.
 Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada
hari ke-8 di beranda rumah.
 Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah
buat pertama kalinya.
 Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh
kampung dijemput hadir untuk berbincang dan
menentukan nama anak itu.
 Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik,
lengkap dengan mentera dan tatacaranya.
 Pemilihan nama dibuat berdasarkan peristiwa
yang berlaku sepanjang proses kelahiran anak
tersebut.
 Apabila anak itu berusia satu bulan, upacara
turun tanah dijalankan.
UPACARA TURUN TANAH
 Anak dibawa oleh ibunya sendiri. Antara barangan
yang perlu dibawa sekali:
 Sebuah bakul rotan, bertutup, bertali dan
disondong. Diisi dengan pelbagai alatan
 Sebilah pisau kecil untuk menghalau Rogon
Gaiyah
 Serangkai jerangau atau rumput yang dianggap
sebagai ibu segala semangat dalam perubatan
tradisi
 Sebuah tangguk yang diperbuat daripada jaring
UPACARA MINTUHUN DAN
MINUHUN
 Sebelum memijak tanah, tapak bayi
tersebut diconteng dengan arang kuali dan
garis lurus diatas dahinya
 Rumput rampai yang melekat pada tapak
kaki dikumpul dan dicampur bersama air
mandian.

MENU
PERKAHWINAN

 Merisik- prosesnya boleh memakan


masa berbulan-bulan.
 Hendaklah dilakukan pada waktu
pagi manakala waktu petang dan
malam adalah dilarang.
 Hari menghantar cincin ditetapkan.
 Cincin tanda dipanggil ‘cincin menanti
mimpi’-dihantar waktu pagi.
 Cincin diletakkan dibawah bantal ibubapa
 Mimpi baik- teruskan
 Mimpi buruk yang boleh diperbaiki-bayar sugit
mimpi kepanasan
 Mimpi buruk- dibatalkan
 Hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki:

 Makanan: babi atau kerbau


 Alat istiadat: canang gong (tinokol),
tempayan(tajau)
 Barang sakti untuk teguhkan semangat
 Tasor- tempat pinang yang dibuat daripada
tembaga atau perak
 Pesta perkahwinan di rumah perempuan sesingkat 2-3
hari.
 Upacara adat yang khas – suami isteri makan sepinggan,
tanda bersatu
 Ibubapa si lelaki tidak boleh berada di situ selagi suami
isteri belum sah bersatu
 Pesta mivazaa (bertandang ke rumah mentua) diadakan.
 Pesta di rumah pengantin lelaki mestilah lebih kecil
 Perkahwinan antara sepupu adalah sumbang tetapi
dibolehkan dengan syarat mengorbankan babi sebagai
membayar kapanasan.
PANTANG-LARANG HUBUNGAN LELAKI
PEREMPUAN
 Berkehendak -perlakuan buruk dan hina seperti
berkhalwat
Sekiranya ditangkap atau diketahui pihak lelaki

dikehendaki membayar denda atau kemalun kepada
pihak gadis
 Mengandung- dipaksa berkahwin dengan gadis
tersebut
 Madhagau- bersekedudukan
 Pasangan bayar ‘kepanasan’ kepada masyarakat
 Lelaki bayar ‘kemalun’ kepada perempuan.
UPACARA PEMUJAAN PERTANIAN

 Merenjis air hikmat pada benih padi


 Memindahkan benih ke sawah dengan
memberi sajian dan haiwan ternak kepada
tanah sawah
 Beri sajian kepada semangat padi tanda
terima kasih
 Buat tanda di tengah sawah apabila padi mulai
bunting- supaya dapat hasil lebih.

MENU
KEMATIAN
 Bagi masyarakat Kadazan, mereka
mempercayai kepada alamat akan mati
yang dipanggil mogombiruoh.
 Perkara ini boleh diandaikan oleh
dukun melalui mimpi, di mana ramalan
akan diberi oleh dukun tersebut.
 Kesembuhan penyakit juga boleh
diketahui melalui cara yang sama.
KEMATIAN

 Terdapat beberapa adat yang dilakukan


ketika berlakunya sesuatu kematian di
kalangan masyarakat Kadazan:
 Adat memberitahu
 Adat berjaga-jaga
 Adat moginupus
ADAT MEMBERITAHU
 Apabila salah seorang di kalangan
masyarakat Kadazan meninggal dunia,
semua penduduk kampung akan
diberitahu tentang kematian tersebut
 Ini penting kerana setiap ahli masyarakat
perlu bekerjasama supaya kesedihan
tidak hanya dialami oleh keluarga si mati.
 Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak boleh
melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila
upacara pengkebumian dilakukan.
 Pekerjaan menanam padi amat dilarang kerana
masyarakat Kadazan percaya, jika dilakukan juga
pekerjaan tersebut maka hasilnya hanyalah sia-sia
 Ditakuti malapetaka dan penyakit akan menimpa mereka
 Pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka
yang tinggal di kawasan yang berhampiran sahaja
 Manakala masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhan
masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.
ADAT BERJAGA-JAGA
 Selepas dimandikan dan seluruh badan
dilap, mayat tersebut akan dipakaikan
dengan pakaian yang indah-indah dan
kemudian direnjiskan dengan air wangi.
 Sekiranya semasa hidup si mati menghisap
rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok
ke dalam mulut si mati supaya tidak
kempunan
 Begitu juga dengan cerut yang diselitkan
pada bibirnya buat seketika.
 Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa
hari iaitu selama tiga, lima atau tujuh hari
sebelum dikebumikan.
 Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat
akan dijaga dengan baik supaya tidak ada
binatang yang melangkahinya terutama kucing
hitam.
 Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing
hitam yang melangkah, mayat akan bangun dan
mengamuk sehingga boleh membunuh mereka
yang berada di situ.
 Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis
atau jin yang menyerupai seekor burung besar
yang digelar pendaatan
 Mereka percaya burung itu hendak
menerbangkan mayat. Untuk mengelak
daripada serangan burung itu, mereka
menyangkut pakaian di sekeliling mayat.
 Burung itu akan menyangka pakaian tersebut
adalah tubuh manusia.
 Suasana di dalam rumah juga hendaklah
sunyi
 Sesiapa pun tidak dibenarkan bercakap kasar
atau marah-marah.
 Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang
kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan
 lrama gendang itu disebut surabaya
 Bunyi-bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam
sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari
terbenam dan waktu tengah malam
MOGINUPUS

 Moginupus dalam bahasa Kadazan


bermaksud simpati terhadap si mati.
 Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat
handai akan menangis sekuat hati sebagai
menunjukkan simpati terhadap si mati.
 Mereka memukul harta benda seperti gong,
tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di
sekeliling rumah sebagai tanda marah
terhadap iblis atau jin yang telah
menyebabkan kematian.
 Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau
lembu akan disembelih pada hari
pengkebumian sebagai penghormatan
yang terakhir

 Tanduk kerbau atau lembu yang telah


dikorbankan akan disangkutkan pada kayu
nisan kubur si mati nanti.
LAIN-LAIN PANTANG LARANG
KEMATIAN
 Unggun api dibuat disekeliling rumah- pagar
rumah dari roh jahat
 Tanduk kerbau dibakar untuk halau hantu
 Mihad- menangisi mayat
 2 lelaki menunggang kuda/ kerbau keliling
kampung
 Menerima sejemput beras/ garam
 Garam dilarut untuk membuang panas
poudnya (badi/roh jahat).
 Beras supaya tanaman tidak rosak oleh
poudnya itu.
 Semulia sedekah ialah kain belacu sebagai
kain bendera kubur
 Tidak boleh tidur selagi mayat diatas rumah
 Mayat ditanam bersama barang-barangnya
 Hidung,mata, telinga, & ekor haiwan ternakan
dibuat sajian si mati
 Papakan- sajian si mati dalam gelap
 Mamupus- keluarga si mati beri amaran roh
tidak kembali
MENU
SEKIAN

You might also like