You are on page 1of 84

AKTIVIS

Jurnal Akademik Persatuan Budaya Melayu Institut Pendidikan Nasional Kampus Townsville
Jilid III, 2003 ISSN NO : 0219-7022

REDAKSI PENGISIAN
Kata Editor ....................................................................... 2
Ketua Penasihat Tokoh Aktivis .................................................................... 4
Md Ambri Famli Pendidik Aktivis I .............................................................. 6
Pendidik Aktivis II ............................................................. 7
Penasihat
Bahasa dan Bangsa
Othman bin Salam
Md Ali Hanifiah Tajamnya Lidah yang Menjuih ........................................... 8
Bahasa Ibunda Pengawal Kemoralan Manusia ................ 10
Editor Mempertahankan Jati Diri Melayu ................................... 12
Mohd Pitchay Gani Mohd Abdul Psikologi Melayu : Semangat Bangsa Berpaksi Bahasa .... 15
Aziz Sumpah Hang Tuah .............................................................. 18
Pengajaran dan Pembelajaran
Jawatankuasa Penerbitan Kepelbagaian dalam Peribahasa Melayu ........................... 21
Ruhaidah Binte Rahmat Susur Galur Peribahasa Melayu ........................................... 24
Nor Adilah Bte Abdul Hamid Kelewahan Mencemar Keindahan Bahasa .......................... 30
Ummikalthum Bt Mohd Basheer
Proses Mendalami : Ke Arah Pengeksploitasian Minda ..... 33
Mohamed Naguib Bin Ngadnan
Polemik Pragmatik Bahasa Melayu Singapura :
Antara Dinamik dan Cemar ................................................. 38
Aktivis merupakan gabungan
rentetan frasa Aktif-Tirus-Visi. Esei Sastera
Aktif merujuk kepada kegigihan Konsep Emansipasi Wanita dan Kepimpinan
dalam merealisasikan visi jurnal ini dalam Novel ‘Tok Guru’ ....................................................... 43
iaitu merevolusi pemikiran Melayu. Suara Hati Penulis Kreatif ................................................... 48
Tirus merujuk kepada pemikiran
Sejarah Perkembangan Sastera 1965-2002
luas yang semakin terfokus agar
lebih khusus kepada objektif visi. Tahun-Tahun Pancaroba Sastera Melayu Singapura .......... 50
Visi jurnal ini iaitu merevolusikan Sastera Melayu Mengungkap Keprihatinan Penulis .......... 58
pemikiran Melayu merupakan satu Karya Sastera Menyusur Sejarah ......................................... 66
usaha unit bahasa Melayu kampus Sastera Kreatif
Townsville untuk merubah Cerpen: ‘Pak Dalang’ ........................................................... 72
tanggapan pelatih terhadap Cerpen : ‘Hukum’ ................................................................. 75
pengajian Melayu setempat. Dialog : ‘Melayuku - Hang Manakah Kita ?’ ...................... 78
Pelatih diperkenalkan kepada Skrip : Sepintas .................................................................... 79
variasi yang terdapat dalam dunia Komentar : ‘Wak Cantuk - Salah Siapa ?’ ........................... 83
linguistik, tatabahasa, kesusas-
Komentar : ‘Nona Manis - Apa Nak Jadi ?’ ........................ 84
teraan dan budaya Melayu.
Keluasan ilmu pengetahuan ini Sisipan
kemudiannya dikhususkan atau Sajak ‘Kerelevanan’.............................................................. 14
difokuskan agar terhasilnya karya Sajak ‘Takkan Melayu’........................................................ 20
yang mengerakkan minda Sajak ‘Anta-beranta’........................................................... 74
pembaca. Sajak ‘Amaran Buatmu’ ..................................................... 77

Jurnal AKTIVIS merupakan penerbitan berkala bermula Mei 2001. Aktivis bersifat separa akademik. Ia menyentuh
perihal pengajian bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Artikel yang diterbitkan merupakan gumpalan idea dan
kajian para penuntut Institut Pendidikan Nasional (NIE) Kampus Townsville @ Hak cipta PERBUYU (NIE). Mana-mana
bahagian penerbitan tidak boleh digunakan dalam apa bentuk sekalipun tanpa kebenaran pengerusi PERBUYU (NIE).

Ikon keris menikam kekata AKTIVIS di muka hadapan jurnal melambangkan usaha merevolusi pengajian Melayu
setempat dengan menerbitkan hasil kerja penuntut institusi pengajian tinggi dalam bentuk separa akademik. Usaha
ini diharapkan dapat meniup semangat melestarikan alam pengajian Melayu setempat. Tikaman keris melambangkan
suntikan nafas segar kepada aktiviti pengajian Melayu setempat.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 1


KATA EDITOR

Aktivis jilid ketiga ini merupakan satu evolusi ke arah penulisan yang lebih kontemporari dan
pragmatik. Ia dirangkumkan kepada tiga bahagian utama iaitu ‘Bahasa dan Bangsa’, ‘Pengajaran
dan Pembelajaran’, dan ‘Kesusasteraan’. Isu-isu yang diketengahkan oleh para penyumbang
menyingkap perihal kewujudan bahasa dan bangsa Melayu di bandar kosmopolitan ini
khususnya dan sarwajagat umumnya. Gerakan ke arah merealisasikan desakan-desakan yang
lahir daripada proses penimbaan ilmu pengajian Melayu setempat telah menghasilkan karya
yang bersifat mengerakkan minda pembaca ke arah penaakulan hakikat kewujudannya yang
sebenar.

Bahan penulisan seumpama itu dapat dilihat dalam bahagian ‘Bahasa dan Bangsa’. Karya
‘Tajamnya Lidah yang Menjuih’ cuba menyingkap kemampuan retorik bahasa Ibunda yang
mewujudkan perasaan patriotik di kalangan masyarakat barat dan timur sehingga lahirnya
tokoh-tokoh terkemuka seperti Mark Anthony, Mahatma Gandhi, Hitler dan Hamka.
Kemampuan ini juga lahir dalam bentuk karya seperti yang direncanakan oleh Masuri S.N dan
Pak Sako.

Peranan utama bahasa Ibunda dalam abad globalisasi ini semakin penting. Bahasa Ibunda
merupakan mangkin kepada pemupukan nilai etika manusia. Karya ‘Bahasa Ibunda Pengawal
Kemoralan Manusia’ membuktikan bahawa setiap bahasa Ibunda di dunia ini mempunyai
kemampuan membentuk pemikiran penganutnya melalui sistem adat dan kepercayaan yang
sekaligus mengawal gerak laku dan pemikiran masyarakat tersebut. Isu masalah sosial yang
mencengkam jati diri bangsa Melayu di Nusantara mendapat perhatian penulis karya
‘Mempertahankan Jati Diri Melayu.’ Penulis amat prihatin dengan peningkatan kes-kes salah
laku sosial di kalangan remaja Melayu hingga masalah tersebut menjadi agenda dalam sesi
MABIMS. Inti yang diketengahkan penulis ialah pentingnya meningkatkan taraf pendidikan
masyarakat Melayu untuk menangani masalah ini sekaligus mengukuhkan jati diri Melayu.

Satu percubaan yang baik dalam penulisan kritikal dapat dilihat dalam karya ‘Psikologi
Melayu:Semangat Bangsa Berpaksi Bahasa’. Penulis cuba menggunakan konsep paksi Melayu
sebagai landasan hujahannya. Penuli telah menyusurgalur dasar yang membentuk pemikiran
Melayu yang tidak proaktif sehingga menyebabkan kedudukan mereka yang terkebelakang
berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Semangat bangsa Melayu harus berpaksikan bahasa
Melayu jika kemajuan seimbang ingin dicapai oleh masyarakat Melayu. Satu lagi rencana yang
bersifat metahistografi ialah ‘Sumpah Hang Tuah’. Penulis cuba mentafsir kembali ungkapan
klise iaitu ‘takkan Melayu hilang di dunia’ dengan melihatnya dari perspektif cabaran terhadap
bangsa Melayu untuk berusaha memastikan bangsanya terus wujud di bumi ini. Ia juga
merupakan satu peringatan bahawa bangsa Melayu bakal pupus sekiranya bangsa itu tidak
berusaha merelevankan kewujudannya.

Aktivis kali ini menyertakan bahagian ‘Pengajaran dan Pembelajaran’ memandangkan ia


merupakan jurnal para guru pelatih. Maka bahagian ini diisi dengan maklumat mengenai
pedagogi bahasa seperti dalam karya ‘Proses Mendalami : Ke Arah pengeksploitasian minda’,
nahu dalam karya ‘Kelewahan Mencemar Keindahan Bahasa’, etimologi dalam karya
‘Kepelbagaian dalam Peribahasa Melayu’ dan ‘Susur Galur Peribahasa Melayu’ serta
perkembangan terkini dalam dunia kebahasaan dalam karya ‘Polemik Pragmatik Bahasa Melayu
Singapura : Antara Dinamik dan Cemar’.Karya ini membincangkan isu salah tanggap mengenai
konsep dinamik dalam bahasa Melayu.

2 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Bahagian esei sastera memaparkan dua jenis penulisan yang unik. Karya ‘Konsep Emansipasi
Wanita dan Kepimpinan dalam Novel Tok Guru’ merupakan satu percubaan menerapkan
pendekatan mengupas motif perwatakan dalam manipulasi agama demi kepentingan diri atau
kaum Adam. Penulisan ini unik kerana ia mampu menjejak strategi penulis novel ‘Tok Guru’
yang mensejajarkan perihal emansipasi wanita dan kepimpinan. Sebaliknya, hasil Karya ‘Suara
Hati Penulis Kreatif.’ cuba mencari strategi dalam percubaan penulis untuk menghasilkan sebuah
karya ‘agung’ yang mampu memimpin masyarakatnya ke arah kecemerlangan. Penulis ingin
meneruskan tradisi intelektualisme dalam berkarya.

Perkembangan sastera Melayu Singapura merupakan satu bahagian yang mempamerkan


gabungan penilaian bahan-bahan sastera yang diterbitkan sejak tahun 1965 hingga 2002 dan
perkembangan isu-isu semasa ketika itu. Ia merupakan satu usaha pendokumentasian yang
baik dan bermanfaat kepada pengkaji sastera dan pembaca yang prihatin terhadap
perkembangan isu-isu semasa. Bahagian ini mengandungi tiga bahan penulisan iaitu ‘Tahun-
Tahun Pancaroba Sastera Melayu Singapura’, ‘Sastera Melayu Mengungkap Keprihatinan Penulis’
dan ‘Karya Sastera Menyusur Sejarah.’

Bahagian kreatif sastera memantulkan empat genre iaitu cerpen, dialog, skrip dan komentar.
Cerpen ‘Pak Dalang’ merupakan satu eksperimen dalam merealisasikan masalah dunia yang
didalangi barat ke dalam konteks timur. Karya satira ini memaparkan isu kontemporari dalam
latar tradisional yang berkisar sekitar permainan gasing. Dunia penulisan metafiksyen semakin
mendapat perhatian dalam Cerpen ‘Hukum’ yang merealisasikan watak legenda Singapura
dalam membantu menyedarkan watak zaman ini.

Penulis merupakan golongan yang prihatin terdapat kesekitaran dan sejarah bangsanya. Dialog
‘Melayuku - Hang Manakah Kita ?’ merupakan satu usaha menyedarkan pembaca akan kelebihan
yang terdapat dalam karya agung ‘Sejarah Melayu’ yang mengetengahkan konflik dua watak
pendekar Melayu. Konflik tersebut berjaya dikupas dengan bijak dalam sebuah dialog mudah
tetapi mampu menjelaskan fenomena sikap yang patut bangsa Melayu anuti untuk berjaya
dan maju terutama sekali sebagai golongan minoriti di Singapura. Ia juga merupakan satu
usaha ke arah penakatan bangsa. Keperihatinan penulis semakin ketara dalam skrip ‘Sepintas’
yang cuba menyedarkan manusia akan kewujudan sejalur antara manusia, bumi, api dan angin.

Masalah yang dihadapi masyarakat Melayu Singapura dewasa ini dikupas dan dikritik secara
santai dan bersahaja dalam Komentar ‘Wak Cantuk - Salah Siapa ?’ dan ‘Nona Manis - Apa Nak
Jadi ?’ Penulisan yang segar ini menyediakan bacaan yang mudah dan bersahaja bagi pembaca.
Kesannya, pembaca dapat memahami isu yang cuba diketengahkan dalam suasana dan nada
santai. Kegentingan sesuatu masalah itu tidak begitu ketara namun demikian mencukupi untuk
membuat pembaca berfikir sejenak.

Penerbitan Jurnal yang mengisi bahan penulisan progresif ini dan menggerakkan minda
masyarakat agar berfikir secara kritikal dalam menilai kepentingan serta erti kewujudan bangsa
Melayu itu telah ditaja oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Majlis Bahasa Melayu
Singapura (MBMS) dan Syarikat Guru Melayu (SGM). Pihak penerbit mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada para penaja yang memberikan komitmen dalam usaha melestarikan
dunia penyelidikan dan penulisan.

Mohamed Pitchay Gani


Bin Mohamed Abdul Aziz

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 3


TOKOH AKTIVIS

“Seorang guru itu lebih daripada seorang yang gagah…Kalau kita


lihat dalam filem, orang yang gagah itu lebih dari segi fizikal.
Guru-guru lebih daripada itu, kerana mereka mempunyai kekuatan
semangat dan kekuatan mental. Guru-guru bukan sahaja setakat
mengajar di sekolah atau di bilik darjah, tetapi juga berperanan
sebagai pemimpin yang diharapkan masyarakat…”

Encik Mohd Ma’mun HMF Suheimi merupakan seorang mantan guru Bahasa Melayu yang tidak
asing lagi dalam dunia perguruan tanahair. Beliau juga merupakan mantan Presiden Kesatuan
Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS) dari tahun 1985 hingga tahun 2002. Beliau yang dikenali
sebagai Cikgu Ma’mun di kalangan para pelajar beliau dan mereka yang akrab dengan diri
beliau, dilahirkan pada 22 Disember 1942.

Cikgu Ma’mun mula mengajar Bahasa Melayu, Latihan Jasmani, dan Seni Lukisan di Sekolah
Rendah Gabungan Kaki Bukit pada tahun 1962. Pengalaman beliau mengajar di sekolah dwi
aliran ini telah membuka mata beliau kepada pergaulan dan keharmonian yang dapat wujud
di kalangan masyarakat plural. Pengalaman mengajar beliau bertambah apabila beliau mengajar
di Sekolah Menengah Tun Seri Lanang dan berikutnya di Sekolah Menengah Maju. Cikgu Ma’mun
kemudian diberi peluang untuk berkongsi pengalaman beliau yang luas ini dengan pihak Jabatan
Pendidikan Brunei. Selama 6 tahun beliau di sana, Cikgu Ma’mun telah memperhatikan dan
mempelajari budaya dan cara hidup masyarakat Melayu di sana.

Setelah pulang ke tanah air, Cikgu Ma’mun melanjutkan pelajaran beliau di Universiti Nasional
Singapura walaupun sudah berumahtangga. Beliau berpendirian bahawa seorang guru
khususnya, dan setiap individu umumnya, perlu sentiasa meneruskan proses pembelajaran dan
mempertingkatkan ilmu selagi mempunyai peluang. Beliau kemudian dilantik menjadi guru
Bahasa Melayu di Maktab Rendah St. Andrew’s. Pada masa yang sama, beliau juga mengajar
guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE) secara sambilan.

Semangat dan jiwa kemasyarakatan Cikgu Ma’mun telah memperlihatkan diri beliau
menganggotai beberapa badan kemasyarakatan tanah air. Antara jawatan yang didukung
beliau ialah sebagai Naib Pengerusi Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah, Pengerusi Malay-Muslim
Community Development Fund, dan Penasihat Motivasi Youth Association. Selain itu, beliau
turut aktif sebagai seorang ahli jawatankuasa di badan-badan seperti Mendaki, Lembaga
Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Madrasah-MUIS-Pergas-MENDAKI, Tabung Amal Aidil Fitri,
dan Inter-Ministry Committee on Dysfunctional Families, Juvenile Delinquency & Drug Abuse.

Pada tahun 1996, usaha, sumbangan dan penglibatan Cikgu Ma’mun dalam kegiatan-kegiatan
kemasyarakatan telah diiktiraf oleh pemerintah apabila beliau dianugerahi Pingat Bakti
Masyarakat dan juga Pingat Bakti Setia. Pada tahun 2000 pula, beliau telah menerima Anugerah
Jasa Bakti dari Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM).

Cikgu Ma’mun percaya bahawa cabaran bagi masyarakat Melayu bergantung kepada guru-
guru khususnya; guru-guru merupakan golongan yang memikul tanggungjawab dan amanah
untuk melestarikan budaya dan bahasa Melayu. Harapan beliau ialah melihat guru-guru pelapis
sebagai satu golongan yang komited, berwibawa dan berani menampilkan diri untuk memimpin
masyarakat. Guru-guru juga harus menjadi contoh yang positif bagi masyarakat dalam
mempertingkatkan diri serta memperluaskan ilmu dan kemahiran yang dimiliki.

Cikgu Ma’mun berharap agar masyarakat Melayu dapat ‘mengambil yang jernih dan membuang
yang keruh’ dalam setiap aspek kehidupan sebagai pengajaran agar masyarakat Melayu dapat

4 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


bersaing dengan masyarakat bukan Melayu untuk mendapatkan satu taraf yang agak selesa
untuk hidup di Singapura. Selain ini, Cikgu Ma’mun ingin melihat masyarakat mengambil
initiatif meluangkan sedikit masa untuk membantu masyarakat yang kurang bernasib baik dan
yang memerlukan bantuan; beliau ingin melihat masyarakat tampil ke muka untuk menjalankan
kerja-kerja sukarela.

Cikgu Ma’mun suka mencontohi watak-watak wira dan pejuang dari kisah-kisah klasik Sastera
Melayu yang memiliki sikap suka menolong masyarakat. Pengaruh ini dimanifestasikan dalam
sumbangan beliau melalui kerja-kerja kemasyarakatan. Selain menjadi seorang pendidik yang
berwibawa, beliau turut meluangkan masa untuk menyumbangkan harta, ilmu, dan tenaga
kepada golongan yang kurang bernasib baik. Beliau berpendirian bahawa kelebihan dan
kesenangan seseorang itu adalah amanah dari Ilahi dan harus dikongsi bersama masyarakat –
baik masyarakat Melayu, mahupun yang bukan Melayu.

Dalam setiap langkap dan detik kerjaya dan kehidupan beliau, Cikgu Ma’mun, sama seperti
wira-wira dan pejuang-pejuang kisah-kisah klasik Sastera Melayu yang mempengaruhi beliau,
telah membuktikan bahawa setiap kejayaan dan kemenangan perlu disuntikkan usaha gigih,
niat luhur dan keinginan untuk sentiasa berbakti dan menyumbang kepada masyarakat. Beliau
merupakan seorang pendidik yang ingin melihat masyarakat Melayu khususnya, dan masyarakat
tanah air umumnya, menjadi lebih progresif dan lebih gemilang dalam melungsuri alaf baru
ini.

Mohamed Naguib bin Ngadnan


Ruhaidah binte Rahmat

Biodata Haji Mohd Ma’mun F Suheimi


Dilahirkan pada 22 Disember 1942
Pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampong Melayu
Mengaji agama di Madrasah Al Maarif Al Islamiah
Pendidikan menengah di Sekolah Menengah Siglap
Pendidikan perguruan di Maktab Perguruan (TTC)
Ijazah Sarjana Muda di Universiti Singapura

Pengalaman mengajar
Sekolah Rendah Kaki Bukit
Sekolah Menengah Tun Seri Lanang
Sekolah Menengah Maju
Badan Pendidikan Brunei (Brunei Education Dept.)
Maktab Rendah St. Andrew’s
Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE)

Kerja-kerja kemasyarakatan
Council Member MUIS (1995 – )
Singapore Broadcasting Authority (1998 – 2002)
MCDS Home Visitors Board (2003 – 2004)
Presiden KGMS (1985 – 2002)
Madrasah AL-Maarif Al-Islamiah (1990 – )
LBKM (1992 – )
MENDAKI (1989 – )
Pengerusi Malay – Muslim Community Development Fund (1996 – 2000)
Anggota Majlis Bahasa Melayu Singapura (1993 – )
Tabung Amal Aidilfitri (1994 – 1995)
Penasihat, Motivasi Youth Association (1996 – 2002)
Inter-Ministry Committee on Dysfunctional Familes, Juvenile Delinquency & Drug Abuse (1995)
KBE Convention: Member of Panel of Advisors (1999)
Steering Committee on Madrasah Education (2000)
IRCC (Geylang Serai) (2002 – )

Pingat dan Penghargaan


Pingat Bakti Masyarakat (1996)
Pingat Bakti Setia (1996)
Anugerah Jasa Bakti (dari LBKM, 2000)

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 5


PENDIDIK AKTIVIS I
“Harapan Cikgu Ambri kini ialah melihat kejayaan di kalangan
guru-guru Melayu pendidik generasi masa depan dalam memupuk
minat dan perasaan cinta di dalam hati generasi pelapis kepada
Bahasa, Budaya, Bangsa dan Agama, dan perasaan hormat kepada
ibu dan ayah, guru-guru dan pemerintah.”

Cikgu Mohd. Ambri bin Famli merupakan seorang pendidik yang sudah banyak menyumbang
kepada sistem pendidikan di Singapura. Genap 40 tahun dahulu, beliau mengambil keputusan
untuk menceburkan diri dalam dunia perguruan dengan berbekalkan harapan dan impian murni.
Perjalanan Cikgu Mohd. Ambri bin Famli sebagai seorang guru bermula pada bulan Ogos tahun
1962, apabila beliau baru tamat pendidikan di Sekolah Menengah Tanjong Katong. Sedang
beliau menunggu keputusan peperiksaan Sijil Am Pendidikan (GCE) Peringkat ‘O’, Cikgu Ambri
mengambil keputusan untuk memohon menjadi seorang guru pelatih. Beliau telah dihantar
ke Sekolah Melayu Tanglin Tinggi, sebuah sekolah ulung di Singapura, untuk mengajar Bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua.

Pada bulan Januari tahun 1963, beliau secara rasmi dilantik sebagai guru pelatih bahasa Melayu.
Pada tahun yang sama, beliau ke Maktab Latihan Guru (TTC) untuk mempelajari ilmu pedagogi,
perkaedahan mengajar dan prinsip-prinsip pendidikan secara intensif. Beliau turut mengambil
kursus Sijil Am Pendidikan (GCE) peringkat ‘A’ secara sambilan. Usaha gigih beliau berhasil
apabila beliau berjaya meraih Diploma dalam Pendidikan pada tahun 1966 dan Sijil Am
Pendidikan (GCE) peringkat ‘A’ pada tahun 1969.

Selepas mendapat Diploma dalam Pendidikan, Cikgu Ambri mengajar di Sekolah Menengah
Jalan Teck Whye hingga tahun 1967. Kemudian, beliau mengajar di Sekolah Menengah Buona
Vista. Pada tahun 70an, dasar pemerintah menekankan pendidikan teknikal – kejuruan dan
kejuruteraan. Cikgu Ambri telah menjalani kursus aliran teknikal sebelum mengajar mata
pelajaran Teknikal – pandai besi dan pandai kayu – di Pusat Bengkel Upper Seranggon (Upper
Seranggon Centralized Workshop) dari tahun 1972 hingga 1976, apabila mata pelajaran ini
digabungkan ke dalam kurikulum sekolah menengah.

Cikgu Ambri telah mempertingkatkan ilmu beliau dengan mengambil kursus Bahasa Melayu
dan Sastera peringkat Sarjana muda Sastera dari Universitas Indonesia. Beliau berjaya mendapat
ijazah pada tahun 1980. Selepas mengajar di Sekolah Menengah Serangoon dari tahun 1976
hingga 1984, Cikgu Ambri telah dipilih ke Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan (MOE) untuk
membantu dalam penulisan dan penerbitan buku khusus bagi para pelajar bukan Melayu yang
mengambil Bahasa Melayu di sekolah menengah. Pada tahun 1985 pula, pengalaman luas beliau
dalam perancangan dan penulisan buku-buku teks diperlukan oleh Institut Perkembangan
Kurikulum Sngapura (CDIS). Pada tahun 1990, beliau telah menggunakan pengalaman dan
pengetahuan beliau ini setelah dilantik pengarah projek pendidikan Moral dan Sivik, ‘Rakyat
Yang Baik’. Beliau kemudian membantu menjayakan konsep pendidikan nilai moral secara
berperingkat, dengan menerbitkan buku-buku teks, buku-buku latihan dan juga buku-buku
panduan guru pada tahun berikutnya.

Pada tahun 1997, beliau kembali mengajar Bahasa Melayu, kali ini di Sekolah Menengah
Northland selama setahun. Pada tahun berikutnya, Cikgu Ambri telah dilantik sebagai penyelaras
Unit Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Nasional (NIE) Kampus Townsville.

Mohamed Naguib bin Ngadnan


Ummikalthum Bte Mohd Basheer

6 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


PENDIDIK AKTIVIS II

“Cikgu Othman percaya bahawa guru-guru pelatih pada masa


kini memiliki banyak kemudahan dalam penimbaan ilmu dan
pembelajaran untuk menjadi pendidik-pendidik yang berilmu,
bertauliah dan berpengaruh untuk menyumbang kepada
masyarakat.”

Cikgu Othman bin Salam merupakan seorang pendidik yang sudah memiliki 40 tahun
pengalaman dalam dunia perguruan di Singapura. Pengalaman beliau sebagai seorang guru
yang disegani meliputi pelbagai peringkat pengajaran; beliau telah mengajar dari peringkat
sekolah rendah hingga ke peringkat Institut Pendidikan Nasional (NIE).

Sejak Cikgu Othman di bangku sekolah rendah lagi, beliau mula meminati hasil-hasil karya
Sastera Melayu seperti ‘Hikayat Sri Rama’, ‘Laksamana Hang Tuah’ dan novel penulisan HAMKA
‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’. Minat beliau ini ternyata memberi kesan yang mendalam
dalam kerjaya beliau sebagai seorang guru.

Cikgu Othman mula berkecimpung dalam dunia pendidikan pada tahun 1963 apabila beliau
menjadi seorang guru Matematik dan Sains di Sekolah Melayu Teluk Belanga. Di sana, beliau
mula memerhatikan bagaimana penggunaan Bahasa Melayu di kalangan penuntut-penuntut
mencerminkan nilai-nilai, keindahan dan juga jatidiri budaya dan bangsa Melayu. Pemerhatian
begini mengukuhkan lagi pendirian beliau mengenai keindahan dan falsafah yang terkandung
dalam hasil-hasil karya Sastera Melayu. Pendirian beliau ini tidak berubah meskipun beliau
menjadi guru Matematik di Sekolah Kejuruan Baharudin dari tahun 1968 hingga 1971.
Berbekalkan Sijil Am Pengajaran (GCE) peringkat ‘O’, Cikgu Othman bertekad dan berusaha
untuk meningkatkan diri dan pengetahuan beliau dalam bidang perguruan. Pada tahun 1965,
beliau berjaya mendapat Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘A’ dan pada tahun 1980, ijazah
dalam bidang Bahasa Melayu dan Sastera dari UNAS (Universitas Nasional Indonesia).

Pengalaman Cikgu Othman mengajar di Maktab Rendah Yishun pada tahun 1986 hingga 1992
dan di Maktab Rendah Raffles pada tahun 1992 hingga 1998, menyedarkan beliau bahawa
penuntut-penuntut Melayu kurang gemar membaca. Sikap ini, menurut beliau, merupakan
kelemahan utama bagi penuntut-penuntut Melayu yang seharusnya mempunyai penguasaan
dalam pengetahuan am dan isu-isu semasa.

Pada tahun 1998, Cikgu Othman dilantik sebagai tenaga pengajar di Institut Pendidikan Nasional
(NIE) Kampus Townsville dalam bidang pengajian Melayu. Perjalanan hidup Cikgu Othman
yang bermangkinkan kecenderungan, penguasaan, perasaan cinta dan minat beliau dalam
lapangan perkembangan sastera dan dunia persuratan Melayu serta keprihatinan beliau dalam
melihat masyarakat Melayu alaf baru yang lebih berpengetahuan akhirnya bertembung dan
sekaligus mewujudkan satu peluang bagi diri beliau berkongsi pengalaman dengan guru-guru
pelatih di Singapura khususnya, dan kepada generasi akan datang umumnya. Beliau
berpendapat bahawa Kursus Latihan Khas Bahasa Ibunda di Insititut Pendidikan Nasional (NIE)
Kampus Townsville yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan pada tahun 1997 amat berguna
buat bekalan guru-guru Bahasa Melayu generasi akan datang.

Mohamed Naguib bin Ngadnan


Ummikalthum Bte Mohd Basheer

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 7


BAHASA DAN BANGSA

TAJAMNYA LIDAH YANG MENJUIH


Mohamed Naguib bin Ngadnan

‘Kerana pulut, santan binasa; kerana mulut, badan binasa.’ Peribahasa kepunyaan masyarakat
Melayu yang tidak asing ini jelas membayangkan bagaimana mulut – dengan berdalangkan
lidah – bagaikan mempunyai kuasa yang dapat memusnahkan sesuatu keadaan yang indah.
Selain itu, sebuah hadis Rasulullah s.a.w. pula menyifatkan lidah sebagai anggota yang ‘tidak
bertulang di antara dua’ yang perlu ‘dipelihara’. Melalui kedua-dua gambaran ini, kita boleh
sama-sama mempelajari bagaimana kita perlu ‘memelihara’ setiap patah perkataan yang
dilafazkan supaya tidak mencetuskan keburukan, baik bagi diri kita sendiri, juga bagi orang-
orang yang berada di sekeliling kita.

Walaupun pengajaran dan peringatan mengenai bahayanya lidah ini sudah diketahui ramai,
wujud juga sesetengah golongan manusia di sepanjang tamadun kewujudan yang telah
menggunakan pengetahuan ini untuk kepentingan diri mereka sendiri. Mereka telah berjaya
menggunakan kuasa oratori (percakapan dan penghujahan) yang bersifat didaktik dan
berpengaruh untuk menyentuh sentimen dan benak perasaan masyarakat pendengar supaya
bersetuju dengan pandangan mereka. Pemidato-pemidato seumpama ini boleh diungkapkan
daripada setiap tamadun tinggi dari sejarah dunia. Salah sebuah tamadun dunia moden terawal,
iaitu tamadun Yunani. Ahli filasuf unggul, Socrates, berjaya menggunakan bahasa untuk
mempengaruhi masyarakat beliau supaya berfikiran terbuka. Empayar Roman juga telah
menghasilkan seorang pemidato yang berkarisma, dan mampu mempesonakan khalayak
pendengar pada setiap sesi pidato beliau. Penulis ulung, William Shakespeare, turut melukis
dengan berkesan bagaimana Mark Anthony menggunakan penguasaan beliau dalam Bahasa
Ibunda – bahasa Latin – untuk membujuk khalayak bahawa tindakan Brutus membunuh Julius
Caesar adalah salah.

Sikap nasionalisme, atau sikap ingin memperjuangkan sesuatu bangsa begini yang selalu
dipantulkan dan dicetuskan menerusi bahasa Ibunda wujud di hampir setiap negara yang ingin
menjajah atau yang pernah dijajah.

Di negara India, Mahatma Gandhi, seorang saujana tanahair yang memperolehi pendidikan di
England, telah menyalakan semangat dan perasaan bangsa beliau untuk menentang kuasa
penjajah Inggeris melalui pidato-pidato beliau yang disampaikan dalam bahasa Ibunda
masyarakat beliau.

Pada zaman sebelum perang juga, negara Indonesia telah menampilkan beberapa anak-anak
bangsa yang berani tampil ke hadapan untuk memimpin masyarakat negara menentang kuasa
penjajah Belanda. Pemidato-pemidato prolifik ini telah sempat disebut dan dimuatkan dalam
sebuah hasil karya penulisan HAMKA, atau Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, yang bertajuk
‘Kenang-kenangan Hidup’. Antara pemuda-pemuda yang berjaya meragut perhatian, dan
perasaan, masyarakat mereka pada era genting sejarah negara tersebut ialah Bung Karno (yang
kemudian dilantik menjadi Presiden negara tersebut). HAMKA sendiri merupakan seorang yang
mahir dalam bidang oratori, dan dikenali ramai kerana penggunaan bahasa yang berkesan
dalam menyusun pantun, lenggok daerah, dan nada halus yang disulami nasihat dan kritikan
produktif dalam pidato-pidato beliau.

Selain golongan yang dijajah, sikap nasionalisme menerusi bahasa Ibunda juga boleh dilihat
daripada pihak-pihak yang ingin menjajah. Contohnya, untuk mewujudkan suatu aura kekebalan
dan kesucian yang sekaligus mempersiapkan secara mental dan psikologikal askar-askar Jerman
berjuang di medan peperangan, Fuhrer Hitler dengan bijak menyifatkan kaum Arayyah sebagai

8 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


kaum kudus dan terpelihara. Selain itu, Bahasa Ibunda Teutonic (Jerman) sering dititikberatkan
untuk memantulkan kemegahan setiap warganegara negara tersebut terhadap bangsa dan
budaya mereka yang dianggap unik dan mulia. Askar-askar Jepun (Nippon) turut mempunyai
pendirian nasionalisme yang serupa; mereka percaya bahawa mereka merupakan kaum terpilih
dan Raja (Emperor) mereka pula merupakan manifestasi percikan tuhan, atau ‘semi-god’.
Kemegahan ini turut dapat dilihat menerusi laungan ‘Banzai!’ mereka yang bermaksud ‘menuju
kejayaan’.

Bahasa Ibunda, selain disampaikan melalui ungkapan dan lafaz untuk mewujudkan semangat
nasionalisme, turut digunakan dalam bentuk penulisan untuk tujuan yang sama. Contohnya,
zaman perang di Tanah Melayu telah menyaksikan beberapa hasil karya penulisan berbahasa
Melayu yang berbaur nasionalistik, dan bersentimen kebangsaan. Antara hasil-hasil karya yang
berbentuk sedemikian adalah sajak-sajak oleh Masuri S.N. berjudul ‘Ros Kupuja’ dan ‘Bunga
Sakura’. Kedua-dua kuntum sajak ini bagaikan memberi satu teguran mengenai kekurangan
yang terdapat dalam diri masyarakat Melayu tanahair, yang lemah dan begitu mudah terpedaya.
Penulis mapan ini berhasrat untuk menimbulkan pemikiran berani dan semangat jitu di kalangan
masyarakat supaya terdaya menentang kuasa penjajah Jepun.

Selain hasil-hasil karya Masuri S.N. tadi, dua buah novel hasil tarian jejari atas kekunci mesin
taip Pak Sako (Ishak Haji Muhammad) juga telah diisi dengan jalan cerita yang berbaur semangat
kebangsaan. Novel-novel ‘Anak Mat Lela Gila’ dan ‘Putera Gunung Tahan’ turut mengkritik
sikap penjajah-penjajah dan proses penjajahan itu sendiri. Pak Sako juga berjaya melakarkan
sikap dan jatidiri seorang anak Melayu yang berwawasan dan berani melalui watak-watak
utama dalam kedua-dua buah novel. Sepanjang peredaran masa, telah kita lihat banyak bahasa
Ibunda yang kian lenyap dan kemudian pupus ditelan kabus kemodenan. Bahasa-bahasa yang
pada suatu tika dahulu biasa kedengaran di padang-padang pasir Mesir, di hutan rimba
Venezuela, dan dataran luas Mongolia kini hanya wujud, bisu, di pemuka-pemuka artifak-
artifak bersifat arkaelogikal – di dinding-dinding piramid dan di tangga-tangga tempat
kedewaan kuno, antaranya.

Pada zaman yang berteraskan Teknologi Maklumat dan proses pensejagatan ini, banyak unsur
budaya dan adat terutama sekali bahasa Ibunda sesebuah masyarakat yang terhakis lantaran
asimilasi budaya asing. Jikalau masalah ini tidak diubati dalam konteks bahasa Melayu, maka
akan rapuhlah bukan sahaja semangat dan jatidiri kebangsaan masyarakat kita, malah juga
akan pincang identiti dan nilai-nilai murni yang sering dikaitkan dengan bangsa Melayu.
Masalah kritikal ini perlu diambil kira dengan serius, dan dihuraikan sebelum Tamadun Dunia
Melayu juga lenyap ditelan pasir kemodenan.

Dan sebelum tumpul lidah yang menjuih…

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

“Belajarlah daripada masyarakat dan kemudian didiklah mereka”


Mao Tse Tung

“Ketika membicara sesuatu yang serius, jangan dicampurkan dengan senda


gurau supaya tidak hilang harganya.”
Hamka

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 9


BAHASA DAN BANGSA

BAHASA IBUNDA PENGAWAL KEMORALAN MANUSIA


Nur Adawiyah Bte Rosli

Setiap bangsa pasti mempunyai bahasanya yang tersendiri. Bangsa India terkenal akan bahasa
Tamilnya, bangsa Jepun bangga akan bahasa Jepunnya, bahasa Melayu dipandang tinggi akan
bahasa Melayunya dan pelbagai lagi. Kepentingan dan keindahan bahasa ibunda amat terserlah
dan ini dapat disampaikan menerusi sajak Aliman Hassan iaitu ‘Bicara Seloka, Bahasa Ibunda’.
Kini, globalisasi telah berjaya menakluki dunia sehingga berlakunya penghakisan bahasa-bahasa
ibunda. Semua ini berlaku kerana pengaruh bahasa Inggeris yang dianggap sebagai bahasa
lingua franca atau bahasa perantaraan.

Kebanyakan negara di merata dunia sedang sibuk menerima bahasa Inggeris demi kemajuan
ekonomi, politik dan sosial. Tanpa disedari bahasa Inggeris telah menjajah minda ramai manusia
di dunia sehingga mereka sanggup meninggalkan bahasa ibunda yang menjadi warisan nenek
moyang mereka. Ramai kanak-kanak masa kini sudah bijak berbahasa Inggeris dan sukar pula
berbahasa ibunda. Ada pula tidak memahami langsung bahasa ibunda mereka yang kaya
dengan budi bahasa dan sopan santun. Masalah pengaruh barat ini semakin berleluasa di seluruh
dunia dan telah menyebabkan pelbagai masalah sosial. Oleh itu, kita tidak dapat menafikan
bahawa bahasa ibunda sememangnya boleh disifatkan sebagai pengawal kemoralan manusia
sedunia.

Bahasa merupakan alat perhubungan sesama manusia. Lantas, setiap bangsa yang mempunyai
bahasanya yang tersendiri sepatutnya bangga akan jati diri mereka sendiri. Mereka merupakan
segolongan manusia yang mempunyai warisan dan kekayaan mereka tersendiri menerusi bahasa
ibunda dan budaya mereka. Bahasa juga yang dapat menyatukan manusia sebangsa mara ke
hadapan dan meraih kemajuan. Bahasa juga menyedarkan dan mengajar manusia tentang
peri pentingnya budaya mereka kerana setiap bangsa mempunyai kepercayaan dan budaya
yang berbeza.

Bangsa Melayu amat terkenal akan budi bahasa dan sopan santun mereka. Budi bahasa dan
sopan santun telah dipupuk di dalam diri setiap anak Melayu menerusi bahasa mereka. Terdapat
pelbagai cabang bahasa Melayu yang dapat mengajar manusia tentang sifat-sifat mulia yang
perlu diperolehi setiap manusia di dunia. Peribahasa, madah, pantun, sajak dan pelbagai genre
sastera lain berperanan sebagai alat mendidik anak bangsanya. Setiap genre ini mengajar tabiat-
tabiat yang baik yang perlu dicontohi dan dipatuhi sementara tabiat-tabiat yang buruk perlu
dijauhi. Tanpa mengetahui bahasa ibunda, sudah pasti seseorang itu sukar memahami mesej
yang ingin disampaikan menerusi genre-genre ini apatah lagi memberi kesan ke dalam dirinya.

Bahasa Jepun pula mendidik bangsanya agar sentiasa berdisiplin. Lantas, kita dapat melihat
betapa rajin rakyat Jepun cuba memajukan ekonomi mereka sehingga mereka berjaya meraih
keuntungan setelah jatuh akibat perang dunia kedua. Seperti yang diketahui, rakyat Jepun
masih menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa negara kerana mereka
sedar betapa pentingnya bahasa mereka dalam mendidik rakyat. Bahasa ibunda rakyat Jepun
boleh dianggap sebagai mangkin sifat nasionalisme mereka selain mengawal kemoralan rakyat
mengikut budaya mereka. Malahan, bahasa Jepun telah diangkat sebagai salah satu bahasa
yang penting dan semakin dipelajari bangsa-bangsa lain.

Bahasa Jepun amat kaya dengan keunikan mereka sendiri kerana tiada bahasa lain yang dapat
menggantikan bahasa Jepun. Makanan-makanan Jepun sendiri masih kekal dengan nama-nama
Jepunnya kerana nama-nama ini mempunyai makna yang tertentu. Selain itu, nama-nama rakyat
Jepun pula amat panjang dan sesiapa yang ingin memanggil nama mereka perlu menyebut
keseluruhan nama mereka dan bukan nama singkatan kerana bagi masyarakat Jepun nama
mereka itu penting dan perlu dihormati. Seperti bangsa Cina, bangsa Jepun juga mementingkan
nama keluarga kerana nama keluarga dapat menunjukkan susur galur keluarga tersebut.

10 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Masyarakat Cina pula terkenal akan bahasa Cinanya yang mempunyai pelbagai dialek. Setiap
dialek bahasa ibunda bangsa Cina ini mempunyai perayaan dan kepercayaan mereka tersendiri.
Perayaan-perayaan masyarakat Cina berbeza daripada masyarakat Jepun dan masyarakat
Melayu. Perayaan-perayaan masyarakat Cina mempunyai sejarah mereka tersendiri yang dapat
mengajar masyarakatnya tentang nilai-nilai murni yang dipentingkan oleh mereka. Perayaan-
perayaan yang mereka raikan mempunyai makna-makna tersendiri yang boleh dijadikan
panduan untuk diri mereka. Misalnya, masyarakat Cina terkenal akan amalan ‘fengshui’ mereka.
Amalan ini hanya akan dapat difahami dengan lebih terperinci menerusi bahasa Cina itu sendiri.
Walaupun terdapat penerangan ‘fengshui’ ini dalam bahasa-bahasa lain, ia tidak dapat
menjelaskan dengan lebih mendalam tentang amalan ini. Kesukaran ini mungkin kerana istilah-
istilah Cina yang mengetengahkan makna sebenar yang ingin disampaikan menerusi pengamalan
‘fengshui’ ini.

Amalan ini telah mengajar masyarakat Cina tentang kaitan manusia dengan alam sekeliling.
Manusia sememengnya amat rapat dengan alam sekeliling dan memerlukan alam sekeliling
dalam kehidupan mereka. Oleh itu, bahasa ibunda bangsa Cina telah dapat membantu mereka
mengetahui amalan ‘fengshui’ yang dianggap dapat menyerikan hidup mereka dengan
kekayaan, kebahagiaan dan keharmonian. Lantas, ramai di kalangan masyarakat Cina cuba
memiliki ikan koi dan memasang cermin di dinding rumah mereka supaya dapat membantu
mereka mengelakkan daripada kecelakaan dan membawa kebahagiaan yang diingini. Hanya
masyarakat Cina sahaja yang dapat mengamalkan ‘fengshui’ ini dengan lebih berkesan kerana
mereka dapat menghayati dan memahami setiap ajaran ‘fengshui’ ini menerusi bahasa mereka.

Bahasa ibunda juga dapat mempengaruhi pembelajaran sesuatu budaya itu. Sekiranya budaya
ini diajar di dalam bahasa lain kemungkinan besar budaya asli itu tidak dapat disampaikan.
Sebaliknya keasliaan sesuatu budaya itu akan semakin hilang dan terhakis dek penerangan
dalam bahasa lain. Keindahan dan keunikan budaya itu juga akan tercemar dan boleh
merosakkan sesuatu budaya itu.

Misalnya, masyarakat India amat dikenali dengan tarian India mereka. Rentak lagu dan
bahasanya perlu menggunakan irama dan lagu India kerana setiap lagu India itu mempunyai
makna mereka tersendiri. Biasanya lagu tarian India merupakan cerita perihal tuhan-tuhan
mereka dan juga tokoh-tokoh atau pahlawan yang terkenal menurut sejarah. Irama tarian
mereka juga menggunakan alat-alat muzik bangsa mereka tersendiri seperti tablagh. Setiap
gerak-geri tarian India pula mempunyai makna mereka tersendiri yang akan membawa penonton
ke dalam sebuah epik masyarakat mereka tersendiri. Oleh itu, keunikan tarian ini yang
berlandaskan bahasa ibunda mereka mungkin tidak dapat difahami masyarakat lain jikalau
mereka tidak memahami bahasa tersebut. Pakaian dan perhiasan yang digunakan setiap penari
mereka juga mempunyai makna dan perlambangan bangsa mereka. Perlambangan-
perlambangan ini akan membuat masyarakat bangsa itu berasa bangga akan warisan dan budaya
mereka.

Secara keseluruhan, semua bahasa ibunda dapat mendidik setiap masyarakat sesebuah bangsa
bangga akan budaya dan adat mereka. Masyarakat sesuatu bangsa itu akan dipupuk dan ditanam
nilai-nilai murni yang berlainan berasaskan bangsa mereka. Orang yang memahami bahasa
ibunda mereka dapat mematuhi, menghayati dan menjiwai budaya, tarian, nyanyian dan genre-
genre sastera mereka dengan lebih mendalam berbanding dengan orang yang tidak memahami
bahasa ibunda mereka. Mereka juga dapat menjalankan dan menghadapi kehidupan mereka
dengan lebih harmonis, bahagia dan keyakinan berlandaskan budaya bangsa mereka sendiri.
Budi bahasa, sopan santun, taat akan ibu bapa dan hormat-menghormati merupakan sebahagian
daripada nilai-nilai yang dapat dimiliki setiap individu yang mengamalkan dan bangga akan
bahasa ibundanya. Oleh itu, bahasa ibunda sememangnya pengawal kemoralan manusia, seperti
di dalam setiap filem, hanya gadis asli bangsa India, Melayu mahupun Cina yang menjadi kegilaan
ramai pemuda kerana kemoralannya yang baik dan kaya akan budaya bangsanya sendiri.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 11


BAHASA DAN BANGSA

MEMPERTAHANKAN JATI DIRI MELAYU


Nafisah Nurraudhah bte Sa’Dollah

Kata keramat Laksamana Hang Tuah, ‘Takkan Melayu hilang di dunia”, tidak pernah luput
dimakan zaman. Ungkapan ini menjadi semangat kekuatan dan inspirasi bangsa Melayu.
Malangnya, kini, ungkapan ini tidak lagi diambil berat. Tidak dapat dinafikan bahawa bangsa
Melayu tidak akan hilang dari muka bumi ini tetapi peradaban, semangat dan kehalusan bahasa
Melayu dalam pertuturan akan mula hilang. Sedikit demi sedikit ketiga-tiga aspek ini dikikis
dari diri orang-orang Melayu tidak kira di Singapura, Malaysia, Brunei Darussalam ataupun
Indonesia. Orang-orang Melayu kini semakin sibuk dengan arus globalisasi dan pemodenan
yang membawa perubahan pesat dan mendadak. Lama-kelamaan kita hanya akan dipanggil
orang atau bangsa Melayu tetapi jati diri sebagai seorang Melayu sudah pupus dalam diri kita.
Namun demikian, bolehkah kita membangkitkan ungkapan ‘Takkan Melayu hilang di dunia’
yang bermaksud bahawa bangsa Melayu bersama jati dirinya seperti peradaban, semangat
dan kehalusan bahasa Melayu tidak akan hilang, semula?

Peradaban Melayu
Orang Melayu dikenali dengan kesopanan, tatatertib dan hemahnya yang tinggi. Kini, sikap-
sikap yang murni ini semakin tidak dihiraukan oleh masyarakat Melayu. Kita dapat lihat dari
perwatakan dan kelakuan para remaja yang dipengaruhi budaya barat yang negatif. Menurut
buku ‘Melayu Singapura dalam kritikan’, di Singapura, terdapat sebilangan pelajar wanita
Melayu yang telah ditangkap oleh pihak sekolah kerana mewarnakan rambut mereka dan
memakai anting-anting secara berlebihan sehingga di hidung. Selain itu, terdapat sebilangan
anak-anak muda Singapura yang suka berlepak di pusat-pusat membeli-belah dan disko.
Malaysia juga mempunyai masalah-masalah yang sama dan terdapat laporan-laporan mengenai
gejala bohsia.

Satu pertemuan yang telah dianjurkan oleh Menteri-menteri Agama Negara Brunei Darussalam,
Repulik Indonesia, Malaysia dan Repulik Singapura (MABIMS) yang ke sepuluh telah menyentuh
tentang masalah sosial yang besar dan serius yang dihadapi setiap negara iaitu penagihan
dadah, pergaulan bebas, perkosaan, jenayah dan ponteng sekolah yang dicetuskan oleh arus
globalisasi dan permodenan yang tidak dapat dikawal. Semua contoh ini telah membuktikan
bahawa sikap kesopanan, tatatertib dan hemah tinggi orang Melayu telah dicemari budaya
barat, globalisasi dan seumpamanya.

Justeru, untuk mengekalkan atau memupuk semula sikap-sikap murni ini di dalam diri orang
Melayu, ibu bapa, para guru dan lembaga-lembaga perkhidmatan Melayu harus berganding
bahu untuk mengatasi masalah-masalah sosial ini. Pertama, ibu bapa perlu menasihati anak-
anak dari segi perawakan dan pergaulan mereka bersama rakan-rakan. Ibu bapa juga perlu
menimbulkan kemesraan di antara mereka dengan anak-anak sendiri agar anak-anak tersebut
dapat berkongsi masalah yang dihadapi dengan terbuka. Tukilan dari majalah ‘Pelita Bahasa
Brunei’ mengatakan bahawa para guru bukan sahaja perlu berusaha untuk meningkatkan
prestasi pelajar-pelajar dalam pelajaran, malah mereka juga harus memulihkan keadaan disiplin
atau akhlak pelajar-pelajar. Di Singapura, pendidikan moral dan seks telah diperkenalkan untuk
mengajar dan melentur pelajar-pelajar.

Lembaga-lembaga perkhidmatan Melayu pula perlu mengadakan kursus-kursus untuk


membimbing anak-anak dan ibubapa. Walaupun terdapat perkhidmatan kaunseling di
Singapura yang dianjurkan oleh pihak MENDAKI dan badan-badan lain, aktiviti-aktiviti atau
acara-acara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan perlu diadakan. Pihak MABIMS pula
bersetuju untuk mengklasifikasikan para belia dan remaja sebagai aset negara yang perlu dijaga

12 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


dan dibangunkan dengan sempurna. Negara-negara yang terlibat telah bekerjasama dan
berusaha untuk menjadikan MABIMS sebagai wadah memantapkan keharmonian dan toleransi
hidup bersama. Oleh itu, peradaban masyarakat Melayu dapat dipupuk semula dalam diri
mereka.

Seterusnya, semangat orang Melayu berjuang dalam pelajaran untuk memperolehi keputusan
yang baik. Sejak kerajaan Melayu lama, pahlawan-pahlawan Melayu akan merantau ke mana-
mana untuk memperolehi ilmu yang dikehendaki mereka. Mereka akan berguru dengan pakar
dan ada yang bertapa di dalam gua. Malangnya, semangat belajar bersungguh-sungguh tidak
ketara dalam diri masyarakat Melayu kini. Negara Brunei dan Indonesia mempunyai taraf
kecermelangan dalam pendidikan yang rendah dan lemah. Menurut Prof. Datuk Dr. Ishak Harun
dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, purata pelajar Melayu di Malaysia yang mendapat
gred A1 dan A2 dalam tiga mata pelajaran iaitu Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia, hanya
1010 daripada 2898 calon. Di Singapura, kohort pelajar-pelajar Melayu darjah 1 yang
melanjutkan pendidikan mereka ke Institusi Pendidikan Teknikal (ITE) pada tahun 1999 adalah
sebanyak 46.2%. Purata ini amat banyak jika dibandingkan dengan kaum India yang hanya
32%. Ini membuktikan bahawa semangat orang Melayu untuk berusaha dalam pendidikan
semakin berkurangan kerana jumlah pelajar ke politeknik dan maktab rendah amat
berkurangan. Sebaliknya semangat ‘ala kadar’ pula yang tersemat di dalam diri kita.

Namun demikian, semangat ini dapat diterapkan semula dengan kerjasama pelajar-pelajar dan
guru-guru. Para guru perlu memerhatikan prestasi anak-anak muridnya dalam bidang yang
mereka lemah dan cuba mengubah cara mengajar subjek-subjek itu agar lebih kreatif dan
menarik lagi. Pendekatan yang baru dapat menarik perhatian pelajar-pelajar. Pendidikan yang
asas perlu diulangkaji semula supaya pelajar-pelajar mengingatinya. Selain itu, para guru perlu
menimbulkan suasana yang kondusif. Di Malaysia, perasaan segan untuk bertanya dan malu
mendekati pensyarah-pensyarah perlu dibasmi dalam jiwa pelajar-pelajar agar mereka dapat
berkongsi pengetahuan dan masalah-masalah dalam subjek-subjek yang mereka tidak faham.
Di Indonesia pula, ramai rakyat miskin dan tidak berpendidikan. Justeru, dengan pertolongan
pemerintah, pihak sekolah boleh menganjurkan bengkel-bengkel untuk mendidik rakyat
Indonesia itu sendiri. Sesi kaunseling yang terdapat di sekolah-sekolah di Singapura diadakan
supaya para guru dapat mendekati pelajar-pelajar untuk memupuk semangat belajar dan terus
berjuang hingga ke menara gading. Contoh-contoh ini dapat membuang semangat ‘ala kadar’
yang terdapat dalam diri pelajar-pelajar Melayu agar mereka akan terus berjaya dalam hidup.

Akhir sekali, kehalusan bahasa Melayu dalam pertuturan semakin terhakis. Ungkapan ‘Tiada
kata secantik bahasa’ mempunyai pengertian yang dalam iaitu bahasa akan sentiasa diucapkan
dan dilestarikan agar ia tidak luput dimakan zaman. Orang Melayu dikenali dengan kehalusan
bahasa Melayu dalam pertuturannya yang penuh dengan kiasan dan beralas seperti peribahasa.
Namun demikian, hari ini, pencemaran bahasa Melayu semakin terserlah. Di Singapura,
masyarakat Melayu telah memanfaatkan bahasa asing seperti bahasa Inggeris untuk
melestarikan budaya asing yang negatif dalam budaya Melayu sendiri. Struktur kata-kata Melayu
disusun semasa perbualan tidak teratur dan ada kegunaan bahasa Inggeris yang kasar seperti
‘goddamit’ dan sebagainya. Di Malaysia pula, bahasa Melayu lisan sering diselangselikan dengan
kata-kata Inggeris manakala penggunaan bahasa Melayu di Brunei terdapat campuran bahasa
lain di dalamnya untuk menekankan sesuatu perkara. Oleh itu, jelas kelihatan bahawa bahasa
Melayu telah dicemari dengan bahasa-bahasa asing dalam arus globalisasi.

Namun demikian, bahasa Melayu ini dapat diperbaiki dengan mendapatkan kerjasama ibu
bapa, para guru dan pertubuhan-pertubuhan bahasa Melayu. Mereka perlu mengajar dan
menjadi contoh kepada anak-anak Melayu agar mereka dapat berbual dalam bahasa Melayu

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 13


dengan baik dan sopan. Mereka juga harus elakkan penggunaan istilah-istilah Inggeris semasa
mengajar anak-anak tersebut. Selain itu, peranan para bahasawan dan sasterawan, seniman
dan media massa turut memainkan peranan yang besar. Para bahasawan dan sasterawan perlu
menggunakan istilah-istilah bahasa Melayu yang betul semasa mengarang karya mereka agar
para pembaca dapat bertutur bahasa Melayu dengan betul. Seniman-seniman perlu menjaga
tata penyebutan bahasa Melayu semasa mendendangkan lagu-lagu mereka agar tidak
merosakkan bahasa Melayu manakala pihak media massa seperti rancangan-rancangan Melayu
saluran Suria di Singapura dan penyiaran RTB di Brunei perlu memperbaiki mutu penggunaan
bahasa Melayu di kalangan penyiar-penyiar atau pelakon-pelakon mereka. Justeru, kerjasama
daripada pihak-pihak yang berkuasa dapat menyelamatkan bahasa Melayu daripada luput
dimakan zaman.

Kesimpulannya, setiap individu yang berbangsa Melayu di Nusantara memainkan peranan yang
penting untuk menjamin kedudukan masyarakat Melayu di muka bumi ini. Orang Melayu perlu
mengekalkan peradaban, semangat dan kehalusan bahasa Melayu dalam pertuturan agar jati
diri masyarakat Melayu tidak terhakis. Walaupun kita perlu mengikuti arus globalisasi dan
permodenan, kita perlu menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa bangsa Melayu masih
utuh berdiri di bumi ini. Gandingan bahu di antara anak-anak atau pelajar-pelajar, ibu bapa,
para guru dan pihak-pihak yang berkuasa dapat mengatasi masalah-masalah yang timbul dan
membuktikan bahawa orang Melayu tidak akan hilang di dunia ini.

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

KERELEVANAN

Sekelip mata menjeling sekeliling Menghentak segala usulan


Mengharapkan lontaran sorakan Demi kebaikan atau kepentingan sendiri ?
AllahuAkhbar - AllahuAkhbar Mengumpul segenap penyokong
Namun semua diam membeku Mengagungkan tradisi

Aku sendiri ! Bentaknya Jangan salahkan siapa


Kita diberi masa berabad lamanya
Mana mungkin sedangkan Tuhan tetap bersamamu Namun tetap beku sebeku Sanskrit dan Latin
Aku ketandusan hak Sehingga Inggeris mengatasi segalanya
Aku kehilangan hak Sekularisme menatang segala pundak
Proses peleburan hak nampaknya berterusan Sedangkan kita dibelakang jauh ketinggalan
Siapa bisa menyatukan ?
Umat terbaik firmanNya
Itu pendirianmu Malang sekali hayat
Demi kebaikan kita maju Dibuai khayalan semalam
Demi masa depan kita meleburkan tradisi Sehingga tak mampu membuka mata
Mampukah tradisi menghasilkan kerelevanan Takut menghadapi kenyataan
Atau terus mengelirukan dengan asal yang ada Kerelevanan.

Ekonomi baru - Manusia baru - Minda baru Mohamed Pitchay Gani BMAA
Sedangkan semua itu telah tertulis di kitab suci
Al Quran tetap relevan
Adakah umatNya relevan ?

14 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


BAHASA DAN BANGSA

PSIKOLOGI MELAYU: SEMANGAT BANGSA BERPAKSI BAHASA


Ruhaidah Binte Rahmat

Masyarakat Melayu Singapura berpaksikan bahasa Melayu untuk memperlihatkan bahasa dan
budaya Melayu kepada bangsa asing. Mengikut Perlembagaan Republik Singapura, Bahasa
Melayu adalah Bahasa Kebangsaan Negara. Bahasa Melayu juga menjadi satu daripada empat
bahasa rasmi negara di samping bahasa-bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris. Kini, sebagai
salah satu bahasa rasmi negara, bahasa Melayu boleh digunakan dalam Parlimen, mahkamah,
persidangan-persidangan penting seperti Konvensyen Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan
(NTUC), majlis-majlis forum dan seminar-seminar yang para pesertanya terdiri daripada berbagai
kaum. Selain itu bahasa Melayu juga boleh digunakan dalam surat-menyurat kepada
kementerian-kementerian atau jabatan-jabatan pemerintah apabila membuat aduan,
mengundang pegawai tinggi pemerintah untuk menghadiri sesuatu majlis, memberi laporan
dan sebagainya.

Di bawah sistem pendidikan negara, bahasa Melayu menjadi satu daripada bahasa ibunda yang
wajib dipelajari setiap pelajar Melayu dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pra-
universiti. Rata-rata para pelajar Melayu mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda
mereka yang dikenali juga dengan istilah bahasa kedua di sekolah. Bahasa Inggeris pula
dipelajari sebagai bahasa pertama.

Matlamat utama pemerintah mewajibkan setiap pelajar mempelajari bahasanya sendiri ialah
agar mereka mengenal dan memahami budaya, adat resam dan nilai-nilai murni bangsanya
yang diwarisi turun-temurun. Menurut Timbalan Perdana Menteri Singapura, Ybh BG (NS) Lee
Hsien Loong dalam Amanat Bulan Bahasa 1998:

‘Penguasaan Bahasa ibunda yang baik akan membantu kita mengekalkan jalinan
dengan warisan bahasa dan budaya nenek-moyang kita sendiri. Ia akan membantu
kita mengekalkan ciri-ciri, nilai-nilai dan identiti setiap kumpulan kaum yang
membentuk perwajahan berbilang bangsa Singapura.’

Mengenai pembelajaran bahasa Melayu pula beliau menambah:

‘Bahasa Melayu juga membantu rakyat Singapura mengekalkan saluran


perhubungan dalam bahasa itu dengan para penduduk di negara-negara jiran
kita. Selain aspek budaya, manfaatnya juga boleh menjangkau ke bidang
perniagaan dan perdagangan.’

Hakikatnya pada suatu masa dahulu walaupun pengguna bahasa Melayu di Singapura terdiri
daripada golongan minoriti, Singapura telah menjadi pusat perkembangan bahasa dan
persuratan Melayu bagi Tanah Melayu sebelum kemerdekaan. Selain menjadi tempat pertemuan
dan persidangan para pencinta dan ahli bahasa dan sastera Melayu di rantau ini, Singapura
menjadi pusat penerbitan awal akhbar dan majalah dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh
antara akhbar dan majalah yang diterbitkan di Singapura ialah ‘Jawi Peranakan’, ‘Al Imam’,
‘Utusan Melayu’, ‘Melayu Raya’, ‘Mustika’, ‘Qalam’, ‘Hiburan’, ‘Gelanggang Filem’ dan lain-lain
lagi. Kebanyakan majalah dan akhbar pada masa itu diterbitkan dalam tulisan jawi. Maka,
jelas dapat dilihat bahawa bahasa Melayu mempunyai peranan yang cukup penting.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 15


Masyarakat Melayu juga berpaksikan bahasa Melayu untuk memperlihatkan pemikiran orang
Melayu. Psikologi bahasa Melayu adalah mirip kepada psikologi orang Melayu kerana orang
Melayu merupakan penutur asal bahasa Melayu. Cara orang Melayu berfikir banyak
diungkapkan dalam pepatah dan pantun Melayu. Hamilton dalam bukunya, Malay Proverbs,
telah menghuraikan peranan pepatah dalam kehidupan masyarakat Melayu, menurutnya:

‘Dalam sebuah masyarakat di mana budaya tulisan datang lewat dan hanya
tertumpu kepada golongan tertentu sahaja, undang-undang ada bagi kawasan
itu dan pengumpulan ajaran-ajaran moral bersama-sama dengan pelbagai lakuan
tunjuk ajar untuk kehidupan harian, dengan didasarkan kepada pemerhatian
terhadap fenomena semula jadi, disampaikan kepada generasi kemudian dalam
bentuk pepatah yang masih kerap digunakan.’

Pemikiran orang Melayu yang terungkap dalam pantun dan pepatah Melayu secara jelas
menggambarkan bahawa orang Melayu adalah sekelompok bangsa yang amat
mementingkan nilai budi dan kesetiakawanan. Keadaan ini menunjukkan bahawa
masyarakat Melayu sejak dahulu merupakan sebuah masyarakat yang terbina atas dasar
perhubungan yang intim yang saling bantu membantu, iaitu berbudi dan bersetia. Hal ini
mungkin didorong oleh faktor persekitaran dan sistem nilai yang menjadi pegangan hidup
masyarakat ini. Kehidupan sebagai petani dan nelayan telah mewujudkan sistem hidup
yang saling memerlukan, misalnya bersawah merupakan satu kerja yang berat dan sukar
untuk dilaksanakan secara bersendirian, khususnya semasa musim menanam dan menuai
padi. Keadaan ini telah mewujudkan konsep ‘berderau’ dalam kehidupan masyarakat. Nilai
murni yang ditanam oleh agama Islam telah menyuburkan lagi konsep berbudi dan bersetia
ini.

Khazanah keilmuan Melayu, sama ada yang berbentuk lisan atau tulisan, banyak mengandungi
pantun dan pepatah yang membicarakan konsep berbudi dan bersetia ini. Sebagai contoh,
dalam khazanah pepatah Melayu kita akan dapati banyak pepatah yang mengungkapkan
konsep berbudi dan bersetia secara jelas. Kita sering mendengar orang mengungkapkan
pepatah, ‘ Yang indah itu budi, yang cantik itu bahasa ’, ‘ Orang berbudi kita berbahasa, orang
memberi kita merasa ’, ‘ Biar miskin emas jangan miskin budi bahasa ’, ‘Jauh di mata dekat di
hati ’ dan berbagai-bagai pepatah lain yang menggambarkan bahawa masyarakat Melayu
mementingkan budi dan kesetiaan semasa terjalinnya hubungan di antara dua orang manusia
atau dua kumpulan manusia. Budi menjadi teras paradigma untuk membentuk hubungan di
antara individu atau semasa berkomunikasi.

Selain pepatah, pantun Melayu juga merupakan cara menyampaikan hasrat yang penting dalam
masyarakat Melayu, khususnya masyarakat Melayu lama. Pantun diungkapkan untuk
menyampaikan rasa kasih dan benci. Hal ini turut dinyatakan oleh Wilkinson dan Winstetd:

‘Sebenarnya tidak mungkin bagi sesiapa pun untuk mencuba memeri akal-budi
orang Inggeris tanpa mengkaji sasteranya atau mengkaji akal budi orang Scotland
tanpa mengkaji Burns dan seterusnya tidak seorang pun dapat meramal akan ruang
lingkup akal-budi orang Melayu tanpa mengetahui pantunnya yang menjadi
pengungkap cumbuan bersajak dan cercaan bagi bangsanya.’

Pantun Melayu juga banyak menyerlahkan konsep berbudi dan bersetia dalam kehidupan
bermasyarakat. Pantun Melayu khususnya pantun Melayu lama secara jelas mengungkapkan

16 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


kepentingan konsep ini. Sebagai contoh, pantun yang sering kita dengar ini secara jelas
menggambarkan betapa masyarakat Melayu amat mementingkan konsep berbudi dan
bersetiakawan dalam membina hubungan sesama individu;

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Pantun di atas jelas menggambarkan betapa masyarakat Melayu begitu mengagungkan budi.
Budi bukanlah benda, nilainya juga tidak dapat kita ukur dengan nilai emas atau perak. Orang
yang berbudi tidak minta dibalas tetapi yang termakan budi akan mengenangnya hingga ke
akhir hayat.

Gambaran di atas jelas menunjukkan bahawa dalam sistem kognitif atau minda orang Melayu,
budi bahasa merupakan komponen yang penting dalam membentuk hubungan sesama anggota
masyarakat. Konsep berbudi bahasa bukan sahaja dipegang semasa berinteraksi dalam situasi
biasa, bahkan juga dipegang semasa memarahi atau mencerca anggota atau kumpulan lain.
Biasanya orang Melayu memilih cara menyindir untuk menyampaikan sesuatu hasrat yang
terbuku di hati, iaitu menyatakan sesuatu secara tersirat, tidak secara terus tetapi amat berkesan
di hati penerima.

Walaupun bahasa Melayu kaya dengan pantun, pepatah dan kiasan, ia masih mampu
menyampaikan konsep-konsep yang sukar atau abstrak secara tepat dan padat. Sejak zaman
kerajaan Sriwijaya, Langkasuka, Kedah Tua dan Melaka, bahasa telah membuktikan
kemampuannya menjadi lingua franca yang berkesan, tepat dan indah. Bahasa Melayu
merupakan bahasa yang seimbang, iaitu mampu mengungkapkan pemikiran secara tepat dan
indah.

Kita hendaklah sentiasa peka kepada hakikat bahawa penutur asal bahasa Melayu adalah
sekelompok manusia yang amat mementingkan budi semasa membentuk hubungan sesama
insan. Budi dan bahasa adalah dua entiti yang bersepadu bagi orang Melayu. Masyarakat Melayu
berprinsipkan bahasa Melayu untuk memperlihatkan bahasa dan budaya orang Melayu.
Hakikatnya bahasa Melayu juga memperlihatkan pemikiran masyakat Melayu itu sendiri yang
kaya dengan budi dan bahasa.

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

“Setiap manusia berhak berkembang menjadi manusia yang lengkap menurut


pembawanya. Hak berkembang itu memaksa wujudnya institusi perguruan dan pendidikan
untuk menolong dan membimbing serta membentuk jiwa raga manusia yang sedar akan
kewajibannya.”
Khonstamm

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 17


BAHASA DAN BANGSA

SUMPAH HANG TUAH


Shahidah Bte Mahfodz

Setiap kali kita membicarakan orang Melayu di zaman ini, pelbagai keluhan yang kita dengar.
Ada yang mengatakan orang Melayu malas, bodoh, suka meminta serta mudah terpengaruh
dengan budaya tidak sihat. Mungkinkah kata-kata ini masih relevan di sebalik globalisasi yang
dialami seluruh dunia termasuk negara-negara Nusantara yang kebanyakan penduduknya
merupakan orang Melayu? Adakah memadai sekiranya kita mengatakan bahawa kemalasan
itu datangnya daripada moyang kita?

Menurut Dr Siddiq Fadzil menerusi artikel ‘Takkan Melayu hilang di dunia? Entahlah’ yang
disiarkan dalam majalah Tamadun (Mac 2001), sumpah pahlawan Hang Tuah iaitu Takkan Melayu
hilang di dunia lebih tertumpu sebagai perjuangan demi memastikan Melayu akan hadir dan
terus hadir di pentas sejarah. Sebagaimana riwayat Hang Tuah yang berakhir dengan keghaiban
beliau, mungkinkah beliau akan muncul semula? Namun demikian, tidak mustahil sekiranya
kemunculan beliau diiringi kekecewaan terhadap bangsa beliau yang tetap ada di arena dunia
tetapi ciri-ciri mereka sebagai Melayu tiada lagi.

Melalui sejarah, kita telah mempelajari bahawa pembukaan minda Melayu seiring dengan
perluasan daerah pelayaran dan pengembaraan mereka hampir ke seluruh dunia. Pelayaran
mereka bertujuan meluaskan keilmuan mereka dan sekaligus memperkembangkan lagi
kebudayaan Melayu di pelosok dunia. Akibat tindakan mereka itu, bangsa Melayu hadir sebagai
sebahagian warga besar dunia. Pengaruh Islam juga jelas meninggalkan kesan mendalam dalam
kehidupan bangsa Melayu kerana sehingga kini, Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan.
Biarpun pelbagai tamadun seperti India, Cina serta Barat pernah hadir di rantau ini untuk
menyebarkan nilai dan agama masing-masing, Islam merupakan agama yang diterima baik
oleh bangsa Melayu.

Keadaan sedemikian menunjukkan keterbukaan minda bangsa Melayu pada waktu itu. Jarang
kita dengar kerajaan atau orang Melayu menentang nilai dan agama tamadun bangsa lain.
Malah bangsa Melayu pada waktu itu menerima segala perubahan dengan baik selagi
perubahan itu tidak menjejas bangsa dan agama mereka. Selagi perubahan itu membawa
manfaat serta perkembangan terhadap sosial, politik, budaya serta nilai Melayu, bangsa Melayu
tidak akan menidakkan perubahan tersebut. Akibatnya tamadun Melayu mencapai kemajuan
yang tinggi. Biarpun Nusantara pernah dijajah Portugis, Belanda serta British, orang Melayu
tidak hilang di muka dunia ditelan oleh kuasa penjajah. Malah mereka kekal sehingga hari ini.

Tidak mustahil sekiranya sumpahan Hang Tuah dapat direalisasikan sebagaimana perkara itu
terbukti menjadi kenyataan walaupun kita pernah dijajah. Kini sains dan teknologi memainkan
peranan penting dalam kehidupan kita. Menerusi kajian yang dijalankan oleh Kementerian
Pendidikan Singapura, mereka dapati kursus Teknologi Maklumat (IT) semakin diceburi pelajar
Melayu khususnya di politeknik. Begitu juga kursus berkaitan dengan sains seperti Bioteknologi.
Keadaan ini menunjukkan bahawa bangsa kita semakin sedar bahawa sekiranya mereka ingin
terus bersaing dengan bangsa lain, mereka harus memastikan bahawa ilmu dan kemahiran
yang dimiliki relevan dengan ekonomi baru. Selain itu, ramai anak muda Melayu membuka
syarikat sendiri terutama sekali yang berkaitan dengan IT.

Melalui kemahiran serta semangat keusahawanan yang dimiliki, mereka berupaya mencipta
pelbagai program terutama sekali yang berkaitan dengan bangsa Melayu. Kini semakin banyak
CD-Rom berbentuk pendidikan dalam bahasa Melayu boleh didapati di pasaran. Hasil kreativiti
serta kemahiran mereka mencipta perisian untuk memperkenalkan budaya serta bahasa Melayu

18 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


kepada generasi muda serta bangsa bukan Melayu. Keprihatinan mereka jelas menunjukkan
bahawa mereka ingin memastikan bahawa budaya dan bahasa Melayu tidak pupus dek zaman
malah terus berkembang seiring dengan globalisasi. Kita juga harus berbangga dengan
pencapaian beberapa orang Melayu dalam bidang sains. Antaranya ialah Dr Azlinah yang kini
bekerja di institut sains terulung iaitu John Hopkins serta Dr Jailani yang mendapat kepujian
dalam fizik. Namum demikian, pencapaian sedemikian masih belum mencukupi dan kita perlu
menambah bilangannya menerusi pembelajaran sepanjang hayat.

Di sebalik keterbukaan kita dalam menerima kemajuan, kita perlu memastikan bahawa
kemajuan itu tidak melanggar nilai agama kita. Agama telah menjadi tiang kepada kejayaan
bangsa Melayu dalam pelbagai bidang hasil petunjuk Tuhan. Islam tidak pernah melarang
umatnya meneroka bidang-bidang baru tetapi mereka sendiri harus memastikan bidang tersebut
tidak melanggar hukum agama. Sebagai contoh, di Singapura umat Islam sentiasa merujuk
kepada fatwa MUIS sekiranya terdapat keraguan. Kes pendermaan organ di kalangan umat
Islam telah mendapat kebenaran MUIS selepas mereka mendapati pendermaan organ tidak
melanggar hukum agama kerana tindakan tersebut lebih bermaksud untuk membantu orang
lain. Walau bagaimanapun, agama seolah-olah tidak dipandang tinggi oleh bangsa kita. Kini
sudah tampak tanda-tanda jelas bahawa sebahagian orang Melayu sudah hilang kesedaran
tentang dosa.

Melayu dahulu berpegang kukuh kepada prinsip kerajinan supaya dapat mencari rezeki bagi
menampung keluarga mereka. Namun demikian, keadaan ini berbeza di Malaysia. Dasar
keistimewaan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada bumiputera tidak dimanfaatkan
dengan baik. Hak istimewa diberi agar Melayu di Malaysia dapat meningkatkan diri mereka
dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan. Walaubagaimanapun, tidak ramai orang Melayu yang
berjaya memanfaatkannya. Sebaliknya, mereka lebih mementingkan diri mereka sendiri iaitu
sama ada menganggur ataupun membuka perniagaan yang hanya dapat bertahan untuk
beberapa bulan sahaja. Kini, kejayaan bangsa Cina dan India lebih terserlah daripada bangsa
Melayu walaupun mereka tidak mendapat hak keistimewaan. Jutawan di Malaysia
kebanyakannya pula merupakan orang Cina. Kerajinan di kalangan orang Melayu masih
dipertikaikan sehingga kini kerana sikap meminta mereka lebih terserlah daripada berusaha.

Justeru kerajaan Malaysia terpaksa menilai semula hak istimewa itu. Sikap meminta belas kasihan
dari segi wang tidak harus digalakkan. Sebaliknya seseorang itu perlu diajar kemahiran baru
supaya mereka dapat bertahan di dalam ekonomi baru yang berteraskan kemahiran dan ilmu.
Hanya melalui pendidikan, bangsa Melayu dapat maju walaupun setapak dan bukan lagi wang
yang memainkan peranan. Pemerintah memainkan peranan penting tetapi bangsa Melayu
sendiri yang harus mendisiplinkan diri mereka. Bantuan boleh diberikan tetapi haruslah memadai
dengan keadaannya. Kini bukan lagi zaman meminta sebaliknya usaha yang hanya dapat
menentukan masa depan bangsa Melayu.

Bahasa dan budaya Melayu tidak dapat dipisahkan daripada alam Melayu. Walaupun kita
menghadapi saingan utama iaitu bahasa Inggeris, hanya bangsa Melayu yang dapat memastikan
bahasa kita tidak pupus. Berbanding zaman awal, kini semakin banyak karya sastera dihasilkan
dan ini menunjukkan bahawa bangsa Melayu masih menyayangi bahasanya. Namun demikian,
kita harus memastikan bahawa kemurnian bahasa Melayu tidak terjejas dengan pelbagai istilah
yang telah diinggeriskan. Pelbagai aktiviti serta kempen perlu diadakan untuk memastikan
bahawa bahasa Melayu masih menjadi lingua franca dalam perkembangan sastera, adat,
pakaian, makanan dan kesenian Melayu.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 19


Budaya Melayu juga kini menghadapi pembaharuan. Pembaharuan ini bukan sesuatu yang
negatif sebaliknya boleh dikatakan sebagai mangkin kepada pelestarian budaya Melayu. Kini
terdapat fusion atau gandingan budaya Melayu dengan budaya bangsa lain terutama sekali di
Singapura. Bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya kita lihat kebaya Melayu kini mempunyai
unsur-unsur cheongsam Cina. Gandingan sedemikian menunjukkan bahawa bangsa Melayu
kita bersikap terbuka sambil memastikan bahawa keaslian budaya Melayu terpelihara. Begitu
juga dari segi pemakanan. Memandangkan makanan ala Cina mendapat perhatian bangsa
Melayu, masyarakat kita telah mendapat pelbagai ilham untuk menghasilkan makanan
gabungan Melayu dan Cina yang halal. Hasil idea mereka bukan sahaja dapat dinikmati
masyarakat Melayu tetapi juga bangsa-bangsa lain.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Hal-Ehwal Masyarakat


Melayu/Islam, Profesor Madya Yaacob Ibrahim, masyarakat Melayu harus mendalami jiwa
Melayu, memahami faktor-faktor yang membanggakan masyarakat kita dan menggunakannya
untuk mendorong diri mereka. Beliau menerangkan bahawa Melayu Baru perlu membentuk
identiti sendiri iaitu kreatif, berkeyakinan dan boleh berdikari. Walaubagaimanapun, istilah
Melayu cemerlang lebih tepat kerana menunjukkan bahawa orang Melayu bukan ingin
pembaharuan tetapi ingin menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sudah
dimiliki mereka. Mereka ingin cemerlang dalam apa jua bidang dan tidak sesekali mengetepikan
agama mereka.

Justeru Takkan Melayu hilang di dunia harus menjadi pegangan kita. Tiada gunanya kita digelar
Melayu tetapi tidak sedikitpun memperlihatkan ciri-ciri sebagai orang Melayu. Keluhan bahawa
kita bodoh, malas serta suka meminta haruslah dihakis untuk membuktikan bahawa kita mampu
menjadi orang Melayu cemerlang. Tiada siapa yang dapat mempertahankan bangsa Melayu
kecuali kita. Bak pepatah, ‘Biar mati anak, jangan mati adat.’

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

TAKKAN MELAYU...

Takkan Melayu... Takkan Melayu hilang di dunia


Melayu yang masih terus lupa
Takkan Melayu hilang di dunia Lupa pada akar keturunan
Akhir kata dari Hang Tuah Penjajah jua yang diagungkan
Budi bahasa cerminan bangsa
Bangsa Melayu kelam kini Takkan Melayu hilang di dunia
Anak Melayu bersorak riang
Takkan Melayu hilang di dunia Terkinja-kinja separuh bogel
Melayu yang penuh kelekaan Menyambut tiba Tahun Baru
Hanyut terus dalam kealpaan
Mencari hiburan tiada batasan Takkan Melayu hilang di dunia
Hanya tersungkur rebah menyembam bumi.
Takkan Melayu hilang di dunia
Melayu yang cetek keagamaan Khairunnisah Bte Md Isa
Halal haram tidak dihiraukan
Minda dijajah pengaruh Barat

20 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEPELBAGAIAN DALAM PERIBAHASA MELAYU


Afizah, Fatin, Nisfawati, Khairunnisa, Shahidah, Sopianti, Hazurah

Peribahasa merupakan salah satu cabang tertua puisi lama yang memaparkan pancaran
pemikiran masyarakat lama yang masih terikat dengan adat istiadat. Struktur, sikap, serta
falsafah yang dianuti dan tasawwur masyarakat juga turut dicerminkan. Peribahasa dianggap
sebagai warisan masyarakat, peninggalan tamadun, rakaman pengalaman manusia, serta
rumusan daya keintelektualan dan kewajaran yang terhasil daripada cetusan hati nurani yang
isinya penuh dengan pengajaran, nasihat, teguran, hikmah dan kebenaran.

Menurut takrifan yang diberikan oleh Mohd Ghani Ahmad dalam buku ‘Peribahasa Menjana
Minda’, peribahasa merupakan ikatan yang dipilih oleh penciptanya dengan gaya bahasa indah,
teratur, padat, ringkas dan tepat; yang mengandungi pula pengertian yang khusus; yang boleh
dijadikan pegangan dan pengajaran kepada setiap lapisan masyarakat dari zaman ke zaman.
Wan Rafaei Abdul Rahman dalam buku ‘Psikologi Melayu’, mendefinisikan peribahasa Melayu
itu sebagai ‘jejak selut, kaki terbenam’ yang merupakan sindiran kepada masyarakat Melayu.
Peribahasa Melayu juga banyak menunjukkan dan memberi nasihat supaya orang Melayu
membuat sesuatu pekerjaan atau keputusan dengan berhati-hati dan teliti. Za’ba pula
mendefinisikan peribahasa sebagai ‘susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut
orang ramai sejak beberapa lama yang sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya
dipakai dijadikan sebutan orang sebagai perbandingan, teladan dan pengajaran’. Peribahasa
juga merupakan ikatan bahasa yang dituturkan dengan kalimat-kalimat pendek yang
mengandungi pengertian daripada sesuatu maksud yang sebenarnya dengan membayangkan
maksud asal dengan bayangan sindiran atau kiasan.

Buku ‘Ensiklopedia’ pula mendefinisikan peribahasa sebagai ‘frasa dan ayat yang mempunyai
susunan yang tepat dan mengandungi makna khusus’. Peribahasa juga boleh digolongkan
sebagai istilah umum kepada jenis-jenis lain yang dikenali sebagai simpulan bahasa,
perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan.

Kertas kerja ‘Peribahasa Cerminan Akal Budi Melayu’ oleh Hj Tenas Effendy, di dalam seminar
‘Peribahasa Menjana Minda’ pada 18hb Mac 2003 di Hotel Pan Pacific, Singapura, mendefinisikan
peribahasa itu sebagai ‘cerminan kehalusan budi pekerti Melayu, yang selalu mengatakan
sesuatu dengan bahasa yang singkat tetapi mengandungi makna yang dalam.’ Cerminan akal
budi Melayu yang santun dan berusaha untuk mengatakan sesuatu melalui kata-kata yang
sopan, halus dan terpuji juga terserlah melalui peribahasa. Kearifan budaya Melayu turut
ditonjolkan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

Buku ‘Langgam Sastera Lama’ oleh Gazali Dunia menghuraikan peribahasa sebagai ‘satu bentuk
pengucapan yang banyak kita jumpai dalam kesusasteraan lama dan sebagai wakil cara berfikir
bangsa kita pada zaman lama itu. Perhubungan mereka yang rapat dengan sekeliling
menimbulkan ilham dan kaca perbandingan bagi mereka, terutamanya ahli-ahli fikir waktu
itu.’

‘Rangkaian Mustika Adat Basandi Syarak di Minangkabau’ oleh H. Idrus Hakimy Dt. Rajo
Penghulu menganggap peribahasa ialah ‘kato pusako iaitu kata-kata mutiara yang diterima
secara turun-temurun di Minangkabau semenjak dari nenek moyang yang menciptakan adat
Minangkabau sampai sekarang’. Kato pusako itu disusun dengan kalimat-kalimat yang terdiri
daripada ketentuan-ketentuan alam takambang jadi guru, yang seharusnya segala sesuatu
hendaklah menurut kebenaran sesuai dengan alam takambang, untuk jadi pedoman dalam

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 21


menyusun masyarakat, dalam mencapai tujuan, baik secara perseorangan mahupun bersama
dalam segala segi.

Peribahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:


• peribahasa selapis yang terdiri daripada pepatah, bidalan dan perbilangan
• peribahasa berlapis iaitu perumpamaan
• lidah pendeta.

Pepatah
Pepatah merupakan kalimah-kalimah yang mengkiaskan sesuatu keadaan dalam masyarakat.
Pepatah bermaksud ‘patah-patah perkataan yang disusun untuk mematahkan kata-kata orang
lain dan bersifat menerangkan sesuatu yang benar dan sukar untuk disangkal kebenaran itu’.
Menerusi pepatah, ajaran dan petua hidup diucapkan dengan ayat yang padat, tetapi
mempunyai makna yang dalam. Ayatnya pendek dan kata-katanya dipatah-patahkan misalnya,
“Takut kerana salah, berani kerana benar”. Maksudnya: Seseorang yang bersalah akan berasa
takut untuk berhadapan dengan orang ramai tetapi jika dia benar, dia akan berani berhadapan
dengan sesiapa sahaja untuk menegakkan kebenarannya. Pendengar pula harus cekap dan
bijak ketika menyusun dan menghuraikan maknanya. Contoh-contoh lain seperti “Tak Lekang
dek panas, tak lapuk dek hujan” dan “Bapa borek anak rintik”.

Bidalan
Bidalan dan pepatah tidak jauh bezanya cuma bidalan lebih kerap digunakan dan lebih dekat
kepada masyarakat dan terdapat bandingan serta teladan. Bidalan lebih kerap digunakan
berbanding dengan pepatah kerana mengandungi nilai, ilmu dan pengajaran. Misalnya, “Sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya” dan “Alah bisa, tegal biasa”.

Perbilangan
Struktur perbilangan hampir sama dengan bidalan dan pepatah tetapi perbilangan disusun
berangkap-rangkap seperti puisi. Setiap rangkap perbilangan boleh terdiri daripada dua baris
atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau
perkiraan. Isinya menyamai undang-undang tetapi yang membincangkan tentang adat istiadat
atau peraturan masyarakat. Misalnya,

“Hidup dikandung adat,


mati dikandung tanah”

“Siapa menjala siapa terjun,


Siapa bersalah siapa bertimbang,
Siapa membunuh siapa kena bunuh”.

Perumpamaan
Perumpamaan digolongkan dalam peribahasa berlapis kerana mengandungi makna tersirat
dan tersurat. Perumpamaan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu golongan yang
menyatakan perbandingan makna secara terang yang dimulakan dengan perkataan seperti,
umpama, laksana, bagai, bak dan ibarat. Misalnya “Bagai limau masam sekerat, bagai perahu
karam sebelah” dan “Seperti katak bawah tempurung”. Jenis kedua pula ialah golongan yang
tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan, tetapi mempunyai makna yang tersirat.
Misalnya, “Siapa makan cili terasa pedasnya” dan “Genggam bara api biar sampai jadi arang”.

22 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Lidah Pendeta
Lidah Pendeta merujuk kepada kekata pujangga, ulama atau cendekiawan yang dijadikan
pedoman hidup dan percakapan umum. Walaupun bentuknya ringkas, tetapi mempunyai
maksud yang benar dan mendalam. Misalnya, “Padang perahu di laut, padang fikiran di hati”
dan “Mata pena lebih tajam daripada mata pedang”.

Kiasan
Kiasan ialah sesuatu perkara yang diperkatakan sementara bahasa pula memperkatakan sesuatu
perkara dengan mengkiaskan kepada perkara lain. Ia boleh disebut dengan bandingan ataupun
tanpa bandingan. Tujuannya untuk memperjelaskan sesuatu. Terdapat tiga pecahan:

• kiasan halus
• kiasan sedang
• kiasan kasar.

Adapun ‘kiasan halus’ ini lazimnya dimulakan dengan perkataan “laksana” terutama dalam
hal kebaikan atau kelebihan keadaan. Manakala, ‘kiasan sedang’ lazimnya dimulakan dengan
perkataan “bagai” maksudnya membandingkan keadaan sesuatu dengan seperihal cakap supaya
jadi ingatan atau pengetahuan yang terang dalam sebarang keadaan, yang demikian kiasan
ini lebih menjurus kepada yang tidak baik. ‘Kiasan kasar’ pula biasanya dimulakan dengan
perkataan “seperti” dan kiasan itu tepat dan pedas maka kebanyakan tujuannya keras. Justeru,
cerca yang demikian keadaannya lebih luas daripada ‘kiasan sedang’.

Ibarat
Ibarat adalah ikatan bahasa yang memperkatakan sesuatu maksud dengan perkataan yang
berkias, bentuk literalnya tidak menggambarkan makna yang sedang didukungi. Lazimnya
ibarat juga ditulis dengan keadaan rencana. Kadangkala ibarat boleh bersatu dengan kias dan
disebutkan “kias ibarat” dan ada juga disatukan dengan tamsil dan disebut “tamsil ibarat”.
Selain tu, ibarat boleh juga disyairkan atau dibicarakan dalam ragam bahasa.

Tamsil
Tamsil pula bermaksud memberikan misalan yang berkias serta mengandungi pengajaran dan
teladan. Misalnya, “Ikut resmi padi, makin berisi semakin tunduk”, “Bagai lalang ditiup angin”,
“Seperti ayam betina, bertelur sebiji riuh sekampung” dan “Kayu mati berpunggur, manusia
mati biar bernama”.

Simpulan Bahasa
Akhir sekali, simpulan bahasa merupakan ungkapan atau rangkaian perkataan yang tersusun
khas, membawa pengertian yang berlainan daripada erti kekata asalnya. Peribahasa mungkin
berasal daripada bahasa kiasan yang digunakan dalam sesuatu tempat atau pada masa tertentu
dan kemudian terkenal kepada umum. Simpulan bahasa juga berkemungkinan berasal daripada
cerita-cerita yang masyhur atau kejadian yang luar biasa. Oleh yang demikian, kita dapat
menyimpulkan bahawa simpulan bahasa ialah rangkaian perkataan yang bentuknya ringkas,
iaitu mempunyai dua patah perkataan sahaja dan mempunyai makna berlapis, iaitu makna
tersurat dan tersirat. Misalnya, “Ada Hati”, “Kutu Embun”, “Bodoh Sombong” dan lain-lain
lagi.

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 23


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SUSUR GALUR PERIBAHASA MELAYU


Afizah, Fatin, Nisfawati, Khairunnisa, Shahidah, Sopianti, Hazurah

Peribahasa bermula sebelum orang-orang Melayu pandai menulis dan membaca. Peribahasa
dikatakan berasal daripada orang Minangkabau. Ada juga yang menyatakan peribahasa ini
berasal daripada orang Riau Sumatera. Sebelum orang-orang Melayu pandai menulis dan
membaca, mereka telah dididik melalui peribahasa. Peribahasa merupakan gubahan bahasa
yang tersusun dengan perkataan-perkataan yang indah serta mengandungi kata-kata nasihat
dan petua. Lantas, peribahasa ini disampaikan dengan gaya dan cara yang menarik. Selain
berfungsi untuk nasihat, peribahasa juga mencerminkan keseluruhan kehidupan masyarakat
Melayu.

Masyarakat dahulu kala tidak berpendidikan formal. Mereka menetap di kawasan pendalaman
dan tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Masyarakat pada ketika itu pula berfahaman
animisme, yang mempercayai bahawa segala benda yang wujud mempunyai roh atau semangat.
Lantas, untuk mententeramkan roh dan semangat ini, mereka menyembah roh dan semangat
tersebut.

Perhubungan rapat dengan keadaan sekeliling menimbulkan ilham dan kaca perbandingan
bagi mereka, terutama ahli-ahli fikir waktu itu. Alam semula jadi memberikan mereka ilham
untuk dijadikan iktibar di dalam mengharungi kehidupan seharian. Cara sedemikian merupakan
jalan mudah bagi mereka untuk memberi nasihat, teguran, anjuran atau sindiran agar mudah
didengar dan diteliti pihak yang mempelajari peribahasa tersebut. Isi dan jiwa yang terkandung
di dalam peribahasa menyentuh aspek sejarah, sosial dan kehidupan mereka pada zaman
lampau.

Menurut Mohd Gani Ahmad, ribuan peribahasa yang terdapat dalam masyarakat kita dicipta
oleh ahli fikir, cendekiawan, para pemuka bangsa atau pujangga sesebuah masyarakat.
Kemungkinan peribahasa itu dicipta oleh anggota masyarakat biasa amat tipis. Jika ada, ini
mungkin secara kebetulan sahaja. Namun demikian, individu yang mencipta peribahasa itu
mestilah seorang yang dihormati kerana kedudukannya dalam masyarakat atau kerana usianya.
Orang-orang tua zaman dahulu sahaja telah lama merasai asam garam kehidupan, mempunyai
banyak pengalaman dan pengetahuan dan seharusnya boleh dipercayai. Kewibawaan mereka
dari segi penuturan telah menghasilkan banyak kata-kata mutiara.

Pada mulanya, percakapan hanya pertuturan biasa yang kurang indah dan tepat. Ia kemudiannya
diubahsuai, ditokok tambah dan diperbaiki dari masa ke semasa. Akhirnya, tercipta peribahasa
yang kita kenali sekarang sebagai yang terbaik, terindah dan berkesan.

Melalui perkembangan sejarah sejak zaman Srivijaya lagi, bahasa Melayu mula berkembang
daripada sebuah bahasa yang rendah nilainya kepada bahasa yang dapat memperkatakan soal-
soal yang berhubung dengan falsafah. Bahkan, peribahasa merupakan antara salah satu aspek
bahasa yang turut berkembang. Walau bagaimanapun, bahasa Minangkabau berbeza daripada
bahasa Melayu. Namun demikian, proses evolusi yang memakan beberapa ratus tahun telah
sedikit sebanyak menyesuaikan peribahasa Minangkabau dengan bahasa Melayu. Antara contoh
yang dipetik daripada ‘1000 Pepatah-Pepitih, Mamang-Bidal Pantun-Gurindam’ oleh H. Idrus
Hakimy Dt. Rajo Penghulu ialah:

Barakik-rakik ka hulu baranang-ranang ka tapian, basugi timbakau jaho.


Basakik-sakik dahulu, basanang-sanang kamudian, marugi mangko balabo.

24 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Peribahasa dalam bahasa Minangkabau jika kita perhatikan sama dengan peribahasa Melayu
iaitu:

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,


Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Terdapat banyak lagi contoh peribahasa Minangkabau yang hampir serupa dengan peribahasa
Melayu, yang berbeza dari segi sebutan serta ejaannya sahaja.

Fungsi Peribahasa
Setiap bangsa mempunyai peribahasa yang mencerminkan watak sesuatu bangsa itu. Begitu
juga dengan peribahasa Melayu yang merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak
lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Peribahasa terbit dengan tujuan didaktik untuk
masyarakat pada ketika itu. Peribahasa lebih kerap digunakan ketika itu kerana kekata yang
terkandung di dalamnya membawa maksud yang tepat malahan kias ibaratnya agak tajam
serta susunan kata yang begitu teratur, ringkas dan padat. Menurut Za’ ba (1962,165), peribahasa
berfungsi untuk perkara berikut:

• Menghiasi karangan dan percakapan.


• Menguatkan tujuan karangan atau percakapan.
• Boleh dijadikan pedoman hidup kerana isinya yang besar dan luas.

Peribahasa menggambarkan tasawwur atau ‘world view’ masyarakat ataupun bangsa yang
mendukungnya, sekaligus menyatakan pengalaman hidup yang telah dilalui serta corak
kehidupan sesuatu bangsa itu secara keseluruhan. Oleh yang demikian, isi dan tema peribahasa
yang dibicarakan disifatkan sebagai cerminan pandangan dunia serta etos iaitu nilai masyarakat
Melayu, khususnya dalam konteks pemakaian peribahasanya.

Etos ini dapat dijelaskan dengan lebih lanjut lagi apabila makna sesuatu peribahasa itu
diaplikasikan dan dipraktikkan ke dalam kehidupan seharian sesuatu masyarakat itu seperti
dalam contoh-contoh berikut:

a) Berbudi dan berjasa


Kehidupan masyarakat Melayu tradisional memang kaya dengan budi bicara dan adat tradisi.
Sesuatu budi yang telah diberikan secara jujur seperti melepaskan kesukaran orang lain, bantuan
dan kasih sayang dalam hidup berkeluarga dan berjiran akan senantiasa dikenang dari hidup
hingga ke akhir hayat. Lantaran, timbul peribahasa:

i Hancur badan dikandung tanah


Budi yang baik dikenang juga.

ii Hutang emas boleh dibayar


Hutang budi dibawa mati

iii Muka berpandangan


Budi kedapatan
Kasih bak lama juga

Budi berkait erat dengan jasa. Budi dan jasa lengkap melengkapi antara satu sama lain. Budi
adalah jasa dan jasa adalah budi. Tidak mungkin seseorang dapat dianggap membuat jasa jika
dia tidak berbudi. Setiap anggota masyarakat ingin membuat jasa yang termampu olehnya

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 25


kerana jasa serta namanya akan sentiasa dikenang walaupun setelah dia meninggal dunia.

i Hidup kayu berubah


Hidup manusia biar berjasa.

ii Kayu mati berpunggur


Manusia mati biar bernama.

iii Harimau mati tinggal belangnya


Gajah mati tinggal tulangnya
Manusia mati tinggalkan nama.

b) Merendah diri
Merendah diri dan bertimbang rasa juga tergolong sebagai budi. Orang yang memiliki ketinggian
budi bahasa, maka kata-katanya itu tidak akan meninggi serta tidak mungkir janji.

i Bawa resmi padi;


Makin berisi makin merunduk
Jangan bawa resmi lalang
Makin berisi makin jegang.

ii Berfikir sebelum berkata


Berunding sebelum dibuat.

c) Menuntut pelajaran
Masyarakat Melayu sememangnya menyedari peri pentingnya ilmu pengetahuan. Masyarakat
Melayu lama berpendapat bahawa menuntut ilmu atau belajar tidak semestinya secara formal.
Perkara ini masih boleh diraih melalui pengalaman, penelitian, sendirian ataupun melalui khabar-
khabar yang disebarluaskan.

Orang yang berpelajaran akan mendapat kejayaan dan kedudukan yang tinggi dalam hidup
sementara mereka yang tidak pula, akan dipandang hina dan dianggap sebagai sampah
masyarakat. Ini dapat dilihat melalui beberapa contoh peribahasa yang tercipta.

i Kurang wang ringgit boleh dicari


Kurang akal fikiran habis bicara.

ii Arang habis besi binasa


Tukang bekerja penat sahaja.

iii Berguru kepalang ajar


Bagai bunga kembang tak jadi

d) Bekerja kuat dan berjimat-cermat


Kepekaan masyarakat terhadap ekonomi, penghasilan dan pendapatan daripada usaha yang
bersungguh-sungguh dan berjimat-cermat jelas tergambar dalam pelbagai peribahasa yang
menekankan kepentingan berjimat-cermat. Sikap yang baik ini dipuji sementara sikap yang
bertentangan dikecam, seperti dalam contoh berikut:

i Sehari selembar benang


Lama-lama menjadi kain.

ii Ditangkap buaya nampak riaknya


Ditangkap malas tak bertanda.

26 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


iii Berhemat sebelum habis
Sediakan payung sebelum hujan.

iv Besar pasak dari tiang


Besar sendal dari gelegar.

v Sekali merengkuh dayung


Dua tiga pulau terlangsung
Sekali mengorak pura
Dua tiga hutang langsai

e) Taat setia dan menghormati undang-undang


Sikap taat setia dan kasih yang tiada berbelah bahagi kepada negera dan raja yang memerintah
jelas terakam dalam banyak peribahasa. Sesebuah kerajaan, perlembagaan, perundangan atau
seorang pembesar, menyedari akan kewujudan satu ‘waad’ dengan yang diperintahnya.

Kerajaan harus bersikap adil demi menjalin hubungan baik dengan yang diperintah. Sesebuah
kerajaan juga harus mengetepikan kepentingan sendiri demi melaksanakan undang-undang
yang dipertanggungjawabkan kepadanya, Seperti dalam contoh berikut:

i Raja adil raja disembah


Raja zalim raja disanggah.

ii Biar mati anak


Jangan mati adat.

iii Hidup dikandung adat


Mati dikandung tanah.

iv Di mana bumi dipijak


Di situ langit dijunjung.

v Bagai pucuk ru:


Ke mana angin keras
Ke sana ia berpihak.

vi Hujan emas di negeri orang


Hujan keris lembing di negeri sendiri
Baik juga di negeri sendiri.

vii Penohok kawan seiring


Penggunting dalam lipatan.

Contoh-contoh dan penerangan di atas jelas menunjukkan sikap dan nilai masyarakat Melayu
yang tinggi. Sikap dan nilai masyarakat terhadap sesuatu aspek hidup itu tidak semata-mata
sebagai pengucapan tetapi juga dijadikan pegangan serta diamalkan dalam kehidupan sehari-
hari, menjadikannya sebagai sesuatu yang sakral.

Menurut Pak Haji Tenas Effendy, seorang budayan Riau, peribahasa berfungsi sebagai alat untuk
menasihati dan memberi arahan yang bertepatan serta bersesuaian dengan peri hidup setiap
lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa. Peribahasa yang kaya dengan segala macam tuntutan
dan nasihat merupakan cerminan kepada keaslian budi bicara masyarakat Melayu yang sejak
azali lagi sesungguhnya terkenal dengan kekayaan budi pekerti dan nilai-nilai kemanusiaan.
Peribahasa ini juga merupakan asas-asas kemelayuan yang menyintai kedamaian sekaligus

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 27


mengajak semua untuk hidup rukun dan saling hormat-menghormati agar tidak membawa
kepada kerosakan kepada diri sendiri mahupun orang lain dan alam sekitarnya.

Peribahasa juga digunakan untuk mengindahkan wacana. Penggunaan peribahasa yang sesuai
akan menambahkan lagi keindahan sesebuah wacana dan akan memperlihatkan
keberkesanannya terutama di dalam penghasilan genre-genre penulisan. Genre-genre penulisan
yang mengandungi peribahasa dapat menjana minda dan pemikiran golongan pembaca agar
menjadi lebih kritis dan kreatif. Memang pada umumnya semua peribahasa mengandungi tema
didaktik iaitu dengan maksud mengajar dan mengingatkan anggota-anggota masyarakat dalam
pelbagai aspek kehidupan. Bagaimanapun terdapat ungkapan-ungkapan tertentu yang khusus
merujuk kepada sesuatu bidang tertentu, misalnya, dalam mengingatkan pelbagai kemungkinan
yang akan datang, membuat pilihan dan bertindak, berhutang, meminjam dan memberi pinjam
dan sebagainya. Contoh berikut menjelaskan:

i Ingat-ingat yang di atas


Kelak di bawah akan menimpa.

ii Hutang kajang belum langsai


Hutang samir sudah tiba pula

iii Ibarat kain tengah empat


Elak ke atas bawah terbuka
Elak ke bawah atas terbuka.

Sebahagian besar pengajaran dapat diraih melalui pengalaman hidup. Kehidupan telah
mengajar manusia supaya berwaspada dan berfikir sebelum bertindak supaya tidak menyesal
pada kemudian hari. Pengajaran in terakam dalam peribahasa seperti di bawah:

i Sesal dahulu pendapatan


Sesal kemudian tiada berguna.

ii Lepas di tangan jangan diharap


Orang pulang jangan dinanti
Mulut manis jangan didengar.

Kesimpulannya, peribahasa merupakan cerminan peradaban sekaligus lambang jati diri


masyarakat Melayu. Peribahasa dapat dijadikan pegangan atau panduan di dalam kehidupan
seseorang kerana banyak peribahasa mengandungi pengajaran yang tidak bercanggah dengan
anutan agama, yang sentiasa mengajar manusia untuk mencari dan menganjurkan kebenaran,
kemuliaan dan menegakkan yang hak. Peribahasa juga pernah berfungsi sebagai oral
constitution atau undang-undang lisan kepada masyarakat Melayu tradisional. Oleh itu,
peribahasa juga dapat dimanfaatkan oleh generasi sekarang dan masa depan sebagai pegangan
dan panduan hidup.

Perkembangan Peribahasa
Peribahasa mengalami evolusi dari masa ke semasa. Ciptaan yang memakan masa beratus-
ratus tahun, mengalami dugaan masa dan perubahan. Melalui proses evolusi ini, peribahasa
akhirnya diterima pakai hingga ke zaman ini kerana keindahan bahasanya yang tepat dan
berkesan dari segi pengertiannya. Selain itu, peribahasa mudah diingat, serta menjadi pegangan
dan buah pertuturan yang diselitkan sama ada di dalam pertuturan formal mahupun tidak.
Melalui proses ini, peribahasa diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi sehingga
ke abad ini.

28 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Seperti zaman dahulu, peribahasa masih lagi digunakan dengan tujuan mengajar, mendidik,
menyindir serta menegur seseorang ataupun masyarakat. Pada zaman ini pula, terdapat
beberapa orang ahli bahasa yang giat mengkaji semula peribahasa-peribahasa lama kerana
nilai-nilai tersebut. Justeru, nilai estetika yang amat tinggi menyebabkan penggunaan
peribahasa masih dapat dipertahankan hingga ke kini.

Di antara sebab-sebab peribahasa dapat bertahan sehingga kini ialah terdapat unsur-unsur
kesusasteraan seperti intelek, imaginasi dan emosi yang terkandung di dalam sesebuah
peribahasa. Jika ditinjau dengan lebih mendalam, terdapat banyak aspek yang mempamerkan
ketinggian pemikiran masyarakat Melayu. Terdapat banyak peribahasa Melayu yang menyentuh
aspek ekonomi (seperti konsep rezeki), sosial (seperti nilai budaya, konsep sains dan teknologi)
dan juga aspek politik (seperti konsep undang-undang, peraturan dan pentadbiran).

Sebelum masyarakat dahulu mempunyai undang-undang ‘pidata dan pidana’ seperti sekarang,
corak kehidupan mereka diaturkan dengan pelbagai jenis peribahasa. Jikalau dikaji semula
pada zaman ini, ada juga peribahasa yang tidak lagi sesuai dengan zaman dan kemajuan ilmu
pengetahuan sekarang. Namun demikian, ada peribahasa yang dianggap tidak relevan pada
masa kini tetapi mempunyai makna yang amat mendalam. Seperti contoh peribahasa “biar
mati anak, jangan mati adat”.

Ada yang berpendapat bahawa peribahasa ini tidak lagi relevan pada masa kini kerana mengapa
seorang anak yang merupakan cahaya mata harus dibiarkan mati dan adat harus diteruskan.
Jika kita melihat peribahasa ini daripada perspektif yang berbeza, kita boleh dapati bahawa
‘adat’ di sini digunakan sebagai undang-undang dan sekiranya seseorang anak itu telah
melanggar undang-undang, seorang ketua tidak seharusnya membebaskan anak tersebut
daripada kesalahan yang telah dilakukannya. ‘Mati’ pula tidak bermaksud anak itu harus
dihukum mati sekiranya ia bersalah tetapi ia membawa maksud menerima padah ataupun
akibat atas apa yang telah dilakukannya.

Peribahasa juga memainkan peranan dalam perkembangan budaya masyarakat pada zaman-
zaman yang berbeza. Peribahasa hidup dan berkembang daripada satu generasi ke satu generasi
dengan bentuknya yang tersendiri iaitu secara lisan yang kemudiannya terjelma pula dalam
bentuk tulisan. Dalam proses evolusi dan difusi kebudayaan, tradisi lisan berubah secara
perlahan, menghasilkan suatu bentuk perubahan dari bentuknya yang asal dan dalam
mengalami proses itu juga peribahasa telah terdedah kepada perubahan tanpa sebarang sekatan
dan kawalan. Ini dimungkinkan oleh sikap masyarakat itu sendiri yang sentiasa cenderung
untuk melakukan perubahan kepada budaya tradisinya dengan harapan dapat menarik
perhatian dan menghiburkan masyarakatnya.

Kesimpulan
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peribahasa memainkan peranan penting dalam
kehidupan masyarakat Melayu hingga ke saat ini. Peribahasa merupakan salah satu cabang
bahasa terpenting dalam pembelajaran bahasa Melayu. Budaya Melayu yang penuh dengan
kesantunan dan kehalusan budi pekerti juga turut terserlah melalui penciptaan peribahasa.
Justeru, peribahasa menjadi khazanah budaya dan bahasa Melayu yang mempunyai nilai estetika
tinggi. Penggunaannya yang meluas secara tulisan ataupun pertuturan masih kekal relevan
dalam konteks masyarakat Melayu hingga kini. Peribahasa mengandungi pelbagai nasihat,
ilmu serta unsur-unsur didaktik untuk masyarakat umum. Justeru, setiap individu Melayu harus
memainkan peranan aktif untuk memastikan penggunaan serta keaslian peribahasa tetap
dipelihara. Segala nilai murni dalam setiap peribahasa yang dicipta itu dapat dihayati dan
direnungi demi kesejahteraan kita bersama. Bak kata pepatah, bahasa dijunjung, budaya
disanjung. Peribahasa adalah cerminan akal budi dan lambang jatidiri orang Melayu.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 29


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KELEWAHAN MENCEMAR KEINDAHAN BERBAHASA


Othman bin Salam

Cuba kita nikmati ilham pujangga lama yang mengatakan :

“Sudah gaharu cendana pula,


Sudah tahu bertanya pula.”
dan
“Sudah terang lagi bersuluh.”

Nada, irama, konotasi dan falsafah kedua-dua madah tersebut menggambarkan ejekan pujangga
lama terhadap seseorang individu yang mempunyai sifat sering was-was dan tidak yakin kepada
kebolehan diri. Pencipta madah telah mempamerkan rasa sinisnya kepada individu berkenaan
kerana kelahiran rasa berangsang atau marahnya(irritate) terhadap sikap was-was dan tidak
yakin seseorang yang mengulangi pertanyaan yang sama tentang sesuatu perkara. Sedangkan
hal yang ditanyakan sudah diketahui. Pemberangsangan yang dibangkitkan secara sengaja
atau tidak sengaja memang tidak digemari. Rasa benci sedemikian akan terus mencemari rasa
seni dan estetik penerima pertanyaan lantas menimbulkan rasa marah. Rasa marah ini pula
menimbulkan rasa benci. Tatkala sudah benci maka segala perkara yang dipaparkan akan menjadi
hodoh lalu tidak tergalak untuk mendengar atau membacanya dan ingin tahu selanjutnya.

Begitulah halnya dengan perihal mengarang wacana atau ayat. Seandainya pemberansangan
sedemikian berlaku minat pembaca akan layu dan gugur. Sesebuah karangan yang tidak dibaca
atau dibaca secara sambil lewa tidak dapat menyemai ilmu yang terkandung. Natijahnya,
kecelaan yang terdapat dalam ayat-ayat yang menggambarkan sesuatu idea akan menggugat
penerimaan pembaca. Seandainya pengarang atau pembentang ilmu berhajat hendak
memastikan bahawa pembaca dan pendengar tidak jemu lantas sentiasa memberi perhatian,
maka wacana dan ayat yang boleh membangkitkan rasa berangsang mesti ditiadakan. Salah
satu perkara yang boleh membangkitkan rasa berangsang ketika membina wacana atau ayat
ialah masalah kelewahan.

Kelewahan yang sering dilakukan para pembentang dan penulis merupakan penggunaan dua
atau lebih perkataan yang membawa seerti dalam sesebuah wacana atau ayat.

1. Penggunaan perkataan ‘Lagi’

Perkataan ‘lagi’ bermaksud


a. tambah kepada yang sedia ada
b. masih, sedang
c. dan, serta, tambahan pula
d. semula, pula
e. lebih
f. kata yang digunakan untuk menguatkan atau mengeraskan kata-
kata sebelumnya seperti; bila ‘lagi’, bilal khatib ‘lagi’ berdosa,
‘lagi’pun.

Berikut adalah senarai contoh penggunaan kata ‘lagi’ secara melewah yang dikumpul daripada
tugasan para pelajar:

i. semenjak zaman pemerintahan Jepun lagi.


ii. semenjak kecil lagi.

30 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


iii. lebih unggul dan agung lagi.
iv. malangnya anak-anak masih lagi tidak bersungguh-sungguh
menuntut ilmu.
v. masih berada di bangku sekolah lagi.
vi. masih belum lagi dapat meyakinkan hatinya.

sepatutnya

i. semenjak zaman pemerintahan Jepun.


ii. semenjak kecil.
iii. lebih unggul dan agung.
iv. Malangnya anak-anak masih tidak bersungguh-sungguh menuntut
ilmu.
v. masih berada di bangku sekolah.
vi. masih belum dapat meyakinkan hatinya.

2. Penggunaan perkataan ‘sendiri’


Kata ‘sendiri’ bermaksud
a. tubuh diri yang sebenarnya
b. tidak dengan bantuan/tidak berhubung dengan orang lain.
c. seorang diri.
d. tidak termasuk yang lain
e. terpisah daripada yang lain
f. yang terkebelakang / terhadapan.

Berikut adalah contoh-contoh kata ‘sendiri’ yang digunakan secara melewah:

i. Budak itu menyembunyikan dirinya sendiri.


ii. Pemerintah Singapura sendiri akan berusaha menyelesaikan
masalah ekonomi yang meruncing pada masa kini.
iii. Kita sendiri sedar bahawa hingga masa kini pencapaian anak-anak
kita masih terkebelakang.
iv. Perompak ingin melarikan dirinya sendiri daripada pihak polis.
v. Remaja-remaja sendiri yang menyumbang kepada masalah-
masalah sosial yang kurang sihat.
vi. Masyarakat Melayu kita sendiri amat memerlukan golongan remaja
yang berhemah tinggi.
vii. Menjual buku di kedai ayahnya sendiri.
viii. Kemungkinan penulis sendiri ingin menyindir

sepatutnya

i. Budak itu bersembunyi.


ii. Pemerintah Singapura akan berusaha menyelesaikan masalah
ekonomi yang meruncing pada masa kini.
iii. Kita sedar bahawa anak-anak kita masih terkebelakang pada masa
kini.
iv. Perompak ingin lari daripada pihak polis.
v. Remaja-remaja yang banyak menimbulkan masalah sosial.
vi. Masyarakat Melayu amat memerlukan para remaja yang berhemah
tinggi.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 31


vii. Menjual buku di kedai ayahnya.
viii Kemungkinan penulis ingin menyindir

Contoh-contoh lain yang perlu diberi perhatian adalah:

i. Si Tompok tidur sampai ke petang.


ii. Blok rumah pangsa yang paling terdekat sekali.
iii. Sewaktu dia sedang belajar di England.
iv. Masalah itu boleh dikongsi sama bersama-sama anak-anaknya.
v. Kebanyakan karya-karya yang dihasilkan masih juga kurang
bermutu.
vi. Karya-karya yang bermutu mesti ada mempunyai mesej yang boleh
membangkitkan semangat berjuang.

sepatutnya

i. Si Tompok tidur sampai petang.


ii. Blok rumah pangsa yang terdekat.
iii. Sewaktu dia belajar di England.
iv. Masalah itu boleh dikongsi bersama anak-anaknya.
v. Kebanyakan karya yang dihasilkan masih kurang bermutu.
vi. Karya-karya yang bermutu mesti mempunyai mesej yang boleh
membangkitkan semangat berjuang.

Kelewahan juga boleh mengakibatkan sesebuah wacana atau ayat tidak gramatis, selain
membangkitkan rasa berangsang pendengar atau pembaca. Pemerhatian yang wajar terhadap
masalah ini akan memastikan keindahan bahasa Melayu. Sesebuah karangan yang diolah dengan
menggunakan ayat-ayat berseni serta indah akan membangkit rasa keinginan pembaca untuk
terus membaca. Ayat-ayat sedemikian juga menggambarkan keperibadian penulis atau
pembentang makalah kerana insan yang berbudi merupakan insan yang pandai berbahasa.

Bibliografi
Teo Kok Seong 2002. Kertas kerja Seminar Antara Bangsa Ke Arah Keseimbangan Insan II Jabatan
Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Safiiah et.al 1996.Tatabahasa Dewan – Edisi Baru. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan 1994. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Tugasan harian Pelajar NIE Kampus Townsville.

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

32 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PROSES MENDALAMI: KE ARAH PENGEKSPLOITASIAN MINDA1


Mohamed Ambri Famli

Kita sering mendengar para pelajar mendombakan kata-kata ironis, rasa kurang senang, seperti
“…tak boleh ingat. Macam mana nak ingat…terlalu banyak…Bukan saya tak belajar, tapi saya
tak dapat mengeluarkan semula apa yang dah dipelajari…tak boleh nak ingat?”

Salah satu taktik belajar, taktik berfikir atau cara mengingati apa yang sudah dipelajari ialah
dengan ‘proses secara mendalami’. ‘Proses mendalami’ sesuatu pelajaran atau menyimpan/
mengingati sesuatu informasi itu, merupakan satu taktik menjana gambaran mental, secara
meluahkan emosi & sensasi kemudian meresapinya sebagai informasi linguistik tentang apa-
apa hal yang difikirkan/diingati/dipelajarinya itu.

A Objektif
Dengan kaedah proses mendalami ini para pelajar boleh :
(1) menerangkan keempat-empat daerah pemikiran;
(2) digunakan untuk (a) menjana gambaran mental,
(b) menjana sensasi lahiriah,
(c) menjana perasaan (emosi), dan
(d) menjana gerak-laku (verbal);
(3) menerangkan pemikiran seseorang;
(4) mengeluarkan informasi yang telah diproses;
(5) mengukur tindakan seseorang .

B Latar belakang
Salah satu keistimewaan seseorang pelajar itu ialah mempunyai kebolehan berfikir mental yang
ampuh. Cara memahami pemikiran dan berfikir, perlu dimulakan dengan contoh berfikir.
Biasanya, apabila kita memikirkan sesuatu kita melibatkan kombinasi pengamatan dan
pengalaman, seperti berikut :

(1) kita gambarkan sesuatu kejadian, seseorang atau apa sahaja yang terlintas dalam fikiran
(gambaran minda);
(2) kita alami sensasi yang berkaitan kejadian itu, mengenai orang, tempat atau perkara
yang berlaku itu (rasa gerak);
(3) kita alami emosi berthabit kejadian, orang, tempat atau perkara itu (rasa emosi);
(4) kita bincangkan (fikirkan) kejadian, orang, tempat atau perkara itu (informasi linguistik
atau penghayatan).

Cuba kita ambil contoh tentang bagaimana pemikiran kita pada pagi ini. Mungkin kita
membayangkan (menggambarkan secara mental) sewaktu kita bangun daripada katil, mandi,
memberus gigi, memakai pakaian, berdandan dan sebagainya. Jika kita mendalami pemikiran
kita, kita dapat mengamati sensasi (contohnya, bau kopi segar, terasa asam bantal peluk dan
sebagainya…) selari dengan pelbagai ingatan itu. Kita mungkin ada mendengar suara naratif
menerangkan senario pagi itu. Suara itu mungkin berkata, “Sekarang saya bangun daripada
tidur- sekarang saya duduk di atas katil bersedia untuk terus bangun mandi, berwuduk dan
solat Subuh. Tentu anda masih ingat bagaimana marahnya anda - betapa cepatnya jarum jam
bergerak membangunkan tidur anda (emosi). Benar kita tidak akan mengingati apalagi
mengamati segala gerak laku yang disandari setiap pemikiran. Namun demikian, unsur-unsur
ini merupakan sebahagian (set) pengalaman yang kita gelar pemikiran.

1
Disesuaikan daripada buku Robert J Marzano & Daisy E. Arredondo.
“Tactics for Thinking”. 1986. ASCD 611-86058

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 33


Jika kita rumuskan pemikiran itu, kita dapat menyaksikan pelbagai hubungan unsur-unsur yang
bertindan (overlapping interrelationships), seperti berikut:

gambaran mental Informasi Linguistik

sensasi laku emosi

Menjana, secara sedar, bahagian-bahagian pemikiran begini : gambaran mental, informasi


linguistik, sensasi gerak-laku dan emosi digelar mendalami proses pemikiran (proses mendalami).
Ini merupakan secara aktif, pembentukan berbagai aspek dalam satu pemikiran. Semasa kita
mem‘proses mendalami’, kita sebenarnya, memikirkan dan mengembangkan proses pemikiran
itu supaya bahagian-bahagian pemikiran itu tersenarai sebagaimana aluran yang ditunjukkan
dalam gambarajah di atas.

Sebagai contoh, jika seseorang pelajar itu dikehendaki mem‘proses mendalami’ informasi
mengenai Leftenan Adnan, dia akan memulakan dengan membentuk gambaran mental seorang
soldadu berpakaian seragam askar Melayu. Dia akan membaukan suasana kering di Bukit Candu
(sensasi hidu) kemudian pula akan mengatakan kepada gelombang telinganya, “Leftenan Adnan
Saidi merupakan anak Melayu pertama yang dianugerahi kepegawaian oleh Angkatan Tentera
British” (Informasi Lingusitik). Akhirnya, pelajar itu akan cuba menimbulkan semangat
patriotisma -perjuangan mempertahankan tanah air (emosi).

Satu perkara penting yang perlu diberi tekanan di sini, bahawa penjelmaan gambaran mental
boleh terjadi dalam 2 bentuk : (1) serupa gambar bergerak yang realistis dan / atau (2) menyerupai
grafik atau simbol-simbol, dan pelajar itu akan memikirkan, Leftenan Adnan sebagai gambaran
atau symbol-simbol yang bergerak dan hidup. Simbol-simbol itu menggambarkan Leftenan
Adnan sebagai pegawai pertama askar Melayu yang dikelilingi teman-teman seperjuangan
seperti gambaran (arca) berikut …

34 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Selagi pelajar ini dapat membentuk gambaran mental sebagai menerima informasi, dia harus
digalak supaya gambaran-gambaran itu lebih simbolik mungkin untuk mengaitkan ingatan
dan pemikirannya.

‘Proses mendalami’ sesuai digunakan dalam pelbagai ketrampilan berfikir. Bagaimanapun, di


peringkat pengenalannya harus dilakukan secara spontan dan tidak terlalu akademik. Seseorang
pelajar itu apabila disuruh mem‘proses mendalami’ sesuatu, dia perlu benar-benar memahami
apa yang disuruh dan dikehendaki. ‘Proses mendalami’ boleh diuruti sebagai berikut :

(1) membentuk gambaran mental yang kukuh mengenai informasi yang perlu
diproses;
(2) terjemahkan informasi itu kepada kata-kata. Bercakap mengenai informasi
tersebut dan mendengarkan ‘bunyi’ suara kita sendiri;
(3) timbulkan rasa sensasi mengenai informasi itu. Adakah sesuatu dalam
gambaran ini yang boleh dirasai, dicium bau atau dirasakan kehangatannya?;
(4) janakan emosi yang mengaitkan informasi tersebut. Dapatkah ianya membuat
kita marah, sedih atau menakutkan?

C Mengapa menggunakan ‘proses mendalami’ ?


• Mengaitkan gambaran mental, emosi dan sensasi rasa kepada pemahaman
linguistik mengenai sesuatu informasi merupakan kaedah mengingat yang
berkesan;
• ‘Proses memdalami’membantu pelajar mengembangkan informasi;
• ‘Proses mendalami’ menggalakkan berfikir kreatif.

D Bila gunakan ‘proses mendalami’ ?


• untuk mengingati informasi yang baru dipelajari
• untuk memberi informasi secara cepat
• untuk melatih pemikiran berfikir secara non-verbal

E Contoh menggunakan strategi ‘proses mendalami’


1 Beri peluang pelajar mengingati suatu kejadian yang baru berlaku
(contohnya, sewaktu solat subuh bersama keluarga sebelum sarapan pagi tadi).
Galakkan pelajar agar mengingati pengalaman itu secara terperinci. Boleh
berkongsi (sumbang saran kekumpulan) supaya menarik perhatian dan
menggalak kepelbagaian.

2 Berbincang bersama kelas, untuk mendapatkan 4 komponen berfikir –


gambaran mental, rasa sensasi, emosi & informasi linguistik.

3 Pelajar disuruh membentuk arca ingatan (mental image) yang mengetengahkan


setiap komponen pemikiran.
• Gambaran mental - pelajar mengingati bilik solat dan warna sejadah
yang digunakan;
• Rasa sensasi - pelajar mengingati keenakan rasa roti yang dicecah lauk
tumis sewaktu sarapan;
• Emosi - pelajar mengingati sensasi rasa gembira sewaktu waktu makan
besar Hari Jadi;
• Informasi Linguistik - pelajar disuruh mengingati kata-kata perangsang
sewaktu memberi ucapan Hari Jadi.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 35


4 Pelajar membuat persembahan ke-4 langkah proses mendalami.

5 Terangkan akan keperluan proses mendalami sewaktu belajar dalam kelas.

6 Latihan proses mendalami dengan pelbagai informasi dalam situasi lain.

F Contoh Dalam Kelas


• Sesudah proses mendalami sesuatu informasi diadakan di dalam kelas pelajar
digalak supaya mengongsi simbol-simbol (gambaran mental) yang digunakan;

• Sebagai permulaan, pelajar digalak mencipta symbol-simbol. Sebagai contoh,


mengingati, “bola biru” yang kemudian ditukar kepada berbagai warna lain.
Gambarkan bola biru yang bertukar warna itu dalam minda, ingat putaran
bola itu dan diikuti dengan memperkenalkan (ingatan) simbol-simbol lain yang
berkaitan dengan “bola” tadi.

• Satu cara lain dalam proses mendalami ialah dengan kaedah mengadakan
“amalan di minda” – membuat satu amalan uji cuba sains, misalnya, di
gambaran minda sebelum amalan sains sebenarnya dilakukan : menyiasat,
menguji, mencuba dan membuat kesimpulan (analisis). Ini membolehkan
pelajar membuat kepastian dengan cara membandingkan apa yang terjadi
dalam “amalan sebenar” berbanding “amalan di minda” dan kemudian,
mengesahkan kesimpulannya sendiri.

• Kenalkan proses mendalami dengan kaedah mengingati pengalaman sendiri


secara pribadi atau secara bersama kelas, sebagai contoh pengalaman sewaktu
mengikuti lawatan ke ROMM. Kemudian, bincangkan komponen-komponen
pengalaman ini. Terangkan, gambaran bas perjalanan, kata-kata yang dapat
dikaitkan, gerak rasa yang disensasikan (berjabat tangan dengan pendaftar,
bau-bauan dekat pelaminan yang diadakan, hiasan lampu-lampu yang
berwarna-warni, bunyi genderangan kompang) dan emosi (keghairan,
kesyahduan dan khayalan pelajar sebagai raja dan ratu sehari).

Terangkan bagaimana “kata-kata” menjadi alat komponen-komponen proses


mendalami. Bacakan sepotong ayat atau petikan pendek, dan tanya pelajar
“hubung kait”nya dengan komponen-komponen proses mendalami itu.
Mulakan daripada yang mudah atau yang bersifat pribadi yang menghiburkan
kepada topik pelajaran pada hari itu. Mulakan dengan petikan yang pendek-
pendek tetapi sesuai (berisi) dengan perincian emosi dan sensasi. Pelajar digalak
agar menambah dan melengkapi komponen.

• Adakan pengenalan mengarang dengan menggalak pelajar membayangkan


“titik-titik air hujan”. Suruh pelajar memejamkan mata dan bayangkan (emosi
& sensasi) ketikanya hujan turun. Suruh pelajar menceritakan apa yang mereka
lihat (dengan mata hati sebelum dengan mata kasar) titisan air hujan yang
jatuh dari langit (awan). “Apa yang anda dengar?” “Bagaimana rasa anda?”
Bagaimana perasaan anda ketika mengalami titik air hujan yang jatuh
membasahi tubuh anda? Pelajar kemudian memulakan menulis cerita / kisah
sebutir air yang jatuh ke bumi sebagai air hujan, pelajar diberi peluang
meluahkan rasa dan mengembangkan daya kreativiti mereka.”

36 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


• Pelajar juga boleh disuruh membayangkan rasa sebagai seorang penyelam di
lautan dalam. Bayangkan (sensasi) rasa sejuk air laut di luar baju selam, rasa
tekanan di tubuh yang didesak tekanan air laut, melihat rumpai-rumpai air di
sekeliling…dan bayangkan hidup-hidupan laut yang mengerumuninya (seperti
ikan-ikan, agar-agar laut, anemone dan batu-batu karang), melihat kekelaman
warna air dalam, kelembutan bahan-bahan licin dan pergerakan hidup-hidupan
laut yang lain. Pada waktu itu, pelajar digalak supaya membincangkan
informasi lain yang relevan dengan lautan dalam. Timbulkan rasa (emosi)
mengenai suasana dalam laut ini kemudian, buat ulasan-ulasan secara
kekumpulan – dengan demikian pelajar dapat membetulkan salah tanggapan
yang ada setakad itu. Pelajar akhirnya, disuruh menuliskan apa-apa yang
mereka pelajari dari pengalaman (sains kelautan) tadi itu.

G Kesimpulan
Proses mendalami merupakan satu strategi pembelajaran yang dapat membantu pelajar dalam
mengingat, berfikir dan meluaskan pemikiran kepada berfikir secara kreatif. Taktik proses
mendalami ini sesuai dalam menjana gambaran mental, merasa sensasi & emosi sebelum
membentuk informasi linguistik mengenai apa yang dipelajari atau apa yang difikirkan.

Informasi Linguistik = gambaran mental + rasa sensasi + emosi

Bibliografi

Kepelbagaian dalam Peribahasa Melayu


& Susur Galur Peribahasa Melayu

Abbas Mohd Shariff, 2002. Budaya Dan Falsafah Orang Melayu. Singapore. EDN Media.
Abdullah Hassan dan Ainon Ahmad, 1995. Peribahasa Nilai-Nilai Murni KBSR. Malaysia.Utusan
Publications & Distributors Sdn, Bhd.
A. Samad Idris, 1989. Buat baik Berpada-pada ... Bahagian Pertama A.Samad Idris Dengan 300 Pepatah.
Malaysia. Pustaka Budiman.
Ghazali Dunia,1992. Sastera Melayu Lama Prosa dan Puisi. Malaysia. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Haji Md. Said Haji Suleiman, 1991. Siri Koleksi Warisan Perian Basa. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia,.
Harun Mat Piah, 1997. Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Aisah Murad, 1996. Konsep Nilai Dalam Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Ab. Kadir Wan Yusoff, 1996. Pantun Manifestasi Minda Masyarakat. Malaysia.
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Jurnal Dewan Bahasa Jilid 42 Bil. 11, November 1998.

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 37


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

POLEMIK PRAGMATIK BAHASA MELAYU SINGAPURA :


ANTARA DINAMIK DAN CEMAR
Mohamed Pitchay Gani Bin Mohamed Abdul Aziz

Definisi bahasa yang klise ialah bahasa merupakan lambang-lambang arbitrari yang diterima
konvensi. Namun demikian, ia tidak harus disalahtafsir sebagai penerimaan yang sewenang-
wenangnya memandangkan bahasa juga mempunyai peraturan dan sistem. Peraturan ini pula
terbahagi kepada alamiah dan akademia. Alamiah merujuk kepada penghasilan atau
pertumbuhan bahasa yang dipengaruhi kesekitaran. Akademia pula merujuk kepada
pertumbuhan bahasa yang dipengaruhi kajian saintifik. Gabungan kedua-dua unsur ini
menghasilkan sistem bahasa yang unggul iaitu seimbang untuk kegunaan manusia dalam
merealisasikan keperluan mereka.

Sekiranya salah satu daripada komponen tadi gagal diseimbangkan akan timbul kegenjotan
ke atas sistem dan sekaligus menimbulkan pencemaran bahasa. Maka proses pertumbuhan
dan perkembangan bahasa atau dinamisme bahasa perlu ditafsir setepat mungkin agar tidak
timbul pencemaran.

Dinamisme Bahasa
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), konsep istilah ‘dinamik’ boleh diselidiki daripada
komponen-komponen yang terdapat di dalam makna istilah ‘dinamik’ seperti berikut :

i ‘Dinamik’ bermaksud bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat


penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan.

ii ‘Penyesuaian’ daripada kata dasar ‘sesuai’ bermaksud padan benar, selaras,


berpatutan dan serasi.

iii ‘Menerbitkan’ daripada kata dasar ‘terbit’ bermaksud keluar dari permukaan,
berbangkit, keluar memancar, tumbuh atau keluar daripada dan berpunca atau
bermula daripada.

Dapat dirumuskan bahawa konsep ‘dinamik’ ialah penyesuaian yang dilakukan terhadap sesuatu
yang ada tanpa merubah intinya agar ia akan kekal relevan ketika pembaharuan itu dilakukan.
Setiap pembaharuan pula mesti berdasarkan bentuk asalnya ke arah bentuk hibrid. Konsep ini
bermaksud bahawa sesuatu yang sedia ada perlu terus dikekalkan dan digunakan sehingga ia
tidak lagi berfungsi seperti beberapa istilah klasik yang tidak digunakan lagi. Namun demikian
ada istilah kuno yang masih digunakan sehingga hari ini kerana ia masih relevan. Kerelevanan
ini disebabkan oleh pengguna yang terus menggunakannya. Misalnya :

“aku”, “ini”, “kayu”, “curi”, “jadi”, “sana”, “lagi”, “ratus”, “mata”, “naik”, “dua”.

Manakala yang lain dianggap sudah mati kerana tidak digunakan lagi. Misalnya :

“tuwi”(dengan), “inan”(itu), “tlu” (tiga), “halap”(cantik), “hulun”/ “ulun” (orang gaji),


“sarak” (memisahkan diri) dan “langit” (dalam “makalangit” yang bermaksud
memperdaya).

38 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Bahasa Melayu (BM) dinamik bukan kerana ia terus menyerap istilah asing dan membuang
istilah Melayu. Ia dinamik kerana ia mampu menerima dan menyesuaikan istilah asing agar
selaras dengan bahasa Melayu. Maka kosakata Melayu semakin bertambah. Berikut merupakan
perkembangannya :

Zaman Jenis Bahasa Pengaruh


Abad 7 BM Kuno Sanskrit
Abad 14 BM Klasik Arab
Abad 15 BM Moden Portugis
Abad 16 BM Moden Belanda
Abad 19 BM Moden Inggeris
Abad 20 BM Kontemporari Hibrid

Kedinamikan bahasa Melayu berlaku bukan dengan membuang kosakata yang ada tetapi
dengan menambah kepada yang ada melalui proses penyesuaian kata asing ke dalam bahasa
Melayu. Biasanya istilah yang diambil itu terpaksa dilakukan kerana tidak terdapat dalam bahasa
Melayu memandangkan segala ilmu dan ciptaan itu bukan dari dunia Melayu. Misalnya;

Sanskrit agama, sederhana, puasa, suasana, puteri, permaisuri


Tamil apam, kolam, nilam, logam, ragam, kuli, kedai, keldai, mempelai
Dravida kuda, loji, belanja
Hindi cuti, curi, culi, lucah, sundal
Arab ajal, awal, akhir, akhbar, hukum, rukun, sabar, makna, kiamat
Farsi daftar, nakhoda, maulana, syahbandar, kahwin, temasya, kenduri
Cina loteng, tekoh, cawan, kuntau, anglo, mi, dacing, tocang, tongkang
Portugis bendera, kemeja, biola, jendela, mentega, soldadu, padri
Belanda duit, ransum, taksir, toples, pekan, organisasi, revolusi
Inggeris enjin, stesen, tiket, motokar, mesin, telefon.

Kesimpulannya ialah setiap kata dalam bahasa Melayu yang sedia ada harus digunakan dan
didahulukan daripada yang Inggeris (BI). Maka istilah-istilah seperti berikut harus diperhatikan
dan dielakkan bentuk Inggerisnya :

Bind BM
Trafik lalulintas
Kru kakitangan
Produk barangan
Informasi maklumat

Sekiranya konsep ‘dinamik’itu dianggap sebagai membuang yang Melayu dan menggantikan
dengan yang Inggeris secara sewenang-wenangnya, ia adalah pencemaran bahasa bukan
dinamisme.

Penyatuan dalam Perbezaan


Sering terdapat kesilapan dalam mentafsir perkembangan bahasa di kawasan lain terutama
sekali di Indonesia. Pengguna bahasa di Singapura khususnya media massa menggunakan
perkembangan bahasa Melayu di Indonesia sebagai kayu ukur yang membolehkah perubahan
sedemikian dilakukan di Singapura. Ini merupakan satu kesilapan kerana kurang faham tentang
konsep kedinamikan bahasa dan hak-hak negara dalam berbahasa. Hak ini telahpun dirasmikan
oleh MABBIM (Majlis Bahasa Brunei-Indonesia- Malaysia) sejak penubuhannya pada tahun 1972.
Sidang MABBIM 1972 telah membuat persetujuan mengenai istilah dari beberapa bidang ilmu
pengetahuan. Hasil daripada sidang ini, beberapa istilah dipersetujui seperti berikut :

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 39


i Setuju untuk sama keseluruhannya, iaitu kedua-dua pihak bersetuju dengan istilah yang
dikemukakan baik dari segi ejaannya mahupun dari segi imbuhannya.

ii Setuju sama tetapi berbeza sebahagiannya, iaitu kedua-dua negara bersetuju untuk
menggunakan ejaan morfologi (imbuhan) atau salah satu unsur rangkai kata yang
berbeza.

iii Setuju menggunakan istilah yang berbeza keseluruhannya, iaitu kedua-dua pihak
bersetuju untuk menggunakan istilah yang berbeza walaupun pada dasarnya konsepnya
sama.

iv Istilah yang sama setuju untuk ditangguhkan, iaitu istilah yang dipersetujui untuk
ditangguhkan disebabkan beberapa hal tertentu.

v Istilah yang setuju untuk digugurkan, iaitu kedua-dua negara bersetuju tidak akan
menggunakan istilah tersebut.

Persetujuan di atas jelas memperlihatkan bahawa semua negara anggota akur akan adanya
hak berbahasa dalam negara masing-masing termasuk negara Singapura selaku pemerhati dalam
sidang MABBIM. Sidang MABBIM ke 42 pada 2003 telah menekankan hak ini melalui keputusan
yang dibuat mengenai pedoman peristilahan seperti berikut :

“Pihak Malaysia menekankan pentingnya diberikan kelonggaran kepada setiap


negara untuk membentuk istilah masing-masing tanpa bergantung kepada
MABBIM. Pedoman yang disediakan wajib diikuti kerana ia merupakan satu
garispandu bagi peristilahan. Maka ia memadai untuk membantu menghasilkan
istilah-istilah baru. Namun demikian, istilah yang dihasilkan perlu dilaporkan
kepada MABBIM setelah dilaksanakan agar dapat didokumentasikan dan
dikemaskini kamus MABBIM. Pihak Malaysia menjelaskan bahawa perkembangan
teknologi pesat akan melemahkan kemampuan BM sekiranya kita masih mahu
bersifat preskriptif. Maka bahasawan perlu bersikap diskriptif dalam konteks
pengembangan bahasa. Keadaan yang berbeza di negara-negara lain akan
memaksa penghasilan istilah-istilah yang berlainan. Contoh terbaik adalah negara
Singapura yang sering mempunyai istilah-istilah berlainan yang tidak terdapat
dalam MABBIM kerana tidak berlaku dalam negara-negara anggota MABBIM dek
perkembangan pesat Singapura.”

Keputusan seumpama ini dimeterai kerana perkembangan bahasa yang berbeza di negara-
negara Melayu di Nusantara, terutama sekali bahasa Indonesia yang sangat berbeza dari segi
perkembangan leksikonnya. Walaupun bahasa Indonesia (Bind) adalah bahasa Melayu namun
ia berbeza kerana faktor sejarah iaitu Indonesia jatuh di bawah jajahan Belanda manakala
Semenanjung Tanah Melayu jatuh di bawah jajahan Inggeris. Keadaan ini membawa kepada
perkembangan bahasa Melayu yang berbeza seperti dalam contoh berikut :

Bind BM
Perbezaan kata
apel epal
listrik elektrik
musik muzik
otomatik automatik
telepon telefon

40 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Perbezaan imbuhan
fiksi fiksyen
konvensi konvensyen
televisi televisyen
fakultas fakulti
kualitas kualiti
universitas universiti

(dipetik daripada H. Ahmad Samin Siregar dalam Dewan Bahasa Disember 2000:1336)

Selain itu terdapat juga faktor dialek yang merenggangkan kedua-dua bahasa tersebut. Di
Indonesia terdapat lebih kurang 300 bahasa dan dialek. Maka bahasa Indonesia yang mempunyai
pengaruh Belanda dan dialek Indonesia pastinya akan menghasilkan perkembangan bahasa
yang semakin jauh dari bahasa Melayu. Ini merupakan satu sebab direalisasikan bahasa Melayu
Baku. Mediamassa Singapura juga tidak akan mampu mengikuti perbezaan dan kepesatan
penghasilan istilah baru Indonesia berdasarkan faktor tersebut. Berikut merupakan beberapa
contoh pragmatik bahasa Indonesia di sebuah stesen radio di Indonesia :

Bind BM
monday snin
morning pagi
hilir-mudik ulang-alik
kasus kes
cewek perempuan
cowok lelaki
mengontrol mengawal
libur nasional cuti umum
diari cirit birit
infeksi jangkitan
tablet biji
bakteri kuman
lemari ais peti ais

Sekiranya, ada pihak yang ingin menyesuaikan bahasa Melayu di Singapura agar dapat
menyerantau ke Indonesia dan dapat difahami pendengar Indonesia, ia merupakan satu usaha
yang tidak produktif kerana pendengar Indonesia sebenarnya lebih memahami bahasa Melayu
Singapura daripada bahasa Melayu Malaysia. Menurut Drs Abdul Gaffar Ruskhan daripada Pusat
Bahasa Indonesia dan seorang sasterawan mapan Indonesia, sdr Slamet Sukirnanto semasa
dalam sesi persidangan MABBIM ke 42, bahasa Melayu Singapura lebih mudah difahami daripada
bahasa Melayu Malaysia kerana di Malaysia itu terdapat banyak dialek sedangkan Singapura
hanya menggunakan bahasa Melayu baku tanpa pengaruh dialek. Secara tidak langsung, mereka
menganggap negara Singapura sebagai sebuah negara yang menghasilkan dan memantau
penggunaan bahasa Melayu secara konsisten.

Selain itu, usaha menyelaraskan bahasa Melayu dengan Indonesia tidak selaras dengan
keputusan MABBIM mahupun dasar bahasa Melayu Baku. Keputusan MABBIM telah menetapkan
bahawa masing-masing negara berkembang dengan bahasa mereka sendiri. Prinsip bahasa
Baku sendiri menetapkan penggunaan bahasa Melayu yang standard bagi semua negara. Maka
sesebuah negara itu tidak perlu bersusah payah menyesuaikan bahasa demi kepentingan
pendengar negara lain. Sebaliknya kita perlu mementingkan pendengar di negara kita dahulu
dengan memberikan maklumat dalam bahasa yang terbaik mungkin agar menjadi ikutan
mereka.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 41


Pencipta Berdaya Cipta
Mencorak dan menentukan perkembangan bahasa Melayu merupakan tanggungjawap yang
besar dan memerlukan kepakaran serta ilmu bahasa yang tinggi. Biasanya keputusan yang
diambil mengenai satu-satu aspek bahasa memerlukan kajian yang menyeluruh dan mendalam
sebelum keputusan diambil. Proses peristilahan yang dilakukan sewenang-wenangnya bakal
menghasilkan satu komuniti penutur yang terasing daripada sekelilingnya dan akhirnya bahasa
akan terasing. Bahasa yang terasing bakal pupus kerana tidak digunakan secara meluasnya.
Sebaliknya, bahasa yang disebarluaskan melalui media elektronik mampu mempengaruhi
pendengar yang mula meniru dan menggunakannya secara meluas tanpa menyedari implikasi
jangka panjang perbuatan mereka. Ketua pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka, Datuk Haji
Hassan Ahmad merumuskan :

“Yang penting bagi saya, apakah pencipta istilah dapat memahami bukan sahaja
peraturan yang bertulis dalam pedoman itu, tetapi juga semangat yang terdapat
di sebalik pedoman itu, yang hanya dapat diterapkan dengan baik berdasarkan
pengalaman yang amat luas, pengalaman yang berdasarkan pertimbangan praktis,
pertimbangan sosiolinguistik. Pendek kata, pencipta istilah harus mempunyai
kebolehan menguasai BM dengan sedalam-dalamnya, di samping mempunyai daya
kreativiti yang tajam.” (Mior Hamzah Mior Hashim 1992:15)

Bibliografi

Omar Amin Husin 1962. Sejarah Bangsa dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur Pustaka Antara 1992. Ke
arah Pembentukan Istilah Yang Sempurna. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Laporan Perwakilan Mabbim/Mastera 2003 Sempena Sambutan 30 Tahun Mabbim 09 Mac 2003 – 14
Mac 2003 di Brunei Darussalam. Singapura. Majlis Bahasa Melayu Singapura.

Muhammad Ariff Ahmad. Bahasa Melayu : Penggunaan, Tatabahasa dan Sebutan dalam jurnal
SEKATA Jilid 8 Bil. 1 Jun 1990 terbitan Jawatankuasa Bahasa Melayu,Singapura

Muhammad Ariff Ahmad 1991. Bahasa Melayu Pada Hari Ini : Satu Pandangan Peribadi. Kertas kerja
Seminar National University of Singapore.

Soetrisno. R. Bahasa Indonesia dan Kemajuan Teknologi dlm jurnal SEKATA Jilid 7 Bil. 2 Dis. 1989
terbitan Jawatankuasa Bahasa Melayu, Singapura

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

42 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


ESEI SASTERA

KONSEP EMANSIPASI WANITA DAN KEPIMPINAN


DALAM NOVEL ‘TOK GURU’
Nur Khairiah Binte Mohd Amin & Noorlin Binte Haron

Menurut sarjana sastera seperti Hashim Awang dan Safiah Hussain, konsep emansipasi wanita
di dalam dunia persuratan Melayu telah wujud sejak akhir tahun 1920’an lagi. Novel-novel
seperti ‘Hikayat Faridah Hanum’ (1927) karya Syed Sheikh Al-Hadi dan ‘Iakah Salmah’ (1927)
tulisan Ahmad Rashid Talu mendukung tema-tema dan watak-watak berasaskan konsep
emansipasi wanita.

Wanita merupakan salah satu kelompok manusia ciptaan Allah S.W.T. Golongan ini diberikan
kedudukan yang istimewa di dalam menjalani kehidupan seharian. Novel ‘Tok Guru’ karya
Shahnon Ahmad mempunyai jalan cerita yang berlegar di sekitar konsep kehidupan yang
berunsurkan keislaman. Oleh itu, konsep emansipasi wanita dalam penelitian ini akan
dibincangkan dari kaca mata Islam.

Perkataan ‘emansipasi’, menurut Kamus Dewan, membawa maksud ‘pemberian hak yang sama
dalam hukum; wanita mendapat hak yang sama dengan kaum lelaki dan perjuangan kaum
wanita demi memperoleh hak memilih dan menentukan nasib sendiri’. Hak wanita bukanlah
untuk menandingi kaum lelaki dalam bidang yang diceburi mereka tetapi Islam telah
menggariskan dan memberikan hak umum kepada kaum wanita, bersesuaian dengan hak
semulajadinya.

Agama Islam tidak pernah menghalang wanita melibatkan diri di dalam pelbagai bidang
pekerjaan untuk mencari rezeki yang halal. Begitu juga kaum lelaki, sememangnya mereka
perlu keluar bekerja untuk mencari rezeki dan nafkah. Prinsip Islam membenarkan wanita
menjadi doktor atau jururawat kerana yang paling munasabah merawat pesakit-pesakit wanita
ialah doktor wanita sendiri. Persamaan juga wujud di antara kaum Hawa dan Adam dari segi
keimanan dan ketaqwaan. Malahan, ada ketikanya, undang-undang Islam memperlihatkan
kaum wanita, khususnya ibu-ibu, lebih mulia daripada kaum lelaki jika mereka lebih bertaqwa.

Poligami sudahpun menjadi tradisi hidup sejak zaman jahiliah dahulu. Manusia zaman ini
mengamalkan perkara tersebut sewenang-wenangnya. Islam menyedari hakikat ini lantas
memperbaiki keadaan dengan meletakkan syarat-syarat yang ketat, bertujuan untuk menyekat
penularan poligami yang berleluasa pada zaman jahiliah. Islam membataskan bilangan isteri
kepada empat orang sahaja. Syarat bagi poligami juga ialah kesanggupan menjalankan keadilan
di antara isteri-isteri. Di dalam novel ini, poligami diperlihatkan di dalam dua buah keluarga,
iaitu keluarga Mamak dan Tok Guru.

Tok Guru pada awalnya mempunyai tiga orang isteri, akhirnya, diijabkabulkan dengan Cumbi,
anak Mamak. Mamak pula dinikahkan dengan Rabiatun, Zeenab Bibi dan Chum Chum setelah
mempelajari ilmu agama daripada Tok Guru. Sebagai seorang tokoh agama yang dianggap
mulia oleh keluarga Mamak, Tok Guru sepatutnya menunjukkan contoh yang baik tanpa
mempunyai niat yang tersembunyi. Lebih-lebih lagi, Mamak sekeluarga sebelum ini tiada
pegangan agama yang kuat. Kelakuan dan ajaran Tok Guru menyebabkan Mamak mengikut
caranya secara melulu tanpa berfikir dua kali kerana terlalu menyanjung gurunya.

Hak Wanita
Jika kaum lelaki berpeluang berkahwin sebanyak empat kali, wanita pula berhak menerima
keadilan daripada kaum lelaki, terutama sekali dari segi pengagihan hari. Inilah emansipasi
wanita yang perlu diterima oleh mereka. Ketidakadilan yang diamalkan oleh Tok Guru dan
Mamak menunjukkan hak wanita telah dicalari. Bab terakhir novel ini menggambarkan satu

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 43


masalah yang serius. Pada awalnya, keadilan diberikan kepada keempat-empat isteri Mamak
dan Tok Guru. Namun demikian, semakin lama, sesetengah isteri seperti dipinggirkan hingga
isteri yang termuda diutamakan. Sebagai contoh, pada mulanya, Cumbi dan madu-madunya
mendapat giliran yang setara tetapi lama-kelamaan, Cumbi diberi layanan yang utama. Tok
Guru, yang dianggap pendidik dalam bidang agama sewajarnya menunjukkan nilai-nilai baik
seorang suami terhadap isteri-isterinya yang lain. Jumlah keseluruhan hari-hari yang diterima
para isteri pada sebulan pertama sahaja, sepertimana yang digambarkan pada akhir bab:-

Isteri-isteri Tok Guru Isteri-isteri Mamak


Mamiyam ( 2 ) Musalmah ( 3 )
Rabiatun ( 3 ) Mamiyam ( 3 )
Zeenab Bibi ( 10 ) omlah ( 7 )
Chumchum ( 13 ) Cumbi ( 15 )

Rajah di atas membuktikan ketidakadilan yang diamalkan oleh kedua-dua orang pemimpin
keluarga ini. Sepatutnya hak bersama isteri wajiblah diagihkan sama rata di antara isteri-isteri
yang ada. Di dalam Islam, seorang lelaki yang khuatir tidak dapat berlaku adil hanya perlu
berkahwin dengan seorang perempuan sahaja. Namun demikian, novel ini tidak menunjukkan
para suami melaksanakan tanggungjawab mereka.

Islam juga memberi peluang kepada wanita memilih jodoh mereka sendiri. Secara umum,
perempuan yang sudah ‘baligh’ berhak ke atas dirinya dalam segala hal sivil. Pemilihan pasangan
hidupnya juga adalah menurut kemahuannya. Cumbi yang sudah akil baligh sepatutnya diberi
pilihan untuk menentukan pasangannya dengan seorang lelaki yang sekufu dengannya.
Mubarak, lelaki yang dicintai Cumbi, jika diteliti memang sesuai. Namun demikian, hanya kerana
dia tidak belajar dengan Tok Guru, keluarga Mamak menilainya sebagai seorang lelaki yang
kurang baik hingga sanggup menjodohkan Cumbi dengan Tok Guru yang jauh lebih tua
daripadanya. Cumbi langsung tidak diberikan hak memilih calon suami yang sesuai. Masalah
ini menyebabkan Cumbi marah dan bermonolog sendirian untuk lari dari rumah dan membunuh
diri. Mamak menindas anaknya sendiri dengan tidak memberi hak dan kebebasan untuk
membuat pilihan sendiri. Hakikatnya, emansipasi wanita tergugat sekali lagi kerana wanita
akil baligh tidak dibenarkan menurut keinginannya sendiri di dalam mencari pasangan hidup.

Seorang isteri boleh menyuarakan pendapatnya jika sesuatu perkara dianggap tidak sesuai
dalam sesebuah keluarga. Namun demikian, Mamiyam, isteri Mamak, tidak mendapat hak
yang secukupnya untuk meluahkan pendapat tentang perhubungan Cumbi dengan Mubarak.
Sebaliknya, Mamiyam takut kepada Mamak kerana suaminya merupakan seorang yang cepat
marah. Mamiyam hanya setia kepada Mamak dan mengikut telunjuknya tanpa mampu
meluahkan pendapat yang secukupnya untuk memperbaiki keadaan dan melegakan hati Cumbi
yang mendambakan kasih sayang daripada Mubarak.

Eksploitasi Wanita
Walaupun kewujudan emansipasi wanita bersifat negatif, ada juga sebaliknya. Mamiyam
menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri yang baik dan taat kepada suaminya. Maruahnya
dijaga dan melakukan tanggungjawab menjaga anak-anak dan kerja rumah. Cumbi juga
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak yang baik kerana mengikut perintah ibu
dan bapanya mengemas rumah dan menyediakan makan untuk tetamu seperti Tok Guru. Namun
demikian, tanggungjawab mereka seperti diambil peluang oleh Mamak untuk kepentingan
dirinya sendiri. Mamak menyuruh Mami mencarikan isteri-isteri baru untuknya. Mami hanya
menuruti perintah Mamak dan sanggup keluar mencarikan isteri seperti yang diinginkan oleh
Mamak, sedangkan Mamak hanya duduk menunggu, tidak bekerja dan hanya melakukan
ibadah seperti yang diajarkan oleh Tok Guru sahaja.

44 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Kesimpulannya, konsep emansipasi wanita dalam novel ini seperti eksploitasi oleh kaum lelaki
untuk mencapai matlamat dan kepentingan diri mereka sedangkan dalam perundangan Islam,
wanita juga patut mendapat hak dalam pelbagai bidang berdasarkan sifat semulajadi mereka.
Hak yang sepatutnya diperolehi tidak diterima oleh kaum wanita dalam sebuah keluarga yang
dikatakan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Kaum wanita tiada tempat untuk
menentukan nasib mereka yang hakiki. Islam tidak membezakan antara lelaki dan wanita.
Kedua-duanya adalah sama nilainya di hadapan Allah dan pandangan manusia umumnya.
Justeru, emansipasi wanita perlu sesuai dengan tempat dan keadaan untuk memenuhi kehendak
masing-masing, tidak seperti novel ‘Tok Guru’ yang mengeksploitasi kaum Hawa tanpa diberikan
emansipasi wanita yang setimpal.

“Ketahuilah, tiap-tiap kamu itu pengembala dan tiap-tiap kamu


bertanggungjawab tentang rakyat yang digembalakannya.” (Hadis shahih
daripada Bukari dan Muslim)

Kepimpinan
Menurut Kamus Dewan, ‘kepimpinan’ membawa erti “... berkaitan dengan pemimpin,
membimbing menjadi ketua kepada sesuatu pasukan atau pergerakan..”

Seorang pemimpin harus memiliki sifat-sifat yang luar biasa, cekap dan bijaksana yang dapat
menanamkan keyakinan dalam diri orang-orang serta menimbulkan kesediaan yang lain
bekerjasama. Konsep kepimpinan ini akan dibicarakan melalui dua watak utama dalam novel
‘Tok Guru’ ini, iaitu Tok Guru dan Mamak Merican.

Tok Guru telah digambarkan sebagai seorang yang berperanan besar kerana telah berdakwah
kepada keluarga Mamak Merican yang sebelumnya jahil dalam ajaran Islam. Beliau telah menjadi
pemimpin kepada keluarga Mamak Merican untuk mendalami agama Islam sehinggalah pada
akhirnya keluarga itu dapat memahami ajaran Islam dengan jelas Contohnya, “... kita baca
kitab mulai malam Jumaat ini. Tok Guru alim akan datang ke rumah kita tiap-tiap malam
Jumaat...Kita semua dengar Tok Guru. Kita semua jemaah dengan Tok Guru...”

Malah, dia juga telah banyak mengikuti tindak-tanduk Tok Guru, seperti” ...Tok Guru jilat jarinya
macam Tambi jilat piring susu. Mamak pun ikut..” ; “...Tok Guru ada janggut. Mamak pun...”
Percakapan Tok Guru juga “... berlapik dengan ayat suci atau Hadis atau contoh teladan para
sahabat...”. Kedatangan Tok Guru ke rumah Mamak Merican pada setiap malam Jumaat
meninggalkan kesan yang mendalam di dalam keluarga Mamak Merican. Mamak Merican
sendiri sudah memakai serban dan jubah seperti Tok Guru. Hal ini terbukti dengan aktifnya
Mamak Merican mengerjakan sembahyang fardhu secara berjemaah pada setiap ketika,
“..berjemaah setiap waktu dan Mamak sendiri mengimamnya..”

Sebelum kedatangan Tok Guru, keluarga Mamak Merican tidak mempraktikkan ajaran Islam
yang sebenar, kurang beribadat dan sering terkeluar daripada landasan Islam. Jelasnya, terdapat
peningkatan dan kefahaman terhadap Islam yang kabur difahami keluarga Mamak Merican ke
arah tingkat yang diredai Allah, “... berkat Tok Guru tentu berlipat ganda ke atas
keluarga...berkat Tok Guru, tak adalah cahaya yang sebegini terang...”.

Ajaran Tok Guru meliputi pengajaran ilmu tauhid, tasawuf, usuluddin dan aspek-aspek
kekeluargaan dan perkahwinan menurut ajaran Islam yang sebenar. Tok Guru juga telah
menjelaskan kecantikan hidup berpoligami menurut syariat Islam dengan menjadikan dirinya
sebagai contoh. Keberkesanan ajaran Tok Guru terpancar jelas pada Mamak Merican dan Mami
tentang konsep poligami ini. Mami dan Cumbi tidak lagi mengutuk-ngutuk amalan poligami
seperti yang telah dilakukan kaum wanita hari ini. Bukan sahaja Mami telah mengizinkan
suaminya itu untuk berkahwin lagi untuk mendapatkan pahala, malah mencarikan madu-
madunya juga.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 45


Novel ini memaparkan amalan poligami yang diamalkan oleh segolongan umat Islam dalam
kehidupan berkeluarga mereka. Sebenarnya, keluarga Mamak Merican terutamanya Mamak
sendiri tidak begitu memahami Islam secara lebih teliti. Berpoligami ini adalah cara Islam
menjaga kemurnian masyarakat. Oleh sebab itu, Islam membenarkan umatnya berpoligami
tetapi amalan ini haruslah dilakukan secara adil. Wujudnya poligami ini dapat melindungi
manusia daripada pelbagai jenis penyakit sosial. Namun demikian, berpoligami bukanlah menjadi
tunggak utama bagi seorang Muslim untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.

Di sini jelas bahawa Tok Guru yang sepatutnya mengajar cabang-cabang ilmu agama yang lain,
kerana “..mauduk pengajaran Tok Guru semenjak kebelakangan ini nampaknya asyik tertumpu
ke bab kelamin saja...” dan menekankan hanya bab nikmat perkahwinan dan hidup berpoligami
sehinggakan Mirasa yang “..tak berapa cukup orangnya..” ingin berkahwin tanpa mengetahui
tanggungjawab sebenar seorang suami. Justeru pemimpin keluarga. Kepimpinan Tok Guru
sebagai seorang pengembala yang membimbing gembalaannya itu juga meragukan.

Menurut Iman Ghazali dalam kitabnya, IHYA ULUMUDDIN, jilid 2 “..Islam berkehendaki suami
bertanggungjawab terhadap isteri yang tidak boleh diabaikan hingga membuatkannya merasa
ia seolah-olah tidak mempunyai suami langsung...” Pada akhir novel ini, kita dapat melihat
bahawa keadilan yang digembar-gemburkan oleh Tok Guru tidak terlaksana kerana apabila
diteliti jadual giliran isteri-isterinya, terbukti isteri mudanya, Cumbi dan Romlah mendapat
giliran yang paling kerap. Minggu yang keempat menunjukkan ketidakadilan Tok Guru apabila
Cumbi mendapat 6 hari bersama Tok Guru jika dibandingkan dengan. “..pakaian yang lama..”
seperti Mariyah dan Musalmah yang telah banyak berjasa kepadanya..

Darjat Wanita
Tok Guru telah meletakkan darjat wanita sebagai “ ..kerjanya cuma melahirkan anak sahaja...”
sedangkan Islam memandang mulia peranan wanita. Sebagai seorang bapa kepada anak-
anaknya, Tok Guru gagal mempamerkan ciri-ciri seorang pemimpin yang bertanggungjawab
kerana dia sendiri mengatakan “..masih ada lagi di rumah, entah berapa, ana pun tak ingat..dan
entah anak siapa pula..sudah kehilangan hitungan..” tanpa menyedari bahawa tanggungjawab
berat yang dipikulnya sebagai seorang bapa. Jadi bagaimana. “..yang penting ialah anak...yang
banyak dan yang salih akan menjadi seperti benih yang baik..”. yang diucapkannya itu dapat
direalisasikan jikalau dia tidak tahu secara dekat mengenai anak-anaknya.

Berbalik kepada watak Mamak Merican, seorang keturunan Keling yang sudah berusia 50 tahun.
Seorang suami kepada Mamiyam Muhammad Latiff dan bapa kepada tiga orang anaknya;
iaitu Mirasa, Cumbi dan juga Mumdas. Dia menyara kehidupan keluarganya itu sebagai seorang
peniaga kain. Sebagai seorang yang beragama Islam, dia memikul tugas yang penting iaitu
sebagai seorang pemimpin dan peneraju dalam keluarganya untuk membimbing keluarganya
ke jalan yang diredhai.

Amanah yang diberikan kepada lelaki sebagai seorang pemimpin jelas digambarkan melalui
Surah Al-Nisa’, 4:34, yang bermaksud; “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang lelaki
(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan.”

Mamak sedar bahawa dia tidak mampu mengajar ahli keluarganya mengenai Islam secara
terperinci, “..aku sendiri pun sebenarnya tak tahu apa-apa tentang bahagian-bahagian fardhu
ain...” Oleh sebab itu, dia telah mengambil langkah memanggil Tok Guru ke rumahnya untuk
membawa mereka ke landasan Islam yang sebenarnya. Setelah itu, dia sendiri telah berubah
untuk memberi contoh kepada ahli keluarganya selaras dengan sikap seorang pemimpin yang
baik. Dia tidak lagi “..cepat marah..cepat hayun tangan kalau naik berang...” tetapi “... lembut
bila bercakap..tak kasar lagi...”. Atas dorongannya mahu “..ikut jejak nabi..ikut jejak orang

46 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


alim ulama..”, Mamak telah bercadang untuk menikah lagi “..supaya cukup empat...” , “..berkat
Tok Guru, berkat contoh teladannya...bermadu itu satu ibadat besar...”

Mamak Merican juga menyimpan hasrat untuk “..anak-anak..jadi macam satu pasukan..akan
tolong..” Mamak dan isteri-isterinya “..dengan mudah..dibenarkan masuk syurga..” Namun
demikian, dia tidak memahami dengan betul ibadah-ibadah lain yang boleh mendekatkan
dirinya lagi kepada Tuhan. Dia hanya “..nak beribadat..nak beramal apa yang Nana belajar..nak
ikut sunnah...”

Dari sudut yang lain, keinginan Mamak yang “..mahukan anak dan cucu yang banyak...” kerana
“..kahwin banyak..semuanya satu ibadat..” lagi-lagi jikalau “..dapat membela seorang janda
dan anak yatim...”. Namun jika diteliti, Mamak tidak menghalusi konsep berumahtangga kerana
dia menganggap bahawa “..tugas utama isteri pendakwah, menundukkan nafsu suami. Kalau
isteri tak boleh tunduk seorang diri, dia kena cari orang lain..sebabnya Islam membolehkan
lelaki kahwin empat..” Namun demikian, hadis Nabi Muhammad S.A.W. sepertimana yang telah
dirawikan oleh Al-Bukhari dan Muslim, bermaksud; “.. Barangsiapa mempunyai dua orang isteri,
lalu ia condong kepada seorang, tidak kepada yang lain” - dan menurut bunyi yang lain dari
hadiths,” ia tidak berlaku adil di antara kedua isteri itu, niscaya datanglah ia pada hari kiamat
dan satu dari dua balahan badannya itu condong (mereng..)”

Dari sudut pandangan Mumdas, Mamak telah kelihatan “..bercakap sambil tersenyum..sekali-
sekali menyebut nama Mami, nama Rabiatun, nama Zeenab Bibi dan Chumchum..” dan
“..senyum gelak...melompat macam anak kambing...” apabila mengetahui bahawa dia akan
bernikah dengan dua wanita sekaligus. Ia jelas amat bertentangan dengan niat mulanya iaitu
“..bukan nak seronok-seronok saja tapi..nak anak supaya..jadi orang alim. Sama seperti Tok
Guru, Mamak juga gagal mengotakan janjinya kepada Mami untuk bersikap adil. Dahulu, dia
telah berjanji dia tidak akan “..melanggar syariat pun..akan jaga giliran malamnya kerana
keadilan mesti wujud..” jikalau tidak “..Mamak akan dikutuk..” Ternyata akuannya mengenai
“..iman Nana sudah kuat...” menjadi goyah apabila jadual giliran untuk isteri-isterinya tidak
dibahagikan secara saksama. Chumchum dan Zeenab Bibi telah mendapat giliran yang paling
kerap kerana mereka adalah isteri yang baru.

Kesimpulannya, Tok Guru tidak dapat mempamerkan kriteria seorang pemimpin yang
berwibawa. Walaupun dia menggunakan agama sebagai landasan kehidupannya namun dia
belum lagi dapat menghalusi dan memahami konsep kepimpinan yang sebenar dalam Islam.
Bagaimanakah seorang pemimpin dapat membimbing pengikutnya jikalau dia sendiri
menyeleweng?

Agama Islam telah dicipta oleh Allah S.W.T. untuk menjadi asas moral yang sebenar serta
membentuk satu tamadun yang sihat dan menjadi asas perhubungan antara manusia dengan
Khaliq. Oleh yang demikian, kita memerlukan seorang pemimpin yang jujur, mampu menahan
hawa nafsu yang keterlaluan dan tidak membuat keputusan yang tidak berasaskan ilmu dan
kefahaman. Seorang pemimpin itu sedar akan pengalamannya yang tidak sempurna dan tidak
menggunakan keinginannya untuk mendapat keuntungan peribadi dan akhir sekali dia haruslah
bersedia untuk memperbetulkan kesilapannya itu berdasarkan perintah Allah S.W.T.

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 47


ESEI SASTERA

SUARA HATI PENULIS KREATIF


Mohamed Naguib bin Ngadnan

9hb Ogos 2002. Tarikh bersejarah ini menandakan ulang tahun negara Singapura ke-37. Tarikh
ini juga dapat dijadikan peringatan buat rakyat Singapura tentang bagaimana lama dan
payahnya pemimpin-pemimpin negara ini telah berusaha untuk memastikan kecemerlangan
negara ini dalam alaf baru yang kian mencabar. Pemimpin-pemimpin negara – baik dahulu,
mahupun sekarang – telah jelas membuktikan keberkesanan satu cara pentadbiran yang harus
dicontohi sesiapa sahaja yang inginkan kecemerlangan dalam hidupnya. Cara pentadbiran yang
dimaksudkan melibatkan daya tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam lagi
berwawasan (visi) untuk menyelesaikan satu tugas khusus (misi).

Pegangan ‘satu visi menuju satu misi’ merupakan satu prinsip yang universal dan sering dijadikan
cogan bagi banyak golongan manusia yang pernah hidup di sepanjang kewujudan dunia
bertamadun. Pada era kegemilangan Islam, misalnya, dakwah Rasulullah s.a.w. yang meliputi
hampir satu per empat muka bumi merupakan manifestasi daripada visi Baginda dalam misi
penyebarluasan ajaran agama Islam ke setiap pelosok dunia. Pada zaman pemerintahan
Napolean Bonaparte di Perancis pula, sikap dan mentaliti beliau yang eka tujuan merupakan
faktor utama yang menyebabkan beliau berjaya dalam hampir kesemua peperangan beliau.
Sikap yang serupa juga dapat dilihat dari propaganda Fuhrer Adolf Hitler dalam misi beliau
mencapai dominasi dan monopoli kaum Arrayyan.

Prinsip atau falsafah hidup ‘satu visi menuju satu misi’ juga boleh dilihat dalam suasana
penghidupan masakini. Antaranya, di lapangan ketenteraan; keberkesanan konsep ‘satu visi
menuju satu misi’ telah diubahkan kepada ‘one shoot, one kill’ atau ‘satu cuba, satu kena’.

Di dalam konteks kehidupan hari ini pula, ramai pemimpin negara yang masih berpegang
teguh kepada prinsip ‘satu visi, satu misi’. Ini boleh dibuktikan dengan adanya pelbagai matlamat
berperingkat nasional yang dikuatkuasakan beberapa negara. Negara jiran, Malaysia, misalnya,
mempunyai matlamat Wawasan 2020 manakala negara Singapura sendiri mempunyai destinasi
keunggulan dalam sukan bola sepak, iaitu ‘Goal 2010’.

Contoh-contoh tadi dapat dijadikan bukti kukuh bahawa setiap misi harus dimulakan dengan
satu visi, atau setiap matlamat harus dimulakan dengan satu perancangan teliti. Hanya dengan
adanya perancangan teliti dan menyeluruh dapat seseorang mengecapi cita-cita yang
diimpikannya.

Salah satu daripada matlamat saya dalam kehidupan fana ini ialah untuk menghasilkan sebuah
karya yang berbentuk satira masyarakat. Cita ini tercetus selepas saya berpeluang membaca
dan menelaah beberapa karya sastera yang dapat dijudulkan sebagai karya berbentuk satira.
Antara buku-buku yang sempat saya kaji dan hayati termasuklah buku ‘The Adventures of
Gulliver’s Travel’ hasil penulisan Jonathan Swift, ‘Animal Farm’ hasil penulisan George Orwell,
dan sebuah buku dunia Melayu ‘Anak Mat Lela Gila’ hasil penulisan Pak Sako. Ketiga-tiga buku
ini mengandungi suntikan nasihat dan pelajaran yang amat mendalam pengertiannya setelah
dikaji – ‘Gulliver’s Travel’ menyentuh sikap pentadbiran sajagat pada era kolonialisme, ‘Animal
Farm’ menyentuh tentang sistem dan fahaman sosialisme dan komunisme, manakala buku
penulisan Pak Sako merupakan sebuah karya yang mencerminkan sikap masyarakat Melayu.

Maksud saya berhasrat untuk menghasilkan karya sastera berbentuk satira ialah untuk
mengingatkan masyarakat – dan diri saya juga – di manakah kami, manusia, berdiri dalam
detik kemajuan ini; adakah kami masih manusia yang berperikemanusian (‘a human human
being’) atau hanyalah mesin yang bermangkinkan ‘takhta, harta dan wanita’. Tujuan saya ialah
untuk membentangkan keadaan realiti dunia di sebalik sebuah jalan cerita yang boleh dianggap
remeh dan simplistik.

48 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Sebagai permulaan usaha ini, saya harus dahulu hidup dengan maksud ‘hidup’ yang sebenar.
Seorang pujangga Barat pernah berkata satu tika dahulu, “How vain it is for one to sit and
write when he had not stood up to live.” (Alangkah angkuhnya seseorang yang duduk dan
menulis sebelum dia berdiri dan hidup). Saya perlu hidup bersama masyarakat – baik dengan
kaum majoriti, mahupun dengan kaum minoriti – supaya lebih peka dan prihatin akan keadaan
mereka, perasaan mereka dan luahan hati mereka. Hanya dengan cara ini dapat saya bersikap
adil dan saksama tentang apa yang perlu disampaikan di dalam penulisan saya.

Selain dari input dan cetusan idea dari pengamatan begini, saya juga perlu lebih membaca dan
menghayati karya-karya penulis-penulis lain untuk mengembangkan lagi idea dan isi penulisan
supaya karya saya tidak dipandang terlalu eka dimensi atau ‘one-dimensional’. Cara ini juga
akan mendedahkan saya kepada struktur-struktur yang mungkin harus diambil kira dalam
penulisan sesebuah karya satira. Antara struktur yang boleh dianggap berkesan ialah dengan
melakarkan jalan cerita yang berunsur buku cerita kanak-kanak seperti buku ‘The Little Prince’
penulisan Antoine Saint Exupery dan ‘The Adventures of Alice in Wonderland’.

Pendedahan kepada selok-belok penulisan dan pandangan kritis juga boleh ditimba apabila
saya mengambil peluang-peluang yang diberi untuk menghadiri pelbagai seminar, perbahasan,
simposium atau ceramah yang berkaitan dengan hal-hal dan perkara-perkara penulisan dan
kemasyarakatan. Kegiatan-kegiatan begini dapat mencelikkan mata buta saya kepada senario
atau kejadian sekeliling yang mungkin belum saya sedari

Dalam penghasilan dan penerbitan sesebuah buku, penulis perlu dahulu mendapatkan penerbit
dan pencetak yang sudi dan sedia membantunya. Ini selalunya merupakan masalah utama
bagi mereka yang berminat menghasilkan buku. Jawapan bagi rintangan ini sebenarnya tidaklah
sukar. Tambahan pula, jawapannya akan membenarkan penulis ‘menyelam sambil berminum
air’; dengan menganggotai persatuan sastera seperti ASAS’50, penulis akan dapat peluang
untuk meluaskan lagi ilmu penulisan sambil mendapat bantuan dan sokongan dalam penerbitan
dan pencetakan karyanya.

Selain pengamatan dan pengalaman, saya juga perlu memastikan saya genggam bara api sampai
jadi arang dan bukan hanya setakat genggam tahi ayam yang hangat-hangat seketika.
Kesungguhan dan dedikasi amat penting dalam usaha pembukuan idea-idea yang banyak dan
tidak teratur. Saya harus pandai membahagi-bahagikan masa dan tenaga dalam perkara yang
agak mencabar ini – ‘bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’.

Satu usaha yang amat besar taraf komitmennya sudah tentu memerlukan sokongan dan
dorongan daripada orang-orang yang saya sayangi dan segani. Saya akan harapkan sokongan
dan dorongan mereka – keluarga, guru-guru dan rakan-rakan – untuk menjayakan usaha ini.

Setiap kegagalan yang akan saya hadapi dalam percubaan mencapai cita ini akan saya jadikan
sebagai satu pelajaran dan peringatan bahawa manusia hanya berusaha, dan Tuhan yang
menentukan. Saya akan sedia menghasilkan sebuah buku kumpulan coretan dan cetusan hati
jikalau saya tidak termampu untuk membukukan sebuah novel berbentuk satira. Saya ingin
berkongsi pengalaman dan pengamatan saya dengan masyarakat, supaya dapat kita
menggembleng tenaga dan fikiran untuk mengubah cara dan sikap masyarakat yang dipandang
kurang sesuai.

Pada masa ini, saya sedang mengumpul bahan dan ilmu untuk melestarikan cita saya. Saya
harap dengan usaha, sokongan, dorongan, dan tidak lupa dengan izin-Nya juga, dapat saya
menyentuh kejora cita yang selama ini tergantung nun jauh di sana. Insya-Allah.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 49


SEJARAH PERKEMBANGAN SASTERA 1965-2002

TAHUN-TAHUN PANCAROBA SASTERA MELAYU SINGAPURA


Siti Maryam Mohd Amin, Fazlina Mohd. Ibrahim, Noraisah Ahmad, Norsriwani Bakar

Karya-karya sastera sering memaparkan kehidupan pada sesuatu masa. Penulis-penulis sering
menjadikan realiti kehidupan sebagai ilham untuk menulis. Lantas, karya-karya sastera sering
membincangkan kehidupan masyarakat pada ketika itu serta memberi pengajaran kepada
pembaca agar sentiasa memperbaiki hidup. Gaya hidup masyarakat Melayu berubah mengikut
peredaran zaman. Pada tahun-tahun 1970an, masyarakat Melayu mula menyesuaikan diri
dengan kehidupan mereka di rumah-rumah pangsa. Pada tahun-tahun 1980an pula, ramai
wanita yang keluar bekerja lantas mengubah gaya hidup berkeluarga.

Cerpen-Cerpen 70’an
Cerpen-cerpen pada tahun-tahun 1970an memaparkan pembugaran rumah-rumah kampung,
pembangunan kilang-kilang industri kecil dan sederhana, perkembangan sains, masalah sosial
seperti penagihan dadah, pengaruh budaya kuning dari Barat dan sebagainya. Pada tahun itu
Singapura sedang mengalami Revolusi Perindustrian Pertama. Manakala tekanan terhadap
masyarakat pada tahun-tahun 1970an merupakan pembugaran rumah-rumah kampung,
perpindahan serta masalah sosial yang kian meningkat di kalangan remaja. Cerpen-cerpen
tahun 1970an banyak mengisahkan pembugaran rumah-rumah kampung. Cerpenis Mohd.
Fuad Salim telah menghasilkan sebuah cerpen berjudul, ‘Ke Mana Hati Hendak Kubawa’
mengisahkan masyarakat kampung yang baru dipindahkan ke rumah-rumah pangsa cuba
menyesuaikan diri di tempat baru. Mereka telah mengambil masa untuk menyesuaikan diri
dengan penghidupan di rumah pangsa kerana sudah terbiasa dengan penghidupan kampung
sehingga pelbagai pengorbanan yang perlu dilakukan seperti kegemaran memelihara burung.
Cinta terhadap cara hidup lama terpaksa mereka kuburkan demi pembangunan negara pada
masa hadapan.

Cerpen ‘Kayu’ pula mengisahkan keluarga Mak Piah yang tinggal di rumah setinggan yang
diperbuat daripada kayu dan tanpa kemudahan asas seperti tandas serta bekalan air. Selain
menggambarkan keadaan rumah-rumah tersebut, penulis juga memaparkan tentang
pembangunan Singapura pada ketika itu. Persoalan-persoalan seperti perubahan,
pembangunan kilang-kilang elektronik, pembinaan lebuh raya dan rumah-rumah pangsa
ditimbulkan oleh penulis. Kepekaan penulis terhadap perkembangan masyarakat juga telah
membuat penulis menonjolkan isu-isu seperti pendidikan masyarakat Melayu yang masih berada
ditahap rendah jika dibandingkan dengan masyarakat-masyarakat Cina dan India. Cerpen
‘Kayu’ juga memaparkan tentang ramainya wanita yang bekerja di kilang-kilang elektronik
sehingga mendapat gelaran ‘Minah Karen’. Walaupun pada tahun 1970an rumah-rumah pangsa
telah dibina, ramai yang enggan meninggalkan rumah-rumah kampung dan setinggan terutama
generasi lama. Mungkin rasa nostalgik menyebabkan mereka berat hendak merubah cara hidup.
Sebenarnya, deria keenam mereka telah menjangkakan pelbagai masalah telah menunggu
semasa berpindah ke rumah-rumah pangsa.

Cerpen. ‘Engage Take Thai,’ pula menceritakan tentang wanita-wanita yang sudah mula
bekerja sebagai ‘Minah Parking.’ Selain menjadi ‘minah parking’, ramai juga yang bekerja di
kilang-kilang.

Cerpen “Mosaic” karya Ahmad Affandi Jamari yang diterbitkan pada 28 September 1974 pula
menggambarkan kehidupan segolongan orang Melayu pada tahun 1970an yang telah menerima
seruan pemerintah untuk berpindah ke rumah pangsa. Menerusi cerpen ini, penulis memaparkan
tentang masyarakat Melayu yang lemah dalam bidang pendidikan. Anak Pak Kudus, Ismail
tidak tahu memahami isi surat yang diterima oleh Pak Kudus kerana surat itu ditulis dalam

50 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


bahasa Inggeris walaupun Ismail telah lapan tahun bersekolah. Ismail menuntut di darjah lapan
aliran Mono kerana lemah dalam pelajaran. Oleh itu, dia terpaksa duduk di sekolah rendah
sedangkan rakan-rakannya melanjutkan pelajaran di sekolah menengah. Pada tahun 1970an,
ramai anak Melayu yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah malahan
ada juga yang tidak layak menduduki peperiksaan PSLE.

Cerpen “Mosaic” juga memaparkan perasaan dan perubahan sikap masyarakat Melayu yang
mula berpindah ke rumah-rumah pangsa binaan HDB. Pak Kudus yang baru mendapat sebuah
rumah pangsa tiga bilik di Kallang Baru. Harga unit rumah beliau enam ribu dolar sahaja. Hal
ini menggambarkan bahawa kos hidup pada ketika itu tidak begitu mahal. Sememangnya
pada tahun 1970an, rumah-rumah pangsa pesat dibina pemerintah. Malahan pada tahun 1975,
hampir empat puluh lima peratus rakyat Singapura tinggal di rumah-rumah pangsa HDB.

“Dia selesaikan wang CPF itu kesemuanya untuk membayar harga rumah.”

Petikan dari cerpen “Mosaic” ini menggambarkan kehidupan segolongan rakyat Singapura
pada ketika itu yang sudah mula menggunakan wang CPF untuk membeli rumah pangsa.
Walaupun rumah tiga bilik pada ketika itu hanyalah berharga enam ribu dolar, tanpa wang
CPF masyarakat tidak mampu memiliki rumah HDB kerana gaji mereka tidak mencukupi. Pada
tahun 1970an, wang berjumlah ratusan dolar sudah dianggap satu jumlah yang besar apatah
lagi nilai wang ribuan dolar.

Sajak-Sajak 70’an
Izmas pula melukiskan keadaan rumah pangsanya berbanding dengan pondok kayu yang
ditinggalkan menanti masa akan dirobohkan lantas berdiri pula estet perumahan baru.
Semenjak tahun 1970an rakyat Singapura mula menerima kenyataan bahawa mereka perlu
merubah cara berfikir dan lupakan cara hidup di rumah-rumah kampung atau setinggan.
Penyesuaian yang perlu Izmas alami merupakan satu gambaran yang tidak boleh diketepikan
oleh 80 hingga 90 peratus rakyat Singapura. Izmas memperkatakan tentang “Ini Rumah
Baruku”. Rangkap kedua sajak ini menjelaskan :

Aku dulu tinggal di pondok kayu


di keliling oleh pokok-pokok ubi
dan daun-daun kayu...
...Tidak seperti rumah baru
ini yang berdiri angkuh
tegak berjalan sendiri
dengan wajah kaku
tidak menoleh ke arahku
atau mahu memperduli hatiku.
(15 Januari 1978)

Walaupun banyak rumah pangsa didirikan namun pada penghujung tahun 1970an masih
terdapat beberapa buah kampung di pinggiran laut sekitar Singapura. Kampung-kampung
ini akan menjadi catatan sejarah pada hari ini iaitu pada tahun 2003. Sebuah sajak yang
menjadi ilham M Amin pada tahun 1978 berjudul “Ranjau Hidup” telah menggambarkan
kehidupan orang-orang Melayu yang masih tinggal di dalam sebuah kampung terletak di sebuah
pulau di selatan Singapura. Kehidupan di Pulau Seraya yang terletak di selatan perairan
Singapura menjadi bahan karya penulis.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 51


Kebanyakan penduduk-penduduknya merupakan orang-orang Melayu. Keadaan rumah
kediaman penduduk-penduduk di situ cukup daif kerana rumah-rumah mereka merupakan
rumah-rumah yang usang. Mereka terpaksa tinggal di situ kerana mereka kurang
berkemampuan. Mereka menghadapi pelbagai masalah dan kesusahan kerana hidup mereka
serba kekurangan. Hidup mereka hanya bergantung kepada ikan-ikan yang mereka tangkap
dari laut yang berdekatan. Sebahagian mereka mencari sumber rezeki sebagai nelayan.
Disebabkan kehidupan yang serba kekurangan dan tiada berkemampuan, mereka menghadapi
pelbagai kesusahan. Mereka terpaksa menimba air perigi setiap hari untuk keperluan harian.
Lampu-lampu colok dan lampu pam digunakan untuk menerangkan rumah mereka pada waktu
malam. Mereka tidak dapat bekalan elektrik. Rumah mereka yang usang itu kelihatan terlalu
menyedihkan kerana mereka tidak membaiki kerosakan yang ada. Sebenarnya mereka serba
salah untuk membuat keputusan sama ada rumah-rumah itu diperbaiki atau tidak kerana pulau
berkenaan termaktub di dalam senarai rancangan pembangunan. Rumah mereka menjadi
sasaran apabila hujan lebat dan berangin kerana mereka tidak berdaya menahan kuasa alam.
Mereka terpaksa mengharungi laut dengan menggunakan sampan layar atau bot untuk pergi
ke bandar untuk mendapatkan keperluan harian.

Melalui sajak ini kita dapat menggambarkan keperitan yang dialami masyarakat di Pulau Seraya
ini serta keadaan perumahan mereka. Orang-orang kampung berkenaan merupakan saki baki
orang-orang Melayu yang pernah menghuni pulau-pulau kecil yang terletak di sekitar laut
Singapura. Pada tahun 1970an kampung-kampung di pulau-pulau kecil seperti Pulau Seraya,
Pulau Sudung dan di pinggir-pinggir pantai Singapura sudah mulai hilang ditelan pembangunan
yang bertambah pesat. Sajak ini boleh dianggap sebagai satu rakaman yang menggambarkan
keadaan masyarakat Melayu di Singapura pada satu ketika dahulu. Penulis prihatin terhadap
kemiskinan masyarakat.

Sajak seterusnya ialah “Negaraku” oleh M.Amin. Sajak patriotik yang dihasilkan pada tahun
1970an ini memaparkan keadaan Singapura pada zaman tersebut. Sajak yang bertemakan
kehidupan di Singapura ini mengetengahkan beberapa isu iaitu kawasan kediaman,
pemerintahan, keindahan bandar raya, masyarakatnya, corak pemerintahan serta kemajuan
Singapura. Setelah mencapai kemerdekaan selama lebih sedekad, Singapura telah bertambah
maju dan makmur. Sebuah bandar raya yang indah serta jalan raya sering sibuk dan sesak
dengan kenderaan-kenderaan pada waktu bekerja. Bangunan-bangunan tinggi serta kilang-
kilang juga didirikan di seluruh negara. Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal-
kapal besar dari negara-negara di seluruh dunia. Masyarakatnya pula digambarkan sebagai
hidup dalam keadaan harmoni walaupun berbeza agama, budaya dan bangsa. Mereka saling
menghormati budaya masing-masing serta bersatu hati mempertahahankan negara. Sistem
demokrasi yang diamalkan negara Singapura juga disentuh penyajak. Pada tahun 1970an
pemerintahan Singapura semakin mantap dengan adanya sistem demokrasi ini. Istilah “negara
taman” juga telah digunakan dalam sajak ini. Singapura yang indah lagi bersih digelar “Garden
City” sejak zaman itu. Selain itu sajak ini juga memaparkan seorang pelopor yang
memperjuangkan nasib rakyat sehingga berjaya mengubah corak pemerintahan Singapura.
Pelopor tersebut ialah SM Lee Kuan Yew. Sajak ini telah dapat menggambarkan keadaan hidup
masyarakat di Singapura yang sedang membangun selepas mendapat kemerdekaan.

Karya seterusnya ialah sebuah sajak M. Amin yang bertajuk “Situasi Baru”. Sajak ini
mengutarakan tentang kawasan perumahan baru. Pada zaman 1970an, pemerintah mengatur
langkah untuk memperbaiki sistem perumahan di Singapura. Dalam sajak ini penulis
memaparkan Estet Perumahan Ghim Moh yang pada satu waktu dahulu hanyalah satu kawasan

52 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


tanah kosong yang penuh dengan semak-samun. Kehidupan masyarakat yang baru berpindah
di kawasan itu jelas digambarkan. Pada tahun 1976, 21 buah blok yang didiami beratus orang
telah dibina. Rumah pangsa itu dijual kepada orang ramai dengan skim pemilikan rumah-
rumah sendiri. Walau bagaimanapun, penduduk-penduduk di kawasan itu menghadapi
kesusahan. Mereka merintih serta menyesal kerana berpindah dari kampung ke kawasan itu
walaupun keadaan rumah lebih baik serta dilengkapi bekalan elektrik dan air bersih. Mereka
menghadapi kesukaran kerana ketiadaan kedai, pasar dan perkhidmatan bas. Pada tahun 1977,
keadaan itu berubah. Pasar, pusat penjaja, kedai, klinik, balai rakyat, pejabat pos dan
perkhidmatan bas telah disediakan. Penduduk-penduduk di sana berpuas hati dengan keadaan
baru itu. Kawasan perumahan itu mempunyai ramai penghuni Melayu yang sering bekerjasama
dalam berbagai-bagai hal. Sajak ini ternyata memaparkan kehidupan masyarakat pada suatu
masa iaitu ketika mereka baru berpindah dari kampung ke rumah-rumah pangsa.

Rene Wellek dan Austin Warren telah menyatakan bahawa sastera ‘menggambarkan kehidupan’.
Frasa ‘menggambarkan kehidupan’ membawa konotasi bahawa kehidupan yang dipaparkan
dalam sesuatu karya tidak seratus peratus daripadanya realiti kehidupan masyarakat. Karya-
karya sastera hanya menggambarkan cerminan sesuatu masyarakat melalui pembacaan dan
penghayatan prosa-prosa ini dan kita mengetahui perkara yang berlaku pada sesuatu masa;
termasuk masalah sosial di kalangan masyarakat tersebut. Selain masalah sosial, isu-isu semasa
juga dapat diketahui daripada pembacaan karya-karya sastera tempatan.

Terdapat banyak lagi karya yang menggambarkan kehidupan manusia yang bermasalah pada
sesuatu masa. Karya sastera seringkali menceritakan masalah sosial. Sajak “Gelagat Si Liar”
dari M Amin telah membayangkan keruntuhan akhlak kaum lelaki pada tahun 1970an kerana
terdapat golongan lelaki yang memelihara rambut panjang seperti perempuan. Pada zaman
itu ramai lelaki yang terpengaruh dengan dadah. Mereka tidak mementingkan soal agama,
pelajaran, kemajuan dan kesempurnaan diri untuk menjadi rakyat yang sihat dan berguna.
Lelaki-lelaki yang mempunyai masalah sosial itu bergaul dengan teman-teman yang telah rosak
akhlaknya dan melepak serta mengusik-usik wanita-wanita yang melintas di hadapan mereka

Cerpen-Cerpen 80’an
Norzehan Awang pula telah menghasilkan sebuah cerpen berjudul “Keputusan Ayah”. Ia
merupakan sebuah cerpen yang mencerminkan masalah orang-orang tua pada tahun 1980an.
Cerpen ini menceritakan tentang sikap anak-anak yang mengeksploitasi orang tua mereka dan
anak-anak berkenaan sanggup bergaduh sesama adik beradik kerana berebut untuk mengambil
orang tua mereka tinggal bersama. Tujuan untuk mengambil Cik Senah dan Haji Zul bukanlah
dengan niat yang baik sebaliknya, ibu bapa diperlukan untuk menjaga cucu-cucu. Anak-anak
Cik Senah dan Haji Zul memerlukan ibu dan bapa mereka hanya untuk memudahkan kehidupan
mereka sahaja. Sebenarnya Haji Zul dan Cik Senah merupakan orang-orang tua yang sering
diabaikan dan mereka hanya diperlukan apabila anak-anak berada di dalam kesusahan. Orang-
orang tua selalunya menjaga hati anak-anak, malangnya, anak-anak tidak pernah menjaga
hati dan perasaan ibu bapa mereka. Masalah sedemikian sering terjadi terutama pada tahun
1980an. Norzehan Awang telah menghasilkan cerpen “Keputusan Ayah” ini untuk mendedahkan
keadaan sebenar yang berlaku supaya ia menjadi satu gambaran tentang kehidupan segolongan
masyarakat di Singapura.

Sebuah cerpen daripada tarian pena Suradi Parjo berjudul “Pencen” bertarikh 17hb September
1988 juga memaparkan kisah kehidupan orang-orang tua yang sudah bersara atau penerima
pencen. Pada tahun yang sama, Ahmad Awang pula menghasilkan sebuah cerpen berjudul
“Persiapan” yang mengisahkan tentang orang-orang tua yang mendapat wang CPF setelah
bersara.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 53


Cerpen ‘Duniaku, Duniamu,’ karya Norulashikin mengisahkan seorang ayah yang sudah
nyanyuk tinggal bersama anak perempuannya. Penulis menceritakan kesabaran yang
ditunjukkan seorang anak perempuan ketika menjaga dan melayan ayahnya yang sudah
nyanyuk. Cerpen ini menggambarkan sikap sabar yang perlu dimiliki anak-anak pada hari ini.
Penulis sememangnya menuntut agar pembaca sedar bahawa menjaga orang tua sendiri tidak
boleh diambil mudah kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan
rasa hormat. Disebabkan ramai anak muda yang tidak sanggup melayan kerenah ibu bapa
mereka yang telah tua, mereka mengambil jalan penyelesaian yang termudah dengan
menghantar ibu bapa mereka ke rumah-rumah orang tua.

Cerpen ‘Kopi Dangdut IV’ pula mengisahkan seorang pesara yang gemar mengisi hari-hari
Minggunya bersama kawan-kawan sebaya di pusat makanan Geylang Serai. Sementara si suami
sibuk bersiap untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan lain si isteri sibuk memasak
untuk anak cucu yang akan datang menziarahi mereka pada hujung minggu. Penulis cuba
memberi gambaran bahawa ibu bapa masih bersusah payah memasak dan menghidangkan
makanan beraneka jenis untuk menyambut kedatangan anak cucu walaupun mereka sudah
tua. Sepatutnya anak cucu membuat persiapan dan mengundang datuk nenek mereka ke rumah.
Penulis menggambarkan erti kasih sayang, cara hidup dan pemikiran golongan tua.

Cerpen ‘Terminal Terakhir’ oleh Nazirah Matunus mengetengahkan pembangunan dan


menggambarkan kehidupan pada tahun 1980an. Penulis menceritakan mengenai seorang kelasi
yang terlalu lama belayar meninggalkan Singapura. Setelah pulang, dia dapati keluarganya
sudah pindah rumah, isterinya telah meninggal dan kehidupan anak-anaknya tidak diketahui.

“....tanah tempat berdiri rumahnya dulu telah tiada. Yang ada hanyalah sebuah
bangunan lima tingkat yang sedang dalam peringkat pembinaan.

Berita terakhir yang dia ketahui:


....”Anak-anak bapak semua bagai sudah hilang moral...”

Penulis telah menggambarkan kehidupan masyarakat yang berdeza daripada zaman dia
tinggalkan Singapura. Akibat pembangunan yang terlalu pesat pada tahun 1980an kehidupan
masyarakat terlalu mementingkan kemewahan sehingga sanggup melakukan sesuatu yang keji.
Sesetengah orang tidak dapat membezakan di antara yang baik dengan yang buruk.

Kemajuan ekonomi yang pesat telah membenarkan ramai orang menunaikan fardhu haji di
Tanah Suci ‘Mekah’. Suratman Markasan merupakan seorang penulis yang telah menggunakan
pengalamanya di Tanah Suci sebagai ilham penulisan beliau.Cerpen ‘Perempuan Berkerudung
Hitam’ mengisahkan tentang seorang pencuri wanita dalam masjid.

Sajak-Sajak 80’an
Kita juga berpeluang melihat kehidupan sesetengah manusia bermasalah akibat perbuatan
sendiri. Masalah sosial meliar bak membakar hutan kering sehingga penulis-penulis karya sastera
terpaksa menggunakan karya sastera mereka untuk menyindir orang-orang yang lupa diri. Sajak
“Kota Adalah Batu-Batu dan Manusia” hasil Sapiee Ahmad Razaly tidak ketinggalan
mengisahkan tentang kehidupan manusia yang berlumba-lumba untuk hidup. Sajak ini menarik
kerana ia menyentuh tentang sikap manusia yang sanggup menghancurkan kehidupan orang
lain demi kesenangan hidupnya sendiri. Sajak ini dihasilkan pada tahun 80an, lantas sajak ini
membuktikan Sapiee Ahmad Razaly menggunakan karya sasteranya untuk menggambarkan
kehidupan pada tahun-tahun 1980an. Pada tahun-tahun 1980an, manusia sibuk dan berlumba-
lumba mengejar kemewahan hidup.

54 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Cerpen-Cerpen 90’an
Pada tahun 1990an, kisah anak-anak yang memperbodoh-bodohkan ibu bapa untuk
kepentingan diri sendiri semakin meningkat. Cerpen ‘Parasit’ karya Mohd Pitchay Gani,
mengisahkan seorang ibu yang didesak oleh anak serta menantunya untuk menjual rumahnya
dengan alasan rumahnya kecil dan sempit. Setelah didesak , si ibu akhirnya bersetuju menjual
rumahnya demi kebahagian anak serta menantunya. Malangnya si ibu berkesudahan hidup
merana tanpa berharta. Kes-kes sedemikian semakin hari kian meningkat. Pemerintahpun
mengambil keputusan untuk membina ‘Studio Apartment’ untuk warga tua yang dihalau setelah
anak mereka mengambil harta mereka.

Cerpen ‘Batam Lagi’ mengisahkan segelintir warga tua khususnya warga tua lelaki yang ingin
menongkat langit. Penulis menceritakan tentang pesara lelaki yang menghabiskan wang
persaraan mereka di Batam. Mereka mencari hiburan serta layanan kerana isteri-isteri mereka
di rumah sibuk menjaga cucu-cucu mereka dan mengabaikan tanggung jawab mereka terhadap
suami. Ramai datuk pergi ke Batam kerana berasa kesunyian lantaran diabai isteri dan anak-
anak. Di Batam mereka terpengaruh akan wanita-wanita pisau cukur. Perkara sedemikian
sememangnya berlaku di kalangan masyarakat kita. Penulis menceritakannya supaya datuk-
datuk insaf bahawa aktiviti sedemikian tidak menyelesaikan masalah mereka. Penulis juga
ingin menyedarkan warga tua supaya tidak menghabiskan wang persaraan mereka dengan
melakukan perkara-perkara yang dimurkai Tuhan, supaya mereka tidak menyesal pada hari
muka.

Cerpen yang bertajuk “Penunggu Waktu”oleh Iswardy yang disiarkan melalui akhbar Berita
Minggu bertarikh 22 Disembar 1996 menggambarkan tentang kehidupan orang yang jauh
tersingkir dari landasan agama. Watak yang digunakan bagi menggambarkan masalah ini tidak
ditujukan lagi kepada remaja tetapi kepada orang tua. Penulis menceritakan tentang segelintir
orang tua yang langsung lupakan agama, seperti berikut:

“Dollah labuh, 61 tahun mati diserang darah tinggi ketika bersama


seorang pelacur dalam bilik hotel...... Jenal Botol yang seusia dengannya
itu mati serta-merta selepas terlalu banyak minum air syaitan di kedai
kopi.”

Ayat ini jelas menunjukkan tentang kehidupan sesetengah warga tua pada tahun 1990an dan
secara tidak langsung ia menggambarkan kehidupan pada zaman itu.

Cerpenis Ismail Wardi pula mengarang sebuah cerpen bertajuk “Penunggu Waktu” pada tahun
1990an. Cerpen ini menarik kerana penulis mengutarakan masalah orang-orang tua akibat
sikap negatif mereka. Pada tahun 1990an masih ramai orang tua yang sudah bersara
mengamalkan cara hidup yang mengerikan. Masih ramai orang-orang tua yang kaki botol,
melepak di kedai kopi, berfoya-foya dengan wanita-wanita muda dan hal yang sangat
mengerikan ialah tentang orang-orang yang lupa agama. Sepatutnya pada usia yang tua,
mereka melakukan seberapa banyak amal ibadah sebagai bekalan hari akhirat nanti. Ismail
Wardi juga menghasilkan sebuah cerpen bertajuk “Di Bawah Kolong” mengenai masalah
orang-orang tua yang terpaksa keluar berkerja untuk menampung hidup mereka walaupun
sudah terlalu tua untuk keluar mencari rezeki.

Cerpen-cerpen ‘Keputusan Ayah’, ‘Pencen’. ‘Persiapan’, ‘Penunggu Waktu’ dan ‘Di Bawah
Kolong’ telah menggambarkan kehidupan orang-orang tua pada tahun-tahun 1980an dan
1990an kerana penulis-penulis prihatin terhadap kehidupan orang-orang tua pada zaman itu

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 55


yang kerap menghadapi masalah. Selain sajak, cerpen-cerpen seperti “Percikan Sinar
Ramadan” dari Sulaiman Jeem dan “Lesen Asmara” dari Ismail Wardi menyentuh tentang
kehidupan manusia yang bermasalah. Kedua-dua cerpen ini dihasilkan pada tahun 1990an.
Pada tahun-tahun 1990an masalah sosial masih meliar sehinggakan beberapa penulis terdorong
untuk menyentuh masalah ini melalui karya-karya mereka. Walaupun banyak karya sastera
yang menonjolkan tentang kehidupan manusia yang dilanda masalah sosial namun, ada banyak
juga cerpen yang mengakhiri cereka dengan kesedaran. Cerpen-cerpen “Percikan Sinar
Ramadan” dan “Lesen Asmara” diakhiri dengan watak-watak yang bermasalah sosial kembali
ke pangkal jalan.

Cerpen-Cerpen 2002
Karya seterusnya ialah cerpen “Bantal Peluk Emak Batam” oleh Sulaimi Warno. Cerpen
yang dihasilkan pada tahun 2002 ini bertemakan masalah sosial. Antara isu-isu yang dimuatkan
dalam cerpen ini ternyata menggambarkan sedikit sebanyak tentang kehidupan pada masa
itu. Masalah sosial serta masalah pengangguran berlegar di sekitar masyarakat pada tahun
itu. Masalah-masalah ini jelas kelihatan tertumpu di masyarakat Melayu. Cerpen ini
memaparkan kisah kehidupan sepasang suami isteri. Atan yang sudah dibuang kerja sering ke
Batam untuk melawat rumah-rumah urut di sana. Dia sering memberi helah bahawa dia hendak
membawa pesanan langsir ke Batam. Secara senyap-senyap dia telah berlaku curang terhadap
isterinya. Wangnya habis dikikis seorang tukang urut yang digelar “Emak Batam”.

Pada tahun 2002, ekonomi Singapura terjejas akibat keganasan yang melanda seluruh dunia.
Ramai pekerja terutama sekali pekerja Melayu diberhentikan kerja. Pemerintah telah
mengusahakan berbagai-bagai cara untuk membantu orang-orang yang diberhentikan kerja.
Namun demikian, sesetengah daripada mereka memilih pekerjaan yang telah diberikan. Mereka
mahukan gaji yang lumayan, kerja yang mudah dan berbagai-bagai syarat lain. Pertubuhan-
pertubuhan Melayu/Islam juga turut membantu orang-orang ini. Kelas-kelas peningkatan diri
dianjurkan dengan bayaran yang murah dan ada juga kelas-kelas percuma. Namun demikian,
tidak ramai pekerja yang mahu meningkatkan diri mereka. Mereka malas mempelajari sesuatu
ilmu yang bakal membawa faedah kepada mereka. Perkara ini dapat dilihat melalui tingkah
laku Atan yang enggan mendengar nasihat Ali serta isterinya.

Persoalan seterusnya ialah mengenai suami-suami yang curang. Ada di kalangan mereka berlaku
curang terhadap isteri apabila pergi ke Batam. Tanggungjawab kepada anak dan isteri diabaikan
manakala mereka sibuk berfoya-foya dengan gadis-gadis muda atau janda-janda di Batam
yang berkeliaran di kelab-kelab malam dan rumah-rumah urut. Gadis-gadis dan janda-janda
ini kebanyakannya berasal dari kepulauan Indonesia. Mereka berhijrah ke Batam untuk mencari
rezeki. Namun demikian, mereka mengambil kesempatan melakukan apa sahaja dengan tidak
mengira halal atau haram semata-mata untuk mendapat kesenangan material. Persoalan-
persoalan ini ternyata mirip kepada realiti yang sering kita ketahui pada waktu itu. Karya ini
ternyata menggambarkan seditkit sebanyak tentang kehidupan pada masa itu.

Kesimpulannya kita boleh katakan bahawa karya-karya sastera merupakan cerminan


masyarakat. Melalui karya-karya di atas dengan huraian-huraiannya, ternyata kita dapat
menggambarkan kehidupan sesuatu masa atau kehidupan yang dijalani anggota masyarakat
pada zaman karya itu dihasilkan.

56 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Senarai Karya Yang Dikaji Untuk Mencerminkan Kehidupan Masyarakat
Genre Tahun 60an Tahun 70an Tahun 80an Tahun 90an Tahun 2000
Sajak Ini Rumah Kota Adalah
Baruku Batu-batu dan
Manusia
Sajak Ranjau Hidup
Sajak Gelagat Si Liar
Sajak Negaraku
Sajak Situasi Baru
Novel Sungai
Mengalir
Lesu
Novel Salina
Novel Ranjau
Sepanjang
Jalan
Cerpen Kemana Hati Kota Adalah Percikan Bantal Peluk
Hendak Batu-batu Dan Sinar Emak Batam
Kubawa Manusia Ramadan
Cerpen Engage Take Keputusan Ayah Kopi Dangdut
Thai IV
Cerpen Kayu Pencen Parasit
Cerpen Mosaic Duniaku, Penunggu
Duniamu Waktu
Cerpen Terminal Di Bawah
Terakhir Kolong
Sajak Persiapan Persiapan
Cerpen Perempuan Percikan Sinar
Kerudung Ramadan
Hitam

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 57


SEJARAH PERKEMBANGAN SASTERA 1965-2002

SASTERA MELAYU PENGUNGKAP KEPRIHATINAN PENULIS


Norhidah Md. Yusuf Shah dan Rahimah Madan

Ramai penulis prihatin terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka
melahirkan pelbagai pendapat serta pandangan terhadap peristiwa-peristiwa tersebut melalui
penulisan cerpen, novel, sajak dan sebagainya. Beberapa peristiwa yang telah diungkap oleh
penulis melalui karya sastera yang mereka hasilkan sering menjadi catatan sejarah yang sangat
penting.

Singapura berpisah daripada Malaysia


Pada 9hb. Ogos 1965, peristiwa Singapura berpisah daripada Malaysia lantas menjadi Sebuah
negara yang merdeka telah menimbulkan kesan mendalam di jiwa rakyat Singapura terutama
di kalangan masyarakat Melayu yang menganggap perpisahan ini sebagai satu kehilangan
besar. Mereka berasa amat tercabar kerana tersentak mendengar berita itu. Justeru, masyarakat
Melayu Singapura perlu merubah cara hidup dan bertekad akan mempertingkatkan pencapaian
dalam pelbagai bidang semata-mata untuk menyesuaikan diri dengan suasana baharu.
Perkembangan sastera di Singapura pada awal 70-an tidak begitu menggalakkan disebabkan
peristiwa Singapura keluar dari Malaysia. Pemerintah Singapura pula sangat menekankan hal-
hal penakatan terutama perkara-perkara yang berhubung dengan pembangunan ekonomi dan
politik berbanding dengan kebudayaan serta seni khususnya dalam bidang sastera. Pada awal
tahun 1970an, pemerintah sedang sibuk membangunkan ekonomi negara lantas hal ini menjadi
satu pengaruh besar kepada masyarakat.

Nor Yusman Abdul Majid telah mengutarakan rasa tidak puas hatinya tentang keadaan
masyarakat Melayu yang semacam tertekan akibat peristiwa berkenaan kerana kedudukan
mereka sebagai watan Singapura telah terhimpit. Sajak berjudul ‘Soneta Anak Buangan’
merupakan manifestasi penulis terhadap isu yang timbul itu:

engkau serupa anjing lapar membaham bangkai seluas benua


bicaramu menyingkirku jadi anak buangan berhati neraka
sebisik sesal setitis darah taruhan kesetiaan cinta
biar dendamku melumur tangan dan kami sejauh zaman
bumi bermerah padam berasing cakerawala berbalam pusam
di celah alisku kau pudarkan sebaris nama di catatan
hari ini akulah anak buangan tanpa selembar kerelaan
(Dewan Sastera, Jun 1974)

Sajak ‘Keroncong Penyair’, karya Rohman Munasip pula menyingkap rasa bimbang penulis
tentang perkembangan penulisan karya-karya kreatif di Singapura yang semakin tergugat :

aku semakin bimbang hari-hari mendatang


kerana kita yang cintakan perdamaian
dan pencari yang mengejar kedewasaan
tiba-tiba jadi keanak-anakan
main pistol-pistolan
dalam saat-saat sebegini
aku bertanya pada diri
apakah nilai seorang penyair
yang lupakan kepenyairannya?
(Berita Minggu, 24 Sept 1978)

58 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Semenjak peristiwa Singapura berpisah daripada Malaysia, ramai penyajak menggubah sajak
yang mempamerkan rasa prihatin mereka terhadap perjuangan masyarakat Melayu untuk
membangunkan pencapaian bangsa dan negara yang muda ini. Sajak ‘Pendakian’ karya Mohd
Taha Jamil, menyeru masyarakat agar terus berusaha untuk mencapai satu kehidupan yang
lebih baik tanpa mengenal rasa putus asa. Penyajak memberi peringatan bahawa perjalanan
yang akan dilalui tidak semudah yang dijangkakan kerana sejarah hidup penyajak telah
membuktikan kebenarannya ‘kerana aku bukan tidak pernah, mengalami kegetiran dan
kepayahan’.

‘bukit yang tinggi dan tegak,


begitu kaku dan kejam memandangku,
kadangkala kurasa mau saja
menyerah dan membiarkan,
angin kertas menolak semaunya,
kerana aku bukan tidak pernah,
mengalami kegetiran dan kepayahan,
tapi pendakian ini belum berhenti.’
(Berita Minggu, 14 Disember 1975)

Ramai penyajak turut menekankan tentang peri pentingnya pendidikan ekoran daripada
galakan pemerintah terhadap usaha-usaha mencari ilmu. Beberapa karya yang menekankan
betapa pentingnya pelajaran ialah ‘Cabaran’ karya Basiran H.Hamzah, ‘Ke Mana’ oleh Amat
Md Amin dan ‘Dari Bumi Ke Langit Tinggi’ oleh Osman Jantan.

Penubuhan Yayasan Mendaki


Peristiwa-peristiwa Kongres Pendidikan anjuran Mendaki pada 28hb-30hb Mei 1982 dan
penubuhan Yayasan Mendaki pada 10hb. Oktober 1982 telah menarik perhatian para penyajak
untuk menulis sajak yang dapat memupuk minat mahu berusaha demi memajukan diri. Penyair-
penyair mencipta sajak yang membawa tema pendidikan dengan mesej agar orang Melayu
terus maju setanding dengan kaum lain. Contoh beberapa sajak yang menyentuh tentang hal
ini ialah, ‘Aku Adalah Aku’ karya Seruling Mas, ‘Perlukah Menjilat Masa’ karya A.Wahab
Haji Hamzah dan ‘Di Tengah Alam’ karya Hadijah Rahmat. Hadijah Rahmat dalam sajaknya
ingin menunjukkan bahawa pendidikan tiada penghujungnya dan banyak cabaran yang
menduga ketabahan individu. Beliau turut menyelitkan pengajaran tentang cara-cara hendak
meneroka ilmu Tuhan yang luas dan tiada sempadan ini :

Aku mesti susur semua pantai, teluk & lembah,


meredah rimba Afrika dan Sahara,
memanjat Everest & Himalaya, menerjuni
Niagara,
lalu merenangi sungai Nil dan Lautan Pasifik,
menyelam ke dasar laut Filipina,
kemudian terbang ke angkasa melingkari
cakerawala,
untuk melihat dunia dan isinya.
(Berita Minggu 8 Mei 1983)

Pencapaian Anak-Anak Melayu


Penulis sebagai seorang pemerhati masyarakat, sebenarnya sudah lebih awal terasa bimbang
akan perkembangan pencapaian anak-anak Melayu dalam bidang pendidikan. Buktinya boleh
dilihat daripada mesej-mesej karya sastera pada tahun 1970an. Salah satu daripadanya ialah

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 59


cerpen berjudul ‘Berteduh di Rumpun Layu’ karya Ahmad Affandi Jamari yang dihasilkan
pada tahun 1972. Prestasi pelajar-pelajar Melayu telah digambarkan melalui satu kajian
pemerintah Singapura pada hujung tahun 1999. Peratusan pelajar Melayu merupakan yang
terendah bilangannya di peringkat universiti, jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. iaitu
4.2% sahaja berbanding dengan 25% bagi cina dan 10% bagi India,

Selain kemiskinan, salah satu punca kemunduran anak-anak Melayu dalam pelajaran ialah
keadaan keluarga yang kucar-kacir akibat ibu bapa yang tersalah tanggap akan erti pemodenan.
Golongan ibu bapa ini mendewa-dewakan unsur-unsur kebaratan seperti meminum arak,
berfesyen ala barat, berjoli, berjudi dan hiburan. Ternyatalah bahawa masyarakat Melayu masih
terpengaruh dengan kesan penjajah justeru tidak tahu menimbang antara kemodenan dan
kebaratan. Erti sebenar kebebasan telah di salah tafsir. Cerpen ini menggambarkan ibu kepada
Siti Hana dan Yusuf seorang kaki joli, perokok dan sering bertukar fesyen. Manakala bapa
mereka seorang kaki judi dan terlalu taksub kepada kemewahan. Barangan mewah yang tidak
perlu dimiliki menjadi idaman; “Beg mana satu pak?”“Beg kulit buaya lah.” Dia ingin cepat
kaya lantas sering membeli tiket-tiket loteri. “Hari ini aku jadi orang kaya. Pergi, pergi carikan
tiket loteri aku. Aku kena hadiah pertama sejuta dolar. Manan menang.” Ibu bapa Siti Hana
dan Yusuf sering “mencari kepuasan sendiri di luar rumah” apabila mereka pulang mereka
sering bertengkar. Keadaan rumah tangga yang kucar-kacir menjejas penumpuan Siti Hana
dan Yusuf terhadap pelajaran mereka.

Kepincangan ini, menyebabkan Yusuf melakukan jenayah kecil dengan “menjual tikit wayang
secara haram di pasar gelap” dan “dimasukkan ke rumah pasung balai polis.” Yusuf yang tidak
serik ditangkap menunjukkan bahawa dia terdesak bukan disebabkan kemiskinan tetapi
merupakan kesan keruntuhan akhlak ibu bapanya. Ibu bapa merupakan model yang menjadi
contoh kepada anak-anak dan menjadi pemimpin dalam institusi kekeluargaan justeru tabiat
yang negatif akan menjadi ikutan anak-anak.

Masyarakat Melayu Masyarakat Hiburan


Selain itu, mesej yang disampaikan penulis ialah mengenai masyarakat Melayu yang masih
menggemari hiburan; “waktu itu belum ada televisyen atau perakam video; panggung-
panggung menjadi pilihan utama tempat mencari hiburan.” Yusuf menjual tiket pasar gelap
untuk mencari rezeki. Masyarakat Melayu terpengaruh dengan hiburan termasuk muzik melalui
budaya negatif penjajah British. Setelah merdeka, kesan ajaran budaya negatif dari barat
masih berleluasa lebih-lebih lagi munculnya pengaruh kumpulan-kumpulan pop dan ‘rock’
Inggeris seperti Cliff Richard, The Beatles, Elvis Presley dan lain-lain lagi. Orang Melayu terutama
golongan muda, amat meminati hiburan barat sehingga mengolahnya melahirkan pop ‘yeh
yeh’. Pop ‘yeh yeh’ sungguh popular terutama pada tahun-tahun 1960an dan 1970an.
Akibatnya, pergaulan bebas dan pengaruh pelbagai fesyen ala barat yang menggiurkan sudah
tiada batasan lagi. Keadaan tersebut telah disentuh melalui cerpen ‘Berteduh di Rumpun Layu’
melalui watak-watak ibu bapa Yusuf “mencari kepuasan sendiri di luar”

Pada akhir cerpen, ibu Yusuf mati kerana dicekik oleh bapanya. Bapa Yusuf berbuat demikian
kerana ibu Yusuf menghilangkan kertas loteri. Lantas bapa Yusuf lari daripada tangkapan
polis. Yusuf dan Siti Hana terpaksa hidup tanpa tempat bergantung. Cerpen ini telah
memenangi hadiah pertama dalam peraduan menulis Buku Antarabangsa 1972 kerana penulis
Ahmad Affandi Jamari telah berjaya mengetengahkan mesej-mesej tentang kekeluargaan dan
kemasyarakatan. Sebenarnya kestabilan sesebuah keluarga menjadi punca kemajuan generasi
muda terutama dalam bidang pendidikan. Generasi muda merupakan generasi yang akan
memenuhi rangkaian masyarakat pada masa akan datang. Keluarga yang stabil juga menjadi
tunggak kemajuan sesuatu masyarakat.

60 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Perihal Pendidikan & Meritokrasi
Cerpen-cerpen pada tahun 1980an sering menyentuh hal-hal yang berhubung dengan
pendidikan untuk menyahut matlamat Mendaki ditubuhkan pada tahun 1982. Semasa
perasmian pembukaan Mendaki Perdana Menteri Singapura Encik Lee Kuan Yew telah mencabar
masyarakat Melayu supaya meningkatkan peratusan para pelajar Melayu ke universiti hingga
10 peratus. Beliau inginkan pencapaian tersebut memandangkan bahawa kurang daripada 1
peratus yang ke universiti. Tujuan utama beliau ialah mencelikkan orang Melayu agar bangkit
dan melahirkan lebih ramai graduan yang diharapkan menjadi pemimpin kelak.

Selain penyajak-penyajak seperti Hadijah Rahmat, Aliman Hassan, Suratman Markasan, dan
penulis lain-lain cerpenis Ahmad Affandi Jamari juga prihatin tentang inti sari ucapan Perdana
Menteri Singapura lantas mengetengahkan mesej berkenaan dalam cerpen beliau yang bertajuk
‘Kecil Dunia Kecil Hatinya’ bertarikh 9 Julai 1989. Cerpen ini memaparkan pekerjaan watak-
watak utamanya Saripah dan suaminya, Marniah dan ibunya adalah pekerja pembersih di estet
perumahan HDB. Mereka sudah berumur dan merupakan pekerja kontrak yang tidak mendapat
CPF; “Kerja begini tiada CPF. Ada kerja ada gaji.”

Golongan ini tidak berupaya berjawatan tinggi kerana kurang berpelajaran. Generasi berkenaan
berkedudukan sedemikian kerana pada tahun 1950an orang Melayu ditakut-takutkan lantas
tidak berani pergi ke sekolah Inggeris. Akibatnya, mereka kurang maju terutama dalam bidang
pendidikan. Cerpen berkenaan menunjukkan bahawa golongan ini terpaksa menjadi buruh
kasar kerana mereka tidak berkemahiran lalu berpendapatan rendah.

“Merata-rata tempat pekerja pembersihan terdiri daripada orang-orang tua


bangsa kita.”

Kebanyakan orang Melayu yang berpendidikan rendah kurang peka terhadap perancangan
pendidikan anak-anak mereka jika dibandingkan dengan kaum lain. Cerpen ini menyentuh
perihal tersebut;

“Dia berasa cemburu atau iri hati melihat anak-anak jirannya mendapat 3*
Star atau 4* Star dalam peperiksaan PSLE ... Cuma bezanya, mereka
menggunakan wang pencarian untuk menanamkan modal terhadap pelajaran
anak-anak mereka.”

Orang Melayu lebih mementingkan dan bangga dengan perhiasan diri atau rumah daripada
pelajaran justeru, tidak mahu melabur dalam pendidikan walaupun pelbagai peluang telah
diberi seperti kelas tuisyen Mendaki;

“Bagi setengah orang, untuk membayar tuisyen hujung minggu MENDAKI yang
dipungut sekali gus pun tak mampu. Kalau membeli perhiasan atau perkakas
lain lebih dari kemampuan.”

Penulis ingin mengingatkan masyarakat agar tidak membazir dengan perkara-perkara yang
tidak penting tetapi lebih mementingkan perkara yang lebih berfaedah dan memanfaatkan
seperti pendidikan anak-anak.

“Walau bagaimanapun tujuan Mak Piah kerja ini, untuk menanggung


perbelanjaan persekolahan anak-anak kami.”

Salah satu dasar pemerintah Singapura ialah mengamalkan sistem meritokrasi. Oleh itu

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 61


masyarakat Melayu perlu berpendidikan dan berkemahiran agar setanding dengan bangsa-
bangsa lain. Oleh sebab, kebanyakan ibu bapa Melayu kurang bijak merancang pembangunan
pendidikan anak-anak, generasi muda Melayu sering ketinggalan. Watak Saripah amat menyesal
kerana kurang mengambil tahu terhadap pentingnya pendidikan;

“Keinsafannya terhadap kemajuan pelajarannya telah terlambat. Ibarat nasi


telah menjadi bubur.” “Mak Piah tak fahamlah, kelas apa namanya. Katanya,
kalau periksa tidak lulus duduk dalam kelas tersebut.”

Kesannya ialah, anak-anak Saripah bersekolah dalam aliran ekabahasa atau monolingual dan
juga sering “mundar-mandir di bawah kolong flat tanpa tujuan.”

Dilema Moral & Ekonomi


Sehubungan itu, ibu bapa perlu lebih tegas menangani masalah sosial anak-anak. Saripah
sudah tidak berupaya menasihati anak-anaknya itu kerana mereka sering memberi pelbagai
alasan jika ditanya; “Dia tiada kuasa lagi untuk menguasai mereka.” Oleh sebab itu, para
remaja berani mencuba lantas terjerumus dalam gejala sosial seperti mengambil dadah dan
menghidu gam. Pada tahun 1980an, mereka mula mengambil dadah heroin, jika dibandingkan
dengan tahun sebelumnya pengambilan ganja dan MX pills menjadi aktiviti penagih dadah.
Menerusi cerpen ini, anak-anak Saripah sering mengantuk dan mata mereka kuyu seperti kurang
tidur. Suami Saripah pula memanjakan anak-anak mereka dan menuduh pihak sekolah tidak
membenarkan anak-anaknya bersekolah apabila beg sekolah Mail ditinggalkan di pejabat
pengetua. Keadaan tersebut menunjukkan bahawa kebanyakan ibu bapa terlalu memanjakan
anak-anak mereka lantas anak-anak lebih berani melakukan perbuatan yang negatif dan tidak
berfaedah. Justeru, penulis mahu menyedarkan masyarakat agar tidak terus leka tetapi bangkit
untuk maju.

Oleh yang demikian, pendidikan penting untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa lebih-
lebih lagi ketika tahap kehidupan di Singapura semakin tinggi. Golongan yang berpendapatan
rendah seperti Saripah dan suaminya menghadapi kesukaran menampung kehidupan seharian;

“Lagipun hidup di Singapura ini terlalu banyak benda yang perlu dibayar dan
menggunakan wang...Kalau hendak mengharapkan pak cik kau, manalah
mencukupi. Kerja menembak air itu cukup untuk beli beras dan duit pasar
saja.”

Penulis ingin mengutarakan bahawa kesedaran dan pengorbanan masyarakat berupaya


meningkatkan kecemerlangan generasi akan datang.

“Taraf ekonomi kita terlalu rendah untuk bersaing dan kita ketinggalan dalam
segala bidang. Sepatutnya kita berkorban dalam beberapa tahun ini, untuk
jenerasi kita akan datang.”

Pengorbanan dan usaha boleh meningkatkan prestasi dalam pendidikan. Menurut statistik,
peratusan pelajar-pelajar Melayu yang berjaya ke universiti telah meningkat secara beransur-
ansur daripada 0.6% (1980) kepada 2.90% (1990) dan 4.2% pada tahun 1999. Walaupun cabaran
Encik Lee Kuan Yew yang mahukan pencapaian 10 peratus gagal ditunaikan, namun orang
Melayu mula sedar terhadap pentingnya mengecapi kejayaan hingga ke menara gading. Pada
tahun 1990an para siswazah wanita bertambah dan jumlah mereka yang masih membujang
juga meningkat. Semenjak tahun 1983 lagi masalah tersebut telah hangat diperdebatkan di
parlimen. Pelbagai kegiatan melalui pertubuhan-pertubuhan seperti SDU diadakan untuk

62 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


menggalakkan para graduan wanita bergaul dengan graduan-graduan lelaki untuk
membibitkan kemesraan hingga ke jenjang pelamin. Namun demikian, terdapat juga para
siswazah wanita yang berkahwin dengan kaum lelaki yang berkelulusan lebih rendah daripada
mereka.

Cerpen ‘Hancurnya Sebuah Harapan’ karya A. Wahab Hj Hamzah menceritakan mengenai


Idah seorang graduan tetapi bakal suaminya Hamdi tidak memperolehi sijil peringkat ‘O’. Ibu
bapa Idah tidak merestui keputusannya kerana menganggap Hamdi tidak dapat memberi
kehidupan yang selesa kepada Idah.

“Kami hanya mahukan seorang lelaki yang terbaik untuk engkau jadikan suami.
Ibu dan ayah akan kecewa kalau suami kau kelak tidak dapat memberikan
kehidupan yang sebaik yang telah kami berikan kepada engkau.”

Ibu bapa Idah cuba memandang jauh dan prihatin terhadap kehidupan anak mereka. Pada
tahun 1990an taraf kehidupan di Singapura semakin tinggi jika dibandingkan pada tahun-
tahun sebelumnya. Justeru, sesebuah keluarga perlu mempunyai sumber pencarian yang kukuh
kerana tanpa punca ekonomi yang baik boleh menyebabkan perceraian. Mahkamah syariah
mengakui bahawa salah satu punca perceraian di kalangan masyarakat Melayu ialah faktor
ekonomi.

Selain itu, pada tahun 1997 Singapura menghadapi kegawatan ekonomi dek kejatuhan mata
wang Asia yang bermula di Thailand pada tahun 1996. Akibatnya, ramai orang diberhentikan
kerja dan syarikat-syarikat merombak struktur pengurusan mereka. Para majikan mula menukar
strategi dengan mendapatkan hanya para pekerja yang mahir, kreatif dan inovatif. Oleh yang
demikian, golongan seperti Hamdi yang tidak mempunyai kelulusan peringkat ‘O’ akan
menghadapi kesukaran untuk bersaing akibat perubahan dasar ekonomi ini.

“Setiap kerja yang dilamarnya menolaknya dengan alasan kelulusannya yang


tidak sesuai untuk kerja yang dilamarnya”.

Manakala isterinya, Idah tidak dibenarkan bekerja kerana menjaga anak-anak. Idah mula sedar
akan nasihat ibu dan bapanya yang mementingkan kelulusan yang baik demi menjamin
kehidupan yang selesa.

“Tiba-tiba kata-kata ayahku sepuluh tahun yang lalu bermain di ingatanku-


tanpa kelulusan yang baik kehidupan masa depan yang baik tidak akan
terjamin.”

Sebelum Hamdi menganggur, dia pernah bekerja di sebuah syarikat. Oleh sebab dia rajin, dia
telah dinaikkan pangkat malangnya dia dibuang kerja kerana terlibat dalam skandal kewangan.
Keadaan tersebut menunjukkan bahawa sesetengah orang Melayu ingin cepat kaya sebagai
contoh skim cepat kaya ‘Far Wills’ pada tahun 1990an telah didalangi Faisal, seorang pemuda
Cina/Islam. Dia telah menggelapkan wang para pelabur berjumlah jutaan dolar. Selain itu,
baru-baru ini pengurus agensi pelancongan Al-Tawakal telah menipu wang para jemaah
sejumlah seratus ribu dolar. Amanah yang telah diberikan kepada mereka telah disalahgunakan
untuk kepentingan diri sendiri. Pemerintah Singapura amat tegas apabila menangani jenayah
ini. Sebagai contoh, presiden MCA, Tan Koon Suan telah dipenjarakan kerana bersubahat
dalam pasaran gelap dan mengakibatkan syarikat Pan-El lingkup.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 63


Kegiatan Dadah
Sehubungan itu, jenayah yang berhubung dengan dadah juga dianggap serius; contohnya
pengedar dadah akan dihukum mati. Dalam cerpen ini, Hamdi terjerumus dalam kegiatan
mengedar dadah dan menerima hukuman gantung. Keadaan ini menunjukkan perubahan
orang Melayu yang dahulunya mengambil dadah dan menghidu gam tetapi kini mengedar
dadah pula. Keadaan ini menggambarkan bahawa orang Melayu mahu meraih kekayaan dalam
sekelip mata dan dengan jalan mudah. Melalui cerpen ini, Idah sangsi dengan wang lumayan
yang dibawa pulang oleh suaminya. “Setiap hujung minggu dia membawa pulang wang yang
agak lumayan.”

Jika diteliti, golongan yang terlibat dalam kegiatan mengedar dadah merupakan penganggur
dan dari golongan susah. Situasi tersebut dapat dilihat melalui kehidupan Hamdi dan Idah.

Mendambakan Kedamaian
Beberapa peristiwa yang berlaku di luar negara juga telah menarik minat penyair untuk menulis
sajak. Rata-rata sajak-sajak yang dikarang membawa mesej tentang peri pentingnya kedamaian
dan kesedaran tentang nasib mangsa yang tertindas. Satu contoh sajak yang berlatarkan
peristiwa-peristiwa yang berlaku di luar negara ialah ‘Nyanyian Puisi.’

di utara Tel Aviv ada pesta berdarah,


buminya masih sendiri,
badai api membakar hangus,
meragut rakus tubuh-tubuh kerdil,
dan di antara runtuhan tembok-tembok mati,
ada anak kecil bersama mesiu,
bersiul lagu kedamaian penuh rindu,’
(Berita Minggu, 14 November 1978)

Penyajak Suraidi Sipan pula menggambarkan penderitaan rakyat Palestin di negara mereka
sendiri sedangkan para pemimpin Amerika dan negara-negara Arab masih sibuk berunding
untuk mencipta nama. Peristiwa-peristiwa luar negara lain juga dijadikan ilham para penyajak
untuk berkarya. Kebuluran di Afrika, peperangan di Palestin, Bosnia, Kosovo dan
beberapa pergolakan di dunia telah menjadi ilham penyajak-penyajak tanah air, seperti sajak
‘Pergolakan’ karya Sutera Putih yang ditulis pada 18.07.1999. Sajak yang menceritakan khusus
tentang pergolakan di Palestin berjudul ‘Palestina’ oleh Mohd Ali Bajuri. Sajak ini mempunyai
persamaannya dengan sajak tulisan Norulashikin Jamain yang bertajuk ‘Pelarian’ iaitu tentang
nasib pelarian-pelarian Kosova.

Sampai bila kau harus tidur


Berselimutkan penderitaan
Kesengsaraan yang melemaskan
Dan terus khayal
Dalam mimpi yang tak kekal!
Bangun dan pandanglah
(Sajak Palestina : Berita Minggu, 16 Mei 1999)

Para penyair juga amat prihatin terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti Peristiwa
nahas kapal terbang Silk Air di Palembang pada tahun 1997 dan masalah jerebu di
Singapura yang telah menjejas ekonomi negara Singapura menjadi tema karya-karya penulis.
Beberapa kuntum sajak dicipta untuk menceritakan tentang jerebu yang melanda Singapura
dan kesedihan yang dialami keluarga mangsa-mangsa nahas kapal terbang itu.

64 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Dasar Pemerintah
Pemerintah Singapura sentiasa mahukan rakyat dan negaranya maju. Pelbagai polisi yang
diketengahkan pada tahun 90an. Penyajak-penyajak telah menggunakan isu semasa untuk
menghasilkan sajak-sajak mereka. Di antaranya ialah seruan KBE iaitu Pembelajaran
Berteraskan Ilmu, keperihatinan tentang Sains Hayat, Visi Singapura 21 dan sebagainya.
Tema ekonomi juga digunakan oleh penyair-penyair tanah air yang berada di dalam suasana
kegawatan khususnya pada tahun-tahun 1997 dan 1999. Selain membangun, Singapura juga
dapat melestarikan tradisi yang telah menjadi sanjungan rakyat turun-temurun. Setiap kaum
masih mengekalkan dan menjunjung tinggi budaya masing-masing walaupun menjalani
kehidupan serba moden dalam Bandar metropolitan ini. Penyajak Aripin Said telah menyuarakan
sokongannya terhadap anjakan pemerintah Singapura melalui sajaknya yang berjudul
‘Melangkah Jauh’ pada 05.09.1999.

Penyajak juga bersuara semasa kawasan-kawasan kampung dirobohkan dan digantikan


dengan bangunan-bangunan mencakar langit dan lebuh-lebuh raya. Walaupun, rumah-
rumah pangsa diibaratkan sebagai rumah-rumah merpati, rakyat Singapura tidak kira bangsa
atau agama perlu menyesuaikan diri dengan cara hidup baharu yang berbentuk perbandaran.
Beberapa masalah timbul akibat pembangunan ini. Para penyair mula tampil ke hadapan lantas
menghasilkan karya sastera yang bersangkutan dengan hal ini. Contoh-contoh sajak yang
memperkatakan tentang pembugaran adalah karya dari Samsidah Sulaiman bertajuk ‘Bedok’,
‘Ufuk’ karya Masuri S.N dan ‘Ingat Dulu’ oleh Mohd Hatta Sum. Suratman pula mengilhamkan
sebuah sajak berjudul ‘Cerita Peribumi Singapura’, seperti berikut:

di flat 5 bilik
di bakar ‘Mendaki’ dan angin waja
anak cucuku lulus uji
PSLE dengan bintang pujian
bertambah kurang lulusan O & A
boleh dihitung masuk universiti
banyak mencari tempat di luar negeri.
(29 Disember 1985)

Pemerintah turut mengamalkan dasar ‘Stop at Two’ yang bermakna sebuah keluarga tidak
digalakkan mempunyai lebih daripada dua orang anak. Mereka yang mempunyai lebih daripada
dua orang anak terpaksa membayar denda kepada pemerintah. Pemerintah melakukan demikian
kerana bimbang bilangan penduduk semakin bertambah. Walau bagaimanapun, dasar ini telah
membangkitkan kemarahan sesetengah orang terutama sekali orang Islam. Sajak ‘STOP at TWO’
yang ditulis pada Julai 1973 menunjukkan bahawa ada orang yang tidak senang dengan dasar
yang ditetapkan oleh pemerintah:

Poster dan slogan


Stop at Two
di muka pintu
tidak cocok untuk bangsa kamu
kalau mampu apa salahnya
tiga,
lima atau sepuluh?
Tidakkah nabi anda pernah bersabda :
Baginda berasa bangga melihat umatnya ribuan juta.
(Macpherson Julai 1973)

Kesimpulannya, setiap peristiwa yang berlaku tidak akan terlepas daripada pandangan mata
hati para penulis untuk menarikan pena masing-masing dari pelbagai sudut. Rakaman-rakaman
mereka akan menjadi pusaka yang tidak ternilai harganya.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 65


SEJARAH PERKEMBANGAN SASTERA 1965-2002

KARYA SASTERA MENYUSUR SEJARAH


Syafridah Binte Mohd. Ali & Nuradilah binte Abdul Hamid

Dunia sastera semakin berkembang pesat. Kebanyakan karya sastera dipengaruhi perkembangan
sejarah pada satu-satu zaman. Karya sastera yang menganuti konsep “literature in history”
berfalsafah sesuatu karya sastera akan menggambarkan zaman-zaman tertentu akan
mementingkan konteks sejarah untuk menilai mutu karya sastera itu. Sastera dibentuk untuk
mengembalikan sejarah di mata masyarakat. Memang banyak karya sastera terbukti mempunyai
kaitan yang rapat dengan perkembangan sejarah sesebuah negara dan masyarakat. Karya-
karya sastera yang dihasilkan sepanjang zaman selalunya dijadikan alat yang mencerminkan
kehidupan masyarakat pada zaman tersebut. Melalui karya-karya sastera, pembaca dapat
mengetahui kejadian-kejadian tertentu yang berlaku di sekeliling kerana para penulis sering
menggunakan keadaan sekeliling sebagai tema dalam karya-karya. Oleh yang demikian karya-
karya sastera seringkali mempunyai hubungan erat dengan perkembangan sejarah dan pembaca
boleh mengikuti perkembangan sejarah dari kaca mata rakyat biasa yang melihat segala
perubahan dan tindakan setelah membaca karya-karya yang dihasilkan pada tahun-tahun
tertentu.

Novel ‘Batas Langit’ hasil ilham Mohamed Latiff Mohamed berkisar kepada kemiskinan dan
masalah sosial penduduk yang mendiami sebuah kampung di Singapura. Penumpuan watak
diberikan kepada Adi, seorang kanak-kanak yang lahir dalam sebuah keluarga yang dilanda
kemiskinan dan dihimpit pelbagai masalah kehidupan pada zaman Singapura baru mengecap
kemerdekaannya. Bapanya, seorang kaki judi, yang mengabaikan rumah tangga dan akhirnya
menemui ajal akibat penyakit kencing manis. Hidup Adi bergantung kepada ibunya tetapi Adi
bijak berdikari untuk mendapatkan wang demi menampung kehidupan mereka dua beranak.
Adi juga mempunyai semangat yang tinggi untuk meneruskan pelajarannya dan mendapat
dorongan daripada Abang Dolah iaitu, jiran yang amat karib dengan keluarganya.

Konfrontasi Malaysia-Indonesia
‘Batas Langit’ menggambarkan suasana ketika konfrontasi di antara Malaysia dan Indonesia.
Konfrontasi telah menimbulkan keadaan huru-hara di kampung tersebut. Kekhuatiran
masyarakat terhadap kesan konfrontasi tersebut digambarkan melalui cerpen ini ekoran
beberapa kejadian yang berkaitan dengan dasar konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia pada
tahun 1963. Indonesia melancarkan konfrantasinya terhadap Malaysia ekoran daripada
persetujuan Tunku Abdul Rahman dengan Perdana Menteri Inggeris, MacMillan untuk
menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Indonesia menganggap penubuhan negara Malaysia
sebagai satu helah kuasa barat untuk memencil, mengepung dan memecah Indonesia. Justeru,
penubuhan Malaysia dibantah dan konfrontasi dilancarkan. Turut menentang penubuhan
Malaysia ialah negara Filipina, iaitu rakan sekutu dalam ASA. Namun demikian, kebijaksanaan
barisan pemimpin negara di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah berjaya
menyelamatkan negara daripada bencana perang di kalangan bangsa serumpun, hasil rundingan
cemerlang antara Tun Abdul Razak dan Tan Sri Ghazalie Shafie yang mewakili Malaysia dengan
Tun Adam Malik, Menteri Luar Indonesia dan Jeneral Ali Moertopo yang mewakili Indonesia di
Bangkok dan Jakarta. Hasilnya konfrontasi Malaysia-Indonesia ditamatkan pada tahun 1965.

Perkembangan Pendidikan Bahasa Ibunda


Dua kuntum sajak hasil ciptaan Aliman Hassan yang bertajuk “Kian Terasa Bahangnya” terbitan
Berita Minggu tahun 1974 dan “Seloka Warisan Ibunda” pula diterbitkan Berita Minggu pada
tahun 2001 iaitu 27 tahun setelah terbitnya sajak pertama tadi. Kedua-dua sajak ini saling
melengkapi dan merupakan rentetan peristiwa bersejarah dalam dunia pembelajaran dan
pengajaran bahasa Ibunda di Singapura.

66 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Bait pertama sajak “Kian Terasa Bahangnya” memaparkan harapan empat bahasa rasmi di
Singapura iaitu Melayu, Inggeris, Tamil dan Cina yang diwakili perkataan tugu empat. Ia
menggabungkan kewujudan serentak penduduk tempatan dan kolonial seperti di dalam bait-
bait berikut:

Segaris sinar di tugu empat


Halus melulus celahan batu rapat
Menerang lambang
Warisan moyang

Yang pernah tiba


Di muara kembara
Yang pernah meneroka
Suasana mesra

Pada tahun 1959, PAP (Parti Tindakan Rakyat) mula berkuasa. Semenjak itu, pendidikan di
Singapura amat dititikberatkan dan penekanan terhadap pencapaian negara dalam pelbagai
bidang khususnya dalam bidang ekonomi menjadi dasar pemerintah. Maka satu pelan 5 tahun
untuk sistem pendidikan telah diperkenalkan. Sistem itu menekankan layanan yang sama rata
kepada keempat-empat aliran pendidikan iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris. Pemerintah
juga menobatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaa Singapura serta penekanan
terhadap pentingnya pembelajaran mata-mata pelajaran matematik, sains dan teknikal. Ibu
bapa berhak memilih sekolah mengikut media bahasa yang diingini. Ramai orang mengharap
agar bahasa ibunda akan berkembang lantas akan menjadi bahasa perantaraan. Namun
demikian keadaan mula berubah apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun
1965. Pada tahun 1966, dasar pembelajaran dwibahasa diwajibkan untuk semua pelajar demi
memastikan kesatuan rakyat yang berbilang kaum bertambah kukuh. Maka pelajar darjah
satu dalam sekolah bukan aliran Inggeris dikehendaki mempelajari sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris. Pengajaran sejarah dalam bahasa ibunda telah dimansuhkan pada tahun
1971. Pengaruh dan penggunaan bahasa ibunda semakin mengecil.

Pada tahun 1970, pendidikan bahasa Ibunda sebagai bahasa kedua diperhebatkan. Sekolah-
sekolah Inggeris mula mengambil tempat sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil di Singapura.
Akhbar dan majalah Inggeris berkembang luas sementara akhbar dan majalah Melayu tidak
berkembang luas. Universiti Nanyang mula memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris.
Pada tahun 1971, pemerintah telah membelanjakan 1/3 daripada belanjawan negara untuk
pendidikan khusus untuk menyiapkan pekerja menghadapi persaingan teknologi. Pada tahun
1972, pendidikan teknikal diutamakan dan peratusan pembelajaran bahasa Ibunda dan bahasa
Inggeris dari segi waktu sama banyaknya. Kesan yang dapat dilihat daripada peningkatan
terhadap jumlah murid yang belajar di sekolah-sekolah aliran Inggeris berbanding dengan
bahasa Ibunda iaitu 47% pada tahun 1959 kepada 77.9% pada tahun 1974. Kini bahasa ibunda
ketandusan penuntut.

27 tahun kemudian, bahasa Melayu mula bernafas kembali dengan adanya sinaran harapan
apabila pemerintah mengumumkan rombakan terhadap sistem pendidikan bahasa ibunda.
Harapan ini boleh dilihat melalui sajak “Seloka Warisan Ibunda” dalam bait berikut :

Hampir empat dekad berlalu


Anak-anak kerdil yang lesu
Menatap ukiran ikrar yang terbelenggu,
Kini berupaya menghela nafas lega
Melihat cahaya
Di salah sebuah tugu nan dua
Medan mereka berseloka

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 67


Usaha merealisasikan semakan ini mengambil masa yang agak lama setelah beberapa
perbincangan diadakan di antara masyarakat Melayu dengan anggota parlimen Melayu.
Akhirnya persetujuan dicapai. Program bahasa Melayu hingga peringkat ijazah kepujian dalam
bahasa dan kesusasteraan Melayu di Institut Pendidikan Nasional (NIE) telah dimulakan pada
tahun 2001. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Laksamana Pertama (kerahan)
Teo Chee Hean dalam satu sidang media di Kementerian Pendidikan pada 30 Januari 2000.
Anjakan ini terjadi berikutan ucapan Perdana Menteri, Encik Goh Chok Tong di rapat Hari
Kebangsaan 1997.

Hasrat Aliman Hassan untuk memperlihatkan bahasa ibunda di kemuncak menjadi realiti setelah
27 tahun menanti. Semua kekecewaan yang pernah dirasai akibat perubahan polisi pendidikan
akhirnya berubah menjadi satu sinar yang membawa seribu harapan. Sajak-sajak ciptaan Aliman
Hassan bergerak sejajar dengan perkembangan sejarah pengajaran dan pembelajaran bahasa
ibunda di Singapura.

SANA
Masalah sosial juga semakin berleluasa pada tahun 70an. Masyarakat Melayu merangkumi
masyarakat yang tertinggi dalam jumlah penagihan dadah. Kaum wanita pula merupakan
peratusan yang lebih tinggi dari kaum lelaki. Perkhidmatan Penasihat Muslim (SANA) pula
tidak begitu berkesan memberi khidmat kaunseling. Begitu juga dengan Pusat DRC (Drug
Rehabilitation Centre). Keluarga juga memainkan peranan untuk bekerjasama dengan
pemerintah menolong golongan penagih yang terlibat. Masalah penagih ini semakin rumit
kerana penagih-penagih tersebut yang telah dibebaskan terjerumus pula dalam jenayah-jenayah
lain seperti mencuri, mencabul kehormatan dan lain-lain lagi. Mereka dipinggirkan masyarakat
dan tidak dapat mencari pekerjaan.

Pada akhir tahun 1979, hukuman yang lebih berat telah dikenakan kepada penagih-penagih
dadah. Cara memberkas penagih diubah dan pendidikan agama mula diperkenalkan sewaktu
penagih-penagih menjalani hukuman pemulihan. Sajak “Madat” yang dihasilkan oleh Zaihar
merupakan sajak yang bertepatan dengan luahan perasaannya mengenai penagih-penagih
pada ketika itu.

PopYeh-Yeh dan Rock


Belia-belia Melayu pada ketika itu juga amat ketara terpengaruh dengan budaya-budaya Barat.
Muzik pop yeh-yeh dan rock menjadi perhatian mereka. Mereka telah dipengaruhi budaya
kuning lantas mereka mula berpakaian seperti penyanyi-penyanyi yang diminati dan seringkali
dianggap sebagai idola mereka. Pengaruh muzik barat juga telah mengakibatkan pergaulan
bebas yang secara tidak langsung mengakibatkan kelahiran anak luar nikah. Sajak “Bogel”
yang ditulis oleh Ismail Mahmud mencerminkan keadaan golongan belia pada waktu itu.

Minah Karen
Ramai wanita Melayu pada ketika itu bekerja di kilang-kilang lantas mendapat gelaran minah
kilang. Akibatnya ramai kaum lelaki atau pemimpin di dalam sesebuah rumah tangga tidak
keluar bekerja. Karya-karya sastera seperti “Minah Kilang” yang dihasilkan oleh Saniah Rahmat
dan “Gadis Kilang” yang dihasilkan oleh S.Yamin memperkatakan mengenai kaum wanita
berkenaan.

Penempatan Semula
Banyak karya sastera pada waktu itu juga mencerna mengenai perkembangan pesat yang
dialami negara Singapura khususnya dalam hal perumahan. Rakyat Singapura mula berpindah
ke rumah-rumah pangsa. Masyarakat Singapura menghadapi satu pergolakan yang telah

68 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


merubah cara hidup mereka. Perubahan ini telah menimbulkan pelbagai masalah lantas menjadi
tapak permulaan yang membentuk masyarakat Singapura baru. Karya sastera seperti “Rumah
Kampung Rumah Pangsa” yang dihasilkan oleh Fuad Salim dan “Penghulu yang hilang
segala-galanya” oleh Suratman Markasan merupakan diantara karya sastera yang
membincangkan mengenai masalah pembangunan. Mereka terpaksa berpindah ke rumah-
rumah pangsa. Ramai dikalangan masyarakat Melayu setempat tidak mempunyai pendidikan
tinggi. Keadaan pembangunan ini telah mengakibatkan rakyat terpaksa bekerja keras dan
sesetengah daripada mereka sering bekerja lembur sehingga tidak punya masa untuk berada
di rumah. Masalah keluarga mula tercetus ekoran perpindahan tersebut. Keluarga seolah-
olah berpecah belah kerana ramai kurang mampu menanggung perbelanjaan keluarga di
samping membawa ibu bapa mereka bersama.

Rumah Tumpangan Orang-Orang Tua


Pemerintah terpaksa mendirikan beberapa buah rumah tumpangan untuk orang-orang tua
yang terbiar. Langkah yang diambil pemerintah juga secara tidak langsung menangani masalah
orang-orang tua yang mengemis di tepi-tepi jalan demi penakatan. Pelbagai masalah timbul
demi penakatan. Anak-anak sanggup menyingkir ibu bapa mereka. Ibu bapa yang sibuk keluar
bekerja pula terpaksa berdepan dengan masalah anak-anak remaja mereka terjebak dalam
pelbagai jenayah. Golongan ibu bapa ini kurang memberikan perhatian terhadap anak-anak
mereka lantas ada dikalangan anak-anak tersebut telah keluar bekerja sebagai pelayan tanpa
pengetahuan ibu bapa mereka.

Melayu dan Agama


Ibu bapa kurang mendedahkan anak-anak mereka terhadap pembelajaran agama. Oleh itu,
banyak masalah yang timbul kerana masyarakat pada masa itu masih jahil tentang pengetahuan
agama. Pada tahun 1970an, masyarakat Melayu setempat telah mula mendirikan masjid. Kursus-
kursus agama pula telah diperkenalkan di masjid-masjid.

Anak-anak di kalangan masyarakat Melayu tidak mempunyai pendidikan tinggi, lantas, mereka
susah mendapatkan pekerjaan yang mantap. Mereka yang menganggur ini mempunyai banyak
masa lapang, oleh itu, ada di kalangan mereka yang terpengaruh lalu mengambil dadah. Ada
juga yang terlibat dalam jenayah lain seperti mencuri. Kadar kes pencurian pada waktu itu
bertambah.

Mendaki
Berdasarkan perangkaaan tahun 1980, hanya 5.3% orang Melayu yang mempunyai pendidikan
peringkat menengah. Bilangan besar orang-orang Melayu menjawat jawatan rendah.
Masyarakat Melayu dikatakan masih mundur pada ketika itu. Sajak “Jelaga Sebatang Rokok”
yang dikarang oleh Noor S.I mengetengahkan isu pemodenan yang dialami masyarakat
setempat.

Masalah sosial masih berleluasa. Bilangan penagih meningkat, budi bahasa di kalangan remaja
merosot, bilangan perceraian bertambah meningkat. Wanita yang bekerja di kilang mula hilang
harga diri dan bermain kayu tiga. Mendaki telah ditubuhkan untuk menangani masalah
pendidikan. Tanggungjawab Mendaki ialah untuk meningkatkan taraf pendidikan anak-anak
Melayu. Banyak usaha telah dijalankan untuk mempersiapkan penuntut-penuntut Melayu
mengikuti pelajaran universiti. Karya sastera yang dihasilkan oleh Ahmad Affandi Jumari banyak
membincangkan perihal yang terjadi pada tahun tersebut.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 69


KBE
Pemimpin-pemimpin menggalakkan ibu bapa agar peka akan pendidikan anak-anak mereka.
Masyarakat sering diingatkan agar pentingnya pendidikan ukhrawi dan duniawi. Mereka juga
digalakkan agar menuntut ilmu sepanjang hayat. Ilmu mencerminkan identiti seseorang. Dasar
KBE (Pendidikan berteraskan ilmu) yang dilahirkan pada tahun 1990an, menjadi obor galakan
masyarakat untuk senantiasa menuntut ilmu sepanjang hayat. Agama Islam yang memberatkan
idea sedemikian ke atas umatnya menyeru agar “Menuntut ilmu biarlah hingga ke liang lahad”.
Malangnya masih banyak yang kurang faham akan ungkapan tersebut.

Karya yang dihasilkan oleh Ida Susila Suandi yang bertajuk “Harta” membicarakan mengenai
keadaan masyarakat yang masih jahil. Penulis menerangkan bahawa harta bukan penentu
bagi semua masalah. Harta yang boleh diperolehi di dunia ini hanya pinjaman semata-mata.
Harta yang dimaksudkan akan berpisah daripada manusia apabila mereka meninggalkan dunia
kelak. Tiada guna harta benda yang banyak jika tidak melengkapkan diri dengan pengetahuan
agama. Sesal kenudian hari tiada gunanya. Penyajak juga menegaskan bahawa harta dunia
hanyalah buat sementara;

Hartaku juga ialah si ilmu


yang telah dan akan dipikul di bahu
tiada apa yang dapat menghakisnya
selagi ia tetap di dada
Hartaku juga adalah agama
yang membendung tekad dan usahaku
untuk mencintai apa yang ada
di depan mata
di dalam jiwa

Sajak “Kalau Gagal” yang ditulis oleh Abdul Ghani Hamid pada 16 Mei 1999 memberi sokongan
moral kepada masyarakat Melayu/Islam.

Ketika menghadapi kegagalan


jangan menyerah
jangan melutut mohon rahim
jangan tangis diruntun kecewa
Kalau memang satu kegagalan
itu adalah satu kekurangan
itu adalah satu kegelapan
belum pasti perjalanan hayat

Sajak ini bermaksud tidak ada kegagalan kecuali akan kehendaknya. Kita tidak harus mengalah
jika gagal malah menjadi dorongan untuk lebih berjaya. Usaha yang gigih pasti akan
memperolehkan kejayaan. Di samping itu, kita sebagai seorang Melayu/Islam wajib mematuhi
perintahNya agar kehidupan ini lebih diberkati.

Globalisasi
Masalah sosial masih berleluasa hingga ke tahun 2000. Malah, masalah sosial yang dihadapi
masyarakat Melayu setempat semakin rumit. Trend ini tidak pernah susut malahan bertambah
dengan kecanggihan teknologi. Berdasarkan sajak yang dicetak dalam akhbar bertarikh 9
haribulan Julai tahun 2000, penulis ingin menggambarkan sikap dan masalah remaja. Haji
Djauhar menulis sajak yang bertajuk “Seekor Penyu dan Seorang Manusia”. Penulis

70 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


menggambarkan seekor penyu seperti seorang manusia. Perjalanan hidup penyu disamakan
seperti perjalanan seorang gadis remaja yang telah terlanjur.

Saat-saat akhir dia akan pulang ke laut


dia mencurahkan banyak air mata
apakah nanti dia bakal bertemu kembali
dengan anak-anaknya?

Si gadis seolah-olah kesal seperti peribahasa “malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya
sesat jalan.” Sesal di kemudian hari juga tiada gunanya kerana nasi sudah menjadi bubur.

Kesimpulannya, karya-karya sastera amat berhubung kait dengan perkembangan sejarah. Segala
perkara yang baik dijadikan batu loncatan agar akan memperolehi sesuatu yang lebih berjaya
kelak sementara perkara yang kurang disenangi dapat dijadikan iktibar dan tidak akan diulangi
pada hari muka. Objektif untuk memperbaiki taraf kehidupan masyarakat setempat dapat
tercapai jika masyarakat mengganding bahu untuk bekerjasama serta sejarah memainkan
peranan sebagai pengajaran agar generasi akan datang tidak merasakan keadaan yang sama.

Suratman Markasan pernah menghasilkan kumpulan cerpen bertajuk “Matahari Kota” pada
tahun 1979 yang mengandungi 16 buah cerpen. Semua cerpen Matahari Kota
berlatarbelakangkan masyarakat Melayu 1950an yang serba kekurangan dan dilanda
kemiskinan. Dihadirkan Melayu jadi hamba abdi di tangan penjajah. Cerpen-cerpennya
menyedarkan masyarakat Melayu untuk bangun merdeka. Tidak syak lagi pandangan
menghadirkan sikap anti kolonialisme. Kini, kita sudah merdeka lantas cerpen-cerpen itu
menjadi wahana perjuangan penulis dan sastera menjadi agen pembebasan.

Bibliografi

Sejarah Perkembangan Sastera 1965-2002

i Tahun-Tahun Pancaroba Sastera Melayu Singapura

Ahmad Affandi Jamari 1999. Hidup Seribu Tahun. Singapura.Angkatan Sasterawan 50


Ahmad Awang 1999. Detik-Detik Masa.Singapura. Angkatan Sasterawan 50
Suratman Markasan 1981. Puisi Temasik. Singapura. Angkatan Sasterawan 50
Suratman Markasan 1991. Perempuan Kerudung Hitam. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suratman Markasan 1992. Terminal Terakhir. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sulaiman Jeem & Muhd. Salihin Sulaiman 1999.Dari Dua Dunia. Singapura. Angkatan Sasterawan 50
Akhbar Berita Harian dan Berita Minggu

ii Sastera Melayu Mengungkap Keprihatinan Penulis

Megadona 2002. Zuriat. Singapura. Pustaka Nasional Pte Ltd.


Suratman Markasan 1989. Tiga Warna Bertemu – Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Berita Harian dan Berita Minggu
www.mendaki.org.sg

iii Karya Sastera Menyusur Sejarah

Mohamed Pitchay Gani BMAA. Sastera Sebagai Alat Memantau Kepentingan Sejarah dan Perkembangan
Masa kini. Dlm Majalah Sekata terbitan Majlis Bahasa Melayu Singapura, Tahun 3, September 2002
Mana Sikana. Sastera Singapura Mutakhir : Satu Pengamatan Awal. Kertas kerja di Persidangan Antarabangsa
Bahasa, Sastera dan Kebudayaan Melayu, Plaza Hotel, Singapura pada 1-3 September 2002 anjuran NIE.
Berita Harian dan Berita Minggu.
http://search.yahoo.com/bin/search?p=konfrontasi+malaysia-indonesia

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 71


SASTERA KREATIF Cerpen

PAK LANG DALANG


Mohamed Hizammuddin Bin Mohamed Yusof

Pak Lang sangat digeruni pemain-pemain gasing daerah Gurun Pasir. Gurun Pasir ini mempunyai
satu gelanggang permainan gasing. Pak Lang juga membela seekor burung helang berkepala
botak yang sentiasa menyerbu pemain-pemain gasing apabila sesuatu peraduan gasing sedang
diadakan. Pak Lang telah mengikut jejak ayahnya dengan menjadi seorang ketua kampung di
Kampung Pusara. Tuk Lang, ayah Pak Lang, juga merupakan jaguh bermain gasing di daerah
Gurun Pasir itu. 12 tahun lepas, Tuk Lang mengarahkan orang-orang kampungnya untuk
bertarung main gasing bersama ketua kampung Desa Daun Qari. Desa Daun Qari terletak
berdekatan gelanggang gasing yang berpasir. Pertarungan itu terlalu hebat sehingga
mengakibatkan orang-orang kampung kedua-dua belah pihak tercedera ataupun mati
disebabkan bertempur.

Namun demikian, Rombongan Tuk Lang tetap menang kerana diberi bantuan oleh adik-
beradiknya seramai empat orang. Mereka adalah Rusdi, Rancis, Manchi dan Mat Geris. Kelima-
lima beradik ini diibaratkan seperti hulubalang lima beradik. Mereka akan sama-sama
menyokong di antara satu sama lain sekiranya terdapat kampung-kampung lain yang ingin
menguasai arena bermain gasing. Jika terdapat satu kampung yang dilanda keganasan oleh
kampung lain semasa bermain gasing, kelima-lima beradik ini akan campur tangan dan berusaha
meredakan keadaan. Malangnya, campur tangan itu bukan secara percuma. Kampung-kampung
yang diselamatkan atau diberi perlindungan terpaksa akur dengan memberi keutamaan
berurusan jual beli barang-barang keperluan kepada kelima-lima beradik ini.

Kali ini, Pak Lang ingin bertarung dengan ketua dan penduduk-penduduk Kampung Desa Qari
kerana mereka dikatakan mempunyai cara rahsia untuk menundukkan pihak lawan. Pak Lang
berpidato di seluruh daerah Gurun Pasir demi mendapatkan sokongan. Malangnya, keempat-
empat pakciknya yang lain enggan turut serta dalam pertarungan kali ini kerana mereka
berpendapat bahawa tidak ada sebarang hasil yang boleh diperoleh. Lagipun, mereka sendiri
sedang bersusah payah untuk mencari nafkah demi sesuap nasi untuk ahli-ahli keluarga dan
penduduk-penduduk di kampung masing-masing.

Pak Lang merupakan saudagar minyak pelincir di kampungnya tetapi perniagaannya itu tidak
membuahkan hasil. Pendapatan keluarga dan penduduk-penduduk kampungnya semakin
berkurangan semenjak dua menara yang diperbuat daripada konkrit di pertengahan
kampungnya roboh akibat bedilan meriam buluh oleh kumpulan Mas Den, yang tidak diketahui
di mana kelibatnya sekarang. Menara kembar itu sebenarnya lambang kemakmuran di Kampung
Pusara. Pak Lang mendapat tahu bahawa, Kampung Daun Qari banyak menyimpan hasil-hasil
minyak pelincir. Oleh itu, penduduk Kampung Daun Qari semakin digeruni penduduk-penduduk
kampung lain kerana gasing-gasing mereka ligat berpusing disebabkan dibubuhi minyak pelincir
di bahagian paksi. Maka, Pak Lang menjadi iri hati lalu mengarahkan orang-orang kampungnya
mengepung kawasan Kampung Daun Qari. Pak Lang kini berhati-hati kerana dia mendapat
khabar bahawa ketua Kampung Daun Qari iaitu Pak Dam, ada membuat sejenis cecair yang
boleh menghakis logam pada gasing-gasing pihak lawan.

Pak Lang bertekad untuk menyerang Pak Dam dengan menggunakan cecair itu sebagai alasan.
Pak lang berpidato kepada penetap-penatap Gurun Pasir bahawa kaedah itu berbahaya dan
melanggar undang-undang permainan gasing yang telah mereka lakarkan bersama selepas
pertarungan 12 tahun yang lalu. Undang-undang ini melarang mana-mana kampung
mengusahakan dan menyimpan bahan-bahan perosak yang boleh menjahanamkan gasing-
gasing pihak lawan secara besar-besaran. Pak Dam memberitahu kesemua yang bermastautin

72 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


di Gurun Pasir bahawa kampung halamannya tidak menyimpan bahan-bahan perosak seperti
mana yang dikatakan Pak Lang. Tambahan pula, dia tidak bersubahat apatah lagi mempunyai
hubungan dengan Mas Den yang lenyap entah ke mana.

Ramai penduduk kampung lain di Gurun Pasir itu membantah cadangan Pak Lang untuk
menyerang Pak Dam kerana mengasihani anak-anak kecil tidak bersalah yang pasti akan turut
terkorban jika tercetus serangan. Mereka juga mempercayai bahawa Pak Dam tulus orangnya.
Pak Dam tidak sekali berdecit pun selepas tamat serangan ke atas kampungnya 12 tahun yang
lepas. Pak Dam bermain gasing secara biasa tetapi kemahirannya bermain gasing begitu terserlah
dengan adanya minyak pelincir yang sentiasa dibubuh bahagian paksi setiap gasing supaya ia
boleh berputar lama dengan ligat.

Kampung Pusara akan menjalani undian untuk memilih ketua baru pada tahun depan. Maka,
sekiranya Pak Lang berjaya menakluki dan menguasai perusahaan minyak pelincir di Desa Daun
Qari, ia akan memulihkan keadaan ekonomi di kampungnya. Pak Lang pasti akan meraih undian
yang banyak disebabkan itu. Tambahan pula, perniagaan minyak pelincirnya akan bertambah
maju kerana dia akan menguasai pemasaran minyak pelincir gasing sepenuhnya.

Walaupun pakcik-pakcik Pak Lang menasihatkannya supaya jangan berdegil untuk beradu
kemahiran bermain gasing dengan Pak Dam, Pak Lang tetap berdegil. Dia berhujah bahawa
kemahiran Pak Dam perlu dikekang untuk kebaikan rakyat Gurun Pasir secara sejagat. Lagipun
cecair perusahaan Pak Dam akan membinasakan gasing-gasing mereka. Sepatutnya, Persatuan
Barang Bagus akan menentukan sama ada tindakan perlu diambil ke atas Pak Dam. Persatuan
Barang Bagus mengarahkan Pak Lang supaya bersabar kerana pihaknya akan memeriksa jika
khabar bahawa Pak Dam mempunyai perusahaan cecair perosak itu dapat disahihkan. Persatuan
Barang Bagus adalah persatuan yang menetapkan sebarang undang-undang di Gurun Pasir.
Arahan itu tetap tidak diambil peduli oleh Pak Lang.

Semakin ramai rakyat Gurun Pasir berpendapat bahawa rancangan Pak Lang persis ada udang
di sebalik batu. Semakin ramai membantah termasuk penduduk-penduduk Kampung Pusara
sendiri. Mereka lebih rela menumpukan perhatian untuk menyelamatkan ekonomi kampung
daripada membazir tenaga dan wang belanja untuk menentang Pak Dam. Pak Lang telah
menempatkan orang-orangnya di gelanggang gasing yang terletak di timur tengah Gurun
Pasir. Pasti Pak Lang akan menyerang kerana telah membelanjakan banyak wang untuk
persediaan itu. Nampaknya, Pak Lang masih berdegil seperti Tuk Lang. Bapak borek anak rintik.
Sama ada tujuan Pak Lang betul-betul demi memberi perlindungan keselamatan pemain-pemain
gasing lain mahupun keterangan Pak Dam bahawa dia tidak mempunyai bahan cecair perosak,
satu persoalan sangat ketara iaitu siapakah pengganas yang sebenar. Jika dahulunya, gerak-
geri Pak Dam dikhuatiri dan disyaki mata rakyat Gurun Pasir, kini mereka merubah haluan ke
arah Pak Lang. Semakin Pak Lang mendesak konco-konconya untuk menyerang semakin itulah
dia dilihat sebagai pengganas manakala Pak Dam terkerisin melihat telatah Pak Lang yang tak
ubah seperti seorang kanak-kanak yang mati-mati mahukan kemahuannya dituruti. Bahang
krisis ini tetap merecik ke halaman kampung lain yang menjadi semakin berhati-hati.

Pak Lang sudah memberi amaran demi amaran supaya Pak Dam menghapuskan simpanan
cecair perosak besi itu tetapi Pak Dam tidak mengendahkan amaran itu. Pak Dam berkali-kali
mengatakan bahawa dia tak pernah mengusahakan dan menyimpan cecair seperti apa yang
dituduh oleh Pak Lang. Lagipun, Persatuan Barang Bagus telah menghantar lima orang untuk
memeriksa kampung halaman Pak Dam. Mereka juga bersetuju bahawa tuduhan yang
dilemparkan oleh Pak Lang hanya melulu tanpa asal usul periksa. Pak Lang mengambil keputusan
bahawa dia akan tetap menyerang Desa Daun Qari walaupun tanpa kebenaran Persatuan

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 73


Barang Bagus mahupun sokongan daripada kampung-kampung lain kecuali ketua Kampung
Barat.

Sedang orang-orang Kampung Pusara dikerahkan ke sana, ketua gempur Pak Lang berbalah
dengan ketua gempur Kampung Barat kerana orang-orang Kampung Barat tercedera sebelum
bertarung gasing pun. Mat Geris, ketua Kampung Barat, Mat Geris yang sebulat suara mahu
menyertai pertempuran itu dikutuk pula oleh penduduk-penduduknya. Mat Geris bagai
dipanggang apabila para penduduknya menyoal bertubi-tubi tentang motif sokongannya itu.
Sementara Pak Lang sibuk mengaturkan serangan ke atas Pak Dam, dia gagal melindungi
Kampung Selat Tin daripada ditunjal oleh Pak Ron, ketua Kampung Selari. Sungguh ironi sikap
Pak Lang yang menabalkan dirinya sebagai tunggak keamanan Gurun Pasir. Rupa-rupanya,
orang-orang Pak Ron giat menyumbang kepada dana perniagaan Kampung Pusara.

Dalam suasana hiruk piruk itu, Manchi menabalkan salah seorang anak buah pilihannya sebagai
ketua baru Kampung Agan. Nakchi menyokong arahan Persatuan Barang Bagus supaya
serangan ke atas Desa Daun Qari dibatalkan. Nakchi juga berjanji bahawa dia akan menaikkan
ekonomi kampungnya dan juga menjadikan ia sebuah kampung yang giat berniaga di samping
menjadi kampung yang termasyhur di seluruh daerah Gurun Pasir. Nakchi berpendapat walaupun
mereka golongan bermata sepet dan berkulit kuning, kekurangan itu harus diatasi demi
penakatan mereka di hari muka. Tidak seperti Pak Lang yang gilakan kuasa dan mementingkan
diri sendiri sementara asyik ketawa terbahak-bahak dan terbatuk-batuk oleh asap cerut yang
dihisapnya. Seorang dalang petualang.

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

ANTA-BERANTA

Usahlah
Dicaci,dikeji
Kiranya silam bernoktah hitam
Selaput noda membuai rasa
Alpa dalam fantasi dunia.

Usahlah
Dihina, dinista
Tatkala langkah ke depan
Kecundang di tengah
Naluri dan visi tiada mencegah

Bila hasrat disekat


Bila jiwa tergugat
Anta-beranta menunjuk rasa
Laku dahulu baru minda
Inikah waad fitrah?
Resan mereka menjawab apa?
Tuding-menuding tanpa usaha
Yang tersepit adalah kita
Lemah dalam menilai segala...

Dewi Nurazlin Binte Aziz

74 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Cerpen SASTERA KREATIF

HUKUMAN
Ummikalthum Basheer

Perasaannya tidak menentu. Fikirannya bercelaru. Di saat itu, Azman bagaikan dalam dilema.
Tidak pasti akan apa yang patut dia lakukan. Dia tidak berdaya untuk lepas tangan mengenai
perkara itu. Dia mesti bertanggungjawap. Hari itu Azman tidak terus pulang ke rumah. Dia
singgah di sebuah kedai minuman untuk menghirup secangkir kopi panas. Dia ingin bersendirian
kerana jiwanya harus ditenangkan.

Tanpa disedari, seorang tua berjanggut putih yang terbongkok-bongkok datang lalu duduk
semeja dengannya. Lelaki tua itu menegurnya dengan menjemput dia minum. Azman
memberikan senyuman ikhlas lalu memandang keadaan sekeliling. Dia dapati, banyak meja
lain yang kosong tetapi orang tua itu memilih untuk duduk bersamanya. Mungkin orang tua
ini tidak mahu duduk sendirian, bisik hati Azman.

Azman tidak menghiraukan orang tua itu malah fikirannya melayang lagi, mengingat kembali
peristiwa yang berlaku di sekolah siang tadi. Dia tidak pasti apakah masalah yang menimpa
anak muridnya, Zaidi. Kelmarin, Azman telah merotan murid itu kerana didapati mencuri wang
rakan-rakan. Hari ini, dia terjumpa pula sekotak rokok di dalam beg murid itu apabila pengetua
sekolah menyuruhnya memeriksa beg-beg sekolah anak muridnya kerana sepuntung rokok
telah dijumpai di tandas murid lelaki. Azman tidak memberitahu pengetua sekolah bahawa
terdapat sekotak rokok di dalam beg Zaidi. Sebaliknya, Azman ingin bertanya sendiri muridnya
mengenai perkara itu. Namun kini, Azman tidak tahu sama ada dia patut menyerahkan murid
itu kepada guru besar untuk dihukum atau dia sendiri harus menghukum murid itu. Azman
tidak mahu nama baik murid itu terjejas kerana Zaidi merupakan seorang yang sangat cemerlang
dalam pelajaran. Dia terang hati. Bukan sahaja dia pintar dalam mata pelajaran bahasa Melayu,
malah dia juga selalu memperoleh markah yang tinggi dalam mata pelajaran yang lain seperti
bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Apakah murid ini tidak serik dengan hukuman tempoh hari sehingga dia melakukan kesalahan
lagi? Mengapa murid ini masih menafikan kesalahannya sedangkan bukti-bukti jelas di depan
mata? Apakah sebenarnya yang dimahukan oleh murid berumur sebelas tahun ini? Soalan-
soalan itu bermain di benak Azman lalu dia mengeluh.

‘Jadi pendidik itu bukan satu tugas yang mudah, Cu,’ tiba-tiba orang tua itu bersuara.

‘Apa dia, pakcik?’ Azman bertanya kerana kurang dengar lantaran dia baru tersentak dari
lamunannya.

‘Dalam apa tugas sekalipun, kalau ada apa-apa perkara yang tidak baik berlaku, kita harus
selidik dahulu. Tidak patut menghukum atau menuduh membabi buta. Inilah kelemahan
orang kita. Tak mahu siasat dahulu jika suatu perkara berlaku tetapi lebih suka mendengar
cerita orang lalu membuat andaian dan kemudian menghukum. Zaidi itu baik dan pintar
budaknya. Berilah dia dorongan dan bimbingan. Dia boleh menaikkan nama bangsa kita.
Janganlah terus percaya akan apa yang kamu lihat dan dengar. Siasatlah dahulu, baru
buat keputusan. Sudah banyak masa berlalu meninggalkan kita tetapi anak bangsa kita
yang naik belum juga ramai,’ orang tua itu berhenti bercakap lalu menghirup lagi tehnya.’
Dia terbatuk-batuk lalu menyambung kata-katanya lagi. Azman terdiam mendengar
percakapannya.

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 75


‘Bangsa kita susah nak naik bukan kerana orang lain tetapi angkara bangsa sendiri. Orang
Melayu lebih suka memijak sesama sendiri untuk naik daripada berusaha lebih kuat demi
majukan diri. Perkara ini sudah terjadi sejak dahulu lagi. Bukan baru sekarang, Cu. Jika hal
ini tak berlaku, mungkin Hang Nadim tidak dihumban ke laut oleh raja. Mungkin Singapura
masih menjadi hak Melayu hari ini. Kerana raja enggan menyiasat akan duduk perkara
sebenar ,akibat terlalu yakin dengan hasutan orang kepercayaannya yang tamakkan
pangkat dan harta, mereka tergamak mengorbankan nyawa insan tidak berdosa yang
boleh menaikkan martabat bangsa Melayu. Kebijaksanaan yang dikurniakan kepada Hang
Nadim menyelamatkan rakyat dari serangan ikan todak telah terkubur bersama jasadnya
di dasar laut Temasek angkara hasad dengki dan iri hati orang kanan istana’ Orang tua itu
berhenti lalu menghabiskan tehnya.

Azman tidak dapat mengucapkan apa-apa. Walau bagaimanapun, dia tahu, kata-kata orang
tua itu benar belaka. Dia berasakan nasihat pemberian orang tua itu sangat berguna. Dia
mahu berjumpa dan bercakap dengan orang tua itu lagi di lain hari.Orang tua itu meletakkan
cawannya di atas meja lalu memandang ke langit.

‘Hari sudah makin larut, Cu. Pergilah pulang.’ Orang tua itu berkata sambil terketar-ketar ingin
berdiri.

‘Pakcik, boleh kita bertemu lagi? Saya ingin berbual-bual lagi dengan pakcik jika saya ada
masa. Siapa nama pakcik?’ tanya Azman

‘Nadim,’ jawap orang tua itu dengan ringkas.

‘Pak Nadim tunggu sekejap, saya nak ambil alamat Pak Nadim. Nanti, bolehlah saya ke rumah
Pak Nadim bila senang.’

Azman menunduk, mencapai begnya lalu mengeluarkan sebatang pen dan kertas untuk menulis
alamat Pak Nadim tadi tetapi orang tua itu sudah hilang dari pandangan sebaik sahaja Azman
kembali ke posisi duduknya. Azman menoleh kiri dan kanan tetapi tidak berjaya mencari orang
tua itu. Cawan bekas minuman orang tua itu juga turut ghaib.

Azman pergi ke kedai yang menjual air lalu menanyakan jika penjual itu tahu ke mana arah
orang tua itu pergi tetapi penjual itu mengatakan bahawa dia tidak melihat sesiapa menyinggah
di kedainya melainkan Azman sendiri.

Esok harinya, ketika Azman berjalan menuju ke bilik air, dia terdengar perbualan dua murid
lelakinya di tandas murid. Dia bersembunyi di sebalik daun pintu untuk mencuri dengar
perbualan mereka.

‘Hei, kali ni, aku nak ambil buku si Zaidi, dan koyakkan kerja rumah yang mesti dibuat semalam.
Nanti, kalau Cikgu Azman periksa, dan dapat tahu kerja rumah itu tak ada, Cikgu Azman tentu
akan marah Zaidi sebab tak buat kerja rumah,’ Ismail memberitahu Riduan tentang
cadangannya.

‘Sudahlah tu, kalau nak bergurau pun, agak-agaklah. Nasib baik semalam Cikgu Azman tak
cakap dengan pengetua yang dia jumpa rokok dalam beg Zaidi. Kalau tidak, mesti Zaidi kena
hukum. Itu hari pun, kerana kau, dia kena rotan dengan Cikgu Azman. Kau ambil duit kawan-
kawan semua semasa mereka pergi buat latihan jasmani, dan kau taruk duit-duit tu dalam beg
Zaidi. Lepas tu Cikgu rotan tangan Zaidi kerana menyangkakan dia yang curi duit-duit tu.

76 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Kesian dia.’ Riduan cuba sedaya upaya untuk menasihatkan Ismail supaya kawannya itu berhenti
menganiayai Zaidi.

Ismail, dengan muka yang geram, berkata kepada Riduan, ‘ Aku memang sakit hati dengan si
Zaidi tu. Aku hendak sampai dia kena buang sekolah. Selagi dia ada kat sini, aku tak boleh jadi
murid terbaik. Macam mana aku nak jadi murid terbaik kalau dalam semua mata pelajaran,
Zaidi yang angkat? Aku takkan berhenti selagi dia tak dibuang sekolah!’

‘Mail! Tak baik kau buat macam tu. Zaidi tak pernah susahkan kau.!’ Riduan seakan memarahi
Ismail.

‘Ismail! Riduan!’ teriak Azman.

‘Cikgu!’ sahut Ismail dan Riduan yang terkejut melihat guru mereka.

‘Jumpa saya lepas sekolah.Saya perlu bercakap dengan awak berdua!’

Azman beredar dari tandas itu dengan langkah yang keras. Di dalam hatinya, dia berbisik,
‘Aku akan mendidik mereka agar mereka berusaha sendiri jika mereka mahu maju dan bukan
dengan memijak orang lain. Inilah janjiku. Aku berjanji, Pak Nadim.’

Wajah Hang Nadim terbayang.

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

AMARAN BUATMU

Ghaib dari mata Kembaramu, bilakah hentinya?


tapi hadirmu tak sepi adakah sampai bila-bila?
Alim membisu
tapi tangkas langkahmu Nanti
untuk menumpaskan dunia kau kan tahu bahawa
Rintangan kau gagahi kau takkan terus bermaharajalela
tak kenal siapa, tak kira bangsa Kini kau bertakhta,
ataupun di mana nanti kau kan merasa!

Bertemankan bayu Kuncuku akan meruntunmu


kau mengorak langkah, hingga nestapa
tak pernah lesu Kini kau menusuk senjatamu
Menyusup ke dalam jiwa sewenang-wenangnya,
mengalun irama... merdu? tanpa nista berbayang di mata
Bersama kuncu-kuncumu Tapi nanti kau kan tahu,
teguh, terus menjadi seteru yang mana kaca,
Berpesta di singgahsana dan yang mana permata!

Apakah kau tak punya rasa Sedepa kuncuku mara


meragut jiwa Nyahlah!! Hilang kau entah ke mana...
yang mendambakan bahagia?
menoreh pilu di sukma mereka
yang cinta? Karmila Bte Hussin

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 77


SASTERA KREATIF Dialog

MELAYUKU: HANG MANAKAH KITA?


Shahrudin Salleh

Sebaik sahaja Hang Jebat ingin menamatkan pencarian Hang Tuah, untuk menyelesaikan
hutang lama! Jebat tiba-tiba tersentak. Matanya seakan-akan tidak mahu percaya. Tuah
sedang berjalan di hadapannya sambil menekan-nekan telepon bimbitnya.

Hang Jebat : Hei Tuah! Ewah, ewah, dah pandai bergaya kau ni ya? Dah lama kau ku cari...

Hang Tuah : Eh Jebat, mana kau tahu aku ada di sini? Eh, mestilah bergaya. Zaman moden ni
kan penuh dengan perubahan!

Hang Jebat : Zaman yang berubah! Kita tidak sepatutnya berubah Tuah!

Hang Tuah : Eh Jebat! Apa masalah kau ni hah? Aku tahu ramai orang yang bencikan kau!
Kau jangan nak mengamuk tak tentu pasal lagi!

Hang Jebat Biar aku dibenci orang, asalkan aku dapat perjuangkan Melayuku.

Hang Tuah : Hei Jebat! Kau dengar sini baik-baik. Tak ada gunanya kau mempertahankan
orang Melayu. Tiga puluh tahun Hang Mah dah cuba, tapi tak berjaya-berjaya.
Kita ikut saja cakap dorang. Hidup senang!!

Hang Jebat : Itulah kau Tuah! Dulu, sebelum kau punya takhta, punya nama, semangat kau
sebahang Krakatoa. Tapi setelah punyai sedikit, kau tak mahu menyumbang!
Kau lupa pada janjimu, tekadmu. Kau memang mudah lupa Tuah! Kaumemang
mudah lupa! Siapa yang berikan kau biasiswa itu, hah?

Hang Tuah : Cis! Jangan jadi bodoh Jebat! Kalau kau mahu hidup senang, jangan susahkan
orang. Jangan kau menganiaya orang yang tidak berdosa. Semuanya boleh
dibawa berunding. Bukan dengan amarah yang dipandu nafsu. Terlajak perahu,
boleh ditarik! Terlajak kata? Terlajak laku?

Hang Jebat : Kau tak perasan ke Tuah, berapa punya susah orang kita nak pindah ke kampung
kita ini? Kalau orang dia, fuh! Dahsyat! Kau sanggup melihat bangsamu dibayang-
bayangkan. Sedikit demi sedikit terpinggir, terkeluar, dan akhirnya pupus dari
kampung kita.

Hang Tuah : Apa puncanya Jebat?

Hang Jebat : Sikap, Tuah! Sikap orang Melayu kita, Tuah! Hanya apabila kau dan aku
bergabung... ‘berJebat di hati, berTuah landasan diikuti’. Kiambang Melayuku
akan kembang selamanya.

Hang Tuah : Dengan siapa kita mulakan Jebat?

Hang Jebat : Guru!

Perutusan
Dialog ini dituturkan oleh dua watak terkenal hikayat klasik orang-orang Melayu; Hang Tuah
dan Hang Jebat. Hang Tuah seperti yang telah termaktub di dalam Hikayat Hang Tuah, beliau
merupakan seorang yang taat kepada pemerintah. Si Jebat pula merupakan seorang pemikir
rasional, tetapi menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat sendiri. Setelah bertukar
pandangan masing-masing, Si Jebat menghuraikan sekiranya Melayuku ingin hidup secara Halal,
berfikirlah seperti Jebat, dan ikutilah corak perjalanan Tuah!

78 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Skrip SASTERA KREATIF

SEPINTAS1
Farhana Binte Mohamed, Nor Hazurah Binte Mohamed Azhar, Nur Ain Binte Juma’at,
Ruhaidah Binte Rahmat

Babak 1
(Lampu dinyalakan. Persembahan tradisional, wayang orang serentak dengan permainan silat.
Mantera dibacakan ala hip hop)

Bumi: Bismillahi
Sir, nafsu, kalbu
Bismillahi, seteru, gagu pada waktu
Hu, ya yangsiu
Ya ya, yusiyangya : ada!

Ha-na-ca-ra-ka : karacanaha
Da-ta-sa-wa-la : walatasada
Nya-ya-ja-dha-pa : padajayanya
Ma-ga-ba-tha-nga : ngathabagama
Bahasa!

Sir, nafsu, kalbu, nukat gaib, hu


Allah, hu
Ya, ya, ha, ha, ha, yusiyangya, ha
Hidup, hu
Ya, yangsiu yusiyangya:
Manusia!

Adam-Hawa, bahasa, hidup, raksasa-raksasa, ada!


Lewat sajak, aku berkelana di rantau bahasa
Hujan dan petir, banjir, sejarah darah dan bau hanyir
Waktu meruangkan padaku
Takhta, kekuasaan, wang dan syahwat
Syurga-neraka!

Babak 2
(Lampu dinyalakan. Api dan Manusia sedang duduk berpandangan)

Manusia : Cantikkan... Tiada bandingannya. Banyak yang datang meredah hutan berbatu.
Tak secantik yang ini satu.
(Mengeluh) Saya memerlukan dia!

Api : Dia akan membunuh kau.


Manusia : Dia melindungi saya. Tidak kira penat lelahnya. Saya tidak mahu berpisah
dengannya walau sedetikpun.

Api : (Sinis) Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Manusia : Dia banyak berjasa kepada saya. Saya..saya…saya terhutang budi kepadanya.

Api : Benar! Pernahkah kau terfikir dia itu pemusnah, pendengki, pengkhianat! Dia
itulah punca pertelingkahan!

1
Dipersembahkan dalam Pesta Peti Putih 2002
Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 79
Manusia : Dia tidak pernah berkasar dengan saya. Dia memberi saya ketenangan. Dia berada
di samping saya bila-bila masa saya memerlukannya. Mereka yang malang sahaja
tidak dapat menjamah kenikmatannya.

Api : Kau ini bodoh! Hei... bukan satu, bukan dua…dia meragut ramai nyawa.

Manusia : Mengapa terlalu cepat membuat kepastian? Kamu tidak pernah berkenalan
dengannya….Walau jasadnya lebur binasa, baktinya kekal terkenang.

Api : (Ketawa kecil) Hahahahaha, itu satu tanggapan yang salah. Aku cukup kenal
dan sudah muak dengan perangainya. Bukan aku cemburu tetapi aku kurang
senang.

Babak 3
(Lampu dinyalakan. Api, Angin, Manusia dan Bumi sedang duduk berbincang. Angin bergerak
seperti di dalam buih dan Bumi sedang merapikan sebuah pohon kecil di dalam pasu)

Api : (Marah) Dia menghancurkan impian aku. Mengapa dia datang ke mari
mengganggu tempat aku, menyekat keinginan aku, menghambat cita-cita aku.....
Baru setahun jagung sudah pandai mengeruh caruh melangkah jurang.

Angin : (Bersetuju) Mengeruh caruh melangkah jurang... dia pendusta berbaju cantik.
Semua fikirkan kerana dia sebagai pelindung, dia patut disanjung. Kerana selalu
dipuja, selalu disembah dia tidak patut disanggah!

Manusia : Mengapa kamu mencaci dan mengeji? Dia sumber kehidupan saya. Berjuta telah
hidup tanpa cinta, tanpa tempat pelindung tetapi tidak satu pun yang pasti hidup
tanpanya.

Angin : Kamu memuja-muja tanpa membuka mata. Sedarkah kamu dia memerlukan
saya untuk memberi kamu ketenangan? Sudah terang lagi bersuluh saya yang
harus mendapat tempat di hati kamu.

Api : (Menyampuk) Angin bertiup memberi nyaman tidak harus lalu tanpa diberi
penghargaan... kan!

Angin : Kamu memahami hati kecil saya. Saya sudah penat melayan karenahnya. Saya
sudah tidak sanggup berhempas pulas, meniup bayu bak nyanyian senandung
sutera kepada lautnya sedangkan... elok balut pengebat kurang! Dadaku
berombak, jiwaku memberontak kerana tiada kebebasan. Saya ingin bebas!!

Manusia : Mengapa? Kamu dan dia bak badan dan nyawa... bekerjasama membuahkan
rasa. Lagipun, bukankah kebebasan itu akan merosakkan diri kamu sendiri?

Angin : (bernyanyi)
Berbicara tetapi bisu
Merasa tapi kosong dada
Didengar tetapi tiada suara
Aku wujud kau tak kisah
Aku pasrah
Membara
Hati hiba
Tiada cara
Tiada kira

80 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Api : (Marah) Nasib kau bukan nasib aku! Aku akan merubah takdir yang bakal datang.
Yang pasti, kuasa, kita ada. Aku akan menyemarakkan api kemarahan dan dia
akan tahu siapa yang akan meraih takhta.

Manusia : Saya harap biarlah siang terus memanjang, matahari tidak akan terbenam dan
malam tidak akan datang.

Api : Masakan kau dapat menentang perjalanan alam? Mengganggu dakapan awan
dan bintang? Kamu tidak berdaya!

Angin : (Berpaling kepada Bumi) Mengapa selama ini Bumi membisu seribu bahasa?

Bumi : Membisu seribu bahasa tidak bererti hati tidak berkata. Saya sudah bosan
menyaksikan pancaroba kehidupan yang penuh dengan kepalsuan. Adakah mata
kamu kekaburan diselindungi awan gemawan hinggakan matahari memancar
terang tetapi kamu masih dalam kegelapan? Lupakah kamu akan erti kehidupan?
Erti penghargaan? Kamu semua, ibarat kuman di seberang laut nampak tetapi
pendusta di depan mata yang bertopengkan manusia, kamu tidak sedar!

Manusia : Adakah Bumi yang di dalam kekaburan hinggakan manusia diibaratkan pendusta?
Apakah manusia yang tersalah langkah?

Bumi : (Tegas) Memang manusia yang tersalah langkah! Hinggakan jasadku terseksa dan
batinku merana. Manusia membakar pohon meragut nyawa, mencabuli kesucian
yang tersedia ada. Hinggakan atap pelindunganku semakin menipis dan tiada
yang mengendahkannya. Itu yang kamu kata kamu memerlukan kita? Apa lagi
yang kamu mahu?

Manusia : Bumi berbicara seolah-olah manusia yang bersalah. Bukankah manusia dijadikan
Tuhan untuk menikmati keindahan alam? Manusia hidup mesti meneroka! Itu
yang nyata! Tidakkah jelas itu?

Bumi : Kerana ego... manusia tidak habis memberi alasan untuk menyelindungi
kelemahannya. Sedangkan kamu tahu kamu adalah punca segala-galanya. Nafsu
kamu yang dilayari takhta, mencuba untuk berkuasa lantas kurniaan Tuhan
dipergunakan untuk meraih keuntungan. Adakah patut rakus disamakan dengan
nikmat? Apa yang kamu selindungkan?

Babak 4
(Lampu dinyalakan. Bumi, Api dan Angin bergaduh)

Bumi : (Tegas) Mereka tidak akan pernah puas!! Sedarkah kamu, kami ini diperalatkan
tanpa ganjaran? Mengapa air yang suci dan luhur dipertikaikan? Sedangkan air
menabur jasa memberi kehidupan tidak kira pangkat, nama mahupun harta.

Api : Kau tidak pernah rasa kerana kau melindunginya! Dia itu pembunuh!
Bumi : Apa kurangnya kamu? Hei.... kematian itu pasti akan datang cuma caranya sahaja
yang berlainan. Saya bersifat adil. Saya bukan sekadar melindunginya tetapi saya
diamanahkan untuk melindungi setiap kehidupan yang ada.
Termasuk kamu!

Angin : (Sinis) Hmph! Menabur jasa atau Pak Turut? Tidak ada pendirian! Apa pula kita
yang diperalatkan?

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 81


Bumi : Kamu berdua.... cubalah buka mata. Gunakan otak yang tersedia ada! (Menunjuk
kepada Api) Kamu diamanahkan untuk memberi cahaya kepada kehidupan. Tetapi
mereka menindas kamu untuk memuaskan nafsu mereka. Lalu mereka buang
begitu sahaja tanpa menghiraukan masih ada yang kelaparan.

Api : (Seperti tidak percaya) Saya diperalatkan? Jangan kau memandai-mandai!

Bumi : Dan kamu (menunjuk kepada Angin), mereka menggunakan sahabat karib kamu
ini (menunjuk kepada Api) untuk mencemarkan kamu. Bukankah kamu pernah
berkata, kepulan asap hitam itu melemaskan kamu? Mereka kerana ingin tubuh
mereka harum mewangi sanggup menggadaikan tempat perlindungan mereka
sendiri!! Mengapa kita harus melindungi mereka jikalau mereka tidak melindungi
kita?

Angin : Ya... Mengapa begitu sempit pemikiran saya, sehinggakan yang nyata menjadi
kabur. Setelah sekian lama saya berbakti. Akhirnya saya yang dimusnahkan. Baru
saya sedar mereka juga menggunakan saya untuk kerja-kerja permodenan.
Mereka ini tidak berperikemanusiaan. Tidak terlintas, saya dinodai.

Api : Bukan itu sahaja, kau diperalatkan untuk meracuni kehidupan dan kebahagiaan
orang lain.

Dan aku.... aku diselindung di sebalik perjuangan! Mereka menggunakan aku


untuk membunuh... memusnahkan.... penderitaan!

(Menyesal, marah) Argh!!! Manusia! Manusia! Kau pengkhianat! Kita


membanting tulang, mereka langkah goyah, hidup senang lenang, mereka
mengaup keuntungan.

(Seperti berfikir) Tetapi akhirnya mereka akan mati! Dilaknat!

Kita yang rugi! Awas mereka!!

Babak 5
(Lampu dinyalakan. Manusia duduk di tengah dengan tembakau, kertas dan pemetik api)

Manusia : Bumi...

Api.... api.... api...


(menghisap dan menghembus asap rokok)

Angin...

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

82 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003


Komentar SASTERA KREATIF

WAK CANTUK SALAH SIAPA?


Nurain Bte Mohd Salleh

Isu kemunduran masyarakat Melayu ini sering kedengaran. Wak sedih benar kerana daripada
dulu sampailah sekarang, isu ini seperti tidak terlerai. Asyik-asyik diperkatakan. Kadang-kadang
naik bosan. Wak bukan apa…. sekadar hendak menyedarkan masyarakat. Mereka perlu tahu
hakikatnya. Sebab kemunduran masyarakat Melayu kita ini bukanlah seperti apa yang ramai
sangkakan. Ada yang mengatakan bahawa masyarakat Melayu sengaja dipinggirkan oleh
pemerintah yang majoritinya berbangsa Cina. Macam mana maju pun anak-anak Melayu kita,
ganjaran atau pengiktirafan yang diberi tidak pernah setimpal. Peluang dan kesempatan yang
ada pula, selalu terlepas daripada genggaman.

Macam-macam tuduhan, macam-macam alasan… tetapi benarkah? Wak rasa kita tidak harus
serkap jarang. Sememangnya, manusia mempunyai banyak kelemahan. Wak yakin benar salah
satu daripadanya ialah sikap suka mengkritik dan menuding jari ke arah orang lain; sedangkan
diri sendiri belum tentu terurus. Inilah dia…, kata dulang paku serpih, kata orang, dia yang
lebih. Hmmm, Wak berpendapat bahawa kemunduran kita berpunca daripada kesalahan kita
sendiri. Wak bukan suka-suka menuduh. Cuba fikirkan. Bagaimana seluruh masyarakat hendak
maju kalau masyarakat itu sendiri tidak mahu menyokong dan menghormati sesama sendiri?
Kebanyakan orang kita sendiri memandang rendah terhadap kebolehan masyarakat Melayu.
Melayu bodoh? Melayu layu? Melayu kayu?

Astaghfirullah… Wak dapat tahu yang kebanyakan ibu bapa memandang rendah terhadap
guru-guru bahasa Melayu. Ini bukan cubaan, ini betul-betul! Mungkin ramai yang tidak percaya
tetapi menurut salah satu daripada makalah-makalah yang telah dibukukan, hal ini amat benar.

Haa, Wak dapat tahu daripada buku “Melayu Singapura dalam kritikan”, ada yang menganggap
guru-guru bahasa Melayu tidak setanding atau sehebat guru-guru lain, apatah lagi guru bahasa
Inggeris. Bahkan, ada yang sanggup mengatakan bahawa guru-guru bahasa Melayu ‘bengis’,
‘garang’, ‘tak boleh sikit lebih kurang’ dan ‘suka jaga tepi kain atau bawah ketiak orang’.
Takkanlah sampai jaga bawah ketiak… Aduh… masam! Tanggapan dan perasaan negatif ini
perlu dihakis agar tidak menular menjadi satu stigma atau penyakit sosial. Kita harus cuba
memahami tugas dan tanggungjawab mereka sebagai guru. Mereka pun berkaliber juga.
Mereka yang mampu memahami hati, nilai dan budaya orang Melayu. Sepatutnya kita harus
bekerjasama dan memberi sokongan kepada mereka demi menghasilkan pelajar-pelajar Melayu
yang baik; bukannya mengutuk.

Wah! Bukan main lagi Wak membela guru-guru bahasa Melayu kita….Bukan itu sahaja, sikap
‘endah tak endah’ jangan sekali-kali diamalkan. Apa-apa yang berhubung rapat dengan
perkembangan masyarakat Melayu harus diambil peduli. Jangan buat bodoh sahaja. Secara
tidak langsung, apa yang berlaku itu memberikan kesan kepada kita.

Akhir sekali, sentiasalah menyokong bakat-bakat Melayu tempatan. Bukan dari segi hiburan
sahaja, malah dalam apa-apa segi pun seperti dalam bidang sastera, pendidikan dan budaya.
Wak harap, pada suatu hari nanti kita akan mula bercerita tentang kemajuan Melayu. Bukan
sekadar sekali dua atau kemajuan yang kecil, tetapi kemajuan cemerlang yang sering dikecapi
sehinggakan kita naik bosan mendengarnya. Tak apa, ini bosan positif......

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003 83


SASTERA KREATIF Komentar

NONA MANIS APA NAK JADI ?


Mardalina Bte Mohd Nossi

Nampak gaya para remaja kita pada zaman ini semakin hari semakin berani. Bukan berani dari
segi mempertahankan diri ataupun apa, tapi mereka kini lebih berani dalam tidak mendengar
nasihat ibu bapa mereka. Ada juga yang pula berani membantah cakap ibu bapa mereka.
Nona dengar-dengar ada juga yang sekarang ini bukan main berani lagi melemparkan kata-
kata lucah terhadap orang tua mereka. Sedih juga Nona mendengarnya. Mereka semua itu tak
sedarkah, tanpa ibu dan bapa mereka, mereka tak akan hidup dalam dunia ini. Apalah nasib
agaknya ibu bapa yang ada anak remaja seperti mereka itu ya? Remaja zaman ini juga
diibaratkan seperti tida bermoral lagi. Apa nak jadi agaknya kepada mereka semua ini. Adakah
ini generasi muda yang bakal mengganti generasi lama seperti kita? Sesungguhnya kalau benar,
nampak gaya teruklah dunia pada masa akan datang nanti.

Selain dari maki hamun, Nona ada dengar-dengar kononnya remaja-remaja sudah tidak tahu
menghargai maruah mereka. Apa yang Nona maksudkan, mereka itu semua dah pandai
melakukan seks bebas. Kalau tidak silap Nona, dalam laporan akhbar beberapa hari yang lalu,
terdapat sekumpulan remaja di Kuala Lumpur yang menggelarkan diri mereka sebagai “punk.”
Katanya, kumpulan tersebut mengamalkan seks bebas sesama anggota mereka. Ish..Ish…Berani
betul ya remaja zaman sekarang. Mereka tidak takut dosa agaknya. Sekiranya perkara ini
berlanjutan, nampak gaya semakin ramailah anak luar nikah di kalangan masyarakat kita.
Astaghfirullah.

Seks dan sikap remaja telah pun Nona sentuh. Sekarang, Nona ingin sentuh sedikit mengenai
cara pemakaian para remaja kita hari ini. Sebenarnya, Nona tengok seram juga cara mereka
meragakan pakaian mereka. Ada di kalangan mereka itu yang memakai bukan main ketat lagi
sehinggakan nampak bentuk badan mereka. Ada pula yang seperti tidak cukup kain. Kalau di
tanya mereka mengapa pakai seperti itu, jawapan yang akan diberi kononnya ikut trend.
Kalaulah apa yang dijawab oleh mereka itu kerana mengikut trend, ianya tidak mustahil
sekiranya pada masa akan datang, remaja kita merambu di luar dengan tidak berpakaian
langsung. Peliknya, pakaian yang seperti tidak cukup kain itu, mereka sanggup membelinya
walaupun mahal. Tidak silap Nona, ada baju yang digayakan mereka itu berharga semahal
$100 sedangkan Nona boleh beli di pasar malam dengan harga hanya $10. Menurut remaja
kita, kononnya baju yang dipakai mereka itu ada stail dan berjenama.

Selain pakaian mereka, seram Nona tengok remaja zaman sekarang. Apakan tidak, yalah cucuk
tang sana, cucuk tang sini. Eeee….Geli Nona tengokkan. Mereka seolah-olah telah merosakkan
anggota tubuh mereka. Maklumlah, mereka tebuk tang lidah, berlubang sampai 4-5 di kuping
mereka. Ada pula yang seperti lembu, tebuk tang lidah. Ish…ish…hairan Nona tengok mereka
semua. Tak sakit ke? Kalaulah, sedang mereka makan satu hari….ha, tertelan subang yang
dicucuk di lidah, tidakkan membawa maut itu namanya.

Bingung dan hairan Nona dibuatnya bila tengok remaja zaman sekarang. Apalah nak jadi pada
mereka pada masa akan datang agaknya ya. Kepada anak-anak remaja lain, Nona berharaplah
tersangat, tolong jangan lakukan perkara-perkara yang Nona katakan tadi.

~~~~~~~~~~~~ ************* ~~~~~~~~~~~~

84 Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003

You might also like