Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword or section
Like this
27Activity
P. 1
Aktivis 2003

Aktivis 2003

Ratings: (0)|Views: 2,302 |Likes:
Published by Hazman Aziz

More info:

Published by: Hazman Aziz on Jul 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/24/2013

pdf

text

original

 
1
Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003
 Jurnal AKTIVIS merupakan penerbitan berkala bermula Mei 2001. Aktivis bersifat separa akademik. Ia menyentuh perihal pengajian bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Artikel yang diterbitkan merupakan gumpalan idea dankajian para penuntut Institut Pendidikan Nasional (NIE) Kampus Townsville @ Hak cipta PERBUYU (NIE). Mana-manabahagian penerbitan tidak boleh digunakan dalam apa bentuk sekalipun tanpa kebenaran pengerusi PERBUYU (NIE).Ikon keris menikam kekata AKTIVIS di muka hadapan jurnal melambangkan usaha merevolusi pengajian Melayu setempat dengan menerbitkan hasil kerja penuntut institusi pengajian tinggi dalam bentuk separa akademik. Usahaini diharapkan dapat meniup semangat melestarikan alam pengajian Melayu setempat. Tikaman keris melambangkan suntikan nafas segar kepada aktiviti pengajian Melayu setempat.
AKTIVIS
Jurnal Akademik Persatuan Budaya Melayu Institut Pendidikan Nasional Kampus Townsville
Jilid III, 2003 ISSN NO : 0219-7022
REDAKSI
Ketua Penasihat
Md Ambri Famli
Penasihat
Othman bin SalamMd Ali Hanifiah
Editor
Mohd Pitchay Gani Mohd AbdulAziz
Jawatankuasa Penerbitan
Ruhaidah Binte RahmatNor Adilah Bte Abdul HamidUmmikalthum Bt Mohd BasheerMohamed Naguib Bin Ngadnan
 Aktivis
merupakan gabunganrentetan frasa Aktif-Tirus-Visi.
 Aktif 
merujuk kepada kegigihandalam merealisasikan visi jurnal ini iaitu merevolusi pemikiran Melayu.
Tirus
merujuk kepada pemikiranluas yang semakin terfokus agar lebih khusus kepada objektif visi.
Visi 
 jurnal ini iaitu merevolusikan pemikiran Melayu merupakan satuusaha unit bahasa Melayu kampusTownsville untuk merubahtanggapan pelatih terhadap pengajian Melayu setempat.Pelatih diperkenalkan kepadavariasi yang terdapat dalam dunialinguistik, tatabahasa, kesusas-teraan dan budaya Melayu.Keluasan ilmu pengetahuan ini kemudiannya dikhususkan ataudifokuskan agar terhasilnya karya yang mengerakkan minda pembaca.
PENGISIAN
Kata Editor .......................................................................2Tokoh Aktivis ....................................................................4Pendidik Aktivis I ..............................................................6Pendidik Aktivis II .............................................................7
Bahasa dan Bangsa
Tajamnya Lidah yang Menjuih ...........................................8Bahasa Ibunda Pengawal Kemoralan Manusia ................10Mempertahankan Jati Diri Melayu ...................................12Psikologi Melayu : Semangat Bangsa Berpaksi Bahasa ....15Sumpah Hang Tuah ..............................................................18
Pengajaran dan Pembelajaran
Kepelbagaian dalam Peribahasa Melayu ...........................21Susur Galur Peribahasa Melayu ...........................................24Kelewahan Mencemar Keindahan Bahasa ..........................30Proses Mendalami : Ke Arah Pengeksploitasian Minda .....33Polemik Pragmatik Bahasa Melayu Singapura :Antara Dinamik dan Cemar
.................................................
38
Esei Sastera
Konsep Emansipasi Wanita dan Kepimpinandalam Novel ‘Tok Guru’ .......................................................43Suara Hati Penulis Kreatif ...................................................48
Sejarah Perkembangan Sastera 1965-2002
Tahun-Tahun Pancaroba Sastera Melayu Singapura ..........50Sastera Melayu Mengungkap Keprihatinan Penulis ..........58Karya Sastera Menyusur Sejarah .........................................66
Sastera Kreatif
Cerpen: ‘Pak Dalang’ ...........................................................72Cerpen : ‘Hukum’ .................................................................75Dialog : ‘Melayuku - Hang Manakah Kita ?’ ......................78Skrip : Sepintas ....................................................................79Komentar : ‘Wak Cantuk - Salah Siapa ?’ ...........................83Komentar : ‘Nona Manis - Apa Nak Jadi ?’ ........................84
Sisipan
Sajak ‘Kerelevanan’..............................................................14Sajak ‘Takkan Melayu’........................................................20Sajak ‘Anta-beranta’...........................................................74Sajak ‘Amaran Buatmu’
.
....................................................77
 
2
Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003
KATA EDITOR
Aktivis jilid ketiga ini merupakan satu evolusi ke arah penulisan yang lebih kontemporari danpragmatik. Ia dirangkumkan kepada tiga bahagian utama iaitu ‘Bahasa dan Bangsa’, ‘Pengajarandan Pembelajaran’, dan ‘Kesusasteraan’. Isu-isu yang diketengahkan oleh para penyumbangmenyingkap perihal kewujudan bahasa dan bangsa Melayu di bandar kosmopolitan inikhususnya dan sarwajagat umumnya. Gerakan ke arah merealisasikan desakan-desakan yanglahir daripada proses penimbaan ilmu pengajian Melayu setempat telah menghasilkan karyayang bersifat mengerakkan minda pembaca ke arah penaakulan hakikat kewujudannya yangsebenar.Bahan penulisan seumpama itu dapat dilihat dalam bahagian ‘Bahasa dan Bangsa’. Karya
‘Tajamnya Lidah yang Menjuih’ 
cuba menyingkap kemampuan retorik bahasa Ibunda yangmewujudkan perasaan patriotik di kalangan masyarakat barat dan timur sehingga lahirnyatokoh-tokoh terkemuka seperti Mark Anthony, Mahatma Gandhi, Hitler dan Hamka.Kemampuan ini juga lahir dalam bentuk karya seperti yang direncanakan oleh Masuri S.N danPak Sako.Peranan utama bahasa Ibunda dalam abad globalisasi ini semakin penting. Bahasa Ibundamerupakan mangkin kepada pemupukan nilai etika manusia. Karya
‘Bahasa Ibunda Pengawal Kemoralan Manusia’ 
membuktikan bahawa setiap bahasa Ibunda di dunia ini mempunyaikemampuan membentuk pemikiran penganutnya melalui sistem adat dan kepercayaan yangsekaligus mengawal gerak laku dan pemikiran masyarakat tersebut. Isu masalah sosial yangmencengkam jati diri bangsa Melayu di Nusantara mendapat perhatian penulis karya
Mempertahankan Jati Diri Melayu.’ 
Penulis amat prihatin dengan peningkatan kes-kes salahlaku sosial di kalangan remaja Melayu hingga masalah tersebut menjadi agenda dalam sesiMABIMS. Inti yang diketengahkan penulis ialah pentingnya meningkatkan taraf pendidikanmasyarakat Melayu untuk menangani masalah ini sekaligus mengukuhkan jati diri Melayu.Satu percubaan yang baik dalam penulisan kritikal dapat dilihat dalam karya
‘Psikologi Melayu:Semangat Bangsa Berpaksi Bahasa’ 
. Penulis cuba menggunakan konsep paksi Melayusebagai landasan hujahannya. Penuli telah menyusurgalur dasar yang membentuk pemikiranMelayu yang tidak proaktif sehingga menyebabkan kedudukan mereka yang terkebelakangberbanding dengan bangsa-bangsa lain. Semangat bangsa Melayu harus berpaksikan bahasaMelayu jika kemajuan seimbang ingin dicapai oleh masyarakat Melayu. Satu lagi rencana yangbersifat metahistografi ialah
‘Sumpah Hang Tuah’.
Penulis cuba mentafsir kembali ungkapanklise iaitu ‘takkan Melayu hilang di dunia’ dengan melihatnya dari perspektif cabaran terhadapbangsa Melayu untuk berusaha memastikan bangsanya terus wujud di bumi ini. Ia jugamerupakan satu peringatan bahawa bangsa Melayu bakal pupus sekiranya bangsa itu tidakberusaha merelevankan kewujudannya.Aktivis kali ini menyertakan bahagian ‘Pengajaran dan Pembelajaran’ memandangkan iamerupakan jurnal para guru pelatih. Maka bahagian ini diisi dengan maklumat mengenaipedagogi bahasa seperti dalam karya
‘Proses Mendalami : Ke Arah pengeksploitasian minda’ 
,nahu dalam karya ‘
Kelewahan Mencemar Keindahan
Bahasa’, etimologi dalam karya
Kepelbagaian dalam Peribahasa Melayu
’ dan ‘
Susur Galur Peribahasa Melayu
’ sertaperkembangan terkini dalam dunia kebahasaan dalam karya
‘Polemik Pragmatik Bahasa MelayuSingapura : Antara Dinamik dan Cemar’.
Karya ini membincangkan isu salah tanggap mengenaikonsep dinamik dalam bahasa Melayu.
 
3
Aktivis-Jurnal Akademik Jilid III 2003
Bahagian esei sastera memaparkan dua jenis penulisan yang unik. Karya
‘Konsep Emansipasi Wanita dan Kepimpinan dalam Novel Tok Guru’ 
merupakan satu percubaan menerapkanpendekatan mengupas motif perwatakan dalam manipulasi agama demi kepentingan diri ataukaum Adam. Penulisan ini unik kerana ia mampu menjejak strategi penulis novel ‘Tok Guru’yang mensejajarkan perihal emansipasi wanita dan kepimpinan. Sebaliknya, hasil Karya
‘SuaraHati Penulis Kreatif.’ 
cuba mencari strategi dalam percubaan penulis untuk menghasilkan sebuahkarya ‘agung’ yang mampu memimpin masyarakatnya ke arah kecemerlangan. Penulis inginmeneruskan tradisi intelektualisme dalam berkarya.Perkembangan sastera Melayu Singapura merupakan satu bahagian yang mempamerkangabungan penilaian bahan-bahan sastera yang diterbitkan sejak tahun 1965 hingga 2002 danperkembangan isu-isu semasa ketika itu. Ia merupakan satu usaha pendokumentasian yangbaik dan bermanfaat kepada pengkaji sastera dan pembaca yang prihatin terhadapperkembangan isu-isu semasa. Bahagian ini mengandungi tiga bahan penulisan
iaitu ‘Tahun-Tahun Pancaroba Sastera Melayu Singapura’, ‘Sastera Melayu Mengungkap Keprihatinan Penulis’ 
dan
‘Karya Sastera Menyusur Sejarah.’ 
Bahagian kreatif sastera memantulkan empat genre iaitu cerpen, dialog, skrip dan komentar.Cerpen ‘
Pak Dalang’ 
merupakan satu eksperimen dalam merealisasikan masalah dunia yangdidalangi barat ke dalam konteks timur. Karya satira ini memaparkan isu kontemporari dalamlatar tradisional yang berkisar sekitar permainan gasing. Dunia penulisan metafiksyen semakinmendapat perhatian dalam Cerpen ‘
Hukum
’ yang merealisasikan watak legenda Singapuradalam membantu menyedarkan watak zaman ini.Penulis merupakan golongan yang prihatin terdapat kesekitaran dan sejarah bangsanya. Dialog
‘Melayuku - Hang Manakah Kita ?’ 
merupakan satu usaha menyedarkan pembaca akan kelebihanyang terdapat dalam karya agung ‘Sejarah Melayu’ yang mengetengahkan konflik dua watakpendekar Melayu. Konflik tersebut berjaya dikupas dengan bijak dalam sebuah dialog mudahtetapi mampu menjelaskan fenomena sikap yang patut bangsa Melayu anuti untuk berjayadan maju terutama sekali sebagai golongan minoriti di Singapura. Ia juga merupakan satuusaha ke arah penakatan bangsa. Keperihatinan penulis semakin ketara dalam skrip
‘Sepintas’ 
yang cuba menyedarkan manusia akan kewujudan sejalur antara manusia, bumi, api dan angin.Masalah yang dihadapi masyarakat Melayu Singapura dewasa ini dikupas dan dikritik secarasantai dan bersahaja dalam Komentar
‘Wak Cantuk - Salah Siapa ?’ 
dan
‘Nona Manis - Apa Nak Jadi ?’ 
Penulisan yang segar ini menyediakan bacaan yang mudah dan bersahaja bagi pembaca.Kesannya, pembaca dapat memahami isu yang cuba diketengahkan dalam suasana dan nadasantai. Kegentingan sesuatu masalah itu tidak begitu ketara namun demikian mencukupi untukmembuat pembaca berfikir sejenak.Penerbitan Jurnal yang mengisi bahan penulisan progresif ini dan menggerakkan mindamasyarakat agar berfikir secara kritikal dalam menilai kepentingan serta erti kewujudan bangsaMelayu itu telah ditaja oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Majlis Bahasa MelayuSingapura (MBMS) dan Syarikat Guru Melayu (SGM). Pihak penerbit mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penaja yang memberikan komitmen dalam usaha melestarikandunia penyelidikan dan penulisan.
Mohamed Pitchay GaniBin Mohamed Abdul Aziz

Activity (27)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Hasroy Lagenda liked this
Michelle liked this
ring0 liked this
Aruna Madasamy liked this
Aruna Madasamy liked this
Wan Syikin added this note
Tuan, Saya berminat untuk memiliki jurnal tersebut. Siapakah yang perlu saya hubungi untuk keterangan lanjut. terimak kasih.
syeih dulu liked this
Dayang Shahira liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->