P. 1
Aktivis 2006

Aktivis 2006

Ratings: (0)|Views: 1,050 |Likes:
Published by Hazman Aziz

More info:

Published by: Hazman Aziz on Jul 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/13/2012

pdf

text

original

 
1
Aktivis-Jurnal Akademik Jilid VI
AKTIVIS
Jurnal Akademik Persatuan Budaya Melayu Institut Pendidikan Nasional Kampus Townsville JILID VI,2006 ISSN NO: 0219-7022
PENGISIAN
Kata Editor ................................................................................................................................ 2Tokoh Aktivis ............................................................................................................................ 3Pejuang Aktivis .......................................................................................................................... 5
Isu Kontemporari
1. Intelektual Terrorisme .......................................................................................................... 92. Blog Atau Goblok? ............................................................................................................. 123. “Latch-Key Children” – Dilema Kota Singa .................................................................. 144. Melayu Global Dalam Tatanan Dunia Baru ........................................................................ 185. Singapura Bandar Idealistik? ............................................................................................... 216. Ekologi Melayu Singapura Dalam Tatanan Dunia Baru ..................................................... 247. Kurangkan Mengajar – Lebihkan Mendidik ....................................................................... 28
Bahasa & Sastera
1. Bahasa Melayu Asas Pembinaan Tamadun .......................................................................... 302. Budaya Akronim Indonesia ................................................................................................. 353. Perkembangan Semangat Perjuangan Penulis Dan Aktivis Malaya .................................... 384. Feudalisme Dalam Karya Kreatif Melayu ........................................................................... 415. Novel Putera Gunung Tahan: Mencari Satira Dalam Satira ................................................ 43
Budaya & Ilmu
1. Peranan Pantang Larang Dalam Rites
 De Passage
Melayu ................................................. 492. Peribahasa Sangga Tuas Nilai Sahsiah Melayu ................................................................ 523. Mencerna Pantun ................................................................................................................. 574. Akulturasi Budaya Arab-Melayu ......................................................................................... 615. “Epistemic Culture” Dan Melayu ........................................................................................ 63
Agama
1. Imej Islam Singapura ........................................................................................................... 672. Islam Hadhari Dalam Kepimpinan Singapura ..................................................................... 703. Korelasi Teori Kedatangan, Penyebaran & Impak Agama Hindu/Buddha Dan Islam DiNusantara ........................................................................................................................... 74
Penulisan Kreatif 
1.
Cerpen
Derita Masa Di Tangan Kita (Falsafah Dari Bilik Tidurku) .................................... 782.
Cerpen
Tika dan Saat Ini .................................................................................................... 823.
Pojok 
Oh My God!!...Kak Nona Sayang ............................................................................. 854. Pojok Akak Pekak - Ada Dengar Juga ................................................................................. 865.
Sajak 
Kanta Bangsaku ......................................................................................................... 426.
Sajak 
Penutup Ketandusan ................................................................................................... 407.
Sajak 
Ayam-Ayaman ............................................................................................................ 698.
Skrip Sebabak Bangsawan
Singapura Dilanggar Todak ..................................................... 87
Susurgalur Dan Perkembangan Unit Melayu STP/NIE Campus Townsville (1997-2006)
.. 90
Indeks Pengisian Jurnal Aktivis 2001 - 2006
........................................................................... 102
 
2
Aktivis-Jurnal Akademik Jilid VI 2006
KATA EDITOR 
REDAKSIPenasihat
Mohamad Ali Hanifiah Bin Abdullah
Editor
Mohamed Pitchay Gani Bin MohamedAbdul Aziz
Jawatankuasa
Hoirull Amri Bin TahiranMuhammad Irwan Bin JamalMuhammad Dzul Azhan Bin SahbanNurfirdawati Iryani Binte AbdullahSiti Nur Akashah Binte MustaffaNur’lelah Binte Mohamed AsfeeMahirah Binte Mohd ThoimiMohamed Ali Bin Mohamed IqbalNafisah Binte Abdul Hamid
Aktivis 
merupakan gabungan rentetan frasa Aktif-Tirus-Visi.
Aktif 
merujuk kepada kegigihan dalam merealisasikan visi jurnal ini iaitu merevolusi pemikiran Melayu.
Tirus 
merujuk kepada pemikiran luas  yang semakin terfokus agar lebih khusus kepada objektif visi.
Visi 
 jurnal ini iaitu merevolusikan pemikiran Melayu merupakan satu usaha unit bahasa Melayu kampus Townsville untuk merubah tanggapan pelatih terhadap pengajian Melayu setempat. Pelatih diperkenalkan kepada variasi yang terdapat dalam dunia linguistik, tatabahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Keluasan ilmu pengetahuan ini kemudiannya dikhususkan atau difokuskan agar terhasilnya karya yang mengerakkaminda pembaca.
urnal AKTIVIS merupakan penerbitan berkala bermula Mei 2001. Aktivis bersifat separa akademik. Ia menyentuh perihal pengajian bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu. Artikel yang diterbitkan merupakan gumpalan idea dan kajian para penuntut Institut Pendidikan Nasional (NIE) Kampus Townsville @ Hak cipta PERBUYU (NIE). Mana-mana bahagian penerbitan tidak boleh digunakan dalam apa bentuk sekalipun tanpa kebenaran pengerusi PERBUYU (NIE).Ikon keris menikam kekata AKTIVIS di muka hadapan  jurnal melambangkan usaha merevolusi pengajian Melayu setempat dengan menerbitkan hasil kerja penuntut institusi pengajian tinggi dalam bentuk separa akademik. Usaha ini diharapkan dapat meniup semangat melestarikan dalam pengajian Melayu setempat. Tikaman keris melambangkan suntikan nafas segar kepada aktiviti pengajian Melayu setempat.Printed by: 
 
Future Print Pte Ltd
Aktivis mengorak langkah proaktif dalam menyemarakkan duniapersuratan dan keintelektualan Melayu Singapura dengan kumpulankarya-karya kritikan dan kreatif bermula pada tahun 2001. Setelah 5tahun, Aktivis semakin matang dalam mencorak pengisian yang lebihholistik tetapi berfokus. Aktivis kali ini merupakan jilid yang ke 6 danmerupakan pelengkap kepada koleksi pengajian Melayu Singapura olehpara guru pelatih dari Institut Pendidikan Nasional, Kampus Townsville.Jurnal kali ini lebih banyak membincangkan isu-isu kontemporarimemandangkan zaman ini menyaksikan banyak perubahan drastik yangberlaku ke atas kota Singa ini dalam ia mempersiapkan diri bagimenghadapi tatanan dunia baru. Ini termasuk isu sosio-ekonomi seperti;pusat peranginan bersepadu, blog, dan anak-anak terbiar; isu sosio-politik seperti masa depan masyarakat Melayu dalam Singapura yangsemakin berubah; isu pendidikan yakni pendekatan TLLM; isu bahasayang menjangkau fenomena akronim dan peranan bahasa sebagaipembangun tamadun; isu sastera yang menjangkau pendekatan penulisdalam menghasilkan karya satira dan kritikan terhadap karya sasteradari perspektif feudalisme, dan sejarah perkembangan perjuangan parapenulis Melayu.Isu budaya dan agama pula banyak menyingkap perihal mencari akarbangsa dalam menyingkap sahsiah Melayu berbekalkan rites
de passage
sehingga membawa kepada penerokaan ke dalam alam pantun. Turutditeroka ialah hubungan yang lahir antara pengaruh-pengaruh yangdatang ke alam Melayu sehingga melahirkan satu ‘alam’ baru yangrencam dan penuh warna. Dari perspektif agama, peranan dankewujudan agama Islam, khususnya, di Singapura banyak dibincangkandalam usaha mencari jalan untuk menilai pendekatan yang sewajarnyadiambil dalam negara sekular ini. Ini membawa kepada perbincanganyang meluas mengenai konsep Islam terkini atau Islam Hadhari. Aktivis juga dilengkapi dengan bahan-bahan kreatif termasuk cerpen, sajak,pojok dan terkini iaitu wacana.Memandangkan Aktivis Jilid ke 6 ini merupakan sebagai pelengkapkepada koleksi Aktivis sejak 2001, maka satu usaha telah dilakukanuntuk melengkapkan maklumat lengkap Institut Pendidikan NasionalKampus Townsville sejak ia dimulakan pada tahun 1997 hingga 2006,apabila ia berpindah ke kampus utama di kampus Yunan, Jalan Bahar.Ini bermakna nama kampus Townsville tidak akan digunakan lagi. Mulaisaat ini, progam ini akan dikenali sebagai Program Latihan Khas (bahasaIbunda), Institut Pendidikan Nasional Universiti Teknologi Nanyang.Juga dilengkapkan adalah indeks lengkap senarai karya-karya yangpernah diterbitkan dalam jurnal Aktivis keluaran pertama hingga kiniUsaha ini penting kerana sesebuah bahan dokumentasi yang lengkaplagi berwibawa dapat dimanfaatkan oleh generasi selanjutnya.Maklumat yang terkandung termasuk senarai lengkap nama zamil, gurupelatih, kegiatan, pencapaian dan anugerah serta penerbitan.Akhir sekali, bagi pihak penerbit, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kesatuan Guru-Guru MelayuSingapura dan Angkatan Sasterawan ‘50 yang bermurah hatimenghulurkan tajaan bagi penerbitan jurnal ini.
MPG  MPG  MPG  MPG  MPG  
 
3
Aktivis-Jurnal Akademik Jilid VI
TOKOH AKTIVIS
 
Guru ialah orang yang bijaksana dan berfikiran luas,oleh itu janganlah cuai atau lalai untuk memperkayakan lagi bahasa dan budaya Melayuyang begitu baik dan indah.Guru ibarat obor, semaraklah selama-lamanyaagar dapat menjadi penyuluh kepadabahasa dan bangsa Melayu”
.Tuan Haji Hamid Ahmad atau ‘Pak Hamid’ dilahirkan pada bulan Disember 1926 di Palembang Road dan merupakan anak sulung dalam keluarga seramai lima orang anak. Beliau mula bersekolah ketikaumurnya 10 tahun, di Sekolah Melayu Geylang pada tahun 1936 selama 5 tahun, dan kemudiannya diSekolah Inggeris Geylang selama 5 tahun juga. Kelulusan tertingginya adalah Standard VI (Standard Enam). Beliau gemar membaca hikayat atau lagenda, termasuk yang bukan Melayu.Beliau mula menonton pementasan bangsawan semasa zaman persekolahan lagi, lantas mula tertarik dengan seni bangsawan sejak itu. Allahyarham bapanya merupakan kawan baik kepada beberapa pelakon seperti Aman Belon, seorang ahli jenaka yang terkenal dalam zaman itu. Beliau diberikantiket percuma oleh rakan bapanya itu, untuk masuk ke panggung pementasan bangsawan selamasebulan. Oleh itu, beliau sering menonton pementasan bangsawan sekurang-kurangnya tiga hinggaempat kali dalam seminggu. Antara barisan pelakon yang beliau ingat pada zaman itu ialah Pak Ahmad Sabri, Pak Syarif Medan, Pak Din Mak Tijah, Pak Obit, Pakcik Leman Raja, Mak ZainabAbdullah, Makcik Maimun Wayang, Mak Salmah Wayang, Mak Minah dan Pak Alias Wayang.Pada zaman pendudukan Jepun, Pak Hamid bertugas sebagai seorang jurubahasa. Selepas pengunduran Jepun pada tahun 1945, minat beliau terhadap bangsawan kembali berputik. Pada tahun1959, beliau mula bekerja sambilan secara sepenuh masa di stesen televisyen/radio. Beliau merupakansalah seorang pelakon terkenal di Singapura dalam zaman itu. Pada tahun 1965, beliau ditugaskanmenerbitkan bangsawan di udara (radio) kerana diberi peluang oleh Encik Hashim Yusoff.Terdapat beberapa cabaran yang beliau hadapi dalam kerjayanya. Antaranya adalah tugas menerbitkan bangsawan secara mendadak, sambutan yang kurang dan ketidakhadiran pelakon bagi penggambaranatau pementasan. Tambahan pula, semasa penggambaran di luar terdapat beberapa halangan sepertimusim cuaca, terutama hujan yang tidak menentu dan menjejas masa penggambaran, serta adasegolongan individu yang tidak berapa senang dengan kebolehan Pak Hamid. Antara pengalamanyang tidak dapat dilupakan adalah semasa beliau dipanggil berlakon sebagai bendahara Melaka dalam pementasan “Puteri Gunung Ledang” arahan Syarif Medan dan beliau pernah terlupa dialog semasa berlakon di atas pentas.Pak Hamid merupakan anggota Malay Activity Executive Committee atau MAEC di Balai RakyatKampong Ubi sejak tahun 1986 hingga kini. Kementerian Kebudayaan & Kesenian Negeri Johor telah beberapa kali mendapatkan khidmat Pak Hamid bagi menulis dan mengarah dalam pementasan bangsawan di sana. Beliau kini berkhidmat sebagai seorang penasihat kepada persatuan Sri Anggerik Bangsawan. Sekali-sekala, beliau diundang oleh Som Said ke Istana Kampong Glam untuk  berceramah mengenai bangsawan.

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
sukri_10 liked this
Afi Le Feu liked this
Qiqi Yap liked this
hafieyla liked this
Hadizatul Aisyah liked this
jasmimurad liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->