Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
14Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kitab Zikir, Doa, Taubat Dan Istighfar

Kitab Zikir, Doa, Taubat Dan Istighfar

Ratings: (0)|Views: 664 |Likes:
Published by Tokwan
Galakan Supaya Berzikir Kepada Allah s.w.t
subhanallah wabihamdihi...
Galakan Supaya Berzikir Kepada Allah s.w.t
subhanallah wabihamdihi...

More info:

Published by: Tokwan on Jul 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/12/2012

pdf

text

original

 
 
 
http://www.mymasjid.net.my/sahih-muslim/ Terjemahan Sahih MuslimKitab : KITAB ZIKIR, DOA, TAUBAT DAN ISTIGHFARBab : Bab Galakan Supaya Berzikir Kepada Allah s.w.t4832. Hadis Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepadasangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabiladia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku.Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinyadalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila diamendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila diadatang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datangkepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.4835. Hadis Abu Hurairah r.a:Nabi s.a.w bersabda: Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yangmampu menghafalnya, nescaya dia akan masuk Syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil(esa pada zat, sifat dan perbuatan-Nya serta tiada sekutu bagi-Nya) dan Dia menyukaipada yang ganjil.4837. Hadis Anas r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, maka hendaklah kamu berazam sertabenar-benar memohon kepada Allah s.w.t dan janganlah berkata: Ya Allah, jika Engkaukehendaki maka perkenankanlah kepada aku, kerana sesungguhnya Allah itu bukanlahkedekut.4838. Hadis Abu Hurairah r.a:Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilahaku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengansenang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.4840. Hadis Anas r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati kerana ditimpasesuatu kesulitan. Sekiranya dia berada dalam keadaan yang mengharuskan dia berbuatdemikian, bolehlah dia berkata: Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku. Akan tetapi sekiranya mati itu lebih baik bagiku, matikanlah aku.4842. Hadis Khabbab r.a:Diriwayatkan daripada Qais bin Abu Hazim r.a katanya: Aku menemui Khabbab dan akumelihat dia sedang membakar tujuh luka yang terdapat di perutnya dengan besi panas.
 
Lalu dia berkata: Kalau bukan kerana Rasulullah s.a.w melarang aku berdoa supaya cepatmati, nescaya aku akan berdoa untuk itu.4843. Hadis Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati dan janganlahkamu berdoa supaya mati sebelum kematian itu sendiri datang kepadamu. Sesungguhnyaapabila kamu mati, akan terputuslah segala amalan kamu. Sebaliknya apabiladipanjangkan umur seorang mukmin bererti bertambahlah kebaikannya.4845. Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang suka bertemu Allah, nescaya Allah jugasuka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescayaAllah juga tidak suka bertemu dengannya. Aku bertanya: Wahai Nabi Allah! Apakah kitaperlu membenci mati? Di mana kami semua membenci mati. Baginda bersabda: Bukanbegitu. Seseorang mukmin apabila diberitahu berita gembira dengan rahmat Allah,keredaan-Nya dan Syurga-Nya nescaya dia pasti suka untuk bertemu Allah dan Allah juga suka bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir apabila diberitahu adanya seksaserta murka Allah, dia tidak akan suka bertemu Allah dan Allah juga tidak suka bertemudengannya.4853. Hadis Anas r.a:Rasulullah s.a.w menziarahi seorang lelaki Islam yang sakit tenat, tak bermaya untuk bergerak seolah-olah seekor anak burung yang baru menetas. Rasulullah s.a.w bertanyalelaki tersebut: Apakah kamu pernah berdoa memohon supaya diberi sesuatu? Lelaki itumenjawab: Ya. Aku berdoa: Ya Allah, jika Engkau ingin menyeksaku di akhirat kelak,tolonglah laksanakannya terhadapku di dunia ini. Mendengar kata-kata tersebutRasulullah s.a.w bersabda: Maha Suci Allah s.w.t, kamu tidak akan mampu atau tidak akan berkuasa memikulnya. Bukankah lebih baik kamu berkata: Ya Allah,
Berikankepadaku kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah aku dariseksa Neraka
. Anas berkata: Lantas baginda berdoa kepada Allah s.w.t untuknyasehinggalah akhirnya dia sembuh dari penyakit tersebut.4854. Hadis Abu Hurairah r.a:Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi MahaTinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allahs.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhatikanmajlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir,mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengansayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majliszikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar,para malaikat naik ke langit. Baginda bersabda: Allah s.w.t bertanya para malaikatsedangkan Allah mengetahui pergerakan mereka dengan firman-Nya: Dari mana kamudatang? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hamba-Mu di dunia. Merekabertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu. Allah s.w.tberfirman: Apakah yang mereka pohonkan? Para Malaikat menjawab: Mereka memohon

Activity (14)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Saifuddin Qutuz liked this
Rosli Johor liked this
Yuukan Hitoeni liked this
Tokwan liked this
Achmad Rasyidi liked this
thes0uljahgirl liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->