You are on page 1of 3

Buletin Kolej : Januari 2010

PMR 2009
Keputusan peperiksaan PMR tahun 2009 telah diumumkan pada 24 Disember yang lalu.
Sekali lagi pelajar-pelajar kolej telah berjaya mencatatkan keputusan yang
membanggakan.

Seramai 56 orang pelajar (29.3%) telah berjaya memperolehi semua ‘A’ dalam mata
pelajaran yang diambil. Nilai GPS meningkat 0.05 iaitu dari 1.23 pada tahun 2008 ke
1.28 pada tahun 2009. Nilai GPA pula telah menurun ke 3.72 berbanding 3.77 pada tahun
2008.

Diharapkan keputusan cemerlang PMR 2009 akan menjadi pemangkin kepada pelajar
Kolej 3 tahun ini untuk terus mengharumkan nama kolej. Syabas dan tahniah diucapkan
kepada pelajar PMR 2009.

Majlis Anugerah Pengetua 2010 (Fasa 1)


Majlis Anugerah Pengetua (MAP) kali pertama bagi tahun 2010 telah diadakan dalam
beberapa peringkat bermula 11 Januari di Dewan Iskandar. Majlis dimulai dengan
nyanyian lagu NegaraKu, diikuti lagu Kolej, ucapan pengetua dan seterusnya
penyampaian sijil kepada para pelajar.

Kategori pertama adalah anugerah pelajar berketerampilan. Pengiktirafan diberikan


kepada pelajar-pelajar yang memperoleh skor GPA 3.00 dan ke atas dalam Peperiksaan
Akhir Tahun 2009 dan juga cemerlang dalam kokurikulum sekurang-kurangnya di
peringkat negeri. Penerima-penerima anugerah tersebut ialah Mohamad Hazim bin
Mohamad Hashim (1 Alfa), Muhammad Alif Asyraf bin Abd Rahman (2 Uranus),
Muhammad Hafiz bin Abd Halim (2 Sigma), Nicholas Low Wei Loong (4 Omega) dan
Danial Fariz bin Helmi Lee (4 Omega).
Kategori seterusnya adalah Anugerah Bitara Akademik. Pengiktirafan diberikan kepada
pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 yang memperoleh skor GPA 4.00 dan pelajar-pelajar
tingkatan 4 dan Pra-Universiti yang memperoleh skor GPA 3.50 ke atas dalam
Peperiksaan Akhir Tahun 2009. Seramai 16 orang pelajar telah menerima anugerah
tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan.

Program Interaksi Waris


Program Interaksi Waris kali pertama bagi tahun 2010 telah diadakan secara berperingkat
bermula dengan Pra-U2 pada hari Isnin 11 Januari, Kolej 5 pada hari Selasa 12 Januari,
Kolej 3 pada hari Rabu 13 Januari dan Kolej 2 pada hari Khamis 14 Januari. Semua
perjumpaan tersebut berlangsung di Dewan Iskandar.

Majlis bermula jam 12.10 tengahari dan berterusan sehingga jam 2.10 petang. Malah
masih ada waris yang terus berinteraksi sehingga jam 2.30 petang. Ramai para waris yang
telah hadir untuk berbincang dan mendapat maklumat tentang pencapaian anak-anak
mereka dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2009. Mereka berpuas hati kerana dapat
berjumpa dan berinteraksi dengan guru-guru mata pelajaran yang sememangnya pakar
dalam bidang masing-masing. Diharapkan melalui program ini dapat mewujudkan
hubungan dua hala yang baik dalam kalangan guru dan ibu bapa sebagai usaha
melahirkan pelajar cemerlang.

Watikah Pelantikan Pengawas


Tarikh 11 Januari 2010 pastinya akan sentiasa terpahat di hati dan minda 70 pelajar kolej
yang telah dilantik sebagai pengawas bagi sesi persekolahan tahun ini. Kesemua
pengawas yang dilantik terdiri daripada pelajar kolej 3, 4, 5 dan Pra-U2. Majlis
penyampaian watikah pelantikan pengawas dilangsungkan di Dewan Iskandar dalam satu
perhimpunan khas, di mana Tuan Pengetua telah menyampaikan watikah pelantikan
tersebut.
Saudara Muhammad Syafiq Abd Manan telah diberi tanggungjawab sebagai Ketua
Pengawas Kolej 2010. Danial Fariz Helmi Lee dan Nicholas Low Wei Loong telah
dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengawas. Tanggungjawab sebagai Ketua Pengawas
Perempuan diberikan kepada Leong Xin Pei dan dibantu oleh penolong beliau, Nor
Atiqah Yahaya.

Pastinya para pengawas yang baru dilantik ini akan memberikan komitmen yang tidak
berbelah bahagi dalam menjayakan misi dan visi kolej serta berkhidmat dengan penuh
ikhlas dan dedikasi ke arah memartabatkan disiplin pelajar kolej. Kepada warga kolej,
marilah kita bersama-sama memberi kerjasama yang sebaik mungkin kepada para
pengawas dalam menjalankan tugas murni mereka.

Hari Kokurikulum
Hari Kokurikulm Kolej telah berlangsung dengan meriahnya pada hari Sabtu 23 Januari.
Pada awal pagi lagi semua pelajar telah berkumpul di hadapan pavillion dan guru-guru
kelas memulakan tugas mengambil kedatangan pelajar. Perasmian hari tersebut telah
disempurnakan oleh E. Rosli Endut, Penolong Kanan Kokurikulum. Acara seterusnya
ialah persembahan seni silat oleh Persatuan Silat Gayung kolej, diikuti dengan
persembahan khas ”Idola Kecil”.

Seterusnya semua pelajar bergerak ke kawasan berhampiran kafeteria untuk sesi


pendaftaran persatuan, kelab dan badan beruniform untuk ahli-ahli lama dan baru.
Sejurus kemudian, para pelajar (dan guru) mula sibuk menyusun dan mengurus gerai
jualan masing-masing di sepanjang Persiaran Tun Mahathir. Pada masa yang sama,
aktiviti-aktiviti sukan dan permainan turut bermula di lokasi-lokasi tertentu.

You might also like