Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Buletin Kolej 2010 (Jan) - Firdaus Ahmad

Buletin Kolej 2010 (Jan) - Firdaus Ahmad

Ratings: (0)|Views: 29|Likes:
Published by Firdaus Ahmad

More info:

Published by: Firdaus Ahmad on Jul 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/25/2012

pdf

text

original

 
Buletin Kolej : Januari 2010PMR 2009
Keputusan peperiksaan PMR tahun 2009 telah diumumkan pada 24 Disember yang lalu.Sekali lagi pelajar-pelajar kolej telah berjaya mencatatkan keputusan yangmembanggakan.Seramai 56 orang pelajar (29.3%) telah berjaya memperolehi semua ‘A’ dalam mata pelajaran yang diambil. Nilai GPS meningkat 0.05 iaitu dari 1.23 pada tahun 2008 ke1.28 pada tahun 2009. Nilai GPA pula telah menurun ke 3.72 berbanding 3.77 pada tahun2008.Diharapkan keputusan cemerlang PMR 2009 akan menjadi pemangkin kepada pelajar Kolej 3 tahun ini untuk terus mengharumkan nama kolej. Syabas dan tahniah diucapkankepada pelajar PMR 2009.
Majlis Anugerah Pengetua 2010 (Fasa 1)
Majlis Anugerah Pengetua (MAP) kali pertama bagi tahun 2010 telah diadakan dalam beberapa peringkat bermula 11 Januari di Dewan Iskandar. Majlis dimulai dengannyanyian lagu NegaraKu, diikuti lagu Kolej, ucapan pengetua dan seterusnya penyampaian sijil kepada para pelajar.Kategori pertama adalah anugerah pelajar berketerampilan. Pengiktirafan diberikankepada pelajar-pelajar yang memperoleh skor GPA 3.00 dan ke atas dalam PeperiksaanAkhir Tahun 2009 dan juga cemerlang dalam kokurikulum sekurang-kurangnya di peringkat negeri. Penerima-penerima anugerah tersebut ialah Mohamad Hazim binMohamad Hashim (1 Alfa), Muhammad Alif Asyraf bin Abd Rahman (2 Uranus),Muhammad Hafiz bin Abd Halim (2 Sigma), Nicholas Low Wei Loong (4 Omega) danDanial Fariz bin Helmi Lee (4 Omega).
 
Kategori seterusnya adalah Anugerah Bitara Akademik. Pengiktirafan diberikan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 yang memperoleh skor GPA 4.00 dan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan Pra-Universiti yang memperoleh skor GPA 3.50 ke atas dalamPeperiksaan Akhir Tahun 2009. Seramai 16 orang pelajar telah menerima anugerahtersebut. Syabas dan tahniah diucapkan.
Program Interaksi Waris
Program Interaksi Waris kali pertama bagi tahun 2010 telah diadakan secara berperingkat bermula dengan Pra-U2 pada hari Isnin 11 Januari, Kolej 5 pada hari Selasa 12 Januari,Kolej 3 pada hari Rabu 13 Januari dan Kolej 2 pada hari Khamis 14 Januari. Semua perjumpaan tersebut berlangsung di Dewan Iskandar.Majlis bermula jam 12.10 tengahari dan berterusan sehingga jam 2.10 petang. Malahmasih ada waris yang terus berinteraksi sehingga jam 2.30 petang. Ramai para waris yangtelah hadir untuk berbincang dan mendapat maklumat tentang pencapaian anak-anak mereka dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2009. Mereka berpuas hati kerana dapat berjumpa dan berinteraksi dengan guru-guru mata pelajaran yang sememangnya pakar dalam bidang masing-masing. Diharapkan melalui program ini dapat mewujudkanhubungan dua hala yang baik dalam kalangan guru dan ibu bapa sebagai usahamelahirkan pelajar cemerlang.
Watikah Pelantikan Pengawas
Tarikh 11 Januari 2010 pastinya akan sentiasa terpahat di hati dan minda 70 pelajar kolejyang telah dilantik sebagai pengawas bagi sesi persekolahan tahun ini. Kesemua pengawas yang dilantik terdiri daripada pelajar kolej 3, 4, 5 dan Pra-U2. Majlis penyampaian watikah pelantikan pengawas dilangsungkan di Dewan Iskandar dalam satu perhimpunan khas, di mana Tuan Pengetua telah menyampaikan watikah pelantikantersebut.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->