Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword or section
Like this
38Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Cinta nasi lemak

Cinta nasi lemak

Ratings:

4.81

(16)
|Views: 24,233|Likes:
Published by Siti Fatimah
Novel tentang cinta
Novel tentang cinta

More info:

Published by: Siti Fatimah on Jun 16, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/09/2013

pdf

text

original

 
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
CINTA NASI LEMAK Oleh Nizam Zakaria
http://www.nizamzakaria.com1
 
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakaria
BAB 1
Julia benci memandu di Kuala Lumpur. Banyak kali dia diberitahu bahawa pemandu- pemandu di Kuala Lumpur adalah di antara pemandu-pemandu yang paling kurang ajar diMalaysia (selain dari Pulau Pinang. Tetapi Julia tidak pernah memandu di sana, jadi diatidak boleh mengesahkan hal ini). Setiap kali dia memandu, ada sahaja kereta yang akanmembunyikan hon kepadanya ataupun memarahi kerana memandu di bawah had lajuyang ditetapkan.Sebuah kereta Honda City bewarna hitam memotong keretanya untuk cepat-cepatmasuk ke dalam lorong Touch & Go di Plaza Tol Sunway. Julia hanya mampu berdecit.Dia memandang ke arah jam di dalam kereta pacuan empat roda Toyota Rav4 Turbonya.Dia tidak mahu terlambat ke tutorialnya lagi. Tetapi di hadapannya terdapat beratus-ratus buah kereta yang bergerak perlahan. Sesak. Masing-masing bergegas ke tempat kerja atauseperti dirinya yang sedang bergegas ke Universiti Monash, tempat dia belajar sejak duatahun yang lepas.Julia menggigit bibirnya. Dia menjengahkan lehernya untuk melihat wajahnya dimuka cermin di hadapannya. Dia memandang ke arah bibirnya. Kemudian dia cepat-cepatmengeluarkan gincunya dari dalam beg tangannya lalu mengenakan gincunya. Belumsempat dia dapat mengenakan gincunya, dia dapat mendengar bunyi hon di belakangkeretanya. Julia mengeluh. Dia menggerakkan keretanya ke hadapan.Julia adalah satu-satunya anak kepada Dr. Shahri, seorang duda beranak satu yang telah berpisah dengan bekas isterinya sejak tujuh tahun yang lepas. Doktor Sahri mempunyaikliniknya sendiri di Subang Jaya dan kini menetap bersama anaknya Julia yang masih lagi berusia 20 tahun di sebuah banglo di Bandar Kinrara. Sejak berpisah dengan isterinyaWati, Shahri menjaga Julia seperti menatang minyak yang penuh. Apa-apa sahaja permintaan Julia akan diturutinya. Shahri tidak pernah meragui cabaran serta dugaanmenjaga seorang anak perempuan. Tetapi dia tetap mencuba sedaya upaya untuk menjagaJulia dengan sebaik-baiknya. Dia mahu membuktikan kepada Wati bahawa dia jugamampu menjaga Julia dan mendidiknya untuk menjadi seorang manusia yang terpujikelakuannya. Bukan sepertinya, yang dianggapnya seorang wanita jalang yang tidak  bermaruah kerana telah curang kepadanya satu ketika dahulu...Julia tercungap-cungap masuk ke dalam kelas tutorialnya. Dia memandang ke arah jamtangannya. Dia tidak terlambat. Dia melepaskan nafasnya apabila dia mendapati pensyarahnya baru sahaja masuk ke dalam kelas tutorial dengan kertas peperiksaan.Julia memandang ke arah Daniel Tan yang sedang duduk di barisan palinghadapan yang sedang menoleh ke arahnya. Daniel menjeling. Julia membeliakkanmatanya untuk memintanya agar jangan menoleh ke arahnya lagi.Julia menarik nafasnya. Dia memandang ke arah Ariffin, yang sedang duduk dihadapannya. Dia mendapati Ariffin hanya memandang ke arah hujung pensilnya.Kemudian dia menggigit hujung pensilnya itu. Sandra, gadis kelahiran Jakarta yangsedang duduk di sebelah kiri Ariffin sedang termenung memandang ke arahnya. Sandrahttp://www.nizamzakaria.com2
 
Cinta Nasi Lemak oleh Nizam Zakariasedang termenung memikirkan jika Samuel Rizal tidak dapat berlakon di dalamsambungan filem Eiffel I’m in Love, mungkin Ariffin dapat mengambil alih untuk melakonkan wataknya itu. Wajah Ariffin yang nakal itu cukup sesuai untuk watak tersebut, fikirnya.Julia tahu Sandra dan entah berapa puluh lagi gadis seuniversitinya yang telah jatuh hati kepada Ariffin. Tetapi Ariffin tidak pernah mahu ambil tahu tentang itu semua.Dia pastinya tidak mahu mengambil tahu jika terdapat tulisan “Ariffin is so cute!” didalam tandas perempuan tingkat 3 di universitinya...Ariffin mempunyai wajah yang manis. Dia mempunyai ketinggian mencecahenam kaki dengan susuk tubuh yang tegap dengan kulit sawo matang yang nampak bersihdan terjaga. Apa yang membuat beberapa gadis di universitinya tertarik kepadanya adalahmatanya yang tajam bak burung helang dan senyumannya yang mampu membuatkan hatidan jiwa mereka cair. Untuk seorang anak muda yang baru mencecah usia 20 tahun,Ariffin mempunyai wajah yang matang seperti seorang pemuda berusia pertengahan umur 20-an. Sifat pendiam Ariffin membuat mereka lebih tertarik kepadanya...Julia kerisauan. Dia tidak tahu jika Ariffin akan menepati janjinya. Puan Tan yangmenjadi tenaga mengajar untuk kelas Business Law itu mula membahagi-bahagikankertas soalan peperiksaan kepada pelajar-pelajarnya. Sebaik sahaja Julia mendapatkankerja soalannya, dia terus melihat soalan-soalan objektif yang ada. Dia rasa mahu pitam.Dia tidak dapat memahami apa yang disoal, inikan pula menjawabnya. Sekali lagi diamemandang ke arah Ariffin. Dia mendapati Ariffin terus membongkok untuk menjawabsoalan-soalan yang diterimanya.Julia mengeluh. Dia dapat merasakan dia akan gagal lagi. Dia mungkin tidak akanmampu menghadapi bapanya jika dia gagal dalam peperiksaannya kali ini...*Dua minggu sebelum peperiksaan akhir semester Julia melihat papan tanda di sebelah kelas tutorialnya. Nama pelajar dan keputusan ujiansubjek Business Law ada dipaparkan di sana. Beberapa orang pelajar mengerumuni papantanda tersebut. Ada yang tersenyum dan ada pula yang nampak sedih. Julia dengan takut-takut untuk melihat sendiri keputusan ujiannya. Tetapi dia tetap memberanikan dirinyauntuk mengetahui keputusannya. Wajah Julia pucat. Dia dapat melihat namanya berada didalam senarai tercorot untuk ujian tersebut.Julia berdiri kaku buat seketika. Dia dapat merasakan dirinya sukar untuk  bernafas. Dia mahu menangis. Ini merupakan kali kedua dia mengambil subjek yangsama kerana pada semester lepas dia pernah gagal dalam subjek ini. Julia tidak mahugagal kerana dia dia tidak mahu mengecewakan bapanya.Julia sekali lagi memeriksa senarai tersebut untuk memastikan dia tidak  bermimpi. Tetapi di dapatinya bahawa sememangnya dia gagal dalam ujiannya yang lalu.http://www.nizamzakaria.com
 
3

Activity (38)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
M. Mike liked this
fiezah_1401 liked this
Nik Hafizah Nik liked this
Minata Tating liked this
aemy_hakim liked this
reben liked this
邦凯谢 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->