Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
22Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Surat kiriman

Surat kiriman

Ratings: (0)|Views: 9,241|Likes:
Published by gengkapak
Format menulis surat kiriman rasmi
Format menulis surat kiriman rasmi

More info:

Published by: gengkapak on Jul 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

01/09/2013

pdf

text

original

 
 
PENDAHULUAN
Sejak kita mencelikkan mata pada awal pagi sehingga kita tidur, kitasentiasa berkomunikasi untuk menyampaikan pendapat dan perasaan kitakepada orang lain sama ada melalui tulisan, pertuturan ataupun melalui gerakbadan dan air muka kita. Ramai antara kita menganggap bahawa kebolehanberkomunikasi ialah satu kebolehan semulajadi yang dianugerah oleh Tuhankepada kita. Namun begitu, tidak ramai daripada kita yang ingin cuba belajar cara berkomunikasi untuk meningkatkan keberkesanan berkomunikasi.Salah satu cara berkomunikasi adalah melalui penulisan iaitu satukegiatan menulis atau mengarang topik tertentu. Surat-menyurat merupakansalah satu saluran penting yang digunakan dalam membuat perhubungan.Sesuatu perhubungan dibuat dengan sebab dan tujuan tertentu. Bagi mencapaitujuan yang diharapkan, kita perlulah mempunyai persediaan yang lengkap,susunan yang kemas, bahasa yang baik dan menarik, kandungan surat yangringkas, tepat lagi jitu serta mengarah kepada perkara yang kita hendaki.Bagi penyunting dalam Kamus Bahasa Malaysia, surat kirimanmerupakan kertas yang mengandungi berita dan lain-lain, dan dikirimkan kepadaorang lain. Manakala menurut Zainal Abidin pula, surat kiriman merupakankarangan yang boleh dijumlahkan kepada jenis cerita atau gambaran kerana didalamnya ada diceritakan atau digambarkan sesuatu perkara untuk diketahuioleh orang yang menerima dan membaca surat itu.
 
 
1.0
KOMUNIKASI
1.1
PENGENALAN
³
Komunikasi membabitkan perlakuan kita setiap hari. Perlakuan itu bolehberbentuk pertuturan, penulisan atau penyelidikan.
Pertuturan
merupakan gayaatau cara menuturkan sesuatu perkara tertentu.
Penulisan
merupakan kegiatanmenulis atau mengarang topik tertentu, manakala
 penyelidikan
pula merupakanperbuatan mencari dan mengumpul maklumat tertentu. Dengan demikian,kebijaksanaan kita berkomunikasi bergantung banyak pada kemahiran-kemahiran pertuturan, penulisan dan penyelidikan. Lebih baik kemahiran-kemahiran ini dikuasai, maka lebih berkesanlah kita berkomunikasi.´ (SulaimanMasri, 1997: 3)Takrifan komunikasi yang memberi penekanan penyebaran ataupengiriman ialah takrifan yang diberikan oleh Theodorson. Komunikasi adalahpengiriman maklumat, pemikiran, sikap atau emosi daripada seorang individuatau kumpulan kepada individu atau kumpulan yang lain dengan menggunakansimbol-simbol (Theodorson, 1969).Menurut Emery, et.al (1965) pula, komunikasi ditakifkan sebagai senimemindahkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang individu kepadaindividu yang lain.Sulaiman Masri mengertikan komunikasi secara ringkas iaitu proses yangbermula apabila satu mesej daripada pengirim (penutur, penulis dan sebagainya),dipindahkan menerusi alat atau saluran khas kepada penerima (pembaca,pendengar dan sebagainya) yang kemudianya memberi maklum balas (merekoddan mentafsir) terhadap mesej tersebut dengan mengembalikan isyarat dalambentuk, sama ada mesej tersebut sudah atau belum difahami.
 
 
1.2
KOMUNIKASI BERKESAN
Keberkesanan berkomunikasi merujuk kepada sumber atau penyampaimaklumat yang dapat menyampaikan maklumat atau perutusan, idea ataupengetahuan itu kepada penerima dengan baik, tepat dan maksudnya samatanpa menimbulkan kekeliruan atau salah faham. Keberkesanan berkomunikasidalam bidang pendidikan misalnya, boleh dinilai daripada keupayaan seseorangguru menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar dan nasihat kapada murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan kekeliruan,kekaburan atau salah faham dengan menggunakan bahasa yang betul, sesuaidan sempurna tatabahasanya.Demi mencapai proses komunikasi yang berkesan, penghantar perlumenyampaikan mesej dengan jelas dan tepat supaya ia senang difahami olehpenerima dan mencapai objektif komunikasi itu. Penghantar mesej juga perlumemilih saluran komunikasi yang bersesuaian untuk menyampai mesej,misalnya melalui media elektronik (televisyen, radio, Internet, telefon bimbit) danpercetakan (buku, majalah, suratkhabar, risalah, kain bentang dan sebagainya). Akan tetapi, sepanjang proses komunikasi itu, pengirim dan penerimatertakluk kepada timbunan kiu yang mempengaruhi ketersampaian mesej,seperti perwatakan seseorang, taraf pengetahuannya, persekitaran,kesempurnaan fizikal dan mental, dan ketercapaian audien kepada bahan media.Secara amnya, terdapat tiga bentuk komunikasi yang utama iaitu:i) komunikasi lisan sehala (pengumuman, taklimat, pemberianarahan),ii) komunikasi lisan dua hala (perbincangan, mesyuarat, temu bual),iii) komunikasi bukan lisan (surat kiriman, laporan, minit mesyuarat).Namun, dalam konteks ini, pengajian / penekanan terhadap kemahirankomunikasi bertulis lebih diberi keutamaan.

Activity (22)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Huai Tan Huai liked this
Are-lief Hakimi added this note|
pilihan terbaek.....mari dtng kite tengok ilmu ini yng pilihan terbaekkkkkkk..............
Neil Raphael liked this
amegoasri liked this
Hadizatul Aisyah liked this
Cety Umar liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->