Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan,selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarangbersamanya.Benarlah seperti nasihat Kak Elin, "sekiranya kita ada rasa berat hati denganseseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cubahasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakanperkara yang sama untuk kita."Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak ituterletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan,dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibalingbatu.Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa,Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depanmata.Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalamsurah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehinggamalam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnyasemakin jauh daripada Allah."Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangatputus asa ," getus Zuraidah dalam hati.Hayati melihat "rear-view mirror", ternampak muka Zuraida yang serius.Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar"handphone"nya.Hayati menaip sms, "Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni.Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe."Sufiah membuat "announcement", "Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamatmakan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya."Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalumenarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, "Eh, tadi Sufiah kata dia yang nakke Docklands." Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecilmerahnya berderum hebat."Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak "outing" berdua," Hayatimengajak Zuraida.Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi kerumah Huda.Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu,"Jom dok kat tepi jeti tu.."