MOHD ANWAR BIN AHMAD
1.0
PENDAHULUAN
M
ukjizat merupakan sesuatu perkara luar biasa yang berlaku dan ia merupakananugerah Allah kepada rasul-rasulNya di dalam membuktikan kebenaran kepadakenabian dan kerasulan mereka dalam menghadapi sebarang cabaran pencabarnya.
Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan dari langit oleh Allah SWT kepada NabiMuhammad SAW melalui malaikat Jibril a.s. Sejarah penurunannya selama 23 tahunsecara beransur-ansur telah memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupan seluruhmanusia. Di dalamnya terkandung pelbagai ilmu, hikmah dan pengajaran yang tersuratmahupun tersirat.Sebagai umat Islam, kita haruslah berpegang kepada al-Quran dengan membaca,memahami dan mengamalkan serta menyebarluas ajarannya. Bagi mereka yangmencintai dan mendalaminya akan mengambil iktibar serta pengajaran, lalumenjadikannya sebagai panduan dalam meniti kehidupan dunia menuju destinasiakhirat yang kekal abadi.Kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, antara lain dinamaial-Kitab dan al-Quran (bacaan yang sempurna), walaupun penerima dan masyarakat pertama yang ditemuinya tidak mengenal baca tulis. Ini semua dimaksudkan agar mereka dan generasi berikutnya membacanya. Fungsi utama al-Kitab adalahmemberikan petunjuk. Hal ini tidak terlaksana tanpa membaca dan memahaminya.
Kitab (al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; …
(QS: Al-Baqarah [2]: 2
)
HBQE1203
RASM AL-UTHMANI
2