Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
32Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
milikan tunggal

milikan tunggal

Ratings: (0)|Views: 2,256 |Likes:
Published by miennymouse

More info:

Published by: miennymouse on Jul 12, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/11/2013

pdf

text

original

 
PENGENALAN
 Pada siri yang lalu, kita telah membincangkan pengenalan entiti perniagaan yang wujud padahari ini, iaitu perniagaan tunggal, perkongsian, syarikat dan koperasi.Pada siri kedua ini, kita akan membincangkan lebih lanjut tentang perniagaan milikan tunggalatau perniagaan tunggal.
APAKAH PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL?
Seperti yang telah dijelaskan dalam siri terdahulu, perniagaan milikan tunggal adalah perniagaanyang dijalankan oleh individu dan dimiliki sepenuh oleh individu. Oleh kerana ia adalah milik individu, maka pemilik perniagaan mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal perjalanan danoperasi perniagaannya. Pemilik dan perniagaan atau organisasi peniagaannya adalah dirujuk sebagai satu entiti yang sama. Tiada pemisahan antara keduanya. Ini bermakna aset perniagaanadalah juga harta individu iaitu pemilik perniagaan tersebut. Oleh yang demikian, sebarangmasalah yang melibatkan perniagaan adalah secara langsung melibatkan kepentingan individuatau pemilik.Sebagai contoh, jika perniagaan memperoleh keuntungan maka keuntungan tersebut adalah harta peribadi pemilik. Sebaliknya jika perniagaan mengalami kerugian maka kerugian tersebut jugaadalah kerugian atau kehilnagan harta pemiliknya. Justeru itu, dalam perniagaan milikan tunggal,liabiliti pemilik adalah tidak terhad. Ini bermakna, sekiranya perniagaan mempunyai hutang yangtidak dapat dijelaskan kerana mengalami kerugian, maka pemberi hutang berhak menuntut harta peribadi pemilik perniagaan sebagai bayaran ganti kepada hutang perniagaan yang tidak dapatdilangsaikan itu.
BAGAIMANA MENUBUHKAN PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL
 Perniagaan tunggal amat mudah ditubuhkan. Apabila seseorang membuat keputusan untuk membuka perniagaan, maka sebenarnya dia telah menubuhkan perniagaan tunggal sebaik sahajadia memulakan perniagaan tersebut. Walau bagaimanapun, mana-mana individu yang hendak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan, dia terikat oleh undang-undang tertentu yangmenghendakinya untuk mendaftarkan perniagaannya dan mendapatkan lesen sebelummemulakan perniagaan tersebut.Dalam konteks negeri Sabah, undang-undang yang mengawal dan mendatdbir lesen perniagaanialah Ordinan Pelesenan 1948 (Trades Licensing Ordinance (Sabah Cap. 144)). Undang-undangini dikuatkuasakan di seluruh negeri dan PBT adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mendaftarkan perniagaan dan mengeluarkan lesen perniagaan kepada pemohon yang berkelayakan.Di Sandakan, Majlis Perbandaran Sandakan adalah telah mewujudkan Unit Pelesenan untuk memikul tanggungjawab tersebut.
 
 
APAKAH KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL?
 Kebaikan-kebaikan dan kelemahan-kelemahan perniagaan tunggal dapat diringkaskan sepertiyang berikut:-
Kebaikan-kebaikan perniagaan tunggal
 
y
 
Mudah ditubuhkan 
y
 
Pemilik mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal perniagaannya
y
 
Sebarang keputusan yang melibatkan perniagaan dapat diputuskan dengan serta mertakerana pemilik tidak perlu merujuk atau berbincang dengan orang lain
y
 
Struktur cukai beradasarkan cukai pendapat individu (pemilik)
y
 
Tidak memerlukan laporan kewangan yang kompleks.
Kelemahan-kelemahan perniagaan tunggal
 
y
 
Sukar berkembang kerana keupayaan modal yang terhad 
y
 
Sukar mendapatkan pembiayaan modal kerana pelabur lebih cenderung melabur dalaminstitusi yang lebih mantap dan pihak institusi kewangan pula memerlukan satu jaminankukuh daripada perniagaan
y
 
Liabiliti tidak terhad
y
 
Perniagaan akan dengan sendirinya bubar jika pemiliknya meninggal dunia.
CO
NT
O
H-
CO
NT
O
H PERNIAGAAN TUNGGAL YANG WUJUD DI SANDAKAN
 
y
 
Perniagaan kedai runcit 
y
 
Perniagaan kedai jahitan
y
 
Perniagaan kedai kopi/makanan atau restoran
y
 
Penjaja bergerak 
y
 
Pegerai, dan sebagainya.
KESIMPULAN
 Perniagaan tunggal atau perniagaan milikan tunggal adalah entiti perniagaan yang paling asasyang hanya melibatkan seorang individu sebagai pemilik. Perniagaan jenis ini mudahditubuhkan, tidak memerlukan modal yang besar tetapi sukar untuk berkembang. Sesuatu perniagaan tunggal akan terbubar dengan sendirinya apabila pemiliknya meninggal dunia.Perniagaan tunggal juga akan bubar apabila pemiliknya tidak lagi menjalankan perniagaannya.

Activity (32)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Zakaria Mezah liked this
Hasrul Khan liked this
kuci2_once6577 liked this
Sis Dieana liked this
Nurul Athirah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->