You are on page 1of 3

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBSE1203: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS


SEMESTER MEI 2010
TUGASAN (30%)

ARAHAN

1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan
bukti yang tepat dan relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman”
saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Tugasan hendaklah dihantar sebelum/ pada Tutorial 4 ATAU mengikut arahan


yang akan diumumkan kemudian.

4. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan
yang diplagiat tidak akan diterima dan markah (0) akan diberikan.

1
SOALAN TUGASAN

Anda telah mengajar dalam sebuah Program Integrasi Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran hampir setahun. Anda mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, Pendidikan Seni, Kemahiran Manipulatif dan Matematik. Anda mempunyai
beberapa orang murid yang telah anda kenal pasti sukar menguasai sesuatu kemahiran
yang diajar. Semasa pencerapan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh Guru
Besar, prestasi mereka yang lemah mendapat perhatian serius Guru Besar. Guru Besar
mahukan anda lakukan sesuatu dengan segera. Sebenarnya sebelum itu, anda telah cuba
beberapa kaedah pengajaran tetapi belum mendapat hasil yang memuaskan. Anda
mencari jalan untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Anda telah berbincang dengan
guru-guru pendidikan khas yang lain. Anda juga telah menelaah kembali nota-nota kuliah
dan buku-buku dalam simpanan anda. Tiba-tiba anda teringat tentang kaedah analisis
tugasan yang pernah anda pelajari di universiti dahulu. Kini anda bertekad untuk
menggunakan kaedah analisis tugasan semasa mengajar murid-murid tersebut. Anda pun
bertemu dengan Guru Besar dan memaklumkan keputusan anda tersebut. Guru Besar
minta anda menerangkan kaedah analisis tugasan itu kepada beliau terlebih dahulu.

1. Sediakan folio dengan cadangan menggunakan kaedah analisis tugasan untuk


mengajar murid. Folio anda harus meliputi aspek-aspek berikut:

(a) Maksud analisis tugasan.


(2 markah)

(b) Kepentingan analisis tugasan dengan merujuk kepada kes murid anda.
(2 markah)

(c) Jenis-jenis analisis tugasan dan pra syarat yang perlu dikuasai seseorang
murid sebelum mampu melaksanakan tugasan sebenar.
(8 markah)

(d) Prosedur pelaksanaan analisis tugasan


(10 markah)

2
2. Bagi menyokong cadangan anda, sertakan SATU contoh analisis tugasan mata
pelajaran yang diajar.
(8 markah)

[Jumlah: 30 Markah]

PANDUAN PELAJAR

Anda dinasihatkan:
1. Merujuk kepada buku, jurnal, makalah dan sumber-sumber bercetak lain atau
sumber dalam Internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan
oleh individu atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) untuk
memahami konsep sebelum dapat menjawab soalan tugasan ini dengan memberi
contoh yang tepat serta sesuai.
2. Buat pencarian di Internet berkaitan pendekatan, strategi, kaedah pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Khas, terutamanya kaedah analisis tugasan untuk
mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan.
3. Merujuk kepada kurikulum dan huraian sukatan pelajaran Pendidikan Masalah
Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah serta kurikulum lain yang relevan.
4. Melakukan lawatan ke Program-Program Integrasi Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan menerusi
pengumpulan maklumat, pemerhatian, temu duga dan pengambilan gambar/ video.
Bahan tersebut boleh ditunjukkan kepada tutor/ pensyarah anda dan dilampirkan
bersama-sama dengan tugasan anda jika diminta berbuat demikian untuk
menyokong fakta dan hujah dalam tugasan anda.
5. Berbincang dengan pegawai dan pakar daripada agensi kerajaan dan pertubuhan
bukan kerajaan yang relevan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, hospital,
NASOM, BOLD, GOLD, Persatuan Terencat Akal dan sebagainya bagi
mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang diperlukan untuk meningkatkan
pengalaman pembelajaran.

You might also like