PERANANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM KBSR
Kurikulum Baru Sekolah Rendah
( KBSR
)
telah digubal atas rasional bahawa aktivitipembelajaran dan pendidikan peringkat rendah merupakan
pendidikan asas
yangmelibatkan
tiga kemahiran, iaitu membaca, menulis dan mengira ( 3 M )
.Pendidikan peringkat rendah juga hendaklah menyeluruh dan seimbang dari segiperkembangan
intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani.
KBSR juga dirancangkan untuk memberi setiap murid
peluang yang
sama
untuk mendapat
kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan-amalan yang diperlukan
. Murid-murid juga diberi peluang dan ruang bagi
mengembangkan ataumempertajamkan bakat, minat dan daya kreatif mereka.
Mengikut perakuan
57(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet
pula menyatakanbahawa kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai
kemahiran dalam bidang komunikasi, bidang manusia denganalam sekeliling dan perkembangan bidang diri individu yang sesuai dengankeperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid.
Untuk mencapai matlamat di atas, bukanlah satu perkara mudah kerana iamemerlukan kesungguhan, kebijaksanaan dan ketabahan kedua belah pihak iaitu gurudan murid-murid itu sendiri.