You are on page 1of 12

Asbabun Nuzul

Asbab al nuzul
dari sudut bahasa
terdiri daripada dua suku kata :
asbab :jamak daripada kalimah sebab.
nuzul :pula adalah kata benda (masdar) daripada kata
fa’il ‘nazala’ yang beerti telah turun.

Asbabul Nuzul :sebab sebab turun yang bermaksud


sebab –sebab turun ayat al quran kepada nabi
Muhammad sebagai utusan allah
Asbab al nuzul
dari sudut istilah
sesuatu kejadian yang terjadi di zaman Nabi S.a.w,
atau sesuatu pertanyaan yang dihadapkan kepada
Nabi dan turunlah suatu atau beberapa ayat dari Allah
S.w.t yang berhubungan dengan kejadian itu, atau
dengan penjawaban pertanyaan itu baik peristiwa itu
merupakan pertengkaran, ataupun merupakan
kesalahan yang dilakukan mahupun merupakan suatu
peristiwa atau suatu keinginan yang baik
Pengertian menurut ulama’:
1. Az-Zarqani:
“Asbab an-nuzul adalah hal khusus atau sesuatu yang terjadi serta hubungan dengan
turunnya ayat Al-Qur’an yang berfungsi sebagai penjelas hukum pada saat peristiwa itu
terjadi”.
2.Ash-Shabuni:
“Asbab an-nuzul adalah peristiwa atau kejadian yang menyebabkan turunnya satu atau
beberapa ayat mulia yang berhubungan dengan peristiwa dan kejadian tersebut, baik
berupa pertanyaan yang diajukan kepada Nabi atau kejadian yang berkaitan dengan
urusan agama”.
3.Shubhi Shalih:
“Asbab an-nuzul adalah sesuatu yang menjadi sebab turunnya satu atau beberapa ayat
Al-Qur’an yang terkadang menyiratkan suatu peristiwa, sebagai respon atasnya atau
sebagai penjelas terhadap hukum-hukum ketika peristiwa itu terjadi”.
4.Mana’ Al-Qaththan:
“Asbab an-nuzul adalah peristiwa yang menyebabkan turunnya Al-Qur’an, berkenaan
dengannya waktu peristiwa itu terjadi, baik berupa satu kejadian atau berupa pertanyaan
yang diajukan kepada Nabi”.
penegasan bahawa al quran itu benar benar
daripada allah

menurut Muhammad shaleh al utsaiman (1989) kadangkala nabi apabila ditanya tentang
suatu perkara baginda akan diam tanpa sebarang jawapan sehingga turun wahyu daripada
allah.Mungkin soalan yang ditanya berkaitan dengan perkara perkara ghaib dan
sammiyat,maka hanya allah yang maha mengetahui akannya.firman allah.

85. dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan
Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
 
Hadits..
Pada suatu hari nabi Muhammad berjalan di sekitar madinah dengan tongkatnya bersama
ibnu mas’ud dan lalu di hadapan kedua duanya segolongan kaum Yahudi.Lantas salah seorang
daripada mereka berkata “mari kita bertanya kepadanya “mereka pun berkata:terangkan
kepada kami tentang roh “kemudian nabi berdiri dan mengankat kepalanya ke langit dan
terlihat baginda sedang diberi wahyu.maka turunlah ayat ini (surah al isra ayat 85)berhubung
dengan peristiwa tadi.(diriwayatkan oleh al bukhari daripada ibnu mas’ud)
membantu untuk memahami makna
ayat,tafsirannya ,dan menghilangkan
kekeliruan tentang sesuatu maksud ayat

115. dan Allah jualah Yang memiliki timur dan barat, maka ke mana
sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka
di situlah arah Yang diredhai Allah; Sesungguhnya Allah Maha
Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa
mengetahui.

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ibnu umar membaca


ayat ini dan kemudiannya menjelaskan peristiwanya iaitu ketika
rasulullah dalam perjalanana dari mekah ke madinah ,baginda
s.a.w telah menunaikan sembahyang sunat di atas kenderaan
mengadap bersesuaian dengan arah tujuan kenderaannya.
(diriwayatkan oleh muslim, tirmizi,dan nasai daripada ibnu umar)
dapat mengetahui hikmah diperundangkan
sesuatu hukum
43. tidakkah Engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan,
kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal
berlapis-lapis? selepas itu Engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. dan Allah pula
menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) Yang ada padanya; lalu ia
menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa Yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari
sesiapa Yang dikehendakiNya. sinaran Kilat Yang terpancar dari awan Yang demikian
keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.

Imam jalaludin as sayuthi menyatakan bahawa asbabul nuzul ayat tersebut sebahagaimana
dijelaskan dalam suatu riwayat bahawa abdul rahman bin auf telah menjemput ali dan sahabat
sahabatnya makan dirumahnya.Kemudian dia menghidangkan mereka dengan minuman arak
sehingga mabuk .Apabila tiba waktu solat ,Ali telah diangkat menjadi imam.Pada waktu itu,Ali
membaca dengan keliru ayat di dalam qulya ayyuhal kafirun,la a’budu mata’budu,wa nahnu
na’budu mata’ budu.Maka turunlah ayat 43 surah An Nisa sebagai larangan menunaikan solat
ketika mabuk(diriwayatkan oleh Abu Daud,Tirmizi,al Hakim daripada Ali)
Pengetahuan tentang asbabul nuzul juga dapat menjelaskan perhatian syarak terhadap
kepentingan umum dalam menghadapi semua peristiwa yang terjadi kepada manusia.Hal ini
menunjukkan bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Mengetahui bahawa Asbabul Nuzul Tidak akan
terkeluar daripada sesuatu hukum yang umum
walaupun ada dalil lain yang mengkhususkannya

Joni Tamkin Borhan dan Che Zarina Shaari (1995)


menjelaskan bahawa apabila suatu lafaz diturunkan dalam
bentuk umum terdapat pula dalil tentang
pengkhususannya,maka pengetahuan melalui ilmu asbabul
nuzul akan dapat membantu para mufasirin membatasi
pengkhususan tersebut .Sebagai contoh ,
23. Sesungguhnya orang-orang Yang menuduh perempuan-
perempuan Yang terpelihara kehormatannya, Yang tidak
terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi Yang
beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat
dan, mereka pula akan beroleh azab seksa Yang besar;
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Khasif bertanya kepada Said bin
Jubair, manakah lebih besar dosanya,zina atau menuduh orang berzina?”Said
menjawab Zina.Khasid bertanya lagi “bukankah Allah telah berfirman dalam ayat
ini ,yang menjelaskan bahawa orang yang menuduh orang lain berzinan akan
dilaknat Allah dunia dan akhirat.Said berkata “ayat ini diturunkan khusus
berkenaan dengan kejadian Saiyiditana Aisyah”(diriwayatkan oleh at tabrani
daripada Khasif .Dalam sanadnya terdapat Yahya al Hamani yang daif)

Sementara Ibnu Abbas juga meriwayatkan “ayat tersebut berkenaan Aisyah dan
ister isteri rasulullah .Allah tak akan menerima taubat orang yang melakukan
perkara itu(menuduh mereka berzina).Tetapi menerima taubat orang yang
menuduh seorang perempuan yang beriman selain isteri-isteri nabi
s.a.w.kemudian Ibnu Abbas membaca
4. dan orang-orang Yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan Yang
terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi,
maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima
persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang Yang fasik;
-
5. kecuali orang-orang Yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya Yang tersebut)
serta memperbaiki amalannya, maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.
Mengkhususkan Sesuatu Hukum Yang
dinyatakan Dalam Lafaz Yang Umum

Faedah ini bagi mereka yang berpandangan bahawa sesuatu hukum itu
diambil kira berdasarkan sebabnya yang khusus dan bukan dari lafaznya yang
umum.
188. jangan sekali-kali Engkau menyangka (Wahai Muhammad, bahawa) orang-
orang Yang bergembira Dengan apa Yang mereka telah lakukan, dan mereka pula
suka dipuji Dengan apa Yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali Engkau
menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab
Yang tidak terperi sakitnya.
Menurut suatu riwayat Marwan berasa ragu ragu dengan maksud ayat ini
kerana lafaznya yang umum .Lalu Marwan berkata kepada penjaga pintunya.
“hai Rafi’,berangkatlah kamu menuju ke tempat Ibnu Abbas dan katakanlah
kepadanya bahawa sekiranya orang akan diseksa kerana merasa gembira
dengan apa yang diperolehinya dan ingin dipuji atas apa yang tidak mereka
kerjakan ,pasti kita semua akan diseksa.”maka berkatalah Ibnu Abbas “apakah
yang menjadi masalah bagi kalian semua tentang ayat ini.(surah ali imran 188)
Penurunan ayat ini berkaitan dengan ahli kitab.Ketika
nabi s,a.w bertanya kepada mereka tentang sesuatu
,mereka menutupinya dengan jawapan yang tidak
munasabah dengan pertanyaan tersebut.Kemudian
mereka keluar memberitahu kepada kawan kawan
mereka bahawa mereka telah menjawab pertanyaan
rasulullah dengan jawapan yang tidak ada sangkut paut
dengan pertanyaan tersebut dengan harapan mendapat
pujian di atas perbuatan tersebut(diriwayatkan oleh as
syaikani dan lainnya daripada hamir bin abdul rahman
bin auf )
Pandangan Ulama Terhadap Asbabul Nuzul

Imam Al Wahidi berpendapat bahawa untuk


mengetahui tafsir sesuatu ayat Al Quran tidak mungkin
tanpa mengetahui latar belakang,peristiwa, dan kejadian
tentang penurunannya.Sementara Ibnu Daqiequl’ied
pula berpendapat bahawa keterangan tentang kejadian
turunnya ayat merupakanb cara yang terkuat untuk
memahami makna ayat al quran.
Ibnu Tamiyah pula berpendapat bahawa mengetahui
asbabul nuzul ayat,menolong kita memahami makna
ayat ,kerana mengetahui kejadian turunnya ayat itu
memberikan kita asas untuk mengetahui penyebabnya.

You might also like