Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
186Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Contoh Karangan

Contoh Karangan

Ratings:

4.0

(1)
|Views: 30,114 |Likes:
Published by Steve Lim

More info:

Published by: Steve Lim on Jul 16, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/14/2013

pdf

text

original

 
Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalanganmasyarakat di negara kita
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negarakita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlakudemikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkanmereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yangpenting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan danhendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu,mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikansambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidakmengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negaradijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalanganmasyarakat dapat ditingkatkan.Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untukmeningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satudaripada caranya adalah dengan
memberikan penekanan tentang prosespemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah
lagi. Perkara inimembolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kataperibahasa Melayu, ´
melentur buluh, biarlah dari rebungnya
µ. Sekiranyasemangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotikakan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan inipenting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akannegara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan namanegara.Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan
membuat pengubahsuaiandan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalamkurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi
. Sekiranya perkara inidilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotikkerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Denganperkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diujidalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikanmereka di institusi pengajian tinggi.Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan
kempen secarabesar-besaran
melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengansemangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang
 
kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Olehitu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik sepertitelevisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkansemangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyendan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapatmeningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklahmenayangkan filem seperti ´Bukit Kepongµ, ´Palohµ, dan drama-drama yangberkaitan dengan semangat cinta akan negara.Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah
menjalankanaktiviti yang bersesuaian
dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotikdalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebutboleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu,aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahandan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesentelevisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik denganmenjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokohmasyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu.Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahandapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui
contoh dan teladandaripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat
tanpa mengirabangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akanmencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yangtinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentinganmenghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluhpejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengansepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklahdihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidakdititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukaruntuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotikperlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana,semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akannegaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agamadan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi jugaakan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai
 
kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalanganremaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkanmereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu danmemainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dandisuburkan dalam kalangan masyarakat.

Activity (186)

You've already reviewed this. Edit your review.
todomaa liked this
1 hundred reads
1 thousand reads
Jr Ling liked this
Qian Qian liked this
Norsyhirah Osman liked this
JOan Chin liked this
Wen Ping Tan liked this
Nur Shamilah liked this
Hanafiee Napiee added this note
thanxx..

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->