Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pahala Bacaan al-Fatihah Insyaallah Sampai Kepada Si Mati

Pahala Bacaan al-Fatihah Insyaallah Sampai Kepada Si Mati

Ratings: (0)|Views: 296 |Likes:
Published by Azzaro Delpiero

More info:

Published by: Azzaro Delpiero on Jul 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/24/2010

pdf

text

original

 
Pahala Bacaan al-Fatihah Insyaallah SampaiKepada Si Mati
Written by zain-ysThursday, 13 May 2010 07:36
Oleh:
zain-ysSaya telah menyusun artikel yang serba kekurangan di bawah ini lebih kurang 10 tahun yang lalu.Ia pernah disebarkan dan pernah dimasukkan di al-ahkam.net, namun ia tenggelam dengan timbunan artikel-artikellain.Baru-baru ini, saya menerima beberapa SMS dan beberapa email dari sahabat yang meminta kepastian tentang jawapan al-Fadhil Dr Abu Anas Abd Basit Abd Rahman di rancangan Tanyalah Ustaz TV9 berkenaan
 sampaiataupun tidak al-Fatihah kepada si mati
. Saya tidak berkesempatan menonton rancangan itu. Namun, Dr Abu Anas,menurut cerita mereka menjawab bahawa pahalanya sampai kepada si mati. Beliau menisbahkan pendapat inikepada Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan al-Imam Ibnu Qaiyyim rhm.Keesokan harinya, saya sempat menonton rancangan Tanyalah Ustaz bersama Dr Abu Anas. Dan beliau ditanyasoalan yang sama, nampaknya memang benarlah itulah jawapan yang diberikannya. Berikut ini adalah petikan video jawapan dari Ustaz Dr Abu Anas Abd Basit:
Oleh kerana saya jahil dan tidak pandai dalam selok belok perkara ini, maka saya teringatlah artikel yang saya petik,cedok dan terjemah dari pelbagai kitab. Di dalamnya mengandungi pelbagai mazhab dan pandangan ulama berkaitan masalah
 sampai atau tidak amalan orang hidup kepada si mati
. Dan untuk memperoleh kepastiansekurang-kurangnya secara garis besarnya isikandungan artikel berkenaan tidak lari dari petikan-petikan asal, makasaya dengan rasa rendah diri mengajukannya kepada al-Fadhil Dr Abu Anas sendiri untuk disemak, dikoreksi,dikurangkan mana yang patut atau ditambah mana yang kurang. Dan alhamdulillah, beliau sudi menyemaknya danmelakukan koreksi dan penambahan.Artikel ini sebagai sokongan kepada jawapan yang diberikan oleh Dr Abu Anas tentang sampai atau tidak bacaan al-Fatihah dsbgnya kepada si mati.Semoga artikel ini bermanfaat dan untuk menjadikannya lebih bermanfaat lagi, sebarkanlah ia seluas mungkin.
 
Apakah Sampai Amalan Orang Hidup Kepada Si Mati: Satu Studi Perbandingan
 
Oleh:
Zain Y.S (al-ahkam.net)
Note:
 
Versi ini telah disemak, dikoreksi dan dilakukan penambahan oleh Dr Abu Anas Abd Basit Abd Rahman. Tulisan yang berwarnamerah adalah koreksi atau pembetulan dari beliau. Dan teks petikan Majmuk Fatwa Sheikh Ahmad bin Abdul Halim ibn Taimiah juga penambahan dari beliau. Terimakasih dan penghargaan kepada beliau kerana sudi meluangkan masa untuk tujuan ini.
Pendahuluan:
1. Dapat kita lihat bahawa melalui penjelasan di bawah ini nanti, secara ringkasnya, semua ulama dari kalanganAhlus Sunnah Wal Jamaah bersetuju bahawa amalan orang hidup sampai kepada orang mati (si mati). Cumaterdapat beberapa perbedaaan kecil yg berlaku. Umpamanya, Malik dan al-Syafi'i mengatakan bahawa ibadah badaniyah seperti sembahyang dan puasa tidak sampai. Namun, di kalangan Syafi'iyah mutaakhir mengatakanamalan berkenaan sampai.2. Untuk perhatian pembaca, perbahasan berkaitan tajuk ini hanya di sekitar samada sampai atau tidak pahalaamalan orang hidup untuk si mati. Artikel ini samasekali tidak membahaskan kaifiat atau tatacara atau bagaimanacara untuk menyampaikan pahala itu kepada si mati. Contohnya, artikel ini tidak membahas boleh atau tidak amalantahlilan, upacara mengirim arwah, yasinan dan sebagainya yang diamalkan oleh masyarakat kita.3. Ini bermakna, sampai atau tidaknya amalan orang kepada si mati adalah satu perkara dan manakala tata carauntuk menyampaikannya seperti yasinan, tahlilan dan sebagainya adalah satu hal yang lain pula.4. Bila seseorang itu berpegang dengan pendapat bahawa pahala sampai kepada si mati, tidak bermakna beliaumembolehkan amalan seperti upacara kirim arwah, yasinan dan tahlilan.5. Boleh atau tidaknya amalan berkenaan memerlukan satu perbahasan lain yang panjang lebar.
Berikut ini adalah petikan yang kami ringkaskan dari kitab Syarah Aqidah al-Thahawiyah:(1) Apakah sampai amalan org hidup kepada si mati?
Seluruh ahlus sunnah wal jamaah telah bersepakat mengatakan bahawa si mati dapat manfaat dari usaha orang hidupmelalui dua perkara:1. Sebab2 yg dilakukan oleh si mati ketika hidupnya.2. Doa kaum muslimin, istighfar mereka kepada si mati, sedekah dan haji. Cuma, haji mereka memperselisihkannya,apakah sampai manfaatnya kepada si mati ataupun tidak?
 
Dalam hal ini, Muhamad bin al-Hasan menolak sampainya manfaat dari haji. Beliau mengatakan: "Hanyasanya,sampai kepada si mati pahala sedekah. Manakala pahala haji adalah kepada orang yang mengerjakannya.”Manakala para ulama lain pada umumnya mengatakan bahawa pahala haji dapat kepada mereka yg dihajikan. Dan,inilah pendapat yg sahih.
(2) Bagaimana dengan ibadah badaniyah? Apakah sampai?
Ibadah badaniyah pula seperti puasa, sembahyang, bacaan al-Quran dan zikir, terdapat beberapa pendapat:
Golongan 1:
Abu Hanifah, Ahmad dan jumhur ulama salaf mengatakan bahawa ia sampai kepada si mati.
Golongan 2:
Pendapat masyhur mazhab Syafi'i dan Malik mengatakan tidak sampai kepada si mati.
Golongan 3:
Ahli bid'ah dari kalangan ahli kalam mengatakan tidak satu apapun yg dapat sampai kepada si mati,samada doa kaum muslimin atau selainnya. Pendapat mereka ini dapat ditolak dengan al-Quran dan al-Hadis.
(3) Dalil
Dalil di sekitar golongan yang mengatakan bahawa si mati memperoleh manfaat dari amalan orang hidup:
a. Mendapat manfaat tanpa sebab2 yg dibuat olehnya semasa hidup:
1. Firman Allah Taala: (Al-Hasyr: 10)
"dan orang-orang (Islam) Yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami!ampunkanlah dosa Kami dan dosa saudara-saudara Kami Yang mendahului Kami Dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan Dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang Yang beriman. WahaiTuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu".
Dalam ayat ini menunjukkan si mati memperoleh manfaat dari istighfar orang hidup.2. Terdapat nash-nash yg telah diijmak-kan oleh muslimin bahawa si mati memperoleh manfaat dari doa kaummuslimin di dalam sembahyang jenazah. Begitu juga doa selepas si mati di tanam. Antaranya ialah hadis Abu Dauddari hadis Usman bin Affan r.a., katanya adalah Nabi s.a.w. apabila selesai menanam mayat, baginda s.a.w. berdiridi situ dan bersabda:
"Pohonlah keampunan untuk saudaramu. Kamu pohonlah ketetapan kepadanya. Maka sesunggunhya dia sekarang sedang disoal." 
 Ini termasuklah doa ketika menziarahi kubur sebagaimana yg termaktub di dalam sahih muslim samada dari hariBuraidah binal-Husaibataupun dari hadis Aisyah r.a.
b. Dalil yg mengatakan bahawa pahala bersedekah sampai kepada si mati
ada disebutkan di dalam sahihain(Bukahri & Muslim). Dari Abdillah bin Abbas r.a., bahawa Sa'd bin Ubadah kematian ibunya ketika ketiadaannya,lalu dia pergi kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya ibuku telah mati ketikaaku tiada, apakah dia mendapat manfaat jika aku bersedekah? Baginda s.a.w. menjawab: Ya. (HR Bukhari)

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Azzaro Delpiero liked this
Azzaro Delpiero liked this
Azzaro Delpiero liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->