Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
99Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PKU 3106

PKU 3106

Ratings: (0)|Views: 2,056 |Likes:
Published by Zawani Ahmad

More info:

Published by: Zawani Ahmad on Jul 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/21/2013

pdf

text

original

 
1.0PENGENALAN1.1Lembam (Slow Learner)
Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikankelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awalsetelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca menulis danmengira dalam pendidikan. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakangaris pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antarakanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana permasalahan merekatidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahanpermasalahan mereka dapat dikesan (Jamila 2005).Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, keupayaanintelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih didalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah dalammemberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalamingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan,mudah membuat kesalahan akibat kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dankepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik,mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakandan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik (Jamila, 2005).Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukamenyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalahsosial-emosi. Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran sepertiyang diharap dan dirancangkan. Terdapat beberapa golongan kanak-kanak yangtidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlakudengan baik dan cemerlang. Antara golongan itu adalah kanak-kanak bermasalahpembelajaran. Secara sedar ataupun tidak, pelbagai pihak telah memainkanperanan masing-masing atas kesedaran untuk tidak meminggirkan kanak-kanakberkeperluan khas. Jika dilihat dari mata kasar pihak-pihak yang paling dekatdengan murid tersebut adalah guru dan ibu bapa. Disamping itu pihak-pihak lain juga turut memainkan peranan agar kanak-kanak berkeperluan khas ini bolehmemajukan diri seiring dengan individu yang lain.
PKU 3106Halaman
1
 
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan,kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga merancang dan membina alatpengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat,menilainya, melapor dan menjalankan tindakan susulan, seperti aktiviti pengukuhan,pengayaan dan pemulihan. Ujian ialah satu kaedah atau prosedur yang digunakanuntuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan sifat atau trait seseorangberhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995).Ujian adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalamsesuatu peperiksaan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menempatkan calon dalamkumpulan pelajar tertentu dan juga mengenal pasti kelemahan-kelemahan mereka.Bab ini akan mendedahkan anda kepada jenis-jenis ujian dan penilaian serta kaedahpengukuran yang biasanya digunakan dalam bidang pendidikan, khususnya berkaitdengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
1.2Pentaksiran
Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dankemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagiandaripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 AktaPendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untukmengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh danmempertingkatkan perkembangan mereka.Hasil pentaksiran membolehkan gurumengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu gurumengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif danpsikomotor.Dalam Pendidikan Khas, pentaksiran ialah suatu proses pembelajaran yangmerangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor danmenterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuantertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Maklumat hasil pentaksiran akandirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard
PKU 3106Halaman
2
 
perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan buktidan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajarandan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal,lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik.Pentaksiran dalam Pendidikan Khas juga adalah untuk memberi maklumat dangambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran sepertimembaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan puncamasalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran danpenempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya
1.3Ujian diagnostik
Ujian diagnostik ialah ujian yang digunakan untuk mengenal pasti masalah yangdihadapi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga untukmenentukan punca-punca yang menyebabkan masalah itu berlaku. Apabila sesuatusebab dapat dikenal pasti, maka tindakan lanjutan untuk mengatasi masalah inidapat dirancang dan dilaksanakan oleh guru. Ujian diagnostik biasanya ditumpukankepada tajuk tertentu dan itemnya dibina secara terperinci supaya masalah yangdihadapi setiap pelajar dapat dikenalpasti bagi tajuk tersebut. Contoh ujiandiagnostik ialah ujian bacaan untuk mengenal pasti masalah pelajar mengenal danmenyebut huruf. Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan muriddan ini memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihankepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitumelibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab,inventori, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa. Ujian diagnostik ialahmerupakan satu ujian formatif. Data-data yang diperolehi menunjukkan kelemahandan kekuatan murid. Ujian ini dapat membantu guru mengenalpasti puncakegagalan murid menguasai sesuatu kemahiran. Malahan, analisa keputusan akanmembantu guru merancang program pengajaran kepada individu atau kumpulansecara tepat dan sistematik.
PKU 3106Halaman
3

Activity (99)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Stella Chin liked this
Sylvister Philip liked this
Mohd Hafiz liked this
Mohd Ariff Sabry liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->