You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


JOHOR BAHRU

KERJA KURSUS PENDEK

NAMA :
NO. KAD PENGENALAN :
OPSYEN : PENGAJIAN KEMAHIRAN HIDUP (KH1)
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU MINOR (KPLI)
PENSYARAH PEMBIMBING : TUAN. HJ. MARWAR BIN ABD. KADIR
TARIKH SERAHAN : 17 APRIL 2009
Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran: Bahasa Melayu


Kelas: 3B
Tarikh: 7 Mei 2009
Masa: 8.30 – 9.30 pagi (60 minit)
Bilangan Pelajar: 25/25 orang

Tajuk: Bacaan dan Pemahaman Jasa Ibu (Petikan – Batu Belah Batu
Bertangkup)

Kemahiran: Fokus utama:


6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan
daripada teks.
Aras 1 (i) Mendapatkan keterangan maksud keseluruhan teks.
Fokus sampingan:
5.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.
Aras 3 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap.

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:


1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 isi utama daripada teks.
2. Membaca petikan dengan nada yang betul.
3. Mengeja sekurang-kurangnya 5 daripada 10 perkataan dengan
betul.

Kemahiran Bahasa: Mendengar dan bertutur, membaca, menulis.

Sistem Bahasa: Tatabahasa:


Ayat tunggal dan ayat majmuk
Ejaan
Kosa kata:
Membalas jasa, menyiang ikan, menyajikan, serba salah, hampa

Kemahiran Berfikir: Mencari maklumat, menjana idea dan membandingbeza.

Penerapan Nilai: 1. Rasa hormat kepada ibu.


2. Menghargai ibu.

Bahan Bantu Mengajar: Klip video, kad manila, petikan teks dan kertas penggayaan.
Langkah/Fasa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Masa (min) Pembelajaran
Set Induksi Soalan-soalan: 1) Guru memasang sebuah BBM:
(± 5 min) 1) Pernahkah kamu klip video ‘Batu Belah Batu Klip Video
melihat cerita ‘Batu Bertangkup’ dan meminta
Belah Batu pelajar melihatnya. Nilai:
Bertangkup’? Kasih sayang dan
2) Guru meminta pendapat menghargai
2) Pernahkah kamu pelajar mengenai klip video
membuat sesuatu yang tersebut.
melukakan hati ibu
kamu? 3) Guru mengaitkan dengan
tajuk pelajaran pada hari
3) Senaraikan perbuatan tersebut.
yang tidak elok dibuat
kepada ibu kamu.

Langkah 1 Membaca, memahami 1) Guru meminta pelajar BBM:


(± 30 min) petikan dan menjawab merujuk pada kertas yang Kertas petikan
soalan-soalan. diedarkan (sila rujuk dan kertas latihan
Lampiran A).
Kemahiran
2) Guru meminta pelajar Berfikir:
membaca petikan secara Kritis dan kreatif
senyap. Memproses
maklumat
3) Guru menerangkan cerita
tersebut secara ringkas. Kecerdasan
Pelbagai:
4) Guru meminta pelajar Verbal Linguistic
menjawab soalan.

5) Guru memanggil beberapa


orang pelajar untuk
membacakan jawapan
mereka.

6) Guru membetulkan
kesilapan murid jika ada.

7) Guru memastikan semua


Langkah/Fasa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Masa (min) Pembelajaran
murid telah menyenaraikan
lima isi penting dan lima
soalan berdasarkan isi
penting tersebut.

Langkah 2 Menyebut perkataan 1) Guru meminta pelajar Kemahiran:


(± 5 min) dengan bacaan nyaring. membaca petikan dengan Membaca dengan
kuat dengan nada dan nada yang sesuai
intonasi yang betul.

2) Guru membetulkan nada


dan intonasi yang salah jika
ada.

Langkah 3 Membina dan menulis 1) Guru memberi contoh ayat BBM:


(± 15 min) ayat tunggal serta ayat tunggal. Papan tulis
majmuk. Kertas Lukisan
Ayat tunggal
Memberi kerja rumah. Cth: Nuaim sayangkan Ibu. Nilai murni:
Subjek: Nuaim Daya usaha
Predikat: sayangkan Ibu. Rajin
Berdikari
2) Guru memberi contoh ayat Kreatif
majmuk.
Kerja Rumah:
Ayat majmuk (A+B) Kad ucapan untuk
Cth: ibu
A) Nasya akan belajar
bersungguh-sungguh.
B) Nasya akan membalas
jasa Emak.
A+B) Nasya akan belajar
bersungguh-sungguh dan
membalas jasa Emak.

3) Guru menerangkan
perbezaan ayat tunggal dan
ayat majmuk iaitu:
- Ayat tunggal terdiri
daripada satu subjek dan
Langkah/Fasa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Masa (min) Pembelajaran
satu predikat.
- Ayat majmuk terdiri
daripada dua atau lebih
ayat tunggal.

4) Guru menyuruh murid


membina satu ayat tunggal
dan satu ayat majmuk
untuk ditulis di dalam kad
ucapan Hari Ibu (kerja
rumah).

5) Guru menyemak dan


membetulkan kesalahan
ejaan jika ada.

6) Bagi pelajar yang tiada


masalah membina ayat
tersebut, guru menyuruh
untuk mencari perkataan
tersembunyi sebagai
aktiviti penggayaan (Sila
rujuk Lampiran B).

7) Guru membimbing pelajar


yang tidak dapat membina
ayat tunggal dan ayat
majmuk tersebut.

8) Guru memberi kertas


lukisan dan menyuruh
menulis ayat tunggal dan
ayat majmuk sebagai kerja
rumah. Kertas lukisan itu
akan dijadikan kad ucapan
untuk diberikan kepada ibu
pelajar. Kad yang paling
kreatif akan diberi hadiah 5
batang pensil.
Penutup Penutup sosial: 1) Guru membimbing pelajar Kemahiran
Langkah/Fasa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Masa (min) Pembelajaran
(± 5 min) Rumusan pelajaran dan untuk merumuskan hasil Berfikir:
motivasi pelajar untuk pembelajaran hari ini. Merumuskan apa
tidak melukakan hati ibu yang dipelajari
dan menghargai ibu. 2) Guru memberi motivasi hari ini.
untuk menghargai ibu
dengan memberi kad Nilai murni:
ucapan pada Hari Ibu yang Menghargai ibu
akan disambut minggu Menjauhi perkara-
hadapan. perkara yang
menyakitkan hati
ibu.
Lampiran A

Baca dan fahamkan petikan di bawah dan jawab soalan yang diberikan.

Batu Belah Batu Bertangkup

Kononnya, pada waktu dahulu ada sebuah gua yang digelar batu belah batu bertangkup. Pintu gua ini
boleh terbuka dan tertutup bila diseru dan sesiapa yang termasuk ke dalam gua itu tidak dapat keluar
lagi.

Suatu masa dahulu di sebuah kampung yang berdekatan dengan gua ajaib ini, tinggal Mak Tanjung
bersama dua orang anaknya, Melur dan Pekan. Mak Tanjung asyik bersedih kerana baru kehilangan
suami.

Pada suatu hari, Mak Tanjung teringin makan telur ikan tembakul. Dia pun pergi ke sungai untuk
menangkapnya. Bukan main suka hatinya apabila dapat seekor ikan tembakul.

"Wah, besarnya ikan yang mak dapat!" teriak Pekan kegembiraan.

" Ya, ini ikan tembakul namanya. Mak rasa ikan ini ada telurnya. Sudah lama mak teringin untuk
memakan telur ikan tembakul ini," kata Mak Tanjung.

Mak Tanjung terus menyiang ikan tembakul itu. Dia pun memberikan kepada Melur untuk dimasak gulai.

" Masaklah gulai ikan dan goreng telur ikan tembakul ini. Mak hendak ke hutan mencari kayu. Jika mak
lambat pulang, Melur makanlah dahulu bersama Pekan. Tapi, jangan lupa untuk tinggalkan telur ikan
tembakul untuk mak," pesan Mak Tanjung kepada Melur.

Setelah selesai memasak gulai ikan tembakul, Melur menggoreng telur ikan tembakul pula. Dia terus
menyimpan sedikit telur ikan itu di dalam bakul untuk ibunya. Pekan mula menangis kerana lapar. Melur
terus menyajikan nasi, telur ikan dan gulai ikan tembakul untuk dimakan bersama Pekan.

" Hmmm..sedap betul telur ikan ini," kata Pekan sambil menikmati telur ikan goreng.

" Kakak, telur ikan sudah habis. Berilah Pekan lagi. Belum puas rasanya makan telur ikan tembakul ini ,"
minta Pekan.

" Eh , mana ada lagi! Pekan makan sahaja nasi dan gulai ikan. Lagipun, telur ikan yang tinggal itu untuk
mak. Mak sudah pesan dengan kakak supaya menyimpankan sedikit telur ikan untuknya ," kata Melur.
Namun, Pekan tetap mendesak dan terus menangis. Puas Melur memujuknya tetapi Pekan tetap
berdegil. Tiba-tiba, Pekan berlari dan mencapai telur ikan yang disimpan oleh Melur untuk ibunya.

" Pekan! Jangan makan telur itu! Kakak simpankan untuk mak," teriak Melur.

Malangnya, Pekan tidak mempedulikan teriakan kakaknya, Melur dan terus memakan telur ikan itu
sehingga habis. Tidak lama kemudian, Mak Tanjung pun pulang. Melur terus menyajikan makanan untuk
ibunya.

" Mana telur ikan tembakul, Melur? " tanya Mak Tanjung.

" Melur ada simpankan untuk mak, tetapi Pekan telah menghabiskannya. Melur cuba melarangnya
tetapi...."

" Jadi, tiada sedikit pun lagi untuk mak? " tanya Mak Tanjung.

Melur tidak menjawab kerana berasa serba salah. Dia sedih melihat ibunya yang begitu hampa kerana
tidak dapat makan telur ikan tembakul.

" Mak sebenarnya tersangat ingin memakan telur ikan tembakul itu. Tetapi...." sebak rasanya hati Mak
Tanjung kerana terlau sedih dengan perbuatan anaknya.

Mak Tanjung memandang Melur dan Pekan dengan penuh kesedihan lalu berjalan menuju ke hutan.
Hatinya bertambah pilu apabila mengenangkan arwah suaminya dan merasakan dirinya tidak dikasihi
lagi.

Melur dan Pekan terus mengejar ibu mereka dari belakang. Mereka berteriak sambil menangis memujuk
ibu mereka supaya pulang.

" Mak, jangan tinggalkan Pekan! Pekan minta maaf ! Mak...." jerit Pekan sekuat hatinya.

Melur dan Pekan bimbang kalau-kalau ibu mereka merajuk dan akan pergi ke gua batu belah batu
bertangkup. Mereka terus berlari untuk mendapatkan Mak Tanjung.

Malangnya, Melur dan Pekan sudah terlambat. Mak Tanjung tidak mempedulikan rayuan Melur dan
Pekan lalu terus menyeru gua batu belah batu bertangkup agar membuka pintu. Sebaik sahaja Mak
Tanjung melangkah masuk, pintu gua ajaib itu pun tertutup.

Melur dan Pekan menangis sekuat hati mereka di hadapan gua batu belah batu bertangkup. Namun ibu
mereka tidak kelihatan juga.
Latihan.

1) Nyatakan lima isi penting yang dibincangkan dalam petikan di atas.


Contoh: Mak Tanjung tinggal bersama dua orang anaknya, Melur dan Pekan.

Jawapan:
1.

2.

3.

4.

5.

2) Daripada pernyataan ini, bina satu soalan.


Contoh:
Isi penting: Mak Tanjung menangkap seekor ikan Tembakul.
Soalan: Siapakah yang menangkap ikan Tembakul?

Jawapan:
1.

2.

3.

4.

5.
Rujukan

1) Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998) Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

2) Kementerian Pendidikan Malaysia. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Pusat


Perkembangan Kurikulum (PPK).

3) Tajuk Laman Web: Dongeng Warisan, Alamat URL:


www1.moe.edu.sg/nadi/arkib/2005/sep/budaya/dongengwarisan/dongengwarisan.htm
Dicapai pada 10 April 2009.

4) Slaid Pembentangan: Strategi Pengajaran Bahasa Melayu, Marwar Abd. Kadir. Johor
Bahru.

5) Tajuk Laman Web: Mari Belajar Adik-Adik, Alamat URL:


wwwmaribelajar.blogspot.com/2008/09/rancangan-pengajaran-harian.html
Dicapai pada 11 April 2009.

You might also like