Ibadat Haji merupakan ibadat yang difardhukan sekali seumur hidup bagi setiaporang Islam, sama ada lelaki atau perempuan.Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud:
Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullahiaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkankewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkansesuatu pun) dari sekalian makhluk.
Allah s.w.t telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah danNabi Muhammad s.a.w tidak pernah mengerjakan ibadat Haji kecuali Haji Wida'.Semuaimam-imam bersependapat bahawa ibadat Haji adalah fardhu, malah ia adalah rukunIslam kelima dan ia juga fardhu yang perlu dikerjakan secepat mungkin.
Fardu:
Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan dan ia adalah penentu bagi ibadat Hajisama ada sah atau tidak serta tidak wajib membayar Dam apabila meninggalkannya.Fardhu juga dikira sebagai rukun dan syarat. Semua Mazhab bersependapat tentangperkara fardhu dan wajib dalam Haji. Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan malah batalHaji jika meninggalkannya. Fardhu juga dikira sebagai rukun Haji.Perkara-perkara fardu di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:1.Berihram.2.Wuquf di Arafah.3.Tawaf Ifadhah.4.Bersaie di antara Safa dan Marwah.
Wajib:
Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan serta wajib membayar Dam jikameninggalnya.Perkara-perkara wajib di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:1.Berihram dari Miqat.2.Wuquf di Arafah.3.Bermalam di Muzdalifah.4.Bermalam di Mina.5.Bercukur atau bergunting rambut dan bercukur adalah afdhal.6.Melontar setiap Jamrah.7.Tawaf Wida'
Sunat:
Perkara yang digalak mengerjakannya. Orang yang mengerjakannya akandiganjarkan dengan pahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan dibalas seksa.Sunat, mandub, mustahab dan tatawwu' ialah: Beberapa perkataan yang mempunyaipengertian sama.Perkara-perkara sunat di dalam Haji iaitu: