Pelbagai tujuan program ini diadakan, antaranya untuk memberikan pendedahan,peluang, dan pengalaman berkaitan aktiviti pendidikan luar. Tujuan utama pengajarandan pembelajaran Sukan Rekreasi untuk membolehkan bakal guru menguasaisesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat dalam aktiviti pendidikanluar ini. Pendidikan Luar merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaranyang memberi pendedahan dengan mewujudkan iklim luar bilik darjah yangmenggalakkan bakal guru secara aktif pada tahap yang kompleks di samping mengujiketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain itu, melalui programseperti ini juga dapat memupuk semangat toleransi, kerjasama, dan setiakawan disamping mampu membentuk kepimpinan serta kekentalan jiwa sebagai seorangbakal guru.
2.2Objektif
Objektif Program Pendidikan Luar KDC-KDPM Pengajian Pra Sekolah AmbilanMei 2009, KDC-KDPM Pengajian Islam Ambilan November 2008 dan KPLI-KH(SR) Ambilan Januari 2010, ini ialah untuk memastikan pelajar ini :
i)
Memberi pendedahan dan pengalaman bekerja dalam kumpulan(Teamworking) seterusnya memupuk semangat saling bantu- membantudan toleransi dalam kalangan peserta.
ii)
Melatih bakal guru menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif .
iii)
Mampu membentuk seorang bakal guru yang fleksibel atau mampumenyesuaikan diri (adaptability) dalam apa jua keadaan.
iv)
Memberi kesedaran kepada bakal guru mengenai konsep pembelajaransepanjang hayat (Lifelong Learning) yang mana pengalaman yangdiperolehi dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
v)
Memupuk keyakinan diri (Self-Esteem).
vi)
Memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan dalammenghadapi sebarang perubahan yang berlaku di persekitaran luar dengan membolehkan seseorang pemimpin membuat perancangan danstrategi.
2