Professional Documents
Culture Documents
ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
1
PROGRAM : KURIKULUM
TUNTUTAN AKAUN :
TUNTUTAN PERBELANJAAN:
2
PROGRAM
KEM IBADAH TAHUN 6 2008
PENAUNG :
PPD
PENGERUSI :
PN. HJH. SARAH BTE. ABU
NAIB PENGERUSI :
PN. HJH. MAH BT. LEH
PN. IDAH BTE MOHD
PN. HJH. SITI BT. WAHAB
PENYELARAS :
PN. ROS BT MAAROF
SETIAUSAHA :
EN. DON B. AHMAD
BENDAHARI :
PN. NOR BT KASAN
3
NAMA PROGRAM : KEM IBADAH TAHUN 6 2008
TARIKH : 20 – 21 Jun 2008
HARI : JUMAAT - SABTU
TEMPAT : SURAU & KELAS TERBABIT
SASARAN : 39 MURID TAHUN 6
TUNTUTAN AKAUN :
PENDAHULUAN :
Segala puji bagi Allah, Pentadbir alam buana, Penguasa pada percaturan hidup manusia.
Segugus cinta buat junjungan tercinta Rasulullah s.a.w, ikon mukmin sedunia. Di dalam usaha
melestari generasi Rabbani, menunjang agama, menggilap potensi diri agar terus memiliki
syakhsiah dan akhlak yang murni, maka sesuatu perlu dilakukan.
Program khemah ibadah ini dicetus dan diilhamkan buat merealisasikan hasrat dan cita-cita
itu. Semoga generasi yang bakal lahir adalah generasi Rabbani yang sentiasa menunjang
agama di setiap pojok kehidupan
TEMA:
“ MEMBENTUK GENERASI ALQURAN YANG CEMERLANG”
MATLAMAT :
Membentuk murid yang mempunyai asas keimanan yang kukuh merangkumi bidang ibadah,
akidah samada duniawi atau ukhrawi. Disamping itu juga ia bertujuan untuk menerapkan dan
menghayati nilai-nilai murni, mengamalkan cara hidup Islam, bertanggungjawab serta cergas.
OBJEKTIF :
1. Melahirkan pelajar yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
2. Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara mereka disamping
meningkatkan tahap keyakinan diri
3. Melahirkan murid yang berketrampilan dan yang mampu memikul tanggungjawab dan
boleh memimpin
ANJURAN :
Panitia Pendidikan Agama Islam.
KUMPULAN SASARAN :
39 orang murid Islam Tahun 6 Sekolah Kebangsaan XXXXXXX .
4
JANGKAMASA
TENTATIF PROGRAM
Hari Pertama (JUMAAT 20 Jun 2008) Hari Kedua (SABTU 21 Jun 2008)
5.30 ptg : Pendaftaran peserta 4.45 pagi : Qiyamulail dan Solat Subuh
6.00 ptg : Penginapan dan Taklimat Program 6.30 pagi : Kuliah Subuh
7.30 mlm : Solat Maghrib, Tazkirah 7.00 pagi : Riadhah (Senaman)
dan Solat Isyak 7.30 pagi : Sarapan Pagi dan Khidmat Diri
9.15 mlm : Icebreaking (Taaruf) 8.15 pagi : Slot B
10.15 mlm : Slot A 9.15 pagi : Slot C
11.15 mlm : Minum Malam 10.30 pagi : Minum Pagi dan Rehat
11.30 mlm : Himpun daya 11.00 pagi : Slot D
12.00 tgh : Slot E
12.45 tgh : Makan Tengahari, Solat Zuhur
Berjemaah, Rehat
Slot 1: Hadas Kecil / Besar
Slot 2: Mandi Wajib 2.30 ptg : Majlis Perasmian Penutup
Slot 3: Bacaan Dalam Solat 3.30 ptg : Majlis Bubar - Bersurai
Slot 4: Solat Jamaah
Slot 5: Perkara Asas Fardhu Ain
5
AJK PROGRAM :
PENDAFTARAN BUKU PROGRAM
Pn. Nor Pn. Dila
Pn. Kalsum
SIARAYA DOKUMENTASI
En. Othman En. Ashraf
En. Ismail
SENARAI FASILITATOR
1. Ahad
2. Min
3. Hashim
4. Aminah
5. Arif
6. Fuziah
7. Arol
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. PERKARA JUMLAH (RM)
1. Sijil RM 1 x 39 RM 39.00
2. Makan & Minum Peserta (39 org)
RM156.00
RM 4 x 39
3. Hadiah RM 5 x 2 = RM 10
Hamper Kumpulan Terbaik: RM 20 RM 30.00
4. Fotostat Modul & Kertas Kerja RM 20.00
5. Tanda Nama RM 1 x 39 RM 39.00
6. Persiapan Asas RM 50.00
Jumlah Perbelanjaan RM 334.00
6
KESIMPULAN / PENUTUP
Semoga program ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat sokongan serta kerjasama
dari semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program
ini. Diharapkan program ini dapat memberi impak yang positif kepada semua peserta bagi
melahirkan insan yang dapat mengamalkan disiplin dalam ibadah seharian dengan sempurna
serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
“Meneroka Potensi Membina Peribadi”