You are on page 1of 24

1.

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


1.3 REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK
b. Faktor Utama Reka Bentuk
Fungsi

Reka bentuk yang dihasilkan mestilah dapat menyelesaikan masalah serta


memenuhi tujuan sesuatu produk itu dibuat.

Rupa bentuk

Kebiasaannya sesuatu rupa bentuk yang dihasilkan akan dapat menarik


perhatian pengguna, mesra pengguna dan mempunyai nilai estetika yang
tinggi

Kesesuaian bahan

Pemilihan bahan mestilah bergantung kepada faktor seperti berikut :


 Sesuai dengan kegunaannya
 Mudah didapati
 Kos tidak terlalu mahal
 Keselamatan penggunaannya

Kaedah pembinaan

Sesuatu reka bentuk yang baik hendaklah mudah dibuat serta tidak
melibatkan proses pembinaan yang rumit.

Ketahanan

Ketahanan sesuatu reka bentuk seharusnya menepati tujuan dan fungsi reka
bentuk itu dibuatKos

1
Kos sesuatu produk yang hendak dihasilkan biasanya dikawal oleh faktor kos
bahan dan masa membinanya

Kemasan

Kemasan yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan bahan dan tujuan


penggunaan sesuatu reka bentuk

Keselamatan

Produk yang direka bentuk tidak mendatangkan kemudaratan atau kesan


bahaya kepada pengguna

Nilai komersial

Reka bentuk produk yang dihasilkan seharusnya mempunyai nilai komersial


supaya dapat bersaing dengan produk yang sedia ada

c. Jenis Bahan dan Pengikat


Hasil Pembelajaran
 Mengenal pasti saiz, sifat dan penggunaan bahan serta kesesuaiannya
 Mengenal pasti jenis-jenis pengikat
 Menyatakan cara penggunaan pengikat

Bahan

Bahan yang perlu dipelajari ialah PVC, perspek, aluminium dan keluli
lembut.

PVC( polyvinyl chloride )

2
Biasa didapati dalam bentuk serbuk, pasta, cecair dan kepingan.
Digunakan untuk membuat paip dan penyambung paip. Ia kuat dan tahan
lama serta tahan kepada cuaca yang berbeza.

Perspek

Perspek adalah merupakan sejenis plastik dalam kumpulan thermoplastics.


Ia juga dinamakan acrylic. Perspek biasanya digunakan untuk membuat
papan tanda, kotak lutsinar dan gogal. Boleh didapati dalam bentuk
kepingan, rod dan tiub. Bahan ini ringan, tahan lama dan kuat tetapi mudah
retak dan tergores. Klorofom atau simen pelarut digunakan untuk
mencantumkan antara dua keping perspek. Perspek juga boleh dibentuk
dengan menggunakan haba.

Aluminium

Logam bukan ferus ialah sejenis logam yang tidak mengandungi besi. Satu
contoh logam bukan ferus ialah Aluminium. Logam ini selalu digunakan dalam
pembuatan produk dan industri pembinaan seperti pembuatan bahagian
enjin, tin minuman dan kabel elektrik. Logam ini ringan dan merupakan
pengalir elektrik dan haba yang baik. Ia lembut, mudah dipotong dan mudah
dibentuk.

Keluli lembut ( mild steel )

Ferus adalah sejenis logam yang mengandungi besi dan mudah berkarat.
Satu contoh logam ferus ialah keluli lembut. Logam ini juga dikenali sebagai
keluli berkarbon rendah ( low carbon steel ). Boleh diperolehi dalam bentuk

3
bar, tiub dan kepingan. Logam ini biasa digunakan untuk membuat bol dan
nat, badan kereta dan dalam industri pembinaan.

Pengikat

Pengikat yang perlu dipelajari ialah ribet, glu panas ( hot melting glue ) dan
skru benam sendiri ( self-tapping screws).

Ribet ( rivet )

Ribet digunakan untuk menyambung bahan secara kekal. Kaedah meribet


terdiri daripada :
a. Menggunakan set ribet
b. Menggunakan pop ribet

Set Ribet & Ribet

Glu panas ( hot melt glue )

Glu ini digunakan untuk menghasilkan penyambungan yang cepat antara dua
bahan yang sama atau berlainan jenis. Penyambungan menggunakan glu ini
kurang kukuh. Glu ini boleh didapati dalam bentuk rod.

4
Skru benam sendiri ( self-tapping screws)

Skru ini mudah digunakan untuk kerja-kerja pemasangan dan


penyambungan. Kelebihan skru ini berbanding dengan skru biasa ialah skru
ini boleh mengulir sendiri ketika dipasang kepada bahan yang hendak
dicantumkan. Boleh diperolehi dalam pelbagai saiz.

Self tapping screw crome & black

d. Alatan Tangan dan Mesin

Hasil Pembelajaran
 Mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan
 Mengenal pasti nama dan fungsi mesin mudah alih
 Mengguna dan menyenggara mesin

5
Alatan tangan

Alatan tangan yang perlu dipelajari ialah pisau pemotong perspek, gandin
getah, penebuk pusat, riveter, hot glue gun dan stapler gun.
Pisau Pemotong Perspek

Digunakan untuk memotong kepingan perspek dalam bentuk garisan lurus.

Pemotong Perspek
Penebuk Pusat

Digunakan untuk menanda pada permukaan logam sebelum menggerudi.Ini


bertujuan supaya mata gerudi tidak tergelincir ketika kerja menggerudi
dijalankan.

Penebuk Pusat

Gandin Getah

Digunakan untuk mengetuk atau membentuk kepingan logam lembut tanpa


meninggalkan kesan.

6
Gandin Getah

Proses membentuk

‘Hot Glue Gun’

Digunakan untuk memanaskan dan mencairkan glu panas ( hot melt glue)
untuk tujuan penyambungan antara bahan. Alat ini mesti digunakan dengan

7
pengawasan guru kerana glu yang telah cair sangat panas dan boleh
mengakibatkan kecederaan.

Hot Glu Gun

Pengikis

Digunakan untuk mengikis lebihan tepung penyumbat ( putty ) pada benda


kerja. Kerja menyumbat lubang kecil atau ira kayu boleh juga menggunakan
alat ini. Selepas digunakan, alat ini hendaklah dibersihkan sebelum disimpan.

Pengikis
‘Rivetter’ ( Hand riveter )

8
Digunakan bersama pop rivet dengan tujuan untuk membuat pemasangan
antara dua bahan yang sama atau berlainan jenis secara kekal.

Rivetter dan cara


penggunaan

9
Mesin Mudah Alih

Mesin mudah alih yang perlu dipelajari ialah mesin gergaji jig, cordless
screw driver dan mesin pelelas ( sander ).

Mesin Gergaji Jig Mudah Alih

Mesin ini biasanya digunakan untuk memotong lengkung atau garisan lurus
pada kayu dan papan lapis. Semasa menggunakannya, pakai gogal untuk
keselamatan. Mesin ini boleh diubah kelajuannya mengikut kerja yang akan
dilakukan.

Mesin Gergaji Jig Mudah Alih

10
‘Cordless screw driver’

Digunakan untuk melonggar atau mengetatkan skru dengan lebih cepat. Ini
disebabkan putaran bindunya boleh dilaraskan. Untuk kerja mengetatkan skru
laraskan putaran bindu mengikut pusingan jam(forward) manakala untuk
melonggarkan atau menanggalkan skru, laraskan putaran bindu mengikut
lawan jam(reverse). Kuasa menggerakkan motor mesin ini dikendalikan oleh
bateri yang boleh dicas semula.

Cordless
screwdriver

Mesin Pelelas Mudah Alih ( sander )

Mesin ini terdiri daripada dua jenis iaitu belt sander dan disc sander. Kedua-
dua mesin ini digunakan untuk kerja melelas kayu atau plastik. Kertas pelelas
mesin ini hendaklah digantikan dengan yang baru apabila kertas pelelas lama
telah haus. Ini bertujuan mengelakkan motor mesin pelelas rosak.

Mesin Pelelas
Mudah Alih

11
e Pembinaan

Hasil Pembelajaran
 Mengukur , menanda dan memotong
 Mengenal pasti cara membentuk dan mencantum

Bahan Pemasangan

Engsel

Engsel biasanya digunakan untuk memasang pintu, tingkap dan almari .


Diperbuat daripada keluli lembut, aluminium atau loyang.

Engsel

Bracket

Bracket digunakan untuk memasang tetingkat dalam almari atau pada


dinding. Biasanya bracket diperbuat daripada keluli lembut yang catkan.

Braket

12
Penyangkut

Biasanya penyangkut dipasang pada belakang bingkai gambar atau kotak


kecil dengan tujuan untuk digantungkan pada dinding.

Penyangkut

Stapler Gun

Alat ini digunakan untuk menyambung dua jenis bahan yang nipis dan lembut
dengan menggunakan dawai kokot.

13
f Reka Bentuk Projek

I Pernyataan Masalah atau Keperluan

Hasil Pembelajaran
 Mengenal pasti masalah atau keperluan yang hendak diselesaikan
 Menentukan aspek masalah yang hendak diselesaikan
 Mengumpul maklumat dan data
 Menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian masalah dalam bentuk
lakaran bebas

1 Contoh Penyataan Masalah – Tema Peragaan


Anda mempunyai hobi menanam pokok kaktus. Oleh kerana pasu
tanaman ini berada di merata-rata tempat, ini akan menimbulkan masalah
kepada penjagaan dan keselamatan tanaman itu. Di samping itu sekitar
rumah anda juga kelihatan tidak kemas dan tersusun.

Reka bentuk satu bekas / tempat supaya dapat menempatkan pasu-pasu


tanaman ini dengan kemas dan tersusun . Di samping itu juga dapat
mempamerkan tanaman ini untuk tujuan menarik perhatian dan minat
orang ramai.

2. Bahan-bahan berikut dibekalkan:


 Kayu 600mm x 100mm x 10mm – 2 unit
 Perspek 300mm x 100mm x 3 mm – 1 unit
 Keluli lembut - secukupnya
 Kepingan aluminium - secukupnya

14
3. Mengumpul maklumat dan data

Maklumat dan data berkaitan dengan masalah yang dinyatakan boleh


diperolehi daripada pembacaan buku-buku rujukan, katalog atau majalah
serta lawatan ke tempat semaian tumbuhan hiasan.
Maklumat yang telah diperolehi direkodkan untuk rujukan. Segala maklumat
ini hendaklah disimpan untuk tujuan pendokumentasian.

4. Sebelum memulakan lakaran idea-idea reka bentuk, anda patut


fikirkan tentang pertimbangan ( kriteria reka bentuk) seperti
berikut:

 Berapakah pasu kaktus yang hendak ditempatkan ?


 Apakah saiz yang sesuai untuk reka bentuk ini ?
 Adakah lebih baik menggantungkan rak pasu ini atau diletakkan
atas lantai atau meja ?
 Adakah reka bentuk ini selamat digunakan ?
 Bagaimana dengan struktur reka bentuk ini, adakah stabil dan
kukuh ?
 Apakah kemasan yang paling sesuai untuk reka bentuk ini ?
 Adakah reka bentuk ini mempunyai nilai komersial ?

15
5. Menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian masalah dalam
bentuk lakaran bebas.

Setelah mempertimbangkan kriteria reka bentuk, anda perlu menyenaraikan


pelbagai idea dalam bentuk lakaran bebas. Lakaran bebas ini boleh dibuat
menggunakan lukisan oblik, isometrik atau perspektif. (Dicadangkan melakar
4 atau 5 lakaran sekurang-kurangnya )

Contoh pelbagai alternatif sketsa

16
Contoh pelbagai alternatif sketsa

6. Menilai Dan Memilih Lakaran Yang Paling Sesuai

17
Pilih lakaran reka bentuk yang paling sesuai dan perbaikinya seberapa yang
boleh. Kemudian tunjukkan kepada guru serta buat perbincangan . Pastikan
saiz dan maklumat penting dalam lakaran lengkap apabila
mempersembahkan reka bentuk anda kepada guru.
Selepas perbincangan anda dikehendaki membuat lukisan kerja yang lengkap
berserta dengan dimensi dan maklumat lain yang penting.
Lukisan kerja ini hendaklah dibuat sama ada dalam bentuk lukisan isometrik
atau unjuran ortografik atau kedua-duanya sekali.

Perhatian :
Dicadangkan anda membuat model menggunakan bahan seperti kadbod,
manila kad, atau mounting board berpandukan lukisan kerja yang telah
disediakan. Ini adalah bertujuan untuk melihat saiz dan kesesuaian reka
bentuk yang telah anda hasilkan. Oleh itu, sebarang pembaikkan kepada reka
bentuk boleh dilakukan pada peringkat ini.

Lakaran yang telah dipilih


Lukisan Kerja

18
Menyediakan lukisan kerja berdasarkan lakaran yang dipilih.

ii Perancangan, pembinaan dan pengubahsuaian projek

19
Hasil Pembelajaran
 Menentukan dan merancang pembinaan projek
 Menyediakan jadual kerja
 Menyenaraikan bahan, alatan tangan dan mesin yang diperlukan
 Membina projek berdasarkan lukisan kerja yang dipilih
 Menguji dan menilai sendiri projek
 Mengubahsuai projek untuk mendapat hasil yang lebih berkualiti

Perancangan
Perancangan yang teliti perlu dibuat sebelum mula membina reka bentuk atau
projek anda. Antara perancangan yang penting ialah:
a. Menyenaraikan jenis dan kuantiti bahan yang hendak digunakan.
Senarai ini diperlukan untuk :
i. mengumpul , menyemak dan menyediakan bahan sebelum
memulakan kerja
ii. mengurangkan pembaziran bahan / kos
iii. bekerja dengan lebih sistematik dan terancang

Bil. Bahan Saiz Kuantiti

Contoh borang senarai bahan

20
b. Mengenal pasti dan menyenaraikan alatan tangan dan mesin
yang hendak digunakan.

Tujuan menyediakan senarai ini adalah untuk :


 membuat persediaan awal
 menjimatkan masa

Bil. Nama Alatan Tangan / Mesin

Contoh borang senarai alatan tangan / mesin

c. Mengenal pasti teknik atau kaedah pembinaan bersesuaian


dengan bahan yang digunakan

d. Mengenal pasti kemasan yang sesuai dengan bahan dan projek

21
e. Menyediakan jadual kerja supaya pembinaan dapat dilaksanakan
dalam tempoh yang ditetapkan.

Tujuan menyediakan jadual ini adalah untuk :


 bekerja dengan lebih terancang
 memastikan kerja dapat diselesaikan mengikut masa yang
diperuntukkan.

Bil. Aktiviti Tarikh/Masa Catatan


1. Mengenal pasti masalah 40 minit

2. Mengumpul data 40 minit

Contoh borang Jadual Kerja

f. Membuat anggaran kos bahan

Bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan membuat


belanjawan dalam penghasilan sesuatu projek supaya kos
pengeluaran dapat dikawal.

Bil. Perkara Kuantiti Kos/unit Jumlah

JUMLAH BESAR

Contoh borang pengiraan kos

22
Pembinaan dan pengubahsuaian

Setelah siap menyediakan semua perancangan seperti yang dinyatakan di


atas, anda bolehlah memulakan kerja-kerja pembinaan.
Apabila projek telah siap, buat pengujian dan penilaian berpandukan kriteria
reka bentuk yang dikehendaki. Berikut adalah contoh bagaimana membuat
penilaian reka bentuk.
 Adakah projek reka bentuk yang dihasilkan dapat berfungsi seperti
yang dikehendaki ?
 Adakah saiz projek reka bentuk itu sesuai ?
 Adakah kemasan yang dipilih sesuai dengan bahan yang digunakan ?
Akhirnya anda boleh membuat pengubahsuaian, jika perlu.

iii Pendokumentasian
Hasil Pembelajaran
 Mengumpul dan merekod maklumat projek
 Mengira kos pengeluaran
 Membuat persembahan projek

Untuk tujuan pendokumentasian yang lengkap anda perlu menyediakan kos


pengeluaran projek / produk. Cara mengira kos pengeluaran ini hendaklah
dibimbing oleh guru.

Kos Pengeluaran = Kos bahan + kos upah + kos overhed

Segala lakaran, maklumat dan perancangan projek yang telah dibuat


dikumpulkan dan disimpan dalam fail individu. Kemudian maklumat ini
disusun bermula dari pernyataan masalah hingga membuat pengubahsuaian
projek seterusnya dibukukan/folio. Di samping maklumat yang lengkap

23
berkaitan dengan penghasilan projek ,folio ini hendaklah juga mengandungi
butiran berikut:
 Nama murid
 Tingkatan / Kelas
 Nama Projek / Produk
 Lampiran jika ada

Perhatian : Murid juga digalakkan membuat persembahan projek kepada


rakan-rakan dalam kelas dengan tujuan untuk sesi kritik dan menanam
semangat yakin diri .

24

You might also like