Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
52Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PENDEKATAN REALISME

PENDEKATAN REALISME

Ratings: (0)|Views: 3,093 |Likes:
Published by IrwanSyazli Along

More info:

Published by: IrwanSyazli Along on Jul 20, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/26/2013

pdf

text

original

 
PENDEKATAN REALISME, NEOREALISME DAN NEOKLASIKALREALISME
Pendekatan secara umumnya adalah merujuk kepada satu struktur pemahamanyang sistematik terhadap sesuatu ilmu. Ia mempunyai beberapa asas yang dijadikanrujukan untuk mengkaji tentang sesuatu fenomena. Diantara ciri-ciri yangmendasari sesuatu pendekatan ialah andaian dan konsep-konsep asas. Bagi kajianmengenai politik dunia, pendekatan realisme, neorealisme dan neoklasikal realismemerupakan pendekatan popular yang mengkaji fenomena-fenomena antarabangsa berdasarkan perspektif tersendiri. Ketiga-tiga pendekatan ini berkongsi beberapaciri dan konsep asas disamping beberapa perbezaan yang menjadi kelainan diantarasatu sama lain. Maka di sini akan dibincangkan ketiga-tiga pendekatan tersebutsecara asas dan dibuat perbandingan.
Pendekatan Realisme
Pendekatan Realis mendominasi kajian politik dunia semasa era Perang Dinginsehingga kini. Kemunculannya adalah sebagai reaksi kepada pendekatan Idealismeyang bersifat ideal serta terlalu melihat kepada apa yang sepatutnya dilakukan(ought to be) dan bukannya reality sebenar sesuatu fenomena itu berlaku (really/what is). Prinsip Idealisme yang ideal tidak memberi kesan dalam mengkajitingkah laku negara-negara sehinggalah membawa kepada Perang Dunia Keduasekaligus menenggelamkan peranan Liga Bangsa yang menjadi kepercayaangolongan Idealis. Ekoran kegagalan Idealis ini, maka lahirlah pendekatan Realismeyang menggunakan kuasa sebagai teras untuk menerangkan politik dunia denganmengenepikan pemikiran yang penuh harapan seperti Idealis.Menurut Viotti & Kauppi (1987), sejarah permulaan pendekatan Realismediasaskan dari pemikiran zaman klasik seperti Thucydides (471-400 S.M),Machiavelli (1429-1527) dan Thomas Hobbes (1588-1679). Ketiga-tiga tokoh inimenggunakan kuasa sebagai asas yang mendasari pendekatan Realisme. Di dalam pendekatan ini juga, aktor utama yang paling ditekankan ialah negara dimana ianya berbeza daripada pendekatan Idealisme yang menjaga kemandirian individu.
 
Seterusnya, Realisme mempunyai tiga andaian utama yang menjadi asas kepada pendekatan ini.Pertama, golongan Realis mengandaikan manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan mementingakn diri sendiri. Manusia juga disifatkan sebagai jahat dan tidak boleh dipercayai antara satu sama lain. Kedua, golongan Realismengandaikan tingkah laku negara adalah rasional. Maka sebarang tindakannegara yang dilihat ‘mencabuli’ negara lain diterima atas asas negara sebagaiaktor rasional yang bertindak untuk kepentingan dan kemanana negara. Ketiga,Realis mengatakan aktor-aktor negara menyuarakan matlamat mereka dari satusuara yang diabsahkan yakni pemerintah di negara tersebut. Dalam keadaan ini pandangan pemerintah akan diletakkan sebagai pandangan negara.Selain andaian, terdapat beberapa konsep asas yang relevan dengan pendekatan Realisme. Diantaranya ialah konsep kuasa, keseimbangan kuasa,sistem antarabangsa dan bantaun kendiri (
 self help
). Menurut Viotti & Kauppi(1987), kuasa dari perspektif Realis ialah merujuk kepada keupayaan aktor untuk mengawal atau mempertingkatkan pengaruh atau kesan dari tindakannya ke atas pihak lain. Dalam keadaan dunia yang bersifat anarki, Realis menyarankan perlunya sesebuah negara memiliki kuasa untuk menjamin keselamatan negaradisamping mempertahankan kedaulatan dan maruah. Oleh itu, fenomena persaingan kuasa merupakan penentu untuk mencapai keamanan dunia.Konsep keseimbangan kuasa pula merujuk kepada kedudukankeseimbangan di antara negara dalam politik dunia. Kedudukan ini perlu untuk mengelakkan wujudnya satu kuasa yang dominan. Keseimbangan tersebut bolehdicapai menerusi keupayaan pertahanan yang setara di antara negar-negara dan penubuhan pakatan ketenteraan negara-negara. Sebagai contoh, semasa era PerangDingin, terdapat dua pakatan ketenteraan utama di dunia iaitu Nato yang diketuaiAmerika dan Warsaw Pact yang diterajui Kesatuan Soviet. Dalam sistemantarabangsa yang bersifat anarki, terdapat satu lagi konsep yang dipegang olehgolongan Realis iaitu bantuan kendiri atau (
 self help
). Sistem dunia yang bersifatsedemikian telah melahirkan rasa tidak percaya di antara negara-negara di dunia.
 
Oleh itu, negara akan mengutamakan keselamatannya terlebih dahulu sebelummenrima bantuan atau berinteraksi dengan negara lain.
Pendekatan Neorealisme
 Neorealisme bermaksud Realisme baru dengan merujuk kepada perkataan ‘neo’dihadapan perkataan Realisme. Pendekatan ini sememangnya berasal dari pendekatan Realisme dan masih berkongsi andaian-andaian dan konsep asas yangsama namun telah dimodifikasi untuk menyesuaikannya dengan dunia temporari.Ianya dianggap sebagai penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan yangtimbul daripada pendekatan Realisme yang asal. Diantara tokoh-tokoh yangmempelopori aliran Neorealisme ialah Kenneth Waltz dan Hans Morgenthau(1904-1980).Pendekatan neorealisme berpendapat selain daripada aktor negara yangmenjadi unit analisis dalam hubungan antarabangsa, kewujudan aktor bukannegara turut diambil kira sebagai salah satu punca berlakunya ketidakstabilan politik dunia. Strukur sistem antarabangsa dianggap sebagai penyumbang kepada peperangan masa kini. Oleh itu, pendekatan neorealisme juga dikenali sebagaiRealisme struktural kerana beranggapan peperangan meletus disebabkan olehstruktur sistem antarabangsa yang bersifat anarki yakni tiada suatu kerajaan atauautoriti yang mampu mengawal tindak tanduk negara. Disebabkan oleh anarki,negara yang berkuasa bebas melakukan apa sahaja. Hal yang demikianmenyebabkan negara mesti membina kekuatan angkatan tenteranya untumenjamin keselamatan negara kerana bagi pendokong Neorealis, keselamatannegara bermaksud mempertahankan semapadan negara dari ancaman ketenteraanmusuh (Zarina Othman 2006:189).
Pendekatan Neoklasikal Realisme
Pendekatan ini merupakan pendekatan terbaru yang menggabungkan teori realismeklasik dengan pendekatan neorealisme dalam usaha memahami kajian keselamatannegara dan politik dunia. Pendekatan ini cuba menerapkan unsur-unsur tradisionalRealisme yang asal disamping mempersoalkan pengabaian tentang faktor-faktor 

Activity (52)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
nura_soraya liked this
Muein Abadi liked this
Diena Ardania liked this
Muzz Aliyas liked this
Hawani Wahid liked this
Muzz Aliyas liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->