You are on page 1of 4

BANK PERDAGANGAN

 Bank perdagangan adalah instutusi kewangan yang dimiliki oleh pihak swasta yang motif
utamanya adalah untuk memaksimumkan keuntungan.
 Semua bank perdagangan di Malaysia dikawal sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia (BNM)
dibawah Akta Bank dan lnstitusi kewangan 1989.
 Bank perdagangan merupakan institusi kewangan yang paling banyak dan paling penting di
Malaysia.
 Mulai tahun 1997, bilangan bank perdagangan milikan tempatan di Malaysia telah dikurangkan
melalui proses penggabungan untuk manambahkan jumlah modal bank perdagangan tempatan.
 Penggabungan bank-bank perdagangan adalah perlu untuk mengatasi masalah kekurangan
kecairan dalam sistem bank akibat kemerosotan teruk dalam nilai ringgit RINGGIT
MALAYSIA dan harga saham-saham di Bursa Saham Kuala Lumpur.

CIRI UTAMA BANK PERDAGANGAN

Ciri utama bank perdagangan adalah untuk menyediakan kemudahan akaun semasa kepada
pelanggannya.Perkhidmatan ini membolehkan pembayaran dilakukan menggunakan cek.Kemudahan
akaun semasa ini juga membolehkan bank perdangangan mencipta kredit melalui proses peminjaman.

FUNGSI-FUNGSI UTAMA BANK PERDAGANGAN

1.Menerima deposit atau simpanan

Terdapat tiga jenis doposit (simpanan) di bank perdagangan iaitu, deposit tabungan ,deposit semasa
dan deposit tetap.Deposit atau simpanan yang diterima dari orang ramai ini adalah sumber kewangan
utama bank perdagangan untuk memberikan pinjaman kepada orang ramai.

a. Deposit tabungan: ialah deposit tunai orang ramai di bank perdagangan yang dikeluarkan
boleh dikeluarkan pada bili-bila masa.Deposit tabungan dibayar faedah ,tidak mempunyai
tempoh matang,tiada kemudahan cek dan sebagainya.Tujuan utama deposit tabungan adalah
untuk menggalakkan masyarakat menabung (menyimpan)

b. Deposit semasa : ialah deposit orang ramai di bank perdagangan yang hanya boleh
dikeluarkan dengan menggunakan cek.Deposit ini tidak dibayar faedah dan dikenakan bayaran
perkhidmatan untuk penggunaan cek.

c. Deposit tetap: ialah deposit orang ramai di bank perdagangan yang mempunyai tempoh
matang tertentu seperti 1 bulan ,3 bulan, 9 bulan dan 1 tahun ke atas.kadar faedah deposit ini
adalah lebih tinggi daripada deposit tabungan.
2.Memberikan pinjaman

Fungsi bank perdagangan yang paling menguntungkan ialah memberikan pinjaman kepada pelanggan,
firma , dan kerajaan. Pinjaman kepada firma dan kerajaan adalah untuk tujuan membiayai projek
pembangunan negara dan mewujudkan peluang pekerjaan baru.Antara jenis pinjaman yang disediakan
oleh bank perdagangan ialah:

I. Pinjaman bercagar

Pinjaman bercagar ialah pinjaman yang memerlukan cagaran daripada peminjam .Contoh
cagaran ialah syer,geran tanah,dan rumah.Pinjaman ini merupakan pinjaman jangka
panjang,iaitu untuk tempoh 3 hingga 25 tahun .Biasanya pinjaman ini dibuat untuk membeli
harta tetap seperti tanah dan rumah .Semua pinjaman ini dikenakan bunga oleh bank
perdagangan .Tetapi pinjaman yang biberi oleh sistem perbankan lslam tidak dikenakan
bunga.sebaliknya , dikenakan bunga.sebaliknya ,dikenakan bayar perkhidmatan bank.

II. Pinjaman persendirian

Pinjaman persendirian digunakan untuk membeli unit amanah,membiayai kos pelajaran anak,
atau untuk dijadikan modal bagi memulakan perniagaan.Tempoh pinjaman persendirian
biasanya tidak melebihi tiga tahun dan bayaran balik pinjaman serta bunga harus dibuat secara
ansuran bulanan.Kelulusan pinjaman persendirian kepada seorang individu bergantung kepada
kemampuan individu itu untuk membayar balik dan sebab-sebab pinjaman dibuat.

III. Kad kredit

Bank perdagangan memberi pinjaman kepada pemedang kad kredit secara tidak langsung.Bank
perdagangan membiayai perbelanjaan pemegang kad kredit dengan membayar bil bagi pihak
mereka.Bayaran ini merupakan sumber kredit kepada pemegang kredit.Jika jumlah kredit ini
tidak dijelaskan dalam suatu tempoh masa tertentu,bunga akan dikenakan.Selain daripada itu,
pemegang kad kredit juga boleh mengeluakan wang tunai.Walau bagaimanapun,jumlah wang
tunai yang boleh dikeluarkan bergantung kepada jenis kad kredit dan tingkat pendapatnya.

IV. Kemudahan overdraf

Bank perdagangan juga memberikan pinjaman dengan membenarkan pelanggannya


mengeluarkan sejumlah wang yang melebihi baki dalam akaun semasanya di bank
berkenaan.Bank perdagangan akan menetapkan jumlah overdraf maksimum yang boleh
dikeluarkan.Kadar faedah dikenakan ke atas jumlah overdraf yang dikeluarkan sahaja.

V. Mendiskaunkan bil-bil pertukaran

Bank perdagangan juga memberikan pinjaman dengan mendiskaunkan bil-bil pertukaran yang
dimiliki oleh pelanggannya.Bank perdagangan akan memberi sejumlah wang pendahuluan
kepada pelanggannya dan mendapat komisen daripada bil-bil pertukaran tersebut apabila telah
sampai tarikh matang bil.
3.Membuat dan menerima bayaran

a. Bank perdagangan akan membuat bayaran bagi pihak pemegang akaun semasa
apabila pihak-pihak lain mengemukan cek-cek yang dikeluarkan oleh pemegang
akaun bank tersebut.
b. Bank perdagangan juga membantu pemegang akaun semasanya menerima bayaran
dengan menjelaskan cek-cek yang dimasukkan ke dalam akaun semasa bank
berkenaan.

4.Mengeluarkan draf bank dan cek kembara

a. Draf bank ialah cek yang dikeluarkan oleh bank atas permintaan pelanggan.
b. Draf bank lebih diterima umum berbanding dengan cek yang dikeluarkan oleh
individu yang mempunyai akaun semasa.
c. Draf bank ini sangat berguna untuk membuat pembayaran seperti memohon terbitan
saham baru
d. Cek kembara pula ialahcek yang dikeluarkan oleh bank untuk memudahkan orang
ramai yang hendak membuat pembayaran semasa melawat ke luar negara.Cek ini
mempunyai nilai mata wang asing dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan
bank berkenaan di luar negara.Dengan menggunakan cek ini,seseorang itu tidak
perlu membawa wang tunai yang banyak ke luar negara.

5.Lain –lain kemudahan bank perdagangan

a. Menjual mata wang asing kepada pihak-pihak seperti


pengimport,pelancong,penuntut yang belajar di luar negeri dan pelabur yang ingin
melabur wang ke luar negeri.

b. Membuat pembayaran tetap bagi pihak pelanggan yang memerlukannya


melalui Perintah Sedia Ada.bank perdagangan menerima arahan daripada
pemegang akaun semasa untuk mendebitkan akaunnya sebanyak jumlah tertentu
pada tarikh tertentu.Biasanya jenis-jenis bayaran yang dibuat melalui perkhidmatan
ini ialah premium insurans,ansuran bulanan rumah,dan bayaran sewa.

c. Memberi perkhidmatan pindahan kredit ,iaitu membuat bayaran terus ke


dalam akaun penerima.perkhidmatan ini memudahkan firma untuk membayar gaji
kepada ramai pekerja setiap bulan.melalui perkhidmatan ini juga sesebuah syarikat
berhad dapat membuat pembayaran dividen kepada pemegang sahamnya dengan
mudah dengan mengkreditkan akaun mereka.

d. Memberikan perkhidmatan kad teller autumatik.Melalui perkhidmatan


ini,pelanggan dapat mengeluarkan wang dan membuat simpanan dengan mudah
pada bila-bila masa.Di samping itu,kad itu juga dapat digunakan untuk menyemak
baki simpanan di bank.
e. Menyediakan peti simpan selamat,iaitu peti khas yang dibina disebuah bilik
kebal di dalam bangunan bank,Bank perdagangan akan menyewakan peti simpan
selamat ini kepada mereka yang ingin menyimpan barang bernilai dan dokomen
penting seperti sijil saham,geran tanah,dan geran rumah.

f. Memberikan perkhidmatan nasihat kewangan dan perundingan kepada


pelanggan tentang hal-hal perniagaan dan peaburan.

g. Memberi perkhidmatan sebagai pemegang amanah kepada pelanggan


untuk menguruskan harta tetap dan asset kewangan.

You might also like