You are on page 1of 9

LATIH TUBI SPM SET 8

BAHAGIAN A
(40 MARKAH)
Soalan 1 hingga 20
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bulatkan jawapan
yang tepat di dalam lampiran kertas jawapan yang disediakan.

1. Orang yang mengamalkan perbuatan nifak digelar

A. kafir
B. fasik
C. murtad
D. munafik

2. Hukum akikah menjadi wajib apabila seseorang itu

A. bernazar
B. dikurniakan cahaya mata
C. berjanji dengan orang lain
D. memiliki harta yang banyak

3. Perbuatan menuduh seseorang yang baik berzina tanpa saksi disebut

A. liwat
B. lian
C. zihar
D. qazaf

4. Manakah pernyataan berikut dihukum makruh bagi perkahwinan?

A Seseorang yang tidak mampu memberi nafkah tetapi mempunyai keinginan


untuk berkahwin
B Seseorang yang tidak berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin
C Seseorang yang tidak mampu dan tidak mempunyai tuntutan mendesak untuk
berkahwin
D Seseorang berkemampuan dan tidak dapat mengawal hawa nafsu

5. Sedekah merapatkan hubungan manusia dengan manusia lain.


Terdapat berbagai jenis sedekah dalam Islam, antaranya

A. memberi senyuman
B. amar makruf nahi mungkar.
C. menolong orang membeli minuman haram
D. memberi salam ketika masuk dalam majlis ilmu

2
LATIH TUBI SPM SET 8

6. Islam menggalakkan umatnya menziarahi jenazah saudaranya dengan tujuan

A. meringankan bebanan hutang yang ditanggung oleh keluarga si mati


B. mengingati bahawa semua orang akan merasai kematian
C. menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam.
D. menunjukkan rasa sedih di atas kehilangannya

7. Menziarah jenazah seseorang banyak mendatangkan kebaikan kepada individu.


Antara berikut yang manakah merupakan kebaikan tersebut?

i. Dapat menunaikan hak sebagai seorang muslim.


ii. Memberikan keinsafan bahawa kematian merupakan takdir Allah S.W.T.
iii. Memberi amaran supaya tidak melakukan kemungkaran.
iv. Membantu ahli keluarga si mati dalam bentuk kewangan.

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv

8. Antara perkara makruh semasa melakukan sembelihan ialah

A dilakukan oleh ahli kitab


B sembelihan di waktu malam
C sembelihan dilakukan dengan alat elektrik
D menyembelih binatang yang kurus

9. Beliau adalah khalifah yang paling warak dan terkenal.


Memerintah selama 23 tahun 1 1/2 bulan
Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Al-Makmun
B. Harun Al-Rasyid
C. Abu Jaafar Al-Mansur
D. Abu Abbas Al-Saffah

10.
Beliau pernah dipenjara dan disebat 100 kali sebatan kerana menolak jawatan
juru tulis dan jawatan hakim di Baghdad dan meninggal dunia dalam penjara.
Tokoh yang dimaksudkan dalam penyataan di atas ialah:

A. Imam Malik bin Anas r.a.


B. Imam Syafie bin Idris r.a.
C. Imam Ahmad bin Hanbal r.a.
D. Imam Abu Hanifah bin Thabit r.a.

3
LATIH TUBI SPM SET 8

11. Pilih faktor-faktor kegemilangan bidang ilmu bagi kerajaan Abasiyyah

i. kreativiti para ulamak


ii. usaha dan galakan para khalifah
iii. kemasukan tentera yang bijak pandai
iv. mengikut tradisi dari kerajaan Bani Umaiyah

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv

12.
Allah S.W.T menyuruh hambanya bertaubat untuk membersihkan diri
daripada dosa kecil dan dosa besar.
Apakah sebab taubat perlu disegerakan ?

A. Kerana seseorang itu boleh bertaubat bila-bila masa.


B. Kerana seseorang itu tidak tahu bila ia akan mati.
C. Supaya dipandang mulia oleh manusia.
D. Supaya hidup disukai oleh manusia.

13. Pengertian iman menurut istilah syarak ialah

A. mengaku dengan lidah


B. membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya
C. beramal dengan apa yang diperintahkan Allah
D. membenarkan dengan hati, ikrar dengan lidah dan beramal dengan perbuatan

14. Maksud peminangan ialah

A. lamaran daripada seorang ayah kepada seorang anak.


B. persetujuan daripada seorang perempuan kepada seorang lelaki untuk
berkahwin
C. lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan
isteri.
D. persetujuan antara lelaki dan perempuan untuk berkahwin.

15. Apakah pengertian musyrik?

A. Orang yang tidak taat kepada Allah dan rasulnya


B. Orang yang menyekutukan Allah dengan sesuatu
C. Orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran
D. Orang yang mengingkari salah satu prinsip akidah dalam al-Quran dan Hadis

4
LATIH TUBI SPM SET 8

16. Ciri-ciri bakal suami dan isteri dalam Islam ialah

i. berilmu dan bertimbang rasa


ii. bertaqwa dan beriman
iii. cantik dan bergaya
iv. bersopan santun

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv

17. Apakah syarat-syarat yang membolehkan ibadat saie diterima?

A Berjalan dengan menonggeng kepala atau melintang.


B Dimulai di Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah.
C Dilakukan setelah wukuf di Padang Arafah.
D Hendaklah suci daripada sebarang hadas.

18. Tujuan menunaikan ibadat haji ialah

i. Menggunakan harta ke jalan yang diredai Allah S.W.T.


ii. Menyempurnakan rukun Islam ke lima
iii. Membersihkan diri dari dosa
iv. Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv

19. Antara cara-cara menangani ajaran sesat ialah

A. mengadakan aktiviti riadah.


B. mewujudkan suasana aman dan harmoni dalam masyarakat.
C. melatih masyarakat supaya berdisiplin.
D. menangkap dan memenjarakan orang yang mengamalkan ajaran sesat.

20. Jual beli yang dilarang tetapi sah menurut syarak ialah

i. jual beli secara tangguh


ii melakukan jual beli bersyarat
iii. berjual beli barang yang halal tetapi digunakan untuk maksiat
iv. membeli barang yang sedang dibeli oleh orang lain walaupun masih dalam
tempoh khiar

5
LATIH TUBI SPM SET 8

A i dan ii
B i dan iii
C Ii dan iv
D iii dan iv

Soalan 21 hingga Soalan 23 adalah berdasarkan rajah di bawah.


Lengkapkan rajah rukun jualbeli di bawah :

21._________
21._________ 23.__________
23.__________

Rukun Jualbeli

22._________
22._________ Akad
Akad jualbeli
jualbeli

24. Imam Al-Ghazali dilahirkan di ________ , Iran.

25. Picagari dan benang khusus untuk menjahit luka pembedahan dicipta oleh
__________ .

26. Sebaik-baik akikah ialah menyembelih ___________ ekor kambing untuk anak
lelaki.

6
LATIH TUBI SPM SET 8

Soalan 27 hingga Soalan 29 adalah berpandukan rajah di bawah.


Lengkapkan ajaran sesat dan ciri-ciri kesesatannya berdasarkan pilihan jawapan yang
disediakan.

Bahai Qadyani Taslim

Ajaran sesat dan ciri-ciri kesesatan

Jawapan Ciri-ciri kesesatan

27 . _________________________ Solat secara niat tanpa rukun qauli


dan fi’li.

Beriktikad bahawa Nabi Isa a.s mati


28. __________________________ disalib.

Beriktikad bahawa pengasasnya


29. __________________________ mempunyai sejuta jenis mukjizat.

30. Saidina Abu Bakar berketurunan Bani __________ .

31. Majalah ____________ diterbitkan oleh Sheikh Tahir Jalaluddin.

32. ___________ bermaksud melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain.

33. Iddah bagi isteri yang bercerai hidup dan telah putus haid ialah _________ .

34. Walimatulurus ialah jamuan yang diadakan untuk meraikan sesebuah


perkahwinan. Hukum mengadakannya adalah _________ .

35. Pertambahan yang diperolehi melalui pertukaran barang yang sama dikenali
sebagai riba __________ .

Soalan 36 dan Soalan 38 adalah berdasarkan jadual di bawah.

7
LATIH TUBI SPM SET 8

Lengkapkan carta organisasi kepimpinan Bani Umaiyah:

Khalifah pilihan

Abu Bakar al-Siddiq Othman bin Affan Ali bin Abi Talib

No. Polisi pentadbiran Jawapan

36. Memecat pegawai-pegawai kerajaan ____________


berketurunan Umaiyah.

37. Menghapuskan nabi palsu dan ____________


pengaruhnya.

38. Menetapkan al-Quran dibaca dalam ____________


“Lahjah Quraisy“.

39. Kitab karangan Imam Malik yang termasyhur ialah _________ .

40. Miqat terbahagi kepada dua iaitu miqat __________ dan miqat makani.

Bahagian B
[60 markah]

1 (a) Golongan Syiah berpecah menjadi dua puluh dua (22) puak. Antara yang masih
kekal hingga ke hari ini ialah Syiah Imamiah.

i. Mengapakah kumpulan ini dinamakan Syiah Imamiah ?


(2 m)
ii. Terangkan dua prinsip Syiah Imamiah yang bercanggah dengan akidah Ahli
Sunnah Wal Jamaah.
(4 m)
iii. Nyatakan nama lain bagi kumpulan ini dan mengapa mereka digelar
demikian.
(4 m)
(b) Membunuh diri adalah dosa besar.

i Nyatakan dua punca yang mendorong seseorang membunuh diri.


(4 m)
ii. Jelaskan tiga cara untuk mengelak berlakunya perbuatan membunuh diri.
(6 m)
2 (a) Suami dan isteri mempunyai tanggung jawab masing-masing bagi menjamin

8
LATIH TUBI SPM SET 8

kebahagiaan rumahtangga.

i. Terangkan dua akibat terhadap anak-anak sekiranya tanggung jawab


tersebut diabaikan
(4 m)
ii. Apakah tindakan suami sekiranya isteri lebih mengutamakan kerjayanya
daripada tugasnya dirumah.
(2 m)

(b) i. Nyatakan syarat-syarat sah bagi binatang yang hendak dibuat korban dan
aqiqah.
(2 m )
ii. Terangkan dua perbezaan proses pengagihan daging korban dan aqiqah.
(4 m)
(c) Firman Allah S.W.T.
     

Ayat 275, surah al-Baqarah

Maksudnya: “Dan Allah s.w.t menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.”

i. Nyatakan pengertian jual-beli.


(2 m)
ii. Jelaskan dua syarat barang yang boleh dijual beli.
(2 m)
(d) Seseorang isteri yang tidak menyukai suaminya diharuskan melakukan khuluk.
Terangkan dua hikmah disyariatkan perbuatan tersebut.
(4 m)

3 (a) Kepimpinan sesebuah negara adalah tunjang kemakmuran kerana pemimpin


yang baik dapat memandu rakyatnya kearah kecemerlangan.

i. Apakah yang dimaksudkan dengan pemimpin?


(2 m)
ii. Jelaskan dua ciri pemimpin menurut Islam.
(4 m)
iii. Nyatakan dua tanggung jawab pemimpin terhadap rakyat.
(4 m)

(b) Kegiatan perdagangan berkembang pesat semasa pemerintahan Kerajaan Bani


Abbasiyah.
Jelaskan tiga faktor yang mendorong ke arah perkembangan tersebut.
(6 m)

9
LATIH TUBI SPM SET 8

(c) Khulafa’ al-Rasyidin ialah gelaran kepada empat orang sahabat yang memegang
jawatan dalam Negara Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.
Jelaskan cara perlantikan Khulafa’ al-Rasyidin.
(4 m)
4 (a) Amar makruf dan nahi munkar merupakan usaha dakwah yang sangat penting.

i. Terangkan dua kebaikan melaksanakan tanggungjawab tersebut


(4 m)
ii. Jelaskan dua adab amar makruf dan nahi munkar seperti yang digariskan
dalam Islam.
(4 m)
(b) Jelaskankan dua cara berfikir menurut Islam.
(4 m)
(c) Hamka adalah ulamak Indonesia yang terkenal.
Terangkan dua sumbangan beliau dalam bidang ilmu.
(4 m)
(d) Terangkan dua perbezaan di antara sistem ketenteraan Kerajaan Umaiyah dengan
Khulafa’ al-Rasyidin.
(4 m)

KERTAS SOALAN TAMAT

10

You might also like