You are on page 1of 8

LATIH TUBI SPM SET 10

BAHAGIAN A
(40 MARKAH)

Soalan 1 hingga 20
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bulatkan jawapan
yang tepat di dalam lampiran kertas jawapan yang disediakan.

1. Yang berikut merupakan perkara-perkara yang dilarang ketika menunaikan ibadat


haji dan umrah, kecuali

A menutup kepala bagi perempuan


B memakai pakaian berjahit bagi lelaki
C memakai minyak wangi pada pakaian
D memakai sarung tangan bagi perempuan

2. Apakah hukuman bagi orang yang membunuh dan merampas?

A. Disalib
B. Dibunuh
C. Dipenjara
D. Dipotong tangan dan kaki

3. Antara yang berikut, manakah yang benar mengenai taubat?

A. Segera bertaubat apabila melakukan dosa


B. Taubat boleh dilengah-lengahkan
C. Allah akan menerima taubat hambanya
D. Seseorang itu diharuskan bertaubat apabila telah tua

4. Apakah denda yang dikenakan ke atas jemaah yang tertinggal salah satu daripada
perkara wajib haji?

A Dam
B Fidyah
C Kifarah
D Menunaikan haji semula

5. Saidina Abu Bakar as-Siddiq dipilih melalui kaedah

A. Syura
B. cadangan satu nama
C. pemilihan beberapa calon
D. pencalonan oleh sekelompok masyarakat

2
LATIH TUBI SPM SET 10

6. Nyatakan perkara yang membezakan antara rukun haji dengan umrah dalam amalan
rukun.

A Niat
B Tawaf
C Wukuf
D Bercukur

7. Kelebihan manusia berbanding dengan makhluk lain ialah dapat berfikir.


Mengapa Allah mengurniakan kelebihan ini?

A. Bagi menyempurnakan kejadian manusia


B. Supaya manusia menyedari nikmat kurniaan Allah s.w.t.
C. Supaya manusia melaksanakan tanggungjawab berkeluarga
D. Bagi membezakan antara tingkah laku manusia dengan haiwan

8. Yang berikut merupakan syarat wajib haji, kecuali

A Akil
B Islam
C Baligh
D Kuat tubuh badan

9. Mencukur atau mencabut bulu kening adalah haram.


Mengapakah amalan ini diharamkan?

A. Mendatangkan kemudaratan kepada wajah


B. Wajah akan kelihatan tidak menarik
C. Menyerupai perbuatan orang kafir
D. Mengubah ciptaan Allah S.W.T.

10. Manakah antara berikut tidak benar mengenai sebab perlunya beradab ketika
berzikir?

A. Zikir diterima oleh Allah s.w.t.


B. Zikir dapat menghapuskan dosa
C. Mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w
D. Dapat mendisiplinkan diri dengan beribadat

11. Yang berikut merupakan syarat-syarat sah ibadat korban, kecuali

A menyembelih binatang yang cukup umur


B harus disembelih oleh orang yang bukan Islam
C binatang yang halal dimakan
D binatang ternakan yang sihat dan tidak cacat.

3
LATIH TUBI SPM SET 10

12. Imam Abu Hanifah seorang yang sangat prihatin terhadap masalah fiqh.
Pilih penyataan yang paling tepat bagi menyokong kenyataan ini.

A. Beliau menulis kitab al-Muwattak untuk panduan umat Islam dalam bidang
fiqh
B. Beliau telah berguru dengan guru fiqh imam Hamad bin Sulaiman selama 18
tahun
C. Beliau cuba memperluaskan pelaksanaan hukum Islam dalam setiap aspek
kehidupan
D. Beliau hanya menerima hadis sahih dan kuat sanadnya sahaja sebagai sumber
penyelarasan dalam ilmu fiqh

13.
 Amalan ini merupakan suatu kemestian dalam
ibadat haji.
 Tidak sah haji sekiranya tertinggal salah satu
daripadanya
 Wajib diganti pada tahun berikutnya.

Yang manakah kenyataan yang betul berkaitan pernyataan di atas?

A Rukun haji
B Wajib Haji
C Sunat Haji
D Makruh Haji

14. Antara berikut adalah kesan daripada perbuatan riddah.

i. Hubungan suami isteri terpisah


ii. Kekal sebagai penghuni neraka
iii. Berhak mewarisi harta pusaka warisnya
iv. Harus dikebumikan di tanah perkuburan Islam

A. i dan, ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv

15. Bilakah masa bercukur bagi orang yang mengerjakan umrah?

A Setelah selesai mengerjakan sai


B Setelah selesai melakukan ihram
C Setelah selesai melakukan tawaf
D Setelah selesai melontar Jumratul Aqabah.

4
LATIH TUBI SPM SET 10

16. Manakah antara berikut pengertian iman dari sudut bahasa yang paling tepat ?

A. Aman
B. Tabah
C. Percaya
D. Tetap pendirian

17. Pilih jenis dam yang sesuai bagi pernyataan berikut.


Dam yang dibayar mengikut susunan dan
nilaian harga.

A Dam Tertib dan Takdir


B Dam Tertib dan Takdil
C Dam Takhyir dan Takdil
D Dam Takhyir dan Takdir

18.
 Beliau petah berpidato
 Beliau telah membawa pembaharuan yang besar khususnya di Nusantara.
SiapakahKaryanya dalam bidang agama dan falsafah telah menyentuh kehidupan
tokoh di atas
umat Islam di rantau ini.

Siapakah yang dimaksudkan dari pernyataan di atas?

A. Jamaludin al-Afghani
B. Syeikh Tahir Jalaludin
C. Syeikh Muhammad Abduh
D. Haji Abdul Malik bin Syeikh Abd. Karim

19. Apakah yang dimaksudkan dengan perkahwinan mut`ah?

A. Perkahwinan sindiket
B. Perkahwinan gantung
C. Perkahwinan bersyarat
D. Perkahwinan sementara waktu

20. Siapakah pengasas ajaran Qadiani ?

A. Muhamad bin Shafii


B. Maulana Mohd Sodiq
C. Mirza Ghulam Ahmad
D. Husin Ali al-Mazandarani

5
LATIH TUBI SPM SET 10

Soalan 21 hingga Soalan 23 adalah berdasarkan rajah di bawah.


Lengkapkan rajah di bawah :
Nama-nama
lain Ahli
Sunah wal-
Jamaah

Al-Salafus 21._______ 23._______


Soleh 22._______

24. Jenis insurans yang diterima mengikut syariat Islam dinamakan_________.

25. Orang yang mensyirikkan Allah dipanggil _________ .

26. Syiah Imamiah ialah golongan yang mengharuskan perkahwinan ________.

Soalan 27 hingga Soalan 29 adalah berpandukan rajah di bawah.


Lengkapkan rajah rukun umrah berikut:
Rukun Umrah

Niat ihram

27. ________________

28. ________________

Bercukur

29. ________________

30. Hukum membunuh diri adalah _________ .

31. Kerajaan Khulafa’ Al-Rasyidin berpusat di __________ .

32. Ibnu Sina pernah membaca buku metafizik karangan ________ sebanyak empat
puluh kali.

6
LATIH TUBI SPM SET 10

33. Tawaf bermaksud mengelilingi Baitullah Al-Haram sebanyak ________ kali


dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadat kepada Allah.

Soalan 34 hingga Soalan 36 adalah berdasarkan jadual di bawah.


Isikan jawapan yang betul.

Nama Mazhab Nama Pengasas

34.__________ Muhammad bin Idris

Hanbali 35.______________

Hanafi 36.______________

37. Binatang yang mati tanpa disembelih disebut _________ .

38. _________ ialah faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman,
hutang piutang dan pertukaran makanan yang sejenis.

39. Polisi Khalifah Othman bin Affan menetapkan bahawa al-Quran dibaca hanya
menggunakan lahjah _________ .

40. Sheikh Tahir Jalaludin merupakan orang yang bertanggungjawab


mengembangkan ilmu _________ di Malaysia.

Bahagian B
[60 markah]

1 (a) Ajaran Bahai merupakan salah satu ajaran yang menyeleweng daripada ajaran
Islam.

i. Siapakah pengasas ajaran Bahai?


(2 m)
ii. Nyatakan ciri-ciri kesesatan ajaran tersebut.
(4 m)
iii. Bincangkan langkah-langkah sewajarnya untuk menangani ajaran tersebut.
(4 m)

(b) Taubat yang bersungguh-sungguh disertai keazaman dan keikhlasan disebut

7
LATIH TUBI SPM SET 10

sebagai taubat nasuha.

i Jelaskan dua syarat taubat nasuha.


(4 m)
ii. Jelaskan tiga keadaan Allah SWT tidak menerima taubat seseorang.
(6 m)
2 (a) Firman Allah SWT
      
(Al-Kahf ;46)
Maksudnya : Harta dan anak pinak adalah perhiasan hidup di dunia.

i. Apakah yang dimaksudkan dengan hadhanah?


(2 m)
ii. Jelaskan dua sebab gugurnya hak hadhanah.
(4 m)
(b) Jemaah haji akan dikenakan dam sekiranya melakukan kesalahan selepas berniat
ihram.

i. Jelaskan dua sebab dikenakan dam ke atas jemaah haji.


(2 m)
ii. Nyatakan jenis dam yang dikenakan bagi kesalahan berikut.
a) Tidak wukuf di Padang Arafah
b) Memakai bau-bauan pada pakaian atau badan.
(4 m)
(c) Firman Allah SWT
      
   

Maksudnya : …Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat


kebajikan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan
pada melakukan dosa maksiat dan permusuhan….

(surah al-Maidah : 2)
i. Nyatakan pengertian hutang.
(2 m)
ii. Terangkan dua hikmah diharuskan berhutang.
(2 m)

(d) Huraikan peranan Mahkamah Syariah dan Akta Kekeluargaan Islam untuk
menegakkan keadilan di kalangan masyarakat.
(4 m)

3 (a) Berniaga digalakkan dalam Islam.

i. Terangkan dua adab ketika berniaga.

8
LATIH TUBI SPM SET 10

(4 m)
ii. Jelaskan tiga akibat terhadap orang yang tidak mengamalkan adab tersebut.
(6 m)
(b) Imam Syafei adalah pengasas Mazhab Shafei.
Terangkan riwayat hidup beliau.
(4 m)
(c) Terangkan tiga faktor yang membantu Kerajaan Bani Abbasiyah mencapai
kecemerlangan dalam bidang ketenteraan.
(6 m)

4 (a) Kita hendaklah menjaga orang sakit dengan baik.


Terangkan tiga hujah mengapa orang sakit perlu dijaga dengan baik.
(6 m)
(b) Amar Makruf, nahi mungkar menjadi tanggungjawab pendakwah.
Jelaskan dua sifat yang perlu ada pada pendakwah.
(4 m)
(c) Terangkan dua sumbangan Syed Jamaluddin Al-Afghani terhadap kemajuan
Islam.
(4 m)
(d) Ekonomi pada zaman kerajaan Bani Umaiyah kukuh dan stabil.
i. Nyatakan dua dari sumber kewangan kerajaan Bani Umaiyah.
(2 m)
ii. Terangkan dua usaha Khalifah untuk memajukan bidang pertanian.
(4 m)

KERTAS SOALAN

You might also like