/  6
 
KENYATAAN AKHBARSTATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKANKE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAFSESI AKADEMIK 2008/2009
1.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa status keputusan permohonankemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf boleh diperoleh melalui saluran hebahan seperti di
Lampiran 1
,mulai
1 Mei 2008 (Khamis) .
 2. Calon boleh mencetak surat tawaran melalui Laman Web sepertidalam
Lampiran 2 mulai 03 Mei 2008
. Pihak IPTA akanmengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjayamulai
5 Mei 2008 (Isnin)
.3. Mulai Sesi Akademik 2008/2009, semua calon yang berjayadikehendaki membuat
pengesahan penerimaan tawaran
oleh IPTA
dalam tempoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 15 Mei 2008
.Pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui Laman WebIPTA seperti di
Lampiran 2.
4. Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA bagi Program PengajianLepasan SPM/Setaraf adalah pada
29 Jun 2008.
Walaubagaimanapun pendaftaran pelajar ke Program Asasi akandimaklumkan oleh IPTA berkenaan melalui surat tawaran.
 
 5. Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan dasar tawaran terbuka dengan pelbagai institusi dan agensi penaja yangmenawarkan program bagi Program Pengajian LepasanSPM/Setaraf. Justeru ramai calon cemerlang SPM 2007 akanmenerima lebih dari satu tawaran. Pemohon yang berjaya perlumembuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar keprogram yang dipilih mengikut jadual yang ditetapkan. Bagipemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran keinstitusi lain dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan keranatawaran tempat ke IPTA adalah terhad.6. Hanya calon gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkanmengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan ke BPKP JP IPTdalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonankemasukan ke IPTA diumumkan melalui URL
http://www.mohe.gov.my
. Tarikh tutup permohonan e-Rayuanialah pada
18 Mei 2008
.7. Prosedur mengemukakan e-Rayuan ke BPKP JPT adalah seperti di
Lampiran 3
.
Dasar Pemilihan Kes Rayuan adalah untuk mengisikekosongan tempat yang berlaku mengikut program pengajiandan IPTA selepas pendaftaran pelajar baru.
 8. Keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai2008. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA 4 minggu
 
selepas tarikh pendaftaran IPTA tersebut, maka rayuan merekadianggap gagal.9. Kemudahan
Hotline
” dan “
Helpline
” disediakan untuk membantumenjawab sebarang kemusykilan calon. Calon boleh menghubungiTalian Telefon:
03-88835858 dan 03-88835848
untuk bantuan.
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian TinggiKementerian Pengajian Tinggi Malaysia1 Mei 2008

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...