You are on page 1of 12

ISU-ISU

BERKAITAN
PENDERMAAN
ORGAN
Siapa dan bagaimana untuk menjadi
seorang pengikrar penderma organ?
 Sesiapa sahaja boleh menjadi pengikrar penderma organ

 Isikan borang pendaftaran dan hantar ke PSTN

 Simpan kad pengikrar kedalam dompet dan bawa sepanjang


masa di mana berada

 Beritahu keluarga hasrat anda

 Bawah 18 tahun – tandatangan ibu/bapa perlu diambil


Adakah pendaftaran pendermaan
organ dan tisu memerlukan yuran
pendaftaran?

Tiada bayaran yang diperlukan untuk


mendaftar sebagai penderma organ.
Bolehkah organ yang didermakan
diberikan kepada individu
tertentu?

Tidak boleh. Organ yang


didermakan akan diberikan
kepada sesiapa sahaja tidak
mengira bangsa, agama dan
status
Adakah organ yang
didermakan akan diberi
keutamaan kepada ahli
keluarga?
Sekiranya ahli keluarga yang memerlukan
organ tersebut mempunyai kesesuian dari
segi perubatan dan keadaan pesakit tersebut
pada waktu itu seuai untuk menjalani
pembedahan. Pihak hospital akan
mempertimbangkannya.
Apakah kriteria untuk menjadi
seorang pendermaan organ?
Pesakit yang disahkan mati otak sahaja
boleh mendermakan organ dan tisu

 Pesakit yang meninggal secara biasa


(cardiac death) hanya boleh menderma
tisu sahaja

 Bebas dari penyakit berjangkit

 Organ-organ penderma tersebut masih


berfungsi dengan baik
Adakah pendermaan ini dikenakan
bayaran?
 Bayaran caj rawatan tidak akan dikenakan
sekiranya penderma dirawat di hospital
kerajaan

 Sekiranya penderma dirawat di hospital


swasta, bayaran caj rawatan selepas
penderma disahkan meninggal dunia dan
menandatangani surat keizinan (consent
form) tidak perlu ditanggung oleh keluarga
penderma
Adakah pendermaan ini akan
melambatkan proses pengkebumian?

Tidak. Urusan pengkebumian boleh


dijalankan seperti biasa. Selepas organ
dan tisu diperolehi dari tubuh penderma
maka jenazahnya akan dipulangkan
kepada waris penderma secepat mungkin.
Proses perolehan organ dan tisu tidak
akan menjejaskan adat pengkebumian
seperti upacara penghormatan kepada
jenazah.
Bagaimanakah sekiranya penderma
meninggal dunia di rumah? Apakah
yang perlu dilakukan?

Keluarga penderma perlu


memaklumkan kepada hospital yang
berdekatan dan hanya mata sahaja
yang boleh didermakan.
Bagaimanakah sekiranya seorang
pengikrar penderma meninggal
dunia di luar negara?

Mereka masih boleh mendermakan


organ tetapi penerima organ adalah
dari pesakit dinegara tersebut.
Adakah semasa post mortem
dijalankan,?organ simati akan diambil
bagi tujuan pendermaan

Prosedur pendermaan mahupun post


mortem adalah berbeza sama sekali.
Pendermaan hanya akan dilakukan
setelah mendapat keizinan dari
keluarga
Adakah penjualan organ berlaku
di Malaysia?

Tidak sama sekali. Kerajaan Malaysia


mengharamkan penjualan organ di
negara ini.

You might also like