Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Panduan Pelatih Di Dalam Gelanggang Persilatan

Panduan Pelatih Di Dalam Gelanggang Persilatan

Ratings: (0)|Views: 28|Likes:
Published by Syahrul
sebagai panduan - diambil dari Kitab Aura Peribadi Murni (2000).
sebagai panduan - diambil dari Kitab Aura Peribadi Murni (2000).

More info:

Published by: Syahrul on Jul 22, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/27/2012

pdf

text

original

 
PANDUAN PELATIH DI DALAMGELANGGANG PERSILATAN
Peraturan ini haruslah diikuti oleh semua ahli persilatan di dalam di dalam semua gelanggangPerguruan Seni GerakPanca CakraBuana, Perguruan Seni Silat Gabungan GerakPanca,Perguruan Seni BelaDiri InderaSakti, Perguruan GerakPanca Murni WangsaSakti danPerguruan GerakPanca Syifaa' al-Qubra.
Bahawa Sanya setiap pesilat haruslah mematuhi panduan-panduanseperti berikut;
Jangan Mendengar Hasutan
Janganlah tergoda dengan kata-kata manis yang akhirnya akan membinasakan diri anda.Bukanlah musuh yang akan merosakkan anda tapi rakan anda sendirilah yang selalunyamerosakkan diri anda. Musuh akan dapat diatasi hanya dengan sedikit bengkak di dahi tetapikawan anda yang selalu bersama anda akan kerap membisekkan perkataan negetif untuk melemahkan semangat dan pendirian anda setiap masa
.
Oleh itu; anda janganlah mendengarsegala hasutan mereka.
Gunakanlah Akal Dan Kebijaksanaan
Janganlah terlalu ghairah! Jangan mendengar pujukan kerana anda telah dikurniakan Tuhanfikiran untuk memikirkan mana yang baik dan buruk, yang benar atau yang palsu. Semua perkaramestilah dikaji, diteliti dan diselidiki lebih dahulu samada wujud atau hanya khayalan. Beranikanhati, buang rasa malu dan tanya kepada mereka yang tahu demi untuk keselamatan anda daripadatertipu. Sentiasalah beringat kerana banyak perkara buruk yang akan berlaku jika sekiranya andatergesa-gesa membuat keputusan. Maka gunakanlah akal dan kebijaksanaan anda selalu.
Fikiran Yang Positif 
Fikiran anda mempengaruhi seluruh hidup anda. Apabila fikiran positif menguasai anda, makaanda dengan yakin dan mudah akan meraih kejayaan dan cita-cita anda. Maka cara yang palingberkesan untuk mengelakkan di.ri dari menjadi negetif ialah dengan menjauhkan diri anda sertamengelakkan daripada bergaul dengan orang yang selalu berkata; " Nanti dulu, tak bolehlah,Susah, takut, lecehlah" dan sebagainya. Tetapi yang menghairankan ialah mereka yang berfikirannegetif ini terdiri daripada kawan dan sahabat baik anda , bukannya musuh anda. Musuh andahanya akan bersorak apabila anda gagal. Maka jauhilah anda daripada mereka ini danmasukkanlah di dalam fikiran anda dengan kata-kata positif seperti; "Aku boleh, aku berani, akuboleh berjaya" dan sebagainya kerana itulah fikiran yang positif.
Keperibadian Sendiri
 
Jadilah diri anda sendiri kerana anda adalah anda dan tidak ada duanya. Berbanggalah dengankeperibadian anda sendiri, bukannya berbangga dengan bayangan orang lain kerana anda tahuhanya yang tulen sahaja yang akan kekal. Anda telah dilahirkan dengan kebolehan dan bakatyang tersendiri. Diri anda telah sedia hebat dan unik, mengapa perlu meniru orang lain? Selamaini manusia hanya menggunakan kurang sepuluh peratus sahaja dari keupayaan pemikirannya,mengapa tidakanda menggunakannya seratus peratus! Bolehkah anda menirukeperibadian orang lain? Jika tidak boleh, maka jadilah diri anda sendiri. Gunakanlahkehebatan dan kebijaksanaan anda dan anda pasti berjaya.
Masa Itu Emas
Tepat pada waktu adalah perkara yang begitu penting dalam membina reputasi 'boleh dipercayai'.Jika sekiranya suatu waktu telah ditetapkan anda mestilah berada di tempat tersebut tepat padawaktu itu walau apapun yang telah terjadi. Biasakan melakukan sesuatu seawal mungkin supayawalaupun terjadi sesuatu
,
anda akan sampai ke tempat tujuan tepat pada masanya. Bilamana andatelah mempunyai reputasi boleh dipercayai, maka berhati-hatilah agar jangan sampai anda akanmerosakkan reputasi yang anda telah anda bina itu dengan tidak lagi menepati waktu yangdijanjikan. Maka biarlah anda dipercayai dalam setiap perkara yang benar samada kecil maupunbesar. Jadikanlah masa itu emas sebagai prinsip hidup anda.
Berusaha Dan Berkerja Keras
Berusahalah dengan belajar dan berlatih bersungguh-
sungguh serta běkerja keras dengan tekun,
sabar dan bermatlamat merupakan jalan untuk berjaya di dalam apa-apa yang anda cita-citakan.Suatu cara yang terbaik untuk menjadi yang 'terbaik' ialah dengan sentiasa belajar dan berlatihdengan sempurna, dan terbaik sepanjang masa. Gunakanlah otot-otot anda sehingga sakit, perahfikiran anda sehingga pening, sentiasa belajar daripada kesilapan dan jadikan.pengalamansebagai guru yang paling terbaik. Oleh itu, jadikanlah sesuatu hanya yang terbaik sahaja. Makakeluarkanlah tenaga fizikal dan minda untuk berusaha dan bekerja keras demi menjaminkejayaan.
Alah Bisa Tegal Biasa
Seorang Pendekar pada awalnya sentiasa belajar dan selalu mengamalkan 'zuhud' dan hidupdalam kekurangan. Mereka telah biasa dengan kesusahan, kepayahan, kesusahan, kesakitan,kesengsaraan, ketakutan dan penderitaan pada peringkat permulaan. Maka kesusahan itu telahmengajarnya menjadi seorang yang berani dan sentiasa beringat-ingat dan secara tidak langsung,kesusahan juga telah membuat seseorang itu menjadi bijak berfikir. Malahan kesusahan itu telahmemberi berbagai-bagai pengajaran dan pengalaman yang sangat berguna untuk menghadapihari akan datang dengan yakin. Oleh itu, anda hendaklah sentiasa tabah menjalani latihan yangsukar kerana;, 'Alah bisa tegal biasa'.
Tidak Berputus Asa
Perkataan 'teruskan' hendaklah sentiasa berada di dalam fikiran anda. Teruskanlah segala usahaanda, jangan berhenti selagi belum berjaya apa yang kamu inginkan. Berhenti hanyalah untuk 
 
berehat seketika, kemudian teruskan semula. Bergaul rapatlah dengan orang atau rakan yangmempunyai sikap 'meneruskan' dengan gigih serta menghapuskan tabiat buruk anda iaitu sukaberputus asa. Semakin kuat keinginan anda maka semakin kuat anda mahu meneruskan cita-citatersebut sehingga berjaya. Oleh itu, jangan mudah untuk berputus asa.
Sedia Menghadapi Cabaran
Segala persiapan anda adalah seperti soldadu yang ingin pergi berperang lakunya. Langkah andamerupakan langkah menang kerana kehidupan di
-
sekeliling anda sentiasa mencabar.anda. Makasebab itu anda harus melengkapkan diri secukup-cukupnya supaya anda menang. Makapersiapkanlah kelengkapan belajar dan pakaian yang sesuai seolah anda seorang pendekar sertaSelalu bersedia menghadapi cabaran.
Kuatkan Semangat Perjuangan
Separuh hidup dan separuh mati merupakan gelaran bagi mereka yang mahu hidup tetapi tidak mempunyai semangat. Sesiapa yang tidak mempunyai keinginan maka ia tidak akan berjaya didalam hidupnya. Semangat yang padu, kuat.dan meluap-luap adalah senjata dan perisai yangmesti dibawa bersama anda setiap masa dalam memburu ilmu dan cita-cita anda. Kuatkanlahsemangat anda kerana hanya mempunyai keinginan sahaja boleh menyebabkan anda mengakukalah dan berputus asa apabila bertemu kegagalan, walau pun tujuan anda pada mulanya untuk menang dan berjaya. Keinginan dan semangat yang kuat dan padu akan membuatkan anda terusmengejar cita-cita dan memperolehi suatu kejayaan. Oleh itu, kuatlah semangat perjuangan anda.
Kerja Bertangguh Tidak Akan Menjadi
Lakukanlah matlamat atau rancangan cita-cita anda hari ini juga, sekarang!. Jika anda sentiasamenangguhkan matlamat tersebut maka keperibadian anda akan menjadi lemah dan anda akandicap sebagai pemalas. Setiap saat dalam setiap hari mestilah dipenuhi dengan penuh tenagayang dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.Bukannya hanya mengisi kegagalan dan kesedihansemalam. Tugas hari ini, hendaklah dilaksanakan pada hari ini juga. Percayalah bahawa sikaplakukan sekarang talah membuat ramai orang berjaya kerana hanya dengan cara melawanperasaan malas, anda akan menjadi mereka. Ingatlah bahawa kerja bertangguh tidak akanmenjadi.
Bila Sauh Diangkat, Tentu Kapal Mempunyai Tempat Yang Ditujui
Jika sekiranya hidup anda bermatlamat, maka anda akan pasti mendapatkan apa yang andamahukan. Ambillah masa yang panjang, apakah sebenarnya matlamat atau tujuan hidup yanganda inginkan. Apakah perkara yang anda ingin capai; kekuatan? Kebahagian? Kuasa?Kehormatan atau ketenangan fikiran?. Tanamkanlah di dalam fikiran anda matlamat yang besardan janganlah lepaskan lagi sepertimana apabila sauh diangkat tentulah kapal mempunyai tempatyang akan ditujuinya.
Kepandaian Akan Menaikkan Nilai Diri
Anda sememangnya bertuah sekiranya dilahirkan pandai tetapi janganlah merasa kecewa jikaanda tidak sepandai kawan atau sahabat karib anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah teruskanbelajar dan berusaha menambahkan kepandaian anda itu. Kepandaian anda akan menjadikannilai diri anda lebih daripada orang lain. Kepandaian ini pengalaman dan kemahiran di dalam

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->