You are on page 1of 3

TANYALAH PADA JIWA

OLEH AINUNL MUAIYANAH SULAIMAN

Umaira resah metah (sangat). Berulangkali pula membetulkan blaus sifon ungu Lewis bertali
halus yang dipadankan dengan kardigan jenama Voir untuk menutup sebahagian dadanya yang
terdedah (terbuka) itu. Dia merasakan segalanya menyesakkan.

Apabila kereta yang dipandu mama memasuki laman sekolah, peluh dingin merebas (menitik).
Dia merasakan inilah perjalanan ke sekolah yang paling panjang dalam hidupnya. Fikiran dan
emosinya berperang hebat laksana (seperti) peperangan Troy yang usai (selesai) ditontoni di
saluran HBO tempoh hari. Rambut yang selalu di tutup kerudung ketika ke sekolah   disuak ke
belakang telinganya yang di hiasi anting-anting berjurai dari Axxezz. Rimas!.

Umaira tidak mahu terserempak ( bertemu dengan tidak disangka-sangka) dengan sesiapa
pun saat ini. Sebab itu dia meminta mama menghantarnya ke sekolah lewat petang. Namun
mama berkeras jua mahu menghantarkan waktu pagi. Umaira diam tidak berani membantah.

Ketika Umaira tiba di pejabat sekolah, ramai rakannya menayangkan kertas bertebuk halus di
tepi. Umaira senak perut.  Jus gastrik terasa merembes ( meresap masuk atau keluar) ke
ruang perutnya. Umairah terasa lemas dalam dunianya.

Umaira terus menyusup masuk tanpa menghirau panggilan daripada teman-temannya. Sejuta
warna emosi sedang berpual-pual ( berpusing-pusing / berpusar-pusar) mengapung (timbul
ke permukaan) di ruang pejabat yang kecil itu. Ajnas ekspresi wajah terpamer ketika itu. Umaira
mara (maju) ke kaunter, memberitahu namanya kepada kerani pejabat itu dengan nada suara
yang ditahan-tahan.

Saat kerani pejabat menyerahkan kertas bertebuk halus di tepinya kepada Umaira, dia menjerit
riang

“Mama !!!”

Umaira meluru ke luar. Masih tidak menghirau kawan-kawan yang lain yang ingin bertanya.
Umaira tayang slip itu yang berderet  aksara A pada Mama. Mama peluk dan kucup pipi Umaira.
Ada titis jernih. Saat itu ucapan tahniah menerpa (menerkam) bagai deras hujan pagi.

Sepanjang hari itu, Umaira tidak usai (henti) menerima hujan ucapan tahniah daripada
kemenakannya (saudara mara) dan teman-teman. Umaira tersenyum tanpa henti.

Sudah seminggu peristiwa indah itu berlalu. Umaira ditempatkan di kelas 4 Sains 1, kelas yang
paling elit . Hari pertama Umaira mendaftar, dia rasa bangga sekali. Umaira tahu kelas sains
tulen adalah kelas yang paling sukar sekali lantaran dia telah belajar beberapa subjek membunuh
semasa cuti panjang tempoh hari. Mama telah menghantarnya ke pusat tuisyen supaya dia lebih
ke hadapan berbanding pelajar lain.

“Saya mahu gugurkan subjek biologi dan diganti dengan prinsip akaun.” Kata Tim semasa
mereka minum di café sekolah. Umaira mengangguk faham. Dia masih mengelamun
(termenung) sambil mengunyah sandwich yang masih bersisa. Tim sememangnya lebih gemar
bermain aksara daripada menekuni nota berjela seperti biologi.

“Kalau minat akaun, ambil sahaja kelas sastera ikhtisas.” Umaira membalas. Sekadar memberi
cadangan.
Tim mencemik ( mencebikkan bibir)

“Tak mahulah masuk kelas tak ada standard piawaian SIRIM itu”

Umaira tergelak (ketawa) kecil. Tim kalau berkata memang tiada tapisan langsung. Tentu
golongan itu akan berkecil hati mendengar bilah bicara Tim.

“Kamu pula?. Ingin terus ambil pakej subjek itu tanpa pindaan?”

Umaira menjungkitkan bahu dia pun masih keliru sebenarnya.

“Kamu ini sejak dari dahulu tak pernah tetap hati. Jangan ikut arus sangat. Sesekali perlu
menongkahnya juga.”

Umaira terdiam. Kata-kata Tim ada benarnya. Umaira berbelah bagi lagi sebenarnya. Dia minat
benar hennak ambil subjek akaun. Umaira minat juga. Kalau dalam kelas kemahiran hidup, dia
dan Tim paling handal dalam bab akaun. Namun Umaira sayang hendak gugurkan mana-mana
subjek dalam pakejnya sekarang.

Umaira tidak teguh hati. Dia bukan seperti Tim yang tegar ( tegas) ambil keputusan berani mati.
Kalau Tim kata ya, dia tidak akan berubah paksi pendiriannya. Itulah Tim.

Umaira berkira-kira mahu mengambil lebih subjek elektif tanpa menggugurkan mana-mana
subjek yang ada di dalam pakej kelasnya. Kalau begitu, Umaira boleh pecah rekod di sekolah itu.
Manalah tahu angan Umaira menjadi kenyataan pasti membanggakan.

Apabila Umaira mengkhabarkan rencananya kepada mama, mama senyum riang.

“Bagus betul. Inilah anak mama. Jangan turut perangai Kak Balqis kamu. Degil dan keras
kepala!”

Di rumah ini, nama Kak Balqis yang paling irit (sukar kedengaran) sekali didengari dari mulut
mama. Semenjak kes mama bergaduh besar dengan Kak Balqis, perang dingin tercetus
(terlahir) antara mama dan Kak Balqis.

Umaira tahu, antara adik-beradik mereka, kak Balqis yang paling keras hati. Ketika Kak Balqis
bertukar kursus veterinar kepada pengajian sastera tanpa berbincang dengan mama, mama
berleter panjang dan marah benar.

Ketika Umaira pulang ke rumah petang itu, dia mendapati Kak Balqis sedang menunggunya.
Umaira menjerit riang( gembira). Kak Balqis pulang untuk mengucapkan tahniah di atas
kejayaannya langsung berkira-kira membawa Umaira makan di Nando’s.

Selepas memesan makanan, Umaira mendedahkan perancangannya untuk SPM. Kak Balqis
tergelak kecil apabila mendengarnya.

“Wah, bolah pecah rekod ya,” Kak Balqis berkata dengan ketawa sinisnya (sindir) yang masih
bersisa.

Umaira kecil hati benar. Gelak Kak Balqis seolah-olah memperkecilkan impian dan
perancangannya. Selalunya Kak Balqis yang paling kuat menyokong segala usahanya. Dahulu
semasa Umaira rasa rendah diri lantaran mendapat keputusan percubaan yang kurang
memuaskan, Kak Balqis banyak merafakkan (menaikkan) semangatnya sedangkan hari ini
sokongan Kak Balqis berubah sama sekali.

“Umaira jangan kecil hati. Kak Balqis bukannya hendak memperlekehkan (memperendahkan)
keupayaan Umaira tetapi tanyalah pada jiwa, apakah benar Umaira mampu memikul beban
subjek sebanyak itu? Jangan turutkan nafsu. Impian dan kenyataan biarpun sehaluan tetapi tetap
dari hala yang berbeza. Kita boleh mempunyai impian tetapi kalau kenyataan itu menidakkan,
mengapa mesti turutkan juga?Apa yang sebenar Umaira cari dan mahukan dalam hidup ini.
Berapa banyak A yang kita dapat bukan kayu ukur sebenar kejayaan dalam hidup. Tanyalah
benar-benar pada jiwa Umaira.”

Umaira terdiam lagi. Mata jernih Kak Balas yang penuh polos ( tidak berniat jahat) itu
menjunam (bergerak dari atas ke bawah) ke lubuk hatinya. Sudu dan garfunya bertingkah
kuat. Kak Balqis masih senyum manis.

Dalam perjalanan ke rumah, Umaira masih diam. Hanya lagu-lagu puisi mengisi sepanjang
perjalanan itu. Kak Balqis memang cenderung mendengar lagu-lagu puisi yang bersifat
meneduhkan jiwa. Tiba-tiba sahaja Umaira terkesan dengan bait lagu Ebiet G Ade, ‘Dengarlah
kata-kataku’

Dengarkanlah dengan hatimu

Jangan engkau dengar

Dengan jiwa buta

Dengarkanlah kata-kataku

Jangan engkau melihat

Siapa aku.

Bait puisi itu seperti pantulan (bergerak keluar) kata-kata Kak Balqis. Betulkah dia mampu
mengalas subjek-subjek tersebut. Apakah niatnya tulus (suci) dan lurus? Belajar untuk
memenuhi ilmu dan menjadi manusia yang sebenar manusia? Atau sekadar mahu mencari nama
tetapi keupayaannya tidak seteguh itu.

Selama ini , Umaira hanya belajar untuk peperiksaan sahaja. Dia mengendahkan prioriti
( keutamaan) yang lain. Kalau dia lemah dalam sesuatu subjek, cepat-cepat mama mengupah
guru tuisyen peribadi untuknya. Hidup Umaira memang diatur begitu. Sejak dahulu lagi.

“Umaira, jangan diturut mentari ( matahari) condong nanti terturut jalan tak terinti,” Itu kata-kata
terakhir Kak Balqis sebelum dia turun dari kereta.

“Kak Balqis, terima kasih,” Umaira mengucapkannya tulus dari hati. Hatinya kini sudah bulat
untuk memilih haluan hidupnya.

Pada hari terakhir pertukaran kelas, Umaira tidak ragu-ragu lagi. Dia ingin memberi peluang dan
kebebasan untuk dirinya memilih tanpa terpengaruh dengan orang lain.

Saat dia meninggalkan pejabat sekolah pada rembang ( matahari tegak di atas kepala)
hari itu, Umaira tidak menoleh lagi. Walaupun sekali.

You might also like