Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PANDANGAN HARMONI TENTANG WARNA

PANDANGAN HARMONI TENTANG WARNA

Ratings: (0)|Views: 404 |Likes:
Warna juga membawa nilai-nilai abstrak yang bukan semua dapat difikirkan. Suatu kualiti warna dapat mencipta 1,001 mood, mengubah perasaan pemerhati jika pemilihan dan penerokaan warna diberi ketelitian. Warna merupakan bahan ‘untuk melihat cara kita berfikir’ dan membawa beberapa persoalan untuk diterokai sehingga warna itu membawa kita mengalami suatu pengalaman baru.
Warna juga membawa nilai-nilai abstrak yang bukan semua dapat difikirkan. Suatu kualiti warna dapat mencipta 1,001 mood, mengubah perasaan pemerhati jika pemilihan dan penerokaan warna diberi ketelitian. Warna merupakan bahan ‘untuk melihat cara kita berfikir’ dan membawa beberapa persoalan untuk diterokai sehingga warna itu membawa kita mengalami suatu pengalaman baru.

More info:

Published by: Mohamed Noor bin Othman on Jul 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/25/2012

pdf

text

original

 
PANDANGAN HARMONI TENTANG WARNA
Seorang pelukis harus memandang penting pengolahan serta sifat pengujudan warnasecara formal. Harus juga mengetahui bagaimana warna yang ekspresif mempengaruhipersekitaran dan fenomena-fenomena visual yang membawa kesan pada perubahanwarna. Pelukis-pelukis yang tidak pernah menjadi pakar teori dalam warna belajar untukmengenali warna terlebih dahulu. Antaranya Da Vinci mendahului pelukis-pelukis agungyang lain mengkaji rahsia warna dan kekuatan dalam setiap jenis warna. Di abad ke-19muncul pula Delacroix, Seurat, Signac, Cezanne dan diikuti oleh Van Gogh. Turutmerasai penting warna itu sebagai pengantaraan penting dalam berkarya menyebabkankebanyakan seniman agung begitu teliti dalam mengolah dan memilih warna. Padaabad ke-20, seniman Kandinsky sebagai contoh telah menggunakan ekspresif warnadalam hal benda bagi menunjukkan kekuatan warna boleh mengatasi bentuk. Makatidak menghairankan dalam waktu yang singkat ramai pelukis muncul dengan memilikidua bidang kepakaran iaitu pakar sebagai pelukis dan pakar teori dalam warna.Warna dapat melahirkan tiga dimensi yang memberi kepaduan pada sifat-sifat warna.Ewald Hering telah membuat pemerhatian melalui warna secara natural yang dilihatnyamenerusi tiga penjuru. Jawapan yang diperolehi membuktikan warna dapatmengujudkan tiga dimensi iaitu ketebalan bentuk, bayang dan tona. Bentuk persegiyang digunakan sebagai carta dalam menyenaraikan pelbagai warna secara naturaltelah banyak membantu Ewald mendapatkan data yang sempurna.Manakala Ogden Rood, Wilhelm Ostwald bersama rakan-rakan yang lain telahmengesan sejarah asal usul warna. Kewujudan tiga dimensi dalam bentuk padumenunjukkan warna boleh dihasilkan melalui tiga dimensi lain yang seolah-olah dapatdisentuh, mempunyai kesan imaginasi dan warna juga sangat bermakna dalamkehidupan.Ogden Rood telah menulis bagaimana menguruskan warna merah, kuning dan birusecara titik-titik dalam bentuk tiga persegi. Penulisan beliau ini ditemui pada tahun 1879yang sebenarnya terdapat maklumat yang lebih awal lagi iaitu pada tahun 1772 hasil
 
penemuan J.H.Lambert yang berjaya mereka bentuk piramid warna yang mengandungiwarna merah, kuning dan biru.Lambert seorang ahli fizik dan falsafah telah menyatakan warna menjadi aktif apabilaada campuran yang menambah kekuatan sesuatu warna. Campuran ke atas sesuatuwarna itu mempengaruhi bentuk yang diwarnakan. Tiga penjuru yang mengandungimerah, kuning dan biru bersama campuran warna hitam secara naturalnya melahirkankepaduan warna yang dikaitkan dengan keaktifan sesuatu warna. Warna hitammemainkan peranan untuk mengangkat kekuatan warna yang bercampur dengannya.Manakala putih membuktikan campurannya dengan warna lain membawa jawapanpada bentuk tiga dimensi. Putih berperanan menyerlahkan kekuatan sesuatu warna darisegi pencahayaan apabila putih ditambah untuk menghasilkan tiga persepsi warnayang lain. Warna yang bernisbah kecil dan rendah keaktifannya boleh terserlah apabilaputih yang dicampurkan kepada warna-warna yang ada.Lambert telah membuat percubaan khususnya dalam warna yang bercampur putihtelah membawa kecerahan walaupun kewujudan putih tidak menonjol namun ianyasangat penting. Kepentingannya sama dengan warna hitam dan kesimpulannya antaraputih dan hitam ada kekuatannya yang tersendiri apabila dicampurkan dengan warna-warna yang lain.Pada tahun 1810, Philip Otto Runge yang mementingkan kerja seni dari hasiltangannya sendiri telah mengkaji sistem warna. Runge telah menemui suatu konseptentang sistem warna yang telah menjadi ikutan kita sehingga kini. Dunia warna-warnitelah mengambil peranan terhadap bentuk dalaman dengan meletakkan warna putihsebagai satu perioriti teratas berbanding warna hitam sebagai pilihan di bawah. Dikatakan putih itu mempunyai keasliannya dalam lapisan atas yang menonjollan suatupenemuan warna kelabu-putih atau disebut
‘gray’ 
. Transisi ini sukar dikesan kerana iaberada pada setiap tangga lapisan sesuatu warna. Ini bererti warna putih hadir dalamsetiap peringkat kewujudan warna tetapi tidak terserlah. Ianya dikesani sebagai satuperioriti apabila kecerahan cahaya yang menonjol dalam sesuatu warna itu menjadibukti kehadiran putih.
 
Itulah keistimewaan warna putih yang selalunya menjadi warna campuran kepadawarna lain agar nampak
‘solid’ 
atau padu dan harmoni. Kekuatan warna putih tidakdiadili oleh Ostwald dalam perbincangan kita yang terawal kerana Ostwald lebih adildaripada Munsell yang mana beliau melihat kekuatan warna itu dari segi sifat superior dan kekuatan visualisasi psikologi. Walaubagaimanapun pengurusan warna yangsaintifik telah membantu ramai pelukis memahami seni dan warna dalam kerja-kerjasebagai seorang pelukis. Umpamanya Morgan Russell, Stanton Macdonal-Wright,Hilaire Hiler dan Ben Cunningham mengakui penemuan teori warna telah banyakmembantu artis mengenali sifat semulajadi sesuatu warna dan boleh mengawal warnaitu mengikut kehendak alam semulajadi.Dalam menyatakan konsep warna secara naturalnya, Munsell bersetuju kepentinganwarna itu dibina dan diadun supaya ada pertalian dengan persekitaran. Warna itu hadir di sekeliling dengan nilai warna yang membawa perbezaan dan konflik. Jika warna ituterlalu kontra maka itulah maksud konflik yang ditimbul oleh warna. Secara ringkasnyaMunsell menyatakan warna boleh difahami melalui kepekaan, kemahiran menilai danpengamatan, antaranya ialah:
a)
Warna yang dihasilkan melalui kemahiran melihat dari sudut pandangan yangboleh membezakan kekuatan sesuatu warna itu dari segi perbezaan ton.Perbezaan ton itu terletak di tahap anggaran antara dua nilai mengikut jarakobjek dengan cahaya.
b)
Kekuatan nilai warna ton yang berada sebelah menyebelah dapat menampilkannilai warna yang berbeza menerusi pandangan yang setara. Denganmempersetujui nilai ton yang dizahirkan dalam warna itu sama berat ataumenghampiri nilai yang sama antara satu warna dengan warna yang lain.
c)
Warna cerah dihasilkan membawa perbezaan nilai kekuatan atau sebaliknyayang membezakan antara bertahap kontra atau harmoni. Hasil kecerahan warnaitu boleh dilihat menerusi pembalikan cermin.Seorang pelukis yang baik, sekaligus dianggap sebagai pakar dalam memilih warnayang sesuai untuk menyempurnakan sesebuah karya. Segala kesempurnaan untuk

Activity (3)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->