Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
165Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Nota 2 Sivik Tingkatan 1

Nota 2 Sivik Tingkatan 1

Ratings:

3.67

(3)
|Views: 61,423 |Likes:
Published by zhod

More info:

Published by: zhod on Jul 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/23/2014

pdf

text

original

 
Identiti diriPengenalan
1.
Identiti diri
ialah suatu
gambaran keseluruhan
tentang seseorang serta matlamat hidup yang ingindicapainya.
2.
Identiti diri seseorang adalah berbeza dengan seseorang yang lain.
3.
Untuk membentuk identiti diri, seseorang itu perlu
mengembangkan potensi
diri yang ada dalamdirinya.
Potensi Diri
1.
 
Potensi diri
ialah
bakat, kebolehan,
dan
kekuatan
yang ada dalam diri.
2.
Potensi diri perlu dipupuk dan diasah melalui pendidikan dan
latihan secara berterusan.
3.
Untuk mengembangkan potensi diri seseorang itu perlu mempunyai keyakinan diri.
4.
Tanpa keyakinan diri adalah sukar untuk mengembangkan potensi diri.
5.
Bagaimana potensi diri dapat dikembangkan? Lihat rajah yang berikut.6. Kita boleh mencontohi kejayaan tokoh-tokoh tertentu untuk mengembangkan potensi diri juga.
IntelekIntelek
ialah daya fikir yang merangkumi
empat
aspek iaitu:-(a)kemahiran asas:i.membaca;ii.menulis;iii.mengira.
(b)
berfikir secara kreatif dan kritis;
(c)
meningkatkan ilmu pengetahuan;
(d)
memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.
Rohani
1. Aspek
rohani
dalam potensi diri berkaitan dengan sifat
menyedari
bahawa
Tuhan
itu
wujud.
2.
Apabila seseorang itu menyedari akan kewujudan Tuhan, dia akan
mensyukuri pemberian Tuhan
dan berusaha
menjadi manusia yang berakhlak mulia.
3.
Kuat bersembahyang, taat kepada ajaran agama, dan berbuat baik kepada semua makhlukmerupakan satu cara kita mensyukuri pemberian Tuhan.
Emosi
Aspek
emosi
dalam potensi diri berkaitan dengan perasaan cinta dan kasih sayang, pandaimengawal dan mengendalikan emosi, mengamalkan semangat kekitaan dan perpaduan serta bertindakberdasarkan pertimbangan yang wajar.
1
Potensi Diri Boleh Dikembangkan Empat Aspek Melalui
IntelekEmosiRohani Jasmani
 
Jasmani
1.
Aspek
 jasmani
menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembangan tubuh badanyang sihat, menjaga kesihatan badan, melakukan riadah, menggunakan kemahiran dan kecergasanfizikal untuk berdikari, dan sebagainya.
2.
Kesimpulannya, kenalilah potensi diri. Apabila kita sudah mengenali potensi diri sendiri, barulah kitaberupaya mengembangkan potensi diri.
3.
Orang yang berjaya mengembangkan potensi diri akan memperoleh kejayaan dan kecemerlanganpada masa hadapan.
4.
Jadilah murid yang mempunyai identiti diri yang positif kerana murid yang beridentiti positif mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan senantiasa mengembangkan potensi diri ke tahap yangcemerlang.
2
 
UNIT 2 
PENYELESAIAN KONFLIK 
Konflik
1.
Konflik
ialah perselisihan atau pertentangan yang berlaku antara individu dengan dirinya sendiri atauantara individu dengan individu lain, dan sebagainya.
2.
Konflik berlaku disebabkan perbezaan idea, kepentingan, dan prinsip. Namun apa yang penting,konflik memerlukan penyelesaian.
Penyelesaian Konflik
1.
Penyelesaian konflik
ialah cara atau usaha yang dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu konflikatau masalah.
2.
Penyelesaian konflik perlu dilakukan dengan
pertimbangan yang wajar 
dan positif supaya konflikdapat
diselesaikan dengan cara yang terbaik
dan membawa kebaikan kepada pihak yangberkonflik.
3.
Salah satu teknik penyelesaian konflik ialah teknik awan.
Teknik awan
ialah teknik berfikir tentangsesuatu situasi yang mempunyai kehendak yang bertentangan dan diselesaikan dengan carapenyelesaian
win-win
atau menang-menang.
4.
Maksud
Penyelesaian Win-win
ialah satu situasi yang terdapat dua pihak yang menyelesaikansesuatu konflik secara koperatif.
5.
Untuk menyelesaikan konflik adalah penting juga kita mengenal pasti punca berlakunya konflik.
6.
Apabila punca masalah telah diketahui, maka adalah lebih mudah untuk menyelesaikan konfliktersebut.
7.
Andaikan rakan kamu mempunyai konflik, bantulah rakan menyelesaikan konflik tersebut.
Pengaruh Rakan Sebaya
1.
Rakan sebaya merupakan antara orang yang paling rapat dengan kita selain ahli keluarga sendiri.
2.
Kebiasaannya, mereka menjadi tempat untuk kita berkongsi pengalaman, pandangan, minat,masalah, dan harapan.
3.
Namun, kita perlu
bijak memilih rakan sebaya
kerana mereka dapat mempengaruhi nilai, emosi,dan cara pergaulan kita.
4.
Rakan sebaya yang mempunyai sifat-sifat yang positif akan mendorong kita menjadi orang yangbaik, berakhlak mulia, dan berjaya.
5.
Manakala rakan sebaya yang mempunyai sifat-sifat negatif mampu mempengaruhi kita melakukanaktiviti negatif.6.Contoh sikap yang positif:-
(a)
bersopan santun;
(b)
menghormati rakan, guru, keluarga, dan masyarakat;
(c)
tidak melepak;
(d)
tidak bergaul dengan orang yang tidak bermoral;
(e)
tidak merokok;
(f)
rajin;
(g)
saling menasihati;
3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->