EDUCATION of ELAKSAMANACreated by elaksamana@yahoo.com© All Right Reserved Presented 2009
3
3
.
Kata Prafrasa
I
alah perkataan yang terletak di bahagian hadapan frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Kata inidapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut :a)
Kata BantuPerkataan yang digunakan bagi menimbulkan makna-makna tambahan dalam frasa kerja. Kata initerbahagi kepada 2 iaitu :i.
Kata bantu aspekBertugas menimbulkan suasana perbezaan masa, sama ada masa ini, masa akan datang ataumasa lampau. Contohnya : pernah, sudah, telah, belum, sedang, masih, akanii.
Kata bantu ragamBertugas menyatakan atau menerangkan ragam perasaan berkaitan perbuatan yang dilakukan,contohnya : harus, mahu, hendak, mesti, boleh, dapatb)
Kata PenguatPerkataan yang digunakan bagi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif danianya terbahagi kepada 3 iaitu :i.
Kata penguat hadapanKedudukan adalah di hadapan kata adjektif, contohnya : paling, terlalu, agakii.
Kata penguat belakangKedudukannya adalah di belakang kata adjektif, contohnya : sekali, benar, nianiii.
Kata penguat bebasKedudukannya sama ada di hadapan atau di belakang adjektif, contohnya : sungguh, amat,sangatc)
Kata PenegasJuga disebut sebagai partikel, iaitu perkataan yang digunakan bagi memberi penekanan padabahagian tertentu dalam ayat dan ianya terbahagi kepada 2 iaitu :i.
Kata yang menegaskan frasa predikat, iaitu apabila frasa predikat ataupun bahagian yangditegaskan itu mengalami proses pendepanan, contohnya : -kah, -tah, -lah
ii.
Kata yang bersifat bebas, iaitu perkataan yang boleh digunakan untuk menegaskan kedua-duabahagian ayat, sama ada subjek atau predikat, contohnya : hanya, lagi, memang, juga, pun, juad)
Kata NafiPerkataan yang digunakan bagi menafikan atau menidakkan seseorang ataupun sesuatu perkara,contohnya :
bukan
dan
tidak
.e)
Kata PemeriPerkataan yang digunakan untuk memerikan sesuatu hal atau sebagai perangkai antara subjek ayatdengan frasa utama dalam predikat ayat. Contohnya :
ialah
(digunakan secara persamaan atauekuatif dan hadir di hadapan frasa nama) dan
adalah
(digunakan secara huraian atau kualitatif danhadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi utama)f)
Kata ArahPerkataan yang digunakan bagi menunjukkan hala atau jurusan sesuatu perkara. Kata ini digunakansebelum frasa nama dan biasanya disertai oleh kata sendi nama, contohnya :
atas, bawah, tepi,tengah, hadapan, belakang, selatan, sisi, dalam, luar
dan
antara
.