You are on page 1of 35

Minggu 3 : Tajuk I – Sekitar Jamaah  

Islamiyyah

MUQADIMAH

1. PENGERTIAN JEMAAH

Jamaah dari segi Bahasa berasal dari Bahasa Arab bererti bilangan yang ramai dari manusia tertentu yang berkumpul di atas satu tujuan.

Dari segi syara’ berdasarkan al-Qur’an dan AsSunnah, Jamaah Islamiyyah ialah satu jamaah (perkumpulan umat Islam) yang dibentuk oleh ulama’ yang terdiri daripada ahli al-Halli wa al-aqdi yang berhimpun di

atas mandat seorang khalifah (Amir, imam atau ketua daripada kalangan orang Islam ) bagi seluruh umat Islam. Ia hendaklah dibina di atas kesepakatan dalam urusan Islam yang dipimpinoleh ahli-ahli Islam dan

jamaah ulama’ mujtahidin dengan seorang ketua atau amir. Pendapat ini mengambil kira tentang kewibawaan ulama’ dalam mengawasi dan menasihatinya supaya tidak terkeluar dari landasan syariat Islam.

2. KEPERLUAN KEPADA SEBUAH JAMAAH ISLAMIYYAH

a) Jamaah Islam merupakan satu institusi yang bergerak memperjuangkan Islam dari sebarang ancaman musuh-musuh Islam. Oleh itu jemaah diperlukan untuk membina individu, keluarga, masyarakat,

pemerintahan dan perlaksanaan undang-undang Islam.

b) Umat Islam yang berorganisasi dengan jemaah Islam yang benar-benar mempoerjuangkan Islam tidak akan dapat disesatkan oleh musuh kerana mereka sentiasa dilindungi oleh ajaran Al-Qur’an dan Hadis

Nabi saw. Nabi saw bersabda:-

“Barangsiapa yang memecahbelahkan, maka ia bukan dari kalangan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah, dan sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang menyendiri”

Sabda Nabi saw lagi:

“Hendaklah kamu berjemaah kerana sesungguhnya jemaah itu adalah rahmat dan perpecahan itu merupakan azab”

c) Jemaah Islam merupakan satu tempat melatih kita berkepimpinan dengan cara memberi wala’ dan baiah kepada seseorang ketua pimpinan. Sebagaimana Sabda Nabi saw:-

“Apabila berangkat tiga orang dalam musafir, maka salah seorang daripada mereka hendaklah menjadi ketua”

d) Berjemaah merupakan jalan pelaksanaan cita-cita Islam untuk memakmurkan bumi Allah ini, berlandaskan kaedah usul fiqh.

“Tidak sempurna suatu kewajipan melainkan dengannya maka ia adalah wajib.”

e) Berjemaah boleh menambahkan keutuhan hubungan antara mukmin dengan mukmin yang lain. Mereka juga saling mempercayai, menyayangi serta bekerjasama dalam menegakkan kebenaran dan

menghapuskan kemungkaran. Firman Allah swt:-

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka

mendirikan solat dan mengeleluarkan zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu diberi rahmat oleh Allah” (Surah At Taubah : 71)

f) Bagi orang yang berada dalam jemaah Islam, mereka adalah syuhada’ dan pejuang Islam yang sanggup bekerja dan beramal untuk keredhaan Allah.

g) Beriltizam dengan kepatuhan, ketaatan dan disiplin jemaah. Setiap anggota jamaah mestilah beriltizam dengan memberi sepenuh keyakinan, ketaatan dan komitmen dengannya. Kesetiaan dan kepatuhan ini

terpancar dari dalam diri ahli-ahli sendiri dengan kerelaan dan kecintaan kepada jamaah.

h) Jemaah Islam sebagai pembentuk masyarakat berakhlak. Sesungguhnya kekuatan sesebuah jamaah bukan hanya bergantung kepada pencapaian dalam bidang ekonomi, politik, teknologi, perhubungan dan

sebagainya tetapi juga kepada kekentalan semangat beragaman dan akhlak mulia. Seringkali organisasi yang tidak berasaskan keredhaan Allah mengalami kehancuran akibat keruntuhan moral ahli-ahlinya seperti

pecah amanah, rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Jamaah Islam adalah pemangkin masyarakat kea rah melahirkan masyarakat yang bermoral.

i) Jamaah sebagai pelantar masa depan ummah. Masyarakat Islam kini menghadapi pelbagai masalah sama ada dari dalaman atau luaran, ditambah pula dengan kemunduran berbanding dengan Negara-negara

lain. Jamaah Islam perlu menyatukan semula umat Islam dan membuat perancangan mengenai arah tuju dan corak pentadbiran Islam pada masa depan, umat Islam bukan sahaja ditelan arus kemajuan tetapi

menjadi mangsa kemusnahan dari musuh-musuh Islam.

3. DALIL DAN KEWAJIPAN BERJEMAAH

Jamaah Islam adalah untuk merealisasikan segala tuntutan Islam yang diwajibkan. Tujuannya adalah untuk menegakkan daulah Islamiyyah. Adalahmustahil untuk laksanakan hasrat itu dengan hanya usaha

perseorangan tanpa usaha jamaie yang tersusun rapi.

Oleh kerana merealisasikan tujuan yang besar ini merupakan satu kewajipan yang diwajibkan oleh Islam ke atas umat Islam dan tujuan ini hanya dapat dilaksanakan dengan adanya jamaah dan amal jamaie.

Keperluan kepada sebuah jamaah Islamiyyah dan amal jamaie adalah berdasarkan kepada hujah-hujah berikut:

a) Dalil daripada al-Qur’an

Firman Allah swt:

“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah yang mungkar, dan merekalh orang yang berjaya” (Ali Imran ; 104)

Perkataan ummah di dalam ayat tersebut adalah bermaksud ‘toifah atau jamaah’. Jelas bahawa ianya bukan beerti individu-individu yang terpancar-pancar atau sekadar sekelompok manusia. Ummah disini

bermaksud satu jemaah yang terdiri daripada individu yang bersatu dalam satu ikatan ukhwah atau wahdah yang padat, laksana organ-organ yang ada pada diri seseorang.

Firman Allah swt;

“Kamu adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, kamu menyuruh orang berbuat baik dan melarang orang berbuat mungkar dan kamu beriman kepada Allah” (Ali Imran ayat 110)

“Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berjihad dijalannya dalam barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh” (As Saff ayat 4)

‘Satu binaan yang tersusun kukuh’ bermaksud satu organisasi yang luas diikat dengan kesatuan dan kekuatan, sebahagian memperteguhkan sebahagian yang lain dengan caranya yang tersendiri, dan seluruh

organisasi itu umpama satu organ yang hidup dan lengkap.

b) Dalil daripada hadis Rasulullah saw:

“Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjemaah itu rahmat sedang perpecahan itu adalah azab”

“Barangsiapa yang memecahbelahkan, maka ia bukan daripada kalangan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jamaah, dan sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang menyendiri”

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri daripada jamaah kaum muslimin, maka beerti ia mati sebagai mati jahiliyyah”

Hujah berikutnya yang menekankan kepentingan amal jamaie’ adalah waqi’ atau realiti yang kita hadapi sekarang. Realiti memberikan pengajaran bahawa usaha berseorangan walaupun ikhlas sekalipun tidak

dapat meninggalkan kesan yang diperlukan untuk mencapai tujuan yang dimaksudkan. Allah menjadikan dunia ini berjalan diatas hukum sebab dan akibat. Dimana kelalaian dalam sesuatu perencanaan atau

tindakan itu menjadi sebab sesuatu akibat buruk yang terjadi kepada kita.

Jika diperhatikan pada golongan yang menentang Islam, maka didapati mereka itu bekerja secara jamaah, parti dan kesatuan-kesatuan yang tersusun. Kerana itu tidak dapat diterima syara’ dan akal musuh-musuh

ini dapat dihadapi dengan jayanya oleh usaha-usaha individu-individu yang terpancar-pancar.
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEBUAH JAMAAH ISLAMIYYAH

1. Membentuk kesedaran dan penghayatan Islam terhadap masyarakat.

Jamaah Islamiyyah adalah berperanan untuk mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap ubudiyyah kepada Allah. Kesedaran ini pula hendaklah diasaskan kepada hakikat bahawa Islam tidak dapat wujud

bersama jahiliyyah. Perubahan yang dipimpin oleh jamaah Islam adalah satu perubahan yang menyeluruh. Perubahan ini bermula dengan memberi penjelasan kepada manusia berkenaan aqidah Islam yang kukuh

supaya mereka dapat membezakan di antara hak dan batil.

2. Mentarbiyyah dan menyusun du’at di dalam sebuah gerakan untuk berperanan sebagai penggerak dakwah di dalam masyarakat.

Setiap usaha kea rah perubahan memerlukan penggerak. Penggerak ini perlu terlebih dahulu disediakan untuk memikul tugas kepimpinan da’wah dan risalah. Peranan ini hendaklah dilaksanakan oleh jamaah agar

persediaan yang sepatutnya telah dilakukan sebelum ianya terus terjun ke kancah perjuangan yang lebih luas.

Kesedaran Islam yang disebarkan oleh jamaah Islam di dalam masyarakat semestinya dapat mendorong beberapa orang di kalangan masyarakat yang sedar bahawa mereka juga bertanggungjawab untuk terlibat

dalam perjuangan Islam. Unsure-unsur inilah yang mesti dikumpulkan oleh jamaah Islamiyyah bagi menguatkan soffnya untuk melaksanakan tugas-tugas penyusunan tanzim dan penyebaran da’wah kepada

masyarakat.

3. Mengepalai risalah perjuangan Islam dan berfungsi sebagai Negara Islam.

Jamaah Islamiyyah yang tegak di atas prinsip untuk menghancurkan taghut dan menegakkan aqidah dalam mengepalai risalah Islam yang syumul. Ia hendaklah benar-benar menonjolkan ciri-ciri Islam yang

sepenuhnya dari segi aqidah, syariat, ibadah dan akhlak.

4. Menentang dan menghancurkan jahiliyyah dari akar umbinya hingga kepada seluruh manifestasinya.

Perubahan yang dilaksanakan oleh jamaah Islamiyyah adalah perubahan yang menyeluruh. Perubahan ini adalah yang dapat mewujudkan tuntutan asas terhadap penerimaan manusia dan masyarakatnya

terhadap Islam. Tuntutan asas ini ditegaskan oleh al-Qur’an:

“Wahai orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata” (Surah Al Baqarah :

208)

5. Menegakkan Daulah Islamiyyah di atas keruntuhan jahiliyyah dan terus berjuang untuk berperanan sebagai pemimpin umat sejagat.

Jamaah Islam mestilah mencabut jahiliyyah ke akar umbinya sebelum menegakkan Daulah Islamiyyah. Daulah Islamiyyah mesti ditegakkan di atas keruntuhan jahiliyyah. Ini kerana selagi jahiliyyah mempunyai

tapak dalam masyarakat, maka selagi itulah perubahan yang total tidak dapat diwujudkan oleh Jamaah Islam.

Tertegaknya Negara Islam beerti tugas-tugas da’wah dan jihad yang dahulunya tidak dapat dilaksanakan melalui kuasa pemerintahan dan perundangan kini dapat dilaksanakan melalui kuasa Negara. Tujuan

Daulah Islamiyyah bukan hanya mewujudkan suasanan damai, melindungi keselamatan rakyat dan menentang pencerobohan musuh dari luar, tetapi juga untuk melaksanakan hokum-hukum Islam dalam segala

urusan kenegaraan dan menyebarkan da’wah Islam di seluruh pelusuk Negara.

CIRI-CIRI JAMAAH ISLAM HAKIKI.

Di antara cirri-ciri yang ada pada sebuah jamaah Islamiyyah adalah:

1. Jamaah yang meyakini bahawa Islam adalah satu-satunya kekuatan yang dapat membangun semula ummah.

Jamaah ini dapat membebeaskan semula golongan mustad’afin (golongan yang lemah) dan menyelamatkan dunia dari kehuru-haraan dan kehancuran.

2. Jamaah yang lahir dari kesedaran sendiri.

Jamaah ini lahir daripada tuntutan al-Qur’an dan as-Sunnah tanpa dipengaruhi oleh mana-mana golongan sama ada timur ataupun barat. Firman Allah swt:

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang dari melakukan segala perbuatan yang salah. Dan mereka ialah

orang-orang yang berjaya” (Surah Ali Imran : 104)

Sabda Nabi saw yang diriwayatkan dari Huzaifah Ibnu Yaman:

“Wajiblah kamu bersama Jamaah Muslimin dan pimpinan mereka”

3. Jamaah yang meyakini akan kesejagatan Islam.

Kedatangan Islam ialah untuk memberi kebahagiaan kepada sekalian makhluk terutamanya terhadap manusia. Ianya tidak ditentukan hanya kepada bangsa Arab, Melayu, Turki dan bangsa-bangsa tertentu sahaj

bahkan ianya untuk seluruh manusia.

4. Jamaah yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh tidak kurang dan tidak melampau.

Firman Allah swt:

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu semua ke dalam agama Islam dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang lagi nyata” ( Surah Al

Baqarah: 207)

5. Jamaah yang mengutarakan kebenaran yang tunggal dalam sejarah perjuangan Islam.

Jamaah yang memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh ahli Sunnah Wal Jamaah. Ia berterus-terang dalam menyatakan kebenaran walaupun di saat orang lain membisu seribu bahasa. Meskipun mereka

ditindas, namun Jamaah Islamiyyah tetap diteruskan dengan perjuangannya yang suci.

Jamaah Islam itu sentiasa wujud di sepanjang sejarah dan ia berperanan menjaga Islam dan memeliharanya dengan lengkap dan sempurna sama ada dalam hal-hal aqidah, akhlak, perjalanan hidup serta

kewajipan beriltizam dengan Islam sebagai cara hidup.

6. Jamaah yang mengutarakan kebenaran yang membolehkan umat Islam bersatu.

Jamaah yang tidak melupai wadah perjuangan yang bersifat keterbukaan yang boleh menyatupadukan para anggotanya pada prinsip dan dasar sekalipun mereka berbeza di dalam masalah furu’.

7. Di antara sifat-sifat Hizbullah ialah:

– Cintakan Allah dan Allah cintakan mereka

– Merendah diri sesama mukmin

– Bersikap tegas dengan orang-orang kafir.

– Berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencelanya.

– Memberi kesetiaan kepada Allah, Rasul dan para mukmin (pimpinan).

– Mendirikan solat.
– Menunaikan zakat

– Sentiasa ruku’ kepada Allah

Sifat mereka tersebut selari dengan Firman Allah di dalam Al-Qur’an:

“Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang berpaling tadah dari agamanya(murtad), maka Allah akan mendatangkan pula satu kaum yang Allah kasihkan kepada mereka dan mereka

kasih kepada Allah, bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan bersifat tegas terhadap orang-orang kafir. Mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela.

Yang demikian itu adalah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya kerana Allah amat luas limpah kurnianya lagi meliputi pengetahuanNya” (Surah Al-Maidah : 54-56)

REALITI JAMAAH ISLAM MASA KINI.

Gerakan islam yang muncul di beberapa Negara telah memainkan peranan amat penting dalam mencetuskan perubahan sosial di dalam lingkungan operasinya. Dengan pelbagai pendekatan, gerakan Islam

bergerak ke arah mencapai cita-cita membangunkan kegemilangan dan keagungan Islam.

Kemunculan gerakan-gerakan sememangnya ditunggu-tunggu kehadirannya. Tetapi realiti yang berlaku, gerakan-gerakan yang septutnya mengungguli konsep al-ta’awun fil birr- wa al taqwa dalam

membangunkan Islam tidak mengikut acuan sepatutnya. Bahkan persefahaman yang sepatutnya dijadikan penghubung antara mereka diganti dengan perbalahan dan perlumbaan yang tidak menguntungkan.

Hasilnya agenda membangunkan Islam terpaksa dikongsi dengan agenda perseteruan sesame gerakan Islam yang dengan sendirinya melemahkan kembali Islam.

Pertembungan yang berlaku sedikit sebanyak menimbulkan kesan buruk terhadap Islam dan umatnya. Umat Islam semakin kabur tentang Islam ditengah-tengah pertembungan gerakan Islam. Anggota-anggota

gerakan Islam juga tidak sekata di dalam menghadapi situasi ini. Bahkan kebanyakan mereka mengambil jalan mudah dengan bertindak berkecuali dan escape daripada gerakan dakwah.

Umat Islam perlu menyedari keunikan mereka sebagai umat yang satu (ummatan wahidah). Usaha-usaha ke arah itu perlu dirancang dan difikirkan semula dengan mengenepikan segala kepentingan dan hawa

nafsu dan meletakkan kepentingan ummah sebagai agenda utama. Justeruj, gerakan Islam perlu nmengambil beberapa langkah dalam usaha mewujudkan perpaduan dengan penuh rasa pengorbanan dan

pengharapan agar perpaaduan ummah wujud sekali lagi untuk menerangi alam yang gelap gelita.

TA’ADDUD JAMAAH: PENGERTIAN, FAKTOR PENYEBAB, KESAN DAN PENYELESAIANNYA.

Ta’addud Jamaah bermaksud berbilang-bilang jamaah.

Menurut Al-Imam Asy Syafie di dalam kitabnya ‘ Ar-Risalah’ merengakan bahwa : mengikut fahaman saya terhadap Rasulullah saw:

“Wajiblah kamu bersama-sama Jamaah Islam dan kepimpinan mereka”

Bahawa gerakan Islam itu sepatutnya satu sahaja. Walaupun demikian sabda junjungan dan pendapat para ulama’ yang muktabar tetapi kenyataannya tidak sedemikian khususnya di Negara kita. Di Negara kita ini

terdapat bermacam-macam jamaah yang menamakan jamaah mereka dengan gerakan Islam.

HAKIKAT PERBEZAAN DAN PERSELISIHAN

Sebenarnya, apabila diteliti sebab wujudnya pelbagai jamaah dan memerhati tabiat kemunculannya, kita akan dapati bahawa kebanyakannya berpunca dari perbezaan manhaj dan cara bekerja para daie. Mereka

memilih jalan yang difikirkan paling sesuai dan lebih dekat untuk mencapai matlamat, berpandukan nas-nas al-Qur’an dan al-hadith dan membuat beberapa penyesuaian mengikut keperluan semasa.

Para nabi telah diutuskan ke atas muka bumi ini dengan manhaj dan syariat mereka yang berbeza. Firman Allah swt dalam Al-Maidah 5:48.

“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur’an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu;

maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di

antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka

berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,”

Kita meyakini bahawa perbezaan ijtihad yang didasarkan kepada al-Qur’an an as-Sunnah samalah dengan perbezaan manhaj para nabi dan syariat mereka dalam sesetengah perkara, sedangkan agama mereka

sama. Firman Allah swt Al-An-am 6:161

“Katakanlah: “Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, (yaitu) agama yang benar; agama Ibrahim yang lurus; dan Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik”.”

dan an-Nahl 16:123.

“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): “Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif.” dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.”

Kepelbagaian manhaj inilah yang telah mempengaruhi cara berfikir para pendakwah hai ini. Hal ini telah mengajak mereka untuk berijtihad berdasarkan pemahaman mereka terhadap nas-nas al-Qur’an dan al-

Hadith. Ijtihad ini sendiri mungkin tepat dan mungkin tidak tepat. Jadi ia mempunyai ruang untuk perbincangan dan kritikan.

Hasil daripada perbincangan di atas menjelaskan bahawa di sana terdapat kepelbagaian dan perbezaan yang telah menjadi fitrah manusia. Walaubagaimanapun ini tidak menafikan perpaduan yang dituntutserta

larangan perpecahan ummah kerana perbezaan dalam persepsi ini sememangnya suatu yang diharuskan oleh syara’ dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA TA’ADDUD JAMAAH.

Banyak jamaah yang muncul dengan faktor-faktor (dakwaan) tersendiri, antaranya ialah:

1. Gerakan Islam sedia ada telah kehabisan matlamat dan tujuannya sedangkan matlamat dan cita-cita Islam belum tercapai.

2. Gerakan Islam sedia ada tidak lengkap dan menyeluruh.

3. Gerakan Islam sedia ada mempunyai kekeliruan dan seribu satu persoalan. Justeru mewujudkan Gerakan Islam baru dapat menyelamatkan mereka yang bekerja dalam lapangan Islam daripada pelbagai

tuduhan dan subahat serta persoalan yang pelbagai itu.

4. Gerakan Islam sedia ada banyak melakukan kesalahan.

NATIJAH BERBILANG JAMAAH.

1. Tuduhan, cabaran dan kesalahan yang dijangka tidak mengenainya juga turut dihadapi.

2. Mereka tidak sedar bahawa yang ditentang ialah Islam sekalipun atas nama apa jamaahnya.

3. Kecacatan yang mereka lihat ada pada orang lain hinggakan menubuhkan jamaah baru sebenarnya telah berada pada mereka. Sedangkan apa yang mereka lakukan adalah sebahagian pemecahan kepada

umat Islam.

4. Jamaah baru itu hanya seperti gerakan dhirar yang mengelirukan orang ramai terhadap kemampuan Islam menyelesaikan masalah ummah.

SOALAN PERBINCANGAN

1. Bincangkan jamaah-jamaah di sekitar kampus dan bezakan manhaj perjuangan (ideology) setiap jamaah tersebut.

2. Huraikan penyelesaian terhadap ta’addud jamaah di dalam kampus.

3. Huraikan ppakah kaedah terbaik di dalam melakukan amal jamaie


Rujukan :

1. Kertas Kerja Jemaah Islamiyyah (UM)

2. Kertas Kerja Amal Jamaie dan Tuntutannya (UM)

3. Model Kerajaan Islam (Y.B Dato’ Haji Haron Taib)

4. Pra Syarat Kemenangan Kita ( Ustaz Hj Nasruddin Hassan At Tantawi).

5. Manhaj Daurah Tadribiyyah (tajuk Akhlak dan Adab Berjemaah).

Sejarah Penubuhan PAS

MENGIKUT satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26

November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951).

Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.

Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).

PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin

diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.

Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan

pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan

Sunnah.

Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-

lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928.

Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong

masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.

Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas

kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British.

Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941 – 1945.

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah

Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi – iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu. PKMM

telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.

Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah.

PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya.

Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam

struktur organisasi PKMM.

MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul

Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.

Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah

masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.

Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-

Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.

Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah

yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.

Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah menggarap

sebahagian besar dari ground work bagi melebarkan persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS.

Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya

termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi.

Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika

itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).

Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di

Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:

1. Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan – Pengerusi

2. Ustaz Haji Ahmad Maliki – Setiausaha

3. Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah – Anggota

4. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah – Anggota

5. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein – Anggota

6. Tuan Haji Mansor J.P – Anggota

7. Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.

Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu – iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan

persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti.
Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas

Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang

dicadangkan pada mulanya.

Maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh:

1. Persatuan guru-guru agama dari Perlis.

2. Persatuan ulama dari Kedah.

3. Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.

4. Kelab Darul Ehsan dari Selangor.

5. Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.

6. Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.

7. Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.

8. Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.

Juga hadir sama beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadhi atas nama peribadi.

Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat

dan kemanusiaan.

Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:

1. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan – Yang Dipertua Agung

2. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah – Timbalan Yang Dipertua Agung

3. Tuan haji Hussin Che Dol – Naib Yang Dipertua Agung (Utara)

4. Fakir Muhammad Nor – Naib Yang Dipertua Agung (Tengah)

5. Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli – Naib Yang Dipertua Agung (Selatan)

6. Tuan Haji Ahmad Maliki – Setiausaha Agung

7. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein – Bendahari Agung

Ahli Jawatankuasa Agung pula terdiri daripada:

1. Tuan Haji Yahya Joned

2. Tuan Haji Uthman Talib

3. Tuan Haji Mohammad Nor

4. Tuan Haji Zabidi Ali

5. Tuan Haji Abdul Wahab

6. Tuan Haji Assaiya

7. Muhammad Mahzub

8. Tuan Haji Ahmad Nadur.

Jika dilihat kepada persatuan, peribadi dan jumlah yang hadir semasa perhimpunan atau muktamar penubuhan PAS itu, yang kebanyakannya terdiri dari tokoh-tokoh agama, maka secara tidak langsung

menunjukkan bahawa elemen dan semangat perjuangan Islam telah tersemai bersama PAS semenjak awal penubuhannya lagi.

Elemen Islam dalam PAS ini lebih terserlah lagi apabila usaha yang dibawa oleh Yang Dipertua Agung Pertamanya, Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan Dato’

Onn Jaafar (ramai yang berpendapat di sini bahawa Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Dato’ Onn yang juga merupakan rakan karib beliau) tidak diterima oleh ahli dan penyokong-

penyokong PAS.

Kegagalan Haji Ahmad Fuad mendapatkan sokongan ahli dan penyokong-penyokong PAS ini sekali lagi menunjukkan bahawa kesedaran mendalam mengenai politik Islam di kalangan ahli dan penyokongnya

telah wujud walaupun PAS sendiri ketika itu masih berada pada tahap yang lemah.

Akhirnya, dalam satu Perhimpunan Khas pada September 1953, Haji Ahmad Fuad terpaksa mengambil jalan keluar dengan meninggalkan PAS bagi bersama-sama Dato’ Onn (menyertai Parti Negara).

Kesedaran Islam di kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang menjadikan satu ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS walaupun sepanjang sejarah perjuangannya ramai di kalangan pemimpin atasnya

meninggalkan parti, namun parti terus hidup, malah lebih kental dan subur.

Presiden-Presiden PAS

1951-1953 – Hj Ahmad Fuad bin Hassan

1953-1956 – Dr. Hj Abbas bin Hj Ilias (Memangku)

1956-1965 – Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor (Al-Helmi)

1965-1966 – Tan Sri Mohd Asri Haji Muda (Memangku ketika Dr Burhanuddin ditahan di Bawah ISA)

1966-1969 – Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor (Al-Helmi)

1969-1982 – Tan Sri Mohd Asri Haji Muda

1982-1989 – Tuan Guru Haji Yusuf Rawa

1989 – 2002 – Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor

2002 – Kini – Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Minggu 1 : Tasawwur Islam

1. PENGERTIAN ISLAM. 

Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya aqidah,  amalan-amalan dan hokum-hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani,

fardiyyah dan jamaiyyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Secara khususnya Islam sebgaimana yang dikemukakan oleh ulama-ulama’ berdasarkan kepada Al-Qur’an

dan AsSunnah adalah:- 

 Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah swt serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan pahala

dan dosa.

Firman Allah swt:- 

“Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa yang ada dilangit dan bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka

dikembalikan”. (Surah Ali Imran ayat 83) 

Sesungguhnya tanda bukti penuh ketundukan kepada Allah swt ialah reda menerima agamaNya yang diiringi pula dengan penuh kesedaran. Ini adalah lantaran Islam menurut pengertian ini adalah merupakan

agama yang diredai Allah, agama yang diwahyukan kepada Rasul-Rasul a.s. untuk disampaikan kepada manusia. 

  Islam adalah peraturan (an Nizam), perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah saw dripada Allah

swt, guna disampaikan kepada manusia serta menyatakan apa yang mengenai orang yang mengikut dan menentang sama ada dosa dan pahala.

Firman allah swt: 

“Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka dia tidak akan diterima daripadanya dan diakhirat nanti dia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi” (Surah Ali Imran ayat 85) 

 Islam adalah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah swt kepada RasulNya saw, yang terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang berbentuk aqidah, akhlak, muamalat dan

segala berita yang disebut di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah adalah perintah untuk disampaikan kepada manusia.

Firman Allah swt: 

“Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintah itu) beerti kamu tidak menyampaikan risalah Allah dan Allah memelihara kamu dari

gangguan manusia” 

 Islam ialah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung dengan aqidah, amalan dan hokum yang disertai dengan

kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan.

Firman Allah swt: “Bahkan sesiapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan dia berlaku baik, maka baginya ganjaran di sisi Tuhannya dan tidak ada takut bagi mereka dan mereka juga tidak

berdukacita”   (Surah al-Baqarah ayat 112) 

 Islam dengan makna menyerah diri secara zahir sahaja sekalipun dengan tidak ada iman di dalam hati. Islam yang seperti ini tidak memberi apa-apa faedah kepada penganutnya.

Firman Allah swt: “orang Arab Badwi berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah kepada mereka: “Kamu belum beriman”, tetapi katakanlah: “Kami telah Islam, kerana iman itu belum masuk ke dalam hati-hati

kamu”.  (Surah Al Hujurat: ayat 14) 

 Islam merupakan jawapan yang tepat kepada tiga pertanyaan yang dikemukakan kepada setiap manusia, iaitu:

i) -dari mana ia datang?     

ii) -mengapakah ia dijadikan?     

iii)-kemanakah ia dikembalikan?     

Jawapan soalan satu adalah terkandung didalam Firman Allah surah Al Hajj ayat 5, Surah Al Mukminun ayat 12-14, dan surah AtTariq ayat 5

Jawapan soalan dua “mengapakah ia datang” terkandung didalam surah AzZariyat ayat 56.

Jawapan untuk soalan tiga “kemanakah ia dikembalikan” ada di dalam Al Qur’an Surah Al Insyiqaq ayat 6, Surah ar Ruum ayat11, Surah AzZumar ayat 7, Surah An Najm ayat 42, dan Surah al Alaq ayat 8. 

 Islam merupakan penghayatan yang sebenar bagi manusia; merupakan cahaya petunjuk dalam kehidupan; merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi; memperbaiki masyarakat dan

jalan yang sebenar yang tidak mungkin sesat kepada sesiapa yang melaluinya.

2. TASAWWUR ISLAM YANG SEBENAR. 

Islam sebagai Ad-Din yang lengkap dan sempurna yang akan membicarakan segala perkara dalam kehidupan manusia dan tidak ada sedikit kekurangan dan kecacatan dalam ajarannya. Oleh itu

Islam merangkumi aspek aqidah, ibadah, syariah, akhlak, kebudayaan, ilmu pengetahuan, ekonomi, politik, dakwah, pergaulan, jihad, dan bermacam lagi.  Disini diselitkan beberapa takrif berkenaan

dengan tasawwur Islam tersebut  

 Aqidah

Ialah kepercayaan kepada Allah yang tersimpul kukuh di dalam jiwa manusia tanpa ada sedikit keraguan terhadap kesemprnaan ajaran Islam. Inilah dasar dan pokok ajaran Islam dan seruan yang dibawa oleh

Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt: 

Bermaksud:“sesungguhnya kami telah mengutuskan pada setiap umat seorang rasul supaya mereka menyembah Allah dan menjauhi taghut”  (Surah An Nahl ayat 36) 

 Ibadah

Satu ketundukan dan pengabdian kepada Allah yang esa dalam seluruh aspek kehidupan, dalam erti kata yang lain seluruh pekerjaan dan amalan yang dilakukan semata-mata kerana Allah dan mengikut syariat

Islam, maka ia dinamakan ibadah. Firman Allah swt: 

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengbdikan diri kepadaKu”  (Surah Az Zariyat ayat 56) 

 Syariah

Iaitu perundangan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia dan tidak boleh diubah dengan apa cara sekalipun. Syariat Islam memelihara lima prinsip; iaitu agama, nyawa, maruah, akal dan harta. 

 Akhlak

Imam Al Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah “bawaan sifat jiwa yang tersembunyi atau melahirkan perbuatan dengan mudah tanpa perlu berfikir terlebih dahulu” Berdasarkan definisi inilah Imam Al Ghazali

menyatakan bahwa akhlak itu ialah sifat-sifat yang telah menjadi tabiat seseorang. Ia bukan sesuatu yang bersifat takalluf (sesuatu yang dibuat-buat) tetapi telah menjadi perangai dan miliknya yang sebenar bukan
ia berpura-pura berperangai baik di hadapan orang pada masa-masa tertentu. Akhlak ialah satu ajaran daripada Islam, untuk memperbaiki tingkahlaku manusia dan ia mempunyai tempat yang tinggi dan pengaruh

yang besar dalam gerakan dakwah kerana akhlak yang baik merupakan besi magnet kepada Islam. 

 Kebudayaan

Islam mengikitraf kebudayaan asalkan ia berlandaskan kepada Islam. Di antara kebudayaan yang berlandaskan Islam adalah cara berpakaian, Islam tidak menetapkan cara khusus berpakaian kerana masing-

masing kaum mempunyai cara berpakaian tersendiri namun kewajipannya adalah menutup aurat bagi lelaki dan perempuan yang tidak menampakkan susuk tubuh serta fitnah yang lebih buruk. Kaum lelaki

dilarang memakai pakaian serupa perempuan begitu jugalah sebaliknya. 

 Ilmu pengetahuan

Islam datang dengan menghapuskan kejahilan manusia dan digalakkan supaya menuntut ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan mendapat tempat yang tinggi di sisi Islam dan para penuntutnya dianggap mulia.

Ayat al-Qur’an yang pertama menyuruh manusia supaya membaca (menuntut ilmu pengetahuan) dan banyak lagi dalil-dalil yang meminta umat Islam supaya belajar dan menuntut ilmu. 

 Ekonomi

Ekonomi adalah penting untuk kehidupan manusia, lantaran itulah Islam mengiktiraf dan menerima ekonomi sebagai satu usaha meningkatkan taraf hidup manusia. Ilmu yang berkaitan dengan ekonomi di dalam

Islam telah banyak diperluaskan oleh ulama’ yang pada dasarnya Allah menyebut tentang halalnya jual beli dan diharamkan riba’, begitu juga diwajibkan mengeluarkan zakat, beerti ia menyentuh perihal ekonomi.   

 Politik

Manusia adalah makhluk yang perlukan hubungan social (social kontrak), justeru itu ia memerlukan bimbingan daripada pemimpin-pemimpin. Rasulullah saw telah meninggalkan kita dengan meninggalkan soal

kepimpinan (khilafah) sebagai sesuatu yang penting di dalam membangunkan umat. Politik adalah sebahagian daripada Islam dan sesiapa yang menganggap politik bukan sebahagian daripada Islam beerti ia telah

memisahkan agama dari landasan yang sebenarnya. Inilah fahaman ideology yang ditanam oleh musuh-musuh Islam supaya dengannya umat Islam akan terpisah secara berjuzsuk-juzuk dari amalan Islam yang

sebenar. 

 Dakwah

Dakwah ialah menyeru, mengajak manusia kepada pengabdian kepada Allah, ia adalah tugas mulia yang amat penting dan inilah tugas para Nabi dan rasul di utuskan ke muka bumi oleh Allah swt. Perbincangan

mengenai dakwah akan dibincangkan dalam topik yang akan datang. 

 Pergaulan

Manusia adalah makhluk yang memerlukan sosial untuknya berinteraksi dengan manusia lainnya. Oleh kerana itulah Allah menjadikan mansuia ini berpasang-pasang supaya manusia berasa damai dan tenteram

dalam kehidupan. Dalam kehidupan bermasyarakat, Rasulullah banyak mengajar umatnya bagaimana tatacara hidup bermsyarakat yang sebenarnya seperti menghormati orang tua, memuliakan jiran, menziarahi

orang lain, memuliakan tetamu, dan sebagainya. 

 Jihad

Perkataan jihad berasal dari kata “jahada” yang bermaksud kesungguhan. Menurut syarak ialah pengerahan tenaga dari seorang Muslim dalam mempertahanakan dan menyebarkan Islam kerana menuntut

keredhaan Allah. Kerana itu jihad adalah satu kalimah yang besar maknanya dan tuntutannya juga amat besar dipikul oleh umat Islam. Jihad dalam konteks yang luas boleh difahami dan diaplikasikan dalam

pelbagai cara seperti lisan, berjihad menentang hawa nafsu, berjihad dengan peperangan, dan pelbagai lagi. 

3. SYARIAT ISLAM : PENGERTIAN  DAN CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN 

Takrif Al-Syariah Al-Islamiyyah

Syari’ah dalam bahasa Arab beerti aliran (almazhab) dan jalan yang lurus. Syariah Islamiyyah menurut istilah ialah hokum-hukum yang disyara’kan oleh Allah s.w.t. untuk hambaNya, samada yang berkaitan

dengan aqidah, ibadat, akhlak, muamalat, dan system-sistem hidup dalam pelbagai aspek demi untuk kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Ia juga diertikan sebagai saluran air yang mengalir yang menjadi

sumber minuman.  Hokum-hukum ini dinamakan Syariah kerana lurus dan tidak menyimpang sistemnya dari matlamatnya, seperti landasan yang lurus tidak ada bengkang-bengkok. Berdasarkan penjelasan di atas

maka syariat Islam Islam dari segi istilah syara’ adalah “semua hukum yang diciptakan oleh Allah untuk hambanya sama ada hokum-hukum ini diperundangkan melalui al-Qur’an atau Sunnah Nabi saw dalam

bentuk perkataan, perbuatan atau perakuan baginda”.   

Ciri-ciri keistimewaan Syariah Islamiyyah

Rabbaniyyah

Ianya membawa erti bahawa hukum dan peraturan Syariah ini dari Allah swt dan bukan ciptaan manusia. Beerti sumber Syariah Islamiyyah ialah Allah swt yakni wahyuNya kepada Nabi Muhammad saw dengan

lafaz dan makna, iaitu al-Qur’an, atau dengan makna tidak lafaz iaitu as-Sunnah. Ciri ini membezakannya sama sekali dari semua perundangan duniawi kerana ia bersumberkan dari manusia sedangkan Syariah

Islamiyah sumbernya pencipta manusia itu sendiri. 

Natijah Syariah Islamiyyah:

i)-Prinsip-prinsip Syariah dan hokum-hakamnya bersih dari sebarang rupa bentuk kezaliman, kelemahan dan menurut hawa nafsu kerana penciptanya ialah Allah yang mempunyai ksempurnaan mutlaq. Undang-

undang duniawi pula mempunyai kelemahan kerana ia lahir dari manusia yang memiliki kelemahan seperti kejahilan, penyelewengan, kezaliman, kelemahan, kekurangan, terpengaruh dengan hawa nafsu, alam

persekitaran, kaum atau bangsa, dan sebagainya.

ii)-Hukum-hukum Syara’ mempunyai kehebatan dan kehormatan dalam jiwa orang-orang yang beriman dengannya ama ada pemerintah mahupun yang diperintah, justeru kerana ianya dari Allah dan pasti memiliki

sifat Ad-Din. Atas dasar inilah ia tetap dihormati dan dipatuhi dengan rela hati yang didorongi oleh jiwa yang bersih dan keimanan yang mendalam tanpa ada unsur paksaan.

Balasan Duniawi dan Ukhrawi

Balasan duniawi ini ada yang bersifat kanun jenayah dan ada yang dikatakan kanun sivil sepertimana juga dengan undang-undang buatan manusia tetapi skopnya lebih luas dari balasan yang terdapat dalam

undang-undang buatan manusia, justeru undang-undang Islam itu mencakupi seluruh urusan individu termasuklah soal-soal keagamaan dan akhlak, tidak sepertimana undang-undang buatan manusia. Balasan

ukhrawi adalah dikenakan ke atas setiap perlanggaran hokum syara’ sama ada ia amalan had mahupun amalan anggota lahir, yang berkaitan dengan muamalat maliyyah (sivil) mahupun jenayah dan sama ada

yang  bersalah itu dikenakan hukuman keseksaan atau tidak, selagi tidak bertaubat nasuha dan mendapat penghalalan hak dari orang tertentu.  

Alamiyyah dan Umumiyyah

Syariat Islam menjadi keistimewaan dengan ciri ini, ia menjadi rahmat untuk sekalian alam, menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia dan merupakan peraturan untuk manusia sejagat pada semua masa dan

tempat. Ia bukan perundangan untuk satu jenis manusia, Negara, bangsa dan kabilah tertentu sahaja, bahkan ia untuk manusia di mana jua mereka berada.  Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia

dalam beberapa perkara seperti:

a)       Dharuriyyat  : iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkara-perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga akal, agama, jiwa, keturunan dan harta. 

b)       Hajiyyat : perkara yang diperlukan manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya. 
c)       Tahsiniyyat : iaitu perkara yang diperlukan manusia untuk hidup lebih mulia. Contohnya Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupan mengikut tempat dan suasana. Ia lebih mirip kepada unsure

kesempurnaan kemewahan.  

Kekal.

Syariat islam kekal sepanjang zaman tanpa dinasakh dan tiada perubahan. Ia merupakan Syariat Islam terakhir dan penutup syariat-syariat samawi. Nabi Muhammad saw adalah rasul terakhir, tiada Nabi lagi

selepas baginda. Kesejagatan Syariat Islam, umum untuk seluruh manusia dan tidak menerima sebarang pembatalan dan tukar ganti, sudah pasti segala peraturan dan hokum-hakamnya itu dapat mencapai

kepentingan manusia sepanjang zaman dan disemua tempat dan mampu memenuhi segala keperluan yang dihajati oleh manusia setiap masa, dijadikannya sebagai penutup semua syariat, peraturan, prinsip dan

hokum-hukumnya sesuai dilaksanakan untuk semua masa dan tempat. 

Syumul

Syariat Islam itu suatu system yang syumul mencakupi semua urusan hidup yang menggariskan manusia jalan iman, menerangkan dasar-dasar aqidah, menyusun hubungan manusia dengan Tuhannya,

memerintah bersihkan jiwa, dan mengatur hubungan manusia sesama manusia. Kesyumulan Islam ini dapat dilihat pada 3 kelompok:- 

i)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan aqidah seperti beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perbahasan hokum-hukum aqidah ini dan kajiannya terdapat dalam ilmu kalam atau Tawhud.

ii)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar, amanah, menyempurnakan janji, haram berdusta, khianat, mungkir janji. Hokum-hukum akhlak ini kajiannya adalah dalam ilmu akhlak

atau Tasawwuf.

iii)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia dalam hubungan mereka dengan yang lain. Hokum amali ini dinamakan dengan al-fiqh, perbincangannya dalam ilmu al-Fiqh.

Ia terbahagi kepada 2 bahagian yang besar iaitu:

a)-Ibadat seperti solat, puasa, zakat yang mana ia bertujuan mengatur hubungan di antara individu dengan Tuhannya.

b)-Adat dan muamalat yang bertujuan untuk mengatur hubungan di antara sesama manusia.

Kemanusiaan

Syariat Islam bersifat kemanusiaan sejagat kerana ianya diturunkan oleh Allah swt untuk seluruh manusia dan rahmat Allah kepada mereka sepanjang zaman dan di semua tempat. 

Keadilan mutlak

Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya menurut hitungan sebenarnya daripada Allah. Adalah menjadi tujuan Islam itu menegakkan keadilan mutlak dikalangan manusia seluruhnya dengan

menegakkan persaudaraan dikalangan mereka, memelihara kehormatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta benda dengan bermatlamat dunia dan akhirat. 

TUJUAN SYARIAT ISLAM.

1.       MEMELIHARA AGAMA – Allah menghukum orang yang menukar agama (murtad) dengan hukuman bunuh sebagai balasan demi menjaga agama Allah yang agung ini sentiasa terpelihara bukan untuk

dipermainkan. Allah telah menerangkan di dalam Al-Qur’an: 

“Dan barangsiapa dari kamu yang berpaling daripada agamanya, lalu ia mati padahal ia tetap kafir, maka gugurlah amal-amal mereka di dunia dan akhirat. Dan mereka akan jadi ahli neraka yang mereka (akan)

kekal di dalamnya”   (Al Baqarah : 217) 

2.       MEMELIHARA AKAL – Allah mengharamkan benda-benda yang memabukkan kerana hendak memelihara akal manusia. Kita dapat perhatikan orang-orang yang mabuk disebabkan bahan-bahan tersebut

perangainya sama seperti binatang mereka sanggup melakukan sesuatu yang tidak baik tanpa perasaan malu. Islam telah menjelaskan bahawa arak adalah ibu segala yang keji dan kotor. Sebagaimana sabda

Rasulullah saw: 

“Arak adalah ibu segala kejahatan” 

Islam menghukum kepada mereka yang sabit melakukan kesalahan dengan 40 kali sebat berdasarkan kepada hadis Nabi saw: 

“Bahawasanya Rasulullah saw telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat” dan abu baker menyebat 40 kali dan Umar menyebat 80 kali” 

3.       MEMELIHARA NYAWA – Islam telah menetapkan bahawasanya sesiapa yang menghilangkan nyawa manusia lain akan dikenakan hukuman bunuh balas. Ini beerti bahawa qisas terhadap seorang adalah

perlu untuk memelihara keselamatan hidup (nyawa) orang lain, dengan ini akan memberi pengajaran yang berkesan kepada sesiapa sahaja yang berani melakukan perbuatan tersebut. 

4.       MEMELIHARA HARTAHarta perlu dipelihara dengan baik, maka Allah mensyariatkan supaya mereka yang mencuri harta dikenakan hukuman apabila mempunyai syarat-syarat dan bukti yang sahih. Oleh

kerana itu balsannya adalah dipotong tangannya apabila syarat-syaratatau bukti-bukti telah mencukupi bagi si pencuri tersebut. Inilah keadilan Islam supaya manusia itu sentiasa menghormati harta atau hak orang

lainnya. 

5.       MEMELIHARA KETURUNANIslam menjamin keselamatan ummah dan keturunan pemeluknya. Untuk melangsungkan zuriat manusia di dunnia ini maka disyariatkan perkahwinan. Perkahwinan juga

merupakan satu saluran yang sah bagi memenuhi naluri manusia. Justeru itu Islam mengharamkan sama sekali hubungan jenis tanpa mengikut saluran yang sah di sisi syarak. Hukuman yang setimpal dikenakan

kepada mereka yang melakukan jenayah tersebut adalah 100 kali sebatan bagi yang belum berkahwin manakala yang sudah berkahwin direjam dengan batu yang sederhana sampai mati. Ini berdasarkan kepada

Firman Allah swt : 

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya

dalam menjalankan hokum Allah swt, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang

beriman”  (An-Nuur ayat 2) 

SUMBER PERUNDANGAN ISLAM

Dalil-dalil sumber perundangan Islam:-

 Dalil yang disepakati oleh semua orang Islam iaitu Al-Qur’an dan As Sunnah.

 Dalil yang disepakati oleh jumhur muslimin iaitu Ijma’ dan al Qiyas.

 Sumber yang berlaku perbezaan pendapat dikalangan para ulama’, hatta dikalangan para ulama’ yang beramal dengan konsep qiyas. Bahagian ini merangkumi al-urf, al-istishab, al-istihsan, al-

Masalih al-Mursalah. Syar’u man Qablana dan Mazhab al-Sahabi di mana sebahagian ulama’ mengambil ia sebagai sumber hokum sedangkan lain tidak menganggap ia sebagai hokum.

i)-Al-Qur’an

Ta’rif Al-Qur’an dalam bahasa Arab yang bermaksud: “ialah lafaz dalam bahasa Arab diturunkan kepada Nabi Muhammad saw yang dapat melemahkan dengan sesuatu surah, dipindahkan dengan jalan mutawatir,

bacaannya merupakan amal ibadah” 

Petunjuk ayat-ayat al-Qur’an Nas-nas Al-Qur’an terbahagi kepada 2 perkara:

a)-Dalil yang merupakan nas yang terang. Dalil-dalil ini tiada berkehandakkan penjelasan atau huraian yang lain lagi. Contohnya dalam Firman Allah swt:

“Dan bagimu (suami) separuh dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak”  (Surah An Nisa’ ayat 12) 
b)-Dalil yang berupa hukum mumjal, am, musytarak (bersekutu). Ayat yang seperti ini berkehendakkan kepada penerangan hadith. Hadithlah yang menentukannya kepada maksud ayat tersebut.

Contoh ayat: 

 “Dirikanlah olehmu akan solat” (An nur ayat 77)             

Ayat ini mumjal kerana ia tidak menerangkan cara atau peraturan solat, syarat atau rukunnya.   Untuk mengetahui perkara ini perlu kita mengambil dalil dengan hadith Rasulullah saw:  

“Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”           

PERANAN AL QUR’AN

1. sebagai perundangan yang menjadi dasar hokum Islam yang sesuai dijalankan pada bila-bila masa dan segenap tempat

2. al-qur’an menjadi petunjuk kepada seluruh manusia daripada kekufuran kepada hidayah.

3. Sebagai khabar gembira kepada orang yang mentaati perintahnya dan amaran keras bagi orang yang melampaui batas.

ii)-As-Sunnah

Dari segi bahasa bermaksud perjalanan, perlakuan, amalan method atau cara hidup. As- Sunnah juga bermaksud membuka/merintis jalan sama ada yang baik atau yang buruk.Dari segi istilah apa-apa yang lahir

daripada baginda Nabi saw sama ada perkataan atau sifat kejadian atau akhlak atau sirah (sejarah) sama ada sebelum diutuskan Nabi atau selepas diutuskan Nabi menjadi rasul.  Sunnah pada istilah ahli-ahli Usul

Fiqh iaitu apa yang diambil daripada Nabi saw daripada perkataan, perbuatan atau perakuan. Ini dapat menyimpulkan bahawa Sunnah terbahagi kepada 3 bahagian:

a)-Sunnah Qauliyah (perkataan) yang juga dinamakan hadith dan al-Khabar. Contohnya sabda Nabi saw:

Ertinya : “sesungguhnya segala macam amalan itu mengikut niatnya” 

b)-Sunnah Fikliah (perbuatan) seperti solat yang ditunjukkan oleh Nabi saw sepertimana Sabda baginda:

Ertinya : “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat” 

c)-Sunnah Taqririyyah (pengakuan) iaitu apabila Nabi saw melihat sesuatu tingkahlaku atau mendengar satu pertuturan para sahabat tetapi baginda tidak mengingkarinya, misalnya seperti pengakuan Nabi

terhadap para sahabat yang memakan Himarulwahsyi (keldai liar).

iii)-Ijma’

Takrif Ijma’ dalam bahasa Arab: 

Ertinya: “Persepakatan ulama’ mujathidin daripada umat Nabi Muhammad saw terhadap sesuatu hokum syara’ pada sesuatu masa selain daripada zaman baginda” Makna (ittifak) ialah ijmak atau sepakat, sama

ada dalam bentuk I’tiqad atau kata atau perbuatan atau kelakuan.  

Makna “Mujtahidin” takrif ini akan mengeluarkan orang awam, kerana biasanya mereka tidak mempunyai dalil atau sandaran. Dan mengeluarkan ijma’ sebahagian daripada ulama’ mujtahidin, kerana jaminan

‘Ismah hanya kepada ijma’ semua ulama’ mujtahidin. Sebenarnya Ijma’ mulai muncul sejak zaman sahabat di mana Abu Bakar ketika dikemukakan dengan sesuatu masalah, baginda akan menyelidikanya di dalam

Al-Qur’an dan terus menghukum jika terdapat di dalam Al-Qur’an; tetapi sekiranya tiada didapati di dalam al-Qur’an beliau akan menyelidiki pula di dalam sunnah Rasulullah, jika ada akan dihukum menurut as-

Sunnah, jika tiada beliau akan mengumpul para sahabat untuk bermesyuarat mengenai masalah tersebut. Kaedah persetujuan dalam menentukan hokum melalui mesyuarat ini dinamakan sebagai ijma’ 

Syarat-Syarat Ijma’

1.  

1. Para ulama’ mujtahidin bersifat adil dan sentiasa menjauhi perbuatan bid’ah.

2. Semua ulama’ mujtahidin mengeluarkan pendapat yang serupa dalam satu zaman.

3. terdapat beberapa ulama’ mujtahidin. Kalaulah kebetulan hanya seorang ulama’ mujtahidin sahaja dalam zaman itu pendapatnya tidak berupa ijma’

4. Hukum yang diijmakkan adalah hokum syara’.

5. Tiada seorang ulama’ mujtahidin menarik balik pendapatnya.

iv)-al-Qiyas

sebagai menerangkan hokum sesuatu perkara yang tidak terdapat didalam nas, dihubungkan dengan perkara-perkara yang telah diketahui hukumnya dengan nas yang terdapat di dalam al-Qur’an dan As-Sunnah.

Contohnya, seperti diharamkan memukul kedua ibu bapa dinisbahkan dengan haramnya si anak, berkata (ah) kepada keduanya. Takrif dalam bahasa Arab: 

Ertinya : “Ialah persamaan antara sesuatu tempat dengan tempat yang lain pada illat hokum syarak. Illat ini tidak begitu mudah faham dari dalil hokum itu semata-mata berpandukan fahaman bahasa.” Dari takrif di

atas, dapat difahami bahawa qias mempunyai empat rukun iaitu:

1. Asal iaitu tempat hokum yang sabit dengan dalil al-Qur’an atau hadith atau ijma’ seperti arak yang telah sabit hukumnya dengan al-Qur’an.

2. Hukum Asal: iaitu hokum syarak yang sabit dengan dalil yang hendak diluaskan kepada tempat lain seperti hokum haram arak.

3. Furuk: iaitu tempat dan hukumnya tidak ditegaskan dalam al-Qur’an atau hadith atau ijma’.

4. Illat: iaitu suatu sifat yang serupa sebab atau mewujudkan hokum asal yang serupa dengan illat furuk seperti sifat arak dan tuak yang boleh memabukkan.

SOALAN TAMBAHAN

1. Pengertian Islam dan Kepentingannya?

2. Bagaimana Islam menjadi manhaj hidup dalam kekeluargaan, masyarakat dan Negara.

3. Bincangkan kepentingan syariat Islam dan keistimewaannya berbanding agama yang lain?

4. Bincangkan perkembangan Islam dan syariatnya sejak zaman Rasulullah saw sehingga kini.

5. Bincangkan peranan anda untuk mempertahankan kesucian syariat Islam.

RUJUKAN:

1. Muqaddimah Aqidah Muslimin (tajuk Pengertian Islam)

2. Pengantar Fiqh Islam ( Buku Silibus Diploma Tasawwur Islam, ILHAM)

3. Usrah dan Harakah ( Tajuk Sukatan Usrah berbagai Peringkat)

4. Teks Usrah Peringkat Pengenalan. Ustaz Idris Hj Ahmad. Sarjana Media: Kuala Lumpur, 2000
Minggu 2 : Tajuk I – Fiqh Amal  Islami

MUQADDIMAH

Memahami Islam, perjuangan dan gerak kerjanya adalah suatu perkara yang sangat mustahak bagi setiap orang yang mungkin menceburkan dirinya di dalam perjuangan Islam. Jika tidak, mungkin kegiatan dan

tindakannya akan bertentangan dan menyimpang jauh dari kehendak Islam. Akhirnya gerakan menjadi hancur dan para pejuang menjadi mangsa.

Kertas ini cuba memberi gambaran ringkas berkenaan tajuk “kefahaman” agar setiap yang terlibat dapat menilai dan membuat keputusan dan tindakan yang betul selaras dengan kehendak Islam.

MEMAHAMI ISLAM

Semua yang terlibat di dalam gerakan Islam memahami:

a) Bahawa Islam itu agama yang lengkap, merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia, aqidah dan syariah, agama dan negara. Oleh kerana itu, ia mestilah bersedia untuk membetulkan aqidahnya, ibadahnya

dan lain-lain perkara supaya selaras dengan kehendak al-Quran dan as-Sunnah.

b) Ia hendaklah memahami bahawa al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qias itu merupakan rujukan bagi orang-orang Islam, pendapat sesiapa jua pun yang bertentangan dengan sumber-sumber tersebut tidak

boleh dihormati dan dipatuhi.

c) Oleh itu, pendapat pimpinan yang tidak berlawanan dengan sumber-sumber tersebut hendaklah dihormati dan dipatuhi sekalipun tidak sama dengan pendapat sendiri.

d) Perselisihan pendapat dalam masalah furu’ adalah perkara boleh dan tidak dapat dielakkan. Oleh kerana itu, setiap muslim yang belum mencapai martabat ijtihad hendaklah ia menerima pakai mana-mana

pendapat alim ulama’ yang mu’tabar dan janganlah dijadikan berlainan pendapat serta pandangan dalam masalah furu’ itu punca pertelingkahan dan perpecahan dikalangan anggota.

e) Setiap anggota hendaklah faham, ia tidak boleh mengkafirkan seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah selama mana ia beramal dengan tuntutan dan kehendak dua kalimah syahadah itu dan selama

mana ia tidak mengeluarkan kata-kata yang menjadikan seseorang itu terkeluar daripada Islam atau ia mengingkari sesuatu yang diketahui secara dharuri atau secara mudah dan tidak payah berfikir di dalam

Islam. Seperti ia mengingkari haramnya ‘riba’ atau haramnya ‘arak’ atau ia mengingkari seperti wajibnya menjalankan syariat Islam dalam pemerintahan negara atau selama mana ia tidak melakukan perbuatan

yang boleh dita’wilkan kecuali kufur, seperti ia menyembah berhala atau seperti ia menghina kitab suci al-Quran al-Karim.

MEMAHAMI HAKIKAT PERJUANGAN ISLAM

Untuk memahami perjuangan Islam, kita haruslah merujuk kepada kandungan satu hadis Nabi yang diriwayatkan oleh seorang sahabat yang bernama Suhain ar-Rumi. Antara isi kandungannya ialah:

menyambung dan tali menali dari segi perjuangan yang pernah diperjuangkan oleh para anbiya’ dan mursalin, bermula dari perjuangan Nabi Allah Adam a.s sampailah kepada perjuangan Nabi Muhammad SAW

yang disambung semula secara terus-menerus oelh para sahabat, tabi’in dan orang-orang yang datang selepas mereka hingga ke hari ini dan hari yang akan datang.

2) Perjuangan ini sering bermuwajahah dengan golongan yang berkuasa di dalam masyarakat terutamanya para pemerintah yang tidak berdasarkan kepada Islam dan sekaligus menjadi penghalang kepada kerja-

kerja Islam. Hal ini boleh dilihat dengan jelas, bila kita cuba mengingati perjuangan Nabi Ibrahim a.s yang ditentang oleh Namrud, Nabi Musa a.s ditentang oleh Firaun dan lain-lain. Bukan sahaja ia menjadi

penghalang tetapi juga berusaha sedaya mungkin untuk mempertahankan dasar pemerintahannya. Hatta walaupun para pemimpin yang ada itu pergi, namun mereka tetap mahu melihat bahawa dasar

pemerintahannya itu terus wujud dan kekal.

3) Untuk menjamin sistem pemerintahan yang mereka anuti itu kekal, bermacam-macam usaha yang mereka lakukan. Antaranya mengadakan pasukan pertahanan yang kuat, pasukan keselamatan yang rapi,

sistem pendidikan dan pembelajaran bermatlamat, para petugas dan pegawai yang terlatih kepimpinan masyarakat yang berkeyakinan, sumber ekonomi yang terjamin dan sebagainya.

4) Pertentangan antara pejuang Islam dengan pihak yang berkuasa di dalam sesuatu masyarakat itu bukan disebabkan oleh hal-hal yang berkaitan dengan peribadi, tetapi merupakan pertembungan aqidah dan

dasar. Hal ini jelas, bila kita mengingati kembali perhubungan di antara Nabi Musa a.s dan Firaun, sebelum menjadi Nabi dan selepas ia diutus menjadi Rasul, hubungan di antara Nabi Muhammad SAW dengan

para pemimpin masyarakat Quraisy. Sebelum diangkat menjadi Nabi, baginda disanjung tinggi oleh masyarakat Quraisy sehingga baginda digelar ‘Al-Amin’. Hal ini berubah apabila baginda diisytiharkan menajdi

Nabi. Gelaran al-Amin itu bertukar menjadi ahli sihir, gila, pendusta dan lain-lain.

Di zaman kini juga, tidak kurang contohnya yang boleh diambil faham oleh para da’i, khususnya di dalam negara kita yang tercinta ini. Terdapat beberapa orang individu yang pernah dikenakan tindakan undang-

undang ke atas mereka sewaktu berada di dalam perjuangan Islam atas alasan yang pelbagai tetapi orang yang sama mendapat sanjungan pihak yang berkuasa apabila meninggalkan perjuangan Islam.

MEMAHAMI ISLAM DARI SUDUT GERAK KERJA UNTUK MENEGAKKANNYA

Untuk memahami Islam dari sudut ini pula, kita haruslah memerhatikan beberapa ayat yang antara lainnya seperti firman Allah, maksudnya:

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka; kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari

kurniaan Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang

mengeluarkan tunasnya, maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah ia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak

menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mu’min). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh di antara mereka ampunan dan pahala besar”. (al-

Fath : 29)

Dari ayat ini, jelas proses perkembangan perjuangan Islam itu. Di mana ia bermula dengan hanya seorang sahaja iaitu Nabi Muhammad SAW. Kemudian ia berkembang daripada seorang kepada seorang yang

lain sehingga menjadi suatu kekuatan yang tidak dapat dibendung lagi oleh para penentangnya. Adapun proses perkembangan dan gerak kerja yang dilakukan oleh baginda boleh kita dapati daripada pemerhatian

kita akan ayat-ayat yang berikut:

Firman Allah, maksudnya:

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhan engkau yang mencipta”. (al Alaq : 1)

Firman Allah, maksudnya:

“Dan berikanlah peringatan kepada keluargamu yang terdekat”.(as-Syu’ara : 214)

Firman Allah, maksudnya:

“Dialah yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatnya kepada mereka kitab dab hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar

dalam kesesatan”. (al-Jumu’ah : 2)

Firman Allah, maksudnya:


“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata”. (al-Kahfi : 28)

Firman Allah, maksudnya:

“Tidakkah engkau melihat kepada mereka yang dikatakan kepada mereka tahanlah tangan-tanganmu dan dirikanlah sembahyang”. (an-Nisa’ : 77)

Firman Allah, maksudnya:

“Maka berterus teranglah dengan apa yang diperintahkan kepada kamu dan janganlah kamu menghiraukan tindakan golongan musyrikin”. (al-Hijr : 94)

Firman Allah, maksudnya:

“Dan siapkanlah untuk mereka kekuatan semampu mungkin”. (al-Anfaal : 60)

Firman Allah, maksudnya:

“Diizinkan bagi mereka berperang (untuk melakukan sesuatu tindak balas) kerana mereka telah di zalimi…”. (al-Hajj : 39)

Firman Allah, maksudnya:

“Dan perangilah pada jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu”. (al-Baqarah : 190)

Memerhatikan ayat-ayat yang diutarakan di atas dengan baik dan memahaminya dengan halus dan lumat, saudara akan bertemu dengan makna dan maksudnya memahami Islam dari sudut gerak kerja untuk

menegakkannya. Bertambah terang lagi, apabila saudara membaca dengan teliti keseluruhan yang tersurat dan yang tersirat di dalam perbincangan yang akan datang.

PERINGKAT KERJA YANG DILALUI OLEH JAMA’AH MUSLIMIN

Gerakan Islam hari ini merupakan lanjutan daripada gerakan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. Oleh kerana itu, ia mestilah mengambil kira apa yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, rasul

penamat itu.

Gerakan Islam hari ini, hendaklah melalui tiga marhalah sepertimana yang dilalui oleh pimpinan gerakan Rasulullah SAW iaitu marhalah at-Ta’rif, at-Takwin dan at-Tanfiz wal muwajahah.

Marhalah at-Ta’rif

Marhalah at-Ta’rif merupakan marhalah memperkenalkan Islam dan perjuangan Islam kepada masyarakat umum. Marhalah ini adalah marhalah kesungguhan di dalam menyampaikan da’wah dan

memperkenalkan jama’ah kepada umat manusia sepertimana yang difirmankan oleh Allah, menceritakan apa yang diucapkan oleh Nabi Allah Nuh a.s. Firman Allah, maksudnya:

“Berkata Nabi Nuh a.s: “Hai Tuhanku, sesungguhnya aku menyeru kaumku siang dan malam”. (Nuh : 5)

Marhalah ini bertujuan untuk memperkenalkan Islam dan jama’ah kepada masyarakat. Ia boleh dilakukan melalui syarahan-syarahan, ceramah-ceramah, hubungan secara individu, sebaran, forum, kelas-kelas

pengajian dan lain-lain.

Marhalah at-Takwin

Marhalah ini ialah merupakan marhalah pembentukan dan pembinaan untuk melahirkan tenaga mahir supaya bekerja di dalam gerakan Islam atau Jama’ah Muslimin.

Marhalah inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah SWT, maksudnya:

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Dan janganlah

engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan

mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsu dan tingkah lakunya adalah melampaui kebenaran”. (al-Kahfi : 28)

Di dalam ayat ini, Allah mengingatkan baginda supaya sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang Islam (dalam bahasa gerakan; berdamping rapat dengan para anggota), sekalipun mereka miskin. Di dalam

surah lain Allah berfirman, maksudnya:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (Nabi Muhammad) yang menjadi sangat keberatan kepadanya sebarang kesusahan (yang ditanggung oleh) kamu yang

tamakkan kebaikan bagi kamu dan kepada orang-orang yang beriman pula ia menumpahkan perasaan belas serta kasih sayang”. (at-Taubah : 128)

Ayat-ayat yang kita utarakan di atas, memberi perhatian yang berat kepada orang-orang yang bertanggungjawab di dalam Jama’ah Muslimin supaya bersabar di dalam membentuk dan mendidik anggota-

anggotanya.

Ayat-ayat tersebut juga mengarahkan orang-orang yang bertanggungjawab di dalam gerakan Islam supaya sentiasa memberi perhatian yang tidak putus-putus terhadap anggotanya dan menjaga mereka serta

mengambil berat tentang mereka.

Ayat-ayat tersebut juga mengarahkan pihak yang bertanggungjawab di dalan al-Amal Islami supaya tidak mempedulikan apa-apa yang dilemparkan kepada mereka oleh orang-orang jahil. Sebagaimana Rasulullah

tidak mengendahkan pendustaan dan lontaran batu yang dilakukan oleh orang-orang kafir samada di Mekah mahupun di Tho’if. Baginda menenangkan keluarga Yasir, bersabarlah!” Baginda tidak mengarahkan

mereka bertindak balas kerana menunggu izin daripada Allah.

TARBIYYAH DAN KEGIATANNYA

Untuk mencapai tujuan dan matlamat tersebut, maka kegiatan yang hendak dilakukan hendaklah berdasarkan kepada waqi’, kedudukan dan susunan anggota. Sebagaimana yang kita semua arif, bahawa

kedudukan anggota kita adalah berperingkat-peringkat seperti berikut:

i) Ta’rif

ii) Takwin

iii) Tanfiz

Peringkat Ta’rif

Tarbiyyah peringkat ta’rif bertujuan untuk memastikan bahawa setiap anggota memahami aqidah dengan betul dan melakukan ibadah yang sah serta memberi wala’ yang sejahtera kepada Jama’ah.

Kerana itu penekanan diberi kepada keilmuan Islam secara senang difahami samada di bidang aqidah, ibadah akhlaq dan lain-lain.

Penekanan juga diberi kepada usaha untuk membiasakan anggota dengan perkara-perkara seperti berikut:

1) menghadiri perhimpunan umum

2) menghadiri perhimpunan khusus


3) mengeluarkan zakat kepada jama’ah

4) membaca Al-Quran

5) sentiasa beramal dengan perkara-perkara yang sunat di samping yang wajib dan meninggalkan yang makruh dan haram.

Peringkat Takwin

Matlamat tarbiyyah diperingkat ini ialah untuk melahirkan di kalangan pimpinan di marhalah takwin pemuda dan muslimat yang mempunyai sifat-sifat seperti

1) cintakan Allah

2) rahmat sesama mu’min

3) izzah terhadap kafirin

4) berjihad dengan mengorbankan yang murah dan mahal, harta dan nyawa dan memberi wala’ yang tidak berbelah bagi kepada Jama’ah.

Cara-caranya:

- Membiasakan diri supaya beriltizam dengan tuntutan dan keperluan di atas – Membiasakan diri untuk meneruskan pencapaian matlamat – Memberikan taat yang tidak berbelah bagi dalam perkara ma’ruf .

Penekanan kepada:

1) Program keselamatan

2) Program amar Ma’ruf dan nahi munkar secara amali

3) Program untuk menarik sasaran ke dalam Jama’ah dengan tidak memilih bulu

4) Program memimpin halawah, perhimpunan, tamrin dan lain-lain

5) Program memimpin usrah dan lain-lain tindakan yang diperlukan oleh Jama’ah

Tanfiz (kepimpinan)

Tarbiyyah diperingkat ini bermatlamat untuk melahirkan di kalangan anggota sifat-sifat seperti:

- Benar

- Amanah

- Menyampaikan

- Cerdik

- Lembut

- Berhati-hati

- Suka berkhidmat

- Pemurah

- Berani dan lain-lain

Cara-caranya:

- Beriltizam dengan Islam zahir dan batin

- Beriltizam dengan pendapat/keputusan majoriti syura berpandukan kaedah yang dipakai oleh Jama’ah

Penekanan kepada dua perkara di atas hendaklah berpandukan kepada undang-undang tertinggi di dalam harakah iaitu al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qias.

Perlaksanaan

Untuk mencapai tujuan dan matlamat di atas, maka cara-cara berikut hendaklah digunakan:

1. Kuliah/usrah harian, mingguan dan bulanan. Pastikan semua anggota hadir

2. Usrah mingguan atau bulanan Mingguan – peringkat cawangan Bulanan – peringkat takwin / tanfiz

3. Tamrin – bulanan atau tiga bulan sekali Bulanan – peringkat cawangan Tiga bulan sekali – peringkat takwin/ tanfiz

4. Jenis-jenis Tamrin

a) Tamrin Haraki

b) Tamrin Siyyasi

c) Tamrin Thaqafi

d) Tamrin Riadhi

Tamrin Haraki bertujuan untuk:

1. Meyakinkan para anggota tentang harakah – ciri-ciri, matlamat dan cara

2. Penguasaan terhadap anggota dari segi harakah dan penguasaan terhadap masyarakat

3. Penguasaan terhadap harakah – yang merangkumi:

i) Usul dan kaedah yang merangkumi fikrah, keperluan-keperluan, sudut-sudut, sifat- sifat dan tabiat kerja

ii) Keselamatan yang merangkumi cara mengenal kawan dan lawan

Tamrin Siyyasi bertujuan untuk:

1. Memastikan para anggota memahami pergolakan politik negara, antarabangsa – khasnya rantau Asia Tenggara, seterusnya politik Islam dan pendekatan terhadap masalah

2. Memastikan para anggota dapat membuat pengolahan terhadap isu-isu semasa

3. Memastikan para anggota dapat bertindak dengan cekap dalam menghadapi setiap isu

 
Tamrin Thaqafi bertujuan untuk:

1. Memastikan supaya para anggota memahami dengan baik perkara yang berkaitan dengan Islam

2. Memastikan bahawa para anggota memiliki keperluan asas dari segi ilmu pengetahuan demi untuk menlayakkan mereka meneruskan perjuangan pada masa akan datang

Tamrin Riadhi

Bertujuan untuk memastikan bahawa para anggota sihat tubuh badanm pantas bergerak dan mampu untuk mempertahankan diri ketika perlu.

Pengendalian

Pengendalian tamrin ada hubung kait yang rapat dengan jenis-jenis tamrin dan matlamatnya. Di samping itu, ia pula berkaitan dengan tempat, tajuk, penceramah, keselamatan dan pengurusan. Walau

bagaimanapun tertakluk kepada matlamat dan masa, maka kadang kala dapat diadakan sekaligus dengan cara mengatur program tamrin itu merangkumi matlamat-matlamat yang kita utarakan di atas.

Secara umumnya matlamat terakhir bagi marhalah ini ialah melahirkan individu muslim, keluarga dan masyarakat Islam.

Marhalah at-Tanfiz – Perlaksanaan

Marhalah ini mempunyai tiga makna:

1. Makna yang umum

Tanfiz dengan makna yang umum merangkumi segala usaha dan tenaga yang dicurahkan keluar dari diri sendiri demi untuk kepentingan dakwah Islamiyyah/gerakan Islam. Justeru itu, sebarang usaha yang

dilakukan oleh seseorang anggota untuk memperkenalkan Islam dinamakan ‘Tanfiz’. Usaha yang dilakukan oleh seseorang anggota untuk pembentukan ke arah prinsip-prinsip Islam dan supaya berakhlak dengan

akhlak Jama’ah juga merupakan sebahagian daripada marhalah tanfiz.

2. Makna yang khusus

Tanfiz dengan makna yang khusus ialah pergerakan harian yang berbentuk jihad yang dilakukan oleh anggota demi untuk melahirkan kejayaan di dalam mahalah-marhalah yang tertentu. Oleh kerana itu, marhalah

ta’rif, takwim dan tanfiz dapat berjalan beriringan.

3. Makna yang lebih khusus

Tanfiz dengan makna lebih khusus ialah yang berbentuk jihad yang tidak pernah mengenal penat dan lelah setiap hari, yang mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit dan segala yang ada untuk menjayakan cita-

cita yang lengkap dan syumul. Ia merangkumi jihad harian dan persiapan untuk menegakkan sebuah negara Islam.

Sudah menjadi sunnah Allah bahawa kerja yang dilakukan di dalam semua peringkat tersebut akan bermuwajahah. Ini adalah disebabkan bahawa kerja-kerja ini akan melahirkan anggota masyarakat yang beramal

dengan tuntutan Islam yang sama sekali berbeza dengan amalann anggota masyarakat yang sedia ada. Walaupun mereka menentang, tetapi ia terus berkembang. Bagaimanapun sabarnya orang-orang Islam

terhadap tindakan-tindakan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, namun demikian mereka tidak tahan sabar melihat perkembangan Islam. Di sanalah akan berlaku muwajahah.

Para pejuang Islam haruslah mengingati dan memahami bahawa perjuangan ini adalah bermuwajahah. Golongan berkuasa (pemerintah) apabila disebut pemerintah sudah pasti ia memiliki bermacam-macam

kekuatan. Untuk berhadapan dengan golongan ini kita hendaklah memiliki sifat-sifat antara lain seperti berikut:

a) Tetap dan tabah

b) Berzikir kepada Allah

c) Taatkan Allah dan RasulNya

d) Tidak bertelagah sesama sendiri

e) Bersabar sehingga persiapan telah cukup dan mampu untuk bermuwajahah

Neraca Kemampuan

Berbeza pendapat di kalangan ulama’ Islam tentang neraca kemampuan. Setengah ulama’ berpendapat paabila sampai bilangan ke angka mujahid Badar. Setengah pul berpendapat – bilangan yang selari denga

firman Allah, maksudnya:

“Jika terdapat dua puluh orang yang sabar di kalangan kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh”. (al-Anfal:65)

Kita berpendapat apabila bilangan anggota yang layak berjihad berjumlah seperti yang tersebut di dalam firman Allah, maksudnya:

“Jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang dan jika di antara kamu ada seribu orang (yang sabar), nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu

orang dengan izin Allah”. (al-Anfal: 66)

Minggu 3 : Tajuk II – Amal Jamaie Dan Tuntutannya

MUQADIMAH

Amal Jamaie adalah di antara ciri utama Harakah Islamiyyah. Malahan, tanpanya akan hilanglah kepaduan dan keseragaman di dalam tindakan harakah. Ia mempunyai cirri-ciri tertentu yang membezakan dengan

sebarang aktiviti berkumpulan dan ianya hanya akan dapat dilakukan di dalam konteks sebuah jamaah.

Perlu diberi penekanan bahawa amal jamaie adalah satu tuntutan syari’e khususnya dalam gerakan da’wah dan perjuangan Islam seluruhnya. Firman Allah swt:

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beroleh

kemenangan” (Surah Ali Imran : 104)

HUKUM AMAL JAMAIE’

Tuntutan terhadap amal jamaie tidak seharusnya dipandang ringan dengan melihat beberapa penegasan yang telah diturunkan oleh syariat Allah sama ada melalui Al-Qur’an dan as-Sunnah dan kaedah Usul Fiqh.

1. Al-Qur’an

Allah swt memerintahkan Nabi Muhammad saw supaya memberitahu manusia bahawa amal jamaie itu adalah kerja nabi dan pengikutnya. Allah telah berfirman:
Maksudnya:

“Katakanlah (wahai Muhammad): inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku menyeru manusia kepada umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas dan nyata,

dan aku menegaskan maha Suci Allah dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain” (Surah Yusuf : 108)

Firmannya lagi di dalam al-Qur’an:

Maksudnya:

 “Seungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh” (Surah as-Soff: 4)

2. As-Sunnah

Kita akan dapat melihat dengan jelasnya tuntutan sunnah supaya bekerja secara amal jamaie apabila kita meneliti hadith berikut:

Maksudnya: “seungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kambing jua. Ia menangkap mana-mana kambing yang jauh dan terpencil. Maka kamu berjemaah dan bercampur dengan orang

ramai serta menghadiri masjid”

Sabdanya lagi:

Maksudnya: “Wajiblah kamu bersama-sama dengan jamaah orang-orang muslimin dan pimpinan mereka”

3. Kaedah usul Fiqh

Kerja da’wah ini sangat besar, tidak mampu dilakukan secara individu dan tentulah ia terlebih dahulu memerlukan usaha jamaie berdasarkan kaedah fiqh:

Maksudnya: “sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya, maka ianya juga menjadi wajib”

PENGERTIAN AMAL JAMAIE

Amal jamaie dapat diertikan sebagai satu usaha secara berjemaah atau kegiatan yang lahir bersumberkan dari satu jamaah yang teratur (berorganisasi) menurut dan menepati manhaj dan skima tertentu menjurus

ke arah matlamat yang tertentu.

Untuk penelitian yang lebih mendalam, perlulah dihuraikan beberapa anasir amal jamaie di dalam pengertian tersebut iaitu:

1. Amal yang diputuskan oleh jamaah.

2. Jamaah yang munazzamah (teratur).

3. Menurut manhaj yang tertentu dan kaedah-kaedah pencapainya.

4. Untuk mencapai matlamat yang tertentu.

1. AMAL YANG DIPUTUSKAN OLEH JAMAAH

Amal yang dimaksudkan disini ialah semua kegiatan jamaah sama ada luaran atau dalaman. Ia akan menjadi amal apabila diputuskan oleh jamaah dan dilakukan di atas keputusan jamaah yang diberi mandate

oleh jamaah untuk membuat sesuatu keputusan.

Sebahagian daripada amal jamaah diperingkat luaran ialah seperti menerbitkan sebaran am, menulis majalah atau akhbar, mengadakan perjumpaan, menziarahi orang-orang tertentu, mengadakan tunjuk perasaan

(demonstrasi), mengadakan kelas pelajaran dan lain-lain yang diterima oleh syara’.

Syarat-syarat Amal Jamaie

a) Amal tersebut tidak disyaratkan kepada semua anggota jamaah agar terlibat sama, malah mencukupi dengan dilakukan oleh sebahagian daripadanya sahaja. Walaupun demikian, dalam semua keadaan amal

yang dilakukan itu diputuskan oleh jamaah dan mendapat persetujuan yang jelas dari jamaah.

b) Amal yang diputuskan itu hendaklah menepati syara’. Apabila amal itu diterima syara’, maka tidak perlulah lagi dipertikaikan jenis, kadar, masa amal tersebut. Termasuk dalam amal yang disyariatkan ialah

semua amal yang diharuskan oleh syariat dalam keadaan darurat atau yang diharuskan kerana rukhsah.

c) Amal yang diputuskan oleh jamaah mestilah disertakan dengan niat yang baik dan ikhlas dan dilakukan semata-mata kerana Allah.

d) Amal yang dilakukan mestilah disertakan dengan muqarabah bkepada Allah, berjihad melawan nafsu agar amal tersebut tidak ditulari oleh sifat-sifat syirik dan riya’.

2. JAMAAH YANG MUNAZZAMAH (TERATUR)

Jamaah yang membuat keputusan terhadap sebarang amal jamaie itu mestilah berada dalam satu tanzim yang kemas, teratur dan berencana serta berstrategi, unsur ini merupakan suatu yang asasi dan dharuri

bagi mana-mana jamaah yang mempunyai matlamat tertentu. Tanpa tanzim, jamaah tidak akan berjaya dalam gerak kerjanya.

Terdapat beberapa aspek yang perlu wujud dalam jamaah munazzamah:

a) Baiah

Iaitu janji taat setia ahli jamaah kepada pimpinan untuk taat dan hidup di atas landasan yang ditentukan oleh jamaah dalam memperjuangkan Islam. Baiah hendaklah diberikan dengan kefahamn yang jelas tentang

setiap aspek jamaah dengan keyakinan yang tinggi dan disusuli dengan iltizam kepada jamaah.

b) Imarah

Kepimpinan merupakan cirri asas dalam jamaah Islam. Adanya baiah beerti adanya kepimpinan. Dalam konteks sebuah jamaah, kepimpinan mestilah dipilih oleh jamaah dan ia mampu, cekap dalam melaksanakan

tugas serta amanah dalam mentadbir menurut lunas-lunas Islam.

c) Ta’at

Bai’ah adalah untuk memastikan ketaatan kepada jamaah. Pendokong dan ahli jamaah wajib mentaati pemimpin terutamanya dalam melakukan amal jamaie.

d) Musyawarah

Pemimpin bertanggungjawab menjalankan syura kerana ia adalah tuntutan syara’ bagi menjamin perkembangan jamaah berjalan dengan baik.

3. MANHAJ

Manhaj ialah methodology atau kumpulan tindakan-tindakan atau perencanaan-perencanaan yang digunakan oleh harakah Islamiyyah untuk mencapai matlamatnya. Ia mestilah dibentuk berlandaskan kepada

sumber-sumber berikut:

a) Al-Qur’an

b) Sunnah Rasulullah

c) Sirah para sahabat.


d) Pendapat fuqaha’.

e) pengalaman para duat.

Perlu dijelaskan disini bahawa manhaj itu dibentuk berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut:

a. berusaha sedaya upaya menyelaraskannya dengan kehendak-kehendak syara’. Pencapaian matlamat yang murni hendaklah melalui jalan yang murni juga. Oleh itu, islam tidak menerima dasar matlamat

menghalalkan cara.

b. Hendaklah bersesuaian dengan kemampuan jamaah dan suasana.

c. Bersedia untuk mengalami proses ubah suai jika keadaan memerlukan.

d. Dasar beransur-ansur dalam perlaksanaan.

e. Hazar dan waspada.

4. MATLAMAT

Jamaah adalah satu wadah untuk mencapai dakwah. Amal jamaie sebagai satu program pengembelingan tenaga kea rah menjayakan aspisari perjuangan suci ini sudah tentu matlamatnya ialah untuk menegakkan

Uluhiyyah Allah dengan mengajak manusia mengabdikan diri kepadaNya.

PENUTUP.

Keperluan dan kepentingan bekerja secara amal Jamaie sebenarnya dapat dirasakan apabila mencburkan diri dalam gerak kerja di dalam harakah Islamiyyah. Teori yang tersebut di atas diharap dapat dipraktikkan

dan bukan hanya bahan perbincangan intelektual semata-mata dan sekadar mengisi ruang-ruang waktu kursus.

Minggu 4 : Akhlak Dan Adab Dalam Berjemaah

MUQADDIMAH

Kemantapan sesebuah Harakah Islamiyyah berhubung erat dengan keteguhan aqidah atau prinsip perjuangannya dan keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkat terhadap aqidah dan prinsip itu sehingga

membuahkan wala’ dan melengkapkan diri dengan akhlak dan disiplinnya.

Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjemaah. Akhalk dan adab berjemaah menjadi cerminan kepada

sesebuah jamaah untuk dilihat baik dan sempurna yang mampu dicontohi oleh manusia-manusia yang lainnya. Akhlak inilah yang dipertontonkan oleh Rasulullah saw sebagai batu asas kepada kegiatan dakwah

sehinggalah akhlak baginda dikagumi oleh musuh-musuhnya. Bagi meletakkan perjuangan ini diterima dan direstui oleh Allah swt serta mendapat pertolongan daripadaNya, maka kita mestilah melengkapkan diri

dengan sifat-sifat berikut:

1. Ikhlas.

Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah, menuntut keredhaanNya dengan menegakkan agamaNya sehingga didaulatkan.

Abu Musa al Asy’ari menceritakan :

Seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah saw, dia berkata : Orang yang berperang kerana mahukan harta rampasan, orang berperang kerana mahukan disebut orang, berperang kerana riya’, maka

siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah?

Sabda Rasulullah: sesiapa yang berperang supaya ‘kalimatullah’ itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah.

Ini bermaksud perjuangan untuk menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan samada melalui pilihanraya sehinggalah berperang di negeri, tidak ada cara lain daripada mestilah dengan niat yang ikhlas.

Firman Allah swt:

Maksudnya: “Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan dengan mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus” (Al Bayyinah : 5)

Apabila mengikhlas niat kerana Allah semata-mata maka mestilah memberishkan hati daripada sifat-sifat yang merosakkan niat seperti riya’, ujub dan sum’ah.

Antara tanda-tanda ikhlas dalam diri seorang pejuang Islam adalah:

– Nawaitu yang jelas dan tepat hanya kerana Allah. Tidak meletakkan sasaran untuk menjadi pimpinan atau sebagainya yang merosakkan niat.

– Bekerja dan bertugas walau tanpa jawatan. Sikap hanya aktif semasa memegang jawatan dan menghilangkan diri dikala tidak berjawatan adalah sikap negative yang manzahirkan ketidakikhlasan dalam

perjuangan. Contohilah Khalid al Walid di dalam menjalankan tugas (kisah Khalid al-Walid yang menerima surat perletakan jawatannya oleh Khalifah Umar al Khattab)

– Bersedia menerima dan memberi nasihat atau teguran.

– Tidak bermain alasan untuk mengelakkan diri dari aktiviti jamaah.

– Bersedia menerima arahan dalam apa jua keadaan sungguhpun ia tidak bersesuaian dengan keinginan diri.

– Prihatin terhadap keperluan jamaah. Sentiasa mengutamakan aktivit jamaah dari aktiviti sendiri dan menganggap semua kativiti jamaah adalah penting untuk diikuti dan dilaksanakan.

– Bertolak ansur dalam mengendali gerak kerja dan permasalahan jamaah.

– Menghormati generasi terdahulu sekalipun mereka serba kekurangan, kelamahan kerana sekurang-kurangnya menjadi mata rantai yang menyambung perjuangan ini.

– Sentiasa mengadakan muhasabah terhadap apa jua tindakan / aktiviti jamaah. Merasakan diri adalah lemah dan kerdil dan serba kekurangan justeru cuba untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

2. Istiqomah

Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung kea rah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan

menyeleweng daripada perjuangan. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya:

Maksudnya: “ Maka kamu mestilah istiqomah dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang tidak tahu” (Yunus : 189)

Apabila Abu Suffian bin Abdullah berkata kepada Rasulullah saw: “katakanlah kepada saya dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain darimu. Sabda Rasulullah saw:”

katakanlah aku beriman kepada Allah dan kemudian beristiqomahlah”.


Dalam Hadis Nabi yang lain:

Maksudnya: “Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyengutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan”

3. Taat

Ketaatan lahir dari sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan pengorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan

dan pengikut-pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat. Firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul dan ulil Amri (pemimpin dikalangan kamu)” (An Nisa’ : 59)

4. Disiplin

Perkara yang ditakrifkan dengan disiplin ialah sebagaimana berikut:

a) Tatatertib dan kelakuan diri.

b) Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik.

c) Kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.

d) Hukuman atau denda kerana melanggar peraturan.

Adapun disiplin di dalam jamaah telah ditetapkan di dalam perlembagaan secara tegas. Mereka yang melanggar disiplin jamaah akan dikenakan hukuman melalui Unit Hisbah yang dibuat untuk memantau disiplin

ahli. Antara disiplin secara umum di dalam jamaah adalah:

a) Taat kepada hokum-hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar jamaah.

b) Patuh kepada perlembagaan jamaah serta aturan dan peraturannya.

c) Taat kepada arahan dan perintah Jamaah.

d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh jamaah.

e) menjaga dengan cermat segala rahsia jamaah.

f) Beramal dengan akhlak Islam.

g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan jamaah.

5. Percaya dengan pertolongan dan janji dari Allah.

Seseorang yang menceburkan dirinya dengan perjuangan Islam mestilah percaya kepada jaminan Allah dan janjinya di dunia dan akhirat, ini hendaklah dengan adanya sifat taqwa, mengerjakan perintah dan

menjauhi laranganNya, serta tidak mundur walau sedikitpun dalam arus medan perjuangan.

Dalam sejaran Nabi Muhammad saw dan orang-orang yang bersama-sama dengan baginda melakukan hijrah dan orang Ansar yang menerima dan memberi tempat kepada Islam di tanah air mereka yakin kepada

janji Allah di dunia dan akhirat, walaupun tidak ada satupun wawasan yang dapat dilihat dengan mata kasar menandakan kemenangan Islam, namun siapa menyangka bahawa akhirnya Rasulullah saw berjaya

juga membuka kota Makkah dengan jayanya begitu juga nur Islam berjaya melepasi tembok sempadan geografi dan menembeusi kota-kota Rom dan Parsi, sesuatu yang tidak pernah disangka-sangka

sebelumnya.

6. Ukhwah (persaudaraan)

Ahli-ahli jamaah di semua peringkat laksana batu-bata yang berselerak dan perlu diikat teguh dan kuat dengan hubungan yang erat di antara satu sama lain. Bagi menunjukkan betapa perlunya persaudaraan ini,

maka rasulullah saw menjadikan di antara perkara pertama ketika hijrah ialah mempersaudarakan di kalangan Muhajirin dan Ansar.

Antara kegiatan yang dpat menjalinkan hubungan persaudaraan adalah dengan adanya usrah yang dapat mengeratkan persaudaraan kerana perkataan usrah sendiri membawa maksud keluarga yang tujuan

utamanya adalah untuk menyelesaikan masalah secara kekeluargaan. Selain itu program-program secara amal jamaie seperti gotong royong, kerja-kerja kebajikan, perhimpunan (liqo’ Fiqri) semuanya adalah

program berbentuk ukhwah yang dapat memandu ikatan ukhwah yang lebih erat.

Perkara berkaitan dengan ukhwah dapat dilihat dalam tajuk ke (4) yang akan dibincangkan secara terperinci insyaallah.

7. Kerahsiaan

Perjuangan Islam ini dikepung oleh musuh-musuh yang ramai dari segenap penjuru, mereka sentiasa mengintip segala kegiatan jamaah untuk menentangnya, oleh itu setiap anggota jamaah perlu menjaga

kerahsiaan (hazar), supaya rahsia-rahsia dalaman dapat terus terpelihara dengan baik. Ia juga supaya dapat membantu mengekalkan survival jamaah.

Ada perkara yang perlu diberitahu kepada semua masyarakat, iaitu yang berkaitan dengan dakwah dan penerangan. Adapun perkara yang berkaitan dengan strategi dan urusan dalaman, hanya ahli-ahli sahaja

yang boleh tahu dan menjadi satu kesalahan besar apabila ada anggota yang sengaja membocorkan rahsia jamaah. Ia ibarat seperti mengkhianat yang kesannya akan membantutkan usaha dan strategi jamaah,

membayakan ahli-ahli yang lain, dan sebagainya.

(Perkara terperinci yang berkaitan dengan kerahsiaan akan diperbincangkan pada tajuk yang ke ) , Minggu ke 5. Insyaallah.)

8. Tidak leka dengan pencapaian yang ada.

Dalam menghadapi tentangan dari musuh-musuh Islam, kadangkala gerakan Islam mampu untuk berada dalam situasi yang menyenangkan seperti memenangi pilihanraya, berjaya dalam satu-satu aktiviti,

keahlian bertambah, berjaya mengurangkan tekanan dan seumpamanya. Namun kesemua itu tidak dapat kita banggakan kerana kadangkala pencapaian itu bersifat sementara. Lihatlah sirah bagaimana dalam

peperangan Uhud pada mulanya Islam berjaya mencapai kemenangan awal, namun atas kealpaan dan kelekaan akhirnya tentera Islam dikalahkan oleh puak-puak musuh.

Kejayaan dan kemenangan yang diukir haruslah diiringi dengan kesyukuran dan sentiasa bermuahasabah adakah kemenangan ini kemenangan yang hak ataupun pencapaian ini sekadar istidraj (kemurkaan)

Allah.

9. Menunaikan janji dan beriltizam dengannya.

Dalam hal ini Allah swt mengingatkan kita dalam FirmanNya:

Maksudnya: “Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji, dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama

Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kebaikan kamu, sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan” (An Nahl: 91)

Akhlak yang baik dikalangan ahli jamaah adalah sentiasa menunaikan janji samaada kepada kawan ataupun kepada musuh-musuh. Tidak menunaikan janji akan mengakibatkan hilangnya thiqah (kepercayaan)

orang lain kepada diri kita.

10. Tidak melampau.

Allah swt melarang sikap dan tindakan yang melampau walaupun terhadap musuh di medan perang, maka terlebih utama terhadap sesama sendiri dan ketika muwajahah salasiyah.

Sikap melampau akan mengurangkan kawan, meramaikan musuh, melambatkan kemenangan, serta mengurangkan keindahan Islam yang cuba dibawa. Sabda Nabi saw:
“Permudahkan (segala urusan), jangan dipersulitkan, ajaklah dengan baik dan janganlah menyebabkan orang menjauh”. (H.R. Bukhari)

Sikap melampau seringkali berlaku kadangkala dalam urusan yang remeh (furu’) dan inilah yang menjadi batu penghalang kepada kemajuan gerakan Islam.

AKHLAK & SIFAT-SIFAT SEORANG PIMPINAN

1. Pemimpin mestilah dari orang yang mengharapkan akhirat, ikhlas kepada Allah, mempunyai hati yang sejahtera dan sunyi dari penyakit-penyakit hati yang meruntuhkan amalan seperti riya’, tidak kasihkan

pangkat dan jawatan, tidak berebut untuk jadi pemimpin atau sombong dan lain-lain.

2. Mempunyai akal yang waras, kebijaksanaan, pengalaman dan luas pemerhatian, berupaya mengalisa berbagai persoalan serta dapat memahami dan bertindak dengan baik terhadapnya. Ia mestilah bukan

seorang yang kerap lupa (pelupa) atau tertutup pemikirannya.

3. Mesti bersifat dan berakhlaq lemah-lembut, kasihan belas dan mudah berurusan. Pimpinan akan terdedah kepada pelbagai ragam manusia. Oleh itu pimpinan perlu memudahkan urusan manusia lainnya

dan jangan menjauhkan dan menjarakkan diri dari pergaulan dengan masyarakat.

4. Berani dan bermaruah dan tidak penakut atau membuta tuli. Alangkah bahanya ke atas jamaah jika terdapat pimpinan yang penakut dan bertindak membuta tuli. Dasar keberanian ialah ketetapan hati dan

kepercayaan terhadap Allah serta kosong hati dari sifat wahan, iaitu kasihkan dunia dan takut mati. Keberanian yang dituntut ialah berterus terang dalam menyatakan kebenaran, menyembunyikan rahsia,

mengakui kesalahan, dan berlapang dada.

5. Tawaddhu’ dan tidak meninggi diri ke atas orang lain. Kesombongan adalah penyakit yang menyebabkan hati tertutup untuk didekati. Inilah penyakit yang paling sukar diubati oleh pimpinan.

6. Menunaikan janji dan perjanjian. Akhlak ini adalah antara akhlaq yang paling dituntut ke atas umat Islam secara umum dan bagi mereka yang bekerja dalam jamaah secara khusus. Akhlaq ini akan

mewujudkan suatu suasana kerja yang damai, penuh dengan kepercayaan, ketenangan dan kerjasama. Menunaikan janji

adalah suatu tuntutan agama dan mengingkari janji akan memahatkannya sebagai calon ‘munafik’.

7. Sabar. Pimpinan adalah golongan yang paling banyak dijui dengan kesabaran. Pimpinan perlulah golongan yang paling banyak bersabar di dalam menghadapi kerenah ahli-ahli dalaman serta ancaman luaran.

Kerana kesabaran pimpinan akan menjadi ukuran kepada anggota bawahan untuk terus cekal dan istiqomah dalam perjuangan.

8. Suci diri dan mulia. Antara cirri seorang pemimpin adalah orang yang mampu mengawal diri dari mengikut tuntunan hawa nafsunya dan keseronokan dunia. Ia perlulah mampu mengawal diri dari mengikut

hawa nafsu dan menjadi contoh yang baik untuk diikuti oleh orang bawahannya.

9. Adil dan saksama walaupun kepada diri sendiri.  Pemimpin perlu bersikap adil dan saksama. Adil beerti meletakkan sesuatu pada tempatnya, memberi hak kepada mereka yang berhak menerimanya dan

membuat keputusan dengan adil walaupun ia akan merugikan dirinya sendiri.

AKHLAK DAN ADAB SEORANG PENGIKUT

Di peringkat awal ada dibincangkan akhlak dan adab berjenaah secara umum, dan di sini secara ringkas dibentangkan adab dan akhlak seorang pengikut.

1. Beriman dan rajin beribadah

2. Mengutamakan kepentingan jamaah lebih dari dirinya dan memberikan komitmen sepenuhnya.

3. Mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh jamaah.

4. Beriltizam dengan kefahama yang betul dan menyeluruh terhadap Islam.

5. Menjadi orang yang setia (tidak khianat) dan amanah terhadap tugas yang diberikan.

6. Menguatkan diri dengan jihad di jalan Allah.

7. Melatih diri untuk berkorban di jalan Allah dengan diri, harta, masa dan tenaga.

8. Merasa hormat (thiqah) terhadap pimpinan dan sesama ahli yang lain serta merasa kasih saying terhadap sesama ahli yang lain.

9. Sentiasa peka dengan suasana sekeliling.

SOALAN PERBINCANGAN

1. Bincangkan kaedah yang terbaik untuk memantau akhlak dan disiplin ahli di dalam jamaah?

2. Senaraikan akhlak-akhlak dan adab hidup berjemaah selain dari apa yang telah dinyatakan.

3. Bincangkan kriteria-kriteria akhlak atau adab yang perlu ada pada seorang pimpinan dan pengikut.

Rujukan :

5. Model Kerajaan Islam (Y.B Dato’ Haji Haron Taib)

6. Pra Syarat Kemenangan Kita ( Ustaz Hj Nasruddin Hassan At Tantawi0

7. Manhaj Daurah Tadribiyyah

8. Jalan Da’wah : Antara Qiyadah dan Jundiyyah. Mustafa Masyhur. Dewan Pustakan Fajar.Shah Alam: 2001

Minggu 5 : Tajuk I – Ukhwah Islamiyyah

MUQADDIMAH

Konsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih saying yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati

hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati

mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB UKHUWWAH (PERSAUDARAAN):

Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani – ikatan yang diikuti di atas dasar

ketaatan kepada Allah – yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang

dinyatakan oleh Nabi s.a.w:

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.
Harakah Islamiah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat satu

anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.

Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jamaah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan

tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.

1. Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda

Rasulullah s.a.w yang menyatakan:

“Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila

(temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”.

Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:

“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.

2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan

sabda Rasulullah s.a.w:

“Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf

selama dua bulan di dalam masjidku ini”. (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).

3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam

kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan

Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.

4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

“Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: (1)Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah

jemputannya itu, (3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, (5) Apabila dia

sakit hendaklah engkau menziarahinya dan (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”. (Hadis riwayat Muslim).

5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:

“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah

kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

“Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)”. (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

“Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara mitu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengair”. (Hadis riwayat ).

Rasulullah s.a.w juga bersabda:

“Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat”. (Hadis riwayat Tirmizi).

Baginda juga bersabda:

“Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap

kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”. (Hadis riwayat Muslim).

SYARAT-SYARAT UKHWAH

a. Ukhwah yang dibina berlandaskan keihklasan kerana Allah swt. Ukhwah yang dibina berlandaskan keihklasan dan bebas dari sebarang elemen atau sifat kepentingan peribadi atau kerana

kepentingan seseorang.

Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis di dalam sahihnya yang menceritakan soalan malaikat kepada seorang lelaki yang ingin menziarahi saudaranya di sebuah kampong.

Malaikat itu bertanya, “Ke mana kamu hendak pergi?”

Jawab lelaki itu, “Aku ingin menziarahi saudaraku di kampong ini”.

Malaikat itu bertanya lagi, “Adakah kamu mempunyai sebarang kepentingan di sana?”

Lelaki itu menjawab, “Tidak melainkan aku menyintainya kerana Allah.”

Kemudian malaikat itupun berkata, “Sesungguhnya aku adalah utusan Alah yang diutuskan oleh Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyintaimu sebagaimana sahabatmu keranaNya”.

b. Mestilah disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.

Seseorang Muslim itu mestilah memilih sahabatnya yang soleh dan bertaqwa supaya dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada dirinya. Nabi Muhammad saw telah menjelaskan akan kepentingan

memilih sahabat yang baik sebagaimana yang disabdakan Baginda yang bermaksud:

“Perumpamaan orang yang berkawan antara orang yang baik dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang

membawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikan kepadamu atau mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan dapat bau yang harum daripadanya. Manakala orang yang meniup

dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok (daripada besi tersebut).” (Muntafaq ‘Alaih)

Namun demikian, ia tidak beerti kita tidak boleh langsung berkomunikasi atau bersahabat amaada kepada golongan yang tidak baik atau kafir, tetapi di dalam konteks ini kita mestilah istiqomah agar tidak terjebak

atau terpengaruh dengan sebarang keburukan. Sebaliknya kita yang menguasai situasi sebagai pendakwah. Contohilah ikan yang tidak masin isinya walaupun hidup di dasar lautan.

c. Mereka yang berukhuwwah mestilah melazimi diri dengan manhaj Islam.

Syarat yang seterusnya bagi mereka yang berukhwah ini mestilah melazimi diri mereka dengan peraturan ataupun manhaj Allah swt sebagaimana yang terdapat di dalam ajaran Islam. Sumber penyelesaian

pertikaian ataupun masalah mesti dirujuk kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah saw. Sebagaimana Sabda Nabi saw yang bermaksud:

“Dan dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya”.
Jika disoroti kepada perjalanan hidup para sahabat, apabila mereka bertemu mereka tidak berpisah sehinggalah salah seorang daripada mereka membaca Surah al-Asr dan mengucapkan salam sesama mereka.

Ini adalah di antara contoh yang menunjukkan bahawa mereka nerkasih sayang berteraskan manhaj Islam dan di atas dasar keimanan serta amal soleh.

d. Mempraktikkan amalan nasihat-menasihati.

Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt di dalam Surah al-Asr:

“Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran (di atas

kepahitan kebenaran)”

e. Ukhuwwah yang melaksanakan konsep saling tolong menolong samada dalam susah atau senang.

Di dalam Islam, persaudaraan adalah sesuatu yang teramat penting sebagai asas kepada perjuangan. Rasulullah saw dan juga para sahabat telah menunjukkan contoh yang terbaik di dalam membantu dan

menolong sesama mereka. Mereka saling lengkap-melengkapi tidak kira dalam masa Nabi berada di Mekah ataupun tatkala Islam berkuasa di Madinah. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubunhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang

lain turut merasai akan kesakitannya”  (Muntafaq ‘Alaih)

Hak-Hak Ukhwah

a. Memberi salam

b. Menjawab salam

c. Menziarahi sahabat yang sakit.

d. Mengiringi jenazah

e. Memenuhi undangan.

f. Mendoakan sahabat ketika bersin.

g. Menolong mereka yang dizalimi.

h. Memberikan perhatian kepada nasihat yang diberikan.

i. Menolong mereka yang kesusahan.

Selain itu Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ ulum Al-Din telah menggariskan 8 perkara yang perlu ditunaikan dalam persaudaraan Islam:

1) Saling tolong menolong samada dalam keadaan senang ataupun susah. Sebagaimana Hadis Nabi saw yang bermaksud:

 “Perumpamaan dua orang yang bersaudara itu adalah umpama kedua-dua tangan yang mana salah satunya membasuh tangan yang lain”

2) Menolong saudara kita untuk menyelesaikan hajatnya sebelum diminta.

3) Diam atau tidak memperkata atau menyebarkan keaibannya samada semasa dia ada atau tidak dan tidak mencari-cari kesalahannya.

4) Menebarkan kebaikannya dan memanggilnya dengan nama yang baik. Saidina Umar pernah berkata: “tiga perkara, apabila kamu lakukan, maka akan terjalinlah kasih sayang; iaitu yang pertama, apabila

bertemu mulakan salam, yang kedua; lapangkan tempat duduknya di dalam majlis dan yang ketiga panggillah dengan panggilan yang baik.

5) Nasihatilah dia dengan cara yang lembut sekiranya dia terlalai atau melakukan dosa.

6) Mendoakannya semasa hidup atau selepas kematiannya.

7) Menghormati semua rakan-rakan dan kaum kerabatnya.


 Tidak memberati sahabat kita dengan apa-apa yang boleh menyusahkannya.

KESATUAN AQIDAH

Ia merupakan faktor terasas dalam pembentukan Wahdatul Amal dan Wahdatul Fikr. Tumpuan utama dalam menyatupadukan Aqidah ialah dengan mentauhidkan Allah kerana tuntutan tauhid adalah

bertunjangkan Rububiyyah dan Uluhiyyah. Tauhid yang diimani inilah yang menjadi asas kefahaman yang jelas seterusnya melahirkan amal Islami yang ikhlas. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Tidak ada paksaan di dalam (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dan yang sesat. Kerana itu, barangsiapa yang ingkar kepada taghut lalu mereka beriman kepada Allah,

seungguhnya mereka telah berpegang kepada tali Allah yang amat kuat dan tidak akan ia putus. Dan Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”  (al-Baqarah : 256)

Berdasarkan Sirah Rasulullah saw, baginda pada permulaannya telah menjalankan usaha memperbetulkan aqidah masyarakat daripada kekotoran syirik dan kufur kea rah mengesakan Allah bagi mencapai

kesatuan ummah. Manakala menurut Hassan al-Banna pula, beliau mengelakkan daripada berlaku perpecahan dengan memberikan kefahaman yang jelas dan menutup pintu penyelewengan.

KESATUAN AMAL DAN MATLAMAT

Hasil daripada kesatuan fikrah dan kefahaman, maka akan lahirlah kesatuan amal dalam jemaah kea rah matlamat yang satu. Apa yang paling penting dalam merealisasikan kesatuan amal dan matlamat adalah

wala’ dan taat yang mutlak kepada Allah, Rasul dan ketaatan kepada jalan yang benar kepada pimpinan. Segala yang diputuskan oleh pimpinan perlu ditaati selagimana ia tidak bercanggah dengan syariat.

Keingkaran kepada perkara tersebut dan saling merasa hebat akan mewujudkan perpecahan dalam jemaah biarpun wujudnya kesatuan fikrah di dalamnya.

Hassan Al Banna di dalam Risalah Ta’lim menganjurkan kepada Amal Islami yang serius. Menurut beilau, umat Islam apabila sibuk dengan amali, perdebatan akan berkurangan. Apabila umat Islam itu akan

ditimpa kelemahan dan kemunduran serta kelunturan semangat ahli sekiranya mereka hanya sibuk berdebat yang akhirnya mewujudkan perpecahan.

Kesan daripada tiadanya amal dan system di dalam gerakan Islam dan dakwah, kita dapati banyak kumpulan yang mendakwa mereka sebagai badan Islam dan dakwah, sedangkan cara yang dilakukan adalah

bertentangan dengan syara’. Oleh itu, tidak harus bagi sesiapa untuk samaada menyertai atau menyokong jalan tersebut walaupun matlamatnya adalah untuk Islam (matlamat menghalalkan cara).

Jalan atau cara yang perlu dilalui oleh anggota jamaah dan ahli gerakan dakwah ialah:

a. Iman yang mendalam.

b. Kefahaman asas yang mantap.

c. Pembentukan dan perancangan yang rapi.

d. Bekerja dan beramal dengan berterusan dan ikhlas.

Manakala matlamat umum jamaah Islam adalah untuk mendapatkan Mardhatillah dengan berusaha melaksanakan tugas mendaulatkan Syariat Islam sebagai sebuah kuasa yang memerintah. Daulah Islamiyyah

yang dimaksudkan adalah yang berteraskan ajaran Tauhid bukannya dari pemikiran Orientalis atau golongan Sekular dan ia menjadi kewajipan kepada setiap individu muslim.
Minggu 5 : Tajuk II – Taat Dan Wala’ Dalam Ruang Lingkup Harakah  Islamiyyah

MUQADDIMAH

Ketaatan merupakan suatu perintah yang mutlak daripada Allah swt agar taat kepadaNya dan juga RasulNya. Malah ketaatan tidak hanya terhenti di sana kerana di dalam ruang lingkup Hakarah Islamiyyah juga

mengaplikasikan konsep ketaatan. Walaubagaimanapun konsep wala’ dan ketaatan di dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah tertakluk kepada syarat-syarat dan keadaan tertentu sebagaimana huraian di bawah.

PENGERTIAN TAAT

Taat bermaksud mematuhi segala arahan dan melaksanakannya dalam apa keadaan sekalipun samada susah atau senang berseusaian dengan kehendak atau pun tidak. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasulNya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan, “kami mendengar, dan kami patuh”, Dan mereka

itulah orang-orang yang beruntung”. Surah AnNur ayat 51

Ketaatan dan kepatuhan itu hanyalah kepada perkara-perkara kebaikan dan kebajikan yang tidak melanggar syara’ dan bukannya ketaatan yang membuta tuli tanpa pengetahuan dan usul periksa. Sabda

Rasulullah saw:

“Dengar dan taat adalah menjadi wajib kepada setiap muslim dalam perkara yang ia suka atau tidak, selagi ia tidak disuruh dengan kemaksiatan, jika disuruh ke arah kemaksiatan maka tidak perlu lagi dengar dan

taat” (H.R. Bukhari dan Muslim)

PENGERTIAN WALA’

Wala’ bererti : penjaga, pemimpin, pelindung dan penyerahan.

Wala’ terkandung di dalamnya tiga unsur

1) Kasih sayang

2) Tolong menolong

3) Persefahaman

Konsep Wala’ yang diamalkan di dalam organisasi Islam bermaksud kesetiaan seorang Muslim kepada saudara seagamanya samada sebagai seorang ketua, pimpinan, imam atau kawan.

Secara umumnya pengertian wala’ dan taat dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah ialah kepatuhan dan ketaatan kepada pimpian dalam saf perjuangan Islam.

HUKUM MEMBERI WALA’ DAN KETAATAN

a. Hukum Mewajibkannya

Kewajipan memberi wala’ kepada pimpinan di dalam saf perjuangan Islam amat penting dan sekaligus ianya sebagai neraca untuk menentukan masa depan gerakan Islam itu sendiri. Allah memerintahkan manusia

supaya mentaati pemimpin dan sekaligus memberikan wala’ dan ketaatan kepadanya. Firman Allah swt yang bermaksud:

“wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin (yang bertaqwa) di kalangan kamu. Maka sekiranya kamu berselisih di dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan

Rasul” (Surah an-Nisa: 59)

Sabda Rasulullah saw :

“Sesiapa yang mentaatiku, sesungguhnya dia telah mentaati Allah, dan sesiapa yang menderhakaiku, sesungguhnya dia telah mendurhakai Allah. Sesiapa yang taat kepada ketuanya sesungguhnya dia telah

mentaatiku, dan sesiapa yang derhaka kepada ketuanya, sesungguhnya dia telah mendurhakaiku” (H.R. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah)

sabdanya lagi:

“Dengarlah dan taatlah, sekalipun kamu diperintahkan oleh seorang budak Habsyah yang rambutnya seperti anggur kering”

al-Imam Fakhrur Razi memberi ketegasan di dalam hal ketaatan ini dengan meletakkan keputusan syura secara ijma’ adalah satu sumber dalil. Keputusan ini menjadi kewajipan kepada manusia untuk mentaati

secara jazam. Martabat ini lahir disebabkan ijma’ ummah itu bukan keputusan yang ma’sum. Hak ketaatan yang asahaja. Sungguhpun begitu kewajipan untuk meletakkan kepatuhan kepada ketua atau pimpinan

seterusnya memberi wala’[ adalah diputuskan sebagai kewajipan dalam agama.

b. Hukum Mengharamkannya.

Dalam hal ini jelas sebab-sebab mengapa Islam mengharamkan penganutnya memberi wala’ kepada pemimpinnya. Rasulullah saw sendiri telah menggariskan batas-batas ketaatan kepada para pemimpin. Sabda

Rasulullah saw:

“Tiada ketaatan untuk makhluk dalam perkara maksiat (derhaka) kepada pencipta (Allah)”

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah ketaatan yang mutlak hanya kepada Allah dan RasulNya. Adapun terhadap pemimpin yang derhaka kepada Allah tidak diharuskan kepada orang beriman memberi wala’ dan

ketaatan bahkan Islam mewajibkan umatnya supaya menentang kemungkaran dan kezaliman.

BEBERAPA MASALAH DISEKITAR WALA’ DAN PENYELESAIAN

Permasalahan memberi wala’ ini sering berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah:

1. Tidak meletakkan wala’ yang mutlak kepada Allah.

2. Tidak memahami konsep berjemaah

3. Tidak menghayati waqi’ semasa

4. Tidak mempunyai pendidikan Islam

5. Tidak ada unsur tawadhu’ ketika berjemaah

6. Tidak ada perasaan cintakan kepimpinan.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

Secara dasarnya masalah yang timbul sekitar wala’ dan ketaatan di dalam Harakah Islamiyyah ini dapat dibendung melalui:

1. Mengemaskinikan kembali organisasi saf

2. Membuat pengisian pentarbiyyahan kepada anggota.

3. Mengemaskinikan lagi tanzim dalaman.

4. Membuat tindakan dan perancangan melalui keputusan syura

5. Meluaskan medan perjuangan keperingkat global.

6. Memperbanyakkan kerja-kerja kebajikan am.


Permasalahan wala’ dan ketaatan ini sekaligus memberi tamparan hebat kepada pendokong-pndokong Islam tetapi ia merupakan satu pentarbiyyahan dalaman yang tidak sekali-kali melemahkan semangat

perjuangan bahkan meningkatkan lagi prestasi perjuangan.

KESIMPULAN

Wala’ dan ketaatan di dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah ini merupakan suatu tuntutan utama walaupun ia mempunyai permasalahan-permasalahan yang tertentu. Permasalahan ini menjadi bahan

pentarbiyyahan jika sekiranya pendokong Islam itu benar-benar yakin kepada Allah. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang menolong agamaNya. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan memperkukuhkan kedudukanmu”(Muhammad : 7)

Minggu 5 : Tajuk III – Konsep Hazar (Kerahsiaan) Dan Kepentingannya Dalam Perjuangan  Islam

PENGERTIAN HAZAR

Hazar pada bahasa memberi makna menjaga, mengumpul, dan menghimpun, tersembunyi, tersimpan dan hati-hati.

Kesemua pengertian hazar pada bahasa ini membentuk pengetiannya dari segi istilah, iaitu suatu sikap berhatihati dengan menjaga dan menyimpan maklumat-maklumat serta himpunan rahsia dari segi perkara

yang menakutkan dan dari orang-orang yang benci kepadanya. Sikap ini disebut dalam bahasa sebagai waspada.

Perkataan hazaran, (pecahan-pecahannya) disebut sebanyak 21 kali di dalam 12 surah di dalam al-qur’an. 4 surah daripadanya adalah Makkiyah sementara 8 lagi adalah Madaniyyah. Kesemuanya ini memerlukan

kepada satu pemerhatian yang lain.

SALAH ANGGAP TERHADAP WASPADA / HAZAR

Dari maksud pengertian di atas, dapat disimpulkan bahawa waspada itu sebenarnya bersumberkan ilmu pengetahuan terhadap sesuatu. Dalam erti kata lain ialah sesuatu sikap yang akan diambil ekoran dari

tuntutan waspada adalah didasarkan kepada satu kajian mengenai sebab dan akibat juga kesan terhadap akibat yang menimpa. Ini bukan berlaku secara membabi buta.

Sikap waspada juga adalah bertunggakkan perancangan jamaah yang berusaha mengurangi akibat yang menimpa jamaah dan diri individu dalam jamaah.

Waspada bukanlah yang mendorong orang kian takut untuk menjalankan kerja-kerja Islam. Waspada bukan membuatkan orang berputus asa dan menyerah kepada takdir. Sebaliknya waspadalah yang

menjadikan seseorang semakin cekal untuk ‘amal Islami’, sebab dia tahu jatuh bangun kerjanya melalui pengalaman yang panjang dan perancangan yang teliti. Namun demikian perlu diingatkan kepada anggota

gerakan bahawa kewaspadaan haruslah kena pada tempatnya.

Akibat dari mengambil sikap yang terlalu berhati-hati akan menyebabkan seseorang menjadi takut bayang-bayang sendiri. Inilah yang perlu dielakkan kerana ini bukanlah sifat terpuji, bahkan ia adalah sifat yang

keji. Ramai penggerak-penggerak harakah Islamiyyah yang tertipu dengan ungkapan berhati-hati dan berwaspada yang menyebabkan akhirnya mereka tidak boleh bergerak, keluar dari kepompong kehinaan,

kejahilan dan kelemahan. Bahkan akibat terlalu takut ramai dikalangan penggerak Islami ini yang lari dari medan pertempuran dan jihad yang menjadi kewajipan mereka. Lihatlah betapa ramai yang beralasan

untuk tidak berjuang dalam gerakan Islam kerana takut dipecat, diambil tindakan, terikat dengan akujanji dan seumpamanya, yang semuanya bermain dengan alasan.

Oleh itu, hazar dengan maksud di atas adalah merupakan sifat yang terpuji, sifat orang beriman dan berakal yang mengetahui sebab akibat. Orang-orang jahil, mereka tidak mengetahui hazar, mereka menjadi

berani tidak bertempat, takut tidak berwaktu. Orang-orang jahil dan orang kafir tidak mengamalkan hazar kerana mereka tidak pernah mengalami kesukaran sepertimana yang dialami oleh pejuang-pejuang Islam.

Orang-orang jahil yang saban harinya diulit dengan kesenangan, kekenyangan, dan kemudahan tidak ada apa yang ditakuti, kegiatan mereka juga tidak ditakuti dan dicemburui kerana mereka tidak pernah

membawa panji-panji dakwah Islamiyyah. Tetapi lihatlah apa yang dialami oleh pejuang-pejuang Islam, sejak zaman Nabi a.s., Nabi saw sendiri sehinggalah kepada zaman mutakhir para pejuang Islam akan

sentiasa diburu, dibunuh, dipenjarakan, diseksa, ditekan dan ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan. Inilah yang mendewasakan pejuang Islam dan dengan amalan hazar ini akan menjadikan gerakan Islam

sentiasa bernafas dan bergerak setiap zaman.

PERINTAH MENJAGA HAZAR.

Perintah menjaga hazar dapat digali dalam sirah baginda saw, iaitu yang masyhur adalah ketika baginda berhijrah ke madinah bersama-sama sahabat setianya Abu Bakar r.a. para ulama’ berpendapat bahawa

tindakan Nabi saw berhijrah bersama-sama dengan Abu Bakar r.a. dalam keadaan hazar (berwaspada) dalam suasana malam dan sunyi, yang mana tempat tidurnya diganti oleh Saidini Ali r.a. adalah tindakan

yang septutnya diambil oleh manusia biasa yang lainnya.

Inilah sunnah yang perlu diikuti oleh setiap penggerak harakah Islamiyah iaitu mengambil langkah berhati-hati mengelakkan dari ditangkap oleh musuh-musuh. Nabi saw mengamalkan hijrah dalam keadaan rahsia

walaupun baginda sentiasa dipelihara oleh Allah menunjukkan bahawa taktik dan strategi sirr dan hazar adalah sunnah yang patut diamalkan, berbeda dengan tindakan Saidina Umar r.a. yang berhijrah dalam

keadaan mengisytiharkan dirinya dalam keadaan pedang terhunus, bukan juga menunjukkan tindakannya adalah keterlaluan ataupun jahil, tetapi sebagai petanda bahawa Umar memiliki keistimewaan tersendiri.

Selain itu dalam Al-Qur’an Allah swt berfirman:

“Jika engkau Muhammad berada di antara mereka yang Islam, lalu ingin mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri solat besertamu dan menyandang senjata,

kemudian apabila mereka (yang solat bersamamu) sujud (telah menyempurnakan satu rakaat), maka hendaklah datang golongan kedua yang belum bersembahyang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu

dan hendaklah mereka bersiap siaga dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus, dan tidak ada

dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu kesusahan kerana hujan atau kerana kamu menanggung sakit, dan siap sedialah kamu. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab

yang hina bagi orang-orang kafir.” (An-Nisa’ : 102)

ayat di atas dengan tegas menunjukkan wajib berhazar dengan diterangkan kaedah dan cara-cara berwaspada, diperintahkan memegang senjata dalam solat, diperintahkan agar kaum muslimin yang lain berdiri di

belakang orang-orang yang sedang sembahyang agar memelihara mereka dari serangan musuh. Kaum muslimin dibahagikan kepada dua kelompok, satu kelompok mengerjakan sembahyang dan satu lagi

kelompok menjaga mereka.

Diterangkan juga orang-orang kafir ingin melalaikan kaum muslimin dan berusaha menghancurkan mereka sekaligus. Semua ini membuktikan wajib hazar dari sesuatu yang tidak disenangi.

Firman Allah swt :

Yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman berwaspadalah kamu dan majulah (ke medan pertempuran) bersama-sama” (An-Nisa’ : 81)

Perintah ini ditujukan kepada kaum muslimin agar berjihad terhadap orang-orang kafir, berperang pada jalan Allah dan berusaha mempertahankan agama dan diperintahkan kepada orang yang berkemampuan

untuk menyebarkan dakwah. Mereka juga diperintahkan supaya tidak menyerang musuh membuta-tuli, tetapi harus terlebih dahulu mengetahui apa yang dimiliki oleh musuh dan mengetahui bagaimana cara

menolak serbuan mereka. Itulah kaedah pertahanan yang baik.

 
HAZAR DAN KEPENTINGANNYA DALAM PERJUANGAN ISLAM

Bentuk-bentuk hazar dalam perjuangan dapat dibahagikan kepada dua bentuk:

1. Hazar terhadap musuh luaran

2. Hazar terhadap musuh dalaman

Hazar terhadap musuh luaran ialah waspada terhadap orang-orang kafir dan munafik yang sentiasa berusaha menghancurkan Islam. Kerosakan yang menimpa kaum muslimin akibat perbuatan orang-orang

munafik mengikut sejarah Islam amat besar. Kadang-kadang menghadapi mereka adalah lebih sukar kerana orang-orang kafir jelas nyata permusuhannya terhadap Islam, sedangkan orang-orang munafik

menyembunyikan permusuhan mereka, jangan sama sekali mempercayai kata-kata manis mereka bahkan harus berusaha menutup pintu di hadapan mereka serta berusaha menghancurkannya. Allah swt

berfirman tentang sifat orang-orang munafik dan harus waspada menghadapi mereka.

“Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum, dan jika mereka berkata-kata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu tersandar. Mereka

mengira bahawa setiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya). Maka waspadalah terhadap mereka, semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka

dipalingkan dari kebenaran” (al-Munafikun : ayat 4)

HAZAR TERHADAP MUSUH DALAMAN

1. Waspada dari kemaksiatan

2. Waspada dari mengikut hawa nafsu

3. Waspada dari keluarga dan anak-anak.

1. Waspada dari kemaksiatan

Firman Allah swt;

“Dan Allah mewaspadakan kamu terhadap diriNya” (Ali Imran : 28)

Mewaspadakan di dalam ayat tersebut ialah mempertakutkan dengan siksaanNya apabila kamu mengerjakan kemaksiatan lantaran kemaksiatan itu menyebabkan kemurkaan Allah dan membatalkan

pertolonganNya.oleh itu, pendakwah harus merasa takut dan waspada dengan turunnya azab Allah, terhentinya bantuanNya dan terbatal setiap bentuk pertolonganNya.

Da’ie perlu sentiasa berpegang teguh kepada Allah, menyerah dan bertawakkal kepadaNya serta menjauhi diri dari kemurkaanNya. Ingatan daie harus terus menerus kepada Allah tanpa ada rasa riya’, suka dipuji

dan ujub.

2. Waspada dari mengikut hawa nafsu

Pendakwah tidak sewajarnya mengikut dorongan nafsu yang menyeretnya meninggalkan kebenaran atas alasan ramainya pengikut, meluasnya dakwah dan sebagainya.

Firman Allah swt:

“ Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka mengikut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka, dan berhati-hatilah kamu terhdapa mereka, supaya mereka

tidak memalingkan kamu dari sebahagian peraturan yang Allah turunkan kepadamu” (Al-Maidah: ayat 49)

3. Waspada dari keluarga dan anak-anak

Cinta kepada keluarga dan anak-anak kadangkala menjadi fitnah dan penghalang kepada daie untuk berjihad dan berdakwah atas alasan berada di tengah-tengah keluarga adalah tenang dan tenteram.

Justeru, setiap tipudaya keluarga harus disingkirkan lantaran tuntutan jamaah adalah lebih aula dan hak.

Firman Allah swt:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isteri dan anak-anak kamu ada yang menjadi musuhmu. Maka hendaklah kamu hazar dari mereka”(At Taghabun : 14)

PENUTUP

Semoga perbincangan ringkas ini memberikan kesedaran kepada kita akan peri pentingnya hazar dalam gerak kerja dakwah. Kesilapan yang lalu tidak perlu diulangi dan segala pengalaman perlu dipelajari. Kita

perlu menyedari bahawa musuh-musuh Islam sentiasa mengepung dan sentiasa mengintai-intai peluang untuk menghancurkan Islam dari segenap penjuru

Minggu 6 : Tajuk I – Tasawwur Tarbiyyah  Islamiyyah

MUQADDIMAH

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah pada jalannya supaya kamu mendapat keuntungan” (Surah Al-Maidah ayat 35)

Dalam ayat diatas Allah memerintahkan manusia mencari segala jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya dan berusaha mendapatkan keredhaanNya. Atas dasar memenuhi tuntutan inilah kefahaman

tarbiyyah ditegakkan. Tarbiyyah merupakan segala usaha yang dilakukan kea rah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah. Justeru, ia melibatkan segala usaha melibatkan pendidikan, pengalaman, penglibatan

dalam perjuangan Islam. Kesan persekitaran dan faktor lain yang boleh mentaqarrubkan diri kita kepada Allah.

Allah telah menggariskan dasar-dasar pentarbiyyahan serta uslubnya yang pelbagai dalam Al-Quran. Rasulullah pula telah melaksanakan dasar-dasar pentarbiyyahan ini dengan begitu berkesan. Dari

pentarbiyyahan tersebut baginda telah berjaya melahirkan generasi yang benar-benar menghayati Islam serta sanggup memberikan seluruh kehidupan mereka untuk perjuangan Islam.

MATLAMAT TARBIYYAH ISLAMIYYAH

A. MATLAMAT KHUSUS

1. Melahirkan umat muttaqin yang mempunyai ta’alluq billah yang kuat

Ini bermaksud Tarbiyyah islamiyyah bertujuan melahirkan satu generasi para duat yang bertaqwa dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas perjuangan Islam. Taaluq billah bermaksud tarbiyyah Islamiyyah

bermatlamat melahirkan para mukmin yang hidup dan matinya, ibadah dan pengorbanannya untuk Allah.
2. Melahirkan insan muttaqin yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah

Tarbiyyah Islamiyyah adalah program melahirkan insane muttaqin yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka adalah golongan manusia yang benar-benar cintakan Allah dan berlumba mendapatkan

keampunan dan syurgaNya. Mereka juga benci dan takut dilemparkan oleh Allah ke neraka jahannam.

3. Melahirkan para mukmin yang menghayati perjuangan

Mukmin yang menghayati perjuangan ialah orang-orang yang perasaan, percakapan dan tindakan mereka telah dikuasai oleh kesungguhan terhadap perjuangan. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Sesunguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu untuk berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah.

Mereka itulah orang-orang yang benar” (Surah Al—Hujurat : 15)

B. MATLAMAT UMUM

1. Beribadah kepada Allah swt yang Esa mengikut syariat yang diwujudkan oleh Allah swt seperti mana firmanNya yang bermaksud:

“Dan ingatlah tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu” (Surah Az Zariyat : 56)

2. Menjadi khalifah Allah swt di atas muka bumi. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Tuahnmu berfirman kepada malaikat: “sesungguhnya Aku hendak  menjadikan seorang kahlifah di bumi” (Al-Baqarah : 30)

Ekoran daripada itu, maka penciptaan manusia oleh Allah bertanggungjawab memakmurkan bumi ini dengan segala perancangan dan poembangunan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah swt.

1. Berkenal-kenalan dan berbaik-baik dikalangan manusia.

Allah swt berfirman:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami teloah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan

beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah

Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Surah Al- Hujurat :13)

Oleh kerana itu, manusia hendaklah berkasih-sayang sesama mereka, bantu membantu antara satu samal lain dan seterusnya ingat-mengingati serta pesan-memesan sesama mereka dalam perkara kebaikan.

2. Memimpin dan memerintah dunia ini.

Firman Allah swt:

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi;

sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengambangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk

mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka menggantikan ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang

lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”. (Surah AnNur: 55)

Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Allah swt menjanjikan golongan beriman dan beramal soleh dari kalangan manusia akan dikurniakan kuasa pemerintahan di atas muka bumi ini. Pada waktu itu manusia

dapat menjalankan urusan harian dan berbakti kepada Allah swt dalam suasana yang aman.

3. Menjalankan syariat Allah swt di bumi ini.

Matlamat dan tujuan seterusnya manusia dijadikan oleh Allah swt ialah untuk menjalankan syariat Allah di muka bumi ini. Ini merupakan matlamat yang sangat besar dan masyhur. Ia merupakan intisari kepada

segala matlamat yang lain. Banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang menerangkan kepada kita tentang perkara ini. Antaranya ialah firman Allah swt:

“Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah syariat itu, dan janganlah engkau menurut

hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)” (Surah Al Jathiyyah : 18)

C) MATLAMAT TARBIYYAH DARI SUDUT KEAHLIAN DAN KEANGGOTAAN

Matlamat tarbiyyah Islamiyyah dari sudut keanggotaan dan keahlian adalah untuk melahirkan:

1) para anggota yang memahami atau bersedia untuk memahami Islam dan perjuangannya sebagaimana yang digariskan di bawah:

a) Hendaklah ia memahami bahawa Islam itu ialah agama yang lengkap, merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia samaada aqidah dan syariah ataupun agama dan negara. Oleh kerana itu, ia mestilah

bersedia untuk membetulkan aqidahnya, ibadahnya dan lain-lain selari dengan kehendak al-Qur’an, al-sunnah, ijma’ dan qias.

b) Ia mestilah memahami bahawa al-Qur’an, al-Sunnah, Ijma’ dan Qias itu merupakan rujukan utama umat Islam. Pendapat sesiapa juapun yang berlawanan dengan sumber-sumber tersebut tidak boleh dihormati

dan dipatuhi malah tidak perlu dipertimbangkan langsung.

c) Manakala pendapat para pemimpin yang tidak berlawanan dengan sumber-sumber tersebut hendaklah dihormati.

d) Perselisihan pendapat dalam perkara furu’ adalah perkara kecil dan tidak perlu dielakkan. Oleh itu setiap muslim yang belum mencapai martabat ijtihad hendaklah menerima dan memakai mana-mana pendapat

alim ulamak yang muktabar dan janganlah menjadikannya sebagai punca perpecahan di kalangan anggota.

e) Setiap anggota mestilah faham bahawa dia tidak boleh mengkafirkan seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah selama mana dia beramal dengan tuntutan dan kehendak dua kalimah syahadah tersebut

dan selama mana dia tidak mengeluarkan kata-kata yang menjadikan seseorang itu keluar dari Islam.

2) setiap anggota hendaklah jujur dan ikhlas dalam perjuangan dan semata-mata kerana Allah. Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah:”sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam” (Surah Al-An’am: 162)

3) Setiap anggota hendaklah bekerja dengan gigih untuk menjayakan matlamat perjuangannya. Allah swt berfirman:

“Dan katakanlah (wahai Muhammad); beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan

dikembalikan kepada (Allah) yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan” (Surah At-Taubah : 105)

Setiap anggota perlulah menunaikan tanggungjawab masing-masing. Terdapat beberapa peringkat Tarbiyyah:

1). Peringkat awal hendaklah dia membetulkan dirinya supaya menjadi insan yang soleh, badan yang sihat lagi kuat, cara berfikiran baik, pekerti mulia, aqidahnya betul, ibadahnya sah, pandai menjaga masa,

bermanfaat kepada diri sendiri dan masyarakat.

2). Peringkat kedua ialah membentuk keluarga (rumahtangga) secara muslim (baitul Muslim). Bagi yang belum berkeluarga hendaklah memilih pasangan yang soleh seyterusnya mendidik anak secara Islam.

3). Peringkat ketiga adalahmemperbaiki masyarakat supaya menjadi sebuah masyarakat yang terlaksana di dalamnya sebuah ajaran Islam yang dipandu dan dipimpin oleh sebuah kerajaan Islam.
4) Setiap anggota hendaklah mengetahui bahawa mereka dikehendaki berjihad. Dia mestilah mengetahui bahawa berjihad adalah suatu fardhu yang diwajibkan secara berterusan sampai hari kiamat. Ketahuilah

bahawa serendah-rendah martabat jihad ialah ingkar dengan hati, setinggi-tingginya ialah berperang pada jalan Allah dan ditengahnya ialah engkar dengan lisan dan dengan kata-kata.

5) Setiap anggota hendaklah memahami bahawa dia mestilah bersedia untuk berkorban jiwa dan harta demi untuk agama Allah swt yang tercinta ini. Allah swt berfirman:

“Sesungguhnya Allah swt telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah.

Lalu diantara mereka ada yang membunuh dan ada ayang terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam kitab Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan

siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu, dan (ketahuilah bahawa)jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan

yang besar” (Surah At-Taubah : 111)

6) Setiap anggota hendaklah taat dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan dan melaksanakannya samaada sewaktu senang atau susah, sama ada dia bersetuju atau sebaliknya. Ketahuilah bahawa perjuangan

itu melalui 3 peringkat iaitu ta’rif, takwin dan tanfiz

7) Setiap anggota hendaklah tetap pendirian. Dia mestilah terus berjuang walaupun memakan masa yang panjang. Allah swt merakamkan ayat di dalam firmanNya:

“Diantara orang-orang yang beriman itu, ada yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur (syahid), dan di antaranya ada yang masih menungu-nunggu, dan

mereka tidak sedikitpun berubah janjinya” (Surah Al Ahzab: 23)


 Setiap anggota hendaklah membersihkan fahaman pemikiran dari segala unsur yang tidak Islam. Ingatlah tidak ada yang lebih baik selain dari Islam yang diperjuangkan itu. Islam adalah ciptaan Allah yang

tidak ada setanding dengannya.

9) Setiap ahli jamaah mestilah merasakan bahawa anggota-anggota yang lain itu adalah saudaranya, saudara seaqidah yang hubungannya lebih kuat dari saudara keturunannya (menjaga ukhwah).

10) Setiap anggota hendaklah memberi kepercayaan (thiqah) yang tidak berbelah bahagi antara satu sama lain terutamanya terhadap pimpinan.

D) PRINSIP TARBIYYAH ISLAMIYYAH

1. Tarbiyyah Islamiyyah adalah perkara wajib kerana ia merupakan agenda terpenting Rasulullah saw dan kerja utama Rasulullah saw dan juga nabi-nabi dan rasul-rasul yang terdahulu.

2. Tarbiyyah Islamiyyah perlulah berlandaskan kepada keikhlaan kepada Allah swt, iaitu mengajar dan mempelajari ilmu pengetahuan kerana Allah swt semata-mata, bukan kerana material atau kerana matlamat

lain yang bukan mencari keredhaan Allah swt.

3. Tarbiyyah Islamiyyah itu tidak terikat dengan masa dan umur. Ia dilakukan secara terus menerus bermula daripada kandungan yang baru dilahirkan sampailah kepada berpindah kea lam kubur. Tidak ada

seorang pun yang boleh mendakwa dirinya sudah sempurna, paling alim dan bijak. Ini kerana ilmu yang Allah swt bekalkan kepada manusia adalah sangat terhad dan sedikit Cuma berbanding dengan ilmu Allah

swt yang tidak bertepi.

4. Tarbiyyah Islamiyyah berjalan di atas prinsip al takamul (lengkap melengkapi) anatar ilmu dengan iman. Iman mengajak manusia mencari ilmu, manakala ilmu pula mengajak manusia beriman. Firman Allah swt

yang bermaksud:

“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba- hambanya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha pengampun” (Surah

Al Fathiir : 28)

5. Tarbiyyah Islamiyyah itu mengajak supaya bersikap tidak terus menerima apa sahaja yang dipusakai daripaa generasi yang lalu melainkan sudah dibuat kajian yang teliti dan dipastikan bahawa ia benar. Firman

Allah swt yang bermaksud:

“Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: “kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya.”

Katakanlah (wahai Muhammad) “Seungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu mengetahuinya?” Al-A’raf : ayat

28)

E) ELEMEN PENTING TARBIYYAH ISLAMIYYAH

1. Tauhidullah (mengesakan Allah)

 Ini mendorong tindakan bersifat tajarrud iaitu bersih dari sebarang ideoogi dan pengaruh mana-mana pihak. Ia juga berupaya menentukan unsure-unsur jahiliyyah dan menegakkan Islam atas keruntuhannya.

2. Nubuwwah (berlandasakan apa yang dibawa oleh para Nabi)

 Ia membezakannya dengan tarbiyyah Jahiliyyah yang berdasarkan aqal semata-mata.

3. Al-Hasyr wal Jaza’ (hari manusia dikumpulkan dan diberi pembalasan)

 Tarbiyyah Islamiyyah tidak meletakkan dunia sebagai matlamat akhir tetapi ia tidak memutuskan rantaian dunia dan akhirat.

F) RUANG LINGKUP TARBIYYAH

1. Tarbiyyah Aqliyyah

Mendidik dan mengajar ahli memimpin akal untuk berfikir, memberi pandangan dan tafaqquh dalam ilmu serta boleh merancang berlandaskan sumber-sumber utama.

Tuntutan kepada ahli:

a) melatih akal supaya boleh berfikir dan merancang untuk keperluan gerakan

b) menghindarkan diri dari budaya taqlid daripada orang lain atau orang terdahulu.

c) Mendidik akal mengkaji sumber-sumber syariah dan melatih diri mengaplikasikannya berdasarkan keperluan dan kesesuaian semasa.

d) Berlatih mendengar dan meraikan pandangan ahli, mempertimbangkan pandangan tersebut barlandaskan asas Islam.

e) Sentiasa menjadikan sumber asas Islam sebagai makanan akal.

f) Berlatih untuk mengembangkan pemikiran (pemikiran terbuka).

2. Tarbiyyah Khuluqiyyah (tingkah laku)

Akhlak itu meliputi seluruh sudut kehidupan. Ia meliputi kawalan nafsu, benar dalam percakapan, ihsan dalam amalan, amanah dalam muamalat, berani dalam memberi pandangan, adil dalam menghukum,

berazam untuk kebaikan dan sebagainya. Terdapat beberapa elemen penting dalam Tarbiyyah Khuluqiyyah yang harus diaplikasi oleh setiap ahli:

 Sabar – sabar dengan apa jua keadaan walaupun dalam keadaan susah, senang, suka, sedih dan sebagainya

 Thabat (tetap pendirian) – istiqomah dan iltizam dengan perjuangan. Perlu menjadikan Rasulullah saw sebagai qudwah hasanah.
 Amal (berwawasan) – mempunyai azam untuk menaikkan Islam dan memberi pengharapan terhadap kejayaannya, tidak berputus asa dalam perjuangan Islam.

 Mencurahkan tenaga – gigih dan berusaha dalam menggerakkan jamaah. Tidak kedekut dalam menyumbangkan masa, tenaga, harta, kebahagiaan keluarga hatta diri sendiri untuk jamaah

3. Tarbiyyah Jihadiyyah (Jihad)

Tarbiyyah Jihad merangkumi iman, akhlak, ruh, usaha bersama kawalan dan latihan dan tindakan. Menanam ruh jihad termasuklah jihad nafsu, harta, jiwa dan masa. Oleh itu tarbiyyah jihad mencakupi:

 Kefahaman

 Akhlak

 Iman

 Persediaan ruh

 Persediaan mental

 Persediaan jasad

 Persediaan keperluan (instrument)

4. Tarbiyyah Ijtimai’e

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah tuhan kamu dan berbuatlah kebaikan supaya kamu beruntung. Dan berjuanglah (di jalan Allah) dengan perjuangan yang

sebenarnya” (Surah Al Hajj : 77-78)

Perkara yang perlu dilakukan oleh ahli-ahli jamaah adalah:

 Sebagai pengubah masyarakat

 Membuat pemusatan untuk memberi khidmat dalam apa jua keadaan sekalipun, sama ada memberikan ta’lim, latihan dan rawatan dalam penjagaan masyarakat kepada penunjuk agama.

 Memberikan komitmen yang penuh kepada gerakan Islam dalam menjalani kerja-kerja dakwah dan mahir dalam merancang strategi dakwah.

5. Tarbiyyah Fizikal

Tarbiyyah ini membawa matlamat:

 Kesihatan fizikal dan menyelamatkannya dari penyakit

 Kekuatan anggota fizikal dan boleh berfungsi bila-bila masa

 Menjana kekuatan fizikal dengan mempelbagaikan medan perjuangan

6. Tarbiyyah Siyasah

Tarbiyyah siasah memberi perhatian kepada pembentukan bangsa daripada pengabdian diri kepada ideologi kepada ketaatan kepada Allah swt. Ia menitikberatkan perkara hukum, peraturan daulah, hubungan

kerajaan dengan musuh, kaitan antara muslim dan non-muslim dan seumpamanya. Justeru gabungan antara tarbiyyah siyasah dan tarbiyyah agama perlu dibina agar tidak berlaku pemisahan. Maka harus ke atas

ahli untuk:

 Kuatkan kesedaran dan sensitiviti dalam membebaskan bumi Islam daripada kuasa kafir dan munafik

 Mengumpulkan sebanyak mungkin kemahiran dan skil pembinaan siasah Islamiyyah

 Menjalin hubungan baik dengan pemerintah serta non-muslim yang lain menampilkan asas agama secara praktikal

  Merancang tindakan dan aktiviti selaras dengan kehendak syariat

  Memberikan pengisian ringkas tentang kesyumulan Islam dalam program siasah.

G) TARBIYYAH DALAM HARAKAH ISLAMIYYAH

Harakah Islamiyyah perlu menekankan aspek Tarbiyyah kerana tarbiyyah merupakan asas paling utama dan tulang belakang bagi sesebuah harakah Islamiyyah. Sesebuah harakah Islamiyyah seharusnya

mewujudkan unsur-usnur yang mampu melahirkan ahli jamaah yang mempunyai sifat-sifat berikut:

 Berkebolehan memimpin, membimbing dan mentarbiyyah ummah.

 Berkemampuan untuk menyampaikan dan mempertahankan fikrah Islam yang didokong oleh Harakah Islamiyyah

 Kritikal dan tidak menjadi pengikut semata-mata

 Mempunyai pandangan yang mendalam terhadap waqi’

 Berpandangan jauh.

 Menghayati tuntutan amal jamaie

H) UNSUR-UNSUR HARAKAH ISLAMIYYAH

Manhaj Tarbiyyah merupakan perencanaan yang digunakan sesuatu harakah untuk dalam proses pentarbiyyahan ahlinya. Manhaj itu perlu merangkumi unsur-unsur berikut:

1. Marhalah tarbiyyah

Rasulullah saw melakukan pentarbiyyahan berperingkat terhadap sahabat disebabkan perbezaan kemampuan dan tabiat mereka. Hassan al Banna sebagai pembawa tajdid dalam gerakan Islam menggariskan tiga

marhalah Tarbiyyah:

a) Marhalah ta’rif: satu tahap pembersihan aqidah

b) Marhalah takwin : proses pembentukan rijal ad-dakwah

c) Marhalah Tanfiz : memastikan ahli yang ditarbiyyah berkualiti dari sudut praktikalnya.

2. Tarbiyyah melalui murabbi

Peranan murabbi perlu untuk membimbing dan memerhatikan peningkatan ilmu dan kefahaman, pembentukan syakhsiyyah serta penerusan amal yang diredhai Allah.

3. Tadrij

Kaedah ini perlu dilaksanakan dalam Tarbiyyah. Kemampuan menentukan tahap penekanan tarbiyyah ahli harakah perlu dimiliki oleh murabbi berdasarkan kawalan di setiap marhalah. Tidak semua ahli disamakan

pengisian tarbiyyah sebaliknya berdasarkan pencapaian mereka pada setiap marhalah.

4. Tawazun

Keseimbangan tarbiyyah antara jasadiyyah dengan ruhiyyah amat perlu untuk mengelakkan terjadinya ahli yang terlalu memberi tumpuan kepada aspek tertentu sahaja.
I) MATLAMAT TARBIYYAH DARI SUDUT JAMAAH (HARAKAH)

Tujuan tarbiyyah dari sudut jamaah antara lain bolehlah disimpulkan kepada perkara-perkara berikut:

1) Membekalkan jamaah dengan faktor kemanusiaan yang mempunyai kelayakan di bidang-bidang berikut:

 Bidang dakwah dan penerangan

 Bidang amal dan harakah

 Bidang pengurusan dan pentadbiran

 Bidang kerja politik

 Bidang sosial dan kemsyarakatan

 Bidang kerja ekonomi

 Bidang akademik

 Bidang pendidikan dan pembinaan

 Bidang sukan

2) Membekalkan jamaah dengan tenaga kepimpinan yang baik, yang sudah dilatih dengan matang agar tenaga-tenaga itu dapat ditempatkan pada tempat-tempat yang diperlukan antara lain:

 Kepimpinan di bidang kerja fardi dan jamaie

 Kepimpinan di bidang kerja sosial

 Kepimpinan di bidang kerja politik, ekonomi, pengurusan, pentadbiran, pendidikan dan lain-lain.

 Membekalkan jamaah dengan faktor-faktor kemanusiaan yang mampu menangani urusan yang berkaitan dengan jamaah-jamaah yang bersimpati dengan harakah atau jamaah-jamaah yang

bermusuh dengannya.

 Membekalkan jamaah dengan faktor-faktor kemanusiaan yang mampu memanjangkan fitrah jamaah kepada generasi-generasi yang akan datang.

KESIMPULAN

Kelemahan tarbiyyah menyebabkan kelemahan ummah. Sebuah harakah yang lemah menggambarkan kekuatan tarbiyyahnya. Oleh kerana itu Tarbiyyah perlu menjadi makanan utama penggerak harakah

Islamiyyah, dihadamkan dan diberikan secara sepenuhnya. Akibat dari kelesuan tarbiyyah atau gerakan tarbiyyah yang tidak mendasar secaramenyeluruh akan menjadikan pendokong-pendokong atau penggerak-

penggerak jamaah menjadi buntu, hilang punca, lari dari jamaah dan timbullah penyakit-penyakit yang mewabak yang merosakkan jamaah seperti dengki, khianat, futur, riya’, cintakan pangkat, kemegahan, darjat

dan sebagainya.

RUJUKAN:

4. Kertas Kerja tasawwur tarbiyyah Islamiyyah (UM)

5. Manhaj Daurah Tadribiyyah

Minggu 6 : Tajuk II – Tarbiyyah Ruhiyyah Dalam Harakah  Islamiyyah

MUQADDIMAH

Dalam merentasi perjuangan Islam para pejuangnya dan pendakwah perlu meneliti dirinya dari semasa ke semasa agar mereka dapat melihat di manakah mereka dalam menghayati dan mentaati nilai ajaran Islam

yang menjadi intisari dakwahnya kepada masyarakat. Mereka harus meneliti di mana kedudukan diri mereka dalam persoalan iltizam dan commitment terhadap Islam supaya mereka tidak tergolong di kalangan

orang-orang yang dinyatakan oleh Allah swt di dalam FirmanNya yang bermaksud:

“Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaktian sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al-kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?” (Surah Al-Baqarah : ayat 44)

Oleh itu bagi pendokong-pendokong gerakan Islam, Tarbiyyah Ruhiyyah merupakan satu perkara yang penting di dalam merealisasikan kerja-kerja dakwah dan perjuanagnnya. Mereka yang selalu menekankan

tarbiyyah ruhiyyah yang diberikan oleh Allah akan kekuatan dan ruh perjuangan untuk terus cekal dan istiqomah di dalam perjuangan ini. Di dapati dalam Sirah bahawa rasulullah saw bersama-sama para

sahabatnya membangunkan agama Islam dalam keadaan lemah dan sedikit pada awalnya tetapi mereka mampu untuk menjadi kuasa yang digeruni oleh musush-musuh Islam kerana tarbiyyah yang Rasululah

saw terapkan, iaitu Tarbiyyah aqidah dan Tarbiyyah ruhiyyah yang menjadikan mnereka golongan yang tidak pernah gentar dengan kekuatan musuh yang jauh berkali-akli ganda. Inilah istimewanya Tarbiyyah

ruhiyyah yang menjadi asset kepada jamaah untuk mendapat kekuatan baru mendepani musuh-musuh Islam dari pelbagai peringkat.

Orang-orang yang benar-benar rugi menurut neraca Islam dai hari Akhirat ialah orang-orang yang rugi dan tidak dapat menyelamat dirinya dari seksaan sekalipun mereka dapat merangkul dunia seluruhnya.

Sebaliknya orang-orang yang beruntung mengikut neraca Islam ialah orang-orang yang dapat menyelamatakan dirinya dari seksaan Allah di Hari Akhirat kelak.

Bukankah kita telah mendengar Firman Allah swt :

“Wahai orang-orang yang beirman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian Allah apabila kamu mengatakan apa yang tidak akmu lakukan” Surah As-Soff : 2-3)

Justeru dibentangkan beberapa cirri-ciri keimanan yang dapat dijadikan panduan oleh ahli-ahli jamaah supaya sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah swt di dalam menghadapi cabaran dan rintangan yang

mendatang.

TARBIYYAH RUHIYYAH

Tarbiyyah Ruhiyyah merupakan tarbiyyah Rabbaniyyah kepada para anbiya’ sebagai persiapan untuk memikul tugas menyampaikan da’wah Islamiyyah dan konsep pentarbiyyahan ini mestilah menjadi panduan

kepada rijal hizbullah yang merupakan pewaris anbiya’. Di antara halangan-halangan kepada pendokong gerakan Islam ialah lemahnya aspek ‘tazkiyatunnafs’ di dalam diri mereka. Oleh kerana itu menjadi

kewajipan untuk menghidupkan kembali pengabdian kepada Allah melalui ibadat-ibadat hati. Agama Islam bukan sahaja mementingkan aspek lahiruiyyah tetapi ianya juga mementingkan aspek ruhaniyyah, tanpa

ada kesinambungan di antara kedua-dua aspek ini agama Islam tidak akan tertegak. Yang dimaksudkan dengan Tarbiyyah Ruhiyyah ialah penyucian diri daripada segala bentuk syirik dan memperkukuhkannya

dengan tauhid kepada Allah dengan berpandukan kepada sunnah Rasul saw.

KEPENTINGAN TARBIYYAH RUHIYYAH


Tarbiyyah Ruhiyyah amat penting kepada penyokong gerakan Islam kerana ianya menjadi benteng kepada cabaran-cabaran yang akan ditempuhnya. Tanpanya boleh menjerumuskannya ke dalam golongan

orang-orang yang gugur di dalam jalan da’wah. Oleh itu daie mestilah melengkapkan dirinya dengan proses pentarbiyyahan seperti berikut:

 Ilmu

Ilmu merupakan pelita kepada kehidupan. Tanpanya bagaimana mahu mendekatkan diri kepada Allah, dalam erti kata Tarbiyyah Ruhiyyah, kerana proses pengabdian kepada Allah memerlukan

kepada tafsiran-tafsiran ilmu yang benar. Kurangnya ilmu ditakuti akan disesatkan oleh syaitan dan hawa nafsu sendiri. Nabi-nabi dan rasul-rasul sendiri dibekalkan dengan ilmu (fatanah) yang

menjadikan hidup mereka terarah dan terbimbing. Oleh itu para dair perlulah melengkapkan diri dengan aspek keilmuan agar mereka sentiasa terdidik dan mampu membedakan antara kehendak

syiatan dan juga kehendak Allah swt. Ilmu mestilah diambil mdan dipelajari dari guru yang mursyid, yang mampu menjjadikan kata-katanya sebagai perbuatan dan amalan harian hidup mereka.

 Amal di medan (menyampaikan)

Ilmu yang dipeoleh perlu disebarluaskan dan disampaikan melalui medan dakwah. Kadang-kadang ramai yang terpedaya dengan

CIRI-CIRI KEIMANAN

Di dalam surah At-Taubah Allah swt menerangkan tentang cirri tersebut di dalam firmanNya:

“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang mengembara (melawat), yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar, dan

memelihara hukum-hukum Allah. Dan bergembiralah orang-orang mukmin itu” (Surah At Taubah ayat 112).

1. At-Taibun (orang yang bertaubat).

Sifat pertama yang perlu wujud dalam diri para daie ialah taubat. Para daie dan pejuang Islam haruslah lebih berhati-hati terhadap maksiat- apa sahaja bentuknya daripada musuh-musuh mereka. Dosa-dosa yang

dilakukan oleh diri mereka lebih wajar ditakuti daripada musuh-musuh mereka sendiri. Sekiranya berlaku sesuatu yang tergolonga dalam ‘amal maksiat (dan sudah tentu akan berlaku) mereka hendaklah bersegera

memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah swt sebagai menyahut seruan Allah swt yang terkandung di dalam firmanNya:

“Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orng yang bertaqwa” (Surah Ali

Imran : ayat 133)

Kecenderungan bertaubat menyerah diri kepada Allah dan memohon keampunan daripadanya adalah sifat utama yang dimiliki oleh orang-orang yang beriman. Firman Allah swt:

“Orang-orang yang apabila mengerjakan perbauatan keji atau menganiaya diri sendii lantas mereka ingat akan Allah lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa merek- dan siapakah pula yang berkuasa

mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedangkan mereka mengetahui”(Surah Ali Imran: ayat 135)

Keperluan para daie mengawal dirinya darei melakukan maksiat hendaklah meliputi dosa-dosa kecil kerana membiasakan diri memandang remeh terhadap dosa-dosa kecil akan mendorong para pejuang Islam

melakukan dosa-dosa besar pula. Ini berpatutuan dengan Sabda Nabi saw yang bermaksud:

“Jauhilah dosa-dosa kecil kerana apabila ia terkumpul pada diri seseorang lambat-laun akhirnya ia akan membinasakannya”

untuk mewujudkan sifat Ta’ibun para daie dan ahli-ahli jamaah hendaklah mempunyai saat-saat di mana ia dapat berbicara dengan dirinya, menilai, mengkritik, dan membersihkannya daripada karat-karat dosa.

Dengan cara ini ia telah menyahut panggilan Allah dalam firmanNya:

“Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah megilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan jalan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwa itu dan seseungguhnya rugilah

orang-orng yang mengotorinya”.(Surah Al-Syams: ayat 7-10)

Sehubungan dengan itu para ulama’ berpendapat bahawa bertaubat dari setiap dosa adalah wajib. Sekiranya maksiat dan dosa itu ialah di antara manusia denagn Allah swt maka taubat memerlukan tiga syarat,

manakala dosa terhadap manusia memerlukan empat syarat iaitu:-

i. Meninggalkan dosa-dosa itu dan tidak lagi mengerjakannya.

ii. Menyesali terhadap perbuatan dosa yang telah berlalu.

iii. Berazam tidak akan kembali melakukannya selama-lamanya.

iv. Memohon kerelaan dari orang-orang yang ia pernah zalimi / atau memulangkan hak yang pernah diambilnya. (sekiranya ia bersalah kepada manusia)

2. Al-Abidun

Satu lagi sifat yang harus menjadi amalan para anggota jamaah adalah suka beribadat kepada Allah. Manusia-manusia abid ialah mereka yang beribadah kepada Allah dalam setiap gerak-geri dan tindak tanduk,

begitu juga dengan perkataan dan perbuatan mereka supaya dengan itu mereka dapat memenuhi tujuan utama hidupnya sebagaimana Firman Allah swt:

“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu” ( surah Az-Zariyat : ayat 56)

Apabila Allah telah menjadi matlamat kita, sasaran ibadah kita, arah dan matlamat hidup kita maka kita akan berpegang teguh dengan segala perintahNya dalam setiap urusan hidup. Dengan tindak tanduk seperti

ini memenuhi dan mengisi pengertian untuk menjadikan kehidupan seluruhnya tergolong dalam ibadah kepada Allah Azzawajalla, sesuai dengan pengakuan:

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam” (Surah Al An’am: ayat 162)

Apabila berhadapan dengan keterangan yang pasti dari nas maka tidak ada ruang untuk berijtihad. Di hadapan ketentuan syariat yang pasti tiada tempat untuk hawa nafsu. Sesuatu hukum yang ditetapkan oleh

Allah swt tidak wajar lagi untuk sesiapa pun berdolak dalik lagi mengenainya.

Ini juga beerti segala tindak tanduk dalam kehidupan manusia samaada dalam konteks individu ataupun dalam hubungan dengan orang lain hendaklah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah kepada

hambaNya.

Dengan pengertian yang menyeluruh seperti ini kita dapat beribadah kepada Allah dalam seluruh urusan hidup kita. Dalam pengertian seperti ini juga tidur menjadi ibadah, bekerja menjadi ibadah, berumah tangga,

berjalan, mengajar, semuanya mengikut peraturan yang diredhaiNya.

3. Al-Hamidun

Al-Hamidun ialah golongan manusia yang hati-hati mereka sangat peka terhadap nikmat Allah kepada mereka. Lidah-lidah mereka menyatakan kesyukuran dan pujian terhadapnya sedangkan anggota tubuh

badan pula mengajukan pengorbanan bagi mencari keredhaan Allah.

Siapakah yang lebih patut dan lebih wajar dari para penda’wah untuk mengucapkan kesyukuran terhadap Allah. Bukankah mereka orang-orang yang mendapat nikmat hidayah dan nikmat iman. Firman Allah swt:
“Tetapi Kami jadikan Al-Qur’an itu laksana cahaya yang denganNya Kami tunjuki siapa yang Kami kehendaki diantara hamba-hamba Kami. Sesungguhnya kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang

lurus”. (Surah Al-Syura: ayat 52)

Sesungguhnya nikmat Allah terhadap hambaNya tidak dapat dihitung. Segala sesuatu di dalam alam semesta, segala sesuatu yang dimiliki oleh manusia dan segala sesuatu yang wujud dalam kehidupan menjadi

bukti terhadap nikmat Allah yang amat banyak. Allah swt berfirman:

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? Dan menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita? Dan Allah menumbuhkan

kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu daripadanya pada hari qiamat dengan sebenar-benarnya”.(Surah Nuh : Ayat 15-18)

Memang segala nikmat ini dan lain-lain lagi yang memenuhi alam semesta menjadi bukti atas kemurahan dan pemberian Allah serta kasih-sayangnya terhadap hamba-hambaNya. Pernyataan terima kasih dan

syukur terhadap nikmat itu hanya dapat disempurnakan apabila seseorang itu mempergunakan segala nikmat itu dalam amal-amal yang diredhai oleh Allah yang memberi nikmat tersebut.

Inilah perintah Allah swt di dalam banyak ayat-ayat Qur’an, antaranya:

“Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat pula kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu” (Surah Al Baqarah: ayat 152)

Allah akan meredhai seseorang hambaNya yang memakan sesuatu makanan kemudian ia bersyukur di atas nikmat makanan itu atau hambaNya yang meminum sesuatu minuman kemudian ia bersyukur atas

nikmat minuman itu.

Para pendakwah seharusnya memuji dan mensyukuri Allah di dalam masa senang dan susah, di dalam kesempitan dan kemewahan, sehingga mereka termasuk di dalam golongan manusia yang dinyatakan oleh

Rasulullah saw sebagai:

“Amat menakjubkan keadaan hidup orang-orang mukmin (dimana) seluruh urusannya membuat kebaikan bagi dirinya. Sekiranya ia mendapat kegembiraan ia bersyukur, maka ia mendapat kebajikan dengannya.

Sekiranya ia ditimpa kesusahan dari ujian dan bencana ia bersabar maka ia mendapat kebaikan darinya. Keadaan ini tidak ada di dalam kehidupan manusia lain kecuali bagi orang mukmin sahaja”

4. Al-Saihun

Pengembara di sini ialah pengembaraan penglibatan, pemikiran, hati dan perasaan dengan melihat makhluk ciptaan Allah di langit dan bumi. Pengembaraan pra mukmin adalah pengembaraan menjelajah diri dan

segala sesuatu yang disekelilingnya. Allah berfirman:

“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beraqal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil

berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya tuhan Kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci

Engkau, peliharalah kami dari api neraka” (Surah Ali Imran: ayat 190-191)

Alangkah perlunya para daie kepada pengembaraan meneroka dan menjelajah alam semesta yang luas terbentang, angkasa lepas dan galaksi bintang-bintang yang memperlihatkan kepada mereka itu betapa

keagungan dan kebesaran kekuasaan Allah. Ini tentunya dapat mendorong mereka untuk mentaati Alah dan beribadah kepadaNya.

Alangkah perlunya para daie mengembara kepada pengembaran-pengembaraan meneliti sejarah pertarungan antara kebenaran dengan kebatilan di mana mereka dapat melihat dengan jelas bagaimana

kemegahan para taghut, para pemerintah yang zalim dan perancangan musuh-musuh Islam hancur berkecai berhadapan dengan benteng Islam. Mereka pasti insaf bahawa negara yang diasaskan di atas kebatilan

usianya tidak panjang sedangkan kuasa yang dibina atas dasar kebenaran ianya kekal hingga hari kiamat. Firman Allah swt:

“Maka berjalanlah kamu di atas muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)” (Surah An Nahl: Ayat 36)

Apabila seorang daie meneliti rahsia kejadian-kejadian Allah swt, meneliti dalam dirinya, kehidupan sekelilingnya, pada air, udara, tumbuh-tumbuhan dan haiwan pasti ia melihat keagungan dan kebesaran Allah

dalam perbezaan bahasa-bahasa manusia, warna kulit, perangai kecenderungan, keinginan dan rupa paras. Keimanannya pasti akan lebih kukuh dan rasa takutnya terhadap Allah makin tinggi. Begitu juga

keimanannya akan semakin mendalam.

5. Al-Raqiun dan As-Sajidun (orang yang rukuk dan sujud)

Manusia yang sering rukuk dan sujud ialah golongan yang mengambil berat soal-soal ibadah mengukuhkan dan memperbaiki hubungan dengan Allah. Mereka ialah orang-orang yang begitu memelihara solatnya

sammada dalam saat berdiri, duduk, atau mengiring mereka menjadikan ibadat sebagai bekalan. Firman Allah swt:

“(mereka yang mendapat pancaran Nur Ilahi)- ialah “laki-laki nyang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah dan (dari) mendirikan solat dan (dari) membayar zakat. Mereka

takut kepada suatu hari di mana pada hari itu hati dan penglihatan menjadi gentar dan gemuruh” (Surah An Nur : ayat 37)

Para pendakwah terutamanya pada zaman ini amat perlu mempunyai hubungan dengan Allah sesuai dengan tangungjawab yang dipikul dan cabaran-cabaran besar yang merintangi perjalanan. Kemenangan

golongan Al Salaf Al Saleh dan berkembangnya da’wah yang dibawa oleh mereka adalah hasil kekuatan hubungan mereka terhadap agama Allah. Begitu juga kerapnya amalan-amalan mereka dalam

melaksnakan amalan-amalan sunat apatah lagi amalan fardhu yang diwajibkan. Allah swt berfirman:

“Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah)” (Surah Az Zariyat: ayat 17-18)

6. Al-Amiru bil Ma’ruf Wanahu Anil Mungkar

Amar Ma’ruf nahi mungkar merupakan tugas utama orang mukmin. Seseorang muslim tidak akan menjadi muslim benarnya selama ia tidak melaksanakan tugas ini dalam lingkungan dirinya, keluarganya, dan

masyarakat. Jika tugas-tugas ini diabaikan bagaimanakah para daie akan dapat meletakkan dirinya sebagai pemberi nasihat, penunjuk jalan, pembimbing dan juga sebagai pemimpin.

Amar ma’ruf adalah suatu taklif rabbani (tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah) sebelum ianya menjadi taklif haraki. Taklif rabbani dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya:

“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung” (Surah Ali

Imran : ayat 104)

Disamping itu di dalam hadith-hadith nabawi pula terdapat banyak keterangan-keterangan yang memperkukuh dan memperjelaskan lagi keterangan Al-Qur’an tentang kewajipan berdakwah amar ma’ruf nahi

mungkar, nasihat dan ingat mengingati supaya mengikut kebenaran. Umpamanya sabda Rasulullah saw:

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu hendaklah ia mengubah dengan lidahnya (perkataannya) dan jika ia tidak mampu (juga) maka

hendaklah (membenci dan menolak) dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. Dan selepas itu tidak ada lagi iman walaupun sebesar biji sawi” (Riwayat Muslim)

Rasulullah saw begitu menekankan keperluan melaksanakan tugas ini yang dianggap sebagai kunci kedamaian dan kebahagiaan masyarakat. Rasulullah saw bersabda:

“Demi Allah yang diriku berada dalam kekuasaanNya hendaklah kamu meyuruh yang ma’ruf, melarang kemungkaran (jika tiada) Allah akan menimpakan ke atas kamu siksanya kemudian kamu berdoa kepadaNya

tetapi doa kamu tidak akan diperkenankan”


Hakikatnya banyak sekali dalil-dalil daripada Al-Qur’an dan As-Sunnah yang menegaskan betapa pentingnya umat Islam mengamalkan amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam kehidupan. Sebenarnya tujuan Allah

dan RasulNya menyuruh kepada perkara yang sedemikian tidak lain supaya membina kesejahteraan umat manusia, supaya manusia hidup dalam rukun damai dan saling ingat mengingatkan antara satu sama lain.

Justeru para daie harus menyedari bahawa di antara syarat penting menjalankan tugas amar ma’ruf nahi mungkar, ialah perlunya mereka menjadi qudwah hasanah contoh tentang da’wah yang menjadi seruannya

kepada orang ramai. Menjadi qudwah kepada perkara yang disuruh orang melakukannya dan di dalam perkara yang dilarang orang lain meneruskannya. Sekiranya amalnya berbeza dari kata-katanya maka sia-

sialah amalnya dan hilanglah ganjaran untuknya.

7. Wal Hafizuna LiHududillah

Mereka ialah golongan yang berjuang untuik melaksanakan perintah-perintah Allah terhadap diri, dan masyarakatnya. Sekiranya perintah-perintah Allah tidak mungkin dilaksanakan dalam bentuk yang sempurna

tanpa kekuasaan dan pemerintahan Islam maka usaha dan perjuangan menegakkan pemerintahan Islam dan memelihara hukum-hukum Allah menjadi satu perkara yang wajib.

Kehidupan para daie hendaklah berlangsung di dalam dua landasan yang seimbang dalam usaha menegakkan hukum-hukum Allah.

Landasan pertama – Ia hendaklah menegakkan hukum-hukum Allah dalam dirinya dan terhadap persekitarannya sedaya yang mungkin. Itulah tanggungjawab individu orang yang mukmin baik laki-laki mahupun

perempuan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt:

“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin bila mereka dipanggil kepada Alah dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka; ialah ucapan, “Kami mendengar dan kami patuh”. Dan

mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (Surah AnNur ayat 51)

“Dan tidak patut bagi lelaki yang mukmin dan tida (pula) bagi perempuan yang beriman apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan

mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat, dalam kesesatan yang amat nyata” (Surah Al-Ahzab : ayat 36)

Landasan kedua- Para daie hendaklah segera bekerja bagi mencapai matlamat menegakkan dan memelihara hukum-hukum Allah secara keseluruhannya. Iaitu dengan menegakkan Daulah Islamiyyah yang

melaksanakan hukum-hukum Allah di dalam pemerintahan. Ini adalah kewajipan dan tanggungjawab ‘amal jamaiy’ yang tidak akan gugur wajibnya dari pundak orang-orang Islam sehinggalah ia terlaksana dan

matlamatnya tercapai ataupun para pendokongnya menjadi syuhada’. Allah menegaskan :

“Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau (hai Muhammad) hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam

hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang engkau berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya” (Surah An Nisa : ayat 65)

RUJUKAN

1. Bahtera Penyelamat Dalam kehidupan Pendakwah. Fathi Yakan. Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam:1985.

2. Kertas kerja Tafaqquh Fiddien : tarbiyyah Ruhiyyah dan Jihadiyyah dalam Gerakan Islam. Dibentangkan untuk seminar Tahun Akhir (SMART 1) Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz. AGI:SMART, 2003 Kuala

Lumpur

Minggu 7 : Tajuk I – Dakwah Dan Tuntutannya

PENGERTIAN DAKWAH

Dakwah secara lughah yang berasal dari Bahasa Arab, yang bermaksud seruan, panggilan, undangan. Secara istilah, kata dakwah beerti menyeru atau mengajak manusia untuk melakukan kebaikan dan menuruti

petunjuk, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang perbuatan mungkar yang dilarang oleh Allah swt dan Rasulnya saw.

Syeikh Ali Mahfuz – murid Syeikh Muhammad Abduh memberi batasan dakwah sebagai:-

“membangkitkan kesedaran manusia di atas kebaikan dan bimbingan, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar, supaya mereka beroleh keberuntungan kebahagiaan di dunia dan akhirat”

Dakwah adalah merupakan sunnah para Nabi a.s. .Mereka menyeru manusia kepada subul-as-Salam (jalan kebahagiaan), menunjukkan manusia kepada jalan yang lurus (sirat-al-Mustaqim), sehingga manusia

menerima seruan Allah dan Rasul-Nya. Dakwah Islamiyah berawal dari hati yang sedar bahwa inilah jalan kita, yaitu untuk menyeru manusia kepada Allah sehingga mereka mengikuti jejak langkah Rasulullah

SAW.

Yang menjadi pemisah antara dakwah Islamiyah dengan jalan lain adalah petunjuk Allah yang disampaikan melalui wahyu dan jalan (contoh) yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Musuh kita yang sebenarnya

adalah syaitan dan konco-konconya yang menjelma melalui al-hawa’ (hawa nafsu) yang ada di dalam diri kita serta yang lebih nyata lagi adalah dalam bentuk jahiliyah yang zahir. Jahiliyah yang sekecil-kecilnya

dari dosa-dosa yang berupa keingkaran hingga kepada al-kabair (dosa-dosa besar), bid’ah-bid’ah yang menyesatkan, nifaq (kemunafikan), serta kekufuran kepada Allah. Jahiliyah inilah yang seterusnya lahir dan

menjelma di dalam bentuk keingkaran kepada Allah baik di dalam bentuk undang-undang, negara, masyarakat, dan segala bentuk sistem yang bukan berasaskan Islam.

Dakwah bukanlah semata-mata penentangan terhadap satu golongan, atau parti, ataupun individu,dan sebagainya. Namun merupakan pertarungan yang telah lama ada, yaitu semenjak penciptaan Adam a.s. dan

keengganan Iblis untuk mematuhi perintah Allah agar sujud kepada Adam. Pertarungan di dalam dakwah adalah pertarungan antara yang haq dengan yang batil. Inilah pertarungan para Anbiya a.s. semenjak nabi

Adam hingga Rasulullah saw. Inilah dia hakikat dakwah yang perlu kita dukung.

HUKUM BERDAKWAH

Hukum berdakwah adalah wajib dan kewajipan ini tertaklif pada setiap muslim dan muslimat di setiap masa. Terutamanya di zaman ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan

jahat musuh-musuh Allah swt yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.

Menyeru manusia kepada Allah swt adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah.

Firman Allah swt:-

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah swt, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri”  (Al Fushilat :

33)

Menyerukan manusia kepada Allah swt menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah saw:

“Jika Allah swt memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari” (H.R. At Tabrani)

Begitu juga sabda Nabi saw yang bermaksud:

“Orang yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berkeliling di muka bumi dengan menasihati orang lain” (H.R. At Thahawi)

Menyeru manusia kepada Allah swt adalah salah satu peringkat (marhalah) yang penting dalam amal Islami yang dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ia merupakan marhalah ta’rif (memperkenalkan) yang

mendahului marhalah takwin (pembentukan) dan marhalah tanfiz (pelaksanaan).


TUJUAN DAKWAH

1. Mengubah pandangan hidup. Di dalam surah Al Anfal ada menyebutkan tentang tujuan dakwah adalah menyedarkan manusia tentang kehidupan yang sebenarnya. Hidup bukanlah makan, minum dan tidur

sahaja.

2. Mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya. Ini diterangkan oleh Allah swt dalam Surah Ibrahim dalam ayat ke-1.

3. Mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar. Banyak ayat-ayat Qur’an yang boleh digali menerangkan tentang program amar ma’ruf dan nahi mungkar ini.

MAUDHU’ DAKWAH

Secara umumnya, amudhu’ dakwah ialah ajaran Islam kerana ia merupakan risalah yang dibawa oleh para rasul dan satu-satunya agama yang diredhai Allah. Di antara kandungan dakwah yang perlu

diketengahkan kepada masyarakat umum adalah:-

Asas-asas ajaran Islam yang mencakupi persoalan Iman, Islam dan Ihsan.

a) Persoalan iman (aqidah) hendaklah diperjelaskan dalam lingkungan al-Qur’an dan as-Sunnah yang sahih dengan mudah dan jauh daripada penghuraian ahli kalam yang memeningkan kepala. Persoalan yang

perlu ditekankan ialah huraian berkenaan rukun-rukun iman.

b) Persoalan Islam (fiqh) pula hendaklah diajar dengan menjauhkannya daripada perselisihan mazhab dengan menjelaskan dalil dan hikmah pensyariatan serta mengaitkannya dengan kehidupan. Persoalan yang

perlu ditekankan ialah huraian berkenaan rukun-rukun Islam.

c) Persoalan Ihsan (akhlak) juga hendaklah diajar dengan menjauhkannya daripada pelampauan ahli tasawwuf dan penguraian yang tidak memberi manfaat oleh ahli falsafah. Di antara jenis-jenis ihsan yang perlu

dihuraikan ialah:

  Ihsan dengan pengertian muraqabatullah

 Ihsan dengan pengertian berbakti kepada Allah

 Ihsan kepada umat Islam dengan cara memperkukuhkan hubungan al-ukhuwwah fillah

 Ihsan kepada semua makhluk dengan maksud bermuamalah dengan baik bersama mereka.

 Ihsan dengan pengertian melakukan sesuatu tugasan dengan penuh tekun dan bersungguh-sungguh.

USLUB DAKWAH

Di dalam Al-Quran, ayat yang menyebut perkataan uslub sebenarnya tidak ada. Apa yang ada ialah permahaman yang boleh diambil sewaktu Allah s.w.t. berfirman memerintah manusia menyeru ke jalanNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;

sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Al-Nahl: 125)

Apabila persoalan uslub di dalam ayat di atas diletakkan selepas daripada seruan dakwah, ia menunjukkan bahawa uslub adalah perkara kedua.

Perkara paling utama ialah menyeru manusia terlebih dahulu ke jalan Allah, Tuhan yang menciptakan mereka. Kesedaran ini perlu diutamakan terlebih dahulu, barulah berbincang mengenai uslub dakwah.

Perkataaan uslub secara jelas tidak disebut dalam Al-Quran, namun begitu perkataan yang hampir sama dengan pengertian uslub telah disebutkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah

(untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” (Al-Ma’idah: 35)

Ayat di atas menggesa orang mukmin supaya bertaqwa dan mencari jalan serta cara yang menyampaikan mereka kepada taqwa. Oleh kerana jalan menuju Allah tidak boleh dinamakan uslub, maka kalimah yang

dipakai ialah al-wasilah. Dengan ini al-wasilah lebih luas pengertiannya dari uslub sebagaimana ia juga lebih umum dari pengertian uslub.

Kefahaman Ayat 125 surat Al-Nahl Dari Kacamata Uslub Dakwah

Ayat yang disebut sebentar tadi membuat beberapa garis panduan dalam perlaksanaan dakwah iaitu kewajipan menyeru manusia ke jalan Allah. Penyeruan inilah yang dinamakan dakwah. Dalam proses

penyeruan ini hendaklah diketahui cara- caranya, supaya dakwah itu boleh sampai kepada mereka. Inilah yang dikatakan kemahiran dan inilah uslubnya. Uslub dakwah yang dibentangkan secara tidak langsung

oleh ayat tadi ialah:

a)Hikmah

b)Nasihat-nasihat yang baik

c)Bertukar-tukar fikiran dengan cara yang lebih baik

USLUB HIKMAH

Uslub hikmah dalam menyampaikan dakwah dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

 Hikmah yang berhubung dengan sifat-sifat pendakwah di jalan Allah hendaklah bersifat menurut sifat-sifat Nabi seperti benar, amanah, bijaksana dan tabligh, berlaku adil, tidak lekas marah, sabar dan

mempunyai pengetahuan serta pengalaman yang luas.

 Hikmah berhubung dengan isi kandungan dakwah. Ia bermakna pendakwah ke jalan Allah hendaklah menyampaikan isi kandungan dakwah itu dari kandungan Al-Quran dan segala penerangan

hendaklah menepati kebenaran serta dalil-dalil yang kuat dan tepat yang boleh mengurangkan keraguan. Kata-kata yang digunakan hendaklah sesuai dengan kemampuan pendengar.

 Hikmah yang berhubung dengan alat dan strategi dakwah. Segala alat dan strategi yang digunakan betul-betul sesuai dengan tempatnya untuk mencegah berlakunya kerosakan kepada gerakan

dakwah itu sendiri.

USLUB NASIHAT YANG BAIK

Nasihat yang baik ialah persanan dan ingatan dengan apa yang disukai oleh orang ramai tentang kebaikan dan mereka bersedia menerimanya dan benci kepada kejahatan serta mereka akan menjauhinya.

Boleh juga difahami dengan nasihat yang baik ialah nasihat yang masuk ke dalam hati dengan halus dan mendalam, menembusi perasaan dan jiwa dengan lembut, kerana berlemah lembut dalam nasihat itu

biasanya boleh memberi petunjuk kepada hati yang sesat dan boleh menjinakkan hati yang liar dan boleh mendatangkan natijah yang lebih baik.

Cara nasihat yang baik bergantung kepada perbandingan di antara iman dan kufur, antara kebaikan dan kejahatan, antara taat dan maksiat, antara halal dan haram. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat

orang-orang yang mendustakan ( Rasul-rasul).” (Ali-‘Imran: 137)

USLUB BERBINCANG DENGAN CARA BAIK

Para da’i hendaklah menjalankan dakwahnya dengan mengikuti cara yang lemah-lembut dalam perkataan dan menjauhkan kelakuan yang kasar dan kesat.
Gunakanlah sebaik-baik cara berhubung dengan tujuan untuk menjauhkan pendengar-pendengar yang didakwahkan itu dan merasa bahawa pendakwah itu menyerang aqidah yang mereka mempertahankannya.

Perancangan cara begini adalah lebih kuat, berpengaruh dan berkesan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka) : “Kami beriman kepada (Al-

Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kamu, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” (Al-

Ankabut: 46)

Inilah juga firman Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s. dan saudaranya Harun a.s. ketika mereka diutuskan oleh Allah s.w.t. kepada Firaun yang sombong. Sungguhpun begitu, Allah s.w.t. memerintahkan mereka

supaya berlemah-lembut. FirmanNya yang bermaksud:

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat

atau takut.” (Taha: 43-44)

Apabila Allah s.w.t. menyatakan supaya dalam berbincang mestilah dengan cara yang baik, maka para da’i perlulah membuat persiapan terlebih dahulu dan segi hujah, latihan, teknik, berbincang yang terbaik,

supaya lahir seorang da’i yang mempunyai karisma yang tinggi dalam berdiskusi.

Kalau tidak adalah lebih baik jika dia tidak memberikan kesanggupan dari awal semasa proses temujanji dilakukan.

Kalau ia mempunyai fakta yang lengkap dan cukup jitu, maka ia tidak akan mudah panas baran dan melenting apabila dicemuh atau diserang kerana dia tahu peluru yang ada padanya mencukupi serta mampu

menjawab semua hujah musuh atau orang-orang yang diseru kepada Islam.

Pendakwah kadang-kadang mudah naik angin dengan berbagai-bagai soalan kerana tiada persiapan. Dia akan bimbang sekiranya persoalan itu mematikan ideanya untuk berhujah.

Boleh jadi ada orang bertanya, jika pendakwah selalu berlembut dan memilih perbincangan dengan cara yang baik maka bilakah masanya akan berlaku keras. Kita menjawab keras boleh berlaku tetapi dalam

kadar dan ruang lingkup membalas setara dengan apa yang mereka lakukan.

Kalau dalam peperangan sekalipun Islam tidak cenderung kepada kekasaran tetapi lebih kepada unsur membalas setara dengan apa yang dilakukan. Maka di dalam dakwah sifat ini lebih dituntut kerana peringkat

ini ialah peringkat dakwah iaitu seruan dan pemberian maklumat perintah Islam. Manakala, peringkat perang ialah peringkat jihad.

Lagi pula kalau kasar merugikan dan lemah lembut tidak merugikan maka baiklah kita berlaku lembut kerana kita tidak akan cepat kehabisan peluru. Barangkali peluru akan digunakan dengan begitu waspada

sekali. Kalau peluru dilepaskan dilepaskan bertubi-tubi dengan begitu kasar sekali boleh jadi kehancuran akan berlaku.

RUJUKAN

1. Prinsip Dakwah dalam Al Qur’an – Hanung Hizbullah Hamda – Jamaah Masjid Al Azhar, Universitas Islam Indonesia, 2003.

2. 12 Kefahaman Terhadap Dakwah Islam – Dari Madrasah Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al Banna, 1970

3. Dakwah Fardiyyah. Mustafa Masyhur m/s 9

4. Seribu Seratus Hadis. Susunan Muhammad Faiz Di bawah Tajuk Perintah Beramar Ma’ruf Nahi Mungkar m/s 146

5. Manhaj Daurah Tadribiyah. Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat. m/s 29.

6. Manhaj Daurah Tadribiyah. Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat. m/s 77.

Minggu 7 : Tajuk II – Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

Muqaddimah

Amar Ma’ruf Nahi Mungkar adalah suatu usaha yang paling mulia, tinggi kedudukannya, sangat dititikberatkan di dalam Islam. Ianya mesti dilaksanakan agar manusia sentiasa berada di atas landasan yang betul

dan tidak menyimpang dari jalan yang sebenarnya. Lantaran itulah jemaah Islam ditubuhkan supaya dapat membimbing hati manusia.

Islam adalah agama samawi yang datangnya dari Allah swt. Islam mementingkan aspek kemasyarakatan dari sudut kekeluargaan, rumahtangga, masyarakat, pergaulan, dan kenegaraan. Islam adalah agama yang

bukan hanya mementingkan individualistik (individu tetapi ia mementingkan ummah. Lantaran hidup manusia yang dikenali sebagai golongan yang mudah lupa, lemah dan serba kekurangan, didatangkan para

Nabi as sebagai pencetus kebangkitan dan penegur atas segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Oleh kerana itulah disyaratkan bahawa hukum Amar ma’ruf nahi Mungkar adalah wajib yang tidak boleh

dinafikan lagi. Berikut adalah dalil-dalil kewajipan menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar.

Dalil kewajipan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata:“Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila

perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman.”

Dan diriwayatkan bahawa Allah s.w.t. telah mewahyukan kepada Yusya bin Nun.:

“Aku akan membinasakan kaummu empat puluh ribu orang yang baik-baik dan enam puluh ribu orang yang derhaka.”

Nabi Yusya bertanya: “Ya Tuhan, itu orang derhaka sudah layak, maka mengapakah orang yang baik-baik itu?”

Jawab Allah s.w.t.: “Kerana mereka tidak murka terhadap apa yang Aku murka, bahkan mereka makan minum bersama mereka yang derhaka itu.”

Abu Hurairah r.a. berkata:

“Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya.”

Anas r.a. berkata:

“Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi

pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu

ditangannya.”

BEBERAPA KEPERLUAN KESEDIAAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR


1. Keimanan yang mendalam.

Ia bermaksud menganggap Islam itu adalah petunjuk yang benar dan selain dari itu adalah kebatilan. Keyakinan terhadap kebenaran itulah yang menjadi prinsip yang tidak boleh ditawar-tawarkan lagi. Setiap

penyelewengan dari prinsip itu adalah kesesatan yang lahir dari nafsu keinginan yang merupakantanda kurang sempurnanya iman.

2. Ilmu yang hak

Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu yang bersandarkan kepada AlQur’an dan AsSunnah yang mulia. Seseorang daie perlu mengetahui segala nas-nas yang berakitan serta hukum supaya ia dapat mengetahui

kedudukan sebenar orang yang ingin ditegahnya.

3. Matlamat untuk keredhaan Allah

Tiada yang lebih tinggi dari mendapat keredhaan dan kecintaan Allah. Inilah matlamat setiap para nabi dan Rasul dan juga para sahabat di dalam menempuh amar ma’ruf nahi mungkar ini.

MATLAMAT YANG INGIN DICAPAI MELALUI DAKWAH:

Ada beberapa matlamat umum yang digariskan adalah:-

1. membawa kepada Islam bagi orang yang belum menganut Islam.

2. mempertingkatkan mutu kefahaman dan penghayatan Islam.

3. mendirikan sebuah negara yang diredhai Allah.

4. menuju kepada keselamatan dan kebahagiaan.

5. mendapat Keredhaan Allah.

KAEDAH AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

Sebagaimana yang disabdakan oleh baginda Nabi saw, iaitu:-

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya(kuasanya). Jika sekiranya ia tidak berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan

lidahnya. Dan jika ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman”. (HR Muslim)

1. Dengan tangan ( Kuasa / pemerintahan)

Pemerintahan mempunyai kuasa mutlak untuk menegah dan melarang suatu perbuatan mungkar itu. Ia boleh mengubah atau meletakkan hukuman serta pencegahan bagi rakyat atau orang yang di bawah

pimpinannya. Oleh itu, pemimpin akan ditanya lebih dari rakyat atau orang biasa di hari akhirat kelak. Justeru itulah jemaah islam wajib mendapatkan kuasa / pemerintahan sebagai batu asas untuk mengajak

kepada yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar kepada masyarakat di bawahnya.

Dalam konteks kemsyarakatan pula, dengan kuasa bermaksud dengan organisasi yang ditadbir. Sebagai contoh, jika seseoang itu menjadi pengarah syarikat atau organisasi pentadbiran, dia boleh melaksanakan

sesuatu arahan contohnya mewajibkan kakitangan atau pekerjanya menutup aurat, berkelakuan sopan, mengasingkan antara lelaki dan perempuan, menepati masa dan sebagainya. Mana-mana perlanggaran

kepada syariat Islam bolehlah diambil tindakan.

2. Dengan lidah / ucapan / lisan

Kaedah ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya seseorang atau kumpulan tidak mampu mengubah dengan kuasa- yang beerti ia mesti dilaksanakan melalui kaedah lidah lisan. Banyak cara atau kaedah yang

boleh dilakukan dengan cara ini termasuk;

a.) Nasihat / peringatan – sewaktu Nabi-nabi dan Rasul-rasul menjalankan misi dakwah mereka, mereka menggunakan kaedah nasihat atau peringatan tentang ganjaran dan siksa yang bakal manusia itu tempuh

di akhirat kelak. Para diae diingatkan supaya menggunakan kaedah nasihat yang baik terlebih dahulu sebelum menggunakan kaedah ancaman. Cara ini boleh dilakukan melalui ceramah, majlis ilmu, penerangan,

dan juga secara peribadi (fardiyah)

b.) Penerangan – Ia meliputi aspek yang meluas seperti ceramah, risalah dan majalah, poster, kempen dan sebagainya

c.) Penulisan – ia juga adalah suatu aspek dakwah yang berkesan. Para daie perlu menguasai ilmu penulisan dan sebarkan kepada masyarakat tentang kebaikan Islam, keburukan kemungkaran yang dilakukan.

Penulisan adalah berbentuk komentar, risalah, poster, majalah, surat khabar, memorandum dan sebagainya.

3. Dengan Hati (membenci dan tidak meredhai)

Nabi saw menyatakan bahawa ini adalah kaedah yang paling nipis iman bagi umat Islam. Kaedah ini hanya boleh dilakukan setelah berikhtiar melalui kaedah kuasa dan lidah yang tidak memberikan kesan bahkan

memudharatkan seseorang daie atau jemaah Islam itu sendiri. Ini beerti seseorang daie tidak dibenarkan sama sekali meredhai maksiat dan kemungkaran tersebut dan berusaha menjauhinya sedapat mungkin

dengan membawa bersama pengikut-pengikut ke tempat lain. Ini kerana untuk mengelakkan kemurkaan dan bala Allah swt di tempat tersebut. Namun jika tidak terdaya membencilah sedapat mungkin sambil

berdoa supaya masyarakat yang jahil supaya mereka sedar.

STRATEGI MENJALANKAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR.

Strategi adalah sama dengan berdakwah. Ia memerlukan kebijaksaan, ketegasan, iltizam dan semangat serta tidak putus asa dalam menjalankan kerja yang mulia ini. Adakalanya daie perlu bertegas dan

melakukan sesuatu yang dianggap keras bagi sesautu perkara atau terhadap segelintir orang. Adalah kerana untuk menyedarkan manusia yang sombong yang tidak mahu mendengar teguran dan nasihat yang

baik. Manakala untuk golongan yang mudah dinasihati adalah dengan cara berhikmah dan nasihat yang baik.

Namun tidak diketahui strategi yang paling berkesan selain daripada melakukan amar ma’ruf nahi mungkar secara berjemaah. Ia adalah strategi yang paling baik kerana dengan berjemaah akan mempunyai

kekuatan dan sokongan yang ramai.

Minggu 8 : Dakwah Fardiyah

MUQADIMAH

Menyeru manusia kepada Allah swt (Ad dakwah ila Allah) adalah kewajipan setiap muslim dan muslimat di setiap masa. Terutamanya di zaman kita ini, ia menjadi satu kewajipan yang utama kerana umat Islam

pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah swt yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.
Menyeru manusia kepada Allah swt adalah salah satu peringkat (marhalah) yang penting dalam amal Islami yang dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ia merupakan marhalah ta’rif (memperkenalkan), disusuli

pula dengan marhalah takwin (pembentukan). Di sana terdapat dakwah ammah (dakwah umum) yang dicernakan melalui pidato, ceramah-ceramah, majlis-majlis ilmu, media seperti buku-buku, risalah-risalah,

suratkhabar, majalah, kaset dan lain-lain. Di sana juga terdapat dakwah fardiyah (individu) yang juga merupakan intipati dakwah yang terpenting. Apapun dakwah fardiyah memerlukan kepada kekuatan, sokongan,

semangat, iltizam dan istiqomah untuk menjayakannya.

MARHALAH DAKWAH

Melalui penelitian dan kajian terhadap masyarakat hari ini, didapati bahawa kelemahan iman dan keampuhan jiwa, tidak memahami hakikat Islam dengan sebenarnya dan serangan pemikiran adalah faktor utama

yang menyebabkan kaum muslimin berada dalam suasana yang ada pada hari ini. Ia juga merupakan faktor utama yang menyebabkan musuh-musuh Allah menjadikan sebahagian kaum muslimin sebagai kuda

tunggangan mereka untuk memerangi Islam.

Kebanyakan muslimin pada hari ini sibuk dengan urusan dunia dan lalai daripada beribadat kepada Allah swt dan mentaati perintahNya. Mereka seperti sekumpulan manusia yang sedang nyenyak tidur. Di sebelah

mereka terdapat api yang marak menyala dan akan membakar mereka sekiranya mereka masih lagi tidur. Di kalangan manusia yang sedang nyenyak tidurk, terdapat mereka yang tidak tidur dan menyedari apa

yang berlaku di sekeliling., tetapi ntidak mampu memadamkan api yang sedang membakar.

Ketika itu kewajipan mereka ialah segera membangunkan manusia yang nyenyak tiidur supaya mereka menyedari keadaan masing-masing dan menjauhkan diri daripada api. Sebarang usaha untuk

memperingatkan mereka yang tidur dari bahaya api akan menjadi sia-sia, jika dilakukan sebelum mereka terjaga dari tidur. Mereka tidak akan mendengar dan mentaati peringatan itu kerana mereka sedang

nyenyak tidur. Jadi mereka mestilah dibangunkan terlebih dahulu barulah diberikan peringatan. Nah, inilah yang dinamakan dakwah dan usaha kearah menyedarkan manusia dari keteleduran dinamakan usaha

dakwah yang mulia.

Di dalam pengertian ini Al Imam Asy Syahid Hassan Al Banna berkata:

“Jadilah kamu ketika (menyeru) manusia seperti pokok buah-buahan; mereka membalingnya dengan batu dan dia mengugurkan buah kepada mereka”.

1. MARHALAH PERTAMA:

Iaitulah marhalah yang awal yang mewujudkan hubungan dan perkenalan dengan mad’u (ta’aruf). Di marhalah ini, anda hendaklah benar-benar merasakan kepada dirinya bahawa anda mengambil berat tentang

dirinya dan bertanya khabar apabila dia tidak ada dan lain-lain. Ketika itu anda tidak membincangkan apa-apa tajuk mengenai dakwah sehingga hatinya terbuka dan bersedia memahami apa yang anda perkatakan

mengenai dakwah dan mengambil pengajaran daripadanya.

Penerimaannya terhadap dakwah yang anda kemukakan adalah berkadar dengan kejayaan anda memberikan perhatian dan memenangi hatinya di marhalah ini. Sebarang percubaan untuk berbincang mengenai

apa-apa tajuk dakwah sebelum melalui marhalah ini mungkin menjadi faktor penolakannya. Marhalah ini mungkin memakan masa beberapa minggu.

2. MARHALAH KEDUA:

Marhalah kedua ialah marhalah membangunkan iman yang lesu di jiwa mad’u. Di peringkat ini, perbincangan mengenai persoalan keimanan tidak perlu dilakukan secara langsung. Adalah lebih baik jika

perbincangan mengenainya mengambil pendekatan secara tidak langsung seolah-olah tanpa disengajakan, dengan cara mengambil kesempatan daripada melihat burung, tumbuhan, serangga atau mana-mana

makhluk Allah. Di kesempatan tersebut, perbincangan mengenai kekuasaan Allah. Di kesempatan tersebut, perbincangan mengenai kekuasaan Allah, kehalusan dan keagungan ciptaanNya dilakukan. Sebagai

contohnya, dijelaskan kepada mad’u bagaimana tumbuhan tersebut tumbuh daripada bahagian-bahagian yang berlainan seperti dahan, daun, bunga, buah, warna, bau dan rasa sedangkan ia disiram dengan air

yang sama dan ditanam di tanah yang sama.

Firman Allah swt:

“Begitulah perbuatan Allah swt yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu” (An Naml : 88)

Dalam kaedah berdakwah dengan mad’u pada peringkat ini, cuba kaitkan penciptaan Allah dengan teknologi sains yang dicipta oleh ahli sains dan cerdik pandai hari ini. Mampukah manusia mencipta seekor lalat

atau seekor nyamuk yang mempunyai nyawa dan habitat tersendiri? Atau adakah manusia mampu mencipta sebiji gandum yang mana apabila gandum ini disiram dan ditanam mampu menumbuhkan batang

gandum? Inilah perbandingan yang nyata supaya mad’u berfikir. Allah berfirman di dalam Qur’an:

“Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langitn dan bumi seraya berkata: “Ya Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka” Ali

Imran 191)

Boleh juga dalam kaedah yang lain, naqib atau pendakwah menjelaskan kepada mad’u persoalan kemuliaan yang Allah berikan kepada anak cucu Nabi Adam (manusia); kemuliaan hasil daripada pemberian roh

kepada mereka. Kebanyakan manusia alpa dan lupa terhadap kehidupan di aspek ini, dan mereka hanya hidup di aspek penciptaan mereka daripada tanah dan memenuhi tuntutan badan.

Mereka lupa dan alpa bahawa aqidah yang benar dan sejahtera adalah tuntutan asasi kepada roh; padanya terdapat kebahagiaan hidup didunia dan akhirat. Persoalan seterusnya dikaitkan dengan persoalan

keimanan. Ketika persoalan ini dijiwanya, dia akan mula menilai semula kehidupannya sebelum ini (mujaraah) dia akan merasakan bahawa sekiranya dia terus berada di tahap lama; alpa, mencuaikan kewajipan,

melakukan maksiat dan tidak mentaati Allah, dirinya akan terdedah kepada azab Allah di hari Akhirat; hari yang tiada tempat lari dan penyelamat. Ketika itu, dia akan mudah dipimpin dan diberi tunjuk ajar supaya

berpegang teguh kepada ajaran Islam.

3. MARHALAH KETIGA

Di marhalah ini, kita hendaklah membantunya memperbaiki dirinya dengan cara mengajarnya perkara-perkara ketaatan kepada Allah dan ibadat-ibadat fardhu, membiasakan dirinya melakukannya secara

berdisiplin, menjauhi maksiat dan berakhlak dengan akhlak Islam.

Kaedah dakwah dengan marhalah ini ialah hadiahkanlah mereka dengan buku-buku yang membincangkan persoalan aqidah, ibadah dan akhlak yang boleh dibaca dan difahaminya. Kemudian ajaklah mereka

menghadiri majlis-majlis ilmu dan ceramah-ceramah, mengajaknya berkenalan dengan oran-orang salih dan menjauhkannya daripada oranmg-orang jahat.

Begitulah seterusnya, biah solehah (suasana yang soleh) terus dibina untuk membantu menyempurnakan keperibadian Islamnya. Kita mestilah bersabar dan ikuti perkembangan dirinya sehingga dia benar-benar

teguh berada di atas jalan Islam. Ikutilah perkembangan mad’u sentiasa supaya dia sentiasa dipastikan dapat menerima perubahan. Usaha ini akan memakan masa beberapa minggu atau beberapa bulan

sehingga keperibadian Islamnya benar-benar mentap tanpa mudah digoyang.

4. MARHALAH KEEMPAT

Marhalah keempat ialah menjelaskan pengertian ibadah yang syumul tanpa membataskannya kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Ia merangkumi seluruh aspek kehidupan; makan, minum, pakaian, ilmu,

amal, perkahwinan, bersenam (riadhah), memelihara anak-anak dan lain-lain. Itu semua adalah ibadah kepada Allah swt apabila mencukupi dua syarat: niat kerana Allah swt dan mengikuti syariat Islam semua

pekerjaan yang dilakukannya.


a. Niat

 Semua yang dilakukan hendaklah hanya kerana Allah semata-mata dan tidak kepada yang lain. Tujuannya adalah untuk menjadikan kita hamba kepada Allah dan merealisasaikan tujuan Allah menjadikan kita

sebagai khalifah di atas muka bumi.

Oleh itu kita makan dan minum adalah supaya kita bertenaga untuk mentaati Allah dan beribadat kepadanya.Dengan itu makan dan minum kita menjadi ibadat yang akan diberi ganjaran pahala. Kita menujntut ilmu

kerana untuk menjaga kepentingan kaum muslimin maka sewajarnya menuntut ilmu itu adalah ibadat yang tidak diragukan selama mana tidak bercanggah dengan tuntutan syariat. Berkahwinnya kita kerana mahu

menjaga diri dari terjebak dengan maksiat dan membina rumah tangga muslim maka rumahtangga ini pasti menjadi suatu ibadat kepada diri kita.

b. menjaga syariat (mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh Islam). Oleh kerana itu kita tidak makan melainkan yang halal sahaja. Kita tidak berpakaian melainkan yang halal dan begitulah segala aktiviti dan

pekerjaan yang dilakukan. Contoh yang lain, keluar menuntut ilmu bagi seorang perempuan menjadi ibadat selagi mana ia mengikut syariat seperti berpakaian menutup aurat, tidak bercampur gaul dengan lelaki

bukan mahram, berteman dan tidak menimbulkan fitnah. Begitu juga dengan kaum lelaki, bersukan dan beriadhah menjadi ibadah dengan niat yang betul dan betul cara perlaksanaannya seperti menutrup aurat

dan menjaga waktu solat. Banyak contoh lain yang boleh dijadikan pekerjaan umum menjadi ibadat dan sebaliknya pula pekerjaan yang betul boleh menjadi maksiat sekiranya tidak mengikuti tuntutan Islam yang

betul.

5. MARHALAH KELIMA

Dalam marhalah ini, tingkatan yang diperlukan adalah menjelaskan kepada mad’u bahawasanya tidaklah cukup hanya menjadi Islam pada diri sendiri sahaja, dengan hanya melaksanakan ibadat-ibadat yang

tertentu sahaja. Sebaqliknya Islam juga adalah agama yang bermasyarakat. Islam adalah sistem hidup, pemerintahan, perundangan, daulah, jihad, dan ummah. Inilah fahaman yang betul terhadap Islam. Fahaman

yang mengajar kita berbagai tanggungjawab dan kewajipan. Kita wajib melaksanakannya sebagai menyahut perintah Allah supaya masyarakat dapat dibina di atas prinsip-prinsip Islam di semua aspek kehidupan;

politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan lain-lain.

Kita juga mesti difahami bahawa di antara kewajipan kita terhadap Islam ialah berusaha dan berjuang bersunguh-sungguh supaya Islam berkuasa di muka bumi. Firman Allah Taala:

“… Sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata-mata” (Al Baqarah : 193)

Oleh itu, kita wajib menyampaikan seruan agama ini kepada manusia seluruhnya. Seseorang muslim tidak mungkin hidup sebagai muslim dengan keIslaman yang sahih dan sempurna sekiranya dia mengasingkan

diri daripada saudara-saudara muslim yang lain dan tidak mempedulikan ap-a yang berlaku dan dihadapi oleh mereka (saudara-saudara muslim) di berbagai ceruk rantau di muka bumi; tekanan, gangguan, fitnah

dan serangan dari musuh-musuh Allah dan musuh-musuh Islam. Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari mereka”

Disekitar pengertian ini perbincangan dilakukan sehingga melahirkan perasaan tanggungjawab umum (mas’uliyah ammah) terhadap Islam dan muslimin di dalam dirinya dan dia tidak lagi mengasingkan diri.

Selepas itu dijelaskan kepadanya tuntutan marhalah dakwah Islam pada hari ini yang mewajibkan umat Islam berusaha menegakkan daulah Islam dan mengambalikan khalifah Islam yang telah diruntuhkan oleh

musuh-musuh Islam.

Kita terangkan kepada mad’u betapa besarnya musibah yang dihadapi oleh dunia Islam; negara dipecah-pecahkan, umat Islam bertelagah sesama sendiri, musuh-musuh menyerang, aqidah orang-orang Islam

tergugat dan digugat, masjid-masjid dirosakkan, berlakunya pencerobohan terhadap negara Islam, harta kekayaan bumi dirompak dan dirampas, dan anak-anak muslimin diracun dengan pemikiran yang liar dan

akhlak yang melampaui batasan. Kesemua ini akibat dari tiadanya Daulah Islamiah. Daulah Islamiah inilah sebenarnya yang menjadi payung dan penangkis kepada serangan-serangan musuh dari pelbagai arah.

Mad’u juga perlu dijelaskan bahawa tanggungjawab menegakkan daulah Islamiah bukan hanya terletak pada bahu ulama’ dan pemimpin sahaja, bahkan ia adalah tanggungjawab setiap muslim dan muslimat yang

hidup di marhalah dakwah ini. Mad’u juga perlu disedarkan tentang bahayanya umat Islam sekarang tanpa panduan dan pimpinan serta berdosanya umat Islam tanpamenegakkan Daulah Islamiah.

Kesimpulannya marhalah ini adalah permulaan kepada menanamkan benih fikrah perjuangan Isla; iaitulah usaha untuk menegakkan Daulah Islamiah yang akan mendorongnya (mad’u) memanjat tangga marhalah

dakwah yang setrusnya yang seterusnya menuntut pengorbanan dan perjuangan.

6. MARHALAH KEENAM

Di marhalah ini penjelasan perlu diberikan kepada mad’u bahwasanya tidakmungkin kewajipan menegakkan daulah Islamiah ini secara fardi (sendiri); setiap muslim tidak akan mungkin dapat mengambalikan

Daulah Islamiah dengan secara bersendirian. Ia perlu dijana dan dilakukan secara berkumpulan (berjemaah) / organisasi. Usaha menegakkan Islam secara berjemaah menjadi wajib kerana dengan adanya

berjemaah dapatlah usaha dibangunkan untuk menegakkan Daulah Islamiah. Maka berjemaah itu hukumnya adalah wajib.

Kaedah fikah menyebut:-

“Apabila sesuatu kewajipan tidak dapat disempurnakan kecuali dengannya, maka ia menjadi wajib”

Tidak dapat dibayangkan, bagaimana sempurna Islam seseorang itu sedangkan dia hidup seorang diri tanpa melibatkan diri dengan jamaah yang bertujuan melaksanakan prinsip-prinsip Islam dan kewajipannya;

prinsip dan kewajipannya yang terpenting pada masa kini ialah usaha yang berteusan dan bersungguh-sungguh untuk menegakkan Daulah Islamiah.

Ini adalah perkara pokok (asasi). Kebanyakan muslimin tidak merasakan keperluan yang darudi dalam mewujudkan jemaah, ataupun menggabungkan diri ke dalamnya. Mereka bersikap demikian kerana tidak

mahu memikul tanggungjawab, ataupun lebih mengutamakan keselesaan hidup dan menjauhkan diri daripada perkara yang tidak disukai dan mungkin terpaksa dihadapi apabila dia menggabungkan diri ke dalam

jemaah. Berdasarkan penjelasan betapa besarnya tanggungjawab terhadap Islam yang terpaksa dipikul dan perlaksanaan tanggungjawab ini tidak dapat disempurnakan kecuali melalui jemaah, maka mad’u akan

meyakini darurinya berjemaah sekalipun terpaksa membayar denga harga yang mahal.

Dalam marhalah ini jugalah menanamkan perasaan iltizam dan istiqomah untuk terus berjuang di dalam Jemaah Islam yang mahu menegakkan Dualah Islamiah. Akhirnya mad’u akan merasa cinta dan senang

dengan hidup berjemaah dan merasa bimbang takut-takut akan tergelincir dari perjuangan Islam.

7. MARHALAH KETUJUH

Di marhalah ini, akan menjawab dan meraup segala persoalan yang bermain di minda mad’u: Jemaah manakah yang perlu diikuti? Marhalah ini adalah yang terpenting tetapi ia agak sensitif. Ia memerlukan

kebijaksanaan, penerangan yang jitu dan memuaskan. Ini kerana, di medan terdapat pelbagai bilang jamaah yang bergerak dan semuanya mengajak para pemuda menganggotainya. Semuanya membawa

bendera Islam, mempunyai lambang-lambang dan cara-cara tersendiri untuk menarik para pemuda.

Perkara yang mesti difahami oleh setiap pemuda muslim ialah persoalan amal Islami adalah persoalan asasi dan penentu masa depan.dia mestilah teliti dalam memilih jalan perjuangan mana yang patut dilalui dan

diyakini selamat. Dia tidak sepatutnya terikut-ikut atau tergesa-gesa dalam memilih jemaah yang perlu dianggotainya untuk merealisasikan prinsip-prinsip Islam. Ini kerana, dia hanya memiliki satu umur dan satu

nyawa. Oleh itu, janganlah dipersiakan begitu sahaja. Sebaliknya, dia hendaklah mengkaji, berbincang, dan memperuntukkan masa dan tenaga yang mencukupi untuk mencari kepastian. Sesungguhnya

ketenangan jiwa (melakukan sesuatu dengan yakin akan kebenarannya) adalah lebih baik daripada memilih jalan perjuangan yang salah dan bertindak tanpa kepastian.

Perlu diketahui oleh mad’u bahawa dalam usaha merealisasikan Daulah Islamiah, perkara pokok yang diterapkan oleh Rasulullah saw adalah pemantapan aqidah berdasarkan tuntutan al-Qur’an. Melalui madrasah

inilah yang melahirkan Rijalul aqidah (pendokong-pendokong aqidah); aqidah yang mengawal diri mereka, menguasai jiwa dan perasaan mereka. Atas nama aqidah- mereka sanggup mengorbankan masa, tenaga,

harta dan nyawa, kesihatan, dan pemikiran mereka. Mereka juga sanggup bertahan dan berkorban, diseksa dan dicerca, dipeangi dan dibunuh. Oleh sebab aqidah mereka yang begitu mantap dan kukuh, segala
ujian dapat dihadapi dengan baik dan sabar. Maka usaha seterusnya dilakukan oleh Nabi saw adalah memepertautkan persaudaraan antara sesama mereka. Nabi saw mengambil sumpah dan baiah dalam

perjuangan untuk mempertahankan Islam. Ketika itulah Allah mengurniakan kemenangan yang gemilang kerana syarat itu telah dipenuhi.

Dengan ini, Rasulullah saw telah berjaya mewujudkan kekuatan aqidah, kemudian kekuatan kesatuan, dan akhirnya kekuatan tangan dan persenjataan. Ini kerana, apabila terbentuknya kumpulan mukmin yang

mantap dan bersatu, maka musuh-musuh Islam mampu dihadapi dengan jayanya.

Namun sebelum terbentuknya kumpulan mukmin yang mantap dan bersatu iaitu ketika bilangan kaum muslimin yang sedikit, Rasulullah saw berpesan supaya mereka bersabar menempuh dugaan dan tetap

bersama kebenaran yang mereka imani, serta berterusan menyampaikan dakwah Islam kepada orang lain. Baginda tidak meminta mereka menghadapi kebatilan dengan menggunakan kekuatan.

Oleh itu jamaah yang melalui jalan yang sama (dilalui oleh Rasulullah saw) semestinya menjadi pilihan untuk dianggotai dan didukungi. Mana-mana jemaah yang tidak memberikan perhatian kepada persoalan

tarbiah dan persediaan, mengatasi keutamaan kepada persoalan kesatuan dan hubungan, dan juga mengatasi keutamaan kepada persoalan penggunaan kekuatan, maka ia adalah jemaah yang memperjudikan

nasib dan masa depannya, dan membahayakan amal Islami. Oleh itu, usaha untuk memegang tampuk kekusaaan menggunakan kekuatan dengan mengabaikan tarbiyah dan kesatuan, ataupun parti-parti politik

yang mengabaikan tarbiyah adalah uaha yang merbahaya. Malah mamapu melumpuhkan amal Islami sebelum ia lahir dan berkembang subur secara tab’ie untuk membentuk kumpulan yang mantap (Qaedah

Sulbah). Sesungguhnya pembinaan dimulakan dari asas (tapak), bukannya dari puncak (atas).

Mad’u juga mesti dijelaskan bahawa Jemaah yang hendak dianggotai dan didukungi mestilah jemaah yang mengambil Islam secara syumul dan menyeluruh; aqidah, ibadat, akhlak, perundangan, pemerintahan,

jihad dan seluruh aspek kehidupan. Ia tidak boleh mementingkan beberapa aspek dan meninggal aspek yang lain dengan alasan keselamatan atau apa-apa sebab yang lain.

Mad’u juga mesti dijelaskan bahawa Jemaah yang perlu dianggotai itu mestilah yang memiliki kemampuan di peringkat antarabangsa. Ini kerana mereka mempunyai faktor-faktor pembinaan kumpulan yang mantap

(qaedah Sulbah) untuk Daulah Islamiah Alamiah (Negara islam Sejagat), bukan hanya sekadar pemerintahan setempat di mana-mana negara.

Jemaah yang berpengalaman dan terbukti mampu menghadapi tribulasi adalah jemaah yang paling layak untuk diyakini kemampuannya mencapai matlamat, mendatangkan hasil dengan segera dan pandai

menggunakan masa dan tenaga sebaik mungkin. Kefahaman dan tindak tanduknya pula jauh daripada kecuaian dan keterlaluan, jauh daripada penyelewengan dan menjuzuk-juzukkan (ambil daripada bahagian

dan tinggalkan beberapa bahagian), selari dengan petunjuk Rasulullah saw dan salafussalih.

Jemaah tersebut juga mestilah jemaah yang tersusun rapi dan bersatupadu serta berjalan mengikut perancangan yang rapi. Ia bukanlah Jemaah yang kucar kacir (perjalanannya tidak menguikut peraturan) atau

bergerak secara bidan terjun tanpa perancangan dan penyusunan.

Mad’u juga mestilah dijelaskan bahawa perpecahan dan pengagihan tenaga kepada kumpulan-kumpulan kecil adalah satu kesalahan dan merbahaya. Pada dasarnya, sesiapa yang ingin menyumbang untuk Islam

hendaklah bergabung dengan Jemaah yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas. Dia tidak boleh mengangkat bendera baru ataupun membantu Jemaah baru yang setahun jagung pengalamannya. Ini

dilakukan supaya dia tidak membantu usaha-usaha memecah-memecahkan tenaga dan usaha. Dia juga tidak boleh memisahkan diri daripada Jemaah Besar yang berpengalaman kecuali apabila dia mendapati

jemaah tersebut pada keseluruhannya terdapat kefasikan atau kesesatan.

Secara ringkas, mad’u perlu dijelaskan tentang beberapa ciri jemaah yang perlu diikuti:-

 Jemaah yang mengutamakan persoalan aqidah (tarbiyah) dan juga kesatuan Ukhwah melebihi persoalan tenaga dan kekuatan.

 Jemaah yang mengutamakan persoalan Islam secara syumul mesrangkumi aqidah, ibadah, akhlak, perundangan, pemerintahan, jihad, politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain

 Jemaah yang terbukti memiliki kemampuan di peringkat antarabangsa melalui pengalaman-pengalamannya yang tersendiri

 Jemaah yang telah mempunyai pengalaman-pengalaman lampau dalam aspek mehnah dan tribulasi.

 Jemaah Besar yang ramai keanggotaannya – lebih besar lebih kekuatan serta lebih lama penubuhannya asalkan mengikut syarat 1 dan 2 di atas.

 Jemaah yang tersusun rapi dan bersatupadu serta berjalan mengikut perancangan yang rapi dan bukan jemaah yang kucar kacir (tidak mengikut peraturan)

 Jemaah yang tidak menggalakkan perpecahan dan pengagihan tenaga kepada kumpulan yang lebih kecil kerana ia boleh menyebabkan perpecahan dan berbilang-bilang jemaah.

Tips untuk keberkesanan Dakwah Fardiyah

1. Hendaklah bersungguh-sungguh, memberikan perhatian, mengikuti perkembangan dan membuat penilaian setelah dakwah Fardiyah dilakukan dalam tempoh tertentu.

2. Pelaksana hendaklah mengetahui uslub, kaedah dan pengertian tentang kesemua kaedah atau marhalah ini.

3. Hendaklah dilaksanakan marhalah-marhalah ini dengan secara tertib dan tidak melanggar adab dan batasan.

4. perbincangan dengan pelaksanaan dakwah fardiyah mengenai ketujuh-tujuh marhalah dan perkara yang berkaitan dengannya seperti dalil atau faktor-faktor yang membantu mad’u menerimanya amat baik

dilakukan. Ini adalah untuk memudahkan tugas daie ketika berhadapan dengan mad’u.

5. selain daripada menjelaskan kesucian jalan dakwah dan semua tuntutan, usaha perlu dilakukan untuk menghilangkan keraguan dan kesamaran terhadap amal Islami., tuntutan-tunttutannya dan aktivis-aktivisnya

juga mesti dilakukan.

6. Berikan contoh kejayaan dan kebaikan bagi mereka yang menyahut seruan dakwah ini dan bahaya serta dosa bagi mereka yang menolaknya.

7. Para daie mestilah sentiasa tolong menolong dan nasihat menasihati sesama mereka dalam menghadapi cabaran dan rintangan.

8. Hadiahkan mad’u dengan buku-buku dan risalah-risalah yang dapat menggalakkan mereka dengan Islam.

9. keberkatan, taufiq dan penghasilan adalah berkadar dengan keikhlasan, kesungguhan, berlapang dada dan kesabaran.

10. dakwah fardiyah dapat mewujudkan hubungan dan ikatan dengan mad’u. Ini berbeza dengan dakwah am seperti majlis ceramah dan majlis ilmu.

11. dakwah fardiyah adalah dakwah yang praktikal; berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian.

12. Dakwah fardiyah mendorong para daie menjadi contoh teladan yang baik kepada manusia.

You might also like