Definisi:
Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunansebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
1.Menyelamatakan nyawa2.Mengurangkan kesakitan3.Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk4.Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospitalPeraturan Am Pertolongan cemas:
1.Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.2.Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasanpesakit itu3.Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannyasahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
4.Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.Tindakan serta merta pertolongan cemas:
1.Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.2.Memberikan rawatan renjatan dengan segera.3.Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.4.Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .
Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:
Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untukmembuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.
Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
5.Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]6.Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]7.Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan danletakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]8.Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]9.Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidaklakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].