You are on page 1of 2

~Al-Quran Mengajak kepada Perpaduan Ummah~

Perpaduan merupakan pembungaan bagi perkembangan, kemajuan, dan


kemakmuran sesebuah negara. Malahan di dalam Islam menyatakan bahawa
Rasulullah s.a.w menuntut kita agar memelihara persaudaraan dan rasa saling
hormat menghormati di antara sesama Muslim. Maknanya, persatuan atau
perpaduan di antara sesama Muslim amat dititikberatkan oleh Nabi s.a.w.

Demikian juga salah satu dari semangat al-Quran adalah semangat perpaduan atau
persatuan. Kerana itu jumlah ayat yang menganjurkan semangat perpaduan lebih
banyak daripada ayat yang menjelaskan perihal perpecahan. al-Quran juga
menghuraikankan tentang sebab perpecahan yang terjadi kerana kedengkian antara
golongan sesama mereka juga kerana kecintaan manusia kepada dunia, tidak
menggunakan akal sihat, dan tidak saling percaya antara mereka.

Pada ketika ini umat Islam di negara ini sedang mengalami suatu macam kekalutan
yang ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin politik, ulama-ulama, parti pemerintah
dan pembangkang. Secara fitrah ummah sebenarnya menuntut keamanan dan
perpaduan, bukan persengketaan. Fitrah semulajadi manusia inginkan kehidupan
yang aman damai kerana di situ letaknya kebahagiaan dan keharmonian yang
diidamkan oleh semua maanusia. Justeru itulah manusia sangat inginkan kepada
perpaduan. Lebih penting dari itu umat Islam inginkan amalan yang sebenar bukan
berbaur dengan kepentingan politik, perbadi atau sebagainya.

Umat Islam perlukan kematangan untuk menghadapi situasi hari ini dengan
tenang supaya segala faktor negetif ini tidak memerangkapkan dan menjatuhkan
kita sekali lagi dalam fitnah kekacauan seperti yang berlaku dizaman sahabat
(Saidina Ali dan Uthman) dahulu. Sejarah mencatat seringkali kita dikalahkan kerana
kita tidak bersatu. Demikian juga dalam keadaan berpecah belah itu pasti nanti akan
saling menyerang dan saling berusaha menghancurkan satu sama lain.

Memang tidak dinafikan, untuk berpendapat dan berfikiran sama tidak mungkin
tetapi untuk bersatu pasti tiada halangan asalkan semua pihak bersikap jujur pada
diri sendiri dan menghormati orang lain. Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan
hakikat tersebut di dalam setiap tingkah laku, khususnya dalam hubungan sesama
manusia.

Sikap jujur, toleransi, dan menghormati orang lain merupakan sikap yang berupaya
membawa kepada kejernihan hubungan, sekali gus memantapkan penyatuan
ummah bagi menangani segala macam bentuk permasalahan yang datangnya sama
ada daripada kalangan ummah itu sendiri mahupun dari dunia luar.

Kepentingan kesatuan atau perpaduan ummah itu dapat diselaraskan dengan firman
Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali
(agama) Allah dan jangan bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika
kamu dahulu (sebelum Islam) bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati kamu.
Maka menjadilah kamu kerana nikmat-Nya bersaudara, padahal dahulu kamu sudah
berada di tepi jurang neraka, tetapi Dia menyelamatkan kamu daripadanya.” (Ali-
Imran: 103)
Nikmat yang dimaksudkan menerusi ayat tersebut ialah Islam - di mana yang
menyebut Islam itu sebagai nikmat (yang membuat manusia bersaudara) bukan ahli
tafsir atau ulama mana-mana pun, tetapi Allah s.w.t sendiri.

Tidak ada yang dapat menyatukan perbezaan di antara selain Islam dan tidak ada
yang mampu menciptakan persaudaraan, juga selain Islam. Ingatlah, bahawa Islam
bukan hanya sekadar milik umat tertentu sahaja.

Justeru itu, tiada alasan bagi sesama umat Islam untuk berpecah belah kerana al-
Quran mengajar kita agar jangan terlalu cepat menghukum orang lain yang mungkin
kebetulan berbeza dari segi fahaman. Kita seharusnya membetulkan fahaman yang
salah atau meragukan itu dengan penuh hikmah dalam suasana persaudaraan.
Itulah yang diajarkan atau disarankan oleh al-Quran.

Sikap tidak mahu bertolak ansur dengan mengatakan diri sendiri yang benar belaka
sedangkan orang lain tidak betul merupakan antara sifat yang akan melonggarkan
ukhuwah sesama ummah. Inilah yang disebut di dalam al-Quran sebagai tanda-
tanda musyrik kerana „memutlakkan‟ pendapatnya sendiri dan tidak menghiraukan
pendapat orang lain.

Justeru kita mengakui al-Quran dan sunnah sebagai pendua hidup, seharusnya kita
berusaha melakukan kebaikan dalam kehidupan ini. Kita harus memperbaiki
hubungan persaudaraan sesama Islam dan mencipta kedamaian di antara pihak-
pihak yang bermusuhan. Sehubungan ini Allah s.w.t menegaskan dalam firman-Nya
yang bermaksud: “Bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan
perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul
kamu orang-orang yang beriman.” (Al-Anfal: 1)

Amatlah rugi apabila seseorang yang telah dianugerah Islam sentiasa berada di jalan
perpecahan dan perbalahan.

You might also like