You are on page 1of 50

TEORI STRUKTURAL

FUNGSIONALISME

Samri Sainuddi 1 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Maksud dan konsep
 Istilah fungsi dalam sosiologi bermaksud
tujuan atau tugas tertentu bagi setiap
anggota masyarakat kepada sistem
dalam masyarakatnya dan akibat yang
dihasilkan terhadap orang lain. (Rohana
Yusof. 1997:17)

Samri Sainuddi 2 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Teori
fungsionalisme
 Masyarakat ialah satu sistem yang terdiri
daripada kombinasi benda, bahan dan
manusia yang membentuk keseluruhan
masyarakat.
 Masing-masing saling berhubung kait dan
saling membantu.
 Perubahan dalam satu bahagian akan
mengubah bahagian-bahagian lain
sehinggalah tercapai titik keseimbangan.

Samri Sainuddi 3 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Struktur-
Fungsionalisme
 Teori ini membayangkan individu bertindak
kepada insentif dan dikawal oleh hukuman
dan denda.
 Inidividu mengejar kepentingannya tetapi
masyarakat mengikat kepentingan ini dalam
satu pola yang sama sebab wujudnya
pembahagian buruh dan individu juga
berkongsi nilai bersama yang memakmurkan
dan mensejahterakan masyarakat.
 (Mansor Mohd Nor, Abdul Rahman Abdul Aziz &
Mohamad Ainuddin Iskandar Lee. 2007:31)

Samri Sainuddi 4 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Samri Sainuddi 5 Integrasi dan Perpaduan Nasional
Organisme hidup
 Masyarakat dianggap sebagai satu organisme
hidup seperti organ-organ yang saling
bergantung antara satu sama lain.
 Setiap bahagian mempunyai fungsi masing-
masing dan perlu bagi melicinkan perjalanan
sistem sosial.
 Oleh itu sistem sosial menjadi stabil dan
dinamik.

Samri Sainuddi 6 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Apa akan jadi jika salah satu
bahagian anggota anda tidak
berfungsi?

Samri Sainuddi 7 Integrasi dan Perpaduan Nasional


 Subsistem dalam masyarakat itu adalah
institusi-institusi dan bukannya individu.

 Bagaimanakah perubahan-perubahan yang


berlaku itu dapat mengekalkan aktiviti-aktiviti
sosial yang wujud?
 Jawapannya – masyarakat sentiasa mencari
makna (struktur) untuk memenuhi kehendak-
kehendak (fungsi).

Samri Sainuddi 8 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Samri Sainuddi 9 Integrasi dan Perpaduan Nasional
Idea siapa?
 Auguste Comte

 Herbert Spencer

 Emile Durkheim.

Samri Sainuddi 1 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Comte
 Menyimpulkan bahawa masyarakat
adalah seperti binatang iaitu ada tisu
dan organ-organ yang saling berhubung
dan menjalankan fungsi masing-masing.

Samri Sainuddi 1 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Herbert Spencer
 Melihat persamaan antara masyarakat dan
organisme.
 Menurut beliau –
 semua organisasi mempunyai struktur – iaitu terdiri
daripada beberapa bahagian yang berkaitan
seperti kepala, tangan, kaki dan sebagainya.
 Setiap bahagian ada fungsinya dan bekerjasama
dengan lain-lain bahagian mewujudkan kestabilan.
 Masyarakat juga terdiri daripada bahagian-
bahagian yang berkaitan seperti keluarga, agama,
negara dan sebagainya.

Samri Sainuddi 1 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Spencer
 Bahagian-bahagian dalam masyarakat itu
saling bekerjasama dalam bentuk struktur.
 Setiap bahagian dalam masyarakat itu akan
berusaha untuk memenuhi keperluan struktur.
Spencer memanggil bahagian-bahagian itu
sebagai fungsi.
 Perubahan pada satu bahagian akan
menyebabkan perubahan pada bahagian-
bahagian yang lain.

Samri Sainuddi 1 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Structural functional
atau
social system theory
 Teori yang dinyatakan oleh Spencer
juga dikenali sebagai structural
functional theory atau social system
theory.
 Struktur dan fungsi adalah dua konsep
yang berbeza.

Samri Sainuddi 1 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Durkheim
 Setiap masyarakat ada keperluan yang
perlu dipenuhi bagi memastikannya
berjalan dengan baik.
 Sekiranya bahagian-bahagian tersebut
berfungsi maka masyarakat itu adalah
normal, begitulah sebaliknya jika tidak
berjalan dengan baik dikenali sebagai
“abnormal” atau “pathological state”.

Samri Sainuddi 1 Integrasi dan Perpaduan Nasional


LAIN-LAIN TOKOH TEORI
FUNGSIONALISME?
 TalcotParsons (1937)
 Robert Merton (1957)
 Setiap komuniti atau institusi
melaksanakan tugas tertentu dan terus
menerus.
 Contoh sekolah mendidik pelajar,
menyediakan bakal mahasiswa,
menyediakan bakal tenaga kerja dst.

Samri Sainuddi 1 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Parsons – ada empat
syarat fungsional
sosial (AGIL)
 Adaptasi

 Pencapaian matlamat (Goal attainment)


 Integrasi

 Bentuk perubahan dan kesesuaian


(Latent pattern maintenance)

Samri Sainuddi 1 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Keempat-empat fungsi itu masing-
masing dilaksanakan oleh
subsistem-subsistem berikut:
 Subsistem adaptasi ialah ekonomi,
 Subsistem pencapaian matlamat ialah politik,
 Subsistem integrasi ialah peraturan dan kawalan
sosial,
 Subsistem perubahan dan kesesuaian ialah
institusi keluarga, agama dan pendidikan

 (Abdul Razaq Ahmad, Rozita Abdul latif, Didin saripudin


(2008):11)

Samri Sainuddi 1 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Saling bergantungan
 Masyarakat dilihat sebagai satu sistem
dan sub sistem yang saling bergantung
dan berhubungan.
 Struktur sosial memberi pengaruh dan
menyumbang kepada integrasi dan
adaptasi sistem sosial.

Samri Sainuddi 1 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Empat perkara perlu
dielak
1. Perpecahan dalam masyarakat
2. Rasa perkauman
3. Peperangan dan perbalahan
4. Penindasan dan sikap lintah darat

 Analisis struktur fungsionalisme


Parsons memberi tumpuan kepada
keteraturan dalam sistem sosial.

Samri Sainuddi 2 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Merton
 Apabila perubahan sosial yang berlaku
membawa kepada keserasian dan
keseimbangan maka ianya dianggap
fungsional sedangkan jika ianya mengganggu
keseimbangan ianya dianggap gangguan
fungsional.
 Contoh: kemunculan parti-parti politik
dianggap fungsional manakala demonstrasi
yang anarki dan revolusi dianggap tidak
fungsional.

Samri Sainuddi 2 Integrasi dan Perpaduan Nasional


 Robert K. Merton mengukuhkan teori ini
dengan membezakan
 aspek fungsi dan disfungsi dan juga
 fungsi manifest iaitu ketara dan latent atau
tersembunyi.

Samri Sainuddi 2 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Fungsi
 Fungsi bermaksud tugas atau keadaan
yang menyebabkan proses
pemgadaptasian dan penyelarasan
kepada suatu sistem berlaku.
 Sesuatu sistem itu dapat kekal jika
tugas masing-masing dijalankan.

Samri Sainuddi 2 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Disfungsi
 Disfungsi ialah perkara yang
menyebabkan sebaliknya iaitu
keruntuhan dan keterbalikan sesuatu
sistem.
 Ia merupakan unsur negatif namun
perlu dikaji bagi menyeimbangkan
semula masyarakat supaya tidak terlalu
ekstrim dalam masyarakat.

Samri Sainuddi 2 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Contoh disfungsi
 Kemiskinan.
 Ia menimbulkan masalah sosial kepada
masyarakat.
 Ia juga mainkan peranan sebagai fungsi
kerana tanpa orang miskin siapa akan
melakukan kerja-kerja memungut sampah.
 Ia juha menyebabkan polis dan jabatan
masyarakat masih wujud.

Samri Sainuddi 2 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Dwifungsi
 Apabila terdapat untuk
mengelakkannya. fungsi dan disfungsi
serentak dalam sesuatu keadaan ia
disebut dwifungsi.
 Herber J.Grans (1972) berpendapat
“Salah satu fungsi kemiskinan ialah ia
menakutkan kita dan menyebabkan kita
bekerja dengan gigih

Samri Sainuddi 2 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Tersembunyi
(latent)
 Fungsi tersembunya (latent) adalah akibat
yang tidak dikehendaki ataupun kesan
sampingan dan kadang-kadang tidak dikenali
apakah puncanya.
 Contoh: mengintip ialah fungsi yang ketara
tetapi ia juga mempunyai fungsi yang
tersembunyi yang tidak disengajakan kerana
apabila sesuatu pihak tahu akan kelebihan
pihak lain, ia tidak akan mencabar
sebarangan kerana takut akan kekuatan
pihak musuh.

Samri Sainuddi 2 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Andaian dan rumusan
teori fungsionalisme
1. Masyarakat adalah suatu sistem yang stabil,
berintegrasi, tersusun rapi dan anggotanya
pula bersetuju tentang nilai-nilai asas yang
dipegang bersama.
2. Masyarakat akan sentiasa bergerak ke arah
keseimbangan hasil daripada penyesuaian
terhadap perubahan dan perkembangan.

Samri Sainuddi 2 Integrasi dan Perpaduan Nasional


3. Sistem sosial akan berada dalam keadaan
seimbang hasil daripada penyesuaian
terhadap perubahan dan perkembangan
yang berlaku.
4. Perubahan akan berlaku secara beransur-
ansur dan bukan mendadak.
5. Masyarakat akan bergantung kepada sistem
nilai atau ideologi yang sama misalnya
komunis dan kapitalis.

Samri Sainuddi 2 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Teori Konflik

Samri Sainuddi 3 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Menurut James M
Henslin (2006:36)
 The parts of society are not working
together harmoniously … competing
with one another for scarce resources.
This competition between’s society parts
is so severe that conflict is barely kept in
check. The elderly, for example, are
competing with younger people for
scarce resources.

Samri Sainuddi 3 Integrasi dan Perpaduan Nasional


 Perspektif konflik juga disebut sebagai
perspektif Marxist.
 Ini kerana:
 Diasaskan oleh Karl Marx (1818-1883)
 Asas ideologi yang menggerakkan
pergerakan sosialis antarabangsa.
 Pesaing kepada kapitalisme.

Samri Sainuddi 3 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Pendekatan Karl
Marx
 Ianya bertolak dari dua andaian, iaitu:
1. Karl Marx melihat aktiviti ekonomi sebagai asas yang
menentukan segala aktiviti kemasyarakatan.
2. Karl Marx melihat unsur konflik berlaku sepanjang sejarah
kewujudan manusia di muka bumi ini.

 Menurut Karl Marx, motif ekonomi dalam


masyarakat mendominasi kesemua struktur sosial
seperti keluarga, agama, undang-undang,
kesenian, kesusasteraan, sains dan moraliti.

Samri Sainuddi 3 Integrasi dan Perpaduan Nasional


 Menurut Karl Marx, sepanjang sejarah, ragam
pengeluaran memihak kepada sebilangan
kecil dalam masyarakat sehingga memaksa
bilangan yang besar bekerja untuk
mendudukung kepentingan sebilangan yang
kecil tadi.
 Ini bermakna:
 Kehidupan sebilangan yang besar itu ditentukan
oleh sebilangan yang kecil,
 Arah tuju kehidupan bergantung kepada belas
kasihan mereka.

Samri Sainuddi 3 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Kelas dalam
masyarakat
 Masyarakat terbahagi kepad adua
kelas iaitu:
1. Kelas yang memiliki alat pengeluaran,
bersifat penindas (kelas atasan)
2. Kelas yang menjual “kemahiran buruh”
untuk mendapat upah dan mereka
sentiasa tertindas (kelas bawahan).
 Revolusi diperlukan untuk
menghapuskan penindasan.

Samri Sainuddi 3 Integrasi dan Perpaduan Nasional


 Konflik dilihat oleh Karl Marx sebagai unsur
biasa untuk mencetuskan perubahan sosial
dan menjadi penyebab kepada meletusnya
masalah sosial.
 Masalah sosial yang meletus dalam
masyarakat dilihat sebagai berpunca daripada
konflik dua golongan yang bersaing untuk
merebut sumber-sumber yang terhad.

Samri Sainuddi 3 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Interaksi sosial
 Tujuan manusia/individu bersama
dengan manusia lain adalah untuk
mencapai sesuatu gol/matlamat.
 Homans (1950) mengatakan bahawa
manusia tidak akan bersama melainkan
untuk mencapai sesuatu tujuan.

Samri Sainuddi 3 Integrasi dan Perpaduan Nasional


 Semakin seseorang itu menyatukan
dirinya dengan orang lain semakin
kuatlah ikatannya kepada norma dan
nilai bersama semakin mereka
menyukai antara satu sama lain.
 Proses ini memperkukuhkan ikatan
kumpulan melalui perkongsian aktiviti,
persahabatan, norma dan nilai.

Samri Sainuddi 3 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Norma, nilai dan rol
 Ketiga-tiga perkara itu adalah unsur
utama dalam kebudayaan atau dalam
suasana interaksi sosial.
 Ketiga-tiga unsur tersebut berguna
sebagai pemboleh ubah untuk
menganalisis kebudayaan dan interaksi
sosial.

Samri Sainuddi 3 Integrasi dan Perpaduan Nasional


 Nilai –
 Iaitu satu ideal yang digunakan sebagai piawai
untuk menilai baik atau buruk, perbuatan yang
boleh diterima atau ditolak.
 Norma –
 Norma berada di bawah nilai.
 Norma bersifat khusus yang digunakan untuk
mengawal perlakuan manusia.
 Norma mentakrifkan perlakuan yang diperlukan,
diterima atau yang dilarang.
 Norma mengenal pasti apa yang wajar, patut dan
mesti dilakukan.

Samri Sainuddi 4 Integrasi dan Perpaduan Nasional


 Rol –
 Rol adalah koleksi norma-norma yang
bersangkutan dengan kedudukan sosial dalam
masyarakat.
 Melalui norma orang lain dapat mengetahui
tentang tingkah laku yang patut atau tidak
sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang
memegang sesuatu kedudukan sosial/rol.
 Kehidupan sosial distruktur oleh rol-rol. Dalam apa
jua situasi sosial, kita mengetahui tentang rol yang
akan kita lakukan sama ada sebagai pekerja,
pelajar, kawan, suami, isteri dan sebagainya.

Samri Sainuddi 4 Integrasi dan Perpaduan Nasional


 Huraikan tingkah laku dan rol yang
bersesuaian dalam sebuah masyarakat
di luar bandar.
 Pengaruh modenisasi telah
menyebabkan ahli masyarakat bandar
tidak melaksanakan rol yang sepatutnya
bagi menjamin kestabilan masyarakat.
Bincangkan?

Samri Sainuddi 4 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Andaian
 Pendekatan strukturalis melihat ciri-ciri
dalam masyarakat wujudnya konflik
kepentingan.
 Analisis Marxist melihat semua
masyarakat dicirikan oleh faktor
pengeluaran (materialisme).
 Manakala masyarakat dibahagi kepada
infrastuktur dan superstruktur.

Samri Sainuddi 4 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Infrastruktur dan
superstruktur
 SUPERSTRUKTUR

Keluarga undang2 pendidikan politik media agama ideologi

INFRASTRUKTUR
terdiri daripada

Kuasa Pengeluaran Hubungan Pengeluaran dan sosial


(peranan ekonomi – pemilik/bukan pemilik)

Samri Sainuddi 4 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Model-model teori
sosiologi
Elemen Struktur- Konflik/ Interaksi
fungsional Radikal Simbolik
Sifat semula jadi Perpaduan, Persaingan Individu-individu
masyarakat struktur sosial kumpulan- berinteraksi,
yang saling kumpulan dan membina
berhubungan kelas-kelas untuk kumpulan dan
membentuk mendapatkan jaringan sosial.
sebuah sistem sumber terhad.
Tingkat analisis Makro iaitu Makro iaitu Analisis mikro
yang diutamakan keseluruhan merangkumi sebagai cara
struktur sosial. seluruh struktur untuk memahami
sosial. fenomena makro.

Samri Sainuddi 4 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Elemen Struktur- Konflik/ Interaksi
fungsional Radikal Simbolik
Tingkat Struktur sosial Struktur sosial Antara
perubahan perseorangan
(interpersonal)

Asas interaksi Konsensus Kuasa, konflik, Perkongsian


sosial terhadap nilai suasana sentiasa makna melalui
bersama, yakni tegang. perkongsian
perkongsian nilai, Pengekalan simbol-simbol
pengekalan masyarakat yakni
sistem sosial melalui paksaan. perkongsian.
melalui
konsensus dan
kerjasama.

Samri Sainuddi 4 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Elemen Struktur- Konflik/ Interaksi
fungsional Radikal Simbolik
Fokus Peraturan sosial dan Perubahan Pemahaman tingkah
kajian bagaimana untuk sosial dalam laku harian.
mengekalkan konflik. Membangunkan
kestabilan dalam kemampuan untuk
masyarakat. penyesuaian kendiri
pada kumpulan.

Pandangan Secara teratur, Pertukaran Perubahan makna


terhadap mengikut tertib, kuasa dan dan simbol.
perubahan perubahan yang struktur Perubahan sosial
sosial sederhana. dalam dipamaerkan melalui
Perubahan sosial masyarakat. kedudukan sosial
dapat diramalkan dan Perubahan dan melalui
setelah itu dibuat sosial komunikasinya
pengukuhan. dianggap dengan orang lain.
kekal melalui
paksaan.

Samri Sainuddi 4 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Elemen Struktur- Konflik/ Interaksi
fungsional Radikal Simbolik
Tokoh-tokoh Emile Durkheim, Karl Marx, George Herbert
utama Talcott Parsons, W.E.B. Du Bois, Mead, Charles
Horton Cooley,
Robert Merton. C. Wright Mills.
Erving Goffman.

Samri Sainuddi 4 Integrasi dan Perpaduan Nasional


 Apakah institusi keluarga? Berikan
fungsi-fungsi dan rol bagi setiap ahli
dalam keluarga dan terangkan
bagimanakah cara mengatasi konflik rol
dalam keluarga?

Samri Sainuddi 4 Integrasi dan Perpaduan Nasional


Sekian.

Samri Sainuddi 5 Integrasi dan Perpaduan Nasional

You might also like