Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
48Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
BAHAN BANTU PEMBELAJARAN

BAHAN BANTU PEMBELAJARAN

Ratings: (0)|Views: 1,763 |Likes:
Published by eyuke

More info:

Published by: eyuke on Jul 27, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/16/2013

pdf

text

original

 
1
1.0 Pengenalan.
Kanak-kanak sejak dilahirkan telah mewarisi kecerdasan daripada ibu bapanya.Kecerdasan ini membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekelilingmereka. Biasanya, asas kecerdasan yang tinggi , jika dipengaruhi oleh alam sekeliling yang tidak memuaskan, maka sukar bagi kita untuk melahirkan perkembangan kecerdasan yang mencapaiperingkat optimum. Walaupun kanak-kanak sewaktu lahirnya itu tidak mempunyai pengalamantetapi semenjak saat tersebut mereka sentiasa diserbui oleh pelbagai rangsangan daripada alamsekeliling mereka. Dengan asas-asas yang diwarisinya dan dengan pertolongan pancaindera,mereka mula menganggap dan memproses rangsangan-rangsangan itu ke dalam sistem yangbermakna.Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yangditerima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan yangkemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman. Sungguh pun rangsangan dalamalam sekeliling ini amat banyak tetapi tidak semua rangsangan itu dapat diterima atau ditanggapioleh manusia. Rangsangan yang sukar ditanggap tidak akan dapat diproses dan tidak akanmenjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurangmendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan danpengalaman yang berkesan.Oleh yang demikian peranan guru dalam menentukan bahan-bahan pengajaran danpembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang mampumewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembang kecerdasandan pengalaman pelajar. Guru-guru disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan,penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan pengajaran, kerana inilah aspek yang memberi kesanterhadap prestasi para pelajar. Pembelajaran dan pengajaran seseorang guru memerlukan banyak kaedah dan strategi yang sesuai bagi membolehkan pelajar dapat memperolehi input danmemahami pelajaran dengan lebih berkesan. Pembelajaran berasaskan sumber pembelajarandapat membantu seseorang guru itu untuk mencapai objektif pembelajaran dengan lebih mudahdan berkesan.
 
2
1.1
Konsep pembelajaran
Pembelajaran pada umumnya merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan dan jugakemahiran. Menurut Robert M. Gagne ( 1970 ) dalam
The Condition of Learning
, pembelajaranmerupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Wool folk (1980) dalam
 Educational Psychology for Teachar,
pembelajaran dapat dilihat sebagai perubahan dalamanyang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan baru atau sebagai potensi yangsanggup menghasilkan tindakbalas yang baru. Selain itu pembelajaran juga dapat didefinisikansebagai perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku melalui pembelajaran iaitu perubahanyang lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelumaktiviti pembelajaranPembelajaran merupakan satu proses yang berteruskan dan dapat dibahagikan kepadapembelajaran secara formal dan tidak formal. Pembelajaran formal lebih kepada pembelajaranyang berlaku di sekolah. Pembelajaran tidak formal pula merupakan pembelajaran yangmelibatkan orang luar sekolah iaitu ibu bapa, rakan sebaya, media massa dan juga persekitaran.Proses pembelajaran akan berubah sejajar dengan peralihan pengajian, misalnya dari peringkatsekolah rendah kepada sekolah menengah. Dalam konteks ini bukan sahaja bahan pembelajaranmenjadi semakin sukar kerana perlu disesuaikan mengikut tahap perkembangan kognitif pelajar,malah mereka juga dipertanggungjawabkan untuk memperolehi pencapaian akademik yang lebihtinggi.
1.2 Konsep sumber pembelajaran
Sumber pembelajaran pula bermaksud alat bantu mengajar yang digunakan atau apa-apaalatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan segalakelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantu dalam proses pengajaran danpembelajaran. Dalam proses pembelajaran seseorang akan melakukan beberapa pendekatan bagimembolehkan objektif pembelajaraan sesuatu subjek itu dapat dicapai. Ini termasuklahpenggunaan sumber-sumber pembelajaran atau bahan-bahan pengajaran. Sumber-sumberpembelajaran ini tidak terhad kepada buku teks, papan hitam, kapur, dan gambar-gambar , tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan penggunaan
 
3
pancaindera melihat, mendengar, rasa hidu dan sebagainya serta merangkumi apa yang dilihatdan dialami oleh seseorang pelajar.
2.0 Latar belakang penggunaan sumber pembelajaran
Sejak zaman dulu lagi penggunaan sumber pembelajaran menjadi salah satu cara yangdigunakan oleh guru mengajar pelajar. Penggunaan sumber ini termasuklah penggunaan sumberseperti buku teks dan bahan lain seperti akhbar dan majalah. Sehingga hari ini, sekolah-sekolah,masih lagi menggunakan bahan-bahan pengajaran yang lazim digunakan oleh guru-guruterdahulu, seperti daripada bahan-bahan yang terdapat daripada buku-buku teks, bahan-bahantambahan daripada jabatan-jabatan tertentu dalam Kementerian Pendidikan Negeri, Daerah danlain-lain. Walau bagaimanapun, selain daripada bahan-bahan binaan sendiri, bahan-bahanpengajaran yang sering dan paling utama digunakan oleh guru-guru ialah bahan-bahan daripadabuku-buku teks. Penggunaan buku teks ini telah menjadi tradisi dan amalan biasa sesetengahguru.Perkembangan yang terjadi dalam bidang pendidikan telah menyebabkan penggunaansumber pembelajaran pada masa kini semakin canggih. Semenjak zaman pra dan pos merdeka1949-1971 telah memperlihatkan perkembagan dalam bahan visual dan alat pandang dengar.Pengaruh teknologi pendidikan ini bermula apabila penggunaan bahan visual seperti gambar,carta dinding, peta, dan sebagainya digunakan. Perkembagan teknologi yang terus berlaku jugamenyebabkan pada tahun 1966 siaran radio ke sekolah telah dilancarkan di bawah kelolahanKementerian Penerangan dan Penyiaran dengan kerjasama Kementerian Pendidikan .Zaman 1980-an memperlihatkan perkembangan pengajaran dan pembelajaran berasaskansumber atau media pengajaran dan diikuti dengan perkembangan komputer dalam pendidikan.Pengajaran berasaskan sumber ini telah mengurangkan peranan guru sebagai penyampai utamadalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 
Perlaksanaan Kurikulam Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR, 1983) dan Kurikulam Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM, 1987) mengutamakanpenggunaan pelbagai sumber dan kaedah pengajaran. Guru dikehendaki mengintegrasikanpelbagai sumber dalam kurikulum dan pengajaran.
 

Activity (48)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Chin Jia Yi liked this
Shirley Jong liked this
Shirley Jong liked this
Billy Wong liked this
Ruzita Katiman liked this
veshini liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->