pengalaman, pengajaran dan hikmah kejadian alam sejagat. Bermusyawarah dan berbincang juga secaratidak langsung akan dapat menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam kepada akal kita. Di sampingitu, Islam juga menganjurkan kita supaya menjaga adab-adab bermusyawarah supaya manfaatnya akanterhasil semaksima mungkin. Hasil perbincangan dan penyelidikan tentang sesuatu perkara sepertimuzakarah tentang hukum, sudah tentu dapat dimanfaatkan oleh sekalian muslimin. Firman Allah s.w.tdalam surah an-Nahl ayat 125 bermaksud :
'Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, danberbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengancara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yanglebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk'.
Pembangunan Fizikal
Sekiranya jiwa dan akal sahaja dibangunkan, tetapi fizikal lemah, maka tamadun Islam dan peribadimuslim juga akan terhalang pembinaannya. Kalau diamati, apakah faedah yang dapat diperolehi daripadaseorang manusia yang lemah tubuh badannya, tidak bermaya dan lesu? Setiap masa ditimpa denganpelbagai jenis penyakit. Kita tidak menafikan bahawa sakit itu merupakan ujian dari Allah s.w.t. Namundemikian, seseorang manusia itu tidak boleh menempah maut dengan membiarkan dirinya diselubungidengan pelbagai jenis penyakit yang mungkin boleh membawa maut.Oleh itu, kita perlu memiliki fizikal yang sihat untuk membina tamadun Islam selaras dengan kehendakAllah s.w.t yang mahukan hamba-Nya menjadi khalifah di muka bumi ini. Tubuh yang sihat akanmelahirkan akal yang sihat, seterusnya dapat merancang pelbagai perkara untuk manfaat umat Islamsejagat.Untuk meningkatkan taraf kesihatan diri, kandungan makanan yang diambil perlulah seimbang iaitumemenuhi segala keperluan seperti protein, karbohidrat, garam galian, vitamin dan sebagainya. Makananyang akan diambil juga mestilah berpunca daripada sumber yang halal dan cara penyediaannya jugamestilah mengikut kehendak syarak. Ini amat bersesuaian dengan maksud firman Allah s.w.t di dalamsurah al-Baqarah ayat 172 :
'Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlahkepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya'
Segala adab makan dan minum yang telah dianjurkan oleh Islam juga perlulah diamalkan. Di samping itu juga, kita perlu melakukan aktiviti senaman untuk membina badan yang sihat dan minda yang cerdas.Setelah memenuhi kesemua aspek yang telah diterangkan tadi, maka kita akan dapat merasakanberlakunya suatu perubahan yang amat ketara di dalam jiwa dan minda kita. Dan di sini sudah tentunyaproses pembinaan insan sudah mula tercapai dengan sebaik yang mungkin.
K
esan Perubahan
Setelah proses pembinaan insan sudah meresap di dalam diri dan minda kita, maka sudah tentulah mudahuntuk kita mencurahkan segala sumbangan yang bermanfaat sama ada untuk kebaikan agama,masyarakat dan juga negara. Dari segi agama kesan perubahan kepada penghayatan Islam yang sebenar,sudah tentu dapat mengelakkan sebarang perselisihan ataupun kekeliruan berkenaan perkara-perkara asasdalam agama Islam itu sendiri. Malahan jauh sekali untuk kita mengenepikan golongan ulama yangmerupakan pewaris para nabi di dalam hal-hal yang berkaitan dengan ajaran Islam.Di samping itu, generasi yang mantap pembinaan peribadinya akan mampu memainkan peranan untukmengembangkan penghayatan Islam itu sendiri. Ini secara jelas telah disebut oleh Allah s.w.t di dalam