You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL.

1/2009
SEKOLAH KEBANGSAAN PLAIE D.C, KOTA SAMARAHAN

Tarikh: 22.01.2009
Masa: 0200 – 0300
Tempat: Bilik Kelas Tahun 6
Kehadiran: Pn. Irine Michael Toyad (Guru Besar )
Pn. Naya ak Sang
Cik Nasira Bt. Mahmood
En Linda ak Dakar

1. Perutusan Pengerusi
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat dan
mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Beliau juga
mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bahaa Inggeris kerana telah
memberikan kerjasama untuk menjayakan aktiviti pada tahun 2008 terutama
dalam peningkatan keputusan Bahasa Inggeris dalam UPSR.

2. Penubuhan AJK 2009


AJK 2008 akan dikekalkan, memandangkan guru yang mengajar
Bahasa Inggeris masih guru yang sama.

3. Perancangan Aktiviti 2009


Aktiviti yang dirancang mengambilkira dari segi keperluan untuk
membnatu pembaikan tahap oencapaian murid dari segi akedemik, lisan dan
bacaan dan berkayakinan berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris.
Jadual aktiviti yang telah dirancang diedarkan di lampiran berasingan.

4. Kertas Ujian Dan Alat Bantuan Mengajar


Kertas ujian PRA UPSR dan yertas ujian untuk Semesta 1 dan 2 bagi
kelas-kelas lain akan diseragamkan untuk semua sekolah di Bahagian
Samarahan. Soalan-soalan itu akan dibuat oleh semua sekolah di Bahagian
Samarahan melalui bengkel yang akan diadakan.

5. Perkara Berbangkit
Mesyuarat dimaklumkan bahawa ada murid yang tidak mengambil
serius tentang kerja rumah. Semua ahli mesyuarat diingatkan untuk
mengambil tindakkan yang sewajarnya terhadap murid yang kerap tidak
membuat kerja.
6. Agenda Baru
Mesyuarat diberitahu untuk cuba menyertai pertandingan yang
diadakan diperingkat sekolah, zon atau daerah.

7. Hal-hal lain
- Tiada

8. Penangguhan Mesyuarat
Mestyarat ditanguhkan pada jam 0300 petang.

Dicatat oleh: Disemak:

_____________________ __________________

(NASIRA BT. MAHMOOD) (NAYA AK SANG)


Setiausaha Pengerusi

Tarikh: Tarikh:

You might also like