You are on page 1of 1

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.8 PROSES SOSIALISASI MASA KINI & MASA HADAPAN

1.8.1 Masalah/Cabaran Sosialisasi

1. Institusi kekeluargaan merupakan institusi paling penting dan harus dikekalkan dengan menerapkan
kasih sayang kerana institusi ini akan mementukan keperibadian individu.
2. Satu fenomena yang sedang melanda institusi kekeluargaan sekarang adalah masalah penceraian.
3. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menunjukkan
penceraian berlaku kerana ketidakfahaman antara pasangan terhadap agama dan tanggungjawab.
4. Antara masalah yang menyebabkan penceraian adalah penderaan fizikal, masalah sosial pasangan,
masalah nafkah, komunikasi dan masalah seksual.
5. Masalah pengabaian orang tua juga berlaku kerana anak menganggap menjaga orang tua mereka
akan mendatangkan beban kepada mereka dengan itu mereka menghantar orang tua ke rumah
orang-orang tua atau pusat kebajikan masyarakat.
6. Masalah sumbang mahram turut berlaku iaitu hubungan intim diantara dua individu yang
diharamkan kahwin seperti abang dan adik perempuan.

1.8.2 Punca Masalah/Cabaran dalam Melaksanakan Program Sosialisasi

1. Kepincangan yang berlaku dalam institusi kekeluargaan harus ditangani agar tidak mengancam
keamanan negara.
2. Insan yang berhemah tinggi dan berguna kepada negara akan lahir dari institusi kekeluargaan yang
baik.
3. Setiap kepincangan yang timbul harus ditangani secara bijak oleh masyarakat, pemimpin dan negara.
4. Antara isu keruntuhan akhlak dan moral yang timbul sekarang ialah :
 Melepak.
 Meminum minuman keras.
 Jenayah juvana.
 Lari dari rumah.
 Mengandung tanpa nikah.
 Membunuh diri.
 Gangsterisme.
 Seks rambang.
 Bohsia dan bohjan.
5. Antara langkah pencegahan yang harus diambil untuk mengurangkan kes tingkah laku moral ialah :
 Pengenalan pendidikan gender di sekolah.
 Pemantapan pendidikan keagamaan di sekolah.
 Kempen kesedaran.
 Penguatkuasaan undang-undang secara ketat.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2010

You might also like