You are on page 1of 41

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Latihan Industri

1.1.1 Definisi Latihan Industri

Latihan Industri merupakan salah satu syarat wajib bagi

semua pelajar Sekolah Teknologi Maklumat (STM) bagi memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat

dengan kepujian (BIT Hons). Latihan industri yang perlu dilalui oleh

para pelajar ini merupakan bentuk latihan kerja di organisasi atau

industri tertentu di bidang teknologi maklumat dalam jangka masa

yang ditetapkan

Tujuan utamanya adalah untuk mendedahkan pelajar kepada

persekitaran kerja sebenar serta mempertingkatkan pengetahuan dan

kemahiran pelajar di samping mempraktikkan apa yang dipelajari di

dewan-dewan kuliah universiti dalam suasana yang lebih mencabar.

Pendekatan yang digunakan di antara pihak majikan dengan

pihak Universiti Utara Malaysia adalah bersifat perkongsian. Pelajar

akan berperanan untuk membantu organisasi dalam membangunkan

Teknologi Maklumat mereka selain mempelajari perkara-perkara

baru di organisasi. Pihak organisasi akan memberi maklum balas

mengenai pelajar tersebut agar segala kelemahan dan kekurangan


akan dijadikan sebagai panduan dalam memenuhi permintaan tenaga

kerja di dalam bidang ini.

1.1.2 Objektif Latihan Industri

Terdapat beberapa objektif yang menjadi asas kepada pelajar

untuk memahami konsep Latihan Industri, antaranya ialah:

i. Mengetahui dan memahami aspek serta situasi

pekerjaan di organisasi/industri bagi mendapat

kemahiran asas professional (kemahiran menganalisis,

membina dan mengurus sistem) dalam jangka masa

yang ditetapkan.

ii. Mendapatkan kemahiran berkomunikasi disamping

pengetahuan pengurusan, perancangan dan

penyelesaian masalah.

iii. Mendapatkan pendedahan kepada teknologi-teknologi

baru yang diimplementasikan.

iv. Menghayati falsafah dan nilai etika profesion di

bidang yang tertentu.

v. Membina dan meningkatkan daya kreativiti serta

dapat menyumbang idea yang bermutu kepada

organisasi/industri.

vi Menjalin hubungan dengan ahli professional di luar

kampus serta memperkenalkan universiti kepada

organisasi.
1.1.3 Falsafah Latihan Industri Universiti Utara Malaysia Bagi

Pelajar Sekolah Teknologi Maklumat

Berbanding bagi pelajar jurusan lain, latihan industri bagi

pelajar Sekolah Teknologi Maklumat adalah menjadi syarat wajib

untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat

dengan kepujian (BIT Hons). Bagi sesi Latihan Industri A012,

latihan ini bermula pada 19 Mac 2002 dan berakhir pada 18 Julai

2002.

Tujuan latihan industri diwajibkan kepada semua pelajar BIT

adalah agar latihan yang dilalui oleh setiap pelajar dapat memberikan

pengalaman suasana bekerja, mempertingkatkan pengetahuan pelajar

terhadap organisasi atau industri yang diminati dan juga memberi

peluang kepada mereka untuk menjalankan tugas sebenar dalam

suasana yang lebih global dan mencabar.

Ini bermakna, kerja yang dihasilkan bukan sahaja untuk

mempertingkatkan kemahiran belajar malah dapat membantu

organisasi berkenaan. Pada akhir tempoh latihan industri, penilaian

akan dibuat berdasarkan kepada apa yang telah dihasilkan oleh

pelajar. Ini termasuklah pembentangan latihan yang akan dihadiri

oleh penyelia latihan industri dan juga penyelia majikan atau

wakilnya. Penyelia majikan akan diberikan borang sulit untuk tujuan

penilaian ke atas prestasi pelajar dari segi disiplin, kerja dan


sebagainya. Gred yang diperolehi akan diambil kira dalam pengiraan

mata gred keseluruhan (PMK) pelajar.

1.1.4 Latar Belakang Organisasi Latihan Industri Pelajar

Latihan industri pelajar telah dijalankan di Centre for

Advanced Software Engineering (CASE), Universiti Teknologi

Malaysia, Jalan Semarak, 54000 Kuala Lumpur. Latihan industri ini

telah mengambil tempoh selama empat bulan iaitu bermula pada 19

Mac 2002 dan tamat pada 18 Julai 2002. Seramai empat orang

pelajar jurusan teknologi maklumat dari setiap bidang penkhususan

dari Universiti Utara Malaysia telah di tempatkan di CASE untuk

menjalani latihan praktikum iaitu Mohd Helmy Abd Wahab

(Artificial Intelligence), saudara Shariful Hafizi Md Hanafiah

(Information Management), saudara Iman Hazwam Abd Halim

(MultiMedia) dan saudara Kamal Hijjal Kassim(Networking). Pelajar

di selia oleh dua orang penyelia di mana En. Azri Hj. Azmi selaku

penyelia majikan dan Pn. Azizah Ahmad selaku pensyarah penyelia.

Di CASE, pelajar telah dipecahkan kepada dua kumpulan di

mana kumpulan pertama, Helmy bersama saudara Hafizi dan saudara

Hazwam bersama saudara Kamal untuk kumpulan kedua. Setiap

kumpulan mempunyai dua projek dimana satu projek minor dan satu

projek major. Bagi kumpulan pertama, projek minor adalah untuk

membangunkan Sistem Invois CASE menggunakan Microsoft

Access manakala Sistem Maklumat Pelajar Berasaskan Web

merupakan projek major.


1.2 Latar Belakang Organisasi Industri

1.2.1 Pengenalan Kepada Organisasi

Kemahiran pembangunan perisian menjadi semakin penting

dan merupakan kunci utama kepada kejayaan organisasi pada hari

ini. Seiring dengan kepesatan dan perkembangan serta perubahan

yang mendadak di dalam teknologi perkomputeran, Centre for

Advanced Software Engineering (CASE) adalah merupakan salah

satu daripada Pusat Kecemerlangan yang berada di bawah naungan

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat di Universiti

Teknologi Malaysia Kampus Kuala Lumpur.

CASE juga bertanggungjawab untuk menjalankan projek

usahasama di antara Universiti Teknologi Malaysia dan Universite

Thales yang terletak di Perancis. Universiti Thales merupakan

institusi pendidikan yang bertanggungjawab mengendalikan latihan

bagi kumpulan Thales-CASE. Latihan yang ditawarkan adalah

berbentuk diploma dan sarjana yang dilaksanakan secara usaha sama

dengan mana-mana universiti, sekolah siswazah dan institusi yang

terpilih di peringkat antarabangsa.

Kewujudan CASE adalah bertujuan untuk memberi dan

mewujudkan peluang kepada industri-industri atau individu-individu

tempatan yang akan dilatih di dalam setiap aspek pembangunan

perisian melalui program-program yang ditawarkan, iaitu;


‰ M. Sc. dalam Kejuruteraan Perisian Masa Nyata

(Sepenuh Masa / Separuh Masa)

‰ Pengajian Lanjutan (Continuing Education)

‰ Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Antara organisasi yang terlibat dengan CASE di dalam

mewujudkan budaya kejuruteraan perisian ialah Malaysia Airline

System (MAS), Texas Instruments, CELCOM, Time Engineering,

Sapura-Thomson Radio Communication, Royal Malaysian Navy,

SIRIM, MIMOS, TELEKOM Malaysia, Hikmah Technology,

Medical Online Sdn Bhd, Motorola dan banyak lagi.

CASE diketuai oleh Profesor Dr. Norbik Bashah Idris selaku

Pengarah, En Suhaimi Ibrahim selaku Koordinator Program Sarjana,

dan dibantu oleh beberapa tenaga kakitangan yang lain seperti

Pegawai Pentadbiran dan Pemasaran, Pegawai Kewangan, para

pensyarah dan kakitangan-kakitangan sokongan yang lain.

1.2.1.1 M. Sc. Dalam Kejuruteraan Perisian Masa Nyata

(Sepenuh Masa / Separuh Masa)

Pihak CASE menawarkan pengajian peringkat sarjana

dengan menumpukan pada bidang akademik, kemahiran dan

latihan praktikal. Ketika tempoh pengajian, para pelajar akan

membangunkan perisian masa nyata, direkabentuk dari fasa


spesifikasi sehingga fasa pengujian dengan mendedahkan

kepada standard perisian iaitu U.S. DoD-Std-21679A.

1.2.1.2 Pengajian Lanjutan (Continuing Education)

Pihak CASE turut menawarkan beberapa kursus

jangka pendek dengan memberi penekanan serta merangkumi

bidang kejuruteraan perisian. Berikut merupakan senarai

kursus jangka pendek yang ditawarkan:-

Jadual 1 : Senarai Kursus Pendek

KURSUS TEMPOH (HARI)

1. Pengaturcaraan UNIX dan C (Permulaan) 5

2. Pengaturcaraan UNIX dan C (Lanjutan) 5

3. Keserempakan dan Masa Nyata 3-5

4. Kursus Spesifikasi 3-5

5. Kursus Rekabentuk 3-5

6. Pengurusan Projek Perisian 3-5

7. Pengurusan Konfigurasi Perisian 1-3

8. Pengujian dan Kualiti Perisian 3

9. Analisis dan Rekabentuk Berorientasikan

Objek menggunakan Unified Modelling 3-5

Language dengan Visual Basic/Java/C++

10. Kejuruteraan Perisian (U.S. DoD-2167A)


10
Conversion Course
11. Penyelenggaraan Perisian 5

Pihak CASE akan menganugerahkan sijil kepada individu-

individu yang berjaya menamatkan setiap kursus yang

diambil.

1.2.1.3 Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Penyelidikan dan pembangunan dijalankan dengan

tujuan untuk menghasilkan dan mencari idea-idea dan

peluang baru untuk memperbaiki kelemahan dan kekuatan

industri. Bidang ini dilaksanakan dengan memberi tumpuan

penuh kepada penyelenggaran perisian dan perisian untuk

keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

1.2.2 Misi dan visi Centre for Advanced Software Engineering

(CASE).

i. Untuk memperkenalkan budaya dan suasana

kejuruteraan perisian sebagai pemangkin untuk

memajukan dan mempelbagaikan industri perisian ke

arah yang lebih global.

ii. Untuk menawarkan program latihan bertaraf dunia

dengan memberi penekanan kepada kemahiran dan

pembangunan secara praktikal (skills and practical

development).
iii. Menawarkan perkhidmatan nasihat dan rundingan

terutamanya di dalam kejuruteraan perisian masa-

nyata (real-time software engineering).

Untuk merealisasikan misi-misi tersebut, pihak CASE akan

mempromosikan kepakaran dan keupayaan teknikalnya kepada

masyarakat dan negara; selaras dengan usahanya sebagai salah satu

pusat kecemerlangan Universiti Teknologi Malaysia; dengan

memberi penekanan di dalam bidang-bidang tersebut:-

i. Metodologi Kejuruteraan Perisian

Pihak CASE menggunakan standard

kejuruteraan perisian yang bertaraf dunia; DoD-Std-

2167A; yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertahanan

Amerika Syarikat.;

ii. Teknik dan Perkakasan Kejuruteraan Perisian

Pihak CASE akan mengadaptasi teknik dan

perkakasan kejuruteraan perisian yang digunakan oleh

industri-industri di Amerika Syarikat dan Eropah.

Contohnya; SART berdasarkan kepada

Hatley/Pirbhai; perkakasan StP (StP tool),

Rekabentuk Berorientasikan Objek (Object Oriented

Design) berdasarkan kepada Booch, Teknik dan


Perkakasan Pengujian seperti ATTOL and Logiscope

dan Rational.

iii. Konsep Masa-Nyata

Pihak CASE akan menumpukan kepada

pembangunan perisian masa-nyata yang digunakan

secara meluas di dalam aplikasi-aplikasi komputer

peribadi dan perisian sistem maklumat tradisional.

iv. Projek Perisian dan Pengurusan Konfigurasi

Pembangun perisian (software developers) dan

para pengurus dari industri-industri Eropah dan

ASEAN akan mengawal selia pengurusan projek,

pengurusan konfigurasi dan modul Capability

Maturity Model (CMM modules).

Dengan mengimplementasikan konsep-konsep di atas, pihak

CASE akan memperluaskan dan mempromosikan kepakarannya di

dalam bidang-bidang yang berkaitan kejuruteraan perisian dengan

menjanjikan perkhidmatan yang berkualiti.


2.0 DEFINISI PROJEK

2.1 Pengenalan

2.1.1 Pengenalan Kepada Aplikasi Berasaskan Web

Aplikasi berasaskan web merupakan aplikasi yang dibina di

atas persekitaran web iaitu di dalam rangkaian sama ada jenis

rangkaian kecil (peer-to-peer), pelayan fail (file server), rangkaian

telefon dan Internet, Intranet atau Extranet. Oleh kerana aplikasi

tersebut berada di dalam rangkaian, secara tidak langsung ia

membolehkan mana-mana terminal yang mempunyai sambungan

kepada rangkaian-rangkaian tersebut boleh mencapai aplikasi tanpa

mengira lokasi. Kenapa berasaskan web? Tiga sebab utamanya ialah

cross platform, wujudnya rangkaian yang besar dan adanya alatan

yang piawai dan mudah didapati.

Cross platform bermaksud pengguna boleh mencapai aplikasi

di dalam rangkaian tersebut dengan syarat terminal atau komputer

yang digunakan mestilah mempunyai sambungan kepada rangkaian

tersebut.

Apabila wujudnya satu rangkaian yang besar, ini

membolehkan pengguna mencapai data dari mana-mana lokasi dan

melaksanakan operasi-operasi asas bagi sesuatu sistem maklumat

seperti tambah, hapus, edit dan cetak data atau rekod.


Sejak wujudnya aplikasi berasaskan web yang semakin

meluas, banyak perkakasan dan perisian telah dihasilkan. Namun

demikian, ke semua perkakasan atau perisian yang dihasilkan

tersebut memenuhi piawaian yang ditetapkan dan mudah didapati.

2.2 Latar Belakang Projek

Dalam mengharungi cabaran ke alaf baru, pihak pentadbiran CASE

telah berusaha untuk memajukan sistem pentadbiran yang sedia ada dari

semasa ke semasa. Oleh itu bagi memastikan wacana pembaharuan ini

terlaksana dengan jayanya pihak pengurusan CASE telah cuba membuat

perubahan ke atas sistem pentadbiran ke arah lebih efisyen, dinamik, ramah

pengguna serta boleh dikongsi bersama dengan mengeksploitasi dan

mengambil kesempatan serta kelebihan yang disediakan oleh keupayaan

teknologi perkomputeran pada hari ini.. Ini kerana sistem yang sedia ada

adalah bersifat manual dan mempunyai beberapa kelemahan.

Sistem yang berkonsep web-based ini dicadangkan untuk membantu

dan meningkat upaya pengurusan pihak kampus terutamanya di CASE

khususnya dalam menguruskan para pelajar sarjana yang akan menamatkan

pengajian mereka pada tahun semasa. Sistem ini juga akan dibangunkan

untuk mengimplementasikan sistem pemberian markah dan gred secara

automatik dan secara tak langsung juga akan mengenalpasti dan

mengkategorikan para pelajar sarjana tersebut.


Sistem yang berkonsep web-based ini juga mampu untuk

mengenalpasti mana-mana pelajar yang akan mengalami masalah untuk

menamatkan pengajian pada tahun semasa. Selain itu juga, ia akan

membantu pihak pengurusan mengelakkan dari berlaku atau timbulnya

sebarang masalah sebelum senarai akhir pelajar yang akan tamat pengajian

berdasarkan kepada kuantiti, gred, dan kategori secara berkelompok atau

individu di mana sistem juga berkemampuan untuk menghasilkan laporan.

Pihak kami akan membangunkan sistem di dalam persekitaran web-

based kerana aplikasi yang berbentuk web-based adalah lebih efisien dan

mudah untuk dicapai. Di samping itu juga, aplikasi berasaskan web ini

memberi keuntungan kerana pembangunannya tidak memerlukan kos yang

tinggi. Selain itu juga, data boleh dikemaskini sekerap mungkin dan para

pensyarah boleh mengakses dari mana-mana platform yang berada di dalam

kampus. Ciri-ciri keselamatan turut disediakan sebagai langkah keselamatan

untuk menjamin keselamatan rekod.

2.3 Penyataan Masalah

Dalam mengharungi cabaran ke alaf baru, pihak CASE telah

berusaha untuk menjadikan sistem pentadbiran yang lebih sistematik dan

tersusun. Oleh itu bagi memastikan wacana pembaharuan ini terlaksana

dengan jayanya, pihak pengurusan CASE telah cuba membuat perubahan ke

atas sistem pentadbiran ke arah lebih efisyen, dinamik, ramah pengguna

serta boleh dikongsi bersama. Ini kerana sistem yang sedia ada adalah

bersifat manual dan mempunyai beberapa kelemahan dan masalah yang

timbul dari penggunaan sistem yang sedia ada:-


1. Kesukaran untuk menjejaki prestasi pelajar pada tahun

semasa dan lepas.

Dengan menggunakan sistem ini, urusan pihak pentadbiran

CASE menjadi lebih mudah untuk menjejaki prestasi semasa

bagi para pelajarnya. Dengan memantau prestasi semasa para

pelajarnya, pihak CASE mampu mengekalkan kecemerlangan

dan boleh membuat segala perancangan untuk menghadapi

segala bentuk masalah pelajar yang mungkin timbul.

2. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan ketidak adilan

di dalam pemberian markah dan gred kepada pelajar.

Sebelum pihak CASE membentangkan keputusan

peperiksaan kepada pihat senat, pihak CASE boleh mengenal

pasti mana-mana pelajarnya yang mungkin menghadapi masalah

untuk menamatkan pengajian pada tahun tersebut. Dengan

kewujudan sistem ini, sebarang kekeliruan dan ketidak adilan di

dalam pemberian markah dapat dielakkan. Ini kerana tidak semua

pengguna mempunyai autoriti untuk mengubah sebarang

keputusan pelajar, hanya pengguna yang memegang status

sebagai ‘administrator’ sahaja yang layak berbuat demikian.

3. Kebarangkalian kehilangan data adalah tinggi.

Banyak pihak sebelum menggunakan sebarang sistem

merungut mengenai jaminan bahawa data-data dan rekod-rekod


yang disimpan secara manual hilang. ‘Hilang’ yang dimaksudkan

adalah mungkin disebabkan pelbagai faktor seperti kecuaian

pengguna, bencana alam, kecurian dan pelbagai lagi. Dengan

menggunakan sistem maklumat secara berkomputer, risiko untuk

berlakunya ke‘hilang’an adalah lebih rendah. Selain itu juga,

setiap pengguna mempunyai kata laluan masing-masing dan

hanya pengguna tertentu sahaja yang mempunyai bidang kuasa

yang lebih seperti ‘administrator’ mempunyai autoriti yang lebih

berbanding dengan pengguna umum

4. Pembaziran masa dan kos.

Sistem pentadbiran CASE bersifat manual. Oleh itu, ianya

memakan masa, tidak sistematik, kebanyakan maklumat tidak

dapat dikemaskini dengan cepat, penggunaan borang yang terlalu

banyak dan tidak wujud hubungan elektronik di antara semua

warga UTM. Malahan sistem yang merupakan aplikasi

berasaskan web ini mudah dicapai pada mana-mana terminal

dengan syarat di dalam rangkaian Intranet CASE sahaja.

5. Sistem manual yang ada tidak mendorong ke arah budaya

kerja elektronik dan digital

Sistem manual yang ada tidak mendorong ke arah budaya

kerja elektronik dan digital yang merupakan asas kepada

pentadbiran era moden serta tidak efisyen kerana sumber-sumber

seperti komputer tidak dapat dimanfaat secara sepenuhnya.


Oleh itu, projek ini merupakan satu pembaharuan yang positif dalam

menjadikan CASE sebagai institusi yang bertaraf elektronik dan merupakan

salah satu daripada Pusat Kecemerlangan Universiti Teknologi Malaysia.

2.4 Objektif Projek

Objektif projek yang dijalankan memberikan penekanan tentang

pembaharuan kepada sistem yang sedia bagi memastikan kelicinan dan

kemampanan pentadbiran CASE. Di antara objektif projek pembangunan ini

adalah:

i. Untuk membantu pihak pengurusan dalam menjejak dan

merekod prestasi para pelajar pada tahun lepas dan semasa.

ii. Menetapkan piawaian standard di dalam pemberian markah

dan gred kepada pelajar

iii. Untuk memastikan keselamatan data sekiranya berlaku

sebarang bencana atau kemalangan.

iv. Perkongsian penggunaan perkakasan dan perisian aplikasi

secara optimum.

v. Membudayakan kerja secara digital bagi memastikan para

kakitangan tidak ketinggalan dalam era elektronik.

vi. Membangunkan sistem yang boleh digunakan oleh semua

client yang memudahkan urusan semasa sama ada yang

berbentuk personel, pengurusan pentadbiran dan akademik.


vii. Membolehkan sistem pemprosesan dan capaian maklumat

secara maya – ini bererti proses akan berlangsung dengan

lebih cepat, sistematik dan tepat.

viii. Mengurangkan pembaziran masa ke atas proses

pengemaskinian, serta dapat mengatasi masalah pertindihan

data yang sering terjadi.

ix. Meningkatkan produktiviti menerusi pembuatan keputusan

yang lebih jitu, penggunaan masa secara lebih efektif dan

penjimatan kos.

x. Menyimpan data pengguna secara sistematik bagi

memudahkan capaian maklumat dalam pelbagai bentuk. Ia

juga akan mempercepatkan integrasi data antara rekod-rekod

pengguna.

xi. Menjana laporan-laporan tertentu yang bermanfaat kepada

pengguna terutamanya pihak pentadbiran sekolah. Ini akan

membawa kepada pembuatan keputusan serta penganalisaan

yang lebih mudah.

2.5 Skop Projek

Projek ini tertumpu kepada pembangunan aplikasi di dalam

rangkaian bagi Sistem Maklumat Pelajar. Sistem ini dibangunkan kerana

untuk memudahkan pengurusan pihak CASE untuk menguruskan para

pelajarnya. Walaupun pihak CASE mengendalikan pelbagai program

peringkat sarjana dan Doktor Falsafah, namun domain bagi sistem ini hanya

tertumpu kepada rekod pelajar-pelajar sarjana sahaja. Memandangkan projek


ini merupakan projek sistem berasaskan web, maka bahasa pengaturcaraan

yang dipilih ialah ASP iaitu singkatan kepada Active Server Pages di mana

ia merupakan bahasa sebelah pelayan(server) untuk memproses permintaan

dari pengguna di platform pelanggan(client). Disamping ASP, terdapat juga

bahasa-bahasa sampingan iaitu Javascript, Vbscript dan HTML sebagai

bahasa skrip sebelah pelanggan (client). Perisian yang digunakan dalam

pembangunan projek ini ialah :-

i. Microsoft Frontpage 2000

Microsoft FrontPage digunakan untuk membangunkan sistem kerana

ia mempunyai alat(tool) untuk membuat antaramuka sistem, di

samping itu juga ia mempunyai tool untuk membuat pengaturcaraan

skrip.

ii. Microsoft Internet Information Server

Microsoft Internet Information Server atau IIS merupakan satu

komponen Microsoft Windows 2000. Ia berfungsi sebagai web

server kepada sistem berasaskan web. Tanpa web server sesuatu

sistem berasaskan web tidak boleh menjalankan operasinya.

iii. Pelayar Microsoft Internet Explorer

Perisian ini merupakan perisian yang digunakan untuk melarikan

sistem. Sistem berasakan web hanya akan berfungsi dengan adanya

pelayar web. Walau pun terdapat pelbagai jenis pelayar web seperti

Netscape, Opera, Neoplanet dan Mosaic, Internet Explorer adalah


lebih digalakkan untuk membolehkan sistem berfungsi dengan

berkesan.

iv. Microsoft Access 2000

Microsoft Access merupakan salah satu perisian pangkalan data yang

digunakan untuk menyimpan rekod-rekod yang diproses oleh sistem.

Projek sistem ini menggunakan platform Microsoft Access 2000

sebagai platform pangkalan data.

v. Visual Interdev

Visual Interdev meruapakan satu perisian persekitaran pembangunan

untuk aplikasi-aplikasi berasaskan web. Perisian ini merupakan

alternative kepada Microsoft FrontPage, tetapi ia mempunyai alatan

dan kemudahan yang banyak berbanding Mocrosoft FrontPage.

Perisian ini membolehkan proses nyahralat dijalankan.

Kelima-lima perisian di atas merupakan perisian yang asas dan mesti ada

untuk membolehkan sistem berfungsi dan diselenggara.

Sistem ini terbahagi kepada beberapa bahagian utama iaitu:-

i. Rekod pelajar

Melalui bahagian ini, pengguna akan mencapai segala maklumat

mengenai rekod pelajar di mana ia merangkumi:-

a. Capaian rekod pelajar secara individu

b. Menyenaraikan pelajar mengikut batch


c. Menyenaraikan pelajar mengikut jenis pengajian

d. Carian pelajar mengikut kata kunci (keyword)

e. Senarai pelajar ikut filter settings

ii. Rekod semester

Bahagian ini, pengguna akan mencapai segala maklumat mengenai

rekod semester pelajar di mana ia merangkumi:-

a. Lihat rekod semester pelajar secara individu

b. Lihat rekod semester pelajar mengikut filter semester

iii. Rekod peperiksaan

Bahagian ini pula, pengguna akan mencapai segala maklumat

mengenai rekod peperiksaan di mana ia merangkumi:-

a. Melihat transkrip keputusan peperiksaan pelajar secara individu.

b. Melihat transkrip keputusan peperiksaan mengikut batch dan

semester

c. Semakan kursus-kursus yang telah diambil

iv. Pentadbiran

Bahagian pentadbiran ini mengandungi beberapa fungsi utama yang

hanya boleh dicapai oleh pentadbir system sahaja. Antaranya :-

a. Terdpat fungsi untuk mendaftarkan pelajar baru


b. Fungsi pendaftaran rekod semester pelajar, pendaftaran ini

terbahagi kepada dua iaitu pendaftaran secara individu dan

pendaftaran berkelompok.

c. Fungsi penambahan dan pengguguran matapelajaran serta fungsi

tangguh matapelajaran.

d. Modul kemasukan markah pelajar, sama ada secara individu

ataupun berkelompok.

e. Modul penyelenggaraan iaitu modul untuk pengemaskinian

rekod termasuk rekod pelajar, rekod semester, rekod

matapelajaran, rekod program serta rekod senarai matapelajaran.


3.0 METODOLOGI

3.1 Kaedah Penyelesaian Masalah

Pelbagai metodologi telah diperkenalkan di dalam pembangunan

sesebuah sistem. Ini adalah kerana untuk memastikan projek pembangunan

sistem dapat dibangunkan dalam masa yang telah ditetapkan. Di dalam

menjayakan projek sistem maklumat bagi pelajar sarjana CASE ini,

metodologi yang digunakan adalah metodologi FAST. FAST ialah

Facilitated Application Specification Techniques juga merupakan

metodologi yang menyokong pelbagai jenis projek termasuk Pembangunan

Aplikasi, Perancangan Strategi, Analisis Domain Perniagaan (BAA), Sistem

Sokongan Pemutusan (DSS), dan Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan

Semula Proses Perniagaan (BPR). Melalui metodologi ini, sistem ini

dibangunkan dengan terancang dan ia merupakan satu pembangunan

aplikasi kepada CASE. Ini adalah untuk melihat kemungkinan adanya

proses atau tugas yang bertindih dan menyusun semula proses tersebut bagi

meningkatkan keberkesanan proses-proses dalam organisasi.


3.2 Rekabentuk Sistem

Terdapat tujuh fasa dalam metodologi FAST, ianya merangkumi

tujuan, pihak yang terlibat, prasyarat, aktiviti dan hasilan. Antara fasa

metodologi FAST ialah:-

i. Fasa Tinjauan (survey phase).

ii. Fasa Kajian (study phase).

iii. Fasa Definisi (denition phase)

iv. Fasa Halatuju (targeting phase).

v. Fasa Rekabentuk (design phase).

vi. Fasa Pembinaan (constuction phase).

vii. Fasa Penghantaran (delivery phase).

Metodologi FAST merupakan metodologi berbentuk repository-based di

mana:-

‰ Setiap fasa; termasuk semua aktiviti-aktiviti di dalam setiap

fasa; berhubung secara merentasi shared repository.

‰ Pelaksanaan tidak perlu mengikut turutan atau keutamaan

mengikut fasa (overlap), dengan syarat semua maklumat

yang berkaitan terdapat di dalam repository.

‰ Secara tidak langsung, metodologi FAST membolehkan

pembangun sistem (system developer) untuk menjejaki

sebarang kesalahan dan masalah sekiranya timbul.

Metodologi FAST dipilih disebabkan metodologi ini terdiri daripada

beberapa gabungan teknik-teknik popular yang sering digunakan oleh system

developer iaitu:-
i. analisis berstruktur atau model proses (structured analysis via

process modelling).

ii. kejuruteraan maklumat atau model data (information

engineering via data modeling).

iii. prototaip atau RAD (prototyping via Rapid Application

Development).

iv. Joint Application Development (JAD).

Metodologi FAST membolehkan system developer melakukan analisis

berorientasikan objek dan digabungkan dengan object paradigm iaitu

teknologi objek untuk membangunkan prototaip. Selain itu, metodologi ini

juga menyokong pelbagai pembangunan jenis projek yang berbeza seperti:-

i. pembangunan aplikasi (application development).

ii. perancangan strategi maklumat (information strategy

planning; ISP).

iii. kajian domain perniagaan (business area analysis; BAA).

iv. pembangunan sistem sokongan pemutusan (decision support

system development; DSS Development).

v. proses penstrukturan semula perniagaan (business process

redesign; BPR).

3.2.1 Fasa Tinjauan

Tujuan pelaksanaan fasa ini adalah untuk menetapkan skop

dan fokus projek, jadual dan tenaga kerja yang terlibat,


mengenalpasti masalah dan peluang, dan arahan luaran/dalaman

yang mencetuskan idea pembangunan sistem.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah:-

i. Kajian masalah dan peluang.

Kajian mengenai sistem berasaskan web ini

telah dijalan secara meninjau sistem-sistem sedia ada

di universiti-universiti lain. Bagi mendapatkan

maklumat dengan lebih jelas, beberapa sesi

perbincangan diadakan dengan Pengurus Program

Sarjana En. Suhaimi Ibrahim bagi mengenalpasti

keperluan sistem serta aliran sistem berfungsi.

ii. Perbincangan mengenai skop projek.

Hasil perbincangan dengan En. Suhaimi juga

skop projek sistem maklumat pelajar berasaskan web

ini adalah dapat ditentukan dimana ia tertumpu

kepada penyimpanan dan pengemaskinian rekod-

rekod pelajar sarjana sahaja dan ianya hanya pelajar

sarjana yang megikuti program di CASE sahaja dan

tidak melibatkan pelajar-pelajar sarjana lain. Dari segi

domain sistem pula ia tertakluk hanya liputan

rankaian intranet CASE.


iii. Merancang projek

Perancangan projek bermula dengan

penghasilan kertas cadangan setelah berbincang

dengan staf-staf atasan CASE.

Pada fasa ini juga carta perancangan projek dihasilkan serta

menyedia dan menentukan perisian-perisian yang akan digunakan

untuk membangunkan sistem tersebut. Sistem yang akan

dibangunkan ini menggunakan bahasa pengaturcaraan ASP (Active

Server Pages).

3.2.2 Fasa Kajian

Tujuan pelaksanaan fasa ini adalah untuk mengenalpasti dan

menganalisis domain masalah perniagaan dan masalah teknikal bagi

setiap masalah, sebab dan kesannya secara spesifik.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah:-

i. Memodelkan sistem semasa.

Bagi situasi projek sistem ini, CASE sebelum

ini belum mempunyai sistem semasa dan sebelum ini

semua kerja-kerja mengemaskini rekod dilakukan

secara manual.
ii. Analisis proses sistem semasa.

Bagi sistem semasa, iaitu sistem secara

manual, semua kerja- kerja mengemaskini rekod perlu

mengisi borang dan kemudian ianya akan disimpan di

dalam komputer menggunakan Microsoft Excel.

Semua rekod-rekod pelajar hanya disimpan dalam

Excel sahaja dan proses nak menjejaki semula rekod-

rekod mengambil masa dan kebarangkalian

pertindihan rekod agak tinggi kerana ia dikendalikan

secara manual.

3.2.3 Fasa Definisi

Tujuan pelaksanaan fasa ini adalah untuk mengenalpasti dan

menganalisis keperluan perniagaan yang diperlukan dan

menyelesaikan masalah secara teknikal.

Aktiviti – aktiviti yang terlibat ialah:-

i. Membuat garis kasar keperluan perniagaan.

Bagi projek sistem maklumat berasaskan web

ini, semua keperluan telah dirancang dan disenaraikan

secara umum. Semua keperluan yang disenaraikan

akan dilaksanakan dengan memodelkan setiap

masalah secara spesifik


ii. Memodelkan keperluan perniagaan.

Bagi membolehkan penyelesaian dicapai,

semua masalah telah dimodelkan dengan terhasilnya

senibina sistem secara umum, gambarajah aliran data,

gambarajah konteks dan gambarajah hubungan entiti.

Kesemua gambarah menggambarkan intergriti sesuatu

modul serta data dan proses. Gambarajah Konteks

menunjukkan pengguna yang terlibat dengan sistem,

Gambarajah aliran data menerangkan proses-proses

yang berlaku dalam sistem dan gambarajah hubungan

entiti menunjukkan hubungan data yang berlaku

dalam sistem.

iii. Membina prototaip yang dicadangkan.

Di fasa ini juga prototaip sistem dibangunkan.

Tujuan ia dibangunkan adalah untuk memastikan

semua keperluan dipenuhi.

3.2.4 Fasa Halatuju

Tujuan pelaksanaan fasa ini adalah untuk mengenalpasti dan

menganalisa penyelesaian alternatif serta mencadangkan sistem

yang akan direka serta diimplimentasikan.

Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah:-

i. Kenalpasti penyelesaian alternatif.


ii. Menilai setiap penyelesaian alternatif dari sudut

teknikal, operasi dan jadual kebolehlaksanaan. .

3.2.5 Fasa Rekabentuk

Tujuan pelaksanaan fasa ini adalah untuk menentukan

keperluan teknikal untuk membangunkan sistem yang dicadangkan.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:-

i. Analisa dan pembahagian data.

Bagi projek sistem berasaskan web ini, semua

data-data telah di kategorikan dengan terhasilnya

gambarajah hubungan entiti logikal. Di sini semua

data-data adalah berkait antara satu sama lain. Ia juga

bertujuan untuk memastikan tiada pengulangan data

berlaku.

ii. Analisa dan pembahagian proses.

Pembahagian proses dijalankan dengan

membina carta aliran data logikal bagi memastikan

semua proses dapat dikategorikan.

iii. Merekabentuk pangkalan data.

Bagi merekabentuk pangkalan data untuk

projek sistem ini, gambarajah hubungan entiti logikal

di nilai semula dan di normalisasikan untuk

menghasilkan gambarajah hubungan entiti fizikal


yang mirip kepada asas pembangunan pangkalan data

sebenar. Setelah itu, satu skema pangkalan data akan

terhasil dan bermula dari sini proses merekabentuk

struktur pangkalan data dilaksanakan menggunakan

Microsoft Access 2000.

iv. Merekabentuk input dan output sistem.

Semua input dan output akan dikategorikan

mengikut jenis data yang akan diwakili. Sebagai

contoh seperti Aktiviti mengkategorikan jenis data

yang akan diinput dan dikeluarkan oleh sistem ini

dijalankan selepas merekabentuk pangkalan data.

v. Merekabentuk antaramuka pengguna.

Pada peringkat ini, proses membangunkan

antaramuka dijalankan bagi membolehkan gambaran

lebih jelas dapat dilihat.

vi. Persembahan (present and review) rekabentuk

sistem.

Setelah semuanya selesai, satu pembentangan

tak rasmi dijalankan dan dihadiri oleh En. Suhaimi

Ibrahim untuk menilai dan mengesahkan keperluan

yang telah diaplikasikan.


3.2.6 Fasa Pembinaan

Tujuan pelaksanaan fasa ini adalah untuk membina dan

menguji penyelesaian atau sistem sebenar. Aktiviti-aktiviti yang

dijalankan adalah:-

i. Bina dan menguji pangkalan data.

Struktur pangkalan data yang telah

dibangunkan akan diuji. Tahap pengujianan

dijalankan semasa pangkalan data itu kosong dan

selepas pangkalan data itu dimasukkan rekod.

ii. Bina dan menguji rangkaian.

Semasa proses pembangunan sistem web ini,

pengujianan teragih telah dijalankan di mana semua

bahagian kemasukan data telah dibuat di komputer

lain, dan dari komputer lain satu set capaian dan

cetakan dibuat. Tujuannya memastikan sistem

berfungsi walaupun bukan dicapai di pelayan(server)

iii. Menulis dan menguji program baru (unit or

program testing & systems testing).

Semua modul-modul sistem yang

dibangunkan akan diuji dari segi sintak dan logik.

Semua ralat-ralat yang dihasilkan perlu diberi


sokongan ralat supaya ralat yang dikeluarkan sistem

mudah difahami dan mudah ditangani. Dua jenis

pengujianan telah dijalankan iaitu Black box testing

dan white box testing. Black box testing dijalankan

untuk memastikan sistem mengeluarkan output yang

betul dengan input yang diberi. Kes ini tidak

mengambil kira proses yang dijalankan oleh sistem.

Pengujianan kedua ialah White box testing ialah

mengambil semua faktor bukan sahaja input dan

output tetapi dari segi proses yang dilaksanakan.

Algoritma penyelesaian yang efektif diambil kira

dalam pengujianan kotak putih ini serta ia boleh

mengoptimakan ruang memori.

3.2.7 Fasa Penghantaran

Tujuan pelaksanaan fasa ini adalah untuk menyelesaikan

masalah harian pengguna sistem. Aktiviti-aktiviti yang terlibat

adalah:-

i. Pengendalian pengujian sistem.

Semua pengujianan dijalankan dengan

menggunakan data-data sebenar dan telah dimasukkan

dalam pangkalan data. Semua pengujianan yang

dijalankan hendaklah merangkumi aspek logik dan

ketelusan data.
ii. Melatih pengguna sistem (system user)

Bagi membolehkan sistem berfungsi dengan

jayanya, satu sesi latihan akan diadakan. Iaitu satu

manual akan disediakan dan para pengguna boleh

menggunakan sistem.

3.3 Sumber Data

Secara umumnya, data-data pelajar yang diinput didapati daripada

pensyarah dan dimasukkan ke dalam pangkalan data. Selepas itu data-data

tersebut akan dikemaskini dan dihantar ke cawangan induk untuk tujuan

pengeluaran slip keputusan peperiksaan sebenar.

3.4 Perlaksanaan sistem

3.4.1 Tujuan menggunakan bahasa skrip HTML

HTML merupakan satu bahasa yang boleh menerbitkan

maklumat secara global dan difahami secara universal. Semua

komputer dianggap berpotensi untuk memahami HTML ini. Ia

merupakan bahasa penerbitan yang digunakan di dalam WWW.

Pemilihan penggunaan HTML kerana perkembangan penggunaannya

yang semakin maju oleh penulis-penulis laman web dan pengeluar.


Penyemak simbas WWW akan terjemahkan kod HTML

untuk memaparkan dokumen pada web. HTML adalah salah satu

daripada versi SGML (Standard Generalized Markup Language). Ia

adalah satu standard untuk menyusun dan tag elemen dokumen. Di

antara tujuan memilih HTML ialah :

i) Berpeluang untuk menerbitkan dokumen secara online yang

mengandungi tajuk, teks, senarai, gambar, pilihan dan banyak

lagi.

ii) Capaian meklumat dapat dilakukan melalui pautan perkataan

atau pautan gambar.

iii) Borang tempahan produk dapat direkabentuk dan

pelaksanaan transaksi jarak jauh seperti pencarian maklumat,

tempahan dan pesanan dapat dilakukan.

HTML juga mampu membuat jadual, pengiraan, teks yang

beroperasi di dalam imej, gambar beserta penerangan dan

sebagainya. Dokumen HTML terletak antara tag <html>…..</html>.

Terdapat dua jenis atribut yang boleh digunakan iaitu :

i) Logikal : seperti bold, italik underline dan typewriter

ii) Fizikal : kita menerangkan apa penekanan yang kita ingini


dan biarkan pelayar buat formatting sebenar.

3.4.2 Faedah penggunaan ASP

Kelebihan yang ada pada skrip ASP terletak pada kebolehan

skrip ditulis dalam pelbagai bahasa dan boleh dicampuradukkan

dalam satu dokumen seperti Jscript, VBScript, PERL, TCL dan

sebagainya. Skrip ASP merupakan skrip aturcara yang diselitkan

dalam dokumen HTML dan diterjemahkan oleh pelayan web.

Arahannya diproses oleh pelayan untuk menghasilkan kod HTML

dan tindakbalas akan dihantar kepada pelayar ia lebih tertumpu

kepada pemprosesan logik perniagaan dan capaian data. Ia lebih

berpusat kepada pelayan dan sebarang kekurangan pada pelanggan

tidak akan memberikan masalah. Ia merupakan aplikasi yang mudah

diselenggara dan tidak bergantung pada pelanggan. Dokumen

mestilah dibina dengan extension ASP. Ianya perlulah diletakkan di

dalam direktori perlaksanaan sahaja bukannya dalam direktori

HTML biasa.

Skrip ASP ditulis dalam tag <%…%>. Pelayan web yang

menyokong ASP ialah Personal Web Server, Internet Information

Server dan Website. Walaubagaimanapun untuk projek sistem

maklumat pelajar ini, Internet Information Server sebagai pelayan

web. Di antara komponen-komponen ASP ialah Ad Rotator,


keupayaan pelayar, pautan kandungan, pembilang, permission

checker dan sebagainya.

3.5.2 Tujuan Menggunakan JAVAScripts

Ia merupakan skrip yang dibenamkan di dalam kod HTML

dan ia akan diproses seperti kod HTML oleh pelayar. Skrip ini boleh

memberi respon kepada pengguna secara terus tanpa perlu dihantar

ke server. Ia akan diproses dan kemudian hasilnya akan dihantar

kepada pelayar (pengguna). Skripnya mesti bermula dengan tag

<script language=”JAVAScript”>.

JAVAScript merupakan interpreted language di mana ia

tidak perlu dikompil. Perkara lain yang boleh dilakukan oleh

JAVAScript ialah :

i) Mengeluarkan mesej status ber apabila mouse melalui mesej

hyperlink.

ii) Membenarkan pop up window apabila mouse melalui

hyperlink.

iii) Memaparkan tarikh dan masa semasa.


Tujuan objek adalah untuk mewakili sesuatu perkara. Apa sahaja di

dalamnya adalah objek termasuklah butang radio, medan teks dan

window pelayar itu sendiri.

Properties adalah sifat-sifat kepada objek. Fungsi adalah method

yang hendak dilakukan. Event handler adalah adalah peristiwa hasil

daripada aktiviti pengguna. Dokumen objek adalah objek yang

paling penting dalam JAVAScript. Ia juga boleh mengeluarkan

arahan aturcara yang membolehkan kita setting tempoh masa tertentu

yang dibenarkan di dalam sesuatu permintaan melalui

Function.timer().

4.0 KESIMPULAN

4.1 Faedah – Faedah Dan Kebaikan

Berikut merupakan faedah-faedah dan kebaikan menggunakan sistem

maklumat pelajar:-

i. Meningkatkan keupayaan sistem pentadbiran CASE

sekaligus menjadikannya sebagai sebuah institusi yang

berasaskan medium elektronik.

ii. Sistem aplikasi yang dibangunkan memudahkan urusan

semasa, menjadikannya lebih dinamik dan sistematik

bahkan memudahkan urusan harian.

iii. Pembangunan teknologi ini mendorong kepada melahirkan

pengguna yang lebih berpengetahuan terhadap sistem yang


digunakan. Ia secara tidak langsung membawa kepada

pemahaman terhadap teknologi maklumat itu sendiri.

iv. Membolehkan setiap maklumat dihantar dan diterima

dengan cepat serta mewujudkan konsep paperless.

v. Projek ini dapat meningkatkan produktiviti CASE menerusi

pembuatan keputusan yang lebih jitu dan cepat, serta

penggunaan masa secara lebih efektif. Jangkamasa untuk

tugas rutin pejabat dapat dikurangkan kepada tahap

minimum.

vi. Mengurangkan insiden kesilapan berita ataupun maklumat.

vii. Projek ini membantu pihak pengurusan organisasi

menjalankan operasi masing-masing dengan lebih

sistematik, cepat dan efektif.

4.2 Justifikasi Projek

Sistem ini pada asasnya masih di peringkat prototaip, oleh itu ianya

masih belum cukup untuk menampung kemampuan sebenar operasi-operasi

yang diperlukan. Walaubagaimanapun, bahagian-bahagian utama system ini

telah dibangunkan seperti modul pendaftaran pelajar, pendaftaran semester,

pendaftaran matapelajaran dan operasi-operasi peringkat pentadbiran.

4.3 Limitasi

Sepanjang pembangunan sistem, terdapat beberapa limitasi yang

tidak dapat dielakkan. Limitasi yang dimaksudkan ialah:-


i. Tenaga kerja

Tenaga kerja unutk membangunkan sistem maklumat

ini hanya dua orang sahaja. Sistem yang dibangunkan agak

besar dan tenaga kerja yang ada tidak cukup. Tambahan pula

pakar teknikal pada masa ini pada tahap yang rendah.

ii. Masa

Tempoh masa untuk menyiapkan sistem ini hanya 3

bulan. Seperti yang dinyatakan, sistem yang dibangunkan

agak kompleks dan hanya mampu menyiapkan operasi-

operasi asas dan beberapa operasi tambahan pada sistem.

Tambahan pula ketiadaan pakar-pakar rujuk.

iii. Pangkalan data

Sistem ini menggunakan Microsoft Access 2000

sebagai platform pangkalan data, apa yang menjadi isu disini

ialah kemampuan Access untuk menyimpan rekod-rekod

yang begitu banyak. Access mempunyai had jumlah data

yang mampu disimpan. Oleh itu, operasi kemaskini

pangkalan data kena dijalankan sekerap yang mungkin demi

memastika tiada data yang hilang akibat kelemahan Access.

iv. Masalah sistem rangkaian.

Intranet merupakan sistem yang bergantung

sepenuhnya kepada rangkaian. Keadaan rangkaian yang tidak


stabil menyebabkan sistem yang dibangunkan menjadi tidak

stabil malahan menyebabkan kebosanan kepada pengguna

4.4 Cadangan

Sistem maklumat pelajar berasaskan web ini bukanlah suatu yang

baru pada zaman ini, malah ia menjadi satu keperluan kerana semua

transaksi hendak dilakukan dengan pantas. Pada ketika ini maklumat begitu

pendek jangka hayatnya. Maka dengan terhasilnya sistem ini, maka ia akan

memberi keuntungan kepada organisasi dan menjadi tanda kecemerlangan

dalam bidang teknologi maklumat dan organisasi dan diharapkan sistem

yang sedia ada ini akan terus ditingkat upaya dari semasa ke semasa

mengikut keperluan semasa.

4.5 Kesimpulan

Dapat dirumuskan di sini bahawa dengan adanya sistem maklumat

berasaskankan web ini, ia dapat menambahkan lagi keupayaan pihak luar

dan organisasi lain untuk menceburkan diri dalam rekabentuk sistem

berasaskan web sekaligus meningkatkan lagi daya saing syarikat yang

berada di dalam komponen yang sama.

Bagi konteks pelajar pula semoga dengan penghasilan sistem

maklumat berasaskan web ini ia dapat dijadikan asas dalam membina

kerjaya di masa hadapan .

You might also like