You are on page 1of 24

Accounting Theory and Practice

PAF 3013

Rangka Kerja Konsepsual


Kandungan
 Klasifikasi dan konflik kepentingan
 Definisi Rangka Kerja Konsepsual
 Tujuan Rangka Kerja Konsepsual
 Sejarah Rangka Kerja Konsepsual
 Faedah/Manfaat/Kebaikan Rangka Kerja
Konsepsual
 Kritikan terhadap Rangka Kerja Konsepsual
Klasifikasi dan konflik kepentingan

 Pembuatan sesuatu objektif dalam perakaunan bergantung


kepada bagaimana ia dapat menyelesaian konflik
kepentingan yang wujud di dalam pasaran maklumat.

 Penyata kewangan adalah hasil dari interaksi 3 kumpulan:


firma, pengguna maklumat perakaunan dan profesyen
perakaunan.

 Firma: Pihak utama yang terlibat dalam proses perakaunan,


menerangkan setiap elemen dalam penyata kewangan dan
menyediakan maklumat perakaunan. Kewujudan dan
gelagatnya dalam perniagaan dan urusniaga menghasilkan
keputusan kewangan di mana sebahagiannya boleh diukur
oleh perakaunan.
 Pengguna: Penghasilan sesuatu maklumat perakaunan
di pengaruhi oleh minat dan keperluan mereka.
Pengguna termasuk pemegang saham, penganalisis
kewangan, pemuitang dan agensi-agensi kerajaan.

 Profesyen perakaunan: Sesuatu kumpulan di mana ia


boleh memberi kesan terhadap maklumat yang
terkandung di dalam penyata kewangan. Akauntan pada
asasnya bertindak sebagai juruaudit termasuk
mengesahkan penyata kewangan mematuhi dasar-dasar
perakaunan yang diterima umum.
FASB Mendefinisikan
Rangka Kerja Konsepsual

 Rangka Kerja Konsepsual merupakan satu


perlembagaan, satu sistem yang terdiri daripada
asas-asas dan objektif yang berkaitan di mana ia
memandu kepada standard yang konsisten dan
menentukan bentuk, fungsi dan had dalam
perakaunan kewangan dan penyata kewangan.

 Rangka Kerja Konsepsual juga adalah perlembagaan


yang digunakan dalam proses pembuatan standard.
CF boleh dilihat sebagai satu struktur teori dalam
perakaunan.
Peringkat Tertinggi Teori
 Menyatakan sesuatu skop dan objektif dalam laporan
kewangan.
Peringkat Asas Konsepsual
 Ciri-ciri kualitatif dalam maklumat kewangan.
(Cth:relevan, boleh dipercayai)
Peringkat Operasi
 Prinsip-prinsip dan peraturan bagi pengiktirafan dan
pengukuran elemen-elemen asas dan maklumat yang
perlu di paparkan di dalam penyata kewangan.
Tujuan Rangka Kerja Konsepsual

 Panduan kepada FASB dalam membina standard


perakaunan.

 Menyediakan satu rangka rujukan untuk


menyelesaikan persoalan perakaunan sekiranya
tiada standard perakaunan dapat menyelesaikannya.

 Menentukan sempadan penilaian/pertimbangan


dalam menyediakan penyata kewangan.

 Meningkatkan perbandingan dengan mengurangkan


bilangan alternatif kaedah perakaunan.
Sejarah
Rangka Kerja Konsepsual
 Keperluan kepada CF telah mula diakui di US
selepas berlakunya kejatuhan/keruntuhan pasaran
stok dalam tahun 1929.

 Jadi, ketua-ketua dalam profesyen perakaunan


mengesahkan keperluan untuk
membina/mewujudkan prinsip-prinsip asas di mana ia
berfungsi sebagai dasar untuk laporan syarikat.
Kebaikan
Rangka Kerja Konsepsual
 Laporan kewangan yang keluarkan adalah lebih
konsisten dan logik kerana pada dasarnya ia bermula
daripada satu set konsep yang sama.
 Pengelakkan ke atas keperluan pelaporan menjadi
lebih sukar kerana kewujudan peruntukan-
peruntukan yang menyeluruh.
 Badan-badan yang menetapkan keperluan lebih
bertanggungjawab terhadap tindakan mereka di
mana keperluan-keperluan yang spesifik akan
dipertimbangkan dengan semasak-masaknya, sama
seperti pembuatan standard perakaunan.
 Keperluan kepada piawaian perakaunan yang
spesifik akan berkurangan kerana standard hanya
akan dibuat jika terdapat masalah yang tidak jelas
keputusannya dan keadaan ini sekaligus
mengurangkan berlakunya lebihan standard
perakaunan.
 Akauntan dan juruaudit akan lebih berkeupayaan
untuk memahami keperluan laporan kewangan yang
dihadapi.
 Pembuatan keperluan/standard akan menjadi lebih
mudah dan murah kerana isu-isu itu tidak perlu
diperdebatkan berulang-ulang kali dari sudut
pandangan-pandangan yang berbeza-beza.
 Memandu kepada komunikasi yang lebih baik
antara akauntan-akauntan, juruaudit-juruaudit
dan pengguna-pengguna kerana semua pihak
menggunakan satu set definisi dan kriteria yang
sama.

 Aktiviti melobi untuk kumpulan berkepentingan


dapat dikurangkan.
Ke Arah Menformulakan Objektif
Penyata Kewangan.
 Accounting Principles Board(APB) No.4
mengklasifikasikan objektif penyata kewangan
sebagai asas, umum dan kualitatif.

 Objektif asas: Untuk menyediakan maklumat


yang sahih tentang kedudukan kewangan,
keputusan operasi dan perubahan-perubahan
lain dalam posisi kewangan syarikat sepertimana
yang termaktub dalam GAAP.
 Objektif umum:
a) Menyediakan maklumat yang boleh dipercayai
mengenai sumber ekonomi dan tanggungan
perniagaan untuk:
1. Menilai kekuatan dan kelemahan syarikat
2. Menunjukkan kewangan dan pelaburan syarikat
3. Menilai keupayaan untuk mencapai komitmen
4. Menunjukkan sumber-sumber asas syarikat bagi
tujuan pertumbuhan.
b) Menyediakan maklumat yang boleh dipercayai mengenai
perubahan dalam aset bersih syarikat yang terhasil daripada
keuntungan aktiviti perniagaan untuk:

1. Menunjukkan jangkaan perolehan dividen kepada pelabur-


pelabur
2. Menunjukkan keupayaan operasi syarikat untuk bayar
kepada pemiutang dan pembekal, menyediakan pekerjaan
kepada pekerja, bayar cukai dan menjana modal untuk
pertumbuhan.
3. Menyediakan pihak pengurusan dengan maklumat bagi
tujuan perancangan dan kawalan.
4. Menunjukkan keuntungan jangka panjang.
c) Menyediakan maklumat kewangan yang boleh
digunakan untuk menganggarkan pendapatan
firma pada masa akan datang.
d) Menyediakan maklumat-maklumat mengenai
perubahan dalam sumber ekonomi dan
tanggungan.
e) Mendedahkan maklumat lain yang berkaitan
dengan keperluan pengguna.
Kritikan Terhadap Rangka Kerja
Konsepsual
 Kritikan oleh Dopuch and Sunder
Mereka mendakwa pendekatan Board’s telah
menjadi sesuatu yang terlalu diskriptif. SFAC
No. 5 menyatakan konsep akan dibina
semasa proses pembuatan standard berlaku.
Pernyataan ini menunjukkan konsep akan
dibuat di dalam proses pembuatan standard.
Keadaan ini merupakan sesuatu yang
bercanggah dengan tujuan CF kerana
seharusnya konsep dibina dahulu sebelum
standard di buat.
 Mereka menyatakan bahawa definisi atau
elemen utama penyata kewangan (aset,
liabiliti, ekuiti pemilik, hasil, belanja, untung
dan rugi) bergantung kepada satu peraturan
yang tidak spesifik.
 Mereka mengatakan bahawa Rangka Kerja
Konsepsual FASB gagal untuk
menyelesaikan isu-isu kontemporari (cukai
tertangguh, kos dalam penerokaan dalam
industri gas dan minyak, serta perakaunan
nilai semasa).
a) Definisi liabiliti adalah terlalu umum sehingga kita
tidak dapat meramal kedudukan Boards’ dalam
menyelesaikan cukai tertangguh.
b) Rangka kerja menyokong 2 prinsip perakaunan
yang bertentangan (kos penuh dan usaha yang
berjaya) dan adalah terbukti bahawa rangka kerja
tidak berguna untuk menjadi panduan dalam
menyelesaikan isu-isu kontroversi.
c) Ia tidak dapat menyelesaikan masalah dalam
penganggaran dalam kos semasa, di mana suatu
masa dahulu terdapat galakan dalam penggunaan
kos semasa.
Kritikan oleh Godfey, Hodgson and
Holmes
 Mereka menyatakan bahawa Rangka Kerja
Konsepsual Australia (SAC 4), aset dan
liabiliti telah ditakrif dalam konteks yang sama
dengan Rangka Kerja Konsepsual US dan
tidak mempunyai definisi yang jelas.

“Aset merupakan faedah ekonomi masa


hadapan yang dikawal oleh entiti kesan
daripada urusniaga atau peristiwa yang
lepas.”
 Sementara itu kriteria pengiktirafan bagi aset
adalah:
a) Terdapat kemungkinan di mana faedah ekonomi
akan datang yang wujud dalam aset mungkin
terjadi.
b) Aset mempunyai kos atau nilai yang boleh di
ukur dengan cara yang boleh dipercayai.
Mereka memberi komen bahawa:
a) Definisi aset adalah kabur
b) Kriteria pengiktirafan diungkapkan dalam
konteks kebarangkalian - konsep yang subjektif.
 SAC 4 menyatakan bahawa terma ‘probable’ bermakna
peluang dalam manfaat ekonomi untuk meningkat
adalah lebih tinggi daripada menurun.

Mereka memberi komen bahawa:


 Kekaburan pada kadar 50% (menaik/menurun) boleh
menyebabkan situasi yang tidak selesa/
ketidaktentuan.
 Dalam komen terhadap kriteria kedua dalam
pengiktirafan aset, di mana kriteria tersebut gagal untuk
menentukan (apakah nilai yang harus digunakan,
samaada kos semasa atau sejarah). Pengiktirafan
adalah bersifat terbuka di mana sebarang ukuran boleh
diterima selagi kos atau nilai boleh diukur dengan
kaedah yang boleh dipercayai.
Amalan Rangka Kerja Konsepsual

United Kingdom (The corporate report)


Di United Kingdom (The corporate
report)
 Pada 1975, Jawatankuasa Penentuan
Piawaian Perakaunan (Accounting Standard
Steering Committee) dari Institute Of
Chartered Accountants di England and Wales
telah menerbitkan Laporan Korporat di mana
ia berkaitan dengan tanggungjawab
perniagaan terhadap orang awam.
 Laporan korporat tersebut mencadangkan
keperluan untuk menambah penyata-penyata
berikut, memandangkan terdapat
pembatasan dalam amalan laporan semasa:
1. Penyata Tambah Nilai: menunjukkan bagaimana keuntungan
dari perniagaan di agihkan kepada para pekerja, pemegang
saham serta sebahgiannya untuk pelaburan semula.
2. Laporan pekerja: menunjukkan saiz tenaga kerja, sumbangan
pekerja serta faedah yang mereka perolehi.
3. Penyata mengenai urusniaga dengan kerajaan, menunjukkan
hubungan kewangan antara perniagaan dan kerajaan.
4. Penyata mengenai urusniaga dalam matawang asing,
menunjukkan urusniaga tunai antara Britian dengan negara
lain.
5. Penyata mengenai prospek akan datang yang menunjukkan
keuntungan akan datang, ambilan pekerjaan dan tahap
pelaburan.
6. Penyata mengenai objektif korporat, menunjukkan polisi
pengurusan dan sasaran jangka sedarhana.

You might also like