You are on page 1of 4

Mengungkap Misteri Yakjuj Makjuj

Saya petik dan edit sedikit bahasa dan ejaan artikel yang bersumberkan ibnuyusof megasutera.
Selanjutnya:

Kaum Yakjuj dan Makjuj ialah kaum ganas yang menjadi


misteri kepada umat manusia di atas muka bumi ini hinggalah
sampai waktu hampir kiamat. Manusia tidak tahu secara tepat
tarikh kiamat akan berlaku tetapi tanda-tanda kecil berkaitan
dengannya dikatakan sudah banyak berlaku. Kemunculan
semula Yakjuj dan Makjuj pada akhir zaman adalah salah
satu daripada 10 tanda besar hampirnya kiamat. Sebenarnya,
Zulkarnain punmerupakan satu misteri, siapakah beliau
sebenarnya? Lokasi tembok Yakjuj & Makjuj yang dibina
oleh baginda pun masih tiada jawapan yang jelas.

Kitab suci al-Qur‘an memerihalkan semua hal ini agar umat


Islam kajian lanjut. Itu kehendak Allah. Keadaan ini lebih
baik berbanding dengan ―spoon-feeding‖ kerana hal itu akan
menghidupkan minda dan
memajukan pemikiran. Kejadian-kejadian terserempaknya
manusia di atas muka bumi ini dengan UFO dan "alien"
menyebabkan kita ingin tahu dengan lebih lanjut: Adakah kejadian itu ada kaitan secara
langsung dengan kaum Yakjuj dan Makjuj? Adakah sebahagian kecil dari kaum ini telah terlepas
atas muka bumi?

Siapakah sebenarnya kaum Yakjuj dan Makjuj? Berdasarkan sumber al-Qur‘an dan hadis,
ternyata bahawa mereka adalah dari bangsa manusia. Jelasnya, mereka adalah anak-anak Adam
juga. Mereka adalah dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Umur mereka panjang dan berkembang
biak mengatasi bilangan
manusia di atas muka bumi. Saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung atau terpenjara di
bawah bumi, yang terdapat tempat-tempat kediaman selesa yang amat besar (bukan semata-mata
bersaiz gua).

Bagaimanakah rupa kaum Yakjuj dan Makjuj menurut sumber hadis? Dalam Fathul-Bari
terdapat berbagai-bagai riwayat yang menyebut mengenai rupa kaum ini, dan boleh dibahagikan
kepada 3 jenis, iaitu (1) Sebahagiannya punya ketinggian seperti pokok Arz, iaitu sekitar 120
kaki (2) Sebahagiannya setinggi empat hasta dan selebar empat hasta (3) Sebahagiannya akan
menjadikan sebelah daripada telinganya sebagai hamparan untuk tidur sementara sebelah lagi
sebagai selimut. Ada juga riwayat menyatakan bahawa tinggi mereka 2 hasta dan yang paling
tinggi ialah tiga hasta. Tetapi kesemua riwayat itu dianggap lemah dan
tidak layak dijadikan hujah. Sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh Nawwas bin Saman dalam
Hadis Muslim menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah amat kuat dan gagah dan
tidak mampu dikalahkan oleh manusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini
mempunyai muka yang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan, dan muka mereka adalah
seperti perisai yang ditutupi oleh kulit. (Musnad Ahmad).

Berapa ramaikah bilangan kaum Yakjuj dan Makjuj ? Daripada sumber hadis, ternyata bahawa
bilangan mereka amat banyak dan jauh lebih banyak berbanding dengan manusia yang berada di
atas muka bumi. Menurut riwayat Abdullah bin Umar r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah
bersabda ―Allah telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah
Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah manusia biasa (yang di
atas muka bumi)‖. Ini bermakna jika seluruh umat manusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilion
orang, jumlah mereka ialah sekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu banyak, logikkah
bagi mereka mendiami bawah bumi yang ―sempit‖? Saya berpendapat bahawa sebenarnya
manusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar di bawah bumi. Teori magma (bahawa di
bawah bumi suhunya amat panas) mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubang
tidak boleh ditolak begitu saja apabila kita mengambil kira faktor kaum Yakjuj Makjuj dan juga
berita mengenai ―dabbatul ‗ard‖. Sekadar menambah pengetahuan, mungkin anda tahu bahawa
California di Amerika itu berlubang di bawahnya, dan seluruh bumi California itu mendap
sekitar 3 inci setiap tahun. California mungkin akan runtuh dan tenggelam ke dalam laut pada
satu hari nanti.

Mengapakah Yakjuj dan Makjuj tidak mampu memecahkan tembok Zulkarnain sejak zaman-
berzaman sedangkan Zulkarnain hanya membina tembok itu dalam jangka masa yang singkat?
Kalaulah kaum Yakjuj dan Makjuj ini berteknologi tinggi, tentulah mereka dapat memecahkan
tembok itu dengan mudah. Sebenarnya Allah belum menghendaki Yakjuj dan Makjuj keluar
semula ke permukaan bumi kerana masanya belum sampai. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan
bahawa pada setiap hari Yakjuj dan Makjuj cuba menggali atau memecahkan tembok Zulkarnain
hinggalah mereka sampai ke peringkat mereka sudah nampak cahaya di luar. Kemudian mereka
pulang dengan berkata ―Esok kita akan dapat membolosinya‖. Tetapi Allah telah menjadikan
tembok itu kembali kepada bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya semula.
Proses ini berterusan hari demi hari selama Allah menghendaki mereka ini terkepung. Apabila
Allah menghendaki mereka keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata
―InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya‖. Pada esoknya mereka akan dapati tembok itu
berkeadaan seperti yang telah ditinggalkan pada hari semalam, dan setelah memecahkan
bakinya, mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah). Mengenai hadis di atas Ibn Arabi
berpendapat bahawa sebenarnya Allah masih tidak mengizinkan mereka keluar. Dijangka
mereka bekerja memecah tembok pada waktu malam dengan bergilir-gilir kerana bilangan
mereka yang banyak. Menurut riwayat Wahab bin Munabbih, kaum Yakjuj dan Makjuj
mempunyai teknologi (mempunyai pelbagai jenis peralatan), dan mereka dengan mudah
menggunakan peralatan mereka untuk keluar. Ibn Arabi menyatakan bahawa perkataan
―InsyaAllah‖ tidak pernah mereka ucapkan hinggalah sampai pada saat Allah menghendaki
mereka keluar, maka mereka akan mengucapkannya.
BERITA GEMPAR DARI NASA BARU-BARU INI.

WASHINGTON — Weekly World News


telah mendedahkan tentang penemuan
mengejutkan mengenai satu kaum primitif
yang di panggil Mole People hidup 20 batu
di bawah tanah, menggunakan terowong
rahsia untuk memasuki United States!
Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli
kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang
menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka
cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini
dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja
NASA yang tidak mahu dikenali telah
mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‗orang gua‘ ini.

―Cerita ini harus diberitahu,‖ kata sumber itu. ―Ia terlalu besar untuk disorok‖. Sumber itu telah
mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. ―Nampaknyer mereka seperti kaum
yang peramah‖, beliau berkata, ―Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan
mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English‖.
―Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi
(surface world)‖, kata sumber itu.

―Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
―Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di
atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini,
dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. ―Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa
mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah,
berselerak di bawah muka Bumi‖.
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan.
―Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia
biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka
juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole‖
―Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan
yang teruk di bawah Bumi‖. ―Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara
manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang
hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat
besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. ―Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu
menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang
beliau‖.

―Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau
bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu‖. Kaum Mole amat
berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka
amat meminati buah-buahan segar.
―Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria‖, mengikut kata
sumber.―Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan
mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi‖. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum
Mole. ―Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana
mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia‖.

―Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang
tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?‖

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.


―Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki
orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah
menimbulkan beberapa tanda tanya.
Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama?
Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki
mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk
meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap
NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari
wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House
untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran ―mungkin tidak untuk jangkamasa yang
terdekat‖. Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos
ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif
dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan
―teknologi bawah tanah‖. Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah
tanah di kawasan sekitar Washington State‘s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga
gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya
manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada
makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

You might also like