MATLAMAT PEMBELAJARAN KOMSAS
Komponen Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu (Komsas) dilaksanakansecara berperingkat-peringkat, bermula pada Mac 2000 untuk tingkatan satu dantingkatan empat. Kemudian, pada tahun 2001 Komsas diperluas ke tingkatan duadan tingkatan lima . Pengajaran Komsas dilaksanakan sepenuhnya daripadatingkatan satu hingga tingkatan lima pada tahun 2003 dan calon Sijil PelajaranMalaysia (SPM) yang sulung mengambil peperiksaan dengan kurikulum baru inipada tahun 2001, manakala calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun2002. Antara matlamat pengajaran dan pembelajaran Komsas:a. Melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis.b. Meningkatkan kekuatan rohani dan intelek.c. Memupuk kesedaran terhadap nilai estetika karya dan keindahan bahasa.d. Mengenali dan mengurus perasaan pelajar.e. Meningkatkan kemahiran interapersonal dan interpersonal.
2.0 SINOPSIS CERPEN BUDI YANG TAK TERBELI(Karya Khadijah Hashim)
Cerpen ini mengisahkan pengorbanan hati budi seorang ibu tua, Jemah terhadapanaknya, Murni. Kisah bermula dengan persetujuan ibu tua menerima pelawaananaknya Murni untuk tinggal bersama-sama dengannya di bandar. Sebagai orangkampung, Jemah telah biasa melakukan pelbagai kerja kampung dan setibanya dirumah anaknya itu kehidupannya serba tidak kena. Bagi Murni pula, dia berharapagar ibunya dapat duduk-duduk berehat di rumahnya tanpa perlu memikirkan kerja-kerja hariannya lagi. Pada pendapat Murni sudah sampai masanya dia membalas jasa dan pengorbanan ibu tua itu terhadapnya.