2.0 TERCALARNYA IMEJ KEGURUAN
Pepatah ada menyebut bahawa kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Pepatah ini sesuaidigunakan bagi profesion keguruan pada hari ini. Hal ini demikian kerana, pada hari ini kitadapat lihat imej profesion keguruan kian tercalar teruk di mata masyarakat dek kesalahan yangdilakukan oleh seorang guru. Antara kesalahan ketara yang dilakukan oleh segelintir guru adalahguru mencederakan pelajar, guru melakukan jenayah, kesalahan kepada rakan sejawat, kesalahandalam proses pengajaran dan pembejaran dan beberapa kesalahan lain lagi yang boleh dianggapserius.
2.1 GURU MENCEDERAKAN PELAJAR
Sejak akhir-akhir ini kerap kali kita dihidangkan oleh akhbar-akhbar tentang gurumencederakan pelajarnya dengan alasan yang tidak munasabah seperti pelajar datang lewat kesekolah, tidak membawa buku latihan, tidak menyiapkan kerja sekolah dan beberapa kesalahankecil lagi yang dilakukan oleh pelajar. Kita sedar bahawa guru bertindak demikian adalah keranaingin mendidik para pelajar dan supaya para pelajar tidak lagi mengulangi perbuatan yang sama.Tetapi perbuatan guru yang mendenda pelajar dengan keterlaluan sehingga mendatangkankecederaan kepada pelajar tersebut merupakan satu tindakan melampau yang bukan sahajamenyebabkan pelajar trauma untuk ke sekolah malahan turut menimbulkan kemarahan segelintir masyarakat.Apabila masyarakat mula membincangkan isu ini, sudah tentu bukan sahaja imej gurutersebut yang tercalar malahan imej profesion keguruan juga turut menerima tempias yang sama.Keadaan ini menyebabkan ibu bapa takut untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana
2