You are on page 1of 5

SK BATU UNJUR

41200 KLANG, SELANGOR

LAPORAN MINIT MESYUARAT


PANITIA PENDIDIKAN
JASMANI DAN KESIHATAN
KALI PERTAMA 2010
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
KALI PERTAMA 2010
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU UNJUR, KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN

TARIKH : 03 Mac 2010

MASA : 12.30 Tengahari

HARI : Rabu

TEMPAT : Bengkel Kemahiran Hidup

PENGERUSI : En. Yusof b. Nordin

KEHADIRAN:

1. En. Yusof b. Nordin


2. En. Mohd Arif b. Ismail
3. Cik Norhamidah bt Wahab
4. En. Ahmad Mawardi b. Hj Mokhtar
5. En. Mohd Azmi b. Ngat Denin
6. En. Mohd Halim b.M Zain
7. En. Mohd Rizal b. Syead
8. En. Mohd Fairuddin b. Zakaria

TIDAK HADIR DENGAN IZIN


9. En Mohd Ikmal Hafizi b. Hairuddin (Olahraga)

BIL. AGENDA TINDAKAN

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Berterima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke mesyuarat kali
pertama.

2. Perlantikan AJK

2.1 Setiausaha :- En Mohd Arif b. Ismail


Bendahari : - Cik Norhamidah bt. Wahab
AJK :-
Pagi:-
1) - En Mohd Ikmal Hafizi
2) - En. Ahmad Mawardi

Petang:-
3) - En. Azmi
4) - En Halim Zaid
5) - En Rizal Salihudin
6) - En Fairudin

3. Rancangan Mengajar

3.1 Sukatan Tahunan boleh diambil daripada Pengerusi. Sukatan yang akan
digunakan adalah yang terkini dan diselaraskan bagi semua tahap 1 dan 2.

3.2 Penulisan Rancangan Mengajar Harian mengikut format yang betul.


Perkara-perkara seperti tunjang, objektif, kemahiran dan bahan bantu
mengajar mestilah ditulis.

3.3 Cik Hamidah mencadangkan agar dibuat edaran tentang format penulisan
Rancangan Mengajar Harian kepada semua guru Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.

3.4 Pengerusi meminta semua guru membuat rancangan mengajar bagi


Pendidikan Kesihatan sekiranya ada waktu Pendidikan Jasmani pada hari
tersebut. Ini sebagai persediaan sekiranya Pendidikan Jasmani tidak dapat
dijalankan kerana hari hujan. SEMUA

4. Stor Sukan dan Alatan Sukan

4.1 Pengerusi memaklumkan kunci Stor Sukan dipegang oleh En. Ikmal ( sesi
pagi ) dan En Rizal ( sesi petang ).

4.2 Semua guru yang menggunakan alatan sukan diminta menyusun semula
alatan yang telah diambil dengan kemas.

4.3 Pengawasan semua murid adalah dibawah tanggungjawab guru yang


menyelia masa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. SEMUA

5. Etika Pakaian Guru dan Murid

5.1 En. Arif mencadangkan semua guru perlu mematuhi arahan yang
dikeluarkan oleh Perkeliling berkenaan etika pemakaian pakaian sukan.
5.2 Cadangan dipersetujui oleh semua yang hadir

5.3 En Yusof mencadangkan Murid- murid dikehendaki memakai pakaian


yang sesuai ketika masa Pendidikan Jasmani dengan memakai pakaian sukan
rumah sukan masing-masing atau pakaian yang sesuai sahaja. SEMUA

6. Rancangan Aktiviti Panitia Tahun 2010

6.1 En Arif mencadangkan semua guru SKBU supaya bergiat aktif dalam
bidang sukan di sekolah supaya dapat memartabatkan sukan selaras dengan
saranan Menteri Pendidikan Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin “1 Murid
perlu menceburi 1 sukan”. SEMUA

7. Hal- hal lain.

7.1 Pengerusi mengingatkan agar guru-guru melengkapkan –


        -biodata
        -jadual waktu
        -Sukatan pelajaran
        -Huraian sukatan pelajaran
        -Rancangan Tahunan
        -Alat bantu mengajar
Perkara diatas perlu ditulis atau ditampal dalam buku persediaan mengajar
masing-masing.

7.2 Pencerapan guru dan buku nota/latihan pelajar

      7.2.1 Semua guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan    
             memastikan semua pelajar ada buku nota.
SEMUA
      7.2.2 Buat folio Pendidikan Kesihatan.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 Tengahari.
 
Disedikan oleh,                                                       Disemak oleh,
 

………………………………                                 ……………………………….
(En Mohd Ariff b. Ismail)  (En. Yusof b. Nordin)
Setiausaha Panitia PJK                                 Pengerusi Panitia PJK
 
 
 
                                  

  Disahkan oleh,
                                  

  ……………………………..
  

You might also like