PERANCANGAN
MATLAMAT
Menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan hidup masyarakat islam hingga setiap individu yang tinggaldalam qariah merasakan masjid adalah satu keperluan dalam urusan hidup mereka menyebabkan merekasentiasa berulang-alik antara rumah dengan masjid.Bidang tugas jawatankuasa dan pegawai adalah meliputi sempadan Qariah bukan dalam kawasan masjidsahaja kerana yang akan mengimarahkan masjid adalah seluruh anak qariah tersebut.
MAKLUMAT QARIAH
Bancian penduduk perlu dilakukan untuk mendapat maklumat penduduk sebelum perancangan dibuat.Antara data yang diperlukan:1. Jumlah penduduk 2. Jumlah lelaki3. Jumlah lelaki 15 tahun ke atas4. Jumlah perempuan5. Jumlah anak yatim6. Jumlah fakir miskin7. Jumlah yang bekerja8. Jumlah pencen dan penganggur 9. Jumlah rumah sendiri10. Jumlah rumah sewa11. Alamat dan no. Telefon12. Jumlah anak qariah yang hafal ql-quranSemua maklumat ini penting untuk merancang program dan menentukan bentuk program.
KUMPULAN SASARAN
Keseluruhan program yang diatur hendaklah meliputi kumpulan sasaran tertentu dan menyeluruh . Inimeliputi kanak-kanak,remaja, pemuda, pemudi,wanita dan dewasa. Dengan itu tidak ada kumpulan yangtertinggal. Ini meliputi program harian, mingguan, tahunan dan 10 tahun akan datang.
JANGKAMASA
Program yang diatur hendaklah meliputi jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang.Bentuk harian,mingguan,bulanan.tahunan dan seterusnya mengikut kesesuaian masa dan golongan.
KEPELBAGAIAN PROGRAM
Program yang diatur hendaklah*Dalam berbagai bentuk dan tujuan yang hendak dicapai.*Kesesuaian bentuk program dengan kumpulan sasaran.*Program yang diatur juga boleh mempunyai tujuan langsung atau tidak langsung.*Program yang diatur boleh dibuat bukan sahaja di masjid tetapi ditempat lain.
PENILAIAN PROGRAM
Penilaian program perlu dibuat selepas dilaksanakan.1. Apakah ia mencapai matlamat.2. Apakah kelemahan yang perlu diperbaiki.3. Apakah kekuatan dan kejayaannya.2